Download - amali 3-Litar Siri,Selari, Siri-selari
AMALI 2
TAJUK: ANALISIS LITAR SIRI, LITAR SELARI DAN LITAR SIRI-SELARI
OBJEKTIF:
Diakhir kerja amali ini pelajar akan dapat:
i. Mengira nilai arus dan voltan pada setiap perintang yang berbeza dalam litar siri, litar selari
dan litar siri-selari menggunakan hukum Ohm dan hukum Kirchhoff.
ii. Menterjemah litar daripada litar skematik kepada litar papan projek (project board).
iii. Menyambung meter ampere dan meter voltan untuk membaca nilai arus dan voltan dalam litar.
iv. Mengukur nilai arus dan voltan pada setiap perintang yang berbeza dalam litar siri, litar selari
dan litar siri-selari menggunakan peralatan yang sesuai.
v. Membuat perbandingan di antara nilai pengiraan dan pengukuran.
Bahan-Bahan/ Peralatan yang digunakan:
Peralatan/Bahan Kuantiti
Papan projek 1
Meter pelbagai 1
Bekalan kuasa AC (0 – 30 V) 1
Klip buaya 4
Playar muncung tirus 1
Penjalur wayar 1
Perintang 330 Ω 2
Perintang 470 Ω 1
Perintang 1 kΩ 1
Perintang 2.2 kΩ 2
A. Litar siri
Rajah 1: Litar siri
Langkah kerja:
1. Sambung litar seperti Rajah 1. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai
kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.
2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan C. Pastikan litar adalah litar buka.
3. Ukur nilai arus litar, IT. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.
4. Ukur voltan VAB dan VBC.
5. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.
Jadual keputusan
Kuantiti Pengiraan Pengukuran
RT
IT
VR1
VR2
Perbincangan
1. Hitung lesapan kuasa pada setiap perintang. Tunjukkan semua jalan pengiraan dalam buku
laporan.
2. Hitung jumlah lesapan kuasa litar.
2
Kes 1
VT = 9 VR1 = 330 ΩR2 = 330 Ω
Kes 2
VT = 9 VR1 = 330 ΩR2 = 470 Ω
Soalan kesimpulan
1. Nyatakan hukum yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan jumlah susut voltan dengan
punca voltan,VS dalam litar siri.
2. Susut voltan pada setiap perintang dalam litar siri adalah _____________ jika nilai
rintangannya tidak sama.
3. Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah _____________.
B. Litar selari
Rajah 2: Litar selari
Langkah kerja
1. Sambung litar seperti Rajah 2. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai
kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.
2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan B. Pastikan litar dalam keadaan litar buka.
3. Ukur nilai arus melalui perintang R1 dan R2. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.
4. Ukur voltan merentasi R1 dan R2.
5. Ukur voltan di antara titik A dan B.
6. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.
3
Kes 1
VT = 9 VR1 = 2.2 kΩR2 = 2.2 kΩ
Kes 2
VT = 9 VR1 = 330 ΩR2 = 470 Ω
Jadual keputusan
Kuantiti Pengiraan Pengukuran
RT
IT
I1
I2
VR1
VR2
Perbincangan
1. Hitung lesapan kuasa pada setiap perintang.
2. Hitung lesapan kuasa litar.
Soalan kesimpulan
1. Tulis perkaitan antara arus litar dengan arus yang melalui setiap perintang merujuk kepada
Rajah 2.
2. Nyatakan hukum yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan antara arus masuk nod dan
arus keluar nod dalam litar selari.
3. Arus yang mengalir melalui setiap perintang dalam litar selari adalah __________ jika nilai
rintangannya tidak sama.
4. Susut voltan merentasi setiap perintang selari adalah __________
C. Litar siri-selari
4
Rajah 3: Litar siri-selari
Langkah kerja
1. Sambung litar seperti Rajah 3. Untuk memudahkan pemilihan julat multimeter, hitung nilai
kuantiti elektrik yang hendak diukur terlebih dahulu.
2. Ukur jumlah rintangan di antara titik A dan C. Pastikan litar dalam keadaan litar buka.
3. Ukur nilai arus melalui perintang R1, R2 dan R3. Pastikan litar dalam keadaan litar lengkap.
4. Ukur voltan VR1, VR2 dan VR3.
5. Catat nilai kuantiti yang diukur dalam jadual keputusan.
Jadual keputusan
Kuantiti Pengiraan Pengukuran
RT
IT
I2
I3
VR1
VR2
5
Kes 1
VT = 9 VR1 = 330 ΩR2 = 330 ΩR3 = 470 Ω
Kes 2
VT = 9 VR1 = 1 kΩR2 = 2.2 kΩR3 = 2.2 kΩ
VR3
Perbincangan
1. Dengan menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchhoff, hitung lesapan kuasa pada setiap
perintang. Tunjukkan semua pengiraan dalam buku laporan.
2. Hitung jumlah kuasa litar.
Soalan kesimpulan
1. Merujuk Rajah 3, tulis persamaan Hukum Arus Kirchhoff pada nod C.
6