-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
SM1
Analisis Novel
Destinasi Impian
Tema. Persoalan. Watak. Plot
Nama : _____________________________
-
Analisis Prosa
Genre Prosa
Tradisional /Klasik
ModenCerpen
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Plot
PermulaanPerkembanganKemuncak / Klimaks
PeleraianPenurunanPengakhiran
Teknik Plot
Pemerian / PenceritaanMonologMonolog dalamanDialogImbas mukaImbas kembali
LatarLatar tempatLatar masaLatar masyarakat
Gaya Bahasa
AyatDiksiKata gandaRepitisi
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Nilai
Pengajaran
Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Analisis Novel Destinasi Impian
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi
cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar
dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka
dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam
keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
1. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.
2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
3. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup
menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2 -1 : menitiImpian 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di
pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa
dalam perjalanan.
Watak dan Perwatakan
(a) Watak utama dalam novel ini ialah Johari.
(b) Watak-watak sampingannya terdiri daripada Azlina, Firdaus, datuk, Salim,
Sazali, Moksin, Mokhtar, Mazlinda, Erma, Zarina, Kasman, Kasmadiana, dan
Tamrin.
Johari
(a) Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus.
(h) Johari seorang pelajar Universiti Putra Malaysia.
(e) Johari gemar berbasikal sejak sekolah rendah lagi.
(d) Johari penyabar. Dia sanggup melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka
menyertai ekspedisi berbasikal.
(e) Johari suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.
Azlina
(a) Azlina anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.
(h) Azlina berusia 16 tahun dan pelajar tingkatan empat.
(e) Azlina adik kepada Firdaus.
(d) Azlina adik sepupu kepada Johari.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
(e) Azlina kurus dan tinggi lampai orangnya.
(f) Azlina lasak dan aktif.
(g) Azlina seorang olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
(h) Azlina pandai berkata-kata. Dia pandai mematahkan hujah atau kata-kata
Firdaus.
(i) Azlina yang berani. Dia selalu menyindir abangnya, Firdaus yang asyik
hendak membatalkan ekspedisi berbasikal.
(j) Azlina penyayang. Dia tidak sampai hati mahu membiarkan abangnya,
Firdaus pulang berseorangan dari Morib ke Klang.
Firdaus
(a) Firdaus satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.
(b) Firdaus anak kelima daripada enam orang adik-beradik.
(c) Firdaus abang kepada Azlina.
(d) Firdaus lelaki tetapi perwatakannya agak keperempuanan. Dia lemah-
lembut.
(e) Firdaus tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tinggi lampai, dan
berambut keriting halus.
(f) Firdaus tidak mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran.
(g) Firdaus cepat marah apabila penat dan tertekan.
(h) Firdaus cepat lupa diri. Dia sanggup berbohong kepada kawan-kawannya
setelah berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Datuk
(a) Beliau datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina.
(b) Beliau kuat semangat. Beliau pernah menunggang basikal lebih kurang 50
kilometer.
Salim
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
(a) Salim kawan rapat Firdaus di sekolah.
(b) Salim lebih suka menulis namanya sebagai Saleem.
(c) Salim baik hati. Dia tidak pernah mengejek Firdaus.
(d) Salim bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke
Morib.
Sazali
(a) Sazali kawan Firdaus.
(b) Sazali bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke
Morib.
(c) Sazali curiga akan kata-kata Firdaus kononnya dia lambat tiba di Morib
Kerana adiknya, Azlina banyak berehat.
(d) Sazali berani. Dia berani menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada
Benar atau tidak Azlinalah yang menjadi punca Firdaus lambat tiba di
Morib.
Mohsin
(a) Moksin kawan Firdaus.
(b) Moksin bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke
Morib.
(e) Moksin curiga akan kata-kata Firdaus kononnya dia lambat tiba di Morib
kerana adiknya, Azlina banyak berehat.
(d) Moksin berani. Dia berani menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada
Benar atau tidak Azlinalah yang menjadi punca Firdaus lambat tiba di
Morib.
Mokhtar
(a) Mokhtar kawan Firdaus.
(b) Mokhtar bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Morib.
Mazlinda
(a) Mazlinda memiliki wajah yang cantik.
(b) Mazlinda amat diminati oleh Firdaus.
(c) Mazlinda bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke
Morib.
(d) Mazlinda berpura-pura tidak pandai berenang kerana mahu menguji Firdaus.
(e) Mazlinda berani. Dia berani menyelamatkan Firdaus yang lemas di laut.
Erma
(a) Erma kawan Firdaus.
(b) Erma bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.
Zarina
(a) Zarina kawan Firdaus.
(b) Zarina bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.
Kasman
(a) Nama penuhnya ialah Kasman bin Marjan.
(b) Kasman kawan Johari di Universiti Putra Malaysia.
(c) Dia berasal dari Kampung Endah.
Kasmadiana
(a) Kasmadiana adik kepada Kasman.
(b) Dia tinggi lampai.
(c) Dia memiliki wajah yang cantik.
(d) Dia peramah. Dia asyik berbual-bual dengan Azlina walaupun mereka baru
berkenalan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Tamrin
(a) Nama penuhnya Tamrin bin Salihin.
(b) Tamrin kawan Johari di Universiti Putra Malaysia.
(c) Tamrin berasal dari Batu Laut.
Plot
Jalinan Peristiwa Penting
(a) Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus mengajak mereka berpatah balik.
Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah balik
atau meneruskan perjalanan ke Morib. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus membuat
keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan.
(b) Dalam perjalanan, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Firdaus
merungut lagi sambil mengatakan jika duduk di rumah, tentu tiada masalah. Azlina
menyuruh Firdaus balik dan berkepit di bawah ketiak emaknya. Firdaus berasa marah
terhadap Azlina. Johari terpaksa meninggikan suara untuk meleraikan pertengkaran
antara dua beradik itu. Johari menasihati Firdaus dengan mengatakan
bahawa perjalanan sentiasa mempunyai halangan. Oleh itu, Firdaus haruslah berani,
tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan.
(c) Bunyi hon yang kuat menyebabkan Firdaus membelokkan basikalnya ke kiri lalu
terlanggar seketul batu. Sebagai akibatnya, Firdaus tercampak ke atas tanah serta
mengalami luka di siku kanannya. Johari membalut luka Firdaus. Kemudian, mereka
meneruskan perjalanan.
(d) Azlina berhenti rehat berhampiran dengan gerai air tebu. Dia menunggu Firdaus
dan Johari yang belum muncul. Setibanya Johari dan Firdaus di gerai air tebu, Firdaus
menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai kerja gila. Johari
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
menghulurkan sebungkus air tebu kepada Firdaus. Firdaus menyedut air tersebut
dengan rakus. Mereka akan meneruskan perjalanan lima minit lagi.
(e) Azlina, Firdaus, dan Johari berhenti rehat di pekan Banting. Di situ, Johari
mengatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka. Beliau pernah ke Morib
pada wakru pagi dan pulang pada waktu petang, sedangkan mereka bertiga belum
sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang. Mereka meneruskan perjalanan
dan meninggalkan pekan Banting.
(f) Sebuah lori yang agak besar bergerak sangat laju memotong mereka. Angin lori itu
telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar lubang yang besar dan
dalam. Azlina terjatuh dan tangan kanannya luka. Johari membubuh ubat dan
membalut luka Azlina.
(g) Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh kawan-
kawannya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil memuji-muji
kejayaannya. Hal ini menyebabkan Firdaus angkuh. Firdaus tidak mempedulikan
Azlina dan Johari. Dia asyik bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina
bersama-sama dengan kawan Johari, di hujung khemah Firdaus dan kawan-kawannya.
Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa disertai oleh Firdaus yang
mahu pulang sendirian.
(h) Firdaus dan kawan-kawannya mandi di laut. Mereka berlumba menyelam bagi
menentukan siapakah antara mereka yang dapat menyelam paling lama. Akhirnya,
Mazlinda muncul sebagai pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia dipukul ombak
besar. Mazlinda menjerit meminta tolong. Firdaus memberanikan diri untuk
membantu Mazlinda. Namun begitu, Firdaus yang lemas.
(i) Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan Azlina
bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus pengsan
ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan Mazlinda yang ingin
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
dibantunya. Azlina mengatakan bahawa Mazlinda selamat. Mazlindalah yang
menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang kerana ingin
menguji Firdaus.
(j) Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh dengan sesuatu
kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat Johari. Johari
menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang yang berani.
Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan muka
sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dengan fikiran yang
waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-kawannya
datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu. Namun begitu, apabila
Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat kepalanya untuk
memandang Mazlinda dengan berani.
Binaan Plot
(a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak
Firdaus, Johari, dan Azlina yang sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Eskpedisi
berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu, yang pertama, untuk
menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah
dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Yang kedua, untuk melihat tanah air
mereka yang merdeka secara lebih dekat. Yang ketiga, untuk menjadikan Firdaus
lelaki sejati.
(b) Pada bahagian perkembangan, kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal telah
menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh
badminton negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka terpaksa
menempuh pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar, dan sebagainya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
(c) Pada bahagian pertengahan, Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindir-
menyindir. Perkara ini berlaku berikutan sikap Firdaus yang menganggap ekspedisi
berbasikal itu sebagai perjalanan gila dan asyik ingin berpatah balik.
(d) Pada bahagian klimaks atau puncak, Firdaus menyimpan perasaan marah dan
dendam terhadap Azlina dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari basikal dan
tangannya berdarah, Firdaus sempat memperlinya dan terus meninggalkan Azlina dan
Johari di situ.
(e) Pada bahagian peleraian, Firdaus, Azlina, dan Johari sampai ke destinasi, iaitu
Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh kawan-kawannya seperti Moksin, Sazali,
Moktar, Erma dan Mazlinda. Johari dan Azlina pula disambut oleh kawan-kawan
Johari. Firdaus dan kawan-kawannya bergembira. Keesokan harinya, Johari dan
Azlina pulang tanpa Firdaus. Sewaktu mandi di laut, Firdaus telah lemas. Dia
diselamatkan oleh Mazlinda. Johari dan Azlina melawat Firdaus di hospital. Johari
menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Kemudian,
kawan-kawan Firdaus dating melawatnya.
Teknik Plot
(a) Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan setelah mengayuh
basikal sejak pukul 7:00 pagi. Contohnya,
Aku berasa semakin letih. Lututku terasa lenguh kerana mengayuh basikal sejak 7:00
pagi tadi. Kini, hampir puku1 12:00 tengah hari. Matahari pula bersinar dengan
cukup terik. Badanku sudah dibasahi peluh. Namun, sedaya upaya aku tidak mahu
menunjukkan keletihan ini kepada Firdaus. Aku sudah berjanji dengan Abang Johari
untuk berlagak begitu. [hlm. 15]
(b) Teknik dialog
Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya,
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2 -1 : menitiImpian 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
"Gila! Ini kerja gila!" jerit Firdaus.
"Nampaknya, abang lelaki yang tidak tahan menempuh cabaran,"
"Jangan sakitkan hatiku, Lina!'... [hlm, 21]
(c) Teknik monolog
Pengarang menggunakan teknik monolog untuk menggambarkan perasaan
Azlina. Contohnya,
"Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai di Morib.
Geram betul!" bisikku. [hlm. 17]
(d) Teknik imbas kembali
Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim. Contohnya,
Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih
suka menulis namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di sekolah.
Hanya dialah yang tidak pernah mengejekku. [hlm. 34]
(e) Teknik imbas muka.
Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke laut. Contohnya,
Sesaat kemudian aku berasa tubuhku tercampak ke dalam air yang dingin. Di
kelilingku gelap gelita. Aku cuba berenang tetapi kakiku bagaikan ditarik-tarik ke
bawah. Di mana pantai? Ombak dating memukulku sehingga terbenam ke dalam air
beberapa saat. Apabila aku mengangkat kepalaku semula, aku terteguk air masin.
Aduh, peritnya tekakku! [hlm. 76]
(f) Teknik saspens
Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Firdaus dan Azlina setelah
sebuah lori memotong mereka yang sedang menunggang basikal. Contohnya,
Tiba-tiba sebuah lori besar yang bergerak sangat laju memotong kami.
Angin lori itu sangat kuat. Aku terbabas ke kiri jalan. Pada ketika itu sempat
kulihat Azlina juga terbabas ke kiri jalan. Basikalnya yang laju itu tidak dapat
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
dikawal. Dia terlanggar sebuah lubang yang agak besar dan dalam. Kulihat
Azlina tercampak ke tanah merah di tepi jalan. [hlm, 37]
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM1 -1 : Destinasi Impian 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my