1
LAPORAN PENYELIDIKAN
AMALAN TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN DI DARUL
QURAN
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB
ABDUL RAZAK BIN MOHD ZAIN
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
2017
2
LATAR BELAKANG PENYELIDIK
MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB
ABDUL RAZAK BIN MOHD ZIN
(Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
3
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya Kajian Penyelidikan
Darul Quran 2017 siri 1 dapat diselesaikan dengan bertajuk : “Amalan Teknik Hafazan al-
Quran di Darul Quran”. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pengarah Darul Quran, Dr.
Hj. Nordin bin Ahmad yang amat memberi perhatian dan kepercayaan dalam memastikan
kejayaan projek penyelidikan ini.
Penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada kakitangan Darul Quran yang
terlibat dengan kajian ini terutamanya Unit Peperiksaan Darul Quran. Kepada semua
kakitangan Darul Quran terutamanya Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz (KPT) yang
terlibat memberi idea dan kerjasama erat serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Ustaz Mohamad Rahim bin
Mohammed Abdul Rahman selaku Ketua Penolong Pengarah KPT dan Ustaz Yusri bin Chek
selaku ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi Darul Quran yang banyak memberi bimbingan
dan dorongan dalam menjayakan kajian ini.
Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal
dari Allah SWT dan hanya Dia juga tujuan kita melakukan amal ibadah ini.
PENYELIDIK ;
Muhammad Toriq Bin Yaacob
Abdul Razak bin Mohd Zain
April, 2017
4
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui teknik hafazan baru yang diamalkan oleh
pelajar Darul Quran serta mengenal pasti hubungan antara bilangan juzuk murajaah, jumlah
hafazan di peringkat menengah dengan pencapaian pelajar. Selain itu kajian ini turut
mengenal pasti hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian akademik
pelajar. Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif
diperoleh melalui soal selidik. Kaedah soal selidik ini menjadi kaedah bagi mengenal pasti
teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran. Data kualitatif pula diperoleh
daripada temu bual separa berstruktur. Kajian ini melibatkan 251 orang pelajar semester dua
program pengajian Diploma Tahfiz al-Quran sesi 2016/2019 dan pelajar semester empat sesi
2015/2018. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(Statistical Packages for Social Science) yang juga dikenali sebagai SPSS. Dapatan kajian
mendapati bahawa pelajar menghafaz hafazan baru berdasarkan bilangan muka surat al-
Quran, mengamalkan teknik hafazan dengan membahagikan sukatan hafazan kepada 2 hingga
3 bahagian, sebelum menghafaz, pelajar akan mengulang dan melancarkan ayat dengan
melihat mashaf antara empat ke lima kali, semasa menghafaz, pelajar akan mengulang dan
menggambarkan ayat hafazan antara empat ke enam kali, waktu menghafaz hafazan baru
ialah antara selepas maghrib hingga isyak dan selepas isyak hingga jam 10 malam serta
memperuntukkan antara satu hingga dua jam sehari untuk menghafaz al-Quran. Kajian ini
juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif bagi bilangan juzuk murajaah, jumlah
hafazan di peringkat menengah dengan pencapaian pelajar serta hubungan signifikan positif
juga bagi hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.
5
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Hipotesis Kajian 5
1.5 Soalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah Kajian 8
2. SOROTAN LITERATUR 9
2.1 Gaya Pembelajaran Tahfiz al-Quran 9
2.2 Kaedah Dalam Pembelajaran Tahfiz al-Quran 9
2.3 Teknik Dalam Pembelajaran Tahfiz al-Quran 11
2.4. Kaedah Menghafaz Ayat-Ayat Baru 13
2.5. Antara Kaedah dan Teknik Hafazan 15
3. METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pendahuluan 16
3.2 Reka Bentuk Kajian 16
3.3 Lokasi Kajian 17
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 17
6
3.5. Instrumen Kajian 18
3.6. Prosedur Pengumpulan Kajian 19
3.7. Prosedur Penganalisisan Data 19
3.8. Penutup 21
4. DAPATAN KAJIAN 22
4.1 Dapatan Kajian Bahagian Demografi Responden 22
4.2 Bilangan juzuk murajaah Pelajar Mengikut Jumlah
hafazan di peringkat menengah 25
4.3 Sukatan Hafazan 26
4.4 Pembahagian Sukatan Hafazan 27
4.5 Aktiviti Melihat Mashaf Sebelum Menghafaz 28
4.6 Aktiviti Mengulang dan Menggambarkan Ayat
Hafazan Baru 29
4.7 Waktu Menghafaz 30
4.8 Peruntukkan Jumlah Masa Bagi Menghafaz 32
4.9 Penggunaan Nada Suara Ketika Menghafaz 33
4.10 Penumpuan Hafazan Bagi Ayat Hafazan Yang Sukar 34
4.11 Teknik Tikrar 35
4.12 Dapatan Analisis Ujian Korelasi 35
4.13 Dapatan Analisis Lain-Lain Teknik Yang Digunakan
Oleh Pelajar 45
7
4.14 Dapatan Temu Bual 46
5. PERBINCANGAN 49
6. CADANGAN 57
7. RUJUKAN 59
8
1. PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW. Al-Quran
terpelihara sejak dari awal penurunannya sehingga kini. Salah satu cara pemeliharaan tersebut
ialah melalui hafazan al-Quran di kalangan umat Islam. Usaha ke arah memelihara al-Quran
sentiasa maju berkembang seiring dengan peredaran zaman. Pada peringkat awal, hanya surah
al-fatihah dan sekitar juzuk amma sahaja yang dihafaz oleh umat Islam. Tidak ada lagi
institusi pendidikan khusus berkenaan dengan hafazan dibina. Namun, selepas beberapa fasa
masa, umat Islam mula melihat kepentingan menghafaz al-Quran di kalangan masyarakat.
Bermulalah fasa kewujudan institusi tahfiz yang merintis sistem kurikulum hafazan al-Quran
secara rasmi. Di Malaysia, institusi tahfiz al-Quran bermula sekitar tahun 1966. Pada tahun
tersebut,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman al-Hajj telah
menyatakan hasrat untuk menubuhkan institusi tahfiz di Malaysia (Sedek Ariffin & Siti Sarah
Wahidah Wahid, 2014).
Sejak dari tahun tersebut, institusi tahfiz mula mendapat tempat di negara ini. Ini
terbukti dengan penubuhan institusi tahfiz swasta di Terengganu setahun berikutnya iaitu
tahun 1967 (Sedek Ariffin & siti Sarah Wahidah Wahid, 2014). Manakala institut tahfiz di
bawah kelolaan kerajaan negeri yang pertama ialah maahad tahfiz yang ditubuhkan di negeri
Kelantan iaitu pada tahun 1979 ( Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali,
2013). Ini diikuti oleh Institut al-Quran Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1984 (Sedek
Ariffin & siti Sarah Wahidah Wahid, 2014). Lain-lain institusi tahfiz sama ada di bawah
9
kelolaan kerajaan atau swasta kebanyakan ditubuhkan pada tahun 80-an dan 90-an
(Hazaruddin Baharuddin, 1997).
Seiring dengan perkembangan pesat institusi tahfiz tersebut, aspek-aspek lain
termasuk kaedah dan teknik hafazan juga turut mengalami perkembangan yang sama.
Menurut Sedek Ariffin & siti Sarah Wahidah Wahid (2014), antara kaedah hafazan yang
terdapat di Malaysia ialah kaedah hafazan al-Quran Deobandy dari India, kaedah hafazan al-
Quran Panipati daripada Pakistan, kaedah hafazan al-Quran luh daripada Mekah Arab Saudi
dan teknik hafazan daripada Negara Turki.
1.2 Pernyataan Masalah
Teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran masih belum diketahui secara
umum. Terdapat beberapa kajian seperti dapatan kajian oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali
(2013) yang mendapati bahawa pelajar menentukan kadar hafazan berdasarkan kepada item
menentukan kadar hafazan memperoleh nilai min yang tinggi iaitu item pelajar menentukan
kadar hafazan berdasarkan kemampuan (min=4.29), menentukan kadar hafazan (min=4.11)
dan menghafaz berdasarkan kadar hafazan (min=4.05). Walau bagaimana pun, pihak DQ
masih belum mengetahui apakah kadar hafazan pelajar tersebut mengikut maqra’, muka surat
atau tema makna ayat.
Menurut Mohamad Marzuqi (2008), aspek pengetahuan dan amalan pedagogi di
kalangan pensyarah tahfiz di tahap yang sederhana telah membawa kepada kepelbagaian
kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahfiz. Ini menjadi satu keperluan
untuk melihat teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran.
Berkenaan dengan pencapaian pelajar, kajian oleh Misnan dan Ahmad Sadadi (2003)
yang menyatakan bahawa 60% daripada pelajar tidak dapat menamatkan hafazan mengikut
jadual yang ditetapkan dalam enam semester pengajian Diploma Tahfiz. Analisis keputusan
peperiksaan bagi Kursus Hifz al-Quran Syafawi dan Tahriri juga menunjukkan pencapaian
pelajar masih belum memuaskan. Perlu ada kajian penilaian terhadap pelaksanaan pengajaran
10
dan pembelajaran tahfiz al-Quran di Darul Quran dan MTQN yang bekerjasama dengan Darul
Quran (Darul Quran,2008).
Dapatan kajian oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013) juga mendapati yang
mendapati bahawa pelajar menentukan kadar hafazan berdasarkan kepada item menentukan
kadar hafazan memperoleh nilai min yang tinggi iaitu item pelajar menentukan kadar hafazan
berdasarkan kemampuan (min=4.29), menentukan kadar hafazan (min=4.11) dan menghafaz
berdasarkan kadar hafazan (min=4.05). Walau bagaimanapun, pihak DQ masih belum
mengetahui apakah kadar hafazan pelajar tersebut mengikut maqra’, muka surat atau tema
makna ayat.
Kajian oleh Abdul Rahman Abd Ghani, Abdul Munir Ismail & Wahibah
Twahir@Tahir (2014) mendapati bahawa pelajar melakukan ulangan bacaan bagi menghafaz
al-Quran dengan skor min ialah 4.38, dan melancarkan ayat hafazan terlebih dahulu (skor
min=4.30), menggunakan kaedah membahagi-bahagikan ayat (skor min=4.03) dan
menggambarkan ayat yang hendak dihafaz dalam ingatan (skor min=4.16). Walau
bagaimanapun, dapatan ini tidak menjelaskan jumlah ulangan, jumlah kekerapan pelajar
melancarkan bacaan, jumlah pembahagian ayat yang dilakukan oleh pelajar.
Kajian oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013) bertujuan untuk mengenal pasti
hubungan antara gaya pembelajaran tahfiz al-Quran dengan tahap pencapaian hafazan pelajar.
Kajian ini mendapati secara keseluruhannya terdapat hubungan yang kukuh antara gaya
pembelajaran tahfiz al-Quran dengan pencapaian hafazan pelajar. Ini menunjukkan terdapat
hubungan antara strategi, kaedah, teknik, aktiviti, penggunaan Alat Bantuan Hafazan dan adab
dengan Pencapaian hafazan. Kajian ini tidak menjelaskan apakah terdapat hubungan antara
pengalaman menghafaz pelajar di peringkat menengah, bilangan juzuk murajaah dengan
PNGK, Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi dan mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Tahriri serta hubungan antara Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi, mata nilaian
Kursus Hifz al-Quran Tahriri dengan PNGK.
Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk mengkaji amalan teknik hafazan pelajar
Darul Quran untuk mengetahui demografi pelajar dan menjelaskan tentang amalan teknik
hafazan yang dilakukan oleh pelajar Darul Quran selain keperluan kepada kajian untuk
melihat hubungan antara antara pengalaman menghafaz pelajar di peringkat menengah,
bilangan juzuk murajaah dengan PNGK, Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi dan
11
mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri serta hubungan antara Mata nilaian Kursus Hifz al-
Quran Syafawi, mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri dengan PNGK.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengetahui demografi pelajar Darul Quran bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran.
1.3.2 Mengetahui teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran.
1.3.3 Mengenal pasti hubungan antara bilangan juzuk murajaah, jumlah hafazan di
peringkat menengah dengan pencapaian pelajar
1.3.4 Mengenal pasti hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar
1.4 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Hipotesis yang dikaji adalah hipotesis
penyelidikan (Ha) manakala hipotesis yang diuji adalah hipotesis nul (Ho). Hipotesis Nul
kajian adalah seperti berikut :
Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan
pencapaian akademik
Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan
pencapaian hafazan
Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan bilangan
juzuk murajaah
Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah hafazan di peringkat menengah
dengan pencapaian akademik
12
Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan jumlah
hafazan peringkat menengah
Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan jumlah
hafazan di peringkat menengah
Ho 7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan
pencapaian akademik
Ho 8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan
jumlah hafazan peringkat menengah
Ho 9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian dengan pencapaian
akademik
Ho 10 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan (mata nilaian
Kursus Hifz al-Quran Tahriri) dengan pencapaian hafazan (mata penilaian al-Quran Syafawi)
1.5 Soalan Kajian
1.5.1 Apakah demografi pelajar Darul Quran bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran?
1.5.2 Apakah teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran?
1.5.3 Apakah terdapat hubungan antara bilangan juzuk murajaah, jumlah hafazan di
peringkat menengah dengan pencapaian pelajar ?
1.5.4 Apakah terdapat hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar?
13
1.8 Definisi Istilah Kajian
1.8.1 Amalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan amalan adalah merujuk kepada sesuatu
yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan.
1.8.2 Teknik Menghafaz al-Quran
Teknik dalam proses pembelajaran tahfiz merangkumi penentuan kadar hafazan, teknik tikrar,
penggunaan mashaf khusus, menggunakan nada suara yang sederhana, membaca dengan
kadar tadwir, pengguna nada suara berirama dan sebagainya (Azmil bin Hashim & Misnan
Jemali, 2013).
1.8.3 Proses Menghafaz al-Quran
Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka, “Proses” merupakan beberapa perbuatan
berperingkat-peringkat yg dilakukan untuk mendapatkan sesuatu. Menurut Rahil Mahyuddin,
Jami’ah Mohamad, Kasnani Ab. Karim (2000), proses hafazan mengandungi tiga peringkat
iaitu peringkat perolehan, peringkat pengekalan dan peringkat perolehan kembali. Peringkat
perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan
rangsangan tersebut ke dalam ingatan. Peringkat pengekalan pula merupakan peringkat
menyimpan maklumat dan peringkat perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat
tersebut daripada simpanan apabila diperlukan. Oleh itu, proses menghafaz al-Quran dalam
kajian ini adalah beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yang dilakukan oleh pelajar
untuk mengingati al-Quran.
14
4. DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah melibatkan analisis kajian kepada soal selidik secara deskriptif dan
inferensi. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratus dan sisihan piawaian. Manakala
analisis inferansi melibatkan ujian korelasi.
4.1 Dapatan Kajian Bahagian Demografi Responden
Analisis data berkenaan dengan demografi responden adalah dijelaskan dalam Jadual 3.
Jadual 3 : Taburan responden kajian berdasarkan jantina, semester, syukbah, mata penilaian
Hifz al-Quran Syafawi, mata penilaian Hifz al-Quran Tahriri, PNGK, pengalaman menghafaz
al-Quran, jenis sekolah menengah terdahulu dan jumlah murajaah hafazan harian
Pemboleh ubah Kategori Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 150 59.8%
Perempuan 101 40.2%
Semester Dua 112 44.6%
Empat 139 55.4%
Syukbah
Qiraat 68 27.1%
Hadis 31 12.4%
Syariah 64 25.5%
Dakwah 26 10.4%
Muamalat 42 16.7%
Pengurusan Halal 20 8%
Mata Nilaian
Peperiksaan Hifz al-
Quran Syafawi
0.0 10 4%
2.0 9 3.6%
2.5 15 6%
3.0 38 15.1%
3.5 39 15.5%
4.0 140 55.8%
Mata Nilaian
Peperiksaan Hifz al-
Quran Tahriri
0.0 4 1.6%
2.0 7 2.8%
2.5 21 8.3%
3.0 38 15.1%
3.5 51 20.2%
4.0 130 51.6%
Purata Nilaian Gred
Kumulatif (PNGK)
2.01 - 2.50 1 0.4%
2.51 - 3.00 28 11.1%
3.01 - 3.50 87 34.5%
3.51 - 4.00 135 53.6%
Pengalaman
menghafaz al-Quran
sebelum belajar di
Darul Quran
Tidak pernah
menghafaz
42 16.7%
30 juzuk 99 39.3%
Menghafaz beberapa juzuk atau
surah
110 43.7%
15
Pemboleh ubah Kategori Kekerapan Peratus
Jenis Sekolah
Terdahulu
SMK 5 2%
SMKA 43 17.1%
SMA Negeri 73 29%
SM Tahfiz Negeri 52 20.6%
SMA Swasta 13 5.2%
SM Tahfiz Swasta 14 5.6%
Imtiyaz 9 3.6%
MRSM Ulul Albab 19 7.5%
Lain-Lain 23 9.1%
Jumlah Murajaah
Hafazan Harian
Kurang 1 juzuk 146 57.9%
1 hingga 2 juzuk 91 36.6%
3 hingga 4 juzuk 11 4.4%
5 juzuk atau lebih 3 1.2%
Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan seramai 150 orang responden adalah di
kalangan pelajar lelaki manakala seramai 101 orang pula adalah responden di kalangan
pelajar perempuan. Bagi semester pengajian pula, seramai 112 orang pelajar adalah di
kalangan pelajar semester dua dan seramai 139 orang pelajar pula adalah daripada pelajar
semester empat. Seramai 68 orang pelajar adalah daripada Syukbah Qiraat, 31 orang daripada
Syukbah Hadis, 64 orang daripada Syukbah Syariah, 26 orang daripada Syukbah Dakwah, 42
orang daripada Syukbah Muamalat dan 20 orang daripada Syukbah Pengurusan Halal. Bagi
mata penilaian peperiksaan Hifz al-Quran Syafawi pula, seramai 10 orang memperoleh gred
0.0, 9 orang memperoleh gred 2.0, 15 orang memperoleh gred 2.5, 38 orang memperoleh gred
3.0, 39 orang memperoleh gred 3.5 dan 140 orang memperoleh gred 4.0. Bagi mata penilaian
peperiksaan Hifz al-Quran Tahriri pula, seramai empat orang memperoleh gred 0.0, tujuh
orang memperoleh gred 2.0, 21 orang memperoleh gred 2.5, 38 responden yang memperoleh
gred 3.0, 51 orang memperoleh gred 3.5 dan 130 responden yang memperoleh gred 4.0.
Jumlah pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) ialah seramai
seorang pelajar memperoleh PNGK antara 2.01 hingga 2.50. Seramai 28 orang pula
memperoleh PNGK antara 2.51 hingga 3.00. Seramai 87 orang pula memperoleh PNGK
antara 3.01 hingga 3.50. Bagi PNGK 3.51 hingga 4.00 pula jumlah pelajar ialah seramai 135
orang. Berdasarkan kepada jadual tersebut juga menunjukkan bahawa pengalaman responden
16
yang menghafaz al-Quran sebelum belajar di Darul Quran adalah seperti berikut ; seramai 42
orang responden tidak mempunyai pengalaman menghafaz al-Quran, 110 orang responden
pula mempunyai pengalaman menghafaz berapa juzuk atau surah dan seramai 99 orang
pelajar pula telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Melalui jadual tersebut juga menunjukkan
bahawa seramai 5 orang pelajar adalah berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan. Seramai
43 orang pula berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), seramai 73 pula
berasal daripada Sekolah Menengah Agama kelolaan kerajaan negeri. Terdapat juga pelajar
berasal daripada sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri. Jumlah mereka ialah
seramai 52 orang. Bagi sekolah Menengah Agama Swasta pula, jumlah mereka ialah seramai
13 orang. Seramai 14 orang pelajar pula berasal daripada sekolah Menengah Tahfiz swasta.
Manakala pelajar yang berasal dari Sekolah Menengah Imtiyaz dan MRSM Ulul Albab pula
jumlah mereka masing-masing ialah seramai 9 dan 19 orang. Lain-lain sekolah ialah seramai
23 orang. Jumlah murajaah hafazan harian pula menunjukkan, pelajar hanya melakukan
murajaah kurang daripada 1 juzuk berdasarkan jumlah mereka ialah seramai 146 orang.
Manakala yang melakukan murajaah antara 1 hingga 2 juzuk pula ialah seramai 91 orang.
hanya 11 orang dan 3 orang sahaja yang melakukan murajaah antara 3 hingga 4 juzuk dan 5
juzuk atau lebih sehari.
4.2 Bilangan juzuk murajaah Pelajar Mengikut Jumlah hafazan di peringkat menengah
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis crosstab terhadap bilangan juzuk murajaah pelajar
mengikut jumlah hafazan di peringkat menengah. Jadual 4 menunjukkan keputusan
analisis crosstab tersebut.
17
Jadual 4 : Bilangan Juzuk Murajaah Pelajar Mengikut Jumlah Hafazan Di Peringkat
Menengah
Bilangan Juzuk Murajaah / Jumlah Hafazan Di Peringkat Menengah
Murajaah Total
< 1
juzuk
1-2
juzuk
3-4
juzuk
5
juzuk
atau
lebih
Bilangan Juzuk tidak pernah menghafaz Murajaah Menghafaz beberapa
surah atau juzuk
Menghafaz 30 juzuk
33 8 1 0 42
70 34 5 1 110
43 49 5 2 99
Total 146 91 11 3 251
Berdasarkan Jadual 4, kajian ini bahawa pelajar yang tidak pernah menghafaz al-Quran
membuat murajaah harian kurang daripada satu juzuk adalah seramai 33 orang (79%),
manakala seramai 8 orang (19%) pula melakukan murajaah antara satu hingga dua juzuk
sehari dan hanya 1 orang (2%) melakukan murajaah melebihi dua juzuk sehari. Bagi pelajar
yang telah mempunyai pengalaman menghafaz beberapa surah atau beberapa juzuk, seramai
70 orang daripada jumlah keseluruhan mereka iaitu 110 orang pelajar (63.6%) melakukan
murajaah sebanyak kurang daripada satu juzuk. 34 orang pula (30.9%) pula melakukan
murajaah antara satu hingga dua juzuk sehari. 6 orang daripada mereka pula (5.5%) pula
membuat ulangan melebihi dua juzuk sehari. Bagi pelajar yang telah menghafaz 30 juzuk al-
Quran pula, seramai 43 orang (43%) daripada jumlah mereka iaitu 99 orang melakukan
murajaah kurang daripada 1 juzuk sehari. 49 orang (49%) daripada mereka melakukan
murajaah antara satu hingga dua juzuk sehari. Baki adalah mereka yang melakukan murajaah
melebihi dua juzuk sehari.
4.3 Sukatan Hafazan
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap sukatan hafazan yang
merangkumi sukatan berdasarkan kepada maqra’, muka surat, tema dan makna ayat dan
18
mengikut kadar kemampuan pelajar. Jadual 5 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi
item-item tersebut.
Jadual 5 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Item Sukatan Hafazan Pelajar
Bil Item Min S.P Tahap
1 Sukatan hafazan berdasarkan
maqra’ 3.39 1.402 Sederhana tinggi
2 Sukatan hafazan berdasarkan muka
surat 3.79 1.279 Sederhana tinggi
3 Sukatan hafazan berdasarkan tema
dan tajuk ayat 2.45 1.271 Sederhana rendah
4 Sukatan hafazan berdasarkan kadar
kemampuan individu 3.30 1.198 Sederhana tinggi
Berdasarkan kepada jadual 5, kajian ini menyenaraikan empat item bagi mengetahui had
hafazan pelajar sama ada pelajar menghafaz berdasarkan kepada maqra’, muka surat, tema
ayat atau juga berdasarkan kepada kemampuan individu. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa had hafazan pelajar yang memperoleh skor min tertinggi ialah sukatan hafazan
berdasarkan kepada muka surat (skor min=3.79) dan ini diikuti sukatan hafazan berdasarkan
maqra’(skor min=3.39) dan sukatan hafazan berdasarkan kepada kemampuan individu pelajar
(skor min=3.30).
4.4 Pembahagian Sukatan Hafazan
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap pembahagian sukatan hafazan
yang merangkumi pembahagian sukatan hafazan kepada dua hingga tiga bahagian, empat
hingga lima bahagian, enam hingga tujuh bahagian, lapan hingga sembilan bahagian, 10 dan
lebih 10 bahagian serta tiada membahagiakan sukatan hafazan. Jadual 6 menunjukkan
keputusan analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
19
Jadual 6 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Jumlah Pembahagian Sukatan
Hafazan
Bil Item Min S.P Tahap
1 Membahagikan sukatan hafazan
kepada 2 hingga 3
kelompok/pecahan/bahagian 3.34 1.434
Sederhana
tinggi
2 Membahagikan sukatan hafazan
kepada 4 hingga 5
kelompok/pecahan/bahagian 2.48 1.227
Sederhana
rendah
3 Membahagikan sukatan hafazan
kepada 6 hingga 7
kelompok/pecahan/bahagian 2.21 1.213
Sederhana
rendah
4 Membahagikan sukatan hafazan
kepada 8 hingga 9
kelompok/pecahan/bahagian 2.12 1.251
Sederhana
rendah
5
Membahagikan sukatan hafazan
kepada 10
kelompok/pecahan/bahagian dan
lebih
2.06 1.265
Sederhana
rendah
6 Tidak membahagikan bahagikan
sukatan hafazan 2.70 1.509 Sederhana
rendah
Berdasarkan kepada jadual 6, kajian ini menyenaraikan enam item bagi mengetahui jumlah
pembahagian sukatan hafazan yang dipilih oleh pelajar ketika menghafaz. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk membahagikan had hafazan mereka
kepada 2 hingga 3 pembahagian sahaja. Ini berdasarkan kepada jumlah skor min bagi item
tersebut sebanyak 3.34. Ini diikuti oleh pelajar yang tidak membahagikan sukatan hafazan
kepada beberapa bahagian (skor min=2.70). item-item lain memperoleh skor min antara 2.48
hingga 2.06 iaitu item-item yang merangkumi pembahagian antara 4 hingga 10 pembahagian
atau lebih.
4.5 Aktiviti Melihat Mashaf Sebelum Menghafaz
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap aktiviti melihat mashaf
sebelum menghafaz yang merangkumi membaca ayat hafazan dengan sekali lihat, dua hingga
tiga kali lihat, empat hingga lima kali lihat, enam hingga 10 kali lihat, melebihi 10 kali lihat
dan tidak melakukan aktiviti melihat mashaf sebelum menghafaz. Jadual 7 menunjukkan
keputusan analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
20
Jadual 7 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Aktiviti Melihat Mashaf Sebelum Menghafaz
Bil Item Min S.P Tahap
1 Membaca ayat hafazan dengan
melihat mashaf sekali sahaja 2.31 1.280 Sederhana
rendah
2 Membaca ayat hafazan dengan
melihat mashaf sebanyak 2 hingga
3 kali 3.08 1.278
Sederhana
tinggi
3 Membaca ayat hafazan dengan
melihat mashaf sebanyak 4 hingga
5 kali 3.22 1.215
Sederhana
tinggi
4 Membaca ayat hafazan dengan
melihat mashaf sebanyak 6 hingga
10 kali 2.99 1.193
Sederhana
rendah
5 Membaca ayat hafazan dengan
melihat mashaf lebih daripada 10
kali 2.83 1.391
Sederhana
rendah
6 Tidak membaca ayat hafazan
dengan melihat mashaf 1.75 1.151 Rendah
Berdasarkan kepada jadual 7, kajian ini menyenaraikan enam item bagi mengetahui jumlah
aktiviti melihat mashaf sebelum menghafaz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
lebih cenderung untuk melihat mashaf sebanyak 4 hingga 5 kali sebelum memulakan hafazan
(skor min=3.22). Ini diikuti aktiviti melihat mashaf sebanyak 2 hingga 3 kali (skor min=3.08).
Skor min terendah ialah tidak membaca ayat hafazan dengan melihat mashaf (skor min=1.75).
4.6 Aktiviti Mengulang dan Menggambarkan Ayat Hafazan
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap aktiviti mengulang dan
menggambarkan ayat hafazan yang merangkumi ulangan ayat dan menggambarkannya antara
satu hingga tiga kali ulangan, empat hingga enam kali ulangan, tujuh hingga sembilan kali
ulangan dan 10 atau melebihi 10 kali ulangan.
Jadual 8 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Aktiviti Mengulang dan
Menggambarkan Ayat Hafazan Bil Item Min S.P Tahap
1
Saya mengulang-ulang ayat
hafazan dan menggambarkannya
sebanyak antara 1 hingga 3 kali
ulangan sahaja
3.06 1.343 Sederhana
tinggi
2
Saya mengulang-ulang ayat
hafazan dan menggambarkannya
sebanyak antara 4 hingga 6 kali
ulangan sahaja
3.25 1.195 Sederhana
tinggi
21
Bil Item Min S.P Tahap
3
Saya mengulang-ulang ayat
hafazan dan menggambarkannya
sebanyak antara 7 hingga 9 kali
ulangan sahaja
2.92 1.192 Sederhana
rendah
4
Saya mengulang-ulang ayat
hafazan dan menggambarkannya
sebanyak antara 10 atau melebihi
10 kali ulangan
2.78 1.320 Sederhana
rendah
Berdasarkan kepada jadual 8, kajian ini menyenaraikan empat item bagi mengetahui aktiviti
ulangan dan menggambarkan ayat hafazan yang dilakukan oleh pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk mengulang-ulang ayat hafazan dan
menggambarkannya sebanyak 4 hingga 6 kali ulangan berdasarkan kepada skor min 3.25. Ini
diikuti oleh 1 hingga 3 kali ulangan (skor min=3.08) dan ulangan sebanyak 10 kali atau lebih
memperoleh skor min terendah iaitu 2.72.
4.7 Waktu Menghafaz Hafazan
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap waktu menghafaz yang
merangkumi waktu menghafaz selepas solat zuhur hingga asar, selepas solat asar hingga
maghrib, selepas solat maghrib sehingga isyak, selepas solat isyak hingga jam 10 malam,
selepas solat isyak hingga jam 11 malam, selepas solat isyak hingga jam 12 tengah malam,
ketika waktu qiamullail, beberapa jam sebelum masuk waktu subuh, selepas solat subuh
hingga sekitar jam 7 pagi, pada sesi permulaan kelas tasmi’, selepas tasmi’ dengan guru dan
pada masa terluang sesi pembelajaran akademik dan kursus-kursus lain. Jadual 9
menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
Jadual 9 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Waktu Menghafaz Bil Item Min S.P Tahap
1 selepas solat zuhur hingga asar 2.55 1.160 Sederhana
rendah
2 selepas solat asar hingga maghrib 2.73 1.248 Sederhana
rendah
3 selepas solat maghrib sehingga
isyak 4.29 0.974 tinggi
4 selepas solat isyak hingga jam 10 3.92 1.182 Sederhana
22
Bil Item Min S.P Tahap
malam tinggi
5 selepas solat isyak hingga jam 11
malam 3.35 1.292 Sederhana
tinggi
6 selepas solat isyak hingga jam 12
tengah malam 2.78 1.231 Sederhana
rendah
7 ketika waktu qiamullail 2.69 1.156 Sederhana
rendah
8 beberapa jam sebelum masuk
waktu subuh 2.76 1.163 Sederhana
rendah
9 selepas solat subuh hingga sekitar
jam 7 pagi 3.39 1.210 Sederhana
tinggi
10 pada sesi permulaan kelas tasmi’ 3.04 1.326 Sederhana
tinggi
11 selepas tasmi’ dengan guru 2.88 1.240 Sederhana
rendah
12 dan pada masa terluang sesi
pembelajaran akademik dan
kursus-kursus lain 2.65 1.172
Sederhana
rendah
Berdasarkan kepada jadual 9, kajian ini menyenaraikan item-item waktu yang diperuntukkan
untuk menghafaz yang dipilih oleh pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih
cenderung kepada waktu menghafaz selepas solat maghrib sehingga isyak dengan
memperoleh nilai tertinggi iaitu skor min 4.29. Ini diikuti oleh waktu hafazan yang dilakukan
selepas solat isyak hingga jam 10 malam dengan nilai iaitu skor min 3.92. Seterusnya waktu
hafazan yang dilakukan ialah selepas solat subuh hingga sekitar jam 7 pagi mencatat ketiga
tertinggi iaitu skor min 3.39 manakala waktu hafazan yang dilakukan selepas solat isyak
hingga jam 11 malam memperoleh skor min 3.35 iaitu keempat tertinggi daripada 12 item
bagi waktu yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menghafaz. Skor min bagi item-item
lain ialah antara 3.04 hingga 2.55.
4.8 Peruntukkan Jumlah Masa Bagi Menghafaz
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap peruntukkan masa bagi
menghafaz yang peruntukkan masa kurang dari 1 jam sehari, antara 1 hingga 2 jam sehari,
23
antara 3 hingga 4 jam sehari, antara 5 jam dan lebih sehari. Jadual 10 menunjukkan
keputusan analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
Jadual 10 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Peruntukkan Jumlah Masa
Menghafaz Bil Item Min S.P Tahap
1 Kurang dari 1 jam sehari 2.84 1.364 Sederhana
rendah
2 Antara 1 hingga 2 jam sehari 3.49 1.228 Sederhana
tinggi
3 Antara 3 hingga 4 jam sehari 2.78 1.184 Sederhana
rendah
4 Antara 5 jam dan lebih sehari 2.28 1.205 Sederhana
rendah
Berdasarkan kepada jadual 10, kajian ini menyenaraikan empat item bagi mengetahui nilai
min dan sisihan piawai bagi setiap item peruntukkan jumlah masa menghafaz. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar lebih cenderung memperuntukkan masa menghafaz antara 1 hingga 2
jam sehari memperoleh tertinggi iaitu 3.49. Ini diikuti oleh nilai min yang memperuntukkan
masa kurang dari 1 jam sehari iaitu 2.84. Seterusnya peruntukkan masa yang digunakan
antara 3 hingga 4 jam sehari mencatat skor min sebanyak 2.78 manakala peruntukkan waktu
antara 5 jam dan lebih sehari memperoleh skor min terendah iaitu 2.28.
4.9 Penggunaan Nada Suara Ketika Menghafaz
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap penggunaan nada suara ketika
menghafaz yang merangkumi nada suara yang kuat, nada suara yang sederhana kuat, nada
suara yang perlahan, nada suara yang sangat perlahan, membaca di dalam hati. Jadual 11
menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
Jadual 11 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Penggunaan Nada Suara Ketika
Menghafaz Bil Item Min S.P Tahap
1 Saya menggunakan nada suara
yang kuat 3.46 1.250 Sederhana
tinggi
24
Bil Item Min S.P Tahap
2 Saya menggunakan nada suara
yang sederhana kuat 3.76 0.994 Sederhana
tinggi
3 Saya menggunakan nada suara
yang perlahan 2.75 1.093 Sederhana
rendah
4 Saya menggunakan nada suara
yang sangat perlahan 2.16 1.124 Sederhana
rendah 5 Saya membaca di dalam hati 1.66 1.040 rendah
Berdasarkan kepada jadual 11, kajian ini menyenaraikan lima item bagi mengetahui nilai min
dan sisihan piawai bagi setiap item penggunaan nada suara ketika menghafaz. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan nada suara yang sederhana kuat
berdasarkan kepada skor min tertinggi iaitu 3.76. Ini diikuti oleh pelajar yang menggunakan
nada suara yang kuat iaitu skor 3.46 dan pelajar yang membaca di dalam hati dan tidak
didengari oleh sesiapa pun memperoleh skor min terendah iaitu 1.66.
4.10 Penumpuan Hafazan Bagi Ayat Hafazan Yang Sukar
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap waktu menghafaz yang
merangkumi memberi lebih tumpuan kepada ayat hafazan yang sukar, melakukan ulangan
ayat dengan lebih banyak, menggunakan cara yang sama dengan ayat yang mudah dan item
tidak terlalu memberi tumpuan kepada ayat yang sukar. Jadual 12 menunjukkan keputusan
analisis deskriptif bagi item-item tersebut.
Jadual 12 : Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Penumpuan Hafazan Bagi Ayat
Hafazan Yang Sukar Bil Item Min S.P Tahap
1 Memberi lebih tumpuan untuk
menghafaz 4.26 0.908 tinggi
2 Mengulang-ulang ayat tersebut
dengan lebih banyak 4.26 0.913 tinggi
3 Menghafaz dengan cara yang
sama dengan ayat-ayat yang
mudah 3.33 1.199
Sederhana
tinggi
4 Tidak terlalu memberi tumpuan
kepada ayat tersebut 2.01 1.233 Sederhana
rendah
25
Berdasarkan kepada jadual 12, kajian ini menyenaraikan empat item bagi mengetahui aktiviti
ulangan dan menggambarkan ayat hafazan yang dilakukan oleh pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk memberi lebih tumpuan untuk menghafaz dan
melakukan ulangan ayat dengan lebih banyak dengan skor min 4.26 . Ini diikuti oleh
menggunakan cara yang sama dengan ayat yang mudah dengan skor min 3.33, manakala tidak
terlalu memberi tumpuan kepada ayat tersebut memperoleh skor min terendah iaitu 2.01.
4.11 Teknik Tikrar
Dapatan kajian adalah berdasarkan analisis deskriptif terhadap teknik hafazan yang digunakan
oleh pelajar. Teknik yang telah digunakan iaitu Teknik Tikrar Taqsim, Teknik Tikrar Jamai’
dan Teknik Tikrar Tasalsuli. Jadual 13 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi item-
item tersebut.
Jadual 13: Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Teknik Tikrar Bil Item Min S.P Tahap
1 Teknik Tikrar Taqsim 3.83 1.168 Sederhana
tinggi
2 Teknik Tikrar Jamai’ 2.89 1.127 Sederhana
rendah
3 Teknik Tikrar Tasalsuli 3.16 1.416 Sederhana
tinggi
Berdasarkan kepada jadual 13, kajian ini menyenaraikan tiga item bagi mengetahui aktiviti
ulangan dan menggambarkan ayat hafazan yang dilakukan oleh pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan Teknik Tikrar Taqsim berdasarkan
kepada skor min 3.83, diikuti Teknik Tikrar Tasalsuli memperoleh skor min iaitu 3.16
manakala Teknik Tikrar Jamai’ memperoleh skor min terendah iaitu 2.89.
4.12 Dapatan Analisis Ujian Korelasi
Ujian korelasi dilaksanakan terhadap bilangan juzuk murajaah, jumlah hafazan di peringkat
menengah dengan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar merangkumi pencapaian hafazan
pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian hafazan pelajar diukur berdasarkan
kepada mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi dan mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Tahriri. Manakala pencapaian akademik pula diukur berdasarkan PNGK. Ujian korelasi juga
26
dilakukan antara mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi dan mata nilaian Kursus Hifz al-
Quran Tahriri.
4.12.1 Hubungan Antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Pencapaian Akademik
(PNGK)
Jadual 14 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian
akademik. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi bilangan juzuk murajaah
dengan pencapaian akademik ialah 0.000. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka
dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk
murajaah dengan pencapaian akademik. Nilai r=0.222 pula menunjukkan hubungan korelasi
positif yang lemah antara bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian akademik.
Jadual 14: Keputusan Analisis Korelasi antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Pencapaian
Akademik
Murajaah
PNGK Murajaah PNGK
Murajaah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
0.222
.000
251
PNGK
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
0.222
.000
251
1
251
Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian
akademik
4.12.2 Hubungan Antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Pencapaian Hafazan
(mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi)
Jadual 15 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian
hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi). Dapatan ujian menunjukkan nilai
signifikan bagi bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian hafazan ialah 0.000. Oleh kerana
nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian hafazan. Nilai
27
r=0.289 pula menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah antara bilangan juzuk
murajaah dengan pencapaian hafazan.
Jadual 15: Keputusan Analisis Korelasi Antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Pencapaian
Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi)
Murajaah
Syafawi Murajaah Syafawi
Murajaah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.289
.000
251
Syafawi
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.289
.000
251
1
251
Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan pencapaian
hafazan
4.12.3 Hubungan Antara Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Tahriri) dengan Bilangan Juzuk Murajaah
Jadual 16 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan dengan bilangan juzuk
murajaah. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi pencapaian hafazan
dengan bilangan juzuk murajaah ialah 0.000. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05,
maka dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian
hafazan dengan bilangan juzuk murajaah. Nilai r=0. 347 pula menunjukkan hubungan korelasi
positif yang lemah antara pencapaian hafazan dengan bilangan juzuk murajaah.
Jadual 16: Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan (Mata Penilaian al-Quran
Tahriri) dengan Bilangan Juzuk Murajaah
Tahriri
Murajaah Tahriri Murajaah
Tahriri
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.347
.000
251
28
Murajaah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.347
.000
251
1
251
Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan bilangan juzuk
murajaah
4.12.4 Hubungan Antara Jumlah Hafazan di Peringkat Menengah dengan Pencapaian
Akademik
Jadual 17 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi jumlah hafazan peringkat menengah dengan
pencapaian akademik. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi jumlah
hafazan peringkat menengah dengan pencapaian akademik ialah 0. 022. Oleh kerana nilai p
lebih kecil daripada 0.05, maka dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara jumlah hafazan peringkat menengah dengan pencapaian akademik. Nilai
r=0. 145 pula menunjukkan hubungan korelasi positif yang sangat lemah antara jumlah
hafazan peringkat menengah dengan pencapaian akademik.
Jadual 17: Keputusan Analisis Korelasi antara Jumlah Hafazan Peringkat Menengah Dengan
Pencapaian Akademik
Hafazan Menengah
PNGK Hafazan Menengah PNGK
Hafazan Menengah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.145
.022
251
PNGK
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.145
.022
251
1
251
Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah hafazan di peringkat menengah dengan
pencapaian akademik
29
4.12.5 Hubungan Antara Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Syafawi) Dengan Jumlah Hafazan Peringkat Menengah
Jadual 18 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan (mata nilaian Syafawi)
dengan jumlah hafazan peringkat menengah. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai
signifikan bagi pencapaian hafazan (mata nilaian Syafawi) dengan jumlah hafazan peringkat
menengah ialah 0.009. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, Maka dapatan ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan (mata
nilaian Syafawi) dengan jumlah hafazan peringkat menengah. Nilai r=0. 164 pula
menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah antara pencapaian hafazan (mata nilaian
Syafawi) dengan jumlah hafazan peringkat menengah .
Jadual 18: Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Syafawi) Dengan Jumlah Hafazan Peringkat Menengah
Syafawi
Hafazan Menengah Syafawi Hafazan Menengah
Syafawi
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.164
.009
251
Hafazan Menengah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.164
.009
251
1
251
Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan jumlah hafazan
peringkat menengah
4.12.6 Hubungan Antara Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Tahriri) dengan Jumlah Hafazan di Peringkat Menengah
Jadual 19 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan dengan jumlah hafazan
di peringkat menengah. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi pencapaian
hafazan dengan jumlah hafazan di peringkat menengah ialah 0. 001. Oleh kerana nilai p lebih
kecil daripada 0.05, maka dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pencapaian hafazan dengan jumlah hafazan di peringkat menengah. Nilai
30
r=0. 218 pula menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah antara pencapaian hafazan
dengan jumlah hafazan di peringkat menengah.
Jadual 19: Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan Dengan Jumlah Hafazan di
Peringkat Menengah
Tahriri
Hafazan Menengah
Tahriri
Hafazan Menengah
Tahriri
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.218
.001
251
Hafazan Menengah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.218
.001
251
1
251
Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan jumlah hafazan di
peringkat menengah
4.12.7 Hubungan Antara Pencapaian Hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Syafawi) Dengan Pencapaian Akademik
Jadual 20 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan dengan pencapaian
akademik. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi pencapaian hafazan
dengan pencapaian akademik ialah 0.000. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka
dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian
hafazan dengan pencapaian akademik. Nilai r=0. 535 pula menunjukkan hubungan korelasi
positif yang sederhana antara pencapaian hafazan dengan pencapaian akademik.
31
Jadual 20: Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan (mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Syafawi) Dengan Pencapaian Akademik
Syafawi
PNGK Syafawi PNGK
Syafawi
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.535
.000
251
PNGK
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.535
.000
251
1
251
Ho 7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan dengan pencapaian
akademik
4.12.8 Hubungan Antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Jumlah Hafazan
Peringkat Menengah
Jadual 21 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi bilangan juzuk murajaah dengan jumlah
hafazan peringkat menengah. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi
bilangan juzuk murajaah dengan jumlah hafazan peringkat menengah ialah 0.000. Oleh
kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan jumlah hafazan peringkat
menengah. Nilai r=0. 238 pula menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah antara
bilangan juzuk murajaah dengan jumlah hafazan peringkat menengah.
Jadual 21: Keputusan Analisis Korelasi antara Bilangan Juzuk Murajaah Dengan Jumlah
Hafazan di Peringkat Menengah
Murajaah
Hafazan Menengah Murajaah Hafazan Menengah
Murajaah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.238
.000
251
32
Hafazan Menengah
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.238
.000
251
1
251
Ho 8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan juzuk murajaah dengan jumlah
hafazan di peringkat menengah
4.12.9 Hubungan Pencapaian Hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri)
Dengan Pencapaian Akademik
Jadual 22 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan dengan pencapaian
akademik. Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi pencapaian hafazan
dengan pencapaian akademik ialah 0.000. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka
dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian
hafazan dengan pencapaian akademik. Nilai r=0. 624 pula menunjukkan hubungan korelasi
positif yang sederhana antara pencapaian hafazan dengan pencapaian akademik.
Jadual 22: Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan (mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Tahriri) Dengan Pencapaian Akademik
Tahriri
PNGK
Tahriri
PNGK
Tahriri
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.624
.000
251
PNGK
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.624
.000
251
1
251
Ho 9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Tahriri) dengan pencapaian akademik
33
4.12.10 Hubungan Antara Pencapaian Hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Tahriri ) Dengan Pencapaian Hafazan (mata penilaian al-Quran Syafawi)
Jadual 23 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus
Hifz al-Quran Tahriri) dengan pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran
Syafawi). Dapatan ujian menunjukkan bahawa nilai signifikan bagi pencapaian hafazan (mata
nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri) dengan pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Syafawi) ialah 0.000. Oleh kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, maka dapatan
ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan (mata
nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri) dengan pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Syafawi). Nilai r=0. 643 pula menunjukkan hubungan korelasi positif yang
sederhana antara pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Tahriri) dengan
pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi).
Jadual 23 : Keputusan Analisis Korelasi antara Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz
al-Quran Tahriri) dengan Pencapaian Hafazan (Mata nilaian Kursus Hifz al-Quran Syafawi)
Tahriri
Syafawi Tahriri Syafawi
Tahriri
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
251
.643
.000
251
Syafawi
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.643
.000
251
1
251
Ho 10 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian hafazan (mata nilaian Kursus
Hifz al-Quran Tahriri) dengan pencapaian hafazan (mata penilaian al-Quran Syafawi)
4.13 Dapatan Analisis Lain-Lain Teknik Yang Digunakan Oleh Pelajar
Hasil analisis lain-lain teknik yang digunakan oleh pelajar adalah berdasarkan kepada soal
selidik terbuka yang dikemukakan dalam soal selidik. Seramai 71 orang responden yang
mengisi ruangan ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar turut memberi penekanan
kepada kefahaman makna ayat termasuk menggunakan al-Quran terjemahan. Ini termasuk
34
dengan membaca terjemahan ayat yang akan dihafaz, menggambarkan penceritaan daripada
ayat serta terdapat juga pelajar yang melakukan gaya penceritaan bagi lebih mengingati
penceritaan ayat tersebut. Selain itu, pelajar didapati memperdengarkan bacaan kepada rakan
mereka sebelum menghafaz serta melakukan aktiviti tasmi dengan kawan terlebih dahulu
sebelum tasmi dengan guru. Sebahagian pelajar pula, hanya melakukan aktiviti tasmi dengan
kawan bagi ayat hafazan yang sukar sahaja.
Dari aspek lain, pelajar turut memanfaatkan masa dengan melakukan persiapan
hafazan beberapa hari sebelum tasmi dengan guru. Terdapat pelajar melakukan persediaan
hafazan dua hari sebelum tasmi sukatan hafazan tersebut. Terdapat juga pelajar menghafaz
pada malam hari, mengulangi hafazan tersebut pada waktu pagi sebelum menghadiri kelas
rasmi pada sebelah pagi.
Pelajar juga didapati memanfaatkan nombor ayat sebagai teknik hafazan. Ini termasuk
dengan menghafaz nombor ayat serta membina penomboran ayat mengikut muka surat seperti
menjadikan ayat pertama pada sukatan hafazan sebagai nombor 1 dan nombor berikutnya
mengikut turutan sehingga ayat terakhir sukatan hafazan tersebut.
Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar turut memanfaatkan teknologi dengan
menggunakan alat-alat audio yang mengandungi bacaan qari-qari terbaik yang boleh
dicontohi bacaan mereka. Pelajar terlebih dahulu mendengar sukatan hafazan mereka
menggunakan audio tersebut sebelum menghafaz.
Aspek-aspek lain yang turut dilakukan oleh pelajar ialah mendengar bacaan guru
sebelum menghafaz, mengingati perkataan pertama pada setiap ayat menggunakan formula
tertentu, membaca ayat hafazan sebanyak 40 kali dan menulis ayat yang sukar serta memberi
penekanan kepada aspek adab ketika menghafaz seperti memulakan hafazan dengan berdoa,
membaca surah al-fatihah, berselawat dan berwuduk.
4.14 Dapatan Temu Bual
Hasil temu bual dengan lima orang pelajar bertujuan untuk mengenal pasti teknik menghafaz
kendiri yang mereka gunakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar menggabungkan
antara kaedah dan teknik dengan pembahagian teknik adalah seperti berikut :
35
4.14.1 Membuat Pembahagian Ayat
Terdapat dua kelompok pelajar yang terlibat dengan teknik ini. Pertama ialah pelajar yang
membuat pembahagian ayat dan kedua ialah pelajar yang tidak membuat pembahagian ayat.
Bagi pelajar yang membuat pembahagian ayat, mereka akan membahagikan sukatan hafazan
kepada beberapa bahagian ayat. Sebagai contoh, jika sukatan hafazan tersebut mempunyai 15
ayat, maka pelajar akan membahagikannya kepada tiga bahagian dengan masing-masing
bahagian mempunyai lima ayat.
4.14.2 Melihat Terjemahan Ayat
Sebahagian besar pelajar melihat terjemahan makna ayat sebelum menghafaz al-Quran dan
bukan melihat terjemahan selepas menghafaz. Terdapat empat teknik yang dilakukan oleh
pelajar dalam teknik ini. Pertama ialah dengan melihat terjemahan satu ayat sebelum
menghafaz ayat tersebut mengikut urusan ayat dalam bahagian-bahagian ayat. Kedua ialah
dengan melihat ayat-ayat berdasarkan bahagian ayat sebelumnya menghafaz ayat-ayat di
bahagian tersebut mengikut susunan. Ketiga ialah dengan melihat terjemahan ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan hafazan dan keempat ialah tidak melihat terjemahan ayat.
4.14.3 Melancarkan Ayat Hafazan Dengan Melihat Mashaf
Teknik ini melibatkan tiga pendekatan yang digunakan oleh pelajar. Pertama ialah dengan
melancarkan ayat hafazan dengan melihat ayat mengikut bahagian-bahagian ayat. Ini
terutamanya melibatkan pelajar yang melakukan pembahagian ayat. Kedua ialah melancarkan
ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan dan ketiga
ialah tidak melakukan pendekatan melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf.
4.14.4 Menghafaz Ayat Hafazan
Teknik menghafaz ayat hafazan ini merupakan teknik terpenting iaitu melibatkan teknik
menggambarkan ayat yang akan dihafaz di dalam memori. Terdapat empat teknik yang
digunakan pelajar. Pertama ialah menghafaz ayat-ayat mengikut bahagian ayat dengan
mengulangi ayat yang baru dihafaz sebelumnya sebelum menghafaz ayat yang baru. Teknik
ini bagi memastikan ayat sebelumnya yang baru dihafaz benar-benar diingati sebelum
menghafaz ayat yang baru. Sebagai contoh, sebelum menghafaz ayat kedua pada bahagian
pertama, pelajar akan mengulang kembali ayat pertama tanpa melihat mashaf. Kemudian
36
pelajar akan menghafaz ayat kedua sehingga ingat. Seterusnya sebelum menghafaz ayat
ketiga, pelajar akan mengulang kembali ayat pertama dan kedua sehingga ingat dan barulah
diteruskan menghafaz ayat baru.
Kedua ialah menghafaz ayat-ayat mengikut bahagian ayat tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz sebelumnya sebelum menghafaz ayat yang baru. Sebagai contoh, setelah
menghafaz ayat pertama pada bahagian pertama, pelajar terus menghafaz ayat kedua dan
seterusnya ayat ketiga sehingga ayat akhir pada bahagian pertama. Proses ini berterusan
sehingga ayat akhir sukatan hafazan. Ketiga ialah dengan cara menghafaz ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan tanpa sebarang pengulangan ayat sebelumnya yang baru dihafaz.
Keempat ialah dengan menghafaz ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan dengan
pengulangan ayat sebelumnya yang baru dihafaz sebagai pengukuhan.
37
5. PERBINCANGAN
5.1 Mengetahui demografi pelajar Darul Quran bagi Program Diploma Tahfiz al-
Quran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang menyambung pengajian di
Darul Quran telah menghafaz 30 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya telah menghafaz
beberapa surah atau juzuk al-Quran. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang
menunjukkan bahawa seramai 99 pelajar (39.3%) telah menghafaz 30 juzuk al-Quran, seramai
110 orang pelajar (43.7%) pula pernah menghafaz beberapa surah atau juzuk. Baki pelajar
ialah pelajar yang tidak menghafaz al-Quran.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa, kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada
pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri iaitu seramai 73 orang (29%), Sekolah
Menengah Tahfiz Kerajaan Negeri iaitu seramai 52 (20.6%) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama iaitu seramai 43 orang (17.1%) manakala lain-lain sekolah menengah
tahfiz adalah iaitu seramai 42 (16.7%). Baki pelajar ialah lain-lain jenis sekolah menengah.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa majoriti pelajar melakukan murajaah
hafazan mereka kurang daripada 1 juzuk sehari iaitu seramai 146 orang pelajar (58.1%) dan
seramai 91 orang pelajar (36.3%) pula murajaah hafazan mereka antara 1 hingga 2 juzuk
sehari.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menghafaz al-Quran 30 juzuk di
peringkat menengah mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk melakukan murajaah
harian dengan lebih banyak. Ini berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa
seramai 43% di kalangan mereka melakukan murajaah kurang daripada satu juzuk sehari
manakala 49% pula melakukan murajaah antara satu hingga dua juzuk sehari. Berbanding
dengan pelajar yang tidak pernah menghafaz al-Quran, seramai 79% di kalangan mereka
melakukan murajaah kurang daripada satu juzuk sehari dan hanya 19% sahaja yang
melakukan murajaah antara satu hingga dua juzuk sehari.
38
5.2 Mengetahui teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk menghafaz berdasarkan
muka surat al-Quran berbanding maqra’. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang
menunjukkan skor min pelajar menghafaz berdasarkan muka surat lebih tinggi berbanding
maqra’ iaitu 3.79 berbanding 3.39. Dapatan kajian ini menghuraikan dapatan kajian yang
dikemukakan oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013) yang mendapati bahawa item
menentukan kadar hafazan memperoleh nilai min yang tinggi iaitu item pelajar menentukan
kadar hafazan berdasarkan kemampuan (min=4.29), menentukan kadar hafazan (min=4.11)
dan menghafaz berdasarkan kadar hafazan (min=4.05).
Begitu juga pelajar lebih cenderung untuk membuat pembahagian sukatan hafazan
kepada beberapa bahagian ayat kepada 2 hingga 3 bahagian. Ini berdasarkan dapatan kajian
yang menunjukkan skor min bagi item membahagikan sukatan hafazan kepada 2 hingga 3
kelompok ayat memperoleh skor min sebanyak 3.34. Ini berbeza dengan dapatan yang
dikemukakan oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013) yang menunjukkan bahawa item
pelajar menghafaz dengan lima memperoleh skor min sebanyak 3.3.4. Kajian Abdul Rahman
Abd Ghani, Abdul Munir Ismail & Wahibah Twahir@Tahir (2014) juga mendapati bahawa
menggunakan kaedah membahagi-bahagikan ayat (skor min=4.03). Begitu juga berkenaan
dengan melancarkan hafazan secara melihat mashaf. Pelajar didapati lebih cenderung untuk
melihat atau melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf sebanyak 4 hingga 5 kali.
Seterusnya dari aspek mengulang dan menggambarkan ayat hafazan, pelajar lebih cenderung
untuk membuat ulangan dan menggambarkan hafazan antara 4 hingga 6 kali dengan nilai skor
min mencapai 3.25. Ini disokong oleh kajian Abdul Rahman Abd Ghani, Abdul Munir Ismail
& Wahibah Twahir@Tahir (2014) mendapati bahawa pelajar melakukan ulangan bacaan bagi
menghafaz al-Quran dengan skor min ialah 4.38 dan melancarkan ayat hafazan terlebih
dahulu (skor min=4.30),
Berkenaan dengan waktu menghafaz yang dipilih oleh pelajar, dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk menghafaz selepas solat maghrib hingga
isyak (skor min=4.29). Ini diikuti selepas isyak hingga jam 10 malam (skor min=3.92),
selepas waktu subuh hingga sekitar jam 7 pagi (skor min=3.39) dan waktu selepas isyak
hingga jam 11 malam (skor min=3.35). Dapatan ini menghuraikan lagi waktu yang dipilih
pelajar untuk menghafaz al-Quran Berkenaan dengan jumlah peruntukkan masa untuk
39
menghafaz al-Quran. Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Azmil Hashim &
Misnan Jemali (2013), pelajar lebih cenderung untuk menghafaz pada waktu pagi berdasarkan
skor min yang diperoleh adalah 4.06.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar memperuntukkan antara 1 hingga 2 jam
sahaja sehari untuk menghafaz al-Quran (skor min=3.49). Dari aspek penggunaan nada suara
ketika menghafaz, pelajar didapati lebih cenderung untuk menggunakan nada suara sederhana
kuat (skor min=3.76) dan dengan nada suara kuat (skor min=3.46). Dari aspek tumpuan
kepada ayat yang sukar pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung
untuk memberi tumpuan yang lebih kepada hafazan ayat yang sukar dan mengulang-ulang
ayat tersebut dengan lebih banyak. Skor min kedua-dua item ialah 4.26. Dapatan ini disokong
oleh kajian yang dikemukakan oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013) yang mendapati
bahawa pelajar menggunakan kadar suara yang sederhana (skor min=4.0) dan mengulang-
ulang (tikrar) hafazan secara berirama (skor min=3.55).
Dapatan kajian berkenaan dengan teknik tikrar pula menunjukkan bahawa pelajar
lebih cenderung untuk menggunakan teknik tikrar taqsim (skor min=3.83) diikuti teknik
tikrar tasalsuli (skor min=3.16). Ini disokong oleh hasil dapatan daripada temu bual dengan
lima orang pelajar yang menunjukkan pelajar membahagikan sukatan hafazan kepada
beberapa bahagian. Ini berbeza dengan kajian oleh Azmil Hashim & Misnan Jemali (2013)
yang menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan teknik tasalsuli (skor
min=4.13) berbanding teknik tikrar jam’iy dan taksim (skor min=3.57 dan 3.56).
Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar turut memanfaatkan kaedah hafazan semasa
menghafaz. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang menunjukkan pelajar turut memberi
penekanan kepada kefahaman makna ayat termasuk menggunakan al-Quran terjemahan. Ini
termasuk dengan membaca terjemahan ayat yang akan dihafaz, memperdengarkan bacaan
kepada rakan mereka sebelum menghafaz serta melakukan aktiviti tasmi dengan kawan
terlebih dahulu sebelum tasmi dengan guru, memanfaatkan teknologi audio serta
menggunakan nombor-nombor ayat sebagai teknik hafazan mereka. Kajian oleh Azmil
Hashim & Misnan Jemali (2013) turut menunjukkan bahawa pelajar mencari maksud ayat
(skor min=3.90) dan mencari makna kalimah ayat (skor min=3.88).
Daripada dapatan temu bual pula menunjukkan pelajar menggunakan teknik yang
berbeza sama ada menggunakan teknik tikrar tasalsuli dan teknik tikrar taqsim serta teknik
40
tikrar taqsim. Manakala kaedah yang terlibat ialah kaedah kefahaman iaitu dengan melihat
terjemahan makna ayat, melancarkan bacaan ayat yang akan dihafaz dengan melihat mashaf
dan penulisan ayat al-Quran. Pelajar menggunakan cara yang berbeza bagi gabungan kaedah
dan teknik hafazan ini. Daripada cara-cara yang berbeza bagi kaedah dan teknik hafazan
tersebut, kajian ini menyenaraikan 60 jenis proses hafazan yang boleh digunakan ketika
menghafaz al-Quran. Ini sebagaimana yang disokong oleh Rahil Mahyuddin, Jami’ah
Mohamad, Kasnani Ab. Karim (2000) yang menyatakan bahawa proses hafazan mengandungi
tiga peringkat iaitu peringkat perolehan, peringkat pengekalan dan peringkat perolehan
kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan
mengekodkan rangsangan tersebut ke dalam ingatan. Peringkat pengekalan pula merupakan
peringkat menyimpan maklumat dan peringkat perolehan kembali iaitu proses mengeluar
maklumat tersebut daripada simpanan apabila diperlukan. 60 jenis proses ini adalah
berteraskan kepada kaedah dan teknik hafazan yang merangkumi sama ada membuat
pembahagian sukatan hafazan atau tidak (iaitu sama ada menggunakan teknik tikrar tasalsuli,
taqsim atau jam’iy), melihat terjemahan ayat atau tanpa melihat terjemahan, menghafaz ayat,
melakukan ulangan ayat yang baru dihafaz atau tidak melakukan ulangan (iaitu sama ada
menggunakan teknik tikrar tasalsuli, taqsim atau jam’iy) dan melakukan penulisan ayat atau
sebaliknya. 60 jenis proses tersebut adalah seperti berikut :
5.2.1 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz
serta melakukan penulisan ayat.
5.2.2 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz
dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.3 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian,melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz
serta melakukan penulisan ayat.
41
5.2.4 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian,melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz
dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.5 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.6 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian dan menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.7 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru
dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.8 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
satu persatu mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru
dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.9 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz
serta melakukan penulisan ayat.
5.2.10 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan
tidak melakukan penulisan ayat.
42
5.2.11 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta
melakukan penulisan ayat.
5.2.12 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan
tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.13 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi
ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.14 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi
ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.15 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi
ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.16 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama
sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi
ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.17 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru
dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
43
5.2.18 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru
dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.19 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru
dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.20 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan semua
ayat-ayat mengikut bahagian, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf
mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru
dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.21 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.22 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.23 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.24 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
44
5.2.25 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada
ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan
mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.26 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada
ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan
mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.27 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada
ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa
mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.28 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada
ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa
mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.29 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.30 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.31 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
45
5.2.32 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, melihat terjemahan ayat
pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat
mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.33 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat
mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan
ayat.
5.2.34 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat
mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan
ayat.
5.2.35 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat
mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.36 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz ayat
mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan
ayat.
5.2.37 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan
hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz serta
melakukan penulisan ayat.
5.2.38 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan
hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan
tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.39 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan
46
hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta
melakukan penulisan ayat.
5.2.40 Membahagikan sukatan hafazan kepada beberapa bahagian, tidak melihat terjemahan
ayat, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan
hafazan, menghafaz ayat mengikut bahagian tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan
tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.41 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan
penulisan ayat.
5.2.42 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan
penulisan ayat.
5.2.43 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan
penulisan ayat.
5.2.44 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak
melakukan penulisan ayat.
5.2.45 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga
ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa
mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.46 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga
47
ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa
mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.47 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga
ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan
mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.48 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, melancarkan ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga
ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan
mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.2.49 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.2.50 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
5.3.51 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz serta melakukan penulisan ayat.
5.3.52 Tidak membahagikan sukatan hafazan, melihat terjemahan ayat pertama sehingga ayat
akhir sukatan hafazan, tidak melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut
bahagian, menghafaz kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang
baru dihafaz dan tidak melakukan penulisan ayat.
48
5.2.53 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, melancarkan
ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz
kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta
melakukan penulisan ayat.
5.2.54 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, melancarkan
ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz
kesemua ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak
melakukan penulisan ayat.
5.2.55 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, melancarkan
ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz
kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz serta
melakukan penulisan ayat.
5.2.56 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, melancarkan
ayat hafazan bermula daripada ayat pertama sehingga ayat akhir sukatan hafazan, menghafaz
kesemua ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak
melakukan penulisan ayat.
5.2.57 Tidak membahagikan sukatan hafazan, tidak melihat terjemahan ayat, tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan
penulisan ayat.
5.2.58 Tidak membahagikan sukatan hafazan.Tidak melihat terjemahan ayat,tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian,menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan tanpa mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak melakukan
penulisan ayat.
5.2.59 Tidak membahagikan sukatan hafazan , tidak melihat terjemahan ayat,tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz serta melakukan
penulisan ayat.
49
5.2.60 Tidak membahagikan sukatan hafazan , tidak melihat terjemahan ayat,tidak
melancarkan ayat hafazan dengan melihat mashaf mengikut bahagian, menghafaz kesemua
ayat mengikut sukatan hafazan dengan mengulangi ayat yang baru dihafaz dan tidak
melakukan penulisan ayat.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan teknik hafazan yang diamalkan oleh
pelajar Darul Quran seperti berikut :
a) Menghafaz berdasarkan bilangan muka surat al-Quran.
b) Mengamalkan teknik hafazan dengan membahagikan sukatan hafazan kepada 2 hingga 3
bahagian.
c) Sebelum menghafaz, pelajar akan pengulangan dan melancarkan ayat dengan melihat
mashaf antara empat ke lima kali.
d) Semasa menghafaz, pelajar akan mengulang dan menggambarkan ayat hafazan antara
empat ke enam kali.
e) Waktu menghafaz ialah antara selepas maghrib hingga isyak dan selepas isyak hingga
jam 10 malam.
f) Memperuntukkan antara satu hingga dua jam sehari untuk menghafaz al-Quran.
g) Mengamalkan bacaan dengan nada suara yang sederhana kuat ketika menghafaz.
h) Memberi lebih tumpuan dan melakukan ulangan yang lebih kerap bagi ayat-ayat hafazan
yang sukar.
i) Mengamalkan teknik tikrar taqsim dalam menghafaz.
j) Terdapat 60 proses menghafaz al-Quran berjaya disenaraikan hasil gabungan
beberapa gabungan kaedah dan teknik hafazan yang diamalkan oleh pelajar Darul Quran
50
5.3 Mengenal pasti hubungan antara bilangan juzuk murajaah, jumlah hafazan di
peringkat menengah dengan pencapaian pelajar
Berdasarkan dapatan kajian, bilangan juzuk murajaah memainkan peranan penting bagi
meningkatkan pencapaian hafazan pelajar. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang
menunjukkan bahawa bilangan juzuk murajaah mempunyai hubungan signifikan dan
mempunyai hubungan korelasi positif dengan mata nilaian Syafawi dan mata nilaian Tahriri.
Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam murajaah harian akan turut meningkatkan
pencapaian hafazan. Begitu sebaliknya jika pengurangan bilangan juzuk murajaah akan turut
mengurangkan pencapaian hafazan.
Kajian juga mendapati bahawa bilangan juzuk murajaah juga memainkan peranan
penting bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini berdasarkan kepada dapatan
kajian yang menunjukkan bahawa bilangan juzuk murajaah mempunyai hubungan signifikan
dan mempunyai hubungan korelasi positif dengan PNGK. Ini menunjukkan bahawa
peningkatan dalam murajaah harian akan turut meningkatkan pencapaian akademik. Begitu
sebaliknya jika pengurangan bilangan juzuk murajaah akan turut mengurangkan pencapaian
akademik.
Berkenaan dengan hubungan antara jumlah hafazan di peringkat menengah dengan
pencapaian hafazan pelajar, kajian ini telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara jumlah hafazan di peringkat menengah dan mempunyai hubungan korelasi
positif dengan mata nilaian Syafawi dan mata nilaian Tahriri. Ini menunjukkan bahawa
semakin tinggi jumlah hafazan di peringkat menengah akan turut meningkatkan pencapaian
hafazan. Begitu sebaliknya jika pengurangan jumlah hafazan di peringkat menengah akan
turut mengurangkan pencapaian hafazan.
51
Kajian juga mendapati bahawa jumlah hafazan di peringkat menengah juga
memainkan peranan penting bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini berdasarkan
kepada dapatan kajian yang menunjukkan bahawa jumlah hafazan di peringkat menengah
mempunyai hubungan signifikan dan mempunyai hubungan korelasi positif dengan PNGK.
Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam jumlah hafazan di peringkat menengah akan
turut meningkatkan pencapaian akademik. Begitu sebaliknya jika pengurangan jumlah
hafazan di peringkat menengah akan turut mengurangkan pencapaian akademik.
Walau bagaimanapun, dari segi kekuatan hubungan korelasi antara bilangan juzuk
murajaah dan jumlah hafazan di peringkat menengah dengan pencapaian pelajar, dapatan
telah menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah berdasarkan kepada nilai pekali
korelasi iaitu antara r=0.145 hingga r=0.29 sahaja.
Dari aspek yang lain kajian ini turut mendapati bahawa bilangan juzuk murajaah
dengan jumlah hafazan di peringkat menengah mempunyai hubungan signifikan yang positif.
Ini menunjukkan semakin banyak jumlah hafazan di peringkat menengah, maka semakin
banyak juga bilangan juzuk murajaah pelajar dan begitulah sebaliknya, semakin rendah
jumlah hafazan di peringkat menengah maka semakin rendah juga bilangan juzuk murajaah.
Justeru, pelajar yang telah menghafaz al-Quran di peringkat menengah mempunyai lebih
peluang untuk melakukan murajaah harian. Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka tidak
memerlukan masa yang lama untuk menghafaz. Keadaan ini akan memberi lebih masa kepada
mereka untuk melakukan murajaah harian dengan lebih banyak.
52
5.4 Mengenal pasti hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar
Dari aspek hubungan antara pencapaian hafazan pelajar dengan pencapaian akademik pelajar
yang masing-masing diukur melalui PNGK, mata nilaian safawi dan mata nilaian tah riri
telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan mempunyai hubungan korelasi
positif antara PNGK dengan mata nilaian syafawi dan mata nilaian tahriri. Ini membuktikan
bahawa semakin tinggi pencapaian akademik pelajar maka semakin tinggi juga pencapaian
hafazan pelajar dan sebaliknya semakin rendah pencapaian akademik pelajar maka semakin
rendah pencapaian hafazan pelajar.
Selain daripada itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan dan hubungan korelasi positif antara mata nilaian Syafawi dengan mata nilaian
Tahriri. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi mata nilaian Syafawi maka semakin tinggi
mata nilaian Tahriri dan begitulah sebaliknya semakin rendah mata nilaian Syafawi maka
semakin rendah juga mata nilaian Tahriri. Dapatan ini secara tidak langsung turut
membuktikan bahawa mata nilaian Syafawi dan Tahriri mungkin amat bergantung pada tahap
penguasaan hafazan pelajar. Jika pelajar mampu menguasai hafazan, maka mereka tidak
mempunyai masalah untuk memperoleh mata nilaian yang tinggi bagi kedua-dua peperiksaan
al-Quran Syafawi dan Tahriri.
Dari segi kekuatan hubungan korelasi antara pencapaian hafazan dengan pencapaian
akademik, dapatan kajian telah menunjukkan hubungan korelasi positif yang sederhana
berdasarkan kepada nilai pekali korelasi iaitu antara r=0.54 hingga r=0.64.
53
6. CADANGAN
Kajian ini memberi gambaran tentang demografi pelajar Darul Quran, amalan teknik hafazan
pelajar Darul Quran dan mengenal pasti hubungan antara bilangan murajaah harian, jumlah
hafazan peringkat menengah dengan pencapaian pelajar serta hubungan antara pencapaian
hafazan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan
dikemukakan seperti berikut :
6.1. Mencadangkan kepada pihak Darul Quran menyediakan satu sistem pengambilan
pelajar yang khusus bagi menilai calon pelajar yang akan mengambil pengajian Diploma
Tahfiz al-Quran. Ini kerana jumlah pelajar yang telah mempunyai pengalaman menghafaz al-
Quran di peringkat menengah adalah dalam jumlah yang besar. Ini termasuk dengan
mengadakan saringan awal antara calon yang telah menghafaz dengan calon yang belum
menghafaz. Aspek lain yang perlu diambil kira dalam sistem pengambilan tersebut ialah jenis
aliran sekolah menengah calon berkenaan.
6.2. Mencadangkan kepada pihak Darul Quran membuat penilaian semula beberapa aspek
berkaitan dengan amalan teknik hafazan pelajar Darul Quran. Ini termasuk membuat penilaian
semula terhadap sukatan hafazan pelajar berdasarkan maqra’. Ini kerana dapatan
menunjukkan pelajar cenderung menghafaz berdasarkan kepada muka surat. Selain daripada
itu, pelajar juga cenderung melakukan teknik pembahagian ayat yang lebih sesuai jika
menggunakan sukatan hafazan berdasarkan muka surat berbanding maqra’.
6.3. Berkenaan dengan aspek waktu menghafaz juga perlu diberi penekanan. Dicadangkan
supaya waktu menghafaz yang diamalkan oleh pelajar tidak diisi dengan sebarang aktiviti
bagi memastikan waktu tersebut digunakan secara optimum oleh pelajar untuk menghafaz.
Atau setidaknya, pelajar diberi pelepasan daripada sebarang program wajib bagi tujuan
menghafaz.
6.4. Pihak Darul Quran juga disarankan untuk menyediakan teknik hafazan yang lebih
menyeluruh kepada pelajar. Ini termasuk menyediakan teknik yang lebih bersifat fleksibel
bagi memudahkan pelajar memilih teknik yang sesuai dengan keadaan ayat, tahap keupayaan
memori dan motivasi mereka.
54
6.5. Pencapaian hafazan pelajar ternyata mempunyai hubungan yang sederhana positif
dengan pencapaian akademik. Sehubungan dengan itu adalah penting bagi pihak Darul Quran
memberi penekanan lebih kepada pencapaian hafazan pelajar berbanding lain-lain
pencapaian. Ini termasuk dengan menyediakan aktiviti dan program khas bagi meningkatkan
prestasi hafazan pelajar.
55
RUJUKAN
Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Rizal Bin Madar, Nurul Akmar Binti Kamaruddin & Saifullizam bin Puteh (2005).
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata
Pelajaran Kejuruteraan Di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005. di ambil melalui laman sesawang
Http://Eprints.Uthm.Edu.My/2748/1/FaktorFaktor_Yang_Mempengaruhi_Pencapaia
n_Pelajar.Pdf pada 29 Disember 2016.
Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru
Pemulihan Jawi di Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on
Teacher Education; Joint Conference UPI & UPSI.Bandung, Indonesia , 8-10
November 2010.
Abdul Rahman Abd Ghani, Abdul Munir Ismail & Wahibah Twahir@Tahir (2014). Amalan
Kaedah Hafazan al-Quran di Darul Quran.Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tanjung Malim Perak.
Ames, C. 1992. Classroom Goals, Structures, and Student Motivation. Journal of
Educational Psychology, Vol. 84(3), 261-271.
Ahmad Mohd Salleh (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah, dan Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakati Sdn. Bhd.
As-Syarbini, Ibrahim Abdul guni’m (2004). As-Sabil Ila al-Jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul
Quran. Zaqaziq. Dar Ibnu Kathir
Ames, C., & Ames, R. (1989). Research in Motivation in Education. San Diego: Academic
Press.
Arsaythamby Veloo & Shamsuddin Muhammad (2011). Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan
Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Asia Paciic Journal
of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 15–32, 2011. di ambil daripada laman
sesawang
56
http://web.usm.my/education/publication/APJEE_26_02_Arsaythamby%20(15-
32).pdf pada 28 Disember 2016.
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz
dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz al- Quran di Malaysia. The Online Journal
of Islamic Education, Januari 2013,Vol. 1 issue 1. retrieved form
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/4455/Article%203%20Vol
.%201,%20Issue%201.pdf on 6 September 2015.
Azmil bin Hashim & Misnan Jemali (2013). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Tahfiz
Dengan Pencapaian Hafazan al-Quran : Kajian di Zon Tengah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak.
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar.(2007).
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di
Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.
Benedict Clement D’silva.(2003). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pekali Kesahan Ramalan Kertas-Kertas Sains Peperiksaan Pertengahan Tahun
Tingkatan 5 Di Daerah Port Dickson. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru
Peringkat Kebangsaan. diambil daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/benedictMPRMkk.
pdf pada 20 Jun 2016. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Chua Yan Piaw (2006).Kaedah Penyelidikan.Kuala Lumpur.Mc Graw Hill.
Darul Quran (2007). Kaedah Hafazan al-Quran. Selangor. Medan Hikmah Sdn. Bhd.
Darul Quran (2008). Laporan Keputusan Peperiksaan Darul Quran dan MTQN 2008.
Bahagian Peperiksaan Darul Quran
Ghazali Yusri, and Nik Mohd Rahimi, and Parilah M. Shah (2010). Kebimbangan ujian dan
motivasi dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan.
AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education diambil
melalui laman sesawang http://journalarticle.ukm.my/1501/1/5-
_Ghazali_Yusri_0_3.pdf pada 28 Disember 2016
57
Guilford, J.P. (1956). Fundamental Statsitics in Psychology and Education. Now York:
McGraw Hill.
Hazaruddin Baharuddin (1997). Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia:Perbandingan Antara
Cara Moden dan Tradisional. Jurnal Darul Quran bil. 3. Tahun 1997. Jabatan
Kemajuan Islam. Kuala Lumpur
Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi & Wan Suryati Wan Ahmad (2008). Pengaruh Sikap dan
Demografi Ke atas Produktiviti Kerja Pensyarah Muslim: Kajian di Universiti
Malaya. Shariah Journal, Vol. 16, No. 2 (2008) 1-23. Universiti Malaya. Kuala
Lumpur.
Katz, R. (1960). The Functional Approach to the Study of Attitude. Pub. Op. Qart.
Khalid Mohd Nor (1993).Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai.
Khairul Anuar Mohamad (2016).Sistem Kawalan Kualiti Huffaz. Memperkasa Generasi
Penghafaz al-Quran. Simposium Pendidikan Tahfiz Peringkat Antarabangsa 2016.
22-24 November 2016. Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor.
Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat (2014). Darul Quran JAKIM.
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon (2014). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif
Dalam Penyelidikan Pendidikan.Universiti Malaysia Sabah. Sabah.
Lightbown, P.M. & Spada, N. (1999). How Languages are Learned. Oxford: Oxford
University Press.
Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi (2003). Hubungan Antara Kaedah Menghafaz Al-Quran
Dengan Pencapaian Kursus Tahfiz Wa Al-Qiraat Pelajar Semester Empat Dan Lima
Di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-
Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.
Misnan Jemali, Muhd. Akramin Kamarul Zaman dan Muhd Nadzir Ibrahim (2006). Tahap
Pencapaian Dalam Pengajaran al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah di Perak,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, kod
penyelidikan: 03-13-61-04
58
Mohamad Marzuqi Abd Rahim (2008). Pengjaran Mata Pelajaran Hafazan al-Quran : Suatu
Kajian Maahad Tahfiz al-Quran Zon Tengah. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum). Tanjung Malim. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Mohamad Marzuqi Abd Rahim (2016). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penulisan Ayat Hafazan al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz.
Technical and Social Science Journal. Number. 5, Volume 1. Tanjung Malim.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Aderi bin Che Noh (2008). Hubungan Antara Amalan Pengajaran Guru Dan
Pencapaian Tilawah Al-Quran Murid Tingkatan Dua Di Malaysia. Tesis Dr.
Falsafah. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman (2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab: Satu
Tinjauan Di SMAP Kajang. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor
Mohamad Abdillah Royo & Zul Azli Bin Zainun (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Kualiti Keputusan Peperiksaan Dalam Mata Pelajaran. Lukisan Kejuruteraan Di
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baru. diambil daripada
http://eprints.utm.my/11200/1/Faktor-
Faktor_Yang_Mempengaruhi_Kualiti_Keputusan_Peperiksaan_Dalam_Mata_Pelaja
ran_Lukisan_Kejuruteraan_Di_Sekolah_Menengah_Teknik_Perdagangan_Johor_Ba
hru.pdf pada 25 Mei 2016. Universiti Teknologi Malaysia
Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri (2014).Perbandingan Kaedah Hafazan al-Quran
Tradisional dan Moden : Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social Sciences
Research ICSSR 2014
Nunally, J.C. (1987). Psycometric Theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company.
Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed & Rosfaszlizah Zahit (2006). Gaya
Pembelajaran Pelajar Cemerlang – Satu Kajian Dalam Membantu Meningkatkan
59
Kualiti Pembelajaran Seminar TVE. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Johor.
Oxford, R. L. and Shearin, J. (1994). Language learning motivation: Expanding the
theoretical framework. The Modern Language Journal. Vol. 78, 12-28.
Rahil Mahyuddin. Jami’ah Mohamad. Kasnani Ab. Karim (2000). Psikologi Pendidikan II.
Kuala Lumpur: Longman.
Robert V. Krejcie dan Daryle W. Morgan.(1970).Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Diambil pada
29 November 2016 di
http://home.kku.ac.th/sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf.
Shahrun Nizam Bin Abdul Aziz Dan Normala Binti Zulkifli (2014). Faktor Kelemahan
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas Di Peringkat Spm Di Sekolah-Sekolah
Terpilih Di Negeri Johor. World Conference on Integration of Knowledge (WCIK
2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. diambil daripada
https://worldconferences.net/proceedings/wcik2014/wcik%20paper%202014/040%2
0Shahrun%20Nizam%20Bin%20Abdul%20Aziz.pdf pada 25 Jun 2016. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Subadrah Madhawa Nair dan Sakunthala Devi Gopal (2014). Kesan Penggunaan Kaedah
Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Pengajian Am. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Vol. 29,
55-80, 2014. Universiti Sains Malaysia
Sedek Ariffin & Siti Sarah Wahidah Wahid (2014). Kajian Metodologi Hafazan al-Quran.
Universiti Malaya. Kuala Lumpur
Sajjacholapunt, P., & Joy, M. S. (2014).Exploring Patterns Of Using Learning Resources As
A Guideline To Improve Self-Revision. International Technology, Education and
Development Conference. Valencia, Spain. Retrieved from
files.eric.ed.gov/fulltext/ED374704.pdf
60
Taylor, S. J. & Bogdan, R. (1984). Introduction to qualitative research method. (2nd Ed.)
New York: Wiley.
EDISI LAMAN SESAWANG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KANDUNGAN
PENUH KAJIAN. NASKHAH PENUH KAJIAN BOLEH DIPEROLEH DI
PERPUSTAKAAN DARUL QURAN, JAKIM, KUALA KUBU BAHARU, SELANGOR