ANUGERAH INSPIRASI CENDEKIAWAN 2019 (AIC)
SYARAT UMUM PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
1. Pencalonan AIC dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang
berkhidmat serta telah disahkan jawatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM).
2. Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka
bahagian anugerah yang diterima akan diberikan kepada waris pemenang.
3. Calon bagi semua kategori AIC terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat
sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di UTHM sepanjang tahun atau sebahagian
daripada tahun yang dinilai.
4. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi
kategori tersebut tidak akan diberikan.
5. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, UTHM berhak untuk menarik balik
anugerah yang telah diberikan.
6. Calon mestilah diperakukan oleh Jawatankuasa Penilai Fakulti/Pusat masing-masing.
7. Keputusan Jawatankuasa Induk AIC adalah muktamad.
SYARAT UMUM ANUGERAH
ANUGERAH CENDEKIAWAN UTHM
BIL NAMA ANUGERAH SYARAT/ KRITERIA UMUM
ANUGERAH JUMLAH INSENTIF
1
Anugerah Inspirasi Cendekiawan UTHM (Juara keseluruhan 3 kategori)
Syarat
• Berkhidmat sebagai pensyarah di UTHM selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik
• Menerajui bidang pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, serta yang berkaitan dengan hal ehwal akademik pelajar
• RM5000.00
• Piala Anugerah Tokoh Anugerah Inspirasi Cendekiawan UTHM
• Sijil penghargaan
• Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa
• Mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan profesional dan ilmiah bagi sumbangannya dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai)
• Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan
• Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui
• Memenangi mana-mana anugerah dalam kategori: o Anugerah AIC
Pembelajaran dan Pengajaran
o Anugerah AIC Penyelidikan dan Inovasi dan/atau;
o Anugerah AIC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Kriteria
• Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement)
ANUGERAH INSPIRASI CENDEKIAWAN (PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN)
BIL NAMA ANUGERAH SYARAT/ KRITERIA UMUM
ANUGERAH JUMLAH INSENTIF
1
Anugerah Tokoh Pengajaran UTHM
Syarat
• Pemohon telah disahkan dalam jawatan sebagai tenaga pengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di UTHM pada Disember tahun permohonan
• Calon mendapat penilaian SPARK sekurang-kurangnya 4.5 dengan minimum 30% responden menilai.
• Data SPARK adalah untuk 4 semester terkini
• Calon mendapat markah LNPT sekurang-kurangnya 90% untuk 2 tahun terkini
• Calon hendaklah menyertakan bukti terkini dan lengkap bagi yang berikut: o portfolio pengajaran
dan o butir jaya diri (CV)
• Calon yang disenarai pendek akan melalui: o sesi simulasi
pengajaran o sesi temuduga
• RM3000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
2
Anugerah Akademik Harapan
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang:
• Berumur tidak melebihi 40 tahun sebelum atau pada 31 Disember 2019
• Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik
• Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
• Mempamerkan tujahan bidang kepakaran yang melangkaui zaman
• Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai)
• Mempamerkan wawasan dan hala tuju dalam kerjaya akademiknya
• Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini berserta bukti yang sahih dan lengkap untuk menyokong pencapaian
3
Anugerah Pengantarabangsaan
• Setiap aktiviti yang dicalonkan haruslah didaftarkan dalam UTHM Total Campus Integrated System (TCIS)
• Pencalonan adalah berdasarkan program pengantarabangsaan yang dijalankan pada tahun semasa permohonan AIC
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
• Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum permohonan tahun semasa dan masih berterusan ke tahun penilaian BOLEH diambil kira
• Penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain
4
Anugerah Keterlibatan Industri
• Setiap aktiviti yang dicalonkan haruslah didaftarkan dalam UTHM Total Campus Integrated System (TCIS)
• Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun semasa permohonan AIC
• Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum permohonan tahun semasa dan masih berterusan ke tahun penilaian BOLEH diambil kira
• Penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
5
Anugerah Keterlibatan Komuniti
• Setiap aktiviti yang dicalonkan haruslah
• RM1000.00
didaftarkan dalam UTHM Total Campus Integrated System (TCIS)
• Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan komuniti yang dijalankan pada tahun semasa permohonan AIC
• Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum permohonan tahun semasa dan masih berterusan ke tahun penilaian BOLEH diambil kira
• Penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
6
Anugerah Pengajaran Transformatif (Tanpa Syarahan)
• Penyertaan adalah secara individu
• Penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut: o Rasional bagi
pengajaran transformatif tanpa
syarahan o Pendekatan tanpa
syarahan o Keterlibatan pelajar;
dan o Impak/Keberkesanan pengajaran
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
7
Anugerah Pengajaran Transformatif (Pentaksiran Alternatif)
• Penyertaan adalah secara individu
• Penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut: o Rasional bagi
pengajaran transformatif
pentaksiran alternatif o Pendekatan
pentaksiran alternatif o Keterlibatan pelajar;
dan o Impak/Keberkesanan
Pengajaran
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
8
Anugerah Inovasi Bahan Bantu Mengajar
• Hanya bahan bantu
mengajar yang digunakan
dalam aktiviti pengajaran
sahaja yang layak
dicalonkan;
• Bahan bantu mengajar
tersebut serta
dokumentasi yang
diperlukan hendaklah
tersedia sebelum
pencalonan
dikemukakan;
• Bahan bantu mengajar
yang digunakan mestilah
telah menjalani proses
jalanan cubaan dan
terbukti keberkesanannya
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
9
Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif
• Penyertaan adalah secara individu
• Penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
o Rasional bagi pengalaman pembelajaran imersif
o Pendekatan pengalaman
pembelajaran imersif o Keterlibatan pelajar;
dan o Impak/Keberkesanan
pengalaman pembelajaran imersif
ANUGERAH INSPIRASI CENDEKIAWAN (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
BIL NAMA ANUGERAH SYARAT/ KRITERIA UMUM
ANUGERAH JUMLAH INSENTIF
1
Anugerah Tokoh Penyelidikan
• Kriteria penilaian bagi anugerah ini meliputi bilangan geran penyelidikan yang diketuai, jumlah dana penyelidikan yang diterima, jumlah pelajar pasca siswazah yang diselia bagi setiap geran, jumlah penerbitan yang dihasilkan dan sumbangan kepakaran yang diberikan
• Pencalonan bagi anugerah ini adalah melibatkan penilaian terhadap data untuk tempoh lima (5) tahun iaitu tahun semasa penilaian (sehingga tarikh yang ditetapkan) dan tahun sebelumnya
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja
• RM3000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
2
Anugerah Tokoh Pengkomersilan
• Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta intelek didaftar di IPT berkenaan. Produk tersebut mestilah dikomersialkan melalui syarikat / enterpris berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara
• Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang didaftar sebagai harta intelek
• Pemenang Anugerah ini boleh memohon dicalon semula semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza
• RM3000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
3
Anugerah Tokoh Penerbitan
• Anugerah ini akan diberikan kepada staf yang cemerlang dalam bidang penerbitan
• Ia dinilai berdasarkan kepada sumbangan penulisan yang dilakukan, anugerah-anugerah atau pengiktirafan yang diperoleh, serta ketokohan serta keperibadian yang boleh dijadikan contoh dalam bidang penerbitan
• Antara elemen yang akan dilihat adalah elemen
• RM3000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
penulisan & penerbitan, elemen kepakaran dalam penerbitan dan elemen pengiktirafan
4
Anugerah Penyelidik Cemerlang
• Anugerah ini diberikan kepada penyelidik yang berjaya dan cemerlang memperolehi geran penyelidikan serta cemerlang dalam mengurus aktiviti penyelidikan sehingga mencapai matlamat penyelidikan yang disasarkan meliputi penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan pelajar pasca siswazah penyelidikan
• Kriteria penilaian bagi anugerah ini meliputi bilangan geran penyelidikan yang diketuai, jumlah dana penyelidikan yang diterima, umlah pelajar pasca siswazah yang diselia bagi setiap geran, jumlah penerbitan yang dihasilkan dan sumbangan kepakaran yang diberikan.
• Pencalonan bagi anugerah ini adalah melibatkan penilaian terhadap data untuk tempoh dua tahun iaitu tahun semasa penilaian (sehingga tarikh yang ditetapkan) dan tahun sebelumnya
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
5
Anugerah Inovasi Universiti
• Anugerah ini diberikan kepada penyelidik yang aktif dan cemerlang dalam aktiviti inovasi dan pengkomersilan
• Kriteria penilaian bagi anugerah ini meliputi kejayaan mendaftarkan produk penyelidikan untuk perlindungan harta intelek SERTA berjaya diusahakan untuk berada pada fasa pra-pengkomersilan/ pengkomersilan
• Tiada had penerima untuk anugerah ini. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan semasa
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
6
Anugerah Perunding Cemerlang
• Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang cemerlang dalam mendapatkan dan mengetuai projek-projek perundingan yang dapat membantu meningkatkan penjanaan pendapatan universiti
• Kriteria penilaian adalah merangkumi bilangan projek perundingan diketuai dan berjaya ditamatkan pada tahun yang dinilai dan nilai projek perundingan yang diperolehi
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
7
Anugerah Penyelia Cemerlang
• Penyelia yang paling banyak menghasilkan graduan pelajar sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) untuk tempoh tiga tahun penilaian sebelum tahun pemberian anugerah
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
8
Anugerah Penulis Muda
• Anugerah ini akan diberikan kepada staf yang cemerlang dalam bidang penerbitan yang berusia 40 tahun dan kebawah
• Ia dinilai berdasarkan kepada sumbangan penulisan yang dilakukan, anugerah-anugerah atau pengiktirafan yang diperoleh, serta ketokohan serta keperibadian yang boleh dijadikan contoh dalam bidang penerbitan.
• Antara elemen yang akan dilihat adalah elemen penulisan & penerbitan, elemen kepakaran dalam penerbitan dan elemen pengiktirafan
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
9
Anugerah Jurnal UTHM
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
10
Anugerah Buku Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial
• Anugerah ini akan diberikan kepada karya yang dihasilkan secara individu atau bersama dengan penulis lain (dari dalam atau luar UTHM) layak dicalonkan. Status kewarganegaraan penulis adalah bebas
• Hanya karya asli yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja layak dicalonkan
• Secara umum, aspek yang akan dinilai adalah tertumpu kepada empat elemen yang menjadi teras penilaian iaitu keaslian dan impak karya, bahasa, persembahan buku dan pengukuhan buku
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
11
Anugerah Buku Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
• Anugerah ini akan diberikan kepada karya yang dihasilkan secara individu atau bersama dengan penulis lain (dari dalam atau luar UTHM) layak dicalonkan. Status kewarganegaraan penulis adalah bebas
• Hanya karya asli yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja layak dicalonkan
• Secara umum, aspek yang akan dinilai adalah tertumpu kepada empat elemen yang menjadi teras penilaian iaitu keaslian dan impak karya, bahasa,
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
persembahan buku dan pengukuhan buku
12
Anugerah Kolaborasi Industri
• RM1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
ANUGERAH INSPIRASI CENDEKIAWAN (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
BIL NAMA ANUGERAH SYARAT/ KRITERIA UMUM
ANUGERAH
JUMLAH
INSENTIF
1
Anugerah Tokoh Hal
Ehwal Pelajar dan
Alumni
• Anugerah ini diberikan kepada kalangan staf akademik sahaja
• Pencalonan bagi anugerah ini adalah melibatkan pemenang-pemenang kategori Anugerah HEPA yang dipertandingkan
• Proses penilaian juga melalui sesi temuduga kepada senarai calon terpilih yang melibatkan antara pemenang-pemenang kategori Anugerah HEPA yang dipertandingkan. Akan dipengerusikan oleh YBrs TNCHEPA dan 3 wakil panel daripada UTHM (bukan daripada keluarga HEPA)
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
• RM3000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
2
Anugerah Prihatin
Pelajar
• Pengiktirafan ini diberikan kepada staf yang melakukan usaha berkaitan kebajikan pelajar
• Anugerah ini boleh dicalonkan daripada staf dan juga pelajar UTHM yang aktif dengan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat
• Kriteria penilaian bagi anugerah ini melibatkan 40% daripada pemarkahan yang dicalonkan oleh staf dan pelajar yang aktif
• Manakala 60% lagi markah penilaian adalah melalui proses temuduga yang akan dipengerusikan oleh YBrs TNCHEPA, 1 wakil panel daripada UTHM (bukan daripada keluarga HEPA) dan juga 3 wakil panel daripada alumni
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
3
Anugerah Inisiatif GE
(Kebolehpasaran
Graduan)
• Pengiktirafan ini diberikan
kepada staf yang membimbing program atau kumpulan pelajar berkaitan Kebolehpasaran Graduan dengan jayanya
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Laporan program hendaklah disertakan bersama kaji selidik program ataupun video program berserta dengan temuduga kepada peserta ataupun laporan media sekiranya ada
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
4
Anugerah Inisiatif
Jaringan Alumni
• Pengiktirafan ini diberikan kepada staf yang membimbing organisasi atau kumpulan pelajar bersama jaringan Alumni dengan jayanya
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Laporan program hendaklah disertakan bersama kaji selidik program ataupun video program berserta dengan temuduga kepada peserta ataupun laporan media sekiranya ada
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
5
Anugerah Penasihat
Organisasi Pelajar
• Pengiktirafan ini diberikan kepada staf yang membimbing organisasi atau kumpulan pelajar dengan jayanya
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Laporan program hendaklah disertakan bersama kaji selidik program ataupun video program berserta dengan temuduga kepada peserta ataupun laporan media sekiranya ada
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
6
Anugerah Penasihat
Pelajar (Inovasi dan
Teknousahawan)
• Anugerah ini diberikan
kapada staf yang berperanan sebagai penasihat terhadap usaha atau program pelajar berkaitan inovasi dan teknousahawan
• Staf terdiri dari akademik dan bukan akademik
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
• Staf adalah bertaraf aktif di UTHM semasa tahun dinilai
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Staf mestilah mempunyai bukti dalam bentuk laporan, gambar, paparan akhbar dan video berkenaan program yang dilaksanakan
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
7
Anugerah Penasihat
Pelajar (Nilai dan
Kesukarelawanan)
• Anugerah ini diberikan
kapada staf yang berperanan sebagai penasihat terhadap usaha atau program pelajar berkaitan nilai dan kesukarelawanan
• Staf terdiri dari akademik dan bukan akademik
• Staf adalah bertaraf aktif di UTHM semasa tahun dinilai
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Staf mestilah mempunyai bukti dalam bentuk laporan, gambar, paparan akhbar dan video
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
berkenaan program yang dilaksanakan
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
8
Anugerah Penasihat
Pelajar (Sukan &
Rekreasi)
• Anugerah ini diberikan
kapada staf yang berperanan sebagai penasihat terhadap usaha atau program pelajar berkaitan sukan dan rekreasi
• Staf terdiri dari akademik dan bukan akademik
• Staf adalah bertaraf aktif di UTHM semasa tahun dinilai
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Staf mestilah mempunyai bukti dalam bentuk laporan, gambar, paparan akhbar dan video berkenaan program yang dilaksanakan
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
telah ditetapkan oleh pihak penganjur
9
Anugerah Penasihat
Pelajar (Seni & Budaya)
• Pengiktirafan kepada staf
yang berperanan sebagai penasihat terhadap usaha atau program pelajar berkaitan seni dan budaya
• Program yang dicalonkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIC
• Penasihat hanya boleh mencalonkan maksimum DUA (2) program yang difikirkan mempunyai impak tinggi
• Laporan program hendaklah disertakan bersama kaji selidik program ataupun video program berserta dengan temuduga kepada peserta ataupun laporan media (sekiranya ada)
• Anugerah ini dihadkan kepada satu penerima sahaja mengikut terma dan syarat pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
• RM 1000.00
• Sijil penghargaan
• Cenderamata
10
Anugerah Penasihat
Pelajar
(Intelektualisme &
Pengucapan Awam)
• Anugerah ini diberikan
kapada staf yang berperanan sebagai penasihat terhadap usaha atau program pelajar berkaitan akademik dan juga pengucapan awam
• Staf terdiri dari akademik sahaja