Download - Asign Eseipbs
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Bahagian A
Cabaran-Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) dan Cara-
Cara Mengatasinya.
1. Pengenalan
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran
yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada
sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan ( berorientasi
peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set
indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan dan pencapaian. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana
memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu
sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu
berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk
membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.PBS
mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
1 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor
oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan
ujian. Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid
dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan
oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak
luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu
Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara
mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
3. Guru sebagai Pelaksana PBS
Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan
perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
2 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru
diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di
akhir tahun. Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi
melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga
kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali
murid mereka.
4. Cabaran-Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) dan Cara-Cara mengatasinya
Pelbagai punca, kekangan dan masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di sekolah
antaranya dari segi faktor amalan profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor
budaya, tradisi, kepimpinan dalam pendidikan termasuk kesesuaian acuan penilaian dan
amalan birokrasi yang perlu mengambil kira keperluan pelajar. Sebagai contoh, jika PBS
dilaksanakan sepenuhnya untuk menggantikan UPSR masalah timbul untuk menilai gred
murid bagi kemasukan ke sekolah elit seperti MRSM , SBP dan sebagainya
4.1 Pengenalan Dokumen Standard Prestasi
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Masih ramai lagi guru-guru yang kurang memahami pelaksanaan dokumen standard
prestasi ini. Mereka tidak diberikan penerangan tentang pelaksanaan dokumen tersebut
dengan jelas. Oleh yang demikian, pelaksanaan di peringkat sekolah akan mengalami banyak
kelemahan dan kekurangan.
Untuk itu, pihak sekolah hendaklah berinisiatif untuk membuat latihan dalaman berkaitan
dengan PBS dengan menjemput seseorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
3 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
dan memahami pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Selain itu, pihak pentadbir
sekolah juga sentiasa menyalurkan maklumat yang tepat kepada semua guru yang terlibat
dengan pelaksanaan PBS di sekolah melalui taklimat, mesyuarat ataupun maklumat yang
diperolehi di atas talian.
4.2 Pengenalan Band dan Evidens Untuk Mengukur Tahap kemahiran Asas Murid
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai
skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D. Dalam PBS terdapat 6 Band yang menjadi
tali ukur kepada penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran.
Band 1 murid boleh melakukan atau memberi maklum balas terhadap perkara yang
asas. Band 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Band 3, murid boleh menggunakan
pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi dan di anggap telah
menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut. Band 4, murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara
sistematik. Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi
baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan
membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian
serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat
yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
Banyak kekeliruan yang dikenalpasti tentang pelaksanaan band dan evidens ini. Guru-
guru tidak didedahkan dengan prosedur pelaksanaan kedua-dua dokumen ini. Masih banyak
guru tidak faham tentang bila dan bagaimana harus memberikan evidens kepada murid-murid
dan proses penyimpanan data evidens. Penilaian terhadap band juga sering dijalankan secara
secara rambang tanpa merujuk kepada evidens atau latihan yang telah dibuat oleh murid-
murid. Keadaan ini menimbulkan masalah apabila pihak ibu bapa mula menyoal tentang
bukti jika band anak mereka kurang memuaskan.
Pihak sekolah perlu peka kepada setiap pembaharuan yang dibuat oleh pihak
kementerian. Pihak sekolah juga perlu berinisiatif untuk memperbanyakkan dokumen-
dokumen yang berkaitan dengan PBS bagi membolehkan kemudahcapaian guru terhadap
maklumat berkaitan dengan PBS.
4 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
4.2 Integriti Guru Dalam Pelaksanaan PBS
Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui
penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai
bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar. Guru harus jujur
dalam melaksanakan penilaian terhadap murid-murid dengan melaksanakan langkah-langkah
dalam penilaian. Kurang pemahaman terhadap pelaksanaan PBS menyebabkan sebahagian
daripada guru-guru melaksanakan penilaian secara semberono dan mengenepikan segala
evidens yang sepatutnya dilaksanakan mengikut langkah atau prosedur yang betul. Terdapat
juga sebilangan guru yang membuat penilaian sekadar memenuhi tuntutan daripada pihak
sekolah, jabatan dan kementerian tanpa memahami kehendak sebenar di dalam PBS.
Untuk mengatasi masalah ini pementoran merupakan proses yang boleh membantu,
memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan
peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh
dipercayai.
Selain itu, pemantauan boleh memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di
peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM
terlibat dalam proses ini. Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan,
kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan
guru dan pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua
Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti
dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem
pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran
yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan
peringkat pentaksiran.
5 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
4.4 Beban Tugas Guru
Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di mana ianya dikatakan membebankan guru.
Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi dengan pelbagai jenis folio dan
dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan. Bilangan pelajar yang ramai
juga menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS dengan sistematik. Guru
boleh juga dilabel sebagai "kerani" dengan bebanan tugas yang banyak ini. Ini disebabkan
PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan
murid. Namun yang demikian, sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS
bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan
individu. Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.
4.5 Pengurusan PBS Secara Atas Talian
Pengurusan PBS secara atas talian merupakan satu alternatif yang terbaik bagi
mengurangkan beban tugas guru ini namun ianya juga mempunyai kelemahan yang tersendiri
seperti jaringan internet yang terhad, capaian internet yang sibuk dan tidak memuaskan dan
sebagainya. Keadaan ini bertambah sulit kepada guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran
menggunakan komputer. Pembaharuan ini dilihat sebagai bebanan yang berat kepada guru-
guru ini dalam melaksanakan PBS. Selain itu, capaian internet yang sibuk dan tidak
memuaskan menyebabkan guru mengambil masa yang lama untuk memasukkan data ke
dalam sisitem yang dibangunkan.
Namun yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengambil inisiatif
untuk menambahbaik capaian internet dan sistem berkenaan. Bagi membantu guru
melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak
dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)
dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang
disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.
5. Rumusan
Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang
prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal
insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
6 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Kebangsaan.Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian
Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti
UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid
menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih
cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan
bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan
kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang .Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan
maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan
bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
7 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Bahagian B
1. Pengenalan
Menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung
dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), di
peringkat pengajian tinggi, kemahiran menulis menjadi amat penting kerana para pelajar
perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Penulisan karangan
merupakan bahagian yang penting di peringkat rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi.
Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan
prestasi mereka dalam penguasaan kemahiran penulisan bahasa Melayu.
Penulisan Esei juga menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang
menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan
idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.Tujuan utama menulis
atau mengarang adalah sebagai sarana komunikasi tidak langsung. Secara umumnya
penulisan esei dilihat sebagai memberikan arahan, menjelaskan sesuatu, menceritakan
kejadian, meringkaskan, dan menyakinkan (Semi, 2003:14-154). Menurut Syafie’ie
(1988:51-52), tujuan penulisan dapat diklasifikasikan sebagai berikut.
mengubah keyakinan pembaca;
menanamkan pemahaman sesuatu terhadap pembaca;
merangsang proses berpikir pembaca;
menyenangkan atau menghibur pembaca;
memberitahu pembaca; dan
memotivasi pembaca.
Selain itu, Hugo Harting (dalam Tarigan, 1994:24-25) mengklasifikasikan tujuan
penulisan, antara lain tujuan penugasan (assingnment purpose), tujuan altruistik (altruistic
purpose), tujuan persuasi (persuasive purpose), tujuan penerangan (informational purpose),
tujuan penyataan (self-expressive purpose), tujuan kreatif (creative purpose), dan tujuan
pemecahan masalah (problem-solving purpose).
Penulisan esei merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sekolah di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran ini seringkali menjadi tali ukur
kepada sesorang murid dengan menguasai kemahiran berbahasa. Kemahiran penulisan esei
ini sering dinilai di dalam peperiksaan maupun latihan harian di dalam kelas bagi pencapaian
8 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
kemahiran berdasarkan sukatan pelajaran yang telah dikemukakan. Oleh kerana penilaian
tahap penulisan esei ini terlalu subjektif maka beberapa prosedur pemarkahan telah
dikemukakan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan proses penyemakan.
2. Skop Tugasan
Untuk tugasan bagi subjek ini, saya telah memfokuskan kajian saya kepada penulisan
karangan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR sedikit hari lagi.
Seramai 20 orang murid telah dipilih untuk menjalani ujian esei ini.Responden yang dipilih
adalah merupakan murid-murid yang mempunyai tahap kebolehan/kecerdasan yang
berbeza.Murid-murid dikehendai menulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Faedah
Mempunyai Rakan. Karangan ini adalah karangan berbentuk fakta. Murid-murid telah
diberikan masa 1 jam untuk menghasilkan karangan mereka di dalam sebuah bilik darjah.
Saya telah mendapat kerjasama daripada dua rakan saya iaitu Cikgu Salina dan Cikgu
Ibrahim yang berpengalaman menyemak kertas karangan UPSR untuk menyemak karangan
yang telah dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan dua kaedah iaitu kaedah holistik dan
analitik dengan skema pemarkahan yang telah disertakan di dalam tugasan ini.Oleh yang
demikian, segala ulasan berkaitan dengan kaedah pemarkahan adalah berdasarkan kepada
pemarkahan karangan/penulisan murid-murid sekolah rendah.
3. Konsep Pemarkahan
Soalan esei memerlukan murid-murid memberikan pandangan dan mengolah
jawapan. Pelajar dikehendaki mengemukakan idea dan fakta bagi menyokong jawapan
mereka dalam konteks yang relevan dengan soalan. Oleh itu, tidak terdapat hanya satu
jawapan yang tepat dan memenuhi keperluan soalan. Kesesuaian soalan bergantung kepada
bagaimana pelajar mengolah jawapan dengan sokongan fakta-fakta. Dengan itu, pemeriksa
perlu memastikan bahawa keobjektifan dan kesahan jawapan diberi perhatian yang teliti.
Konsep ini mengandungi beberapa kriteria dan kaedah yang perlu diambil perhatian. Secara
umumnya terdapat 2 cara pemarkahan. Holistik adalah pemarkahan secara umum, tanpa
memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan
lain. Analisis pula merupakan permarkahan yang menilai aspek kemahiran menulis seseorang
dengan melihat secara terperinci aspek-aspek tertentu. Setiap pandangan yang dikemukakan
oleh murid-murid merupakan jawapan yang perlukan dipertimbangkan sebaik mungkin
daripada pelbagai sudut. Oleh yang demikian, pemilihan kaedah pemarkahan yang sesuai
amat penting. Ini unutk memastikan standard yang perlu dikuasai oleh seseorang murid yang
dianggap menguasai kemahiran menulis esei.
9 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
4. Kaedah Pemarkahan
Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei yang boleh digunakan
sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah permarkahan
tersebut ialah kaedah analitik dan kaedah holistik (atau global).
4.1 Kaedah Pemarkahan Analitik
Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini
memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan
pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut
pemberatannya. Unsur-unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan
proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. lni bermakna bahawa jika unsur-
unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan calon, maka tinggilah markah
yang akan diberikan kepadanya.
Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea
utama tetapi juga kepada organisasi dan kebersepaduan unsur-unsur berkenaan. Kaedah
analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang memerlukan
jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan yang digunakan ialah
skala interval. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan pemeriksa
untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu keobjektifan pemarkahan serta
kebolehpercayaan dapat ditingkatkan. Unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria
kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan,
unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang
diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat
dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.Untuk
penulisan karangan di peringkat sekolah rendah skema pemarkahan telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Namun yang demikian, pihak sekolah bebas untuk
menentukan skema pemarkahan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
4.1.1 Penyediaan Skema Pemarkahan Analitik
Kaedah ini memerlukan
i. penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur-unsur utama yang perlu
dimasukkan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu;
ii. penentuan bilangan poin yang akan diberi untuk setiap unsur utama;
iii. Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan yang dikehendaki akan diberi
markah penuh; yang langsung tidak sepadan tidak akan diberi sebarang markah;
10 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
iv. Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat
sepenuhnya;
v. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah
markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat itu;
4.1.2 Skema Pemarkahan
a. Markah Penuh : 25 markah
Isi - 10 markah
Tatabahasa - 15 markah
b. Isi
i. Tidak ada markah bagi pengenalan dan penutup sesebuah karangan
ii. Markah hanya diberi berdasarkan isi sesebuah karangan
iii. Setiap satu isi diberikan 2 markah
iv. Setiap karangan mesti mengandungi 5 isi.
c. Tatabahasa
Perbendaharaan Kata - 3 markah
Struktur ayat - 3 markah
Pengunaan Imbuhan - 3 markah
Penggunaan Tanda baca - 3 markah
Ejaan - 3 markah
d. Pemarkahan Perbendaharaan Kata dan Struktur Ayat.
i. Markah harus diberikan seperti berikut :
1 markah - penggunaan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang
lemah/ paling lemah.
2 markah - sederhana
3 markah - penggunaan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang
betul dan baik.
Bagi bahagian penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca dan ejaan ½ markah akan
dipotong bagi setiap kesalahan kecuali kesalahan yang berulang. Potongan markah bagi tiap-
tiap markah tidak lebih daripada 3 markah.
e. Soalan yang Berformat
11 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Calon mesti menulis format yang dikehendaki dalam soalan. Jika format
ini tiadak ditulis sepenuhnya 3 markah akan dipotong daripada markah
kesluruhan karangan tersebut.
Potongan 1 markah akan dikenakan kepada karangan yang tidak
mempunyai pengenalan dan penutup.
5. Kaedah Holistik
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik
kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-
kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan
jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan
(impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara
keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk
tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana
yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud
keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di
bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan,
iaitu skala ordinal dan skala norminal.
5.1 Kaedah Ordinal
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal,
pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:
(i) Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.
(ii) Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi
terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.
(iii) Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan
E sebagainya.
(iv) Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan
peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.
5.2 Kaedah Nominal
12 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-
langkah yang berikut:
(i) Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan
markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B = Kepujian, C =
Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria
pengolahan, dan kriteria proses.
(ii) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk
memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan
kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
(iii) Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk
menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut
berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.
(iv) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat
pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.
Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu
pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta menguasai bidang
berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan
mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa.
Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip
jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan. Dengan cara ini,
perselisihan dalam pemberian markah dan penentuan gred antara pemeriksa dapat
dikurangkan. Dengan yang demikian, mutu pemeriksaan skrip jawapan esei dapat dikawal
dan keobjektifan ujian itu dapat ditingkatkan.
5.3 Skema Pemarkahan Kaedah Holistik
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 24 - 30 i. Jawapan menepati tugasan
ii. Penggunaan pelbagai ayat yang
gramatis
iii. Penggunaan Kata dan kosa Kata
yang meluas dan bersesuaian
dengan tugasan
13 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
iv. Pengolahan idea sangat baik.
v. Penyampaian tersusun dan
menarik
vi. Penggunaan ejaan dan tanda baca
yang betul
Baik 17 - 23 i. Jawapan masih bertepatan dengan
kehendak tugasan
ii. Penggunaan kata dan kosa kata
sederhana namun bersesuaian
denganb kehendak tugasan
iii. Pengolahan idea menarik dengan
gaya penyampaian yang jelas.
iv. Kesalahan ejaan dan tanda baca
yang minimum tetapi tidak
menjejaskan karangan.
Memuaskan 11 – 16 i. Penggunaan ayat yang kurang
gramatis
ii. Menggunakan ayat tunggal yang
berkaitan dengan tugasan.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata
yang terhad
iv. Pengolahan idea mudah dan
ringkas dengan penyampaian
yang kurang menarik
v. Banyak kesalahan tatabahasa.
vi. Penggunaan imbuhan dan tanda
baca yang terhad.
Lemah 01 – 10 i. Jawapan tidak menepati kehendak
tugasan
ii. Penggunaan ayat tunggal dalam
meyampaikan idea
iii. Penggunaan kata dan kosa kata
yang sangat terhad.
iv. Pengolahan idea yang tidak jelas
14 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
dengan penyampaian yang tidak
menarik.
v. Tiadak menguasai kemahiran
penggunaan ejaan dan tanda baca.
Tiada Jawapan 0
Murid tidak menjawab soalan.
Kedua-dua kaedah pemarkahan dengan berdasarkan skema pemarkahan yang di atas telah
digunakan oleh kedua-dua orang penyemak bagi menyemak karangan yang telah dibuat oleh
20 orang responden untuk kajian ini.
6. Penyelarasan Pemarkahan
Dalam peperiksaan awam maupun ujian yang dijalankan siperingkat sekolah,
penyelarasan pemarkahan item esei memang sentiasa dilakukan. Amalan ini dilaksanakan di
sekolah bagi kedua-dua jenis ujian, sumatif dan formatif, jika pemeriksanya lebih daripada
seorang. Penggubalan kertas soalan bagi ujian semester dan tahunan yang dipusatkan dalam
sesuatu mukim atau daerah sangat digalakkan. Usaha ini perlu disempurnakan dengan
penyelarasan pemarkahan. Guru-guru yang menyemak kertas yang sama akan dibekalkan
dengan skema pemarkahan agar pemberian markah kepada murid-murid dapat diselaraskan
dengan selisih yang minimum antara guru penyemak.
Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan. Mereka yang
menghadiri mesyuarat penyelarasan memeriksa sampel jawapan calon. Kemudian,
dibincangkan sebab-sebab markah yang diberi itu terlalu tinggi atau terlalu rendah. Melalui
perbincangan, pemeriksaan semula, perubahan terhadap skema dan sebagainya, perbezaan
markah di antara pemeriksa-pemeriksa itu boleh diminimumkan. Lazimnya penyesuaian atau
moderasi markah dilakukan dalam penyelarasan apabila selisih markah antara pemeriksa
melebihi 5%.
7. Perbandingan Markah atau Gred Berdasarkan Kedua-dua kaedah.
15 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Setelah semakan bersilang dijalankan ke atas karangan responden suatu perbandingan
markah telah didapati daripadanya. Berikut adalah perbandingan markah murid berdasarkan
kepada dua kaedah yang telah digunakan untuk menyemak hasil karangan responden:
S E M A K A N H O L I S T I KBIL
NAMACIKGU SALINA
CIKGU IBRAHIM
TE
RB
AIK
1 SHASHA HAZIEQA BINTI SAMSU 22 20
2DAYANG SITI HAZWANI BINTI ABANG MAT ALI
20 19
3 AHMAD AMSYAR KHAN BIN HJ. SARJANKAN 23 20
SE
DE
RH
AN
A
1 NADHIRATUL AQEELAH BINTI MOKTAR 19 14
2 NUR AZMIZA AYUNI BINTI BOHER 18 19
3SYARIFAH AMEERAH NURNAJMI BINTI WAN MOHD YUSOP
15 14
4BEEBI AIMAN KAIYISAH BINTI MOHAMAD ZAKARIA
18 16
TE
RE
ND
AH
1 AWGKU AIMAN FARHAN BIN AWG JAFFRY 4 3
2 MUHD. NUR HAIKAL BIN SAMSUDEN 10 8
3 AZRI BIN SU'UT 14 13
S E M A K A N A N A L I T I KBIL
NAMACIKGU SELINA
CIKGU IBRAHIM
TE
RB
AI
K
1 DAYANG SITI HAZWANI BT ABANG MAT ALI 80 88
2 AIFA IMAAN BT MUSTAFFA KAMIL 84 80
3 NURUL NAJAH BT KUSWADI 80 80
SE
DE
RH
AN
A 1 AWGKU MUHD AMRIN 72 68
2NUR SHAZMINA ZURLISSA BT MARSHARUDDIN
64 60
3 AHMAD AMSYAR KHAN BIN HJ. SARJANKAN 72 64
4 AHMAD AFIQ BIN AHMAD JAIS 72 72
TE
RE
ND
AH
1 AWGKU AIMAN FARHAN BIN AWG JAFFRY 24 20
2 MUHD NUR HAIKAL BIN SAMSUDEN 36 32
3 MUHAMMAD NURUDDIN BIN AZMI 48 60
Purata Perbezaan markah bagi kaedah Holistik ialah 2 markah
16 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Purata Perbezaan markah bagi kaedah Analitik ialah 5 markah.
Kedua-dua penyemak yang dilatik telah menggunakan kedua-dua kaedah pemarkahan bagi
mendapatkan keputusan seperti di atas. Tiga keputusan terbaik, empat sederhana dan tiga
terendah telah di perolehi bagi kedua-dua kaedah. Penyemakan secara bersilang telah
dilakukan oleh kedua-dua penyemak untuk memastikan kesahan data yang diperolehi.
Berdasarkan purata perbezaan selisih markah yang diperoleh, kaedah Holistik
menunjukkan purata selisih markah antara kedua-dua penyemak adalah sekitar 2 markah
sahaja. Manakala bagi kaedah analitik mempunyai purata selisih markah sekitar 5 markah.
Selain itu, kaedah analitik juga mencatatkan selisih markah yang besar jika diteliti satu
persatu. Ini dapat dilihat daripada markah yang diperoleh oleh Muhammad Nuruddin Bin
Azmi yang mempunyai selisih sebanyak 12 markah dan Dayang Siti Hazwani Bt Abang Mat
Ali yang terdapat selisih 8 markah setelah disemak oleh kedua-dua penyemak. Keadaan ini
berbeza dengan kaedah holistik yang memaparkan selisih markah yang boleh dikatakan
konsisten iaitu di antara 1 hingga 3 markah.
Perbezaan markah yang ketara bagi kaedah analitik ini menunjukkan bahawa
pemarkah bagi kaedah ini boleh menimbulkan kepada kebolehpercayaan sistem pemarkahan
ini. Pelbagai kekeliruan yang boleh timbul dalam membuat pertimbangan semasa
memberikan markah kerana terpaksa mengira setiap kesalahan yang terdapat di dalam
karangan. Kemahiran dan kecekapan penyemak amat penting dalam menggunakan kaedah ini
untuk memberi markah kepada hasil kerja. Situasi ini berbeza dengan kaedah holistik markah
yang diberikan oleh kedua-dua penyemak adalah konsisten dan mempunyai perbezaan yang
amat minimum. Berdasarkan analisis yang dapat dilihat daripada jadual di atas, di dapati
bahawa kaedah Holistik merupakan kaedah yang amat sesuai digunakan untuk pemarkahan
bagi subjek karangan murid-murid sekolah rendah.Penyelarasan antara penyemak perlu
dilakukan untuk memastikan kaedah ini menjadi lebih mantap dan standard.
8. Rumusan
Kedua-dua kaedah pemarkahan yang digunakan untuk membuat penyemakan mempuyai pro
dan kontranya. Kita tidak dapat menyatakan bahawa kaedah mana yang terbaik. Namun kita
sebagai guru harus bijak memilih kaedah pemarkahan yang sesuai untuk satu-satu mata
pelajaran yang diajar. Gabungan kedua-dua kaedah juga boleh dilakukan untuk mendapatkan
kebolehpercayaan dalam membuat penilaian terhadap esei yang dihasilkan oleh murid-murid.
Ini boleh memantapkan lagi penyemakan seseorang guru jika berjumpa dengan kemungkinan
jawapan yang diluar dugaan seseorang guru. Setelah analisis dilakukan kepada kedua-dua
17 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
kaedah pemarkahan ini maka kita dapat rumuskan kelebihan dan kelemahan kedua-dua
kaedah yang dinyatakan seperti dibawah:
Bil. Teknik Kebaikan Kelemahan
1 Keseluruhan /
Holistik
1. Semua aspek penulisan
diberikan pertimbangan
yang sama rata.
2. Dapat menilai kebolehan
am dalam bidang penulisan.
3. Pemeriksaan boleh dibuat
dengan lebih tepat; latihan
yang banyak boleh
dijalankan.
4. Pelajar bebas menulis
Menulis esei merupakan
suatu kemahiran yang
memerlukan gabungan
beberapa proses.
1. Guru mungkin bersifat bias
semasa memeriksa.
2. Tiada maklumat diagnostik
yang khusus; oleh itu
pelajar tidak dapat melihat
di mana kekuatan dan
kelemahan karangan
mereka.
3. Sekiranya pemeriksaan
memerlukan ramai guru,
kordinasi sukar
dilaksanakan.
2 Perincian /
Analitikal
1. Kesalahan pelajar dapat
diperlihatkan dengan jelas.
2. Esei boleh diperiksa hanya
dengan sekali baca.
3. Orang yang kurang mahir
dalam bidang penulisan
boleh menjalankan tugas
pemeriksaan.
4. Pelajar-pelajar dapat
melihat di mana dan apa
kelemahan mereka.
1. Dengan mengasingkan
aspek-aspek yang dinilai,
kemahiran penulisan
seolah-olah terasing.
Penulisan bukan lagi
merupakan paduan
beberapa proses secara
natural.
2. Pemeriksaan memerlukan
masa yang panjang.
3. Kebolehan penulisan
secara keseluruhan sukar
dilihat.
4. Mungkin menekankan
kepada ‘mencari
18 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
kesalahan’ drp ‘mencari
kekuatan’ esei.
Bibliografi
19 | P a g e
ECT 312 Penilaian & Pengujian dalam Bilik Darjah
Azizi Ahmad dan Mohd Is Awang. 2008. Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mokhtar Ismail. 2009. Pentaksiran Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd. Isa Ab. Razak, (1988). "Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan Skema
Pemarkahan". Kertas kerja. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban.
Raminah Haji Sabran, (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia,
Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Vincent Pang dan Denis Lajium. 2008. Penilaian Dalam Pendidikan. Unit Penerbitan
Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu.
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah.html
http://pbssppjpnpp.blogspot.com/2012/04/cabaran-pelaksanaan-pbs.html
http://hazim-tintaguru.blogspot.com/2012/09/tg10-bagaimana-guru-berperanan-dalam.html
http://anishunny.blogspot.com/2013/01/penilaian-berasaskan-sekolah-pbs.html
http://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2012/11/pbs-pentaksiran-berasaskan-sekolah.htmlhttp://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2012/11/pbs-pentaksiran-berasaskan-sekolah.html
20 | P a g e