i
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
BUKU PANDUAN GURU
TINGKATAN 2
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI
2014
ii
BUKU PANDUAN GURU
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL JATI DIRI
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI
TINGKATAN 2
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
iv
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.
v
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. PENDAHULUAN viii 4. CADANGAN TEMA ix 5. KANDUNGAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unit 1: Kaki dan Kasut Pengenalan dan Objektif Unit 1 1 Mendengar dan Bertutur: Kasut dan Kesihatan 2 Membaca: Cantiknya Kasut! 7 Menulis: Sayangi Kaki 15 Tatabahasa: Cantik yang Sakit 21 Unit 2: Rekreasi Pengenalan dan Objektif Unit 2 28 Mendengar dan Bertutur: Bulat Air kerana Pembetung 29 Membaca: Kem Wirajaya 34 Menulis: Ciri-ciri Tapak Perkhemahan 41 Tatabahasa: Khemah Kubah 47 Unit 3: Permainan Tradisional Pengenalan dan Objektif Unit 3 52 Mendengar dan Bertutur: Kenali Wau 53 Membaca: Wah Gah di Angkasa 59 Menulis: Membuat Wau 65 Tatabahasa: Malaysia dan Wau 71 Unit 4: Khidmat Masyarakat Pengenalan dan Objektif Unit 3 77 Mendengar dan Bertutur: Kami Prihatin 78 Membaca: Ambil Berat 82 Menulis: Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing 87 Tatabahasa: Sepakat Membawa Berkat 93
vi
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
viii
PENDAHULUAN
Buku Panduan Guru (BPG) ini dihasilkan bertujuan untuk membantu guru menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK)
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi Komponen Jati Diri. Terdapat empat unit
dengan empat tema dalam BPG ini dan setiap unit terdiri daripada modul contoh
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan
tatabahasa. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dalam mengembangkan tema-
tema yang dicadangkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bersifat minds-
on dan hands-on. Pelbagai strategi pembelajaran dicadangkan sperti pembelajaran di
luar bilik darjah, penggunaan bengkel, Bilik Masakan atau Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti seperti lawatan sangat digalakkan. Guru juga dibimbing tentang penggunaan
sistem bahasa dan penerapan nilai semasa proses PdP dijalankan. BPG ini dihasilkan
dengan pendekatan yang mudah agar difahami oleh guru waima, guru bukan opsyen.
Untuk memudahkan guru, setiap kemahiran disertakan ikon-ikon seperti yang berikut:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Tatabahasa
ix
CADANGAN TEMA
Berikut merupakan cadangan tema Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk tempoh 35 minggu setahun bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dengan pecahan lima waktu seminggu untuk Tingkatan 1
hingga 3. 18 tema ini boleh dikembangkan untuk PdP Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK) dengan anggaran setiap tema boleh
digunakan selama dua minggu. Setiap tema boleh dikembangkan dalam setiap kemahiran seperti mana yang ditunjukkan dalam
modul contoh yang dibekalkan. Tujuan diberikan pemetaan tema adalah supaya pertindanan tema dapat diealakkan di antara
tingkatan. Walau bagaimanapun, guru sangat digalakkan mempelbagaikan pecahan tema yang sesuai dengan latar belakang
lokasi dan budaya murid. Perkataan yang bertanda merah merupakan tema manakala pecahan di bawahnya merupakan tajuk
modul/aktiviti. BPG ini hanya memberikan contoh bagi empat tema sahaja dan guru hendaklah menjadikannya sebagai panduan
dengan pengubahsuaian mengikut kebolehan murid di dalam kelas.
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
1 Alam Sekitar
Hijau
Pelihara Bumi Kita
Isi Betul-betul
Cantik dan Kreatif
Kaki dan Kasut
Kasut dan Kesihatan
Cantiknya Kasut
Sayangi Kaki
Cantik dan Sihat
Ibu Kota Negaraku
Kuala Lumpur Ibu Kota Negaraku
Pasar Seni Kuala Lumpur
Amboi, Cantiknya
Inilah Negariku
2 Hidup Bermasyarakat
Selamat Berkenalan
Kasut Kelopak Jantung
Si Jantung Hati
Budi Bahasa Budaya Kita
Rekreasi
Bulat Air kerana Pembetung
Kem Wirajaya
Ciri-ciri Tapak Perkhemahan
Khemah Kubah
Keluarga Bahagia
Keluarga Bahagia
Oh,Ayah!, Oh,Ibu!
Ini Keluarga Saya
Aku Prihatin
x
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
3 Pengurusan Kewangan
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Tabung dan Ibu
Sehari Selembar Benang
Bekalan Hari Tua
Permainan Tradisional
Wau Gah di Angkasa
Membuat Wau
Membuat Wau
Malaysia dan Wau
Dunia Coklat
Daripadaku Untukmu
Syair Coklat
Mari,Mari,Mari!!
Ikut Betul-Betul
4 KerjaTangan
Hasil Kerjaku
Tukang Lama
Kad Pengganti Diri
Warisan Nenek Moyang
Khidmat Masyarakat
Kami Prihatin
Ambil Berat
Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing
Sepakat Membawa Berkat
Negaraku Merdeka
Saat Itu
Kami Bangga Denganmu
Keranamu Malaysia
Saya Sayang Malaysia
5 Keselamatan Jalan Raya
Berhati-hati di Jalan Raya
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Jangan Ambil Risiko
Hari Keusahawanan
Hari Kantin Sekolah
Seronoknya Berniaga
Usahawan Jaya
Cabaran Remaja
Sahabat Baik Selamanya
Kerjaya Pilihanku
Maruahku Harga Diriku
6 Pengangkutan Awam
Pengangkutan di Malaysia
Kelebuhan Pengangkutan Awam
Berkongsi Kereta
Sukan Malaysia (SUKMA)
1Murid 1Sukan
Disiplin dalam Sukan
Olimpik Sasaran Kami
Iklan dan Promosi
Iklan dalam Perniagaan
Iklan dalam Kenangan
Belajar Membuat Promosi
xi
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
7 Cuti-cuti Malaysia
Bandar Bersejarah
Nikmatnya Bercuti
Destinasi Impianku
Kenderaan Nasional
Hebatnya Malaysia
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON)
Ayah dan kereta
Inovasi
Kreatif dan Inovatif
Berani Mencuba
Zulkifli Haron – Mc Gyver Malaysia
8 Semangat Kejiranan
Jiran Sepakat Membawa Berkat
Jiranku yang Baik
Rukun Tetangga
Barangan Buatan Malaysia
Belilah Barangan Buatan Malaysia
Produk Tempatan
Murah dan Berkualiti
Pakaian Tradisional
Baju Kebangsaan Malaysia
Songket Khazanah Negara
Batik Warisan Bangsa
9 Mengisi Masa Lapang
Masa Itu Emas
Hobi Mengumpul Setem
Minat yang Menjana Pendapatan
Lawatan Sambil Belajar
Lawatan ke Industri Kecil Sederhana (IKS)
Keluarga Angkatku
Pengalaman dalam Kenangan
Kitar Semula
Batangan Kitar Semula
Mengurus Sampah Sarap
Bijak Berjimat
10 Haiwan Peliharaan
Dunia Haiwan
Kucingku Sayang
Vaterina Cita-citaku
Seni Mempertahankan Diri
Silat Gayung
Silambam
Manfaat Seni Mempertahankan Diri
Usahawan Desa
Karnival Usahawan Desa
Kerepek Ubi Merentasi Dunia
Perusahaan Keropok
xii
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
11 Sayangi Sungai
Kempen Sayangi Sungai
Indahkan Sungai
Sungai Khazanah Alam
Makanan Berkhasiat
Piramid Makanan
Pilih Makanan Kita
Makanan Organik
Celik Komputer
Laman Web Sekolah
Makmal Komputer Sekolah
Media Sosial
12 Malaysia Tanah Tumpah Darahku
Negeri Kelahiranku
Lagu-lagu Rakyat
Cerita-cerita Rakyat
Dunia Fesyen
Fesyen dan Remaja
Pereka Fesyen Tanahair
Bergaya Secara Berhemah
Flora dan Fauna
Hutan Bakau Malaysia
PEHILITAN
Hidupan Liar di Malaysia
13 Sekolah Impian
Sekolahku Syurgaku
Sekolah dalam Taman
Pusat Sumber Cemerlang
Bahasa Jiwa Bangsa
Martabatkan Bahasa Kebangsaan
1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita
Kerjaya
Tokoh Sukan (atau kerjaya lain)
Dato’ Lee Chong Wei
Ahli Sukan dan Cabarannya
14 Idolaku
Bapaku Idolaku
Sahabat Baikku
Tokoh Kebanggaanku
Sains dan Teknologi
Robot Ciptaan.
Teknologi Maklumat di Malaysia
Jenayah Siber
Media Sosial
Facebook dan Kelebihannya
Media Sosial Jaringan Perniagaan
Laman Blog Penjana Ilmu
15 Nilai Murni
Kasih Sayang untuk Semua
Adab Sopan Budaya Kita
Diri Kita Tanggungjawab Kita
Bidang Kulinari
Pastri dan konfeksionari
Perkhimatan pramusaji
Peralatan kulinari
Hiasan Dalaman
Kediaman Selesa
Dapur Idaman Saya
Ruang Tamu Pilihan
xiii
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
16 Tumbuhan Herba
Taman Herba
Khasiat Herba
Ulam-ulaman
Pembuatan Perabot
Jenis-jenis Perabot.
Kursus Pembuatan Perabot
Perabot Menjana Pendapatan
Kecemerlangan Sekolah
Sekolah Harapan Negara
Sekolah Dalam Taman
Sekolahku Syurgaku
17 Keperluan Asas Manusia
Makanan Berkhasiat
Rumah Kediaman
Pakaian dan Perlindungan Diri
Seni Kecantikan
Kecantikan dan Keyakinan Diri
Penjagaan Diri
Pemilihan Pakaian
Negara ASEAN
Negara-negara ASEAN dan keistimewaannya
Kerjasama Serantau ASEAN
Mari Melawat Negara ASEAN
18 Keluarga Impian
Salahsilah Keluargaku
Sehari Bersama Keluarga
Hari Keluarga Sekolah Saya
Akuakultur
Penternakan Rumpai Laut
Ikan Hiasan
Ikan Air Tawar
Muzik/Tarian/Lagu Tradisional Melayu (pilih salah satu, misalnya jika muzik, maka semua aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan tatabahasa akan berkisar sekitar muzik tradisional Melayu)
Muzik Tradisional Melayu
Kenali gendang Melayu
Muzik dalam kebudayaan Melayu
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
1
PENGENALAN
Dalam Unit 1, murid dapat mengukuhkan kemahiran mendengar, menyebut dan mengenal pasti istilah dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks, membaca dan menerangkan makna istilah dan maksud ayat mudah dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks, menulis perkataan dan rangkai kata untuk melengkapkan ayat dengan betul. Selain itu, murid juga dapat membina ayat menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks. Di samping itu, murid mendapat pengalaman pembelajaran tentang kesan kasut tumit tinggi kepada pemakai dan mendapat pengajaran bahawa kesihatan perlu lebih diutamakan berbanding kecantikan.
OBJEKTIF UNIT 1 Unit ini membolehkan murid: 1. Mendengar, menyebut dan mengenal pasti istilah dalam pelbagai ujaran dengan betul
dan tepat mengikut konteks.
2. Membaca dan menerangkan makna istilah dan maksud ayat mudah dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
3. Menulis perkataan dan rangkai kata untuk melengkapkan ayat dengan betul.
4. Membina ayat menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
UNIT 1
KAKI DAN KASUT
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.1.1)
MODUL MEMBACA (2.1.1)
KASUT DAN KESIHATAN
CANTIKNYA KASUT!
SAYANGI KAKI
CANTIK YANG SAKIT
MODUL MENULIS (3.1.1)
MODUL MENULIS (4.1.1)
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
2
Standard Kandungan:
1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan, rangkai kata, istilah , ungkapan dan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti istilah dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal istilah dan menyebutnya dengan betul. 2. Memberi makna istilah dengan betul dan tepat mengikut konteks. 3. Mengenal pasti istilah anggota badan dengan betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) Kata nama
2. Kosa kata:
Istilah anggota badan BBM: 1. Gambar kasut. 2. Lampiran 1: Petikan “Kasut dan Kesihatan” 3. Lembaran Kerja Nilai: Sepanjang aktiviti guru hendaklah memupuk nilai menjaga kesihatan diri,
misalnya memilih kasut yang sesuai untuk kesihatan kaki. Kaki merupakan anggota badan yang sangat penting dalam hidup kita. Oleh itu, kita mesti selalu bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan kaki kepada kita. Gunakan kaki untuk melangkah ke tempat-tempat yang baik.
KASUT DAN KESIHATAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
3
1. Aktiviti pramendengar a. Paparkan gambar kasut di bawah. b. Minta murid berbual tentang setiap jenis jenis kasut yang dipaparkan itu dan
fungsinya. b. Galakkan murid menyatakan jenis-jenis kasut lain yang mereka tahu, misalnya
kasut untuk tarian ballet, kasut untuk bermain golf atau kasut untuk penjual ikan di pasar.
2. Mendengar dengan teliti a. Minta seorang murid membaca petikan dalam Lampiran. b. Murid lain diminta mendengar dengan teliti dan catatkan:
beberapa nama anggota badan
penyakit akibat tidak memakai kasut yang sesuai. c. Ulang sekali lagi jika murid tidak dapat mencatat nama anggota badan
tersebut. d. Bersama rakan, bandingkan catatan dan dapatkan satu senarai yang lengkap. Panduan guru: Nama anggota badan yang terdapat dalam petikan: i. salur nadi
ii. darah iii. jantung iv. otot v. sendi ligamen vi. tulang
Penyakit akibat tidak memakai kasut yang sesuai: Bengkak kaki atau edema
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
4
3. Menyatakan maksud istilah a. Dalam kumpulan, minta murid mencari makna istilah menggunakan kamus
dengan bimbingan guru dan nyatakan peranannya dalam tubuh manusia. Gunakan Lembaran Kerja. (Aktiviti ini agak mencabar, walau bagaimanapun, galakkan murid mencari makna istilah).
b. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan kumpulan mereka. c. Guru memberikan makna yang tepat untuk memberikan pemahaman agar
lebih jelas kepada murid. Panduan guru:
Definisi yang diberi di sini mungkin agak sukar bagi murid untuk memahaminya kerana merupakan istilah saintifik, namun bimbingan guru adalah penting untuk menerangkan secara mudah.
Gunakan kamus.
Guru tidak perlu menerangkan secara terperinci kecuali jika murid bertanya lanjut.
Guru boleh menyediakan gambar/video untuk menjelaskan istilah ini selepas sesi latihan.
Makna Fungsi
i. salur nadi
saluran yang membawa darah dari jantung.
Membawa darah ke semua anggota badan.
Ii
darah
Cecair berwarna merah dalam tubuh manusia dan haiwan.
Mengangkut oksigen yang diperlukan untuk hidup.
iii.
jantung
Organ berotot, merupakan organ paling penting yang memberi nyawa.
Mengepam darah ke seluruh tubuh.
iv.
otot
Tisu badan yang mempunyai sel regang dalam tubuh manusia dan haiwan.
Alat aktif untuk menggerakkan tulang.
v.
tulang
Rangka dalam tubuh manusia dan haiwan.
Menyokong, menggerakkan dan melindungi pelbagai organ dalam badan.
vi
sendi
Struktur badan yang mencantumkan antara dua tulang.
Bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan kedudukan tubuh.
vii ligamen
Tisu keras yang menghubungkan dua tulang atau mengikat organ badan di tempatnya.
Supaya organ badan berada di tempatnya.
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
5
LAMPIRAN
Baca petikan di bawah dengan jelas.
Selain, pakaian, kasut mempunyai kaitan yang rapat dengan
kesihatan. Kasut melindungi kaki dan memberikan keselesaan. Kasut
yang selesa memberi kesan yang baik kepada kaki dan sistem peredaran
darah seseorang. Seseorang dapat bekerja, bersukan dan berjalan-
jalan dengan selesa jika memakai kasut yang sesuai.
Oleh itu, apabila kita memakai kasut yang kurang sesuai, kaki kita
akan sakit dan tidak dapat digerakkan dengan baik. Salur nadi yang
membawa darah dari jantung berakhir di kaki. Jika kasut yang dipakai
tidak selesa, otot-otot kaki tidak dapat digunakan dengan maksimum.
Proses pengepaman darah terganggu dan menyebabkan cecair
berkumpul di kaki. Ini menimbulkan bengkak di kaki yang dikenali
sebagai edema. Selain itu, perjalanan darah ke bahagian lain dalam
tubuh kita juga tidak lancar.
Setiap kaki mempunyai 33 sendi, 107 ligamen,19 otot dan 26 tulang. Ini
bermakna satu perempat daripada jumlah tulang di badan manusia
berada di kaki. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kasut,
kerana salah satu fungsinya adalah untuk menjaga agar tulang-tulang
agar kaki tidak rosak.
KASUT DAN KESIHATAN
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
6
LEMBARAN KERJA Berikan makna setiap istilah di bawah dan terangkan fungsinya dalam tubuh badan manusia. Rujuk kamus atau cari maklumat dalam internet.
ii.
salur nadi
Ii
darah
iii.
jantung
iv.
otot
v.
tulang
vi
sendi
vii ligamen
MAKNA FUNGSI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
7
Standard Kandungan:
2.1 Membaca dan memahami makna perkataan, rangkai kata dan istilah serta maksud ungkapan dan ayat dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan menerangkan makna istilah dan maksud ayat mudah dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca petikan dengan jelas dan lancar. 2. Membaca dan memberikan maksud istilah serta terjemahannya
dengan merujuk kamus dengan betul mengikut konteks. 3. Menerangkan maksud ayat dengan betul mengikut konteks.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): rangkai kata 2. Kosa kata: istilah dalam kasut dan kesihatan kaki
BBM: 1. Lampiran 1: Gambar kasut 2. Lembaran kerja 1 3. Lembaran kerja 2 4. Lembaran kerja 3 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru memberikan tumpuan kepada kasut dan jenisnya.
Pupuk nilai menjaga kesihatan kaki melalui pemilihan dan pemakaian kasut yang betul. ‘Alah membeli, menang memakai’ tetapi ada kasut yang berjenama dan mahal tetapi tidak sesuai dengan kaki. Guru boleh bercerita tentang negara China pada zaman dahulu, anak-anak gadis dibalut kakinya untuk mendapatkan kaki paling kecil kerana kaki kecil itu dianggap cantik. Namun, pada zaman moden banyak kasut dicipta untuk kesihatan, bukan sekadar untuk kecantikan.
CANTIKNYA KASUT!
MEMBACA
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
8
1. Aktiviti pramembaca a. Mulakan perbicaraan tentang kasut. Tanyakan murid apakah jenis kasut yang mereka
ada dan kegunaannya. Pilih beberapa orang murid untuk membaca lantang dan bimbing murid membaca
dengan jelas dan lancar. b. Tanyakan murid apakah faktor yang menentukan harga sepasang kasut. c. Guru boleh menunjukkan gambar bagaimana orang Cina pada zaman dahulu membalut
kaki supaya menjadi kecil dan kasut-kasut kecil. Tunjukkan gambar seperti dalam Lampiran.
2. Membaca dan memberi maksud istilah a. Edarkan Lembaran Kerja 1. Dalam kumpulan minta murid membaca keratan tentang
‘Panduan Memilih Kasut Sukan yang Sesuai’. Rakan dalam kumpulan menyemak bacaan.
b. Pilih beberapa orang murid untuk membaca dengan lantang dan bimbing murid membaca dengan jelas dan lancar.
c. Minta murid menerangkan maksud rangkai kata yang ditandakan merah dengan merujuk kamus pada ruangan yang disediakan.
Panduan guru:
berjoging: Berlari perlahan- lahan untuk tujuan senaman. permukaan kaki: Bahagian di sebelah atas kaki. kusyen kasut : Alas dalam kasut. risiko kecederaan: Kesan kemalangan. otot kaki: Kumpulan tisu di bahagian kaki yang boleh ditegang dan
dikendurkan untuk menghasilkan pergerakan.
3. Membaca dan memahami istilah b. Edarkan Lembaran Kerja 2. c. Diberikan ialah gambar-gambar dan jenis-jenis kasut. Fahami setiap jenis kasut dan cuba
kenal pasti apakah istilah yang boleh menggantikan bahasa Inggeris bagi setiap jenis kasut. Berikan nama setiap jenis kasut sesuai dengan keadaan kasut tersebut. Murid boleh merujuk kamus. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
Panduan guru: - Kitten heels (kasut bertumit kecil)
- Ballet pumps (kasut ballet) - Sneakers (kasut sukan) - Wedges (kasut baji) - Mules (kasut sarung)
4. Menerangkan maksud ayat a. Edarkan Lembaran Kerja 3. Jalankan aktiviti ini secara individu. b. Soalan yang dikemukakan merupakan soalan aras tinggi dan murid perlu memberikan
pendapat berdasarkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang aktiviti ini dijalankan. c. Terima jawapan murid yang dapat memberikan justifikasi yang baik. Tidak ada jawapan
betul atau salah.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
9
LAMPIRAN
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
10
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Baca kenyataan di bawah dan terangkan maksud rangkai kata serta istilah yang berwarna.
PANDUAN MEMILIH KASUT SUKAN
Memilih kasut berdasarkan aktiviti
contohnya untuk berjoging kasut mesti
menutup permukaan kaki.
Sarungkan kasut bagi kedua- dua belah kaki
dan pastikan tidak terlalu ketat.
Beli kasut sukan yang mempunyai kusyen kasut
yang tebal untuk mengurangkan risiko
kecederaan.
Beli kasut sukan pada waktu petang kerana
pada waktu ini otot kaki sedang mengembang.
Cuba berjalan, melompat dan membongkok untuk memastikan keselesaan
berjoging
risiko kecederaan
kusyen kasut
otot kaki
Permukaan kaki
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
11
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN 1. Baca penerangan tentang jenis kasut di bawah dan lihat gambarnya.
Ballet Pumps sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata. Kasut ballet ini mula popular setelah bintang Hollywood, Audrey Hepburn memakainya ketika filem Funny Face pada tahun 1957.
Kitten Heels sesuai untuk orang yang tidak suka terlalu berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian.
Apakah nama yang sesuai untuk Kitten Heels dalam bahasa Malaysia?
1
2
Apakah nama yang sesuai untuk ballet pumps dalam bahasa Malaysia?
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
12
LEMBARAN KERJA 2 Sambungan
Sneakers merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana kasut ini membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda semasa bersukan atau apabila berjalan jauh.
Wedges pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini menjadikan perjalanan anda lebih selesa berbanding memakai kasut tumit tinggi.
3
Apakah nama yang sesuai untuk sneakers dalam bahasa Malaysia?
4
Apakah nama yang sesuai untuk wedges dalam bahasa Malaysia?
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
13
LEMBARAN KERJA 2 Sambungan
Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan terbuka atau tertutup, tetapi di bahagian belakang terbuka. Pasti kasut seperti ini pernah ada di dalam almari setiap wanita.
4
Apakah nama yang sesuai untuk mules dalam bahasa Malaysia?
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
14
LEMBARAN KERJA 3
ARAHAN Jawab soalan berikut berdasarkan ayat yang terdapat dalam keterangan di atas.
i. Pada pendapat kamu mengapakah kasut jenis (1) dinamakan kitten heels?
ii. Mengapakah kasut ballet pumps mula popular setelah bintang Hollywood, Audrey Hepburn memakainya ketika filem Funny Face?
iii. Mengapakah dikatakan kasut sneakers merupakan kasut sukan yang mesti ada dalam setiap rumah?
iv. Sekiranya anda seorang perempuan, kasut manakah yang paling anda gemari? Mengapa?
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
15
Standard Kandungan:
3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat yang betul.
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Menulis perkataan dan rangkai kata untuk melengkapkan ayat dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti rangkai kata yang betul untuk melengkapkan ayat
dan perenggan. 2. Membina ayat menggunakan rangkai kata yang diberikan.
3. Memberikan maksud peribahasa dan melengkapkan ayat dengan menggunakan peribahasa atau rangkai kata yang betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): rangkai kata 2. Peribahasa:
- Kaki ayam - Kaki bangku - Kaki botol
BBM: 1. Petikan ‘Mengatasi Kaki Berbau’: 2. Lembaran Kerja 1 3. Lembaran Kerja 2 4. Lembaran Kerja 3 5. Lembaran Kerja 4 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai sayangi kaki yang
dianugerahkan Allah SWT kerana ada orang yang tidak ada kaki langsung. Jadi, bagi kita yang ada sepasang kaki, jagalah dari segi kesihatan dan jaga kaki kita daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat. Kita tidak mahu diberi gelaran seperti ‘kaki botol’, ‘kaki kelab’, ‘kaki penipu’, ‘kaki judi’ tetapi kita mahukan gelaran yang baik seperti ‘ulat buku’, ‘ringan tulang’ atau ‘celik akal’.
SAYANGI KAKI
MENULIS
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
16
1. Aktiviti pramenulis a. Panggil seorang murid untuk dijadikan model di hadapan kelas. b. Tanyakan kepada kelas tubuh badan manusia (dengan merujuk model) terdiri daripada
berapa bahagian? (kepala, badan, kaki). c. Terangkan kepada murid tentang pentingnya menjaga kaki. 2. Menulis perkataan dan rangkai kata a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid membaca dengan teliti. b. Isikan setiap perenggan dengan rangkai kata yang sesuai untuk menjadikan perenggan
tersebut lengkap. Panduan guru:
3. Membina ayat menggunakan rangkai kata a. Edarkan Lembaran Kerja 2. Minta murid membina ayat berdasarkan rangkai kata yang
diberi. b. Jadikan aktiviti (2) sebagai panduan untuk murid membina ayat yang gramatis. 4. Memberikan maksud peribahasa a. Edarkan Lembaran Kerja 3 dan minta murid memberikan maksud peribahasa. Murid boleh
merujuk kamus untuk memahami maksudnya. Murid juga boleh berbincang dengan rakan. Panduan guru:
4. Melengkapkan ayat menggunakan peribahasa dan rangkai kata a. Edarkan Lembaran Kerja 4. Minta murid melengkapkan ayat yang diberi dengan
peribahasa dan rangkai kata yang sesuai. b. Tanyakan murid apakah peribahasa atau rangkai kata lain yang ada perkataan ‘kaki’.
Bincangkan dalam kumpulan dan senaraikan sebanyak mungkin rangkai kata yang ada perkataan ‘kaki’.
AKTIVITI
- dipandang rengan - melakukan aktiviti
seharian.
- berasa kurang selesa - bertemu dengan doktor
- Menggosok kaki - Menghilangkan bau
- Kaki ayam: tidak memakai kasut. - Kaki botol: orang yang mempunyai tabiat minum arak. - Kaki bangku: tidak tahu bermain bola. - Kawad kaki: kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam. - Pisang kaki: sejenis buah. - Kakitangan: pekerja atau staf sesebuah organisasi.
A B C
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
17
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti. Cuba isikan tempat kosong dengan rangkai kata yang betul agar menjadi perenggan yang lengkap. Padankan tempat kosong tersebut dengan rangkai kata yang diberikan.
berasa kurang selesa
bertemu dengan doktor
melakukan aktiviti seharian
dipandang ringan
menghilangkan bau
menggosok kaki
Bau kaki atau bau pada kasut merupakan satu masalah yang tidak boleh
____________ ______________. Hal ini demikian kerana bau kaki boleh
mempengaruhi pergaulan dan kebersihan diri seseorang. Seseorang yang mengalami
masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya berasa malu, rimas dan
gusar untuk ______________ _____________ ________________ .
Masalah ini juga mampu membuatkan orang di sekeliling _____________
______________ _______________, tambahan pula jika baunya terlalu kuat. Walau
bagaimanapun, penghidap masalah ini sering kali memandangnya remeh, apa lagi
untuk mendapatkan rawatan yang betul. Mereka juga malu untuk _______________
_____________ _______________.
Ketika mandi, biasakan ______________ ______________ sehingga bersih.
Berusaha untuk menggunakan sabun antibakteria bagi membersihkan kaki. Sabun yang
mengandungi sulfur sangat baik untuk ______________ ___________. Paling penting,
perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur, kemudian mengeringkannya. Gosok dan
sela jari kaki untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.
A
C
B
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
18
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Bina ayat menggunakan rangkai kata yang diberikan dengan betul. Jadikan petikan dalam Lembaran Kerja 1 sebagai panduan.
berasa kurang selesa
melakukan aktiviti seharian
menghilangkan bau
bertemu dengan doktor
dipandang ringan
menggosok kaki
1
2
3
4
6
5
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
19
LEMBARAN KERJA 3
Dalam bahasa Melayu terdapat banyak rangkai kata yang menggunakan perkataan kaki, termasuk peribahasa. Berikan maksud rangkai kata atau peribahasa ini. Rujuk kamus sekiranya anda menghadapi kesulitan.
kaki ayam
kaki botol
kaki bangku
kawad kaki
Kaki ayam bermaksud
Kaki botol bermaksud
Kaki bangku bermaksud
pisang kaki
kawad kaki bermaksud
pisang kaki bermaksud
kakitangan
kakitangan bermaksud
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
20
LEMBARAN KERJA 4 ARAHAN Lengkapkan ayat yang berikut menggunakan peribahasa yang diberikan.
kakitangan
kaki ayam kaki botol kaki bangku
kawad kaki pisang kaki
Hidupnya terumbang-ambing dan dia turut kehilangan pekerjaan kerana
sikapnya yang ______________ __________________.
1
Latihan _______________ __________________ yang dijalankan setiap
petang menjadikan mereka juara dalam pertandingan perbarisan Hari
Kebangsaan.
2
Adik-adik saya berjalan dengan ________________ _______________
semasa menyusur pantai Port Dickson.
3
Izmeer hanya menonton sahaja kawan-kawannya bermain bola kerana dia
_______________ ___________________.
4
Pengurus Besar itu diraikan dengan penuh meriah oleh _________________
syarikatnya atas kejayaan cemerlang mereka pada tahun lepas.
5
Dalam majlis meraikan Pengurus Besar itu, mereka dihidangkan buah-
buahan segar termasuk buah ______________ __________________.
6
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
21
Standard Kandungan:
4.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Membina ayat menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat
dalam bahan rangsangan yang diberi dengan betul. 2. Membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas dengan
betul. 3. Membina dialog menggunakan kata nama dan kata nama khas
dengan betul. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): kata nama am dan kata nam khas. 2. Sebutan dan intonasi
BBM: 1. Lampiran 1: Petikan yang diubahsuai daripada Akhbar Metro Ahad,
23 Jun 2013) 2. Lampiran 2 3. Lembaran Kerja 1 4. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru membuka minda murid bahawa kesihatan perlu
diutamakan berbanding kecantikan. Misalnya sanggup meninggalkan makanan berkhasiat untuk kurus, sanggup berhabis wang ringgit untuk gaya dan sanggup memakai kasut tumit tinggi untuk nampak cantik walaupun merosakkan kaki. Murid didedahkan dengan sedikit elemen keusahawan dari segi interpersonal apabila berbual dengan pelanggan. Tutur kata hendaklah sopan dan mesra, tetapi bukan berdusta. Keikhlasan akan terpancar pada wajah dan kita dapat hidup dengan aman kerana dapat mengembirakan orang lain.
CANTIK YANG SAKIT
TATABAHASA
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
22
1. Mengenal pasti kata nama am dan kata nama khas a. Edarkan setiap kumpulan satu keratan seperti dalam Lampiran 1. Guru hendaklah
menyediakan sekurang-kurangnya 6 keratan yang sama bagi setiap kumpulan agar setiap orang murid dapat membacanya secara individu.
b. Edarkan juga satu Lembaran Kerja 1 bagi setiap kumpulan untuk mereka catatkan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan yang dibaca.
c. Pastikan murid menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang betul. d. Semak jawapan. Panduan guru diberikan dalam Lampiran 2. e. Minta murid menyatakan secara lisan perbezaan antara kata nama am dengan kata nama
khas. 2. Menggunakan kata nama am dan kata nama khas dalam dialog a. Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang diperoleh sepanjang aktiviti dalam unit ini,
tulis satu dialog yang menggambarkan situasi murid sebagai pegawai pemasaran di sebuah kedai kasut terkenal yang mementingkan kesihatan kaki.
b. Dalam kumpulan, bina dialog bagaimana menasihati seorang gadis yang mencari kasut tumit tinggi untuk majlis perkahwinannya. Apakah nasihat yang akan diberikan kepada gadis tersebut?
c. Lakonkan situasi ini di hadapan kelas. d. Dalam melakonkan babak, pastikan murid menggunakan panggilan hormat yang betul,
kata nama am dan khas yang betul serta sebutan dan intonasi yang mesra dan penuh hormat.
e. Gunakan Lembaran kerja 2 untuk membantu murid menjalankan aktiviti ini.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
23
LAMPIRAN 1
K1
Reka bentuk kasut tumit tinggi telah popular di Itali, Perancis dan Sepanyol
dalam tahun-tahun 1500-an. Pada ketika itu kasut melambangkan status sosial
pemakai. Semakin tinggi tumitnya semakin tinggi status sosialnya. Pada era 1940-an
penyanyi terkenal Paris iaitu Mistinguett telah menjadi model pertama yang memperaga
kasut tumit tinggi hasil rekaan Andre Perugia. Walaupun memakai kasut tumit tinggi
akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih menawan, tetapi pemakaian kasut tumit
tinggi cenderung mengundang bahaya kepada kesihatan.
K2
Hasil kajian Pakar Pembedahan Ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston,
Amerika Syarikat, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut
bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus tekanan manakala kasut bertumit tinggi tiga inci
memberi 76 peratus tekanan pada kaki. Selain itu, Perunding Ortopedik dari Hospital
Pantai, Cheras, Dr. Khairul Faizi Mohammad berkata, wanita digalakkan memakai
kasut tapak rata berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana pemakaian kasut tumit
tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang, dan lutut
menjadi bengkok.
K3
Menurut kata Dr. Khairul Faizi lagi, pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan
juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari kaki, kerosakan tulang tapak kaki.
Tambahnya lagi pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak
lancar. Seterusnya tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari
ketiga dan keempat menjadi sempit, seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf.
Keadaan ini disebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu
menyebabkan kesakitan.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
24
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan yang dibaca dengan betul menggunakan carta pokok di bawah.
KUMPULAN:
KATA NAMA
KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
25
LAMPIRAN 2 Panduan guru
KATA NAMA
KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS
kasut tumit tinggi Itali
Kasut Perancis
status sosial Sepanyol
pemakai Paris
kaki Mistinguett
wanita Andre Perugia
kasut tapak rata Pakar Pembedahan Ortopedik
tulang pinggul Kolej Perubatan Baylor
tulang belakang Houston
lutut Profesor Madya Dr. John Marymont
ibu jari kaki Perunding Ortopedik
kerosakan Hospital Pantai Cheras
tapak kaki Dr Khairul Faizi Mohammad
peredaran
darah
tekanan
berat badan
jari
saraf
imej
model
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 1
26
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN Andaikan anda seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat pengeluar kasut yang menghasilkan kasut yang menjaga kesihatan kaki. Bina dialog dengan pelanggan memberikan nasihat tentang perlunya memilih kasut yang baik untuk kaki. Gunakan semua maklumat yang telah anda pelajari dalam aktiviti dalam unit ini. Pastikan anda menggunakan panggilan hormat yang betul. Pegawai pemasaran:
Selamat datang, puan. Silalah masuk.
Pembeli: Terima kasih. Pegawai pemasaran:
Apa yang boleh saya bantu, puan?
Pembeli: Saya sedang mencari kasut untuk majlis perkahwinan saya yang
akan datang. Pegawai pemasaran:
Wah, tahniah! Saya syorkan ....
Kasut yang ini sesuai untuk majlis yang
memakan masa berjam-jam lamanya.
Nampak selesa tetapi saya mencari yang
bertumit tinggi!
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
28
PENGENALAN
Dalam Unit 2, murid dapat mendengar, menyebut dan mengenal pasti ayat majmuk dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks, membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan prosa bukan sastera dengan betul, membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan frasa atau rangkai kata dengan betul. Selain itu, murid juga dapat membina ayat menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. Di samping itu, murid mendapat pendedahan tentang keindahan bahasa Melayu dari segi perumpamaan iaitu bandingan semacam. Perumpamaan ini banyak dikaitkan dengan flaura dan fauna.
OBJEKTIF UNIT 2 Unit ini membolehkan murid: 1. Mendengar, menyebut dan mengenal pasti ayat majmuk dalam pelbagai ujaran dengan
betul dan tepat mengikut konteks.
2. Membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan prosa bukan sastera dengan betul.
3. Membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan frasa atau rangkai
kata dengan betul.
4. Membina ayat menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
UNIT 2
REKREASI
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.1.2)
MODUL MEMBACA (2.2.1)
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG
KEM WIRAJAYA
CIRI-CIRI TAPAK PERKHEMAHAN
KHEMAH KUBAH
MODUL MENULIS (3.2.1)
MODUL MENULIS (4.1.3)
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
29
Standard Kandungan:
1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
1.1.2 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti ayat majmuk dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti ayat majmuk dalam pelbagai ujaran dengan betul
dan tepat mengikut konteks. 2. Menyebut ayat majmuk dalam pelbagai ujaran dengan betul dan
tepat mengikut konteks. 3. Menggunakan ayat majmuk dalam menerangkan cara memasang
khemah dengan betul. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (sintaksis): ayat majmuk dan penanda wacana (mula-mula, kemudian, selepas itu, seterusnya, akhir sekali)
2. Peribahasa: sikap kerjasama dan kata sepakat
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat - Bagai aur dengan tebing
BBM: 1. Lampiran 1: Gambar-gambar khemah 2. Lampiran 2: Panduan membina khemah 3. Lembaran Kerja 1 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai semangat kerja
berpasukan seperti aktiviti memasang khemah tersebut. Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, aktiviti kokurikulum merupakan satu cara untuk kita lebih kenal-mengenal serta menjalin persahabatan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dengan latar belakang serta agama. Kerjasama dapat menjadikan kerja yang susah menjadi senang, kerja yang berat menjadi ringan. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak mahu bercampur gaul dengan orang lain dalam masyarakat, atau seperti kera sumbang.
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
30
1. Aktiviti pramendengar a. Guru boleh memainkan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. b. Tanyakan murid pernahkah mereka menghadiri majlis perkahwinan, di mana? c. Kaitkan dengan tempat makan tetamu yang menggunakan khemah. d. Minta murid menerangkan khemah tempat tetamu menjamu selera dari segi bentuk, warna
dan hiasan. e. Kaitkan tema pada unit ini ialah rekreasi dan akan memberi tumpuan kepada perkhemahan. f. Untuk makluman guru, dalam masa berbual ini murid sudah menggunakan ayat majmuk. 2. Menerangkan khemah dan fungsinya a.. Edarkan sekeping gambar khemah kepada setiap kumpulan yang berbeza seperti dalam
Lampiran 1. b. Minta murid bincangkan:
- Di manakah khemah ini pernah dilihat? - Tujuan khemah dan fungsi mengikut jenis. Misalnya khemah pengakap berbeza
dengan khemah majlis perkahwinan. Nyatakan ciri-ciri khemah bersesuaian dengan fungsi.
c. Minta laporkan di hadapan kelas. d. Berikan tumpuan sama ada murid telah menggunakan ayat majmuk dalam melaporkan
dapatan kumpulan. Guru hendaklah mencatat ayat majmuk yang digunakan oleh murid. e. Selepas tamat pembentangan, guru merumuskan bahawa dalam pembentangan tadi murid
banyak menggunakan ayat majmuk. Guru berikan contoh ayat yang diungkapkan oleh murid, misalnya:
- “Khemah ini berwarna-warni dan biasa kita lihat semasa Hari Sukan Sekolah. Khemah berwarna melambangkan warna rumah sukan seperti merah, biru, hijau dan ungu” (ayat majmuk menggunakan kata hubung)
f. Guru boleh juga merakam pembentangan murid dan mainkan rakaman semula untuk mengenal pasti ayat yang digunakan oleh murid.
3. Membina ayat majmuk a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid berbincang tentang cara memasang khemah
berdasarkan gambar sebagai panduan. Gunakan juga Lampiran 2 sebagai panduan. b. Catatkan proses dalam carta alir yang diberikan. Pastikan murid membina ayat majmuk. c. Minta murid bersedia untuk dibentangkan di hadapan kelas. Murid mestilah menggunakan
ayat majmuk dan penanda wacana seperti mula-mula, kemudian, seterusnya, selepas itu, akhir sekali. Selitkan juga peribahasa yang sesuai untuk memperlihatkan semangat kerjasama.
Panduan guru 1. Hamparkan khemah dan masukkan rod ke dalam lubang di penjuru khemah.
2. Renggangkan rod di keempat-empat penjuru dan tegakkan rod untuk membentuk khemah.
3. Masukkan hujung rod ke dalam lubang kanvas di setiap penjuru. 4. Dua orang diperlukan untuk memasang pelindung khemah. 5. Regangkan pelindung khemah, kemudian ikat tali pelindung khemah pada pancang di
keempat-empat penjuru.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
31
LAMPIRAN 1
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
32
LAMPIRAN 2
ARAHAN Gunakan panduan berikut dalam perbincangan kumpulan.
kanvas
rod
rod
lubang kanvas
Pelindung khemah
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
33
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Terangkan cara memasang khemah seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
1
5
3
2
4
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
34
Standard Kandungan:
2.2 Membaca, memahami dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bahan bukan sastera dengan betul.
Standard Pembelajaran:
2.2.1 Membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan prosa bukan sastera dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca secara luncuran dan menerangkan maksud bahan yang
dibaca dengan ringkas secara lisan dengan betul. 2. Membaca secara imbasan untuk mengenal pasti isi penting dan isi
sampingan daripada petikan laporan dengan betul. 3. Mengenal pasti perkataan berimbuhan ‘ke-an’ dan ‘peR-an’ dan
membina ayat yang gramatis Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): Imbuhan ‘ke-an’ dan ‘peR-an’ 2. Kosa kata: istilah
- integrasi - silaturahim - khemah kubah - kompas
BBM: 1. Lampiran 1: Jadual perkhemahan 2. Lampiran 2: Petikan ‘Perkhemahan di Wirajaya’ 3. Panduan menggunakan peta bulatan i-think 4. Lembaran Kerja 1 5. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti ini, guru hendaklah memupuk nilai menghargai tempat-
tempat rekreasi yang banyak terdapat di negara ini. Kebanyakan tempat rekreasi ini terdiri daripada kawasan sungai dan air terjun. Pelbagai aktiviti motivasi dan membina jati diri dijalankan di tempat-tempat ini. Oleh itu apabila berkunjung ke kawasan rekreasi kita mestilah menjaga kebersihan. Buang sampah di tempat yang disediakan dan jangan merosakkan tumbuhan serta harta benda di sekitarnya.
KEM WIRAJAYA
MEMBACA
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
35
1. Aktiviti pramembaca a. Edarkan Jadual Perkhemahan sepeti dalam Lampiran 1. Minta murid membaca secara
luncuran (melihat sepintas lalu). b. Tanyakan soalan berikut:
- Apa yang dilihat - Di mana kem dijalankan? - Bila mula dan bila berakhir - Jangka masa kem - Dari jam berapa ke jam berapa dalam sehari.
(pengisian terperinci aktiviti perlu menggunakan kemahiran membaca secara imbasan. Namun untuk tujuan ini memadai sekadar membaca secara luncuran sahaja.
c. Jalankan aktiviti di atas secara lisan sahaja. 2 Membaca untuk mengenal isi penting dan isi sampingan a. Edarkan Lampiran 2 kepada setiap murid. b. Minta murid membaca secara imbasan (membaca dengan teliti) dan garis bawah isi
penting dalam petikan. c. Secara lisan bincangkan maksud istilah yang diwarnakan. Guru perlu menyediakan
kamus untuk murid mendapatkan maksud.
- Integrasi - silaturrahim - khemah kubah - kompas
d. Dalam kumpulan, catatkan isi penting tersebut dalam peta bulatan i-Think. Gunakan kertas sebak. Jadikan Lampiran 3 sebagai panduan.
e. Pindahkan maklumat dalam Lembaran Kerja 1. Kali ini catatkan semula isi penting dan tambah dengan isi sampingan. Benarkan murid merujuk petikan semasa menjalankan aktiviti ini.
3 Imbuhan ‘pe-an’ dan ‘ke-an’ a. Baca sekali lagi petikan dalam Lampiran 2. Sambil itu minta murid mengaris bawahi
perkataan dengan imbuhan ‘ke-an’ dan ‘peR-an’ b. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid mengenal pasti kata dasar perkataan
berimbuhan tersebut. Kemudian bina ayat dengan perkataan berkenaan.
AKTIVITI
khemah kubah
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
36
LAMPIRAN 1
ARAHAN Perhatikan jadual di bawah.
Tarikh/Masa 5.30 - 7.00
7.00 - 7.30
7.30 - 8.00
8.00 - 10.00 10.00- 10.30
10.30 - 12.30 12.30 - 2.00
2.00 - 4.00 4.00 - 4.30
4.30 - 6.30 6.30 -9.00
9.00 - 11.00
Jumaat 18/7/2013
Selamat datang ke Kem Wirajaya
Pendaftaran dan taklimat
perkhemahan
Min
um
peta
ng d
an s
ola
t A
sar
Pertandingan mendirikan
khemah
Sia
p d
iri, m
aka
n m
ala
m, so
lat
Mag
hrib d
an
sola
t is
yak
Menghias kawasan
perkhemahan
Sabtu 19/7/2013
Sia
p d
iri dan s
ola
t S
ubu
h
Perh
imp
una
n p
agi da
n s
en
am
an
Sara
pan p
ag
i
Membina gajet untuk kegunaan
perkhemahan
kudapa
n
Kelas (teori) Penggunaan
kompas
Makan t
eng
ah h
ari d
an s
ola
t Z
uh
ur
Kelas (praktikal)
Penggunaan kompas
Pertandingan menggunakan
kompas
Aktiviti dalam kumpulan bersama fasilitator
Ahad 20/7/2013
Kelas ikatan tali
Pertandingan ikatan tali (individu)
Pengenalan ikhtiar hidup Praktikal
ikhtiar hidup
Pertandingan ikhtiar hidup
(berkumpulan)
Isnin 21/7/2013
Kelas bantu mula
Kelas (teori) anatomi
kayak dan teknik
menyelamat
Kelas(praktikal) Menggunakan
kayak dan teknik
menyelamat
Pertandingan kayak dan
teknik menyelamat
Malam kebudayaan
Selasa 22/7/2013
Raptai kawad kaki untuk
majlis penutupan
Majlis perasmian
dan penutupan
Selamat pulang dan jumpa lagi
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
37
LAMPIRAN 2 ARAHAN .
PERKHEMAHAN DI KEM WIRAJAYA
Baca dan kenal pasti isi penting.
Perkhemahan Integrasi Unit Pakaian Seragam SMK Dato’ Harun telah diadakan pada
18 sehingga 22 Julai 2013 di Kem Wirajaya Forest Resort, Batu 20 Hutan Simpan Sg.
Congkak, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini terdiri daripada 80 orang yang diwakili oleh
lapan Unit Pakaian Seragam. Di kawasan itu terdapat sungai yang airnya bersih dan jernih.
Suasananya tenang jauh dari hiruk pikuk kota. Keindahan alam semula jadinya sungguh
memukau mata dengan pepohon yang hijau menjadikan keadaan di sekitar kawasan itu redup
dan menyegarkan. Selain itu, tidak berapa jauh dari sungai, terdapat sebuah tasik yang airnya
tenang dan berwarna kebiru- biruan. Kelihatan juga bunga teratai sedang berkembang dan
berwarna merah jambu.
Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Encik
Ridzuan bin Muhammad. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan perasaan sukacita atas
kejayaan pihak sekolah menganjurkan perkhemahan ini. Seterusnya beliau menegaskan
melalui aktiviti perkhemahan seperti ini, hubungan silaturahim antara ahli pasukan unit pakaian
seragam dapat dieratkan dan secara tidak langsung menggalakkan integrasi antara kaum.
Selain itu aktiviti sebegini juga dapat mengajarkan murid-murid untuk lebih berdikari
terutamanya apabila berdepan dengan masalah. Aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan
ini dapat melahirkan peserta yang tahan lasak dan dapat memupuk semangat berkerjasama
antara murid, serta mencungkil dan menanam cir-ciri kepimpinan dalam diri murid.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perkhemahan antaranya ialah pertandingan
mendirikan khemah kubah. Pasukan Kadet Polis telah memenangi pertandingan ini. Pada
waktu tengah hari pula telah diadakan pertandingan memasak dan masakan Pasukan Puteri
Islam telah memenangi hati pengadil. Selain pertandingan mendirikan khemah, murid-murid
juga dilatih untuk menggunakan kompas dan ikatan tali. Semua aktiviti yang dijalankan amat
menarik dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta. Semoga Perkhemahan Integrasi
ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
38
LAMPIRAN 3 Gunakan panduan ini untuk mencatat isi penting
Catatkan Tarikh, masa, peserta
Perkhemahan di Kem Wirajaya
Alam semula jadi
Catatkan Suasana fizikal
Aktiviti yang dijalankan
Catatkan aktiviti contoh
Perasmian
Catatkan Maklumat perasmian
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
39
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Catatkan semula isi penting. Kali ini tambah dengan isi sampingan.
ISI PENTING ISI SAMPINGAN
Perkhemahan Integrasi Unit Pakaian Seragam SMK Dato’ Harun
18 sehingga 22 Julai 2013 Kem Wirajaya Forest Resort,
Batu 20 Hutan Simpan Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor.
80 orang peserta 8 Unit Pakaian Seragam
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
40
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN Berikan kata dasar bagi perkataan berimbuhan ‘ke-an’ dan ‘peR-an’ yang berikut:. Kemudian bina ayat dengan perkataan tersebut.
1. keindahan
2. kelihatan
3 kejayaan
4 kepimpinan
5 Perkhemahan
6 Pemandangan
7 pertandingan
KATA DASAR AYAT
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
41
Standard Kandungan:
3.2 Menulis prosa dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai dan ayat yang gramatis.
Standard Pembelajaran:
3.2.1 Membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan frasa atau rangkai kata dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menerangkan maksud rangkai kata dengan betul. 2. Membina perkataan menjadi frasa atau rangkai kata yang menarik.
3. Membina ayat dengan menggunakan rangkai kata dengan betul. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): frasa/rangkaikata 2. Kosa kata frasa:
- Memukau (pukau) mata - Memenangi (menang) hati
1. Lampiran 1: Grafik ciri tapak perkhemahan BBM: 2. Lembaran kerja 1 3. Lembaran kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai mencintai alam sekitar
serta menjaga tapak perkhemahan. Kita juga mesti menjaga keselamatan diri seperti daripada haiwan berbisa dan cuaca. Jangan berani mengambil risiko pada situasi yang tidak pasti terutama di kawasan yang kita tidak pernah pergi. Jika ke tempat-tempat perkhemahan ini dan mesti selalu bersedia dengan ubat-ubatan serta alat keselamatan seperti wisel, lampu picit.
CIRI-CIRI TAPAK PERKHEMAHAN
MENULIS
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
42
1. Aktiviti pramenulis a. Dalam aktiviti yang lepas murid telah membaca petikan tentang Kem Wirajaya. b. Terdapat beberapa frasa atau rangkai kata yang menarik dalam petikan tersebut iaitu:
- memukau mata - tahan lasak - memenangi hati - mendapat sambutan
c. Bincangkan makna perkataan tersebut bersama murid. d. Jalankan aktiviti sumbang saran dengan memberikan sebanyak mungkin frasa yang boleh
diwujudkan daripada perkataan pertama. Misalnya: - memukau + mata = memukau mata - memukau + hati = memukau hati - memukau + pandangan = memukau pandangan
e. Lakukan pada perkataan ‘tahan’, ‘memenangi’ dan ‘mendapat’. Terangkan juga maksud frasa ini.
2. Mengenal pasti frasa atau rangkai kata a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Minta murid mengenal pasti frasa atau rangkai kata yang terdapat dalam Lampiran yang
dibaca sebelum ini Panduan guru
1. tanah rata, tapak perkhemahan 2. pintu khemah, pancaran matahari 3. tiupan angin, musim hujan, musim kemarau 4. kawasan semak samun, haiwan berbisa, kawasan perkhemahan 5. lereng bukit, tanah rata 6. dahan mati
3. Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa a. Berdasarkan frasa yang diberi, bina ayat yang gramatis. Gunakan Lembaran kerja 2.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
43
LAMPIRAN ARAHAN
1.
2.
Pastikan tanah untuk mendirikan khemah adalah rata dan tiada halangan besar seperti bukit. Tanah rata ini dipilih agar tapak perkhemahan sentiasa selamat.
Pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Pancaran matahari terus ke dalam khemah menjadikan penghuninya tidak selesa untuk berehat.
3.
4.
Pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin untuk mengelakkan tempias jika berkhemah pada musim hujan dan untuk mengurangkan kehangatan dalam khemah jika berkhemah pada musim kemarau.
Khemah tidak didirikan di kawasan semak samun untuk mengelakkan haiwan berbisa merayap ke dalam khemah atau sekeliling kawasan perkhemahan.
5.
6.
Khemah tidak didirikan berhampiran lereng bukit untuk mengelakkan kemungkinan tanah runtuh
Pastikan khemah jauh dari pokok yang condong dan mempunyai dahan mati untuk mengelakkan batang dan pokok menimpa khemah.
CIRI-CIRI TAPAK PERKHEMAHAN
Kenal pasti frasa atau rangkai kata dalam ayat di bawah. Garisi frasa atau rangkai kata tersebut.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
44
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Kenal pasti frasa nama atau rangkai kata yang terdapat dalam gambar. Catatkan pada petak
yang disediakan.
tanah rata
tapak perkhemahan
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
45
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Bina ayat menggunakan frasa yang diberikan dengan betul.
pancaran matahari 1
tiupan angin 2
musim hujan 3
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
46
LEMBARAN KERJA 1 Sambungan
haiwan berbisa 4
lereng bukit 5
dahan mati 6
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
47
Standard Kandungan:
4.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.1.3 Membina ayat dengan menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menerangkan sifat kubah bulat dengan jelas dan betul. 2. Mengenal pasti kata adjektif dengan betul.
3. Membina ayat menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): kata adjektif 2. Peribahasa (perumpamaan): bandingan semacam
BBM: 1. Lampiran 1” Gambar khemah kubah 2. Lampiran 2: Kad keratan petikan 3. Lembaran Kerja Nilai: Sepanjang aktiviti, guru mengaitkan dengan nilai cintai bahasa. Bahasa
Melayu kaya dengan kiasan dan perbandingan. Dalam banyak perkara untuk memuji, kita bandingkan sesuatu sifat itu dengan perbandingan alam. Contohnya apabila memuji kecantikan sesorang perempuan, dikatakan ‘bagai bulan dipagar bintang’ atau apabila memuji kecepatan seseorang dikatakan ‘bagai lipas kudung’. Gunakanlah perumpamaan ini dengan baik kerana bahasa yang cantik melambangkan ketinggian budi.
KHEMAH KUBAH
TATABAHASA
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
48
1. Menerangkan sifat khemah kubah a. Pancarkan gambar khemah kubah. b. Minta murid memberikan ciri-ciri khemah yang dilihat menggunakan peta bulatan. c. Pastikan murid memberikan kata adjektif. Panduan guru: - Bulat
- Merah - Putih - Selesa - Bersih - selamat
Semasa menjalankan aktiviti ini, selitkan bandingan semacam yang sesuai. Misalnya: - putih seperti salju, kapas - merah seperti darah - bulat seperti bola
2. Mengenal pasti kata adjektif a. Edarkan kad keratan petikan (K1, K2, K3) seperti dalam Lampiran 2 kepada setiap
kumpulan. Ingatkan murid bahawa petikan ini telah mereka baca semasa aktiviti membaca yang lalu. Guru- guru digalakkan untuk menjadikan K1, K2, K3 dalam bentuk kad supaya lebih menarik.
b. Baca dan kenal pasti kata adjektif dalam petikan. Untuk mengenal pasti kata adjektif, guru mengingatkan murid sekali lagi tentang ciri-ciri kata adjektif.
c. Semak sesama rakan dalam kumpulan lain. Mungkin murid keliru perkataan seperti ‘kejayaan’ (berjaya) dan ‘dieratkan’ (erat). Terima jawapan murid kerana kata dasarnya memang merupakan kata adjektif.
2. Membina ayat menggunakan kata majmuk istilah a. Edarkan Lembaran Kerja kepada setiap murid. b. Bina ayat daripada kata adjektif yang diberi dengan menambah kata penguat yang sesuai.
AKTIVITI
Terangkan ciri-ciri kata adjektif: Berupa sifat pancaindera iaitu pegang, rasa, bau. Boleh diletakkan kata penguat dapan, belakang
atau bebas (sangat, amat, sungguh, paling)
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
49
LAMPIRAN 1
Khemah kubah
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
22
LAMPIRAN 2
Perkhemahan Integrasi Unit Pakaian Seragam SMK Dato’ Harun telah diadakan
pada 18 sehingga 22 Julai 2013 di Kem Wirajaya Forest Resort, Batu 20 Hutan
Simpan Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini terdiri daripada 80
orang yang diwakili oleh lapan Unit Pakaian Seragam. Di kawasan itu terdapat
sungai yang airnya bersih dan jernih. Suasananya tenang jauh dari hiruk pikuk
kota. Keindahan alam semula jadinya sungguh memukau mata dengan pepohon
yang hijau menjadikan keadaan di sekitar kawasan itu redup dan menyegarkan.
Selain itu, tidak berapa jauh dari sungai, terdapat sebuah tasik yang airnya tenang
dan berwarna kebiru-biruan. Kelihatan juga bunga teratai sedang berkembang dan
berwarna merah jambu.
K1
Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah iaitu Encik Ridzuan bin Muhammad. Dalam ucapannya beliau telah
menyatakan perasaan sukacita atas kejayaan pihak sekolah menganjurkan
perkhemahan ini. Seterusnya beliau menegaskan melalui aktiviti perkhemahan
seperti ini, hubungan silaturahim antara ahli pasukan unit pakaian seragam
dapat dieratkan dan secara tidak langsung menggalakkan integrasi antara kaum.
Selain itu aktiviti sebegini juga dapat mengajarkan murid-murid untuk lebih
berdikari terutamanya apabila berdepan dengan masalah. Aktiviti yang
dijalankan semasa perkhemahan ini dapat melahirkan peserta yang tahan lasak
dan dapat memupuk semangat berkerjasama antara murid, serta mencungkil
dan menanam ciri-ciri kepimpinan dalam diri murid.
K1
K1
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perkhemahan antaranya ialah
pertandingan mendirikan khemah kubah. Pasukan Kadet Polis telah memenangi
pertandingan ini. Pada waktu tengah hari pula telah diadakan pertandingan
memasak dan masakan Pasukan Puteri Islam telah memenangi hati pengadil.
Selain pertandingan mendirikan khemah, murid-murid juga dilatih untuk
menggunakan kompas dan ikatan tali. Semua aktiviti yang dijalankan amat
menarik dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta. Semoga
Perkhemahan Integrasi ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
50
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 2
23
LEMBARAN KERJA
ARAHAN Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberi. Tambah kata penguat yang berikut mengikut kesesuain ayat.
1. redup
2. kebiru-biruan
3. lasak
4. erat
5. menarik
amat
sangat
amat
sungguh
51
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
52
PENGENALAN
Dalam Unit 3, murid dapat mengukuhkan kemahiran mendengar dan menyatakan fakta dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons yang betul dan bermakna, membaca dan mengesan kesalahan penggunaan frasa dan ayat daripada pelbagai bahan dan membuat penambahbaikan dengan betul, membina perenggan yang bermakna dan gramatis menggunakan frasa atau rangkai kata dengan betul.Di samping itu murid diberikan sedikit pendedahan tentang Pusat Kraf Tangan Malaysia. Pusat ini terletak di bawah Lembaga Kraf Tangan Malaysia yang bertanggungjawab untuk memajukan kraf tangan negara di pasaran tempatan mahupun luar negara.
OBJEKTIF UNIT 3 Unit ini membolehkan murid: 1. Mendengar dan menyatakan fakta dalam pelbagai wacana dengan memberikan
respons yang betul dan bernakna.
2. Membaca dan mengesan kesalahan penggunaan frasa dan ayat daripada pelbagai bahan dan membuat penambahbaikan dengan betul.
3. Membina perenggan yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan frasa atau
rangkai kata dengan betul.
4. Mengenal pasti dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran bagi kata kerja dan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.2.1)
MODUL MEMBACA (2.4.1)
KENALILAH WAU
WAU GAH DI ANGKASA
MEMBUAT WAU
MALAYSIA DAN WAU
MODUL MENULIS (3.2.2)
MODUL MENULIS (4.3.1)
UNIT 3
PERMAINAN TRADISIONAL
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
53
Standard Kandungan:
1.2 Mendengar dan menyatakan maklumat, fakta dan hujah semula dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons yang betul dan bermakna.
Standard Pembelajaran:
1.2.1 Mendengar dan menyatakan fakta dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons yang betul dan bermakna.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mendengar ayat yang mengandungi fakta tentang wau yang
disampaikan oleh rakan dalam perbualan. 2. Menerangkan hasil ciptaan wau menggunakan panduan yang diberi
dengan tepat. 3. Mengenal pasti ayat penyata dalam dialog yang didengar.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (sintaksis) – Ayat tanya 2. Sebutan dan Intonasi – Menggunakan intonasi yang sesuai semasa
berbual dengan rakan. Gunakan bahasa yang bertatasusila serta penuh hormat.
BBM: 1. Carta gambar 2. Peta bulatan: i-Think 3. Bahan untuk menghasilkan wau:
Kertas warna, gam, lidi, buluh, kertas rambu, benang dan yang berkaitan.
4. Lampiran 1 5. Lampiran 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai cinta akan warisan
budaya dalam diri murid agar tidak luput ditelan zaman. Permainan tradisional merupakan salah satu daripada warisan budaya bangsa yang telah terbukti berjaya ke peringkat antarabangsa. Malah, sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan lambing wau sebagai logo syarikat yang dibawa terbang ke merata tempat di dunia.
KENALILAH WAU
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
54
1. Aktiviti pramendengar a. Guru mencetuskan perbualan tentang warisan budaya yang masih diamalkan oleh
rakyat Malaysia iaitu permainan tradisional seperti wau, teng-teng, galah atau batu seremban.
b. Gunakan grafik di bawah untuk membantu guru dalam membicarakan hal ini. c. Galakkan murid memberikan respons dengan menceritakan peraturan permainan yang
terdapat dalam gambar. d. Murid boleh memberikan maklumat selain yang ada dalam gambar atau video yang
ditayangkan.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
55
2. Mendengar dengan teliti a. Minta dua orang murid melakonkan dialog seperti dalam Lampiran 1. Murid lain diminta
mendengar dengan teliti. b. Minta murid mencatat sekurang-kurangnya 3 ayat tanya yang didengar dalam dialog. c. Murid secara rawak menceritakan maklumat-maklumat yang didengar tentang:
- jenis-jenis wau - kegunaan wau
Panduan guru: a. Contoh ayat tanya dalam dialog:
- Apa khabar Pak Tua? - sudah berapa lamakah Pak Tua berkecimpung dalam seni kraf tangan wau ini? - Boleh tak Pak Tua berikan nama-nama wau.
b. Murid tidak semestinya perlu memberikan ayat tanya yang tepat. Sekiranya ayat tanya itu menepati maksud, itu sudah memadai (menunjukkan murid mendengar dan memahami maksud).
c.
3. Memahami apa yang didengar a. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu gambar
wau seperti dalam Lampiran 2. b. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang wau menggunakan peta bulatan i-Think.
Gunakan maklumat daripada dialog yang mereka telah dengar. c. Minta kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka tentang wau.
WAU Maklumat tentang wau
Jenis-jenis wau: - Wau Bulan - Wau Burung - Wau Kucing - Wau Merak
Kegunaan wau: - untuk pertandingan - untuk tujuan hiasan - untuk dijadikan cenderamata.
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
56
4. Menerangkan bahan dan memberikan komen a. Murid dalam kumpulan diminta menghasilkan wau ciptaan mereka sendiri mengikut
kreativiti masing-masing. b. Ketua setiap kumpulan menerangkan kelebihan wau ciptaan mereka. c. Murid dari kumpulan lain diminta memberikan komen. d. Murid dengan dengan bantuan guru memberikan markah untuk setiap penciptaan wau. e. Edarkan bahagian-bahagian utama wau kepada setiap kumpulan sebagai panduan
semasa mencipta dan menerangkan hasil ciptaan mereka.
Gunakan panduan ini semasa mencipta dan menerangkan hasil ciptaan wau dalam kumpulan. Setiap ciptaan wau mesti mempunyai bahagian-bahagian ini.
kepala
leher
daun susur
sayap
pinggang
rambu
punggung
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA WAU
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
57
LAMPIRAN 1
Ahmad: Assalamualikum . Pak Tua: Walaikummussalam. Ahmad: Apa khabar Pak Tua? Saya Ahmad daripada Majalah Sekolah ingin
menemu ramah Pak Tua tentang seni kraf tangan wau untuk dimuatkan dalam majalah sekolah saya.
Pak Tua: Khabar baik. Silakan, Pak Tua sedia menjawab. Ahmad: Pak Tua, sudah berapa lamakah Pak Tua berkecimpung dalam seni kraf
tangan wau ini? Pak Tua: Sudah lebih tiga puluh puluh tahun. Sejak Pak Tua kecil lagi. Ahmad: Tahniah Pak Tua kerana banyak memenangi pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Siapakah yang menggalakkan Pak Tua dalam pembuatan wau ini?
Pak Tua: Buat pengetahuan Ahmad, seni kraf tangan wau ini merupakan warisan
daripada datuk Pak Tua lagi. Pak Tua juga sangat berminat dalam seni kraf tangan ini selain menambahkan pendapatan keluarga.
Ahmad: Oh, begitu! Cantik-cantik wau buatan Pak Tua ya! Boleh tak Pak Tua
berikan nama-nama wau yang Pak Tua pernah buat dan pelanggan selalunya menempah wau untuk tujuan apa, Pak Tua?
Pak Tua: Banyak jenis wau yang telah Pak Tua cipta seperti Wau Bulan, Wau
Burung, Wau Kucing, Wau Merak dan pelbagai jenis wau mengikut kehendak pelanggan. Buat pengetahuan Ahmad, selain untuk pertandingan, wau selalunya ditempah untuk tujuan hiasan dan untuk dijadikan cenderamata.
Sofian: Terima kasih, Pak Tua atas kesudian Pak Tua ditemu ramah. Semoga
Pak Tua berjaya dalam memartabatkan seni kraf wau ini. Pak Tua: Sama-sama.
DIALOG
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
58
LAMPIRAN 2 Edarkan setiap kumpulan satu gambar wau berikut kepada setiap kumpulan. Minta murid berbincang tentang wau tersebut menggunakan peta bulatan.
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
59
Standard Kandungan:
2.4 Membaca dan menilai teks dengan betul.
Standard Pembelajaran:
2.4.1 Membaca dan mengesan kesalahan penggunaan frasa dan ayat daripada pelbagai bahan dan membuat penambahbaikan dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca sajak dengan betul dengan gaya dan penuh penghayatan. 2. Membaca rencana dan mengenal pasti kesalahan frasa. 3. Membuat penambahbaikan pada frasa yang dikenal pasti terdapat
kesalahan.. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): kata kerja transitif 2. Sebutan dan intonasi: gaya baca sajak
BBM: 1. Sajak ‘Gah di Angkasa’ karya Haziraf Puteri 2. Petikan menghasilkan wau 3. Lembaran Kerja 1 dan 2. Nilai: Sepanjang aktiviti guru hendaklah memupuk nilai kreativiti dalam
menghasilkan sesuatu. Wau unik buatannya serta cantik dan berwarna warni. Wau juga terkenal di merata dunia dengan pelbagai bentuk dan rupa. Sebagai generasi muda, persaingan sangat hebat dalam dunia yang serba canggih. Oleh itu kita mesti kreatif dalam menghasilkan apa sahaja. Seperti juga wau yang berkembang dan berubah mengikut zaman.
WAU GAH DI ANGKASA
MEMBACA
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
60
1. Aktiviti Pramembaca a. Edarkan sajak seperti dalam Lampiran kepada setiap murid. b. Minta murid membaca senyap dan cuba menghayati sajak berkenaan c. Sekarang baca secara kumpulan:
- Semua murid membaca ayat berwarna hitam. - Murid perempuan membaca perenggan yang bertanda biru. - Murid lelaki membaca perenggan yang bertanda merah
d. Ulang sekali lagi dan gayakan secara bicara berirama. e. Tanyakan murid tema sajak dan perkara yang cuba disampaikan oleh penyajak. f. Teliti sajak berkenaan sekali lagi. Minta murid mengenal pasti frasa yang menarik dalam
sajak (tanah bertuah, membelah angin, lambang kesaktian, menyapu angin, menyapa langit, serang menggila, terbang lagi, pesada negara, warisan bangsa, jati diri)
g. Guru menerangkan bahawa sajak banyak menggunakan frasa dan ayat yang biasanya tidak lengkap tetapi penuh makna.
3 Membaca dan megenal pasti kesalahan frasa a. Edarkan Lampiran Kerja 1. b. Murid membaca secara senyap dan perhatikan frasa yang diwarnakan. Frasa tersebut
salah penggunaannya. Kenal pasti kesalahan frasa berkenaan. c. Kongsi jawapan dengan rakan sebelah. Bersama rakan catatkan frasa yang betul. Panduan guru 1. amat digemari oleh penduduk kampung (ayat transitif pasif di…oleh dengan kata
penguat hadapan) 2. menghiasi kebanyakan (imbuhan meN-…i dengan penyambut) 3. selain dijadikan bahan permainan, wau juga (penanda wacana) 4. dimainkan oleh dua orang (kata kerja transitif pasif)
d. Guru hendaklah menerangkan prinsip tatabahasa ini kepada murid. Walau
bagaimanapun, guru berikan ayat yang mudah agar tidak mendatangkan kekeliruan. 4. Membaca dan mengenal pasti kesalahan frasa a. Edarkan Lampiran 2. b. Murid membaca dan minta mereka memberikan tumpuan kepada penggunaan kata kerja
transitif dalam ayat serta ayat dengan kata hubung (terdapat 5 kesalahan frasa). c. Berbincang dengan rakan sebelah frasa yang terdapat kesalahan. d. Edarkan Lembaran Kerja 2. Minta murid semak jawapan mereka dengan jawapan
sebenar. e. Berikan jawapan yang betul pada petak yang disediakan. Guru bantu dengan
menerangkan prinsip kata kerja transitif, tak transitif dan kata hubung. Panduan guru:
- kata kerja transitif diikuti oleh objek - kata kerja tak transitif + frasa nama mesti ada kata sendi
1. meletakkan kertas pada rangka wau 2. diikat dengan menggunakan benang 3. menggunakan warna yang berbeza 4. mengeluarkan bunyi dengung 5. di antara bahu kepak dengan tulang belakang
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
61
GAH DI ANGKASA Tiap petang di tanah bertuah Sayup irama wau bergema Berbisik-bisik pada telinga Terdengar lagu nada yang sama Kau wau membelah angkasa. Sayap lebarmu berjurai Warna di dada kilau mengilau Rambu ramba menambah meriah Kau gah dan megah Lambang kesaktian penerbangan negara Kira di situ kau bertakhta Menyapu angin menyapa langit Meski badai datang melanda Walau taufan serang menggila dan kau rebah berkali-kali Tetap kau bangun untuk terbang lagi Bangga kau di pesada negara Wau indah warisan bangsa Saksi pertiwi dan jati diri Kusimpan selama untuk seluruh genarasi Nukilan: Haziraf Puteri. Putrajaya
LAMPIRAN 1
ARAHAN Baca sajak di bawah dengan penuh gaya dan penghayatan
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
62
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan kenal pasti kesalahan frasa yang berwarna. Kemudian bincangkan frasa yang sepatutnya ditulis. Isikan frasa yang betul dalam ruang yang disediakan.
WAU
Wau juga dikenali dengan nama layang-layang. Permainan tradisional wau digemari amat penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Bulan, Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Lenggang Kebayan, Wau Sewah dan Wau Barat. Begitupun, wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiaskan banyak wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, tetapi menjadi hasil kraf tangan dan hiasan dinding. Pada kebiasaannya, wau akan dimain dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juruanjung akan memegang tali tangsi. Apabila angin bertiup, wau akan melawan arus angin dan yang memegang tali perlu menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara.
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
63
LAMPIRAN 2
ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan kenal pasti kesalahan frasa. Tumpukan perhatian kepada penggunaan kata kata transitif dan penggunaan kata hubung.
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja
meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga
melekatkan pada rangka wau kertas tersebut mengambil masa dua minggu
untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat mengguna benang mengikut bentuk serta
jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis
dan lut sinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan
kertas berkilat, lapisan kedua mengguna berbeza warna dan bercorak awan
larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.
Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak,
akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah
cantik lagi rupanya. Busur akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk
wau, agar bunyi mengeluarkan dengung apabila diterbangkan di udara.
Busur diperbuat daripada tulang daun rumbia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Maka terbentuklah seperti alat
memanah. Tali teraju diikatkan antara bahu kepak dan tulang belakang
sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.
MENGHASILKAN WAU
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
64
LEMBARAN KERJA 2
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa,
daripada kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka,
mengimbangkan kepak sehingga melekatkan pada rangka
wau kertas tersebut mengambil masa dua minggu untuk
siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar
daripada kepaknya, kemudian diikat menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga
lapis kertas nipis dan lut sinar dengan berlainan warna.
Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan
kedua mengguna berbeza warna dan bercorak awan larat
iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah
ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri
dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus
yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busur
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar
bunyi mengeluarkan dengung apabila diterbangkan di
udara. Busur diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Maka
terbentuklah seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan
antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau
bagi mengimbangi wau.
MENGHASILKAN WAU
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
65
Standard Kandungan:
3.2 Menulis prosa dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai dan ayat yang gramatis.
Standard Pembelajaran:
3.2.2 Membina perenggan yang bermakna dan gramatis menggunakan frasa atau rangkai kata dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menulis frasa untuk melengkapkan perenggan yang bermakna. 2. Membina ayat dengan rangkai kata yang bermakna.
3. Membina perenggan yang bermakna dan gramatis menggunakan frasa dengan betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): frasa 2. Kosa kata:
- pasang siap - hak ciptaan - mereka cipta
BBM: 1. Lampiran 1 2. Klip video cara-cara membuat wau
http://www.youtube.com/watch?v=dZalOe0O3K0 3. Lembaran Kerja 1 4. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai mereka cipta. Murid boleh
mencuba membuat wau sendiri. Wau yang cantik mempamerkan kreativiti yang tinggi. Pada era teknologi maklumat, generasi muda hendaklah sentiasa berani mencuba, kreatif dan kemudian mereka cipta sesuatu yang baharu atau yang diadaptasi.
MEMBUAT WAU
MENULIS
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
66
1. Aktiviti pramenulis a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid membaca dengan teliti. b. Lengkapkan perenggan dengan frasa yang diberikan agar menjadi perenggan yang
bermakna. c. Guru mengupas kosa kata yang melibatkan kreativiti dan inovasi (‘pasang siap’, ‘hak
ciptaan’ dan ‘mereka cipta’). Panduan guru
1. Mengekalkan hayat 2. Bersaiz besar, dipasang siap 3. Meneroka idea, mereka cipta 4. Mencetak corak, hak ciptaan
2. Membina ayat berdasarkan frasa a. Tayangkan klip video cara-cara membuat wau. Guru hilangkan suara dan minta murid
memberikan tumpuan kepada poses menghasilkan wau. Klip video ini memakan masa 4.37 minit: http://www.youtube.com/watch?v=dZalOe0O3K0
b. Edarkan peta alir seperti dalam Lembaran Kerja 2 . c. Dalam kumpulan, minta murid membina ayat menggunakan prasa yang diberikan dalam
setiap petak peta alir. d. Gunakan panduan seperti dalam Lampiran 1. 3. Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa a. Bersama kumpulan, bina tiga perenggan untuk menunjukkan cara-cara membuat wau. b. Guru hendaklah memastikan murid membina perenggan tersebut menggunakan frasa
yang tercatat dalam Lampiran (panduan murid). 4. Aktivitit tambahan
Lakukan sesi membuat wau dalam aktiviti kokurikulum Persatuan Bahasa Melayu di sekolah. Jalankan dalam bentuk pertandingan. Persatuan juga boleh menjadi urus setia menjalankan pertandingan ini antara semua persatuan kokurikulum di sekolah. Layangkan wau pada Hari Kokurikulum atau pamerkan di ruang ‘laluan galeri’.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
67
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Isikan tempat kosong dengan frasa yang diberi agar menjadi perenggan yang bermakna.
INFO:
Pereka wau tradisional, Kasmin Mirun, 67 tahun, berkongsi ilmu dengan penuntut universiti di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali, Korea Selatan, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tentang keunikan wau.
meneroka idea mengekalkan hayat
Dahulu, saya hanya bermain wau semasa kecil dengan membuat layang-
layang secara sambilan, selain cuba memahami erti di sebalik layang-
layang. Namun kini, saya sangat bersemangat mahu berjuang bagi
________________ ___________________ permainan tradisi Melayu ini
daripada menjadi pupus.
1
dipasang siap hak ciptaan
Wau yang dibawa biasanya bersaiz besar, justeru agak sukar untuk dibawa
jika untuk pertandingan di luar negara. Namun, masalah itu dapat diatasi
setelah melihat kreativiti peserta luar negara yang menghasilkan wau
moden, malah boleh _______________ _________________ hanya
dalam masa beberapa minit.
2
mereka cipta
bersaiz besar
mencetak corak
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
68
LEMBARAN KERJA 1 sambungan
Petikan daripada kosmo.com.my
Bersama anak-anak saya, Izani dan Izamzuri, kami ____________
______________ untuk menghasilkan wau lipat menggunakan buluh dan
kertas pada tahun 1994. Selepas kajian demi kajian dijalankan, akhirnya kami
berjaya mereka cipta wau menggunakan kain organza yang digabung dengan
kertas dan buluh tiga tahun kemudian.
3
Kami berjaya menghasilkan wau yang menggunakan fabrik berasaskan nilon
yang diimport, selain pencetak skrin sutera untuk memudahkan dan
mempercepat proses _________________ _________________ pada wau.
Syukur, usaha itu berjaya dan bagi menjamin _________________
__________________ wau lipat itu kekal milik saya, saya daftarkan di
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) awal tahun lepas untuk
mengelakkan idea itu ditiru.
3
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
69
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Berdasarkan klip video ‘Cara-cara Membuat Wau’ bina ayat dalam petak yang disediakan dengan menggunakan frasa yang diberi. Gunakan kertas majung untuk membina ayat yang lengkap.
CARA-CARA MEMBUAT WAU
LANGKAH 8 Siap untuk dilayang
LANGKAH 3 Ekor wau
Raut hujung buluh
LANGKAH 2 Tulang belakang /
sayap wau / sayap kedua
LANGKAH 1 Buluh yang diraut
LANGKAH 6 Kiri kanan sayap
LANGKAH 4 Rangka wau siap
LANGKAH 5 Kertas digumpal
Gunting ikut rangka Gam pelekat
LANGKAH 7 Ekor wau
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
52
LAMPIRAN 1 Panduan murid
1. Bahan untuk membuat wau. 2. Rangka wau
pisau
Gam pelekat
Kertas warna
Buluh diraut
Benang atau tali rafia/tali nylon
Badan dan sayap
ekor
kepala
70
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
53
Standard Kandungan:
4.3 Mengenal pasti dan menggunakan kata terbitan dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran bagi kata kerja dan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyebut perkataan berimbuhan awalan dan akhiran kata
kerja dan kata adjektif dengan betul. 2. Mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
kata kerja dan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. 3. Membina ayat menggunakan perkataan berimbuhan awalan
dan akhiran kata kerja dan kata adjektif berdasarkan tema dengan betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): imbuhan awalan dan akhiran 2. Sebutan dan intonasi
BBM: 1. Lampiran 1: Gambar aktiviti membuat wau dan permainan
wau 2. Lampiran 2: Teks ceramah Pusat Kraf Tangan Malaysia 3. Lembaran Kerja 1 4. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru menerangkan Pusat Kraf Tangan Malaysia.
Pusat ini terletak di bawah Lembaga Kraf Tangan Malaysia yang bertanggungjawab untuk memajukan kraf tangan negara di pasaran tempatan mahupun luar negara. Oleh itu, murid perlu diberi kesedaran bahawa negara kita banyak membantu pengusaha kecil dalam memajukan industri kecil negara. Murid perlu sedar bahawa peluang sentiasa ada cuma kita hendaklah bijak mengambil peluang, rajin dan kreatif. Banyak produk kita telah menarik perhatian luar negara seperti anyaman, bantik dan barangan perak.
MALAYSIA DAN WAU
TATABAHASA
71
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
54
1. Menyebut kata kerja berimbuhan a. Tunjukkan gambar seperti dalam Lampiran. Lekatkan pada papan hijau (guru
boleh membesarkan gambar ini). b. Minta murid nyatakan apakah yang sedang dilakukan oleh orang dalam gambar
berkenaan. Pastikan murid menggunakan kata kerja atau kata adjektif yang berimbhu awalan atau akhiran.
c. Guru digalakkan mengambil contoh lain tetapi mestilah dalam lingkungan tema ‘wau’.
Panduan guru: - melukis
- melorek - melayangkan - meraut - tercantik
2. Mengenal pasti kata berimbuhan a. Edarkan Lembaran Kerja 1. Minta dua orang murid (yang telah dikenal pasti dan diberikan latihan cara gaya
menyampaikan ceramah) membacakan ceramah seperti dalam Lampiran 1. Murid lain mendengar dengan teliti.
b. Guru boleh bersoal jawab dengan murid dengan meminta pendapat mereka tentang gaya menyampaikan ceramah. Guru memberikan bimbingan tentang cara dan gaya menyampaikan ceramah.
c. Murid mengenal pasti semua perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Garisi perkataan berkenaan.
d. Dalam petak sebelah kanan pastikan murid dapat membezakan antara kata kerja dengan kata adjektif.
e. Secara bergilir-gilir, minta murid membina ayat mudah menggunakan perkataan tersebut secara lisan. Lampiran 2 merupakan panduan guru.
2. Membina ayat menggunakan kata berimbuhan a. Edarkan Lembaran Kerja 2. b. Minta murid menjalankan latihan membina ayat dengan perkataan berimbuhan
yang diberikan. c. Pastikan murid menggunakan tema tentang wau.
AKTIVITI
72
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
55
LAMPIRAN
73
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
56
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Baca dan garisi perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. Kemudian catatkan perkataan tersebut dalam petak sebelah kanan yang disediakan.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan
Pengerusi Majlis, tuan-tuan dan puan-puan serta para
pelajar. Saya, Ahmad bin Basir dari Pusat Kraf Tangan
Malaysia amat berbesar hati kerana dijemput oleh pihak
penganjur untuk menyampaikan ceramah bertajuk Kraf
Tangan Wau.
Hadirin yang dihormati,
Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia
merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal
di rantau ini. Wau merupakan salah satu kraf tangan yang
sangat unik dan boleh dijadikan cenderamata untuk dibawa
pulang oleh para pelancong. Oleh itu, hasil kraf tangan
yang dijual kepada para pelancong hendaklah berkualiti dan
bermutu tinggi.
Hadirin yang dimuliakan,
Hasil kraf tangan wau terkenal dengan mutu
pembuatan yang berseni. Untuk menghasilkan barangan
kraf tangan yang berkualti ini, pengusaha kraf tangan
perlulah menggunakan bahan semula jadi yang asli dan
mengasilkannya sepenuh hati. Para pelancong akan tertarik
dan akan membelinya walaupun harganya agak mahal.
Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga dan
membeli kraf tangan Malaysia seperti wau ini supaya dapat
kita kekalkan keseniannya. Selain itu, hasil-hasil seni juga
menjadi faktor untuk menarik pelancong dari dalam negeri
dan luar negara, sekal gus dapat menjana ekonomi
negara.
Sekian, terima kasih.
Imbuhan awalan/akhiran Kata Adjektif
Imbuhan awalan/akhiran
Kata kerja
74
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
57
LAMPIRAN 2 Panduan guru
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar. Saya, Ahmad
bin Basir dari Pusat Kraf Tangan Malaysia amat berbesar hati
kerana dijemput oleh pihak penganjur untuk menyampaikan
ceramah bertajuk Kraf Tangan Wau.
Hadirin yang dihormati,
Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia merupakan
salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini. Wau
merupakan salah satu kraf tangan yang sangat unik dan boleh
dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang oleh para pelancong.
Oleh itu, hasil kraf tangan yang dijual kepada para pelancong
hendaklah berkualiti dan bermutu tinggi.
Hadirin yang dimuliakan,
Hasil kraf tangan wau terkenal dengan mutu pembuatan
yang berseni. Untuk menghasilkan barangan kraf tangan yang
berkualti ini, pengusaha kraf tangan perlulah menggunakan bahan
semula jadi yang asli dan mengasilkannya sepenuh hati. Para
pelancong akan tertarik dan akan membelinya walaupun harganya
agak mahal.
Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga dan membeli
kraf tangan Malaysia seperti wau ini supaya dapat kita kekalkan
keseniannya. Selain itu, hasil-hasil seni juga menjadi faktor untuk
menarik pelancong dari dalam negeri dan luar negara, sekal gus
dapat menjana ekonomi negara.
Sekian, terima kasih.
75
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 3
58
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Bina ayat dengan perkataan berimbuhan yang diberi dengan betul. Gunakan apa sahaja maklumat yang anda tahu tentang wau sebagai tema dalam ayat anda.
menjaga tercantik
menarik bersabar
jualkan merahkan
belikan kekalkan
.
1. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
5. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
6. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
7. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
8. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
76
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
77
PENGENALAN
Dalam Unit 4, murid dapat mengukuhkan kemahiran berbual dan bercerita tentang isu-isu semasa dalam pelbagai situasi tidak formal dan formal, membaca drama dan menterjemahkan isi cerita dengan betul dan tepat, menulis surat kiriman rasmi yang lengkap tidak kurang daripada 60 patah perkataan, memahami dan menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat dalam pelbagai ayat. Di samping itu, murid mendapat pengalaman pembelajaran tentang perlunya berkhidmat untuk masyarakat dan memberi sumbangan tenaga, terutama kepada komuniti dalam kawasan tempat tinggal kita. Masa orang susah, kita menolong mereka, nanti apabila tiba masa kita berada dalam kesusahan, mereka pasti datang menolong kita pula. OBJEKTIF UNIT 4 Unit ini membolehkan murid: 1. Berbual dan bercerita tentang isu-isu semasa dalam pelbagai situasi tidak formal
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
2. Membaca drama dan menterjemahkan isi cerita dengan betul dan tepat.
3. Menulis surat kiriman rasmi yang lengkap tidak kurang daripada 60 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi menggunakan ayat yang gramatis.
4. Mengenal pasti dan menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
UNIT 4
KHIDMAT MASYARAKAT
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.3.1)
MODUL MEMBACA (2.3.1)
KAMI PRIHATIN
AMBIL BERAT
BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
MODUL MENULIS (3.2.3)
MODUL MENULIS (4.5.1)
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
78
Standard Kandungan:
1.3 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi tidak formal dan formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.3.1 Berbual dan bercerita tentang isu-isu semasa dan antarabangsa dalam pelbagai situasi tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Berbual tentang gambar situasi dalam tidak formal dan formal secara
santun dan bertatasusila. 2. Menceritakan peristiwa tidak formal yang ditonton melalui klip video
dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Menceritakan pengalaman diri dalam perlbagai situasi dengan
sebutan dan intonasi yang betul. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (sintaksis) 2. Sebutan dan intonasi
BBM: 1. Klip video kerjasama membawa kejayaan:
http://www.youtube.com/watch?v=EFU8F7xR7mg
2. Kami Prihatin”: http://www.youtube.com/watch?v=eJXrmOBWun0
3. Lampiran 1: Gambar pelbagai situasi 4. Lembaran kerja 1 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai prihatin terhadap apa
yang berlaku dalam masyarakat. Banyak cara kita boleh membantu orang lain, bukan hanya dengan wang ringgit tetapi dalam bentuk nasihat, sokongan, ziarah serta kasih sayang. Kita prihatin kerana nyawa manusia mesti dihargai kerana nyawa adalah anugerah Allah SWT. Jangan bersikap tidak ambil peduli kerana apabila hidup dalam masyarakat, mereka juga adalah saudara kita.
KAMI PRIHATIN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
79
1. Aktiviti pramendengar a. Tayangkan klip video kerjasama membawa kejayaan:
http://www.youtube.com/watch?v=EFU8F7xR7mg
b. Minta murid ceritakan situasi dan masalah yang berlaku dalam tiga iaitu cerita penguin, cerita semut dan cerita ketam.
c. Minta murid nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam tayangan video. d. Rumuskan nilai dalam video iaitu sepakat membawa berkat. Bekerja dalam kumpulan
lebih berjaya daripada bekerja secara individu. 2. Berbual tentang gambar a. Edarkan Lampiran 1 kepada setiap kumpulan. b. Terangkan kepada murid bahawa terdapat perbezaan antara gambar A dangan gambar B.
Minta murid memikirkan apakah perbezaan tersebut. (gambar A: situasi formal. Gambar B: situasi tidak formal).
c. Bualkan perbezaan dan persamaan tersebut dari segi penampilan, tempat, gaya bahasa, kesan dan yang seumpamanya. Guru ingatkan murid agar berbual dengan sebutan dan intonasi yang sopan serta bertatasusila.
d Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid mencatat hasil perbualan mereka. Gunakan kertas sebak agar murid boleh mencatat dengan lebih selesa.
3. Menceritakan peristiwa yang ditonton a. Tayangkan klip video ‘Kami Prihatin”: http://www.youtube.com/watch?v=eJXrmOBWun0
b. Minta murid memberikan sepenuh tumpuan dan fikirkan perkara yang berikut semasa menonton:
- Isu yang dipaparkan. - Mengapa isu menjadi fokus kini. - Mesej yang hendak disampaikan dalam video ini.
c. Masukkan murid dalam kumpulan dan berbual tentang klip video yang ditonton berdasarkan soalan-soalan di atas.
d. Setiap kumpulan menceritakan peristiwa yang mereka tonton dalam video. Gunakan sebutan dan intonasi yang betul semasa bercerita (sesuai dengan apa yang ditonton).
e. Guru pastikan setiap kumpulan menceritakan apa yang ditonton (tidak lari dari fokus) 4. Menceritakan pengalaman diri a. Murid masuk semula dalam kumpulan. b. Setiap orang menceritakan pengalaman peristiwa formal atau tidak formal yang mereka
dengar atau lihat. Kumpulan memilih satu peristiwa yang paling baik dan memberikan kesan. Guru sekali lagi ingatkan murid agar berbual dengan sebutan dan intonasi yang sopan serta bertatasusila.
c. Guru minta murid fokuskan kepada peristiwa yang berkaitan dengan khidmat masyarakat serta semangat tolong menolong.
d. Setiap kumpulan menceritakan hasil perbualan mereka di hadapan kelas.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
80
LAMPIRAN 1
GAMBAR A
GAMBAR B
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
81
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN a. Terdapat perbezaan dan persamaan antara gambar A dengan gambar B. Bualkan perbezaan dan persamaan tersebut dari
segi penampilan, tempat, gaya bahasa, kesan dan yang seumpamanya. b. Gunakan grafik peta buih berganda berikut untuk mencatat hasil perbualan anda.
GAMBAR A
GAMBAR B
PERSAMAAN PERBEZAAN PERBEZAAN
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
77
Standard Kandungan:
2.3 Membaca, memahami dan menganalisis karya sastera serta memberikan respons dengan betul dan tepat.
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca drama dan menterjemahkan isi cerita dengan betul dan tepat.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca skrip drama dan melakonkannya dengan penuh
penghayatan 2. Menterjemahkan isi cerita drama dalam bentuk grafik dengan betul. 3. Menterjemahkan isi cerita drama dalam satu perenggan dengan
betul dan tepat. 4. Menjawab soalan berdasarkan skrip drama yang dibaca untuk
menunjukkan pemahaman terhadap isi cerita. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa: kata ganti nama 2. Sebutan dan intonasi: gaya teater pembaca
BBM: 1. Klip video youtube: http://www.youtube.com/watch?v=BDkF-0lEcOs
(Kerjasama dan percaya) 2. Lampiran 1: Skrip drama ‘Ambil Berat’ 3. Lembaran Kerja 1 4. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti guru memupuk nilai kerjasama, bak kata perpatah bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Selain saling membantu orang yang dalam bencana dan kesusahan, kerja yang berat juga akan menjadi ringan. Malah, hasil kerja berkumpulan lebih kreatif dan berjaya berbanding jika kerja berseorangan. Janganlah jadi sepeti ‘katak di bawah tempurung’ atau ‘kera sumbang’ yang tidak mahu bercampur gaul dengan orang lain.
AMBIL BERAT
MEMBACA
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
78
1. Aktiviti pramembaca a. Tayangkan klip video utube: http://www.youtube.com/watch?v=BDkF-0lEcOs b. Video ini mengambil masa 3 minit. c. Minta murid memberikan respons terhadap video yang ditonton. d. Perhatikan sama ada murid dapat mengenal pasti nilai yang terdapat dalam video
(kerjasama dan saling mempercayai akan membuahkan kejayaan) 2 Membaca skrip drama dan melakonkan watak a. Edarkan Lampiran. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan dan latih mereka membaca
drama dalam kumpulan. Lantik beberapa murid memegang watak. b. Minta murid membaca dialog mengikut watak masing-masing menggunakan teknik Teater
Bercerita. c. Ulang sehingga setiap kumpulan melakonkan drama tersebut. d. Kumpulan lain menilai dan berikan komen. Panduan guru: - Teknik Teater Pembaca ialah setiap watak yang membaca dialog akan menapak
selangkah ke hadapan. - Selesai membaca dialog, murid tersebut akan ke belakang semula. - Watak seterusnya akan menapak ke hadapan dan membaca dialog, setelah selesai, ke
belakang dan begitulah sehingga selesai drama yang dibacakan. - Nilai murid dari segi kejelasan suara dan penghayatan.
3 Menterjemahkan isi cerita dalam bentuk grafik a. Baca drama di atas sekali lagi. b. Garis bawahi maklumat penting dalam drama. c. Edarkan Lembaran Kerja dan terjemahkan drama tersebut dalam bentuk grafik yang diberi. d. Pastikan murid mengenal pasti nilai bahawa kita harus bekerjasama dalam membantu
rakan yang dalam kesusahan. 4 Menterjemahkan isi cerita dalam satu perenggan a. Berdasarkan maklumat dalam aktiviti (3), minta murid menterjemahkan drama dalam
bentuk cakap pindah dalam satu perenggan. Gunakan penanda wacana yang sesuai. b. Jalankan aktiviti ini secara individu. c. Guru membimbing murid menulis dengan menggunakan frasa berikut:
- Drama mengisahkan tentang... - Cikgu Jalil memaklumkan bahawa... - Amin gemar .... - Ahmad, Shahrul dan Khadijah serta kawan-kawan sekelasnya ..... - Cikgu Jalil berasa ... - Cerita ini mengajar kita ...
d. Ingatkan murid agar menggunakan kata ganti nama yang betul apabila menggunakan cakap pindah.
5. Menjawab soalan menunjukkan pemahaman a. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid menjawab soalan untuk menunjukkan mereka
faham akan isi ceirta.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
79
LAMPIRAN
AMBIL BERAT
Cikgu Jalil: Murid-murid, Amin sudah seminggu tidak datang ke sekolah. Dia sekarang berada di hospital. Sesiapa yang hendak melawat Amin bolehlah pergi melawatnya.
Ahmad: Cikgu, saya dan kawan-kawan nak melawatnya petang ini. Kami juga bercadang hendak
bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Amin, esok. Shahrul: Rumah Amin perlu sama-sama kita bersihkan, cikgu. Banyak tin kosong, tayar lama, botol
kaca dan surat khabar lama yang bertaburan di kawasan rumahnya. Khadijah: Amin memang suka kumpul barang-barang lama cikgu. Kami dah lama tegur Amin agar
bersihkan kawasan rumahnya tetapi dia tak endah. Apabila sudah sakit, barulah dia menyesal, tetapi nasi sudah menjadi bubur!
Ahmad: Betul tu cikgu. Kami selalu nasihatkan dia agar bersihkan kawasan rumahnya. Dia memang
suka pungut barang-barang lama untuk dijual. Cikgu Jalil: Cikgu faham. Niat Amin memang baik kerana ingin mencari duit menampung wang
persekolahannya tetapi barang-barang yang dipungut jangan sekali-kali dibiarkan bersepah kerana boleh menakung air. Nyamuk aedes, nyamuk tiruk, lalat, tikus dan binatang perosak yang lain akan tinggal di situ. Haiwan-haiwan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit.
Khadijah: Marilah kita bergotong-royong membersihkan rumah Amin, Cikgu! Ahmad: Saya dan kawan-kawan sekelas dah setuju nak pergi cikgu. Cikgu Jalil: Sebenarnya, cikgu sudah melawat Amin petang semalam. Nampaknya dia sudah beransur
pulih. Saya juga berjumpa dengan bapa Ahmad di hospital. Bapa Ahmad kata, penduduk kampung akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung termasuk rumah Amin pada hujung minggu ini. Apa kata, kita sama-sama memberikan khidmat bakti kita kepada penduduk kampung Amin.
Semua murid:
Kami setuju cikgu!
Cikgu Jalil:
Cikgu kagum dengan semangat kamu semua. Selain mengeratkan silaturahim, amalan yang mulia ini perlu kita tanamkan dalam diri masing-masing. Kita jumpa pada hujung minggu ini di Balai Raya Kampung Seberang. Jangan lupa, minta kebenaran daripada ibu bapa dan bawa peralatan untuk bergotong-royong.
Semua murid:
Baik cikgu. Jumpa nanti di sana. (Jerit murid-murid dalam Kelas Tingkatan Dua Cempaka beramai-ramai)
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
80
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Terjemahkan drama yang dibaca dalam grafik di bawah.
AMBIL BERAT
Nyatakan situasi Nyatakan watak
Sikap ambil berat yang ditunjukkan 2
Sikap ambil berat yang ditunjukkan 1
Nilai yang ditunjukkan dalam drama ini
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
81
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN Berdasarkan drama ‘Ambil Berat’, jawab soalan berikut nyang menunjukkan anda faham isi ceritanya. 1. Siapakah yang telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi?
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
2. Mengapakah anak-anak murid Cikgu Jalil hendak bergotong-royong membersihkan rumah kawannya yang sakit? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, mengapakah para remaja kini tidak berminat untuk terlibat dalam aktiviti gotong-royong ? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
4. Senaraikan lima nilai murni yang diamalkan oleh anak-anak murid Cikgu Jalil. i. _______________________ ii. _______________________ iii. _______________________
5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘nasi sudah menjadi bubur’? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
82
Standard Kandungan:
3.2 Menulis prosa dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai dan ayat yang gramatis.
Standard Pembelajaran:
3.2.3 Menulis karangan ucapan dan surat kiriman rasmi yang lengkap tidak kurang daripada 60 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menulis surat penghargaan berdasarkan skrip drama ‘Ambil Berat’. 2. Menyusun dan melengkapkan perenggan agar menjadi surat yang
lengkap. Menulis surat rasmi yang lengkap berdasarkan bahan rangsangan
yang diberi menggunakan ayat yang gramatis. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (sintaksis): ayat majmuk 2. Kosa kata (penghargaan)
- Terima kasih - Tahniah - Syabas - Besar harapan
BBM: 1. Lampiran 1: Format surat rasmi 2. Lampiran 2: Gambar sekolah yang bersih, ceria dan selesa 3. Lembaran kerja 1 4. Lembaran kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru masih menekankan semangat kerjasama dan
khidmat masyarakat. Sekolah yang bersih, ceria dan selesa akan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Oleh itu murid mestilah selalu menjaga kebersihan bersama-sama. Kita tidak boleh hanya mengharapkan orang lain untuk membuat kerja seorang diri sedangkan keperluan tersebut adalah keperluan bersama. Di luar kawasan sekolah, murid boleh bersama-sama membuat kerja amal seperti melawat rumah orang tua-tua atau rumah anak-anak yatim.
BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING
MENULIS
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
83
1. Aktiviti pramenulis a. Buka topik perbualan tentang pengalaman murid sama ada pernah menulis surat kiriman
rasmi. b. Minta murid catatkan pada papan hijau, kata nama yang digunakan dalam surat kiriman
rasmi (tuan, puan, YBhg. Dato’). Guru bertanya murid mengapakah kita menggunakan gelaran dan panggilan hormat dalam surat kiriman rasmi (menunjukkan hormat dan urusannya adalah rasmi).
2. Menulis surat penghargaan a. Edarkan sekali lagi skrip drama ‘Ambil Berat’ yang telah dibaca oleh murid sebelum ini
dalam kemahiran membaca. b. Minta murid meletakkan diri mereka sebagai Amin. Tulis surat penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah yang telah sudi menjalankan gotong royong di kawasan rumahnya.
c. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulkan. d. Edarkan Lampiran 1 kepada setiap kumpulan sebagai panduan untuk menulis surat. 3. Melengkapkan perenggan surat a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan baca dengan teliti dan susun mengikut urutan menulis
surat. b. Tuliskan perenggan yang telah disusun dalam surat kiriman rasmi pada Lembaran Kerja 2
agar menjadi surat yang lengkap. c. Minta seorang murid membacakan surat kiriman rasmi yang sudah lengkap diisi. 4 Menulis surat rasmi yang lengkap a. Edarkan Lampiran 2. Ditunjukkan ialah gambar tentang persekitaran sekolah yang bersih
dan ceria. b. Berdasarkan maklumat dalam gambar, tulis surat penghargaan kepada Pengetua dan
warga sekolah kerana telah berjaya mewujudkan suasana yang selesa untuk belajar. c. Gunakan ayat majmuk yang gramatis. Dan kosa kata yang menunjukkan penghargaan
seperti tahniah, syabas, terima kasih. d. Nyatakan:
- Tahniah atas kejayaan sekolah - Harapan agar semua sekolah perlu menjadikan sekolah ini sebagai sekolah contoh - Kejayaan ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
84
LAMPIRAN 1 Panduan guru dan murid
_________________ _________________ _________________ ___________ Tuan/Puan ______________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ 2. ____________________________ _______________________________ _______________________________ 3. ____________________________ ______________________________ ______________________________ ______________ Yang ikhlas, ( ____________)
_________________ _________________ _________________
Tandatangan nama pengirim (huruf besar) dan jawatan (ditulis jika diperlukan.
Alamat pengirim Garisan
melintang
Tarikh (bulan ditulis dengan huruf besar)
Penutupan dan ucapan terima kasih
Nama dan alamat penerima (baris terakhir digariskan
Kata sapaan
Perenggan pertama (tidak dinomborkan dimulakan dari tepi)
Perenggan kedua, ketiga, dan seterusnya (diberikan nombor)
Perkara (digariskan di bawahnya)
Bhg. 1
Bhg. 2
Bhg. 3
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
85
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Pilih dan salin semula perenggan berikut untuk melengkapkan surat kiriman rasmi dalam Lembaran Kerja 1.
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha yang mewakili ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu ingin meminta kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat di tempat tuan. Kami bercadang untuk mengadakan program tersebut seperti ketetapan yang berikut:
Selain itu, kami selaku remaja juga berasa teruja untuk mengenali warga tua di situ dengan lebih dekat lagi. Kami berharap semoga dengan program yang akan kami jalankan ini akan dapat menggembirakan penghuni di sana.
Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk memberikan sumbangan tenaga, wang dan buah fikiran untuk membantu warga tua yang berada di Rumah Seri Kenangan tersebut.
Penguasa, Rumah Seri Kenangan Cheng, KM 12 Jalan Cheng Baru, 75250 Melaka.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
86
LEMBARAN KERJA 2
Persatuan Bahasa Melayu, SMK Seri Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka. _______________________________________________________________________________ Kepada, Penguasa Rumah Seri Kenanga Cheng KM 12, Jalan Cheng Baru 75250 Melaka 17 JULAI 2013 Tuan, Memohon Mengadakan Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ Tarikh : 21 September 2013. Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
2. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________.
3. ________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________.
4. Kami berharap agar permohonan kami akan diterima oleh pihak tuan.Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan kami ucapkan terima kasih.Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………………. (NURAINI BIN ALI) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, SMK Seri Pengkalan. 78000 Alor Gajah, Melaka.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
87
LAMPIRAN 2
SEKOLAH YANG BERSIH, CERIA DAN SELESA
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
88
Standard Kandungan:
4.5 Mengenal pasti dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.5.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menerangkan keadaan kelas menggunakan kata adjektif dengan
betul mengikut konteks. 2. Membina ayat menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat
dengan betul mengikut konteks 3. Menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat dalam perbualan
penguat dengan betul mengikut konteks Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): kata adjektif: 2. Sebutan dan intonasi
BBM: 1. Lampiran: Grafik keadaan di dalam kelas 2. Lembaran kerja 1 3. Lembaran kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti, guru masih menekankan pentingnya hidup bermasyrakat
dan saling tolong menolong. Misalnya jika kita meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang, maka beritahulah jiran untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Misalnya apabila keadaan mencurigakan, jiran akan memberitahu kita dengan kadar segera dan bertindak menghubungi polis.
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
TATABAHASA
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
89
1. Menerangkan keadaan kelas a. Paparkan gambar sebuah kelas yang bersih seperti dalam Lampiran. Kelas yang bersih
seperti ini hanya akan diperoleh apabila adanya kerjasama dan bersikap tolong-menolong di dalam kelas.
b. Minta murid menerangkan keadaan kelas tersebut. Guru mesti mengawal murid agar dapat memberikan jawapan kata adjektif.
c. Guru dan murid sama-sama menyemak jawapan (bersih, kemas, cantik, teratur, tersusun, ceria, berwarna-warni, cerah, terang, wangi atau kata adjektif lain yang berkaitan).
d. Guru menerangkan bahawa: - kata adjektif merupakan kata sifat yang menggambarkan sesuatu itu secara fizikal,
boleh dirasa, sentuh dan juga yang menerangkan keadaan. - Kata adjektif boleh diberikan kata penguat yang hadir di hadapan atau belakang
kata adjektif atau kata penguat bebas iaitu boleh hadir di hadapan dan di belakang kata adjektif.
- Cara untuk mengenal kata adjektif adalah apabila kata adjektif boleh diberikan kata penguat.
2. Membina ayat menggunakan frasa adjektif dan kata penguat a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. Minta murid membina ayat
menggunakan kata adjektif dan kata penguat yang diberikan. b. Pastikan murid membina ayat yang gramatis dan betul susunan subjek dan predikatnya. c. Minta seorang demi seorang murid membacakan ayat yang dibina. d. Guru dan murid sama-sama menyemak ayat-ayat ini dan buat pembetulan jika mereka
menyedari ayat-ayat lain yang dibina terdapat kesalahan. 2. Menggunakan frasa adjektif dengan kata penguat dalam dialog a. Dudukkan murid secara berpasangan. b. Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap pasang murid. c. Minta murid membina dialog menggunakan tema yang diberikan. Murid menstilah
menggunakan kata adjektif dengan kata penguat dalam dialog berkenaan. d. Bebaskan murid memilih mana-mana tema berikut untuk membina dialog.
- Membantu jiran membuat persiapan untuk majlis rumah terbuka Hari Raya. - Menjalankan aktiviti membersihkan kawasan di tempat kediaman. - Membantu jiran yang baru sahaja berpindah rumah. - Menghadiri Hari Keluarga di sekolah adik. - Menziarah rakan yang baru sahaja kematian ahli keluarga.
Guru boleh memberikan tajuk lain yang bersesuaian dengan tema hidup bermasyarakat. e. Lakonkan dialog yang dibina di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang lembut
serta sopan.
AKTIVITI
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
90
LAMPIRAN
KEADAAN DI DALAM KELAS
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
91
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN
Bina ayat berdasarkan gambar menggunakan kata adjektif dan kata penguat yang diberikan.
1. _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
2. _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
3. _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
4. _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
5. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________.
kuning
rajin
bersih tinggi cepat
sangat paling amat sekali
besar
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.2/Unit 4
92
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN Bina dialog antara dua orang dengan tema yang diberikan oleh guru. Pastikan dialog anda ada kata adjektif dengan kata penguat.
1 3 2
4 6 5
7 9 8
101
111
121