Download - Apa Itu Internet

Transcript

1. Apa itu Internet?

Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap hari untuk urusan seperti berikut: Berkomunikasi dalam talian Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan penemuan penyelidikan Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan Perbankan elektronik Mengikuti kelas pembelajaran maya Mengakses sumber seperti permainan dalam talian, video, buku dan majalah Berkongsi maklumat

2. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet

2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat

Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol :

FTP) FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan mudah diantara dua komputer yang berada dalam jaringan komputer.

Muat turun

Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video dan lain-lain.

2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)

Disebut enjin carian atau search engine. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :Yahoo (www.yahoo.com)Google (www.google.com)Bing (www.bing.com)2.3 Perkhidmatan Komunikasi

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yangboleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu : E-mel Laman sosial Blog


Top Related