BAB#1#:#PENDAHULUAN#
1.0 PENDAHULUAN
kajian rancangan struktur negeri selangor 2035
laporan tinjauan
LAPORAN TINJAUAN Pendahuluan
1-1
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN
Rancangan Struktur Negeri (RSN) disediakan berdasar kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Di dalam proses penyediaan RSN ini, beberapa laporan dihasilkan iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Tinjauan dan Laporan Draf Rancangan Struktur. Laporan ini adalah merupakan LAPORAN TINJAUAN, yang dihasilkan selepas laporan teknikal. Tujuan penyediaan Laporan Tinjauan ini adalah untuk mengemukakan penemuan semasa kajian berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji. Laporan akan diseranta bagi memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Pandangan dan cadangan ini akan dikemukakan kepada Pengarah Negeri untuk pendengaran. Pandangan dan cadangan yang diterima oleh Pengarah Negeri ini akan diambilkira di dalam penyediaan awal Draf Rancangan Struktur selaras dengan Subseksyen 9(1), Akta 172 .
1.1.1 Proses Penyediaan (Peringkat Kajian)
Proses penyediaan RSN melibatkan 3 peringkat seperti berikut :
a) Peringkat I : Mobilisasi x Penyediaan Asas Rujukan x Pelantikan Perunding
b) Peringkat II : Penyediaan Laporan dan Publisiti x Penyediaan Laporan Awal x Penyediaan Laporan Teknikal x Penyediaan Laporan Tinjauan dan Draf Awal RSN Selangor 2035 x Publisiti Laporan Tinjauan x Penyediaan Laporan Publisiti dan Penyertaan Awam x Penyediaan Draf RSN Selangor 2035 x Publisiti RSN Selangor 2035 x Penyediaan Laporan Publisiti dan Representasi
c) Peringkat III : Kelulusan Rancangan Struktur x Kelulusan Jawatankusa Perancang Negeri (JPN) x Pindaan Awal Draf RSN Selangor 2035 x Rundingan dengan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) x Kelulusan Muktamad Jawatankusa Perancang Negeri (JPN) x Persetujuan dan Pewartaan (MMKN)
Rujuk Rajah 1.1.
LAPORAN TINJAUAN Pendahuluan
1-2
Rajah 1.1: Proses Penyediaan RSN Selangor 2035
Penyediaan Asas Rujukan
Penyediaan Laporan Awal
(LA)
Penyediaan Laporan Tinjauan (LT)
Penyediaan Draf Awal RSN Selangor
Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Tinjauan
Publisiti dan Bantahan Awam Draf RSN Selangor 2035
Perakuan JPN
Penyediaan Laporan Publisiti dan Representasi
Perundingan Dengan MPFN
Kelulusan Muktamad JPN
Persetujuan PBN dan Pewartaan
Pelaksanaan, Pemantauan dan Kajian Semula
Penyediaan Laporan Publisiti dan Penyertaaan Awam
Akta 172 Sek. 7
Akta 172 Sek. 8
Akta 172 Sek. 9 (2)
Akta 172 Sek. 9 (2)
Akta 172 Sek. 10
Penyediaan Laporan Teknikal
Penyediaan Draf RSN Selangor 2035
Peringkat I: Mobilisasi
Peringkat II:
Penyediaan Laporan dan Publisiti
Peringkat III:
Kelulusan RSN Selangor 2035
Nota: 1. Akta 172 merujuk kepada Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976
2. JPN – Jawatankuasa Perancang Negeri
3. MPFN – Majlis Perancang Fizikal Negara
4. PBN – Pihak Berkuasa Negeri 5. TWG – Technical Working Group 6. MMKN – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 7. MTES – Maju Tindakan Ekonomi Selangor
Dibawa ke JPN Bil.1/2012 pada 12.2.2012
- TWG pada 19.7.2010 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
pada 8.10.2012
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 10.4.2013
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu pada 3.9.2013
- Dibentangkan ke JPN Bil.1/2014 pada 10.2.2014
Program bersama Y.B. Ahli-ahli MMKN pada 20.5.2014
- Dibentangkan di JPN Bil.4/2014 - Dibentang di Exco MTES pada
16.Oktober.2014 - Dipublisiti pada 08.Disember.2014 – 09.Januari.2015
LAPORAN TINJAUAN Pendahuluan
1-3
1.1.2 Bentuk dan Kandungan Laporan Tinjauan Laporan Tinjauan ini dibentangkan kepada tiga bahagian utama dan meliputi sektor-sektor kajian seperti berikut: i. Bahagian A : Bidang Rangka Wilayah dan Ekonomi Makro
a) Kepentingan dan Hubungan Wilayah b) Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia c) Asas dan Prospek Ekonomi
ii. Bahagian B : Bidang Perancangan Spatial
a) Guna Tanah dan Fizikal b) Petempatan Bandar dan Desa Serta Koridor Pembangunan c) Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan d) Perindustrian e) Perumahan dan Kejiranan Hijau f) Kemudahan Masyarakat, Rekreasi dan Sukan g) Pelancongan h) Perniagaan dan Perkhidmatan i) Perhubungan dan Pengangkutan j) Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar k) Saliran dan Perparitan l) Sistem Pembetungan m) Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik n) Alam Sekitar dan Pengurusan Sumberjaya o) Pemeliharaan Warisan
iii. Bahagian C : Bidang Institusi, Pengurusan Perlaksanaan Dan Pemantauan
a) Institusi, Pengurusan Perlaksanaan dan Pemantauan Rancangan Struktur Negeri
b) Sistem Maklumat Perancangan dan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) c)
Kandungan utama laporan ini ialah: a) Penemuan Kajian; b) Unjuran keperluan pembangunan seperti keperluan perumahan, industri,
perniagaan dan kemudahan masyarakat. Unjuran ini juga akan menjadi asas kepada pembangunan kemudahan, utiliti dan infrastruktur;
c) Indikator-indikator pengukuran dan sasaran yang akan dicapai; d) Senario perancangan dan potensi pembangunan mengikut sektor yang
dikaji; e) Cadangan am; dan f) Hala tuju dan konsep pembangunan.
LAPORAN TINJAUAN Pendahuluan
1-4
1.2 KAWASAN KAJIAN
Negeri Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di bahagian pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di bahagian timur, Negeri Sembilan di bahagian selatan dan Selat Melaka di baratnya dengan jajaran pesisiran pantai sepanjang 291km yang merangkumi lima daerah. Kawasan Kajian RSN Selangor meliputi kawasan seluas 795,736.59 hektar 1 . Ia terdiri daripada 9 daerah iaitu Daerah Gombak, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat dan Hulu Selangor serta merangkumi 12 Pihak Berkuasa Tempatan (Rajah 1.2).
1 Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035
S E L A T M E L A K A
PERAK PAHANG
NEGERISEMBILAN
WPKL
WPP
83,945.06
Kuala Langat 85,811.27Sepang 55,716.12
Jumlah
Petaling 49,865.51
Gombak 62,818.60
Klang 63,234.83
Hulu Selangor 175,630.11
Sabak Bernam 99,262.63
Kuala Selangor 119,452.46
Daerah Keluasan(hektar)
795,736.59
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
MDSB
MDKS
MDHS
MPS, MPAJ
MPK, MBSAMBSA, MBPJ, MPSJ
MPAJ, MPKj
MPSpMDKL
LAPORAN TINJAUANPendahuluan
Rajah 1.2 : Kawasan Kajian
Sumber: Asas Rujukan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035
PETUNJUK:NegeriBersempadananSempadan Negeri
Sempadan PBT
MDSB
MDKS
MDHS
MPK
MPS
MBSA
MDKL
MPKj
MPSp
Hulu Langat
RSll SELANGOR ll
1 : 8 000 m
MBPJ
MPAJ
MPSJ