Download - Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda
PENGENALAN
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan
amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa
dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa
Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu
entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini
menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai
bangsa dan budaya.
Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu
perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya)
ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa
Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin
memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris,
dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan
menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan
Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba
untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami
antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak.
Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom
Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering
diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk
memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara
khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempakdan Kreko menggunakan bahasa yang
lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak
LOKASI KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekitar kawasan Pulau Pinang. Ini kerana, tugasan ini
saya laksanakan semasa saya pergi bercuti ke pulau mutiara tersebut sewaktu cuti sekolah yang
lalu.
Pulau Pinang Pulau Mutiara
ANALISIS KAJIAN
Contoh Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia
Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek
tatabahasa. Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan
iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi
pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa
yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,
terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.
Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin
berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga
sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda
perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa
pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga
dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB.
Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan
mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan
pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan
pengesahan bahasa daripada DBPWS.
Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi
meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri
pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan
papan iklan.
Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan
masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi
pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa
yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,
terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.
Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”
ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “
iii. “Perlantikan” sepatutnya “Pelantikan “
iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “
Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa
Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam
buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian
banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda,
Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu
kerana umum sudah pun tahu.
Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna
bahasa Melayu.Contohnya kesalahan penggunaan kata “di” sebagai kata sendi nama dan
penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata “di”
sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-
1) Kerja pembersihan sedang di jalankan.
2) Di larang masuk
3) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat…
4) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini.
Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama.
Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya
perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara
terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui
di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar
papan tanda di bawah.
Gambar1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Kata “di” dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja
namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Bagi kesalahan penggunaan “di” sebagai kata
sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai
makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney
ialah dalam ayat berikut:
a) Kari kepala ikan ada dijual disini.
Dalam ayat di atas penggunaan kata “di” ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk
menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata
“di” dieja secara rapat dengan perkataan “sini” yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga
dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan
gambar di bawah :
a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.
b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.
c) Menjadi yang pertama di kalangan…
Gambar5
Gambar 6
Gambar 7
Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya
dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat. Selain itu, saya turut menemui kesalahan
ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja
perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan
kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat
dalam gambar di bawah :
Gambar 8
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat
dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:
a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “ rambut yang sihat ialah rambut yang
cantik”. Penggunaan kata “happy” dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.
Gambar 9
Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan
bahasa Melayu yang disertakan.Antaranya ialah perkataan ‘masuk’ dan “way in”.“Way in” jika
diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”. Selain itu, dalam ayat “kawalan
sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler control valves and pumps”
menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris “sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu.
Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan
lain yang boleh dilihat ialah:
a) Ayat sumber,
TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN
Ayat sasaran,
PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON
b) Ayat sumber
Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld.
Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada
tahun 1880an.
Ayat sasaran
Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used
to have sea frontage until land reclamation in 1880’s move.
Gambar 10
Gambar 11
Gambar12
Gambar 13
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu
papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada
perkataan “SALE” di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang
menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat
dalam perkataan dan gambar di bawah :
Gambar 14
Gambar 15
Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya,
kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif
dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina.Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih
banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan
Melayu. Saya mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka
bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila saya memasuki kedai, mereka
menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa
Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini.
Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah
dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan
yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada
pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat
awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam.
Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu
di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Negara kita. Kerajaan juga
perlu peka dengan aspek kesalahan ejaan serta bahasa yang terdapat pada setiap papapn tanda
yang terdapat di Negara kita. Ini kerana bahasa melambangkan bangsa. Kerajaan juga boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi
masalah.