Download - Bab 6 Pembentukan Malaysia
1
BAB 6PEMBENTUKAN MALAYSIA
2
PengenalanSejarah Pembentukan Malaysia Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada
16 September 1963 (tarikh penubuhan Malaysia). Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai
pihak seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang bertajuk ‘From Malayan Union to Singapore Separation’. Idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British berjaya menguasai sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo
3
Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu
Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk membentuk Malaysia dengan idea mencantumkan pembentukan gagasan Malaysia iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Brunei
Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan Datuk Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di London.
4
Faktor Mendorong Pembentukan MalaysiaPolitik 1. Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis - pengaruh komunis semakin kuat apabila
bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura.- perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt menyekat pengaruh komunis - pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme.
2. Mempercepatkan Kemerdekaan- mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. - dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
Ekonomi3. Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu untukm faedah ekonomi.- Persekutuan Malaysia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu kaya dengan sumber bijih timah dan Brunei dengan sumber minyak.
6
Sosial 4. Keseimbangan Kaum
- Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75% penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi kaum Melayu 50% dan
Cina 30% di Tanah Melayu.- Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputera.
7
Reaksi Awal Terhadap GagasanSetelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untukbergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiapnegeri:A. Singapura1. Lee Kuan Yew menunjukan minat yang ketara.
Terdapat tentangan apabila pengaruh parti sepihan People’s Action Party (PAP ) seperti parti sosialisbernama United People ‘s Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura mengikut ideologi mereka. PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihan raya kecil.
8
B. Brunei Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang
penuh daripada rakyat. Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih
dahulu. Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan
idea penggabungan. Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M. Azahari
menentang dengan membawa idea gabungan Brunei, Borneo Utara British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara.
Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British.
9
C. Sabah dan Sarawak Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
penduduk dengan alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris
Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung
Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang Melayu terhadap bukan Melayu
Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak.
Di Sabah, Parti UNKO(United National Kadazan Organization) dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia.
10
D. Malaya (Tanah Melayu) Sebelum 1961, terdapat golongan dalam UMNO
yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura
Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan mereka lenyap
PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaya, Filipina dan Indonesia
11
E. Britain British bersetuju dengan rancangan ini bagi
menjaga kepentingan pelaburan mereka Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan
merasakan penggabungan ini dapat menjamin keselamatan Singapura dan memberi kebaikan kepada pulau tersebut
12
Suruhanjaya Cobbold Ditubuhkan pada Jan 1962 untuk mendapat
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.
Dipengerusi oleh Lord Cobbold. Anggota:a) Sir Anthony Abell wakil Britishb) Sir David Watherston c) Tan Sri Mohd Ghazali Shafie wakil T. M
d) Dato’ Wong Pow Nee Tinjauan dibuat antara 19 Feb hingga 18 April
1962. Hasil laporan mendapati 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai penubuhan Malaysia.
13
Antara syor suruhanjaya Cobbold :i) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan Ogos 1962 ii) Persekutuan Tanah Melayu ditukar kpd Persekutuan Malaysiaiii) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak. iv) Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan
Sarawakv) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah
Dewan Undangan di Sabah dan Sarawak.
14
Detik-Detik Peristiwa Ke Arah Penubuhan Malaysia
Tarikh Tindakan/Badan
Tujuan Kesan/Keputusan
Jun 1961
Lawatan muhibbah Tunku ke Sabah dan Sarawak
Bagi mengurangkan keraguan rakyat
Kebimbangan dominan Malaya berjaya dikurangkan
Julai 1961
Kunjungan Tunku ke Brunei
Memberi penjelasan lanjut
Sultan Brunei tubuh Suruhanjaya Tinggi
Ogos 1961
Rundingan Singapura
1.Penjelasan untuk rakyat2.Bincang kedudukan/autonomi Singapura
Dipersetujui Singapura diberi autonomi Pendidikan dan Tenaga Buruh
15
Pertengahan 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) (ekoran keputusan Persatuan Parlimen Komanwel)
Menghilangkan kesangsian rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak
Berjaya mengurangkan keraguan. JPP terus adakan mesyuarat dari semasa ke semasa
Nov 1961
Rundingan dengan Britain tentang kepentingan Negeri-negeri Borneo
Bagi menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak
1.Rundingan Singapura – PTM diakuri2.Pungutan suara akan dibuat3.perjanjian pertahanan England-PTM diluaskan
16
Jan 1962
Suruhanjya Cobbold
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak (tinjauan dibuat 19 Feb- 18 April 1962)
Tinjauan sahkan lebih 70 % penduduk kedua negeri setuju
Julai 1962
Rundingan Pra-Rang Undang-undang Malaysia (London)
Menyelesaikan perbezaan antara laporan anggota Malaya dan laporan anggota Britain dalam Suruhanjaya Cobbold
Cadangan diselaraskan. Perakuan Malaya diterima amnya
17
Ogos 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK atau J.K Landsdowne)
Merancang bentuk negara baru termasuk merangka Perlembagaan
Rangka Perlembagaan asas disiapkan. Laporan JAK diterima dan menjadi asas Perjanjian Malaysia
Sept 1962
Referendum Singapura (didahului kempen referendum)
Bagi meyakinkan rakyat tentang taraf kerakyatan dan status perdagangan
80 % rakyat bersetuju penyertaan dalam Malaysia
18
Jun 1963
Misi Bangsa-Bangsa Bersatu
Mendapatkan kepastian rakyat Sabah-Sarawak (Filipina dan Indonesia dakwa rakyat sangsi)
1.Lebih 2/3 rakyat menyokong2.Filipina dan Indonesia terus menentang
Julai 1963
Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh empat negeri anggota bersama Britain
Memeterai persetujuan (Negara baru & kebebasan untuk tiga negeri)
Negara baru Malaysia lahir, diisytiharkan pada 16 September 1963
19
Indonesia Peringkat awal, menerusi menteri Luarnya, Dr.
Subandrio, telah memberikan sokongan kepada pembentukan Malaysia
Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi menentang Malaysia secara rasmi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sukarno mendakwa penubuhan Malaysia satu bentuk penjajahan baru dan memastikan penguasaan British ke atas getah, bijih timah dan minyak.
Indonesia bertindak menyerang sempadan Johor, Sarawak dan Sabah untuk tujuan perisikan dan pengintipan. MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
30 September 1965, tentera Indonesia berjaya menumpaskan cubaan rampasan kuasa oleh PKI - konfrontasi semakin berkurangan.
16 Ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan
20
Poster Ganyang Malaysia
21
Regimen Askar Melayu DiRaja sedang memburu penerjun TNI di Pontian Johor pada 21 Ogos 1964.
Ketua Pemuda Umno, Tun Sardon Jubir (baju batik) turut menyoal siasat tentera Indonesia yang ditahan di Labis, Johor.
22
Situasi yang berlaku semasa konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
23
FILIPINA Filipina - Presiden Macapagal mendakwa
bahawa Sabah adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu yang menjadi milik Filipina
Tetapi pada 22 Januari 1878 Sultan Jamal Azam telah menandatangani perjanjian dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent untuk menyerahkan / memajak Borneo Utara (Sabah)
Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk mendapatkan kembali Sabah
Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu tersebut
Beliau telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya
British menolak tuntutan Filipina.
24
Dua Pemimpin Menentang Penubuhan Malaysia Sukarno Macapagal
Pengisytiharaan Malaysia pada 16 September 1963
25
Masalah Brunei Pada awal menyokong tetapi akhirnya Sultan Brunei, Sultan
Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat menyertai Malaysia. Antara tuntutan Brunei:
- tuntut 10 kerusi parlimen- kuasai semua hasil minyak- kekal semua pelaburan - kadar cukai yang rendah
Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil minyak.
Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB) mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8 Dis 1962 menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia.
26
Singapura Keluar Dari Malaysia
Sebab-sebab: Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang
melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar
janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak diperlukan.
27
Masalah perkauman: Orang Melayu Singapura diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di Singapura pada Julai dan September 1964. Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP telah mengenepikan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu – Lee Kuan Yew telah membentuk gabungan parti politik yang menjurus kepada bentuk perkauman dan mendesak persamaan hak dengan orang Melayu
28
Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP: PAP mahu mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman secara serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan tidak mahu diadakan debat secara terbuka bagi mengelakkan berlakunya kekacauan akibat daripada isu-isu perkauman
Akibat daripad ketegangan yang berlaku antara kerajaan Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965 secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
29
Penutup Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu
bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada
pelbagai pihak. Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan
Filipina (tuntut Sabah). Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16
September 1963.