1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Latar belakang
Bahasa Sepanyol ialah bahasa rasmi bagi dua puluh satu buah negara di Eropah,
Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Afrika. Negara-negara tersebut
ialah Sepanyol di Eropah; Mexico di Amerika Utara; Costa Rica, Cuba, El Salvador,
Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, Republik Dominica di Amerika
Tengah; Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Peru, Paraguay, Uruguay, Venezuela di
Amerika Selatan dan Republik Guinea Ecuatorial di Afrika. Ia juga dituturkan dengan
sangat meluas dan mempunyai status khas di Amerika Syarikat, Brazil, Andorra,
Filipina1, Trinidad dan Tobago, Belize, Gibraltar dan Maghribi. Bahasa Indo-eropah ini
ialah bahasa ketiga di dunia dengan jumlah penutur ibunda paling ramai iaitu lebih 350
juta penutur, di belakang bahasa Mandarin dan Hindi. Ia juga diiktiraf bahasa
antarabangsa kedua terbesar selepas bahasa Inggeris. Menurut Instituto Cervantes
(2007:476), badan milik kerajaan Sepanyol yang bertanggungjawab merancang dan
menyelia perkembangan bahasa Sepanyol di seluruh dunia, melalui laporan tahunannya
Enciclopedia del espaol en el mundo: Anuario del Instituto Cervantes 2006-
2007,terdapat lebih 350 juta penutur ibunda bahasa Sepanyol di seluruh dunia dan
terdapat 11 juta pelajar yang sedang mempelajari bahasa tersebut di seluruh dunia
dengan 2,683 daripadanya ialah para pelajar di Malaysia.
1 Bahasa Sepanyol pernah menjadi bahasa rasmi sehingga ditamatkan pada tahun 1987 sewaktu pemerintahan Presiden Corazn Aquino, kemudian diumumkan semula oleh Presiden Gloria Macapagal Arroyo sebagai bahasa penting dalam pendidikan bermula tahun 2009.
2
1.2 Pernyataan Masalah
Bahasa Sepanyol, sebagaimana bahasa-bahasa antarabangsa yang lain, sudah pasti
menunjukkan perbezaan-perbezaan antara negara-negara yang menuturkannya dalam
aspek penggunaan kata dan semantik. Sepanyol dan Argentina yang dipisahkan oleh
Lautan Atlantik pada jarak lebih kurang 9,500 km pada umumnya masih merujuk
kepada institusi yang sama bagi isu-isu bahasa dan kesusateraan. Real Academia
Espaola (RAE) ataupun dalam bahasa Melayunya Akademi Diraja Sepanyol ialah
badan kerajaan Sepanyol yang bertanggungjawab dalam mengawal bahasa Sepanyol dan
bolehlah dianggap homolog Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia yang
bertanggungjawab dalam pengawalan bahasa Melayu. Bahasa Sepanyol juga dianggap
antara bahasa antarabangsa yang paling bersatu dan seragam, dengan semua ejaan dan
conjugation (irab) adalah seragam. Tidak seperti perbezaan bahasa Inggeris Britain
dengan Amerika Syarikat yang mempunyai bukan sahaja perbezaan leksikal dalam
hampir setiap aspek malah ejaan perkataan seperti travelling(GBR), traveling(AS),
colour(GBR), color(AS) dan lain-lain juga berbeza. Kes yang sama dapat dilihat dalam
bahasa Portugis di Portugal (BPP) dan Brazil (BPB). Barreiro et al. (1995) memberikan
contoh-contoh seperti berikut dalam menerangkan perbezaan ortografi antara BPP
dengan BPB.
3
Rajah 1.0 Kawasan Geografi Bahasa Portugis
Seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.02, negara-negara yang menuturkan bahasa
Portugis sebagai bahasa rasmi ialah Brazil, Portugal, Cape Verde, So Tom e Prncipe,
Angola, Mozambique, Guin-Bissau dan Timor Timur. Negara-negara tersebut membentuk
satu persatuan yang dikenali sebagai CPLP (Comunidade de Pases de Lngua
Portuguesa:Komuniti Negara Bahasa Portugis) . Negara-negara pemerhati pula ialah
Senegal dan Mauritius.
Kajian Barreiro et al (1995) juga dipilih sebagai panduan untuk perbezaan yang
mungkin wujud antara Bahasa Bola Sepak Sepanyol di Sepanyol (BBSS) dengan Bahasa
Bola Sepak Sepanyol Argentina (BBSA) ekoran aras kesamaan yang amat tinggi antara
bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis yang berasal daripada bahasa Latin yang
berevolusi mengikut rencah Semenanjung Iberia, tempat letaknya negara Sepanyol dan
Portugal. Fakta yang Portugal hanya wujud selepas kejatuhan Pemerintahan Islam-Arab
di hampir keseluruhan Iberia selama hampir 800 tahun menambahkan lagi betapa
relevannya perbandingan kedua-dua bahasa abang-adik tersebut.
___________________________________________________________________
2Sumber: http://www.cplp.org, portal rasmi CPLP.
4
Sebagai contoh, perbezaan keutamaan:
Jadual 1.0 Perbezaan keutamaan dalam bahasa Portugis
BPP BPB Glos
segredo Solitaria keadaan berseorangan, privasi
alfarrabista Sebo kedai buku
Dalam perkataan bahasa Portugis Portugal (BPP) segredo menjadi pilihan dan lebih
kerap digunakan walaupun solitaria juga wujud. Dalam pemilihan perkataan bahasa
Portugis Brazil sebo menjadi pilihan dan lebih kerap digunakan walaupun alfarrabista
juga wujud.
Oleh itu, adalah amat menarik membincangkan perbezaan leksikal bagi sebuah bahasa
antarabangsa yang amat seragam seperti bahasa Sepanyol. Jika DBP hanya berkuasa di
Malaysia sahaja, RAE pula diiktiraf di seluruh Mundo Hispano iaitu semua negara
yang mengangkat bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi dan juga negara-negara
tempat bahasa Sepanyol dituturkan. Huraian mengenai bahasa Sepanyol dan peta
kawasan geografinya akan dimuatkan dalam Bab 4.
Walau bagaimanapun, pengaruh-pengaruh bahasa lain seperti bahasa Itali, Inggeris dan
bahasa-bahasa pribumi mungkin juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
istilah dan penggunaan kata bagi bahasa Sepanyol Argentina. Bahasa-bahasa Eropah
tersebut tiba ke Argentina seiring dengan penghijrahan beramai-ramai bangsa-bangsa
Eropah ke Dunia Baru pada awal kurun ke-19.
Kajian ini akan mengkaji dan mengenal pasti perbezaan-perbezaan leksikal dan
semantik dalam berita bola sepak serta memberikan ulasan mengenai perbezaan-
perbezaan tersebut daripada aspek demografi dan geografi.
5
1.3 Objektif Kajian
Merujuk permasalahan yang dibincangkan dalam segmen di atas, kajian ini akan
menumpukan kepada perkara-perkara berikut:
a) Mengenal pasti perbezaan-perbezaan leksikal dalam berita bola sepak antara
media internet Sepanyol dengan Argentina
b) Menghuraikan perbezaan-perbezaan tersebut daripada aspek leksikal dan
semantik
c) Menganalisis punca-punca perbezaan leksikal dan semantik tersebut
1.4 Soalan Penyelidikan
Berdasarkan objektif yang telah ditetapkan dalam bahagian 1.2 dan juga
mempertimbangkan permasalahan dalam bahagian 1.1, soalan-soalan berikut
disediakan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan:
a) Apakah perbezaan-perbezaan penggunaan perkataan dalam berita bola sepak di
antara media internet Sepanyol dengan Argentina?
b) Bagaimanakah ia berbeza daripada aspek leksikal dan semantik?
c) Apakah punca-punca perbezaan leksikal dan semantik tersebut?
1.5 Kepentingan Kajian
Ibrahim Ahmad (2006) merumuskan yang kefahaman menyaling antara bahasa Melayu
Malaysia dengan Bahasa Indonesia ialah pada kadar 84%. Kajian ini walaupun tidak
menjurus kepada kiraan sedemikian namun sudah pastilah ia mampu memberi petunjuk
mengenai tahap kefahaman menyaling antara BBSS dengan BBSA, sekurang-
kurangnya pada tahap leksikal bahasa bola sepak. Perbandingan akan menjadi semakin
menarik kerana di sebalik keseragaman istilah-istilah rasmi bola sepak yang diguna
pakai oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), fitrah manusia yang sukakan
6
perbezaan dan identiti sendiri tetap menjadikan bahasa itu bervariasi. Kepentingan-
kepentingan bagi kajian ini ialah:
a) Mengetahui perbezaan leksikal dalam berita bola sepak antara media internet
Sepanyol dengan Argentina
b) Memberi input awal untuk kajian perbezaan leksikal dan semantik yang lebih
mendalam bagi kedua-dua negara tersebut.
c) Memberi input awal untuk kajian perbezaan gaya bahasa bagi kedua-dua negara
tersebut.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini akan mengkaji mengenai berita bola sepak yang merangkumi segala berita
yang berkaitan dengan aspek-aspek bola sepak serta perkara-perkara yang bersangkutan
terus dengannya seperti laporan perlawanan, berita perpindahan pemain, temubual
dengan pemain, rayuan pemain atau kelab kepada jawatankuasa pertandingan, acara
kebajikan yang dihadiri oleh pemain serta pengurusan kelab dan sebagainya.
Kajian ini juga hanya akan mengkaji perbezaan leksikal dan semantik antara 3 media
internet Sepanyol dengan 3 media internet Argentina dengan jumlah pembaca tertinggi
sahaja. Media-media ini dipilih berdasarkan statistik terkini dari Februari 2009 hingga
November 2009 yang dikeluarkan oleh Asociacin para la Investigacin de Medios de
Comunicacin; Persatuan Kajian Media Komunikasi (AIMC) bagi media Sepanyol dan
statistik suku tahun terakhir 2009 yang disediakan oleh Instituto Verificador de
Circulaciones; Institut Pengesahan Edaran (I.V.C.) bagi media Argentina. AIMC telah
memberikan data dalam bentuk jumlahpembaca sehari manakala IVC memberikan
jumlah naskhah edaran bagi tempoh sebulan.
7
Statistik tahun 2009 diambil kerana kajian akan dibuat bagi berita-berita yang
mencakupi 3 tahun bermula dari 2007 hingga 2009. Media-media yang terlibat bagi
negara Sepanyol ialah:
i) Marca.com, portal web rasmi bagi harian Marca, dengan jumlah pembaca
tunggal 2,800,000 untuk sehari. Alamat web rasminya ialah http://www.marca.com.
ii) Elpais.com portal web rasmi bagi harian El Pais dengan 2,081,000 pembaca
tunggal sehari. Alamat web rasminya ialah http://www.elpais.com.
iii) Elmundo.es, laman web rasmi bagi harian El Mundo, dengan 1,309,000
pembaca tunggal sehari. Cerapan sebenar data dibuat terus daripada portal sukannya
yang merupakan subsidiari Elmundo.es iaitu Mundodeportivo.com kerana Mundo
Deportivo menawarkan kemudahan carian atas talian yang lebih mesra pengguna
untuk kajian ini. Alamat web rasminya ialah http://www.mundodeportivo.com.
Manakala bagi Argentina pula, merujuk kepada suku tahun terakhir 2009, kajian ini
hanya akan dilakukan ke atas portal-portal akhbar berikut:
i) Clarin.com, laman web rasmi bagi harian Clarin, dengan edaran purata sebanyak
670,214 naskhah bagi edisi Ahad dan 343,764 edaran purata bagi edisi Isnin hingga
Sabtu. Alamat web rasminya ialah http://www.clarin.com.
ii) LaNacion.com.ar, laman web rasmi bagi harian La Nacin, dengan edaran purata
sebanyak 261,588 naskhah bagi edisi Ahad dan 149,535 edaran purata bagi edisi Isnin
hingga Sabtu. Alamat web rasminya ialah http://www.lanacion.com.ar.
iii) Ole.Clarin.com, laman web rasmi bagi harian Ol Clarn, dengan edaran purata
sebanyak 46,967 naskhah bagi edisi Ahad dan 44,479 edaran purata bagi edisi Isnin
hingga Sabtu. Alamat web rasminya ialah http://www.ole.com.ar.
Pengkaji mengambil jumlah edaran fizikal akhbar-akhbar terlibat sebagai penentu
jumlah pembaca sebenar dan tidak menggunakan statistik hit laman-laman media
8
berkaitan kerana data edaran fizikal menggambarkan kebolehpercayaan yang lebih
tinggi. Hit laman mungkin dilakukan oleh pengguna yang sama berulang-kali, atau
jika satu nombor Internet Protocol (IP) bagi komputer pengguna dianggap hanya
digunakan oleh satu pengguna unik, ia juga tidak tepat sekiranya berbilang pengguna
menggunakan komputer yang sama seperti di kafe-kafe siber dan pusat-pusat akses
internet awam.
1.7 Penyusunan Disertasi
Kajian ini dibahagikan kepada enam bahagian.
Bahagian pertama ialah pengenalan kepada keseluruhan kajian. Bahagian kedua pula
ialah sorotan kajian, perbincangan kerangka teori yang terlibat serta kajian kepustakaan
bagi semua item yang terlibat dalam kajian. Bahagian ketiga ialah metodologi
penyelidikan yang membincangkan kaedah kajian dijalankan. Dalam bahagian keempat,
bahasa Sepanyol dihuraikan secara terperinci daripada aspek sejarah, kawasan geografi,
institusi-institusi penting, sintaksis, morfologi, dialek-dialek, varian bahasa Sepanyol
Argentina dan intervensi bahasa asing dalam bahasa Sepanyol secara umum. Bahagian
kelima ialah bahagian analisis terhadap dapatan kajian dilakukan manakala dalam
bahagian keenam, kesimpulan dibuat berdasarkan analisis terhadap dapatan kajian tadi.
9
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.0 Kerangka Teori
Perkataan leksikologi berasal dari lexiko dan dalam Bahasa Greek yang terkemudian
lexikon : berkenaan perkataan 3 iaitu diterbitkan dari perkataan lexis
"" yang bermaksud pertuturan atau perkataan. Leksikologi ialah bahagian
linguistik yang mengkaji perkataan, sifat dan maksudnya, elemen perkataan,
hubungan antara perkataan, kumpulan perkataan dan keseluruhan leksikon.
Perbezaan leksikal menerangkan konsep yang menekankan kelainan dalam bahasa
yang berlaku pada tahap leksikon. Ia disokong oleh Harimurti Kridalaksana
(1989:126) yang berpendapat bahawa konsep leksikal selain bersangkutan dengan
leksem dan kata, juga berkaitan dengan leksikon. Leksikon ialah komponen bahasa
yang memuatkan segala maklumat tentang makna dan pemakaian kata dalam bahasa.
Wujud beberapa variasi yang terjadi pada peringkat leksikon BBSS dan BBSA yang
terpecah kepada beberapa alur. Huraian lanjut mengenai pola perbezaan leksikal ini
akan disentuh dalam bab ketiga dalam disertasi ini.
Perkataan semantik berasal dari perkataan Greek "" semantikos yang
bermaksud mempunyai makna23 dan menerangkan konsep yang menekankan aspek
makna sesuatu perkataan. Abdullah Hasan (2007:218) menyebut istilah semantik
memberi maksud kajian fenomena makna sesuatu perkataan. The New Oxford
Dictionary of English pula mendefinisikan semantik sebagai Suatu idea atau
pemikiran yang berhubung dengan suatu entiti atau kelas entiti-entiti yang jelas, atau
kepada ciri-ciri pentingnya, atau menentukan aplikasi suatu istilah dan seterusnya
memainkan peranan dalam penggunaan asbab atau bahasa4.
3 Liddell, Henry George & Scott, Robert. A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library 4 An idea or thought that corresponds to some distinct entity or class of entities, or to its essential features, or determines the application of a term, and thus plays a part in the use of reason or language
10
Abdullah Hassan (2007:227) menerangkan yang bentuk-bentuk makna dari hubungan
semantik ialah:
i) Sinonim: fenomena bahasa dengan ada perkataan-perkataan merujuk kepada makna
yang sama. Sebagai contoh, telaga dan perigi.
ii) Antonim: perkataan yang berlawanan makna. Sebagai contoh, perkataan pendek
lawannya panjang, besar lawannya kecil.
iii) Hiponim: Hiponim terbahagi kepada dua bahagian iaitu itu:
a) Hiponim tulen: perkataan yang mencakupi makna beberapa perkataan lain
pada satu tata tingkat. Ia berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai
nama kelas bagi beberapa perkataan yang lain. Sebagai contoh, beras dan nasi
tercakup dalam perkataan padi.
padi
/\
beras nasi
Dalam bahasa Inggeris, horse: kuda ialah hiponim tulen bagi stallion: kuda jantan, mare:
kuda betina, colt: anak kuda jantan dan filly: anak kuda betina.
b) Hiponim umum: keadaan apabila ada satu perkataan menjadi nama umum
bagi beberapa perkataan. Kata umum itu kemudiannya boleh dicantumkan
dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya. Sebagai contoh, ikan
menjadi nama umum bagi patin, baung, keli, kelah, jerung, pari, temoleh dan
jenahak
11
iv) meronimi/holonimi: anggota atau bahagian yang menyusun atau membentuk
sesuatu. Sebagai contoh: atap ialah meronimi bagi rumah dan rumah ialah
holonimi bagi atap.
v) polisemi: mempunyai lebih dari satu makna. Sebagai contoh: perkataan
kesat.
a) Amin menghamburkan perkataan-perkataan kesat kepada Zulfikri sebaik
sahaja dia dilanggar secara tidak sengaja.
b) Permukaan lantai bilik air rumah Ahmad lebih kesat berbanding rumah saya.
c) Sudahkah kamu kesat air yang tumpah itu?, tanya ibu kepada Ali.
Dalam a), kesat memberi maksud kata nista atau perkataan-perkataan kasar. Dalam b)
pula, kesat bermaksud kata sifat kasar atau tidak licin manakala dalam c) ia
bermaksud kata kerja mengelap.
vi) homonim, terbahagi kepada dua:
a) homofon: kata yang sama sebutan tetapi berlainan ejaan dan makna.
Eng. meat: daging, meet: jumpa
b) homograf: kata yang sama ejaan tetapi berbeza sebutan dan makna.
BMM. Selak: /sla/: sejenis pengunci pintu
Selak: /sela/: perbuatan menyingkap kain, kertas atau benda yang berbentuk
helaian
Makna sesuatu perkataan bukan sahaja mempunyai hubungan dengan perkataan-
perkataan lain, malah ia turut mengalami perubahan. Jenis-jenis perubahan makna ialah
seperti berikut:
i) Peluasan Makna (generalisasi)
Peluasan makna ialah perubahan makna daripada makna yang lebih khusus atau sempit
kepada yang lebih umum atau luas. Cakupan makna baru tersebut lebih luas daripada
makna lama.
12
Contoh:
Jadual 2.0 Peluasan Makna (generalisasi)
Perkataan Makna lama Makna baru
sarjana
cendekiawan pengajian pada peringkat master
saudara adik-beradik lelaki semua orang lelaki yang sama umur/
darjat
ii) Penyempitan Makna (Spesialisasi)
Penyempitan makna ialah perubahan makna daripada yang lebih umum/ luas ke
yang lebih khusus/ sempit. Cakupan baru/ sekarang lebih sempit daripada makna
lama (semula).
Jadual 2.1: Penyempitan Makna (Spesialisasi)
Perkataan Makna lama Makna baru
Artis golongan yang terlibat secara
langsung dalam pelbagai
bidang seni yang luas
orang yang terlibat secara
langsung dalam industri muzik
dan perfileman
Bangsa kaum; jenis. Kaum
iii) Peninggian Makna (ameliorasi)
Peninggian makna ialah perubahan makna yang mengakibatkan makna yang baru
dirasakan lebih tinggi / hormat/ halus/ baik nilainya daripada makna lama.
Contoh:
13
Jadual 2.2 Peninggian Makna (ameliorasi)
Perkataan Makna lama Makna baru
putera anak lelaki anak lelaki raja
Pondok binaan kecil seperti rumah sekolah pengajian agama persendirian
iv) Penurunan Makna (Peyorasi)
Penurunan makna ialah perubahan makna yang mengakibatkan makna baru dirasakan
lebih rendah/ kurang baik/ kurang menyenangkan nilainya daripada makna lama.
Contoh:
Jadual 2.3 Penurunan Makna (Peyorasi)
Perkataan Makna lama Makna baru
Bini perempuan yang sudah dinikahi lebih rendah daripada isteri
bunting
Mengandung Lebih rendah dari perkataan
mengandung atau hamil
v) Persamaan (asosiasi)
Asosiasi ialah perubahan makna yang terjadi akibat persamaan sifat antara makna lama
dengan makna baru.
Contoh:
Jadual 2.4 Persamaan (asosiasi)
vi) Pertukaran (sinestesia)
Perkataan Makna lama Makna baru
pisau cukur pisau yang digunakan untuk
bercukur
orang yang menghabiskan
harta pasangannya
ang pau sampul berisi wang hadiah
untuk Tahun Baru Cina
(dalam bahasa harian) rasuah
14
Sinestesia ialah perubahan makna akibat pertukaran tanggapan dua pancaindera yang
berbeza daripada deria penglihatan kepada deria pendengar, daripada deria rasa kepada
deria pendengaran, dan sebagainya.
Contoh:
Jadual 2.5 Pertukaran (sinestesia)
Frasa Jenis sinestesia
suaranya sangat terang (pendengaran-penglihatan)
rupanya manis (penglihatan-rasa)
namanya harum (pendengaran-bau)
Lipka (1986:29) menyatakan Teori semantik Aristotelian atau senarai tanda
diperincikan dengan senarai atau set bentuk-bentuk berkriteria, yang menjelaskan sifat-
sifat diskrit yang mewakili keadaan-keadaan perlu dan cukup untuk sesuatu perkara itu
menjadi ahli kepada sebuah kategori.5 Beliau turut menjelaskan yang ahli sesuatu
kategori adalah disempadankan dengan jelas, dengan setiap ciri-ciri ahli ditandakan
dengan jelas, berdasarkan perbezaan ya/tidak dan semua ciri-ciri atau bentuk-bentuk
mempunyai darjah keahlian yang sama.
Cadangan Filmore dalam Lipka(ibid) menunjukkan kelemahan teori tersebut dengan
contoh perkataan climb-memanjat yang mempunyai komponen makna ascending-
menaik dan clambering-secara tak stabil. Ayat The monkey is climbing down the
flagpole dan The snail is climbing up the flagpole sudah tentu tidak boleh diterima jika
kedua-dua bentuk tersebut diambilkira dalam teori tersebut.
_________________________________________________________ 5
The Aristotelian or checklist theory of semantics is described as using a list or set of criterial features, which denote discrete properties representing necessary and sufficient conditions for something to be an instance of a category.
15
Sehubungan itu, dalam tahun-tahun 1980-an, muncul teori-teori bukan Aristotelian yang
dipengaruhi oleh kajian-kajian psikologi dalam sifat pengkelasan manusia. Lipka turut
menjelaskan yang teori-teori bukan Aristotelian membenarkan permulaan daripada
prototaip dan boleh ada kriteria yang hilang atau hanya wujud sebahagian. Dalam teori
semantik prototaip, terdapat anggapan satu pusat atau nukleus bagi suatu perkataan,
digelar teras prototaip, dengan pinggiran yang samar dan sempadan yang tidak jelas,
disertai dengan darjah dan pemberat keahlian yang berbeza bagi setiap ciri atau bentuk.
Fenomena ini lebih kepada lebih atau kurang berbanding keseluruhan atau kosong.
Geeraerts (1984:2) merumuskan asas yang sama bagi semua teori-teori bukan
Aristotelian iaitu bahasa tabii mempunyai:
i) sempadan yang tidak jelas
ii) perbezaan dalam keberbezaan ciri-ciri dan darjah keahlian
iii) kesamaan analogi dan keseluruhan
iv) teras-teras berprototaip
Menurut Rosh-Mervis dalam Lipka (1986:575), prototaip ialah perwakilan abstrak
sesuatu kategori atau sebagai ahli-ahli kategori tertentu yang membandingkan item-
item kepada subjek-subjek tertentu apabila mempertimbangkan keahlian kategori.
Teori Ciri Semantik (Semantic Features Theory) ialah sejenis teori Aristotelian yang
mula diperkenalkan oleh para ahli fonologi Prague.Ia sering dituduh sebagai terlalu
idealistik dalam ahli-ahli komponen maknanya, dengan sempadan yang sangat jelas. Ia
juga dianggap tidak mampu menangani set-set dan sempadan-sempadan makna yang
rumit serta tidak jelas, ditambah dengan darjah sesuatu sifat dan keahlian.
16
Walau bagaimanapun, Lipka berjaya menjelaskan yang konsep bentuk semantik ini
tidaklah seragam secara sempurna atau tidak boleh dipisahkan. Dalam Lipka (1979:194-
196), beliau telah meletakkan sebuah taksonomi yang mengandungi 7 kelas bentuk
semantik, yang mana hanya sebahagian adalah dalam bentuk binari.
Kelas-kelas tersebut ialah:
i) denotative perujukan/pemberian makna. Sebagai contoh: [+HUMAN] dalam
girl vs. filly.
ii) connotative konotatif. Cth. [+ ARCHAIC] dalam steed / horse.
iii) relational berhubungan. Cth:[ PARENT] [PARENT] dalam father /
son.
iv) transfer pemindahan. Cth: < - SOLID> atau dalam to
drink.
v) deictic penunjuk. Cth: [+PROXIMATE] dalam come / go, now / then.
vi) inferential penghubungkaitan/simpulan. Cth: {STICK} dalam beat.
vii) ditinctive features bentuk-bentuk yang jelas berbeza.
Manakala dalam Lipka (1985:339), beliau mencadangkan inferential feature bentuk
berhubungkait/simpulan yang ditandakan dengan brace (kurungan berlengkuk), sebagai
contoh, {GRINDING} dalam mill. Bentuk berhubungkait/simpulan adalah tidak diskrit,
terkuatkuasa atau berdiri sendiri; sebaliknya bersifat pilihan, tambahan dan bergantung
kepada konteks linguistik dan ekstralinguistik yang dihubungkan.Menurut Crowley et al
(2010:13-14), teori substratum menerangkan yang apabila manusia berhijrah ke sesuatu
kawasan dan bahasa mereka diserap oleh penduduk asal kawasan tersebut, apa-apa
17
perubahan dalam bahasa tersebut boleh diletakkan di bawah pengaruh bahasa penduduk
asal tersebut. Beliau memberi contoh yang di Perancis terdapat dua bahagian dialek yang
besar, iaitu dialek utara dan selatan. Sebelum era penaklukan Rom, kawasan tertegaknya
Perancis moden sekarang didiami oleh orang Celtic. Para cendekiawan berpendapat
perbezaan dialek sekarang ini berkaitan terus dengan perbezaan asal dalam bahasa Celtic
sebelum ianya diteruskan apabila penduduk kawasan tersebut mula menggunakan bahasa
rasmi Empayar Rom iaitu bahasa Latin.
Kajian ini akan menggunakan kerangka Teori Bentuk Semantik dalam mengupas
perbezaan leksikal dan semantik berita-berita bola sepak Sepanyol dan Argentina. Teori
ini dipilih ekoran kesesuaiannya, seperti yang telah diperjelaskan oleh Lipka, dengan tajuk
disertasi ini sendiri yang bertujuan menunjukkan perbezaan antara perkataan-perkataan
yang digunakan, bukan menerangkan konsep yang kabur dan tidak jelas mengenai sesuatu
perkara. Teori subtratum juga dimasukkan untuk menerangkan perubahan bahasa di
Argentina.
2.1 Bacaan berkaitan
Saya tertarik dengan ungkapan Ghosh (1972:259) yang menyebut Masyarakat manusia
tanpa bahasa sukar dimengertikan, begitu juga bahasa manusia tanpa masyarakat ialah
sebenar-benarnya satu mitos6. Pastinya bahasa-bahasa agung satu ketika dahulu seperti
Latin dan Sanskrit disebut mati kerana tiada lagi orang yang menuturkannya. Bahasa-
bahasa tersebut bukanlah mati terus sebenarnya kerana menurut Holmes (2001:65), bahasa
boleh dihidupkan semula. Contohnya bahasa Ibrani (Hebrew) pada satu ketika
__________________________________________
6Human society without a language is inconceivable, just as a human language without a society ia a mere myth
18
telah mati selama 1700 tahun namun dihidupkan kembali oleh keinginan politik yang
seiring dengan penubuhan negara Israel di atas bumi Palestin. Bahasa Catalan yang
hampir mati di Catalunya pada zaman pemerintahan diktator Sepanyol Francisco Franco
dari berakhirnya perang saudara sejak tahun 1939 hingga kematiannya pada 1975 juga
telah berjaya dihidupkan malah diberikan fungsi-fungsi baru yang mantap sehingga
berjaya berdiri daripada bahasa yang hanya dituturkan di rumah kepada bahasa rasmi
pendidikan, perundangan dan media di Catalunya.
Menyentuh mengenai variasi bahasa yang menjadi asas perbincangan dalam disertasi ini,
Edward Sapir dalam bukunya Language (1921:147) menyebut Semua orang tahu yang
bahasa itu bervariasi. Kepelbagaian dalam sesuatu bahasa dapat dilihat daripada aspek-
aspek seperti ujaran, pemilihan perkataan atau istilah dan perbezaan semantik sesuatu
perkataan. Akmajian et al (1984:286) menerangkan Tiada bahasa manusia yang tetap,
seragam atau tidak bervariasi: semua bahasa menunjukkan variasi dalaman. Penggunaan
sebenar berbeza daripada kumpulan ke kumpulan, daripada segi ujaran sesuatu bahasa,
pemilihan perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut, dan juga penggunaan
pembinaan sintaktik7.
Perkara ini benar bagi semua bahasa di dunia. Sebagai contoh, bahasa Melayu yang
dituturkan oleh masyarakat penutur ibunda Melayu sendiri pun sangat berbeza di ruang
lingkup yang sangat sempit daripada segi geografinya iaitu Semenanjung Malaysia yang
hanya seluas 131,598 km2, hampir sama luas dengan Negara Greece
_______________________________________
7No human language is fixed, uniform or unvarying: all languages show internal variation. Actual usage varies from group to group
and speaker to speaker, in term of pronunciation of a language, the choice of words and the meaning of those words, and even the
use of syntactic construction
19
(131,940 km2) mempunyai 9 dialek besar yang sangat berbeza daripada segi ujaran,
pemilihan perkataan dan beza makna sesuatu perkataan. Nik Safiah et al (1986:31-32)
mengkelaskannya sebagai dialek-dialek Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Perak,
Selangor,Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perkara ini
disokong oleh cadangan Halliday (1968:141) yang membahagikan variasi bahasa kepada
dua bentuk iaitu:
i) Siapa yang menggunakan?
Perkara ini disebut oleh beliau sebagai idiolek yang bermaksud individu yang
menggunakan.
ii) Kawasan atau kelas manakah yang menggunakan?
Perkara ini disebut oleh beliau sebagai dialek, diringkaskan oleh beliau melalui rajah
berikut:
Rajah 2.0 Pengkelasan Variasi Bahasa (Halliday 1968:141)
Variasi Bahasa
|
---------------------------------------------------------------------------
| |
Pengguna Penggunaan
| |
Dialek Laras / Dialek Sosial
(Berdasarkan geografi) (Berdasarkan faktor sosial)
20
Rajah Halliday ini seakan disokong oleh Brook (1973:12) yang menyebut Memang
lumrah yang harus ada kelainan bahasa, kerana bahasa ialah suatu bentuk perilaku sosial
manusia, dan masyarakat cenderung terbahagi menjadi kelompok-kelompok, masing-
masing memaparkan perbezaan perilaku, bahasa mencerminkan perbezaan-perbezaan
ini8.
Halliday (1964:88) juga menerangkan Secara asasnya, dialek-dialek cenderung untuk
berbeza, dan seringkali hingga ke peringkat tertentu, dalam perkara kandungan. Laras
bahasa, di sudut yang lain, berbeza daripada segi bentuk. Beberapa laras, mempunyai
ciri-ciri berbeza pada peringkat seperti kualiti suara yang berhubungkait dengan laras
gereja. Tetapi kriteria penting suatu laras terletak pada tatabahasa dan kosa katanya9.
Kajian ini akan berkisar dalam laras bahasa sukan, dan lebih spesifik lagi laras bahasa
bola sepak. Perbezaan daripada segi geografi akan dapat ditunjukkan dengan jelas
walaupun berita-berita yang dikaji majoritinya terangkum di bawah laras bola sepak.
Namun begitu, setelah diteliti data yang dikaji, terdapat juga laras-laras lain digunakan
seperti laras perundangan, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini disebabkan terdapat
peristiwa-peristiwa yang memerlukan laras-laras ini diperlukan. Sebagai contoh seorang
pemain yang didakwa di mahkamah kerana menyerang seseorang di kelab malam yang
sering dikunjunginya atau seorang pemain terkenal dunia dilantik menjadi duta
UNICEF untuk mempromosikan pendidikan di negara-negara Afrika.
__________________________________________
8It is natural that there should be varieties of language, since language is a form of human social behaviour, and communities tend
to split up into groups, each displays differences of behaviour, language reflects these differences. 9
Dialects tend to differ primarily, and always to some extent, in substance. Registers, on the other hand, differ primarily in form.
Some registers, it is true, have distinctive features at the levels such as the voice quality associated with the register of church
services. But the crucial criteria of any given resgister are to be found in its grammar and its lexis.
21
Menurut Quirk dan Greenbaum (1973:1) dalam University Grammar of English, kelas
variasi diwakili oleh rajah berikut:
Rajah 2.1 Pengkelasan Variasi Bahasa Quirk dan Greenbaum (1973)
Kawasan merujuk kepada aspek perbezaan geografi sesuatu bahasa. Sebagai contoh,
bagaimana bahasa Jerman di Jerman berbeza dengan bahasa Jerman Switzerland atau
bahasa Perancis di Perancis dengan bahasa Perancis Quebec. Contoh terdekat ialah
bagaimana varian bahasa Melayu yang dikenali atas sebab politik sebagai Bahasa
Indonesia berbeza dengan varian bahasa Melayu Malaysia atau bahasa Melayu Brunei.
Pendidikan pula merujuk kepada tahap pendidikan seorang penutur. Holmes (2001:6)
menyatakan yang wujud beberapa ciri perbezaan antara pelbagai kumpulan yang
berlainan pendidikan. Sebagai contoh, penutur bahasa Inggeris yang berpendidikan
rendah cenderung menghilangkan bunyi fonem h dalam perkataan-perkataan yang
mengandungi fonem tersebut seperti house disebut ouse, Henry disebut Enry dan
sebagainya.
Faktor topik juga menunjukkan fungsi laras bahasa dalam menunjukkan variasi bahasa.
Sebagai contoh, laras bahasa sukan pastinya berbeza dengan laras bahasa sains
terutamanya daripada sudut pemilihan perkataan. Medium atau perantara pula
22
menunjukkan perbezaan bahasa berdasarkan kesesuaian medium yang digunakan.
Sebagai contoh, radio dan televisyen ialah media berasaskan transmisi isyarat
elektronik. Walaupun begitu, ketiadaan video dalam penyampaian radio menyebabkan
penyampai cenderung untuk menjadi lebih deskriptif berbanding penyampai televisyen.
Sebagai contoh, dalam satu perlawanan bola sepak, pengulas radio sentiasa
memberitahu pendengar siapa yang sedang memegang bola, mencari siapa dan
menghantar bola kepada siapa. Dalam ulasan televisyen, kekerapannya lebih rendah.
Sikap (mood) pula amat mempengaruhi perbezaan bahasa seseorang penutur apa bahasa
sekalipun. Seseorang yang sedang bercakap dalam satu majlis rasmi akan menggunakan
perkataan-perkataan yang standard dan dianggap berprestij oleh masyarakat, manakala
apabila beliau pulang dan bercakap dengan ahli keluarga terdekatnya, beliau akan
menggunakan bahasa biasa di rumah.
Gangguan merujuk kepada bagaimana bahasa asing atau keadaan persekitaran memberi
kesan kepada penggunaan sesuatu bahasa. Contohnya seorang jurutera yang sentiasa
bertutur dalam bahasa Inggeris dalam mesyuarat jabatan dan persembahan projek
mungkin akan cenderung menggunakan perkataan-perkataan dan istilah-istilah Inggeris
apabila berbual dengan rakan-rakan sekerja pada waktu makan tengah hari. Gangguan
juga mungkin diakibatkan oleh hubungan kata pinjaman dan terjemahan pinjaman.
Dalam kajian ini, faktor perbezaan kawasan dan gangguan akan diberikan tumpuan
secara khusus kerana pendidikan,topik,sikap dan medium secara umumnya sama, iaitu
penulis berita sukan yang berpendidikan, membincangkan topik bola sepak, dalam
mood rasmi atau hampir rasmi dan dalam media berasaskan internet.
23
2.1.1 Kesetumpuan Bahasa
Kesetumpuan bahasa ialah sejenis perubahan yang disebabkan oleh interaksi bahasa
antara para penutur dwibahasa yang saling meminjam bentuk-bentuk morfologi dan
sintaksis bahasa-bahasa terlibat, menyebabkan tipologi menjadi semakin sama.
Braunmller dan House (2009:4) menerangkan yang kesetumpuan merujuk pelbagai
cara dengan bahasa-bahasa atau varian-varian suatu bahasa menjadi semakin sama
antara satu sama lain dalam semua subsistem tatabahasa. Mereka turut menambah yang
kesetumpuan juga boleh jadi suatu proses atau produk, secara sedar atau tidak sedar.
Perkara ini mungkin juga terpakai dalam perbezaan dua varians daripada bahasa yang
sama seperti bahasa Sepanyol di Sepanyol (BSS) dan bahasa Sepanyol Argentina
(BSA). Internet sebagai satu wadah global dapat dilihat sebagai agen kesetumpuan
bahasa, sebagaimana yang dapat dilihat dalam kajian Mair (2007) yang mengkaji
kesetumpuan dan kecapahan bahasa Inggeris Amerika dan British dalam bentuk
penulisan dan pertuturan.
2.1.2 Kecapahan bahasa
Menurut Hinskens et al (2005:2) Jika kesetumpuan bahasa melibatkan penyatuan
linguistik dan homogenisasi repertoir linguistik, kecapahan bahasa pula mendorong
kepada diversifikasi dan heterogenisasi, yang mana bahasa-bahasa atau varian-varian
bahasa menjadi semakin berbeza antara satu sama lain10. Perkara ini mungkin dapat
dilihat dalam BSS dan BSA kerana faktor geografi dan pemisahan pentadbiran negara
ialah antara faktor penggalak dalam fenomena ini.
___________________________
10Whereas language convergence involves the linguistic unification and repertoire homogenisation, language divergence in the
other hand amounts to diversification and heterogenisation, making the languages or language varietes more distinct from each
other.
24
Dalam kes Argentina, bahasa Sepanyol telah pun diterapkan sebagai bahasa kebangsaan
pada Perisytiharan Perlembagaan 1853. Namun begitu, pada peringkat awal
penghijrahan bangsa-bangsa Eropah dan Asia ke Rio de la Plata pada kurun ke -19,
wujud bahasa-bahasa yang berbeza, terutama dua kumpulan yang besar iaitu penutur
bahasa Itali dan penutur bahasa Sepanyol. Walaupun bahasa Sepanyol terus dijadikan
bahasa rasmi Argentina, interaksi antara kumpulan-kumpulan tersebut tetap wujud dan
mempengaruhi pembentukan dialek Argentina awal dan semasa.
Daripada carian dan bacaan yang telah dilakukan melalui pangkalan data beberapa
perpustakaan di dunia, didapati sehingga hari ini masih belum ada sebarang kajian atau
penyelidikan yang spesifik dijalankan berkenaan perbandingan leksikal bola sepak bagi
Sepanyol dan Argentina.
25
BAB III
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah analisis teks atau analisis kandungan.
Perkara ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan interteks berasaskan analisis
kuantitatif dan kualitatif. Teks yang dipilih ialah berdasarkan bahagian batasan kajian
dalam bab 1.
Setelah meneliti beberapa kajian yang berkaitan, pengkaji telah mengambil keputusan
untuk menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data melalui korpus.
Menurut Hartman dan James (1998:30), korpus ialah Koleksi sistematik teks yang
mendokumenkan ciri-ciri penggunaan sesuatu bahasa atau variasi bahasa11 manakala
Kennedy (1998:1) menyebut korpus sebagai Satu badan teks bertulis atau ucapan
bertranskripsi yang boleh berfungsi sebagai asas untuk analisis dan deskripsi
linguistik12.
Kajian ini akan menggunakan teks-teks berita daripada media dalam bahagian 1.6
sebagai korpus.
Peringkat-peringkat kajian yang dijalankan ialah seperti berikut:
a. Kajian Kepustakaan
b. Pengumpulan dan pemilihan data yang terkumpul
c. Klasifikasi data yang telah dipilih
d. Analisis perbandingan
e. Rumusan hasil kajian
________________________________________
11 A systematic collection of text that documents the usage characteristics of a language or its variant
12 A body of written text or transcribed speech that works as the basis for linguistic analysis and description
26
3.1 Kajian Kepustakaan
Buku-buku dan kajian-kajian berkaitan dirujuk. Seperti dalam bab 2, definisi dan idea
daripada penulis-penulis dan pengkaji-pengkaji dicatat untuk dipetik dalam kajian ini.
Dua kamus paling terkenal dan berprestij dalam dunia hispano digunakan, iaitu kamus
Real Academia Espaola Edisi ke 21 yang diterbitkan di Madrid oleh RAE pada
tahun 1992 dengan penyemakan terkini di kamus dalam talian RAE (DRAE) di
http://buscon.rae.es/draeI/ dan Diccionario de Uso del Espaol oleh Mara Moliner
,Madrid 1994 dengan penyemakan terkini di laman atas taliannya
http://www.diclib.com/cgi-bin/d1.cgi?base=moliner&page=showpages menjadi rujukan
untuk mencari makna tepat perkataan.
3.2 Pengumpulan dan pemilihan data yang terkumpul
Proses ini dibahagikan kepada dua bahagian:
3.2.1 Pengumpulan data
Sampel ialah berita-berita yang dipilih secara rawak daripada laman-laman Argentina
dan Sepanyol yang terlibat pada hari yang sama. Laman-laman tersebut ialah tiga media
internet Sepanyol dan tiga media internet Argentina yang merupakan laman-laman
rasmi bagi media cetak dengan jumlah pembaca tertinggi seperti yang telah
dibincangkan dalam bahagian 1.5 Batasan Kajian. Marca.com, ElPais.com dan
ElMundo.es mewakili media Sepanyol manakala Clarin.com, LaNacion.com.ar dan
Ole.Clarin.com mewakili media Argentina. Pengumpulan data dibuat dengan
menganalisis korpus yang telah dikumpulkan.
http://buscon.rae.es/draeI/http://www.diclib.com/cgi-bin/d1.cgi?base=moliner&page=showpages
27
3.2.1.1 Kaedah Pengumpulan Data
Langkah pertama ialah memilih tiga berita daripada setiap laman sampel selama tiga
hari, kemudian diselangkan sepuluh hari dari tarikh hari terakhir dalam set hari tersebut
bermula dari Mac 2007 iaitu ketika Liga Sepanyol dan Argentina sedang menuju ke
puncaknya, kemudian diselangkan 6 bulan ke bulan September 2007 ketika liga-liga
tersebut baru bermula. Ia bertujuan mendapatkan kepelbagaian jenis berita; daripada
laporan perlawanan, reaksi pemain dan jurulatih, berita perpindahan pemain, maklumat
terkini perbincangan antara kelab dan sebagainya. Perkara ini diulang-ulang bagi tahun
2008 dan 2009, dengan julat hari yang berlainan, untuk cakupan sampel penggunaan
bahasa yang komprehensif bagi tiga tahun berita sehingga mencapai jumlah tiga puluh
hari. Oleh kerana satu kejohanan besar bola sepak diadakan dalam julat masa ini iaitu
Kejohanan Negara-negara Eropah (Euro 2008) maka pengkaji memasukkan satu hari
khas untuk media Sepanyol sahaja untuk memberi liputan kepada perlawanan akhir yang
diadakan pada 30/06/2008. Perkara ini bermakna terdapat 549 sampel berita untuk
dianalisis dan dibandingkan dengan berita-berita daripada laman-laman Sepanyol yang
telah dipilih. Berita-
berita tersebut disalin ke dalam fail-fail berformat Microsoft Word 2003/2007 dan
dicetak sebagai lampiran untuk kajian ini. 549 berita yang akan dicerap bagi tempoh 30
hari tersebut bermula dari 06-03-2007 hingga 08-03-2007, 18-03-2007 hingga 20-03-
2007, 06-09-2007 hingga 08-09-2007, 18-09-2007 hingga 20-09-2007, 06-06-2008
hingga 08-06-2008, 18-06-2008 hingga 20-06-2008, 30-06-2008 (edisi khas kemuncak
Kejohanan Bola Sepak Euro 2008 untuk media Sepanyol sahaja), 06-12-2008 hingga 08-
12-2008, 18-12-2008 hingga 20-12-2008 dan bermula semula dari 01-02-2009 hingga
03-02-2009 dan 1-08-2009 hingga 03-08-2009.
28
3.2.2 Pemilihan Data yang Terkumpul
Kaedah ini merupakan suatu kemestian untuk mencari data yang benar-benar asli untuk
tujuan analisis data. Peringkat pemilihan data melibatkan proses meneliti kembali data
yang terkumpul. Menurut Svensen (1993:40-42), pengumpulan dan pemilihan data
melibatkan beberapa unsur seperti berikut:
3.2.2.1 Keaslian (Authenticity)
Data yang dipilih mesti asli/autentik serta memenuhi kriteria yang diperlukan untuk
kajian.
3.2.2.2 Perwakilan
Data mesti mewakili berita yang terpanjang dan tipikal dari tarikh mula sampel berita
hingga tarikh akhir sampel berita.
3.2.2.3 Cakupan
Data mesti memenuhi syarat sampel dan mewakili secara umum keseluruhan
penggunaan bahasa kesemua portal bola sepak negara terlibat.
3.2.2.4 Kesesuaian
Kesesuaian data amat bergantung kepada permasalahan dan objektif kajian.Premis
kajian ini tertumpu kepada beza leksikal yang dicerakinkan melalui maklumat
diasistematik dan semua data yang dikumpul dipilih berasaskan faktor tersebut.
3.2.2.5 Klasifikasi Data yang Telah Dipilih
Dalam bahagian ini, data yang telah dipilih diberi perincian dengan meletakkan label
mengikut bentuk yang merupakan lanjutan daripada bahagian 1.6.1. Jenis perbezaan
29
berdasarkan kajian Barreiro et al ke atas bahasa Portugis Portugal dan bahasa Portugis
Brazil pada tahun 1995 diambil sebagai perbandingan ekoran hubungan rapat bahasa
Portugis dengan bahasa Sepanyol yang berasal daripada bahasa Latin dan berevolusi
dengan persekitaran demografi dan geografi Semenanjung Iberia.
3.2.2.5.1 Bentuk-bentuk perbezaan
Firsova (1999:1) mengklasifikasikan perbezaan antara bahasa Sepanyol di Sepanyol
dengan bahasa Sepanyol di Amerika Latin kepada lima jenis iaitu:
i) Unit-unit leksikal adalah betul-betul sama pada peringkat ekspresi (dalam
bentuk) dan agak berbeza pada peringkat kandungan (dalam maksudnya); pada masa
yang sama mempunyai elemen semantik yang sama. Sebagai contoh, di Sepanyol cobija
bermaksud:
a) Kain seperti selimut kecil yang digunakan oleh kaum wanita untuk
menutup kepala.
b) Jubin yang disusun untuk membentuk bumbung.
Di kebanyakan negara Amerika Latin, perkataan cobija bermaksud selimut (manta atau
frazada), di Venezuela dan Mexico kain pelindung kepala bagi golongan kesatria, di
Republik Dominica kulit lembu, kambing atau kerbau, di Mexico, Republik
Dominica, Puerto Rico dan Cuba atap rumbia atau nipah. Daripada contoh-contoh
tersebut, dapat dilihat bentuk-bentuk polisemi yang sepadan.
ii) Unit-unit leksikal adalah betul-betul sama pada peringkat ekspresi (dalam
bentuk) dan berbeza secara mutlak pada peringkat semantik.
30
Sebagai contoh, perkataan guagua di Sepanyol bermaksud sesuatu yang langsung tak
penting manakala di Cuba dan Puerto Rico bermaksud bas. Di Ecuador dan Peru ia
bermaksud bayi, di Guatemala pula patung untuk menakutkan burung di kebun
manakala di Colombia parasit pokok limau dan oren.
iii) Unit-unit leksikal adalah betul-betul sama pada peringkat ekspresi (dalam
bentuk) dan mempunyai maksud yang berlawanan pada peringkat semantik.
Sebagai contoh, perkataan seguramente dalam bahasa Sepanyol di Sepanyol
menunjukkan dengan pasti manakala di Guatemala ia bermaksud mungkin, boleh
jadi.
iv) Unit-unit leksikal adalah berbeza secara mutlak pada peringkat ekspresi (dalam
bentuk) dan mempunyai maksud yang sama pada peringkat semantik. Sebagai contoh,
cendawan disebut sebagai championes di Sepanyol dan hongos di Mexico.
v) Unit-unit leksikal menunjukkan perbezaan sebahagian pada tahap pembentukan
kata tetapi mempunyai maksud yang sama pada peringkat semantik.Penyimpangan
jenis ini juga boleh dipecahkan kepada subjenis yang lain. Sebagai contoh:
Di Sepanyol wujud perkataan paticojo yang bermaksud bertatihdalam bahasa Melayu;
di Amerika Tengah dan Per perkataan yang sama mempunyai bentuk-bentuk patueco
dan patuleco; di Guatemala: patulenco; di Ecuador dan El Salvador : patojo; di
Honduras: patuco; di Chile: patulejo.
Ibrahim (2006) juga membahagikan klasifikasi leksikal bahasa Melayu Malaysia
(BMM) dan Bahasa Indonesia (BI) kepada 5 bahagian, hampir sama seperti Firsova
tetapi beliau tidak memasukkan bahagian perkataan sama tetapi mempunyai maksud
yang berlawanan. Dalam pengkelasan beliau, selain daripada 4 elemen yang sama
dengan Firsova, beliau memberikan satu kategori yang dihuraikan sebagai perkataan
31
yang sama dengan keseluruhan maknanya sama. Ibrahim juga melihat adakah terdapat
kecapahan (divergence) atau kesetumpuan (convergence) dalam elemen semantik
perkataan-perkataan yang terpilih untuk dianalisis. Peluasan makna juga diteliti, sebagai
contoh perkataan kuku yang selain daripada makna-makna dalam Kamus Besar
Bahasa Indonesia (KBBI) yang sama dengan Kamus Dewan (KD), ia juga membawa
maksud kekuasaan sedangkan dalam KD hanya maksud fizikal kuku yang
dicatat.Bagi perkataan sikat pula, selain daripada maksud fizikal seperti dalam KD,
KBBI turut menyertakan makan habis-habisan sebagai salah satu maksud perkataan
tersebut.
Jika diperhatikan dalam konteks penggunaan BMM dan BI, terdapat juga perkataan-
perkataan yang memenuhi klasifikasi ke iii) Firsova. Sebagai contoh, perkataan
ganjaran yang bermaksud hadiah, imbuhan yang diberi kepada seseorang dalam
BMM tetapi bermaksud hukuman dalam BI. Namun, Ibrahim tidak membuat
pengkelasan khas sedemikian walaupun beliau ada memerhatikan aspek tersebut dengan
mengatakan dalam KD, perkataan samseng bermaksud penjahat sedangkan dalam
KBBI ia bermaksud jagoan dan pendekar. Perkara ini mungkin disebabkan analisis
yang dibuat hanya ke atas perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf K dan S
yang menyebabkan kewujudannya dirasakan tidak signifikan oleh beliau. Jika beliau
menganalisis ruang sampel yang lebih besar atau sampel yang dianalisis secara
kebetulan mengandungi data-data yang menyokong kewujudan klasifikasi ke-iii Firsova,
mungkin beliau juga memasukkan kumpulan ini ke dalam kesimpulan beliau.
Kajian Barreiro et al pada tahun 1995 yang mengkaji perbezaan bahasa Portugis
Portugal dengan bahasa Portugis Brazil pula menyebut jenis-jenis perbezaan yang
dibincangkan oleh kajian tersebut dibahagikan kepada:
32
i) perbezaan kendiri
ii) perbezaan kecenderungan
iii) perbezaan pilihan (alternatif)
yang mana semuanya bergantung kepada penggunaan bahasa.
Ia juga dibahagikan kepada
iv) perbezaan ortografi (penulisan),
v) morfologi
vi) sintaks
jika dilihat daripada sudut linguistik.
Seterusnya ia turut dikelaskan kepada:
vi) perbezaan berinstitusi/kelembagaan
yang dibincangkan secara berasingan walaupun boleh juga dikira sebagai sejenis
perbezaan kendiri.
3.2.2.6 Perbezaan kendiri (Barreiro I)
Perbezaan kendiri meliputi pasangan dan perkataan berbeza yang eksklusif iaitu
perkataan yang berhubung dengannya tidak wujud atau berbeza dalam varian yang satu
lagi.
Di sini dua jenis perbezaan digariskan iaitu:
i) perkataan berlainan yang merujuk kepada perkara yang sama
ii) perkataan dalam satu varian yang tidak mempunyai sinonim dalam varian yang
satu lagi ataupun sekurang-kurangnya kerana perkataan tersebut bukan menjadi
kebiasaan dalam budaya negara varian yang satu lagi.
33
3.2.2.6.1 Perkataan berlainan yang merujuk kepada perkara yang sama
(Barreiro IA)
Merujuk kepada jenis perbezaan kendiri yang mana perkataan-perkataan berlainan yang
merujuk kepada perkara yang sama, beberapa perbezaan masih boleh dikategorikan
mengikut kes-kes yang berlainan:
a) Perkataan-perkataan eksklusif satu varian berhubungan dengan perkataan-perkataan
eksklusif yang berbeza pada varian lain, iaitu kedua elemen daripada pasangan
memperlihatkan perbezaan perkataan yang kontras secara menyeluruh:
BPP BPB GLOS
autocarro nibus Bas hospedeira (de Bordo) aeromoa Pramugari
b) Perkataan-perkataan yang digunakan dalam kedua varian tetapi dengan makna yang
berbeza. Sebagai contoh, di Portugal, banheiro bermaksud jaket keselamatan air,
sementara di Brazil ia bermaksud bilik mandi:
BPP BPB GLOS
banheiro salva-vidas jaket keselamatan air casa-de-banho banheiro bilik mandi
c) Perkataan-perkataan yang memiliki minimal satu kegunaan yang berbeza dalam
kedua-dua varian, tetapi juga berkongsi setidak-tidaknya, satu makna yang sama.
Sebagai contoh, alcatro ialah nama sebatian kimia dengan sifat-sifat tertentu dalam
kedua-dua varian, namun di Portugal, juga digunakan bagi menggambarkan jenis
turapan jalan, sementara di Brazil sebutan umum untuk hal ini ialah asfalto dan tidak
pernah alcatro.
34
BPP BPB GLOS
(estrada de) alcatro (estrada de) asfalto jalan tar
carto Papelo Kotak
3.2.2.6.2 Perkataan tanpa sinonim (Barreiro IB)
Ada perkataan-perkataan yang merupakan kontras kerana perkataan-perkataan tersebut
tidak memiliki padanan dalam varian lain. Biasanya, ini berlaku ketika tidak ada rujukan
yang sama kepada dua kebudayaan tempat sesuatu variasi dituturkan. Ketiadaan yang
setara ditandakan oleh "---":
BPP BPB GLOS
--- abati saya kurangkan
alcatruz --- buyung air
Beberapa kata lain yang khusus dalam leksikon salah satu varian, kerana ia merujuk
kepada realiti yang berbeza, sebagai contoh nama tanaman tertentu, buah-buahan
ataupun binatang. Perkataan-perkataan ini dianggap kontras di sini hanya jika ia tidak
termasuk dalam bahasa terkini salah satu varian. Ia mungkin tidak merupakan kontras
bagi para saintis di bidang-bidang khusus seperti botani, iktiologi, ornitologi dan lain-
lain:
BPP BPB GLOS
azinheira --- sejenis pokok oak
--- sapoti buah ciku
3.2.2.7 Perbezaan kecenderungan (keutamaan) (Barreiro II)
Perkataan-perkataan memperlihatkan perbezaan keutamaan merujuk kepada perkataan-
perkataan yang terdapat dalam dua variasi, tetapi yang tidak digunakan dengan
35
frekuensi yang sama. Dengan kata lain, perkataan-perkataan tersebut ada dalam kedua-
dua varian dengan maksud yang sama, tetapi menjadi perkataan-perkataan yang
berlainan daripada sudut pandang penggunaannya dalam bahasa terkini ini. Kedua-dua
perkataan daripada pasangan berkaitan memperlihatkan perbezaan keutamaan, serta
hanya salah satu daripada perkataan-perkataan tersebut. Ketika hanya satu kata daripada
pasangan menjadi keutamaan di salah satu varian, ini bermakna bahawa yang setara
hanya wujud dalam varian ini. Misalnya, dalam perkataan Portugis di Portugal aougue
wujud, tetapi talho menjadi keutamaan. Kata talho tidak wujud dalam bahasa Portugis
Brazil. Dalam bahasa Portugis di Portugal xcara wujud, tetapi chvena menjadi
keutamaan. Dalam bahasa Portugis Brazil chvena wujud, tetapi xcara menjadi
keutamaan:
BPP BPB GLOS
talho aougue pemotong.daging
chvena xcara cawan
3.2.2.8 Perbezaan alternatif (Barreiro III)
Perbezaan ini menunjukkan perkataan-perkataan alternatif eksklusif dalam varian sendiri
dan merupakan sinonim yang jarang digunakan bagi perkataan setara dalam varian lain.
Bahkan jika perkataan-perkataan itu kurang kerap digunakan berbanding perkataan
setara yang tidak merupakan kontras, ia masih sebahagian daripada bahasa terkini
berkenaan. Walaupun perkataan-perkataan berbeza ini sentiasa menjadi alternatif bagi
perkataan-perkataan setara, hanya satu perkataan dalam setiap pasangan perkataan
berbeza boleh menjadi alternatif. Misalnya, dalam perkataan bahasa Portugis di Portugal
36
segredo menjadi alternatif dan kurang digunakan kerana solitaria juga wujud dan
menjadi keutamaan.
Dalam pemilihan perkataan Portugis Brazil sebo menjadi alternatif dan kurang
digunakan kerana alfarrabista juga wujud dan menjadi keutamaan.
BPP BPB GLOS
segredo solitaria keadaan berseorangan, privasi
alfarrabista sebo kedai buku
3.2.2.9 Perbezaan Kelembagaan (Barreiro IV)
Perbezaan kelembagaan memperlihatkan perbezaan perkataan-perkataan yang berkaitan
dengan sistem organisasi yang berbeza di Brazil dan Portugal: lembaga-lembaga rasmi,
daerah pentadbiran, pendidikan, sistem pemerintahan dan sebagainya. Ia dibezakan di
sini kerana mereka mewakili sebuah kenyataan yang memainkan peranan yang sama,
tetapi yang tidak sama ditetapkan dalam persekitaran budaya daripada kedua negara:
BPP BPB GLOS
Ministerio dos Negocios
Estrangeiros
Ministerio das Relaes
Exteriores
Kementerian Hubungan
Luar
Distrito --- Daerah
37
3.2.3 Perbezaan Morfologi dan sintaksis (Barreiro V)
Perbezaan ini dibahagikan kepada dua bahagian kerana ia bukanlah perbezaan
berasaskan leksikal dan semantik tetapi berasaskan pembentukan kata dan tatabahasa.
3.2.3.1 Perbezaan Morfologi (Barreiro V-A)
Perkara ini termasuk pelbagai terbitan (awalan dan akhiran) dan infleksi yang berbeza
dalam dua variasi (lihat Jadual 4, bahagian 2.4.2.3). Contoh berikut menunjukkan dua
kontras: satu merujuk kata nama dengan akhiran terbitan yang berbeza dan yang satu
lagi merujuk participles untuk kata kerja yang sama:
BPP BPB Jenis Perbezaan GLOS
doutoramento doutorado nominalisasi dengan
akhiran yang berbeza
kedoktoran
aceite Aceito akhiran berbeza minyak
3.2.3.2 Perbezaan Sintaksis (Barreiro V-B)
Perbezaan ini merujuk sebarang perbezaan secara sintaksis atau tatabahasa. Sebagai
contoh:
BPP BPB Perbezaan GLOS
reunir reunir-se berbeza refleksiviti bertemu,
bermesyuarat
participar em participar de Kata sendi yang
berbeza
menyertai dalam
a grosso em grosso Frasa kata sendi
berbeza
secara kasar
38
3.2.4 Perbezaan Ortografi (Barreiro VI)
Perbezaan ini ialah perkataan-perkataan yang berbeza hanya pada aksentuasi dan/atau
ejaan:
BPP BPB Perbezaan GLOS
Balanc Balanc penandaan huruf Perimbangan
Ideia Idia penandaan huruf idea, buah fikiran
Linguista Lingista penandaan huruf ahli bahasa
Amnistia Anistia Ejaan Pengampunan
sumptuoso Suntuoso Ejaan mewah
Electrnico Eletrnico penandaan dan ejaan elektronik
Perbezaan Ortografi, walaupun disebut secara berasingan, boleh juga diklasifikasikan
sebagai kendiri, keutamaan atau pilihan. Salah satu alasan untuk pengenalan terperinci
perbezaan ortografi ialah dalam hal-hal berubah sesuai dengan cadangan Novo acordo
ortogrfico da Lngua Portuguesa yang akan ditandatangani di semua negara yang
terlibat pada ketika kajian Barreiro (1995) dijalankan. Perkara ini adalah untuk
memudahkan kerja-kerja analisis data dan juga mampu menyingkap pola perbezaan
leksikal dalam korpus.Sebagai rujukan, perjanjian tersebut akhirnya telah dimeterai pada
tahun 2009 yang menyaksikan pengurangan perbezaan yang amat ketara pada aspek
penulisan bahasa Portugis oleh negara-negara penutur bahasa Roman ini. Inisiatif ini
diambil oleh CPLP yang dianggotai oleh Brazil, Portugal, Cape Verde, So Tom e
Prncipe, Angola, Mozambique, Guin-Bissau dan Timor Timur. Walau bagaimanapun,
empat negara terakhir tersebut masih belum menandatangani perjanjian ini.
3.3 Analisis Perbandingan
Bahagian ini merupakan tahap pengkaji perlu sangat teliti kerana inilah tahap penentu
dapatan atau hasil daripada data yang telah dipilih tadi, berpandukan pengkelasan beza
leksikal dalam bahagian 3.2.
3.3.1 Kaedah Analisis Data
Analisis data akan dibuat berdasarkan perspektif kata, melalui kedua-dua kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Asmah Hj Omar (2001:35) menerangkan, Dalam pendekatan
39
kuantitatif, penghitungan dibuat untuk menunjukkan gejala-gejala atau ciri yang mana
lebih banyak atau lebih kerap berlaku berbanding ciri atau gejala lain. Pendekatan
kualitatif pula merujuk kepada ciri-ciri yang ada pada gejala yang kita selidiki.
Kajian ini secara umumnya menggunakan pendekatan kualitatif. Namun begitu,
pendekatan kuantitatif digunakan untuk menyokong ciri-ciri yang diberikan secara
kualitatif, sebagai contoh kekerapan sesuatu perkataan digunakan dalam keseluruhan
sampel dan panjang sesuatu ayat yang digunakan dalam berita.
Pengkaji membaca dengan teliti setiap ayat daripada setiap berita sampel media
Argentina dan merekodkan perbezaan-perbezaan leksikal yang didapatinya. Pengkaji
ialah seorang yang lebih arif dalam pemilihan leksikal dan gaya bahasa berita-berita bola
sepak Sepanyol, oleh itu berita-berita dari Argentina diperhatikan dan seterusnya
dibandingkan dengan istilah-istilah dari Sepanyol yang sepadan, yang dipetik daripada
berita (i), (ii) atau (iii) beserta tarikh dan laman yang berkaitan. Kekerapan bandingan
antara istilah Argentina dengan Sepanyol akan dicerap menggunakan fail Microsoft
Office Excel Comma Separated Values File (CSV) yang dijana daripada korpus yang
dikaji. Sebuah jadual yang mengandungi nilai-nilai bilangan, rujukan Argentina, rujukan
Sepanyol, istilah Argentina ,istilah Sepanyol, maksud dalam bahasa Melayu dan jenis
perbezaan disediakan.
40
Jadual 3.0 Contoh daftar perbezaan kata antara berita-berita bola sepak Sepanyol
dan Argentina I
Untuk memudahkan rujukan, lampiran-lampiran yang disertakan bersama kajian ini
hanya memasukkan maklumat Bilangan, Istilah Argentina, Istilah Sepanyol dan Glos
seperti berikut:
Jadual 3.1 Contoh Daftar perbezaan kata antara berita-berita bola sepak Sepanyol
dan Argentina II
Bil. Istilah Argentina Istilah Sepanyol Glos.
1 Posicin (tabla) Clasificacin Kedudukan kelab dalam
carta
2 Inferiores Filial, cantera Akademi bola sepak,
pasukan kategori rendah
3 la novela El culebrn Drama bersiri yang
panjang berjela
41
Seterusnya data-data terpilih diulas dan diperincikan menurut pelbagai aspek perbezaan
leksikal seperti jenis perbezaan, bagaimana ia berbeza dan seterusnya punca-punca
perbezaan. Pencapahan dan kesetumpuan daripada aspek leksikal akan dihuraikan,
seterusnya pencapahan dan kesetumpuan daripada aspek semantik pula akan dikupas,
jika ada. Algeo (1986:269) menerangkan yang kesatuan muncul kerana bahasa tersebut
memiliki sejarah yang sama, manakala wujudnya kepelbagaian kerana perbezaan
pengalaman warga pengguna bahasanya selepas berlakunya pemisahan, dan ini ditemui
dalam semua aspek, terutama kosa kata. Beliau melihat daripada sudut konsep atau
istilah secara terperinci yang membezakan leksikal dua bahasa yang bervariasi
berdasarkan istilah padanan, istilah bertindih, istilah bercantum, perkara yang sama,
istilah unik, istilah yang lebih inklusif, istilah yang lebih kerap dan variasi dalam
rujukan.
Analisis data akan dijalankan dalam bab 5.
3.4 Rumusan hasil kajian
Rumusan hasil kajian akan dapat dibaca dalam bab 6
42
BAB IV
BAHASA SEPANYOL: SUATU PENERANGAN
4.0 Sejarah Ringkas bahasa Sepanyol
Bahasa Sepanyol ialah satu bahasa Roman atau Latin yang berevolusi daripada bahasa
Latin Pasar dari Empayar Rom, sama seperti bahasa-bahasa Roman yang lain seperti
bahasa Perancis, Itali, Portugis, Cataln, Romania, Gallego, Occitan (Provenzal),
Corsica, Sardinia, Moldova dan Dalmata. Empayar tersebut yang bermula seawal tahun
27 B.C. merupakan suatu kuasa manusia yang hampir tiada tandingan pada waktu itu.
Litvinenko (1991:6) menerangkan yang bahasa Latin dituturkan di kawasan Latium dan
kawasan-kawasan sekitarnya di rantau yang dikenali sebagai Itali sekarang.
Bahasa Sepanyol atau nama asalnya Castellano berasal dari bahagian tengah zon Utara
Semenanjung Iberia yang pada ketika itu dikenali sebagai Castilla, iaitu mencakupi
komuniti-komuniti autonomi Castilla-La Mancha, Castilla y Len dan Madrid sekarang.
Selepas kejatuhan Empayar Rom pada kurun kelima, pengaruh latn culto, iaitu bahasa
Latin standard, telah berkurangan di kalangan rakyat. Perkara ini ditambahkan lagi
dengan siri pencerobohan puak-puak Jermanik, sehingga Hispania diperintah hampir
sepenuhnya oleh puak Visigoth. Zagona(2002:3) menerangkan yang ketika pentadbiran
Visigoth menjadi semakin lemah, sejajar dengan peningkatan feudalisme menyebabkan
pembentukan perlahan-perlahan varian bahasa Latin dalam Semenanjung Iberia. Perkara
ini disebut sebagai bahasa Latin Pasar yang kemudiannya dituturkan sehinggalah
kedatangan Islam ke Semenanjung Iberia yang membahagikan semenanjung tersebut
kepada dua bahagian, bahagian berbahasa Roman di utara dan bahagian berbahasa Arab
dan Berber di Selatan. Bahasa-bahasa Roman tersebut ialah castellano (bahasa Sepanyol
sekarang), cataln dan gallego-portugues beserta dialek-dialek bersejarah asturianu,
aragons dan leons. Dialek Castellano yang asal, dengan pengaruh Arab dan Vasco
menular ke Selatan setelah Penaklukan Semula tentera Kristian Isabel dan Fernando
43
lengkap pada tahun 1492. Pada tahun itu juga, sewaktu penyatuan Sepanyol bermula,
Antonio de Nebrija menerbitkan suatu modul tatabahasa yang diberi nama
Grammatica di Salamanca. Ia merupakan peraturan tatabahasa Sepanyol yang
pertama pernah ditulis dan juga peraturan tatabahasa suatu bahasa Eropah moden yang
pertama diterbitkan.13
Dengan peluasan Empayar Sepanyol pada kurun ke-16 hingga ke Virreinatos del Per,
Nueva Espaa, Nueva Granada, el Ro de la Plata dan Filipina, bahasa Sepanyol turut
berkembang dan menjadi bahasa rasmi bagi tanah-tanah jajahan tersebut hingga
sekarang kecuali Filipina. Di Filipina wujud satu tempoh rehat yang panjang semenjak
Presiden Corazn Aquino mengisytiharkan bahasa Sepanyol bukan lagi salah satu
bahasa rasmi di republik tersebut pada tahun 1987, selari dengan pemansuhan bahasa
Sepanyol sebagai bahasa wajib dipelajari dalam pendidikan tinggi (Jubilado 2004).
Namun begitu, di Filipina terdapat satu bahasa kreol yang di bahagian selatan negara
tersebut, dikenali sebagai Chabacano. Terdapat tiga varian Chabacano yang masih
wujud dan terpenting iaitu caviteo, zamboangueo dan cotabateo. Chabacano
merupakan campuran bahasa Sepanyol dengan pelbagai bahasa tempatan seperti
Tagalog, Cebuano dan lain-lain dengan mengikut sintaks bahasa-bahasa tempatan
tersebut. Presiden Gloria Macapagal Arroyo mengisytiharkan bermula 2009, bahasa
Sepanyol diiktiraf kembali sebagai salah satu bahasa rasmi dan diajar di semua peringkat
pendidikan rasmi Filipina.
_______________________________
13 de Nebrija (2004:Prakata)
4.1 Kawasan Geografi
Bahasa Sepanyol ialah salah satu bahasa yang digunakan secara rasmi di Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ia dituturkan
bahasa rasmi bagi 21
yang penting di Filipina.
Peta berikut menunjukkan kawasan yang dicakupi oleh
Rajah 4.0 Kawasan Geografi
________________________________
wasan Geografi bahasa Sepanyol
ialah salah satu bahasa yang digunakan secara rasmi di Pertubuhan
bangsa Bersatu (PBB). Ia dituturkan setiap benua di dunia dan merupakan
buah negara benua Amerika, Eropah, Afrika dan mempunyai s
yang penting di Filipina.
Peta berikut menunjukkan kawasan yang dicakupi oleh bahasa Sepanyol
Kawasan Geografi bahasa Sepanyol
________________________________
44
ialah salah satu bahasa yang digunakan secara rasmi di Pertubuhan
setiap benua di dunia dan merupakan
buah negara benua Amerika, Eropah, Afrika dan mempunyai status
bahasa Sepanyol14:
45
14 Ceuta dan Melilla, dua bandar Sepanyol di atas tanah Afrika yang dikelilingi oleh wilayah-wilayah Maghribi dan kepulauan milik
Sepanyol, Las Islas Canarias terletak di Lautan Atlantik dalam perairan Afrika. Bahasa Sepanyol juga telah diiktiraf semula sebagai
salah satu bahasa rasmi di Filipina pada tahun 2009 walaupun tidak dituturkan secara meluas.
4.2 Real Academia Espaola
Real Academia Espaola (RAE) ialah sebuah badan agensi kerajaan Sepanyol yang
bertanggungjawab mengawal perkembangan bahasa Sepanyol daripada aspek
leksikografi, tatabahasa, ortografi dan pangkalan data linguistik. Setiap tahun, ahli-
ahlinya yang dilantik di kalangan 21 negara anggota bersidang untuk meluluskan istilah-
istilah baru dan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh bahasa Sepanyol sebagai
sebuah bahasa antarabangsa. Ia ditubuhkan pada tahun 1713 hasil inisiatif bangsawan
Sepanyol, Juan Manuel Fernndez Pacheco, Marques de Villena, Alicante. Pada masa
sekarang, cawangan-cawangan RAE di seluruh dunia ialah seperti berikut:
i. Real Academia Espaola (Sepanyol dan Induk)
ii. Academia Argentina de Letras (Argentina)
iii. Academia Boliviana de la Lengua (Bolivia)
iv. Academia Chilena de la Lengua (Chile)
v. Academia Colombiana de la Lengua (Colombia)
vi. Academia Costarricense de la Lengua (Costa Rica)
vii. Academia Cubana de la Lengua (Cuba)
viii. Academia Dominicana de la Lengua (Republica Dominicana)
ix. Academia Ecuatoriana de la Lengua (Ecuador)
x. Academia Filipina de la Lengua Espaola (Filipina)
xi. Academia Guatemalteca de la Lengua (Guatemala)
xii. Academia Hondurea de la Lengua (Honduras)
xiii. Academia Mexicana de la Lengua (Mexico)
xiv. Academia Nacional de Letras de Uruguay (Uruguay)
xv. Academia Nicaragense de la Lengua (Nicaragua)
46
xvi. Academia Norteamericana de la Lengua Espaola (Amerika Utara: Amerika
Syarikat dan Canada)
xvii. Academia Panamea de la Lengua (Panam)
xviii. Academia Paraguaya de la Lengua Espaola (Paraguay)
xix. Academia Peruana de la Lengua (Per)
xx. Academia Puertorriquea de la Lengua Espaola (Puerto Rico)
xxi. Academia Salvadorea de la Lengua (El Salvador)
xxii. Academia Venezolana de la Lengua (Venezuela)
Keunikan komuniti penutur Sepanyol di seluruh dunia ialah mereka amat menghormati
RAE dan menerima pakai segala istilah yang diluluskan oleh institusi tersebut. Perkara
ini ekoran polisi badan tersebut yang sangat strategik, dengan setiap negara penutur
mempunyai wakil yang amat berkredibiliti tinggi dalam RAE dan bebas mencadangkan
atau mendebatkan sesuatu istilah atau isu tanpa kekangan ideologi atau politik kepartian.
Fungsinya bukan sahaja menetapkan istilah-istilah yang telah diterima pakai, malah
memastikan bahasa Sepanyol terus relevan bukan sahaja di kalangan negara-negara
pengguna bahasa tersebut, malah di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan negara-
negara yang mempunyai penggunaan bahasa Sepanyol yang signifikan.
4.3 Instituto Cervantes
Membicarakan mengenai bahasa Sepanyol tidak akan lengkap tanpa menyentuh
mengenai Instituto Cervantes (IC). IC ditubuhkan oleh Kerajaan Sepanyol pada tahun
1991 bersempena nama tokoh sastera terulung Sepanyol, Miguel de Cervantes Saavedra
(15471616), pengarang adikarya Don Quixote de la Mancha (Bahagian I - 1605,
Bahagian II - 1615). Tujuan penubuhannya ialah untuk mempromosikan pembelajaran
dan pengajaran bahasa serta budaya Sepanyol dan Amerika Hispanik
47
(hispanoamericana) di seluruh dunia. Ia mengambil British Council bagi bahasa
Inggeris dan Goethe Institut bagi bahasa Jerman sebagai model. Laman rasmi Instituto
Cervantes, http://www.cervantes.es menerangkan fungsi-fungsi institut tersebut,
antaranya:
i) Mengelola kursus-kursus am dan spesifik bahasa Sepanyol serta bahasa-bahasa
rasmi lain seperti Cataln, Valenciano, Gallego dan Vasco.
ii) Menyelaras peperiksaan dan mengeluarkan Diplomas de Espaol como Lengua
Extranjera DELE (Diploma bahasa Sepanyol sebagai Bahasa Asing) bagi pihak
Kementerian Pendidikan dan Sains Sepanyol.
iii) Mengemas kini kaedah pengajaran dan latihan perguruan.
iv) Menyokong karya dan hasil kerja para pengkaji hispanisme (hispanistas) di
seluruh dunia.
v) Mengelola dan menyertai program-program penyebaran bahasa Sepanyol di
seluruh dunia.
vi) Menyediakan perpustakaan fizikal dan maya serta memajukan teknologi terkini
untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa dan budaya Sepanyol-
hispanoamericana.
Kini terdapat 73 cawangan Instituto Cervantes di seluruh dunia, bersedia melaksanakan
fungsi semasa dan akan datang demi kegemilangan bahasa yang indah ini. Cawangan-
cawangan itu disusun mengikut abjad negara, ialah:
http://www.cervantes.es/
48
Jadual 4.0 Senarai cawangan Instituto Cervantes di seluruh dunia mengikut abjad
negara
BIL. CAWANGAN NEGARA
1. Oran Algeria
2. Algiers Algeria
3. Chicago Amerika Syarikat
4. New York Amerika Syarikat
5. Seattle Amerika Syarikat
6. Sidney Australia
7. Vienna Austria
8. Utrecht Belanda
9. Brussels Belgium
10. Belo Horizonte Brazil
11. Brasilia Brazil
12. Curitiba Brazil
13. Porto Alegre Brazil
14. Recife Brazil
15. Florianopolis Brazil
16. Rio De Janeiro Brazil
17. Salvador De Bahia Brazil
18. Sao Paulo Brazil
19. Leeds Britain
49
20. London Britain
21. Manchester Britain
22. Bratislava Bulgaria
23. Sofia Bulgaria
24. Albuquerque Canada
25. Calgary Canada
26. Beijing China
27. Zagreb Croatia
28. Manila Filipina
29. Athens Greece
30. Budapest Hungary
31. Rejkjavik Iceland
32. New Delhi India
33. Jakarta Indonesia
34. Dublin Ireland
35. Tel-Aviv Israel
36. Rom Itali
37. Milan Itali
38. Napoli Itali
39. Palermo Itali
40. Tokyo Jepun
41. Berlin Jerman
42. Bremen Jerman
43. Frankfurt Jerman
50
44. Hamburg Jerman
45. Mnich Jerman
46. Amman Jordan
47. Beirut Lubnan
48. Casablanca Maghribi
49. Fez Maghribi
50. Marrakech Maghribi
51. Rabat Maghribi
52. Tanger Maghribi
53. Tetuan Maghribi
54. Kuala Lumpur Malaysia
55. Iskandariah Mesir
56. Kaherah Mesir
57. Bordeaux Perancis
58. Lyon Perancis
59. Paris Perancis
60. Toulouse Perancis
61. Krakow Poland
62. Warsaw Poland
63. Lisbon Portugal
64. Prague Republik Czech
65. Bucharest Romania
66. Moscow Rusia
67. Belgrade Serbia
51
68. Ljubljana Slovenia
69. Stockholmes Sweden
70. Damsyik Syria
71. Tnis Tunisia
72. Istanbul Turki
73. Hanoi Vietnam
Dapat diperhatikan selain daripada fungsi-fungsi yang telah disebutkan di atas, RAE
bertugas meneruskan kesinambungan bahasa Sepanyol di negara-negara yang
menggunakannya secara rasmi. IC pula berfungsi mengembangkannya ke negara-negara
yang mempunyai kepentingan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kedua dan ketiga seperti
Brazil, Amerika Syarikat dan Maghribi; juga ke negara-negara lain sebagai bahasa asing.
4.4 Sintaksis bahasa Sepanyol
Sintaksis berasal daripada perkataan bahasa Latin sintaxis yang dipinjam daripada
bahasa Greek. iaitu gabungan (sun, dengan) bersama
(taksis, susunan), daripada , disebut suntassein, yang bermaksud
menyelaras. Secara umumnya, ia merupakan kajian prinsip-prinsip dan peraturan yang
mengendalikan struktur ayat bagi suatu bahasa. DRAE menerangkan yang sintaksis
ialah:
i. (Tatabahasa). Sebahagian daripada tatabahasa yang menunjukcara untuk
menyelaras dan menggabung perkataan-perkataan untuk membentuk ayat dan
mengekspresikan konsep.
ii. (Teknologi Maklumat) Segerombolan peraturan yang mendefinisikan urutan
unsur-unsur bahasa pengaturcaraan yang betul.
http://en.wiktionary.org/wiki/%CF%83%CF%8D%CE%BD#Ancient_Greekhttp://en.wiktionary.org/wiki/%CF%84%CE%AC%CE%BE%CE%B9%CF%82#Ancient_Greek
52
Dalam disiplin linguistik, teori Tatabahasa Generatif (TBG: Generative Grammar) yang
diformulakan oleh Noam Chomsky ialah suatu hasil kerja yang amat penting dalam
bidang sintaksis dan juga morfologi. TBG dapat digambarkan dan dibandingkan dengan
bantuan hierarki Chomsky yang dicadangkan oleh beliau pada tahun 1950. Perkara ini
menetapkan siri jenis tatabahasa formal dengan meningkatkan daya ekspresif. Antara
jenis yang paling ringkas ialah Tatabahasa Biasa (TBB: Regular Grammar, jenis 3).
Chomsky menegaskan bahawa TBB tidak mencukupi sebagai model untuk bahasa
manusia kerana semua bahasa manusia membenarkan pembenaman berpusat (center-
embedding) suatu deretan kata ke dalam deretan kata yang lain.
Pada tahap kerumitan yang lebih tinggi, wujud Tatabahasa Bebas Konteks (TBBK:
context-free grammars, jenis 2). Penerbitan ayat dengan tatabahasa dapat digambarkan
sebagai pohon terbitan. Ahli bahasa bekerja dalam tatabahasa generatif sering melihat
pohon terbitan seperti objek utama kajian. Menurut pandangan ini, ayat bukan hanya
serangkaian kata-kata, malah sebagai pohon dengan cabang-cabang bawahan dan lebih
tinggi dihubungkan pada nod. Pada dasarnya, model pohon berfungsi seperti contoh ini,
dengan S ialah ayat (sentence), D ialah penentu (determiner), N kata nama (noun), kata
kerja V(verb), NP sebuah frasa nomina (noun phrase) dan VP frasa kata verja(verb
phrase):
Rajah 4.01 Model Rajah Pokok
53
Ayat yang dihasilkan ialah the boy kicked the ball. Rajah pohon juga disebut penanda
frasa. Mereka boleh mewakili lebih mudah dalam bentuk teks, (walaupun hasilnya agak
sukar dibaca), dalam format ini ayat di atas akan diterjemahkan sebagai:
[S [NP [D The] [N boy]] [VP [V kicked] [NP [D the] [N ball]]]]
Chomsky (1956) menyatakan bahawa frasa struktur tatabahasa juga tidak mencukupi
untuk menggambarkan bahasa tabii, dan telah merumuskan sistem yang lebih kompleks
dalam Tatabahasa Transformasi.
Zagona (2002:3) merumuskan yang sintaksis bahasa Sepanyol amat hampir dengan
sintaksis bahasa-bahasa Indo-Eropah yang lain, yang mana ia menunjukkan kekayaan
morfologi kata kerja yang lebih berbanding morfologi kata nama. Ia juga mengandungi
pergerakan frasa tanya dan frasa kata nama yang lebih terbuka. Sifat-sifat lainnya pula
adalah sangat ketara seperti dalam bahasa-bahasa Roman yang lain seperti susunan
kawasan head-initial, klitik berpandu kata ganti nama, kerukunan negatif, keakuran
persetujuan morfologi yang kaya dan keakuran subjek kosong. Terdapat dua perkara
yang agak unik bagi bahasa Sepanyol berbanding bahasa-bahasa Roman lain iaitu a
personal dan klitik berganda bagi Objek Tidak Langsung serta Objek Langsung dalam
kes dialek atau bahasa kolokial.
54
Menurut Conde (2002:4), sintaksis mempunyai matlamat mengkaji struktur bahasa
melalui gabungan perkataan-perkataan untuk membentuk pelbagai struktur.
4.4.1 Konsep-konsep asas
Conde (ibid) turut menyatakan yang sintaksis pada asasnya bertujuan mempelajari
struktur bahasa sebagai kombinasi kata untuk membentuk struktur. Oleh itu, ketika
mempelajari bahasa apa pun, struktur yang membentuknya haruslah dilihat.
Dalam sintaksis, sekurang-kurangnya pada tahap ini, struktur yang berada di bawah
perkataan atau leksem tidak dipertimbangkan, walaupun morfem dan leksem ialah juga
sebahagian daripada sintaksis. Kedua-dua aspek tersebut merupakan aspek tradisional
kajian morfologi. Hal-hal utama yang akan dibincangkan ialah: kata, sintagma dan ayat
(tanpa membezakan sekarang antara ayat dan klausa). Sintaksis generatif bermula
dengan analisis ayat, unit yang lebih besar, dan menyimpulkan kepada elemen terkecil
iaitu kata. Setiap kata yang ditemui dalam bahagian terbawah rajah pepohon, sehingga
akhir daripada sebuah nod hanya boleh diisi oleh satu perkataan. Struktur menengah,
iaitu sintagma, dianggap tidak lebih daripada satu unjuran kata.
Jadi ketika mengambil kira kata nama, seperti:
1).casa
Boleh dikatakan bahawa kes tersebut tidak hanya kata nama, tetapi juga sintagma kata
nama (SN) yang terdiri daripada elemen tunggal. Jika dimasukkan dalam ayat untuk
melihat ini dengan lebih jelas, SN mempunyai makna dalam ayat:
2) Tiene [SN [N casa]]
3) Tiene [SN [N una casa]]
55
4) Tiene [SN [N una casa amplia]]
Hal ini dalam semua kes, benar bagi SSNN yang berfungsi sebagai objek langsung
(OD).Walaupun benar bahawa ada banyak jenis kata, hanya segelintir daripadanya
mempunyai erti, iaitu bahawa daripada sudut pandangan semantik memiliki sebuah
leksem. Perkara ini ialah jenis perkataan-perkataan utama, juga disebut kategori leksikal,
iaitu:
kata nama (N)
kata kerja (V)
Kata sifat (A)
Kata sendi (P)
Ada juga kategori berfungsi, iaitu item yang terutamanya berkaitan dengan kata kerja,
tetapi yang berimbas pada seluruh ayat. Perincian akan diberikan kemudian, tetapi
sekarang mengutip beberapa kategori berfungsi:
keakuran subjek dengan kata kerja (CONCS)
hubungan objek dengan kata kerja (CONCO)
Pelengkap (C)
Penentu/penunjuk (D)
Masa (T)
56
Pada awalnya, semua kategori ini termasuk yang lain-lain tidak akan dikembangkan dan
kita akan cuba melihat hanya kategori-makro yang merangkumi semua yang lain dan
disebut fleksi (F).
4.4.2 Teori Bar-X
Salah satu kategori di atas berlaku dalam sebuah sintagma, sebuah teori yang dikenali
sebagai bar-X. Ambil kelas X, unjuran maksimum ialah SX (sintagma atau frasa X),
sedangkan nukleusnya, kategori kata itu ialah X.
Garis besar yang ditunjukkan di bawah ini ialah salah satu yang dapat dikembangkan
pada semua item. Semua ruang mungkin menjadi kosong, kecuali bahagian teras yang
biasanya merupakan bahagian terpenting.
Perkara ini juga merupakan peraturan sintaksis yang mana peralihan dari tempat lebih
tinggi ke tahap yang lebih rendah ialah sentiasa berbentuk binari, walaupun mungkin
salah satu tahap berikut menjadi kosong pada banyak keadaan.
Struktur Bar-X ditunjukkan pada Rajah 4.1
Rajah 4.1: Struktur Asas bar-X
SX
(Pengkhusus) X'
57
X'' (Kepilan) X (Pelengkap)
Pada tahap seterusnya, dapat dilihat yang boleh ada lebih daripada satu pengkhusus,
pelengkap dan kepilan.
Sebagaimana dinyatakan di atas, X ialah nukleus, tetapi unsur-unsur lain mempunyai
peranan penting juga:
Pengkhusus: merupakan elemen yang memberikan maklumat tambahan. Misalnya,
kata keterangan slo ialah pengkhusus bagi kata kerja dalam:
Los chicos [SV slo quieren jugar]
Sekiranya diterjemah secara harfiah: Budak-budak tersebut hanya mahu bermain.
Pelengkap: suatu elemen yang perlu supaya nukleus mempunyai makna. Dalam
kes sebelum ini, fungsi ini dilaksanakan oleh jugar, kerana ayat tanpa elemen
ini t idak mempunyai sebarang makna:
*Los chicos [SV slo quieren]
: Budak-budak tersebut hanya mahu
Kepilan: suatu elemen tambahan yang boleh dielakkan. Sebagai contoh ahora,
jika dihapuskan tidak merosakkan maksud ayat:
Los chicos [SV slo quieren jugar ahora]
: Budak-budak tersebut hanya mahu bermain sekarang.
Dalam Rajah 4.2 dapat dilihat struktur sebuah SN seperti:
58
La gran indignacin del club por la derrota
: Kehampaan besar kelab (tersebut) (disebabkan) oleh kekalahan (itu).
Rajah 4.2 Contoh struktur sebuah SN
SD D SN SA N'
N'' SP N SP
La gran indignacin del club por la derrota
(Nota: Bentuk segitiga menunjukkan elemen akhir tidak dibentuk dengan lengkap)
Sebenarnya, bentuk di atas dimulakan dengan Sintagma Penunjuk (SD) kerana Kata
Penunjuk (D), seperti akan dapat dilihat selepas ini, sebenarnya berada di luas Sintagma
Nama (SN)
4.4.3 Struktur Asas Ayat
Struktur asas ayat dapat dikelaskan kepada jenis-jenis berikut:
59
4.4.3.1 Sintagma flektif
Jika elemen flektif tidak diambil kira, suatu ayat hanya mempunyai bentuk infinitif
seperti berikut:
A) Las chicas tomar agua
: Budak-budak perempuan (itu) minum air
Pelbagai elemen terlibat dalam proses menghasilkan perubahan daripada ayat di atas (A)
kepada ayat di bawah ini (B):
B) Las chicas tomaban agua
Dua elemen asas yang muncul dalam B) yang memberi pengesahan kepada ayat tersebut
ialah faktor kala dan keakuran antara subjek dan kata kerja.
Seperti disebut sebelum ini, elemen-elemen ini akan dibincangkan kemudian, yang mana
perbincangan semasa ialah pada tahap kategori makro iaitu fleksi. Fleksi secara asasnya
merujuk kepada keakuran dan kepada kala.
4.4.3.2 Kedudukan SF (Sintagma Flektif)
Mengambil kira kepentingan SF dalam kewujudan ayat-ayat yang betul, elemen ini akan
diterangkan terlebih dahulu.
Pada peringkat awal tatabahasa generatif dan teori-teori lain, perwakilan ayat dilakukan
bermula dari bahagian ayat (O). Hasilnya ialah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah
4.3:
El gato beba leche : Kuching (tersebut) (telah) minum susu
Rajah 4.3 Kedudukan SF (Sintagma Flektif)
60
O
SN SV V SN
El gato beba leche
61
Sebenarnya, struktur ini tidak mengambil elemen-elemen yang ditunjukkan sebelum ini
yang termasuk dalam fleksi berkaitan. Dalam teori primitif generatif ia dimasukkan,
tetapi bermula dalam tahun-tahun 80-an, SF mengambil kedudukannya seperti
sekarang, secara O => SF. Dalam kaedah ini, contoh dalam rajah sebelum in menjadi:
Rajah 4.4 Kedudukan SF (Sintagma Flektif) II
SF F' SN F SV [imp.] [3PS] V SN El gato beba leche
Secara realitinya perwakilan ini tidaklah begitu, namun sebagai permulaan ia
ditunjukkan sedemikian. Seperti yang dapat dilihat, SN pertama ialah subjek, manakala
yang kedua ialah Objek Langsung (OD). Konsep-konsep sebegini, dalam teori generatif,
muncul dengan ditandakan ole