Download - Artikel Seni Dalam Pendidikan
ARTIKEL 1
Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuai
digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,
sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat
atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang
utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:
(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai
media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa
lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah
belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain
itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui
aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai
murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni
visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria
sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama
manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat
dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan
kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea
dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan.
(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat
dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah
laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat
melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.
ARTIKEL 2
Aplikasi Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya
kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan
memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan,
kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi
kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi
asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.
Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia
boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai
mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau
bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain
itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya
penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu
yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar
dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji,
berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam
melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara
tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial,
bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks
kehidupan yang sebenar.
Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang
berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru
peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang
sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini,
guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri
dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat
mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan
kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.
Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah
dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu,
murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak
langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan
melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga
boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam
matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan
pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi
dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga
bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara
tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan
kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang
dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-
langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.
Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P
a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.
2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam
sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau
artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan
ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata
pelajaran Bahasa Melayu.
3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-
nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar
untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah
mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan
maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi
kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi
menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik
di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program
aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan
ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap
aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini
pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan
pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca,
menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan
bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis.
Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan
membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih
berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan
kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini
akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan
bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-
aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat
secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka
dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi
supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
ARTIKEL 3
PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni
pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula
namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang
amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata
pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan
mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak
kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.
Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam
pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan
kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata
pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan
mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan
dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.
Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep “Art Education” kini
kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan
apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan
kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni
(visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai
suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada
bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah
pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf.
Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan
mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .
Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan
struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya
pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu
dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku
penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan
matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang
putus tali.
Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan
Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat
sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya.
Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika
proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses
P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk
semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972)
terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan
masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan
bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen
tersebut.
Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
• Siapa yang kita ajar
• Mengapa kita mengajar
• Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)
Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika
hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan
sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk
kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki
masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa
hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan
mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang,
menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan
meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.
Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik
darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu
dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana
keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga
setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan
seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat
mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar
dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep
perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan “selesaikan semua isi kandungan yang
dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam
merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah
“kekurangan”.
Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif
terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti
belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana
guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru
yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam
mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep
DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi
konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan
amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh
dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar
tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di
sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai
kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini
dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak
tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan
mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni
perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi
pengajian tinggi yang lain.
Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan
objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan.
Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk
pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada
memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh
suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses
pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja.
Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan
merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama
meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan
berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar
boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat
gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu
proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka
perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira
peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya
disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.
Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan
yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar
menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah
melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada
keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi
Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni,
pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka
akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi
membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing.
Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran
(pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau
seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni
sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk
menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi
pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah
menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya
apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu
tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk
lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini
yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.
Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan.
Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah
rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran
pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan.
Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu
perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah
berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada
keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor
mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru
pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah
latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan
seni untuk bakal guru sekolah rendah ? “Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan
Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”
Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh
mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah
penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan
selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah.
Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh
masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu
mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang
lebih “glamour”.
Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif
dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu
tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi
mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni
yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan
seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah
pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan
serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja .
(Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan
Batang Padang)
Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu
gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar
pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada
pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur
istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang,
tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi,
berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai
kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka
mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau
diberi tumpuan bersungguh-sungguh.
Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu
untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain
bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa
memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam
kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan
mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan
sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.
Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat
kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada
dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu
menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar
dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka,
sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih
tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.
Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan
seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni
setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya
kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan
penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat
SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab
persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai
landasan ukuran.
Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan
mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah
hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap
Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara
dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu
berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata
pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya
berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah
isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata
pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah
sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama
seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima:
Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni
memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan
Pendidikan Johor ?
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang
digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan
pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah
kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai
contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan
Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan
pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran
yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan
dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan
mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-
kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki
konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui
media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya
daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-
mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar
boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan
Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk
memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas
kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu
matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah
penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka
bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.
Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku
berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk
Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika
belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan
objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti
apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang
perlu dibentuk?
Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk
kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah
satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua
pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat
pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita.
Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan
pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu
pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang
itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses
mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga
memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum
Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal
persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap
keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan
pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu
dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan
meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan
sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan
pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu
yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing
(1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian
kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain
tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah
dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang
berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai
warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada
pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan
mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat
atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu
pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.
Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang
berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun
tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan
Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan
seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan.
Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan
Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan
ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar
mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan
kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai
dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang
cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama
membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan
harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan
mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran
pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar
Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk
memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau
perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok
perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan
seni ini ke tempat yang sewajarnya.
ARTIKEL 4
SENI DALAM PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu
yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan
sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan
sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al-
Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara
seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti
kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana
seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta
melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya
melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya
tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri
mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh
penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan
juga termasuk di dalam kesenangan ini.
2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni
bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara,
seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan
pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni
juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman
memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran
haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif
untuk seseorang individu.
“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang
diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan
ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang
bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti
jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran
menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga
elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik.
Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa
warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan
tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan
sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang
untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi
titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita
tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis
corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya
sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran
Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk
menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa
lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan
pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam
pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif
dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara
seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni
dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang
komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang
betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang
sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir
dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung,
ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.
3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang
setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan
Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah
dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain.
Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di
antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk
menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan
dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.
Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.
3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran
yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh
jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan
matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi
peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui
pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah
menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid
mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran
asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan
3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina
keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang
diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi
warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap
dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila
kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita.
Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi
tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh
menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal
tingkah laku akan dapat dikenalpasti.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan
masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti,
sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina
sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni
dapat memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran
berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup
secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak
kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni,
kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu,
seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan
ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu
mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara
pemikiran dengan perlakuan kita.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan
dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara
kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui
perasaan, ekspresi dan imaginasi
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat
pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi
membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan
penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan.
Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana
tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.
ARTIKEL 5
Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan
Pendahuluan
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman
dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian
dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama
yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya
tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada
peringkat nasional dan antarabangsa.
Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang
tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha
memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan
memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara.
Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan
satu lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya
saing. Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan. Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha
meningkatkan persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain
perkataan, usaha untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyelruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha
untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya.
Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan
Dalam konteks Seni Dalam Pendidikan (SDP), ketiga-tiga bidang ini mempunyai kelebihan dan
unsur yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini, ketiga-
tiga mata pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di sekolah dan merentasi kurikulum dalam
mata pelajaran lain. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional
untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian
yang berkaitan.
Tambahan pula, ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari
semua golongan tidak mengira usia dan latar belakang. Bagi Seni Visual, ianya bukan sahaja
dimartabatkan sebagai subjek yang wajar dipelajari di sekolah tetapi memberi kefahaman
daripada perspektif yang lebih luas mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan
bangsa. Sebagai seorang guru seni, saya akan dapat mengetahui makna Pendidikan Seni Visual
dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan menjelaskan bidang-bidang yang
terkandung di dalamnya.
Fokus untuk menjadikan Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran dapat memupuk bakat
dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai
citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah,
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan
unsur-unsur lain supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni
yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
terus berkesan dan relevan. Setelah mengikut kursus ini kelak, diharap saya akan menjadi lebih
berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik seni dan berbudaya.
Bagi bidang Muzik ianya akan memberi kefahaman berkenaan dengan kemahiran-kemahiran
muzik dan memberi respon kepada ekspresi diri. Pada pandangan saya, bidang muzik dalam
pendidikan dapat memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi, kreativiti, nilai
estetika dan etika dalam kehidupan. Matlamat akhir pendidikan yang berasaskan muzik mampu
mencungkil bakat dan perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah. Melalui muzik kita
dapat meluahkan perasaan dan berkarya seperti nyanyian, pergerakan dan memainkan alat muzik
sesuai dengan tahap kemampuan dan minat kita. Oleh itu, sebagai guru muzik saya harus
berperanan menjadi pemangkin kepada para pelajar dengan membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan keatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Setelah mengikut
kursus ini kelak, sewajarnya saya akan lebih mahir dan yakin dalam mengajar mata pelajaran
Muzik di sekolah rendah. Unggapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan saya
sebagai guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajar.
“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching
– because education is a constant prosess of change. Every single time you “teach” something to
someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges”
(Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying, 2005)
Berkenaan dengan bidang pergerakan, ia mampu menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan
supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru
keadaan ini akan memberi kefahaman berkenaan dengan unsur-unsur pergerakan yang perlu
diajar kepada pelajar. Di samping itu, kesan positif yang dapat diperolehi daripada bidang ini
ialah perkembangan konsep akademik melalui pengintegrasian konsep bilik darjah dengan
program fizikal pelajar di luar bilik darjah. Keadaan ini memberi ruang kepada pergerakan
kreatif untuk mempertingkatkan proses pengajaran guru. Pendidikan pergerakan mampu
memberi kesan positif ke atas pengajaran guru dalam membentuk keyakinan pelajar dan
perkembangan mereka secara keseluruhannya.
Justeru, ketiga-tiga bidang Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mempunyai kesan yang positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang-bidang ini mempunyai
perkaitan di antara satu sama lain dalam membentuk suasana pembelajaran yang efisien di
sekolah. Kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pembelajaran akan terarah kepada satu bentuk
penerokaan bidang baru di samping membina keyakinan pelajar dan guru di sekolah. Pengajaran
dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari dengan perubahan-
perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini, perkembangan ilmu pengetahuan
dan kemahiran menuntut profesionalisme guru mendalami inovasi dalam pedagogi bagi
memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti sebagai seorang guru.
Penghubungkaitan
Pengajaran merupakan satu tugas yang penting bagi seseorang guru. Pengajaran bukan sahaja
menyampaikan maklumat sahaja tetapi yang lebih penting ialah membina dan mengembangkan
idealisme hidup yang baik, berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjaya
dan berjasa.
Dalam proses mencari idea-idea baru dan idealisme pengajaran yang optimum, cabaran
seseorang guru adalah amat getir supaya pengajarannya sentiasa relevan dan tidak kaku dan beku
(Abd. Rahim Abd. Rahsid, 2005). Kaedah penghubungkaitan ibarat ‘isi dan kuku’ ; ‘lagu dan
irama, tanpa irama pincanglah lagu’. Hubungan yang rapat dan saling berkaitan merupakan satu
bentuk penyelesaian masalah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagi menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan terdapat
beberapa kriteria penting yang perlu dipatuhi, antaranya;
(1) Mempunyai semangat saling bergantungan di kalangan pelajar. Dalam hal ini mereka
mempunyai matlamat yang sama bagi mencapai kejayaan.
(2) Kemahiran sosial untuk berkomunikasi juga sebahagian daripada aspek yang sangat penting.
Proses interaksi sosial memerlukan mereka berhubung dan bekerjasama agar pembelajaran
menjadi lebih aktif dan bermakna.
(3) Kesedaran akuntabiliti pada setiap individu sangat penting. Keadaan ini akan memberi ruang
dan peluang untuk mereka mengenali tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan tersebut.
Suasana ini akan mewujudkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif di dalam kumpulan.
(4) Penilaian secara kumpulan dijalankan bagi menentukan kelancaran aktiviti yang dijalankan.
Keadaan ini dapat mengukur dan mengetahui sejauh mana kejayaan dan pencapaian aktiviti yang
dijalankan secara bersama. Proses menyelesaikan masalah (problem-sloving) dapat digabung
dengan aktiviti ini bagi menentukan tahap pencapaian mereka. Guru hanya berperanan sebagai
fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah.
(5) Penggabungan idea dapat disatukan menjadi perkara pokok kepada permasalahan dalam
proses pembelajaran.
(6) Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka. Proses
interasi sosial di kalangan pelajar disandarkan kepada persekitaran yang kondusif dan
memberangsangkan.
(7) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu
mata pelajaran.
Dalam penghubungkaitan, terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu penghubungkaitan antara
mata pelajaran; penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan; dan
menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dalam konteks ini,
penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait
rapat antara satu sama lain tanpa ada menimbulkan masalah yang baru.
Guru bertanggungjawab merancang pengajarannya dengan sistematik supaya dapat mencapai
matlamat dan berkesan. Di samping itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator iaitu memberi
motivasi dan dorongan ke atas pelajar supaya sentiasa bersemangat dan terus berusaha dalam
pelajaran mereka. Selain itu, guru-guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan di mana
mereka merancang dan memberi aktiviti-aktiviti yang mencabar dan mengukuhkan pengetahuan
serta kemahiran pelajar. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan bahan pembelajaran yang
sesuai dan menarik supaya pelajar terus berminat untuk belajar. Menurut Noraziah Abdul Hamid
(1981) ‘alat bantu’ pembelajaran dianggap sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan pelajar sesama pelajar
bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Dalam konteks ini, peranan guru yang merancang pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran
supaya tidak membosankan pelajar. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan
media (cetak dan elektronik) sebagai sokongan pengajaran mereka. Penggunaan media dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid (Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Proses refleksi ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga sangat penting. Para guru wajar
menguasai kemahiran ini supaya dapat mengesan kelemahan serta kekuatan pengajaran mereka.
Sesuatu pengajaran yang berkesan dan bermakna perlu memberikan iktibar dan pengajaran yang
berguna kepada pelajar. Abd. Rahim Abd Rashid (2005) menjelaskan pembelajaran yang bersifat
refleksi membolehkan pelajar mendapat iktibar dan pengajaran daripada sesuatu yang sudah
berlaku.
Dalam proses penghubungkaitan pelajar seharusnya bermotivasi dan menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru mereka. Pelajar digalakkan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak guru. Pengalaman
hasil interaksi sosial pelbagai pihak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan
kondusif. L.S. Vygotsky (1978) menyatakan bahawa ‘interaksi sosial’ amat penting dalam
membentuk perkembangan kognitif pelajar. Oleh yang demikian, peranan guru dan pelajar dalam
menjayakan penghubungkaitan bidang-bidang pengajaran dan pembelajaran sama penting dan
wajar digembleng bersama untuk kebaikan semua pihak dalam jangka masa yang panjang.
Pendekatan Bertema
Pengajaran yang berkesan akan membentuk suatu organisasi dan penyampaian yang baik.
Organisasi menunjukkan bagaimana sesuatu pembelajaran itu dikembangkan dan memudahkan
ingatan dan penguasaan. Langkah ini akan melatih minda pelajar mengembangkan pembinaan
kekuatan pemetaan minda yang penting bagi perkembangan mental dan kognitif dalam sesuatu
pembelajaran. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) penyampaian guru perlu berkesan,
teratur, tersusun dan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. Penstrukturan pelajaran yang
dilakukan oleh guru akan membentuk pembelajaran yang berkesan dan kekal dalam jangka masa
panjang.
Dalam hal ini, pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Pendekatan bertema merupakan satu usaha untuk mengintegrasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan
menggunakan tema. Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam proses
pembelajaran kerana secara semulajadi kanak-kanak belajar dengan cara membuat dan
mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu. Proses penerokaan dan mengalami sendiri situasi
pembelajaran akan memberi peluang pelajar berdikari. Pengalaman-pengalaman yang bererti
kepada pelajar akan mencetuskan keseronokan, perasaan ingin tahu dan mencari maklumat
sendiri.
Dalam tugasan ini, mata pelajaran yang akan dipilih untuk pengajaran pendekatan bertema ialah
Bahasa Malaysia, Tahun 3. Topik yang dipilih adalah berkaitan dengan pembelajaran berbahasa.
Bagi pendekatan bertema pembelajaran dijalankan secara berperingkat-peringkat dan keadaan ini
akan mendorong pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis semasa belajar. Dalam pengajaran ini,
perancangan guru merupakan peringkat yang paling asas dan penting. Dalam proses guru
merancang aspek-aspek seperti skop, perkara dan bidang haruslah selaras dengan tema yang
dipilih berpandukan sukatan pelajaran yang sedia ada. Bagi setiap tema yang dipilih seseorang
guru perlu memahami setiap peringkat perkembangan tema. Dalam konteks ini, seseorang guru
perlu memperkembangkan aktiviti-aktiviti berdasarkan aspek-aspek tertentu. Rajah 1.0 di bawah
dapat menjelaskan garis panduan dalam menyediakan pendekatan bertema bagi tema yang
hendak diajar.
Bolehkah kita melihat
tema ini dari sudut yang
berlainan ?
Bagaimana ia menjadi Bagaimana benda ini berfungsi ?
begini ?
Apakah pandangan kita Bagaimana ia berubah ?
mengenai tema ini ?
Apa yang boleh kita lakukan bagi
menunjukkan bahawa kita bertanggungjawab terhadap
tema ini ?
Rajah 1.0 : Model Garis Panduan Perbincangan dan Perkembangan Tema
Sumber : Diubahsuai daripada Modul Latihan Guru Program Transisi dan Guru
Penyayang Tahun 1,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi pendekatan bertema yang dipilih dalam tugasan ini ialah tema kereta berasaskan kandungan
dan kemahiran berbahasa. Dalam menentukan fokus dan konsep perkembangan idea bagi tema
kereta, seseorang guru harus berpandukan model di atas bagi menentukan kronologi perkaitan
idea-idea yang hendak diajar kepada pelajar. Keadaan ini akan memberi lebih kefahaman dan
penyusunan idea secara teratur dan jelas mengikut kepentingannya.
Perkembangan idea bagi tema kereta yang dipilih di mana pelajar akan diberikan gambar kereta
dalam bentuk kertas mahupun model kereta mainan. Selepas itu pelajar akan berbincang dan
mencari maklumat yang berkaitan dengan kereta berpandukan model di atas dengan
bersandarkan soalan-soalan yang berkaitan.
Fokus Utama Perkembangan Idea Bagi Tema
Fungsi (i) Mengapa kita berkereta ?
(ii) Apakah gunanya kereta?
(iii) Apa jenis kereta yang kita gunakan untuk berjalan ?
Perspektif (i) Apa kereta yang saya suka / tidak suka ?
(ii) Apa yang menjadikan kereta cantik ?
(iii) Bolehkah kita buat kereta daripada kertas ?
(iv) Adakah binatang berkereta ?
Perubahan (i) Apa bezanya kereta baru dan lama ?
(ii) Apa bezanya antara kereta orang dahulu dan sekarang ?
(iii) Apakah yang berubah ? (Contohnya Jenama)
Tanggungjawab (i) Bagaimana kita menjaga kereta ?
(ii) Apakah tanggungjawab kita ke atas kereta ?
Sebab dan Akibat (i) Mengapa orang ….(kaya, miskin, doktor, kerani, petani) memliki kereta
seperti itu ?
Refleksi (i) Bagaimana kita boleh tahu wujudnya kereta ?
(ii) Bagaimana kita boleh tahu kereta dating dari tempat lain ?
Melalui pendekatan bertema ini, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan menyemai daya
imaginasi melalui penerokaan soalan-soalan yang berkaitan dengan tema. Keadaan ini turut
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan kondusif selaras dengan
pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Perkembangan idea bagi tema yang dipilih turut
membaiki kemahiran interpersonal dan intapersonal para pelajar. Sebagai kesimpulannya,
pendekatan bertema membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan
kemahiran mereka dalam aspek pembelajaran mereka.
Pengintegrasian Mata Pelajaran
Pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam pengajaran di sekolah.
Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks
kurikulum di sekolah rendah. Dalam tugasan ini, aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang
boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik
dan pergerakan dengan mata pelajaran Sains. Secara nalurinya, kanak-kanak amat menggemari
aktiviti melukis dan mewarna. Dengan kemahiran ini para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran
melukis mereka dengan melukis gambar dan objek dalam mata pelajaran Sains mereka.
Antaranya ialah seperti melukis gambar haiwan dan tumbuhan. Para pelajar dapat melahirkan
karya seni mereka dalam meningkatkan pemahaman mereka supaya kekal lama.
Di samping itu, murid-murid boleh melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang
berkaitan dengan pembelajaran Sains mereka di sekolah. Pelajar sangat mudah mengingati isi
pelajaran dengan menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Menurut Som Hj. Nor dan
Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998) peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan
mudah. Di samping itu, kemahiran menggabungkan dan menseimbangkan kegunaan otak kanan
dan otak kiri semasa belajar adalah amat sesuai bagi seseorang pelajar.
Bagi muzik ianya boleh diintegrasikan dengan aktiviti nyanyian yang melibatkan topik-topik
sains yang berkaitan. Guru berperanan mencipta lirik lagu yang sesuai dengan tema atau topik
pembelajaran semasa di dalam kelas. Aktiviti ini wajar disusuli dengan unsur-unsur pergerakan
yang sesuai supaya pelajar lebih meminati pengajaran guru dan mengingati isi pelajaran mereka
dengan lebih lama lagi. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar menyanyikan lagu
‘Bangau Oh Bangau’ sambil melakukan pergerakan apabila mengajar topik yang berkenaan
dengan ‘Haiwan adalah benda hidup’.
Rajah 2.0 : Integrasi Seni Visual, Pergerakan, Muzik dan Sains
Manfaat Aktiviti Pengintegrasian
Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai
kemahiran belajar. Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran
dan pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan
progresif. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Di samping itu, pembelajaran para pelajar tidak terhad kepada sesuatu bidang sahaja dalam satu
tempoh masa, sebaliknya mereka akan didedahkan dengan bidang lain yang mempunyai kaitan
supaya pembelajaran mereka lebih bermakna lagi. Para pelajar akan menjadi lebih kreatif dan
kritis dalam pemikiran mereka, terutama dalam mengadaptasi konsep kemahiran belajar mereka.
Selain itu, para pelajar akan lebih brminat dalam pelajaran mereka. Penggabungan pelbagai
kemahiran dan bidang ilmu memberi gambaran yang luas kepada pengetahan mereka sekaligus
mendidik mereka menjadi lebih rasional dan berdaya saing di dalam pembelajaran mereka.
Sebagai rumusan, aktiviti pengintegrasian ini banyak memberi faedah kepada para pelajar dan
membantu mereka dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.
Bahan Bantu Dalam Aktiviti Meneroka
Penerokaan bermaksud menyelidik sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan dengan cara
menjelajah. Dalam hal ini, bahan bantu atau alat amat diperlukan bagi membantu aktiviti
meneroka di kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan meneroka dengan menggunakan alat dan
bahan yang sesuai supaya mereka lebih kreatif dan imaginatif. Guru bertindak sebagai fasilitator
bagi memudah aktiviti pelajar. Bagi menguasai aktiviti-aktiviti untuk meneroka, peralatan-
peralatan yang boleh digunakan pada peringkat awal adalah seperti meja, kerusi panjang, kerusi,
gelong rotan, tali, bongkah dan rotan. Bahan-bahan ini mudah diperolehi di sekolah. Pelajar
digalakkan meneroka secara bersendirian bagi membiasakan diri mereka dengan alat dan aktiviti
sebelum meneroka dengan peralatan yang sebenar.
Bagi membolehkan pelajar meneroka, sewajarnya mereka diberi ruang dan peluang untuk
bergerak, melompat, berjalan-jalan supaya lebih yakin dalam situasi sebenar. Apabila mereka
sudah menguasai kemahiran dan biasa dengan alat sebenar, barulah mereka menggunakan
peralatan yang sebenar. Peralatan sebenar yang boleh digunakan adalah seperti palang imbangan,
palang selari, peti pelana dan gelang. Pada peringkat ini pelajar sudah yakin dan boleh
memperagakan aksi dan kemahiran mereka pada tahap yang maksimum. Pada tahap
memperolehi pengalaman, mereka melibatkan diri aktiviti permainan yang mempunyai tahap
kecerdasan yang tinggi dalam menyalurkan ketahanan diri pelajar. Proses membentuk daya tahan
berlaku di samping menimbulkan tarikan serta keseronokan di kalangan pelajar.
Setelah memperolehi pengalaman dalam bentuk yang sebenar pelajar menemui potensi ekspresif
diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Mereka akan menjadi matang dan
mampu meluahkan pandangan secara objektif dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu,
tahap kematangan mereka berada pada skala yang tinggi dan difahami oleh orang lain.
Kesan penggunaan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk konsep
kendiri pelajar secara positif. Mereka akan menjadi orang yang responsif dan dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sihat. Di samping itu, sahsiah pelajar akan terserlah
dan personaliti mereka sangat baik. Berkenaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, alat
ini akan memberi rangsangan persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi ke atas
setiap pelajar. Keadaan ini akan membentuk sahsiah pelajar yang positif dan konsep kendiri yang
stabil. Justeru, alat yang digunakan akan memberi lebih ekspresi terhadap pelajar dalam proses
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran Seni
Visual, Muzik dan Pergerakan memainkan peranan penting dalam mencorakkan keterampilan
pelajar dalam banyak aspek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kondusif
mampu melahirkan daya kreativiti, persepsi, estetika, inovatif dan semangat jati diri pelajar yang
tinggi. Bidang-bidang kemahiran Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang mencakupi aspek
penghubungkaitan, pendekatan bertema dan pengintegrasian mata pelajaran jelas
memperlihatkan kepentingan pengajian ini dipelajari dan sekaligus memperkayakan khazanah
ilmu dalam konteks global. Justeru, SDP adalah wadah yang tidak kurang pentingnya dalam
mencanangkan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.