Download - Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
1/33
BAITULMAL DAN PELAKSANAANNYA DI ZAMAN
KHULAFA AL-RASYIDIN
Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggarakan segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berhargaseperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).
Baitumal telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berapa digunakan oleh
baginda kerana sumber kerajaan ketika itu agak terbatas serta baginda tidak suka menyimpan
barang-barang amanah kerana tidak mahu menimbulkan masalah. Semua hasil pendapatan akan
diagihkan segera oleh Nabi Muhammad SAW kepada yang berhak.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai
pemegang kunci baitulmal ketika itu. Namun, pelaksanaannya agak terhad dan tidak menyeluruh.
Peranan institusi ini semakin penting pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab disebabkan harta
negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber
pendapatan negara Islam ialah zakat, fay, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.
PERANAN BAITULMAL
Menyelesaikan masalah kemiskinan serta kedaifan dalam kalangan golongan Islam.
Peranan seterusnya ialah adalah untuk membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti sosial,
perdagangan dan perindustrian
Menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan negara bahkan ia
merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
Sumber-sumber dari Baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan
tentera yang berkhidmat secara tetap ataupun sukarela.
Dapat mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan
biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
http://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/baitulmal-dan-pelaksanaannya-di-zaman.html -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
2/33
PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, institusi baitulmal telah wujud. Abu
Ubaidah telah dilantik sebagai pemegang kunci baitulmal. Pelaksanaan baitulmal pada ketika ini agak
terhad dan tidak menyeluruh.
Pelaksanaan baitulmal pada zaman Khalifah Abu Bakar dapat dilihat apb beliau menyerahkan
sebidang tanah Nabi Muhammad SAW kpd baitulmal apabila Fatimah menyatakan bahawa Nabi
tidak melakukan pindah milik kpdnya sebelum wafat.
Khalifah Abu Bakar telah berjaya melaksanakan ekspedisi ketenteraan terhadap Parsi dan berjaya
mendapat kutipan jizyah dan zakat lalu disimpan di baitulmal.
Ketika Khalifah Abu Bakar as-Siddiq hampir meningggal dunia, beliau berpesan kpd Umar al-Khattab
supaya mengambil hartanya sebanyak 8 000 dirham utk dikembalikan kpd baitulmal.
PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Beliau telah
mewujudkan pengurusan baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku kira-kira negara
untuk mengetahui pengaliran wang masuk dan keluar.
Harta negara Islam semakin bertambah dan pelbagai antaranya zakat, jizyah, sedekah , kharaj, usyur
dan ghanimah. Seterusnya sumbangan melalui ekspedisi kemenangan ketenteraan dan dakwah.
Peringkat awal, Khalifah Umar telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair
bin Mutam untuk mengendalikan institusi yang sebelum ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
3/33
Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap
cawangan.
Pegawai-pegawai akan lantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada Baitulmal peringkat
pusat.
Khalifah Umar telah memastikan tidak ada kemasukan sesuatu ke dalam baitulmal atau pengeluaran
baitulmal sekiranya bertentangan dengan hukum syarak. Mengharamkan sebarang tindakan untuk
kepentingan peribadi kerana harta berkenaan adalah amanah Allah.
Khalifah Umar pernah mengambil bahan makanan seperti gandum, mentega dan kurma dari stok
simpanan di baitulmal utk diberikan kpd seorang wanita dan anak-anaknya akibat kelaparan.
Khalifah Umar juga melarang golongan tentera memiliki tanah dan rumah sebagai rampasan perang.
Tanah-tanah di wilayah yag ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya dan melarang orang Islam
memilikinya. Golongan tentera Islam telah diberi elaun atau gaji drp baitulmal.
PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH UTHMAN AFFAN
Khalifah Uthman juga turut menggunakan baitulmal dan memastikan pengurusan harta negara yang
sistematik. Pendapatan negara semakin meningkat dan telah digunakan utk kepentingan serta
kebajikan rakyat seperti membina jalan, jambatan, projek perumahan dan kelengkapan tentera.
Namum, mula timbul masalah mengenai baitulmal sehingga membawa penentangan terhadapnya.
Beliau telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal utk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau
juga turut dituduh menaikkan kadar cukai yg dikenakan terhadap rakyatnya, tidak mengagihkan
harta perang dan dituduh boros dlm perbelanjaan.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
4/33
Hakikatnya, beliau terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih drp biasa bagi menyekat
serangan musuh spt menghadapi ancaman laut oleh Byzantine di Mesir. Beliau juga terpaksa
menggunakan wang negara utk memperkuatkan angkatan laut spt membeli kapal dan senjata.
Khalifah Uthman juga tidak mengagihkan harta rampasan perang kerana harta itu diperuntukkan
oleh beliau bagi keperluan negara. Beliau juga tidak menggunakan harta baitulmal utk diberikan kpd
kaum keluarganya iaitu Abdullah bin Saad (gabenor Mesir) sehingga penduduk Mesir bangkit
menentangnya.
Semua ini adalah tuduhan orientalis Barat semata-mata di mana Khalifah Uthman tidak akan
berbuat demikian kerana beliau adalah seorang yang kaya serta dermawan. Harta rampasan perang
yang diberikan kpd Abdullah bin Saad digunakan utk membayar gaji tentera laut.
Khalifah Uthman sanggup menyerahkan perdagangannya yang besar kpd kaum keluarga dan wakil
utk menguruskan harta tersebut dan menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan
Islam menubuhkan baitulmal yang sebenar.
PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH ALI ABI TALIB
Khalifah Ali bin Abi Talib juga meneruskan sistem baitulmal dan menguruskan dengan jujur dan
amanah serta tidak menggunakan harta baitulmal. Beliau hidup dlm keadaan sederhana, menerima
gaji sama seperti Khalifah Abu Bakar dan Umar, memakai pakaian yang singkat dan bertampal-
tampal serta tidak pernah menyimpan harta sepanjang kehidupannya.
Ketika berperang dgn Muawiyah, Khalifah Ali tidak menggunakan harta baitulmal bagimempertahankan diri seperti mana Muawiyah yang menggunakan wang dan hadiah utk mendapat
sokongan orang lain. Malah beliau turut menolak permintaan saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib
yang meminta harta baitulmal.
SUMBER BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
5/33
1. ZAKAT
Zakat dari segi bahasa berasal drp kata dasar zaka iaitu penambahan atau penyucian. Dalam al-
Quran, zakat disebut sebanyak 58 kali. Zakat juga mempunyai makna lain sebagai syahadah, zakat,
kebaikan, zakat fitrah, suci, halal dan sadaqah.
Zakat merupakan salah satu drp rukun Islam dan wajib mengeluarkan zakat apabila cukup sayartnya.
Amil dilantik utk melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan drp pihak yang layak berzakat
mengikut ukuran dan kadar nisabnya. Zakat pula terbahagi kpd 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta
benda.
Zakat akan diagihkan kpd 8 golongan asnaf iaitu orang fakir, hamba yg hendak memerdekakan diri,
orang miskin, orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir dan amil.
Antara peranan dan kepentingan zakat ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala,
menyucikan jiwa drp kekotoran dan dosa, memperoleh keberkatan, dapat mendamaikan dan
mewujudkan kedamaian, dapat menyemaikan semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong
antara satu sama lain, dan dapat mengikis sifat tamak dlm pemilikan harta.
Dengan pengeluaran zakat berdasarkan syarat yang dikenakan, maka ini membuktikan ketaatan kpd
Allah
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau bertindak tegas dgn memerangi orang yang enggan
membayar zakat seperti yang dilakukan oleh penduduk di Yaman, Yamamah dan Oman. Beliau amat
tegas menyatakan bahawa solat adalah tiang agama manakala zakat pula sebagai jambatannya.
Kutipan zakat semakin bertambah pada zaman Khalifah Umar al-Khatab ekoran berlakunya peluasan
kuasa terutama di Parsi.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
6/33
Zakat ternakan kuda telah diperkenalkan oleh Khalifah Uthman bin Affan kerana beliau menjelaskan
bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga mereka berupaya
memiliki binatang seumpama itu.
2. KHARAJ
Kharaj hanya dikenakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Pada zaman Nabi Muhammad SAW,
tanah-tanah yang dikuasai dikembalikan kpd tuannya dgn syarat membayar cukai. Pada zaman
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, tanah-tanah yang dikuasai melalui peperangan akan diagihkan kpdanggota tentera yg terlibat.
Kharaj akan dikenakan kpd tanah yg ditakluki terutama di Iraq. Tanah ini tidak akan dikenakan cukai
sekiranya tuannya memeluk Islam.
Kharaj juga dikenakan ke atas tanah lain seperti tanah rampasan perang yg dimiliki oleh tentera
Islam dan pengusahanya bukan org Islam, tanah yang diusahakan oleh gol dhimmi dgn kebenaranpemerintah Islam, tanah terbiar yg dikerjakan oleh org Islam dan tempat tinggal gol dhimmi yg
diubah menjadi kawasan pertanian.
Pemegang Amanah @ gol Ahl al-Ayyam telah dilantik oleh Khalifah Umar mengawasi dan mentadbir
tanah tidak bertuan yg diusahakan oleh petani tempatan.
Gol Ahl al-Ayyam bert/jawab utk memunggut cukai tanah ini dan 1/5 drp hasilnya dihantar kpdkerajaan pusat. Manakala bakinya diagihkan kpd mereka yg terlibat dlm penaklukan Iraq.
Kharaj dpt dibhg kpd 2 jenis iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj muqasamah.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
7/33
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
8/33
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, sistem kharaj masih belum diperkenalkan kerana tanah-tanah yang
ditakluki pada zamannya masih dianggap sebagai harta rampasan perang. Oleh itu, tanah-tanah ini
telah diagihkan kpd tentera yg terlibat dlm ekspedisi penaklukan tersebut.
Semasa Khalifah Umar al-Khattab, tanah-tanah yang ditakluki di Iraq telah dijadikan tanah kharaj.
Bagi tanah yang tidak bertuan telah dijadikan hak milik bersama dan diusahakan oleh petani
tempatan di bawah pengawasan Pemegang Amanah. Beliau telah menyerahkan tugas mengutip
kharaj kpd golongan Ahl al-Ayyam.
Di akhir pemerintahan Khalifah Uthman, gol ini tdk lagi diberi kuasa utk mengurangkan kadar cukai.
Kuasa ini telah diberikan kpd pentadbiran gabenor.
Hasil kharaj yang dikutip akan diserahkan kpd baitulmal utk dimanfaatkan spt memperbaiki
infrastruktur, prasarana, memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki
sistem perhubungan, mewujudkan sistem pengairan dan memperbaiki saliran yg sedia ada.
3. JIZYAH
Jizyah pula merupakan cukai politik yg dikenakan terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai
balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
Jizyah hanya dikenakan kpd mereka yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan,
merdeka serta bukan ahli agama spt paderi atau pendeta.
Jizyah terbahagi kpd 2 kategori iaitu jizyah dgn kadar ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama
dan jizyah dgn kadar ditetapkan oleh kerajaan Islam.
Jizyah boleh dibayar dalambentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Mereka yang
enggan membayar jizyah dianggap tidak setia kpd negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
9/33
Jizyah akan dikenakan pada setiap awal tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dinar. Bagi
sesetengah mazhab seperti Mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 48 dirham
bergantung kpd status seseorang individu.
Pembayaran jizyah tidak akan dikenakan sekiranya orang kafir dhimmi telah memeluk Islam atau
pemerintah Islam gagal memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda.
Amalan jizyah telah diteruskan pada zaman Khalifah Abu Bakar terutama ketika ekspedisi sebelum
menyerang Byzantine dan Parsi. Mereka ditawarkan 3 pilihan sama ada menerima Islam, berperang
ataupun membayar jizyah. Kadar jizyah yang dipersetujuai ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun
dan dibayar kpd kerajaan Islam Madinah.
Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat kesan drp
berlakunya peluasan kuasa ke atas Iraq, Syam, Mesir, penduduk Qibti, penduduk Adzerbaijan dan
termasuklah pemimpin Baitulmuqaddis bersetuju utk membayar jizyah.
Jizyah akan dikutip oleh gabenor-gabenor wilayah yang dilantik dan dipert/jawabkan ke atas wilayah
masing-masing.
Pada zaman Khalifah Uthman pula, jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yg ditakluki spt Tripoli,
Nubah dan Qairawan setelah termenteraianya perjanjian damai.
Pada zaman Khalifah Ali, jizyah juga diamalkan seperti sepucuk surat yg dihantar kpd al-Asytar al-
Nakhaii supaya menerima perjanjian damai yg dihulurkan oleh orang kafir dhimmi utk membayar
jizyah.
4. GHANIMAH DAN AL-FAY
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
10/33
Harta ini diperuntukkan kpd perbelanjaan kerajaan pusat Madinah dan selebihnya dibahagikan kpd
tentera yg terlibat dlm peperangan.
Setelah dewan tentera ditubuhkan pada tahun 20 H, tentera Islam diberi gaji mengikut kadar ygtelah ditetapkan.
5. USYR
Usyr merupakan cukai perniagaan yg dikenakan ke atas perniaga Islam atau bukan Islam, namum
kadarnya berbeza.
Golongan kafir harbi akan dikenakan cukai sebanyak 10%, manakala golongan kafir zimmi pula 5%
dan orang Islam hanya 2.5%. Cukai ini hanya akan dikenakan apabila cukup nisabnya sebanyak 200
dirham.
KESIMPULAN
Pemerintah Khulafa al-Rasyidin menganggap bahawa baitulmal adalah amanat Allah SWT. Mereka
kan memastikan tidak akan berlaku kemasukan sesuatu ke dalamnya atau pengeluaran drinya yang
bertentangan dgn syariat Islam. Pemerintah Khulafa al-Rasyidin mengharamkan sebarang tindakan
utk menggunakan baitulmal bagi tujuan peribadi.
Penubuhan Baitulmal sesungguhnya dapat memastikan urusan pemungutan dan perolehan
pendapatan negara Islam menjadi lebih tersusun dan kemas. Kesannya ianya bukan sahaja dapat
menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada individu yang memerlukan bahkan ia dapat
membangunkan dan memberi manafaat kepada sesuatu wilayah dan penduduk berdasarkan syariat
yang ditetapkan.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
11/33
Hal inilah yang memberi sumbangan besar dalam pembentukan iklim politik yang stabil serta
ekonomi yang teguh pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
ETIKA PEPERANGAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
http://cikgustpm.blogspot.com/2013/03/etika-peperangan-dan-strategi.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/03/etika-peperangan-dan-strategi.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/03/etika-peperangan-dan-strategi.html -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
12/33
PENGENALAN
Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri
bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang
sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yangmunasabah
Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata
utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran melalui Surah
al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang
sekiranya diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad
SAW dan umat Islam.
Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini berjaya melahirkan
individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.
Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau meneguhkan
kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara; mencari keamanan,
menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam
Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.
ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu etika sebelumpeperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan.
Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg mesti dipatuhi oleh
tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi perintah Allah
SWT serta mencari keredhaan-Nya.
http://2.bp.blogspot.com/-ylwe9S1rEsw/UT03RxhaLkI/AAAAAAAAAi0/H-SO0y2GjaI/s1600/images.jpg -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
13/33
Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri apb diserang oleh
musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan jalan terakhir utk
menyebarkan Islam.
Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam, berdamai atau
berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah Hirah.
Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya diserang oleh musuh
terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya menunggu serangan drp
musuh yg menceroboh barulah peperangan dimulakan.
Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk memiliki
kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi atau
pendeta. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di zaman pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau
membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan
keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW
mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik. Tentera Islam juga tdk boleh
memerangi org yg sudah menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai
serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan musuh spt tentera
tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan oleh Hindun
binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang Uhud.
Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai yg dimenterai.
Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad
SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran
perjanjian inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota
Makkah pada 8H.
Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yg baik
terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu
cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau Islam.
Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh yg ditawan
dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan cara
diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu
pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah
baginda ini ternyata tlh berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
14/33
Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan tdk boleh
meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga membenarkan tentera
Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan.
Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil
mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm peperangan bukan
menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat
dlm peperangan tersebut.
STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk mempunyai organisasi
ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan.
Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar gaji, cuma akan
menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela dgn niat
berjihad pada jalan Allah SWT.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan semakin
berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera kpd 2 iaitu
tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan
elaun.
Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg
diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg kpd 2 barisan
iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan penunggang kuda bersenjatakan
tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai.
Sistem Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu tentera Islam dibhg
kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg Arif.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah disusun
menggunakan sistem al-Kurdus yg ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus
(unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan berkuda, pemanah dan tenterabiasa.
Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan
pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan Islam yg
seterusnya.
Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah, pedang, tukul
besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah), baju besi,
perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
15/33
Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan pelbagai strategi
bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau menyerang
mengikut sittuasi dan keadaan.
Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan Khulafa al-
Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan pemanah di
atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik
mengepung dll.
STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN
1. Menguasai Tempat Strategik
Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat strategik sepertimenguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan air
sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu pertahanan tentera Islam.
Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti dalam Perang Badar (2H) dgn
tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera Quraisy
Makkah berjumlah 1000 org.
2. Kaedah Bertahan
Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan sebuah parit digali
bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam.
Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera
Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit telah digali utk
menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj.
Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan
pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah memecahbelahkan
tentera musuh.
3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit
Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan pasukan
pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri.
Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah tentera Islam
diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg
diketuai oleh Khalid al-Walid.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
16/33
Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang Uhud ekoran
mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang. Tentera musuh
telah mengambil kesempatan utk menyerah balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.
4. Kaedah Penyamaran
Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat drp tentera
musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nuaim bin Masud telah dihantar utk
memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya
menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal
dihadapi oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para
sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya
memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.
5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh
Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt Perjanjian
Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah.
Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima syarat-syarat
Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut krn
baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak kpd Islam nanti.
Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi peluang kpd
baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya
membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka
Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga merupakan salah satu
strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu
Perang Mutah. Strategi ini juga diteruskan oleh pemerintah Khulafa al-Rasyidin.
Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dgn strategi musuh yg akanmengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah Jaafar bin Abi
Talib dan Abdullah bin Rawahah.
7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi
Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan menyerang secara
bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
17/33
Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung
kota atau sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari
tempat musuh dan bertindak melancarkan serangan.
Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawakebun mrk akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan
kerajaan Islam.
8. Perang Satu Lawan Satu
Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh tentera Islam dan
juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran.
Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti mana yg
digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk mencabar 3 org
Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-besaran.
9. Merahsiakan Jumlah Musuh
Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah merahsiakan
jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang bermatian-matian
demi agama, diri dan negara.
10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf
Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf bergantung kpd jumlah
tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh
pasukan pemanah.
Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan
memantapkan benteng pertahanan.
11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina spt di Iraq,
Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pihak
musuh.
Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan
dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
18/33
Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm
kegiatan lain.
12. Menggunakan Helah
Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah kelihatan dan
kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah memerintahkan
tentera Islam supaya menyalakan unggun api yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok
kayu. Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah
jumlah tentera Islam.
Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang digilat supaya berkilat dan boleh
memantulkan cahaya utk menakutkan musuh.
Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan tentera Islam
kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.
KESIMPULAN
Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah
menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan keunggulan
tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat berkembangan luas di Sem. Tanah Arab.
Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpdNabi Muhammad SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa al-Rasyidin
terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan
Syria.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
19/33
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SEORANG
NEGARAWAN YANG UNGGUL
Pendahuluan
Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik secara rasmi
sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17
Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi, iaitu melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti
pula dengan surah Al Mudatthir ayat 1-7 yang menandakan kerasulan baginda SAW. Baginda mula
menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka. Baginda bukan
sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat, panglima tentera serta
perancang ekonomi yang disegani.
BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL
1. Sebagai Nabi dan Rasul
Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci al-Quran,Taurat, Injil
dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan memiliki sifat mulia
seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui bukti-bukti sejarah.
Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda masih kanak-
kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Selama 13 tahun baginda
di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam.
Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa menyebarkan agama
Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas.Teras ajaran adalah
berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak.
Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan
menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
20/33
beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti
ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa
2. Sebagai Pemimpin Masyarakat Dan Negarwan
Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat
kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah
seperti:-
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah
perpecahan begitu lama.
Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik
dan ekonomi.
Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu-
membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.
Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam.
Tidak memaksa menganut ajaran Islam.
Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing
selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan menolak semangat
assabiyah zaman jahiliyah.
3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan
masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda
Makkah ketika itu.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
21/33
Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga
mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber,
nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus
mengadakan perundingan dengan mereka.
Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan
pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu.
Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda
menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam.
Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam.
Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.
4. Sebagai Perancangan Ekonomi
Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan
dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan
perniagaan dan pertanian.
Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga.
Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha
semula, tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang
asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.
5. Menjadi Pemimpin Tentera
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
22/33
Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan
yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia.
Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak
mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan
golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman.
Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan
harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh
untuk memeluk agama Islam.
Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang
taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam
perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik mengepung dalam perang Taif.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah
baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin
tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek
akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina
tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa al-Rasyidin.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
23/33
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Pengenalan
Biodata Khalifah Umar al-Khattab.
Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzzu bin Rabah bin Abdullah
bin Qartu bin Adi bin Kaab dan dilahirkan pada 583 Masihi.
Merupakan seorang yang tegas, berani dan berterus terang dan terdidik dalam keluarga yang
terkenal. Berasal daripada bani Adi dan merupakan seorang yang berketurunan bangsawan Quraisy.
Beliau juga digelar al-Faruq (orang yang membezakan yang hak dan batil) dan Abu Hafs kerana
kegagahan melindungi umat Islam.
Dilantik menjadi khalifah pada 13 Ogos 634 M(13 hijrah) berikutan kemangkatan Khalifah Abu Bakar
al- Siddiq dan dibuat oleh Saidina Abu baker melalui wasiat ketika beliau sakit dan dipersetujui oleh
para sahabat dan orang ramai.
Beliau wafat ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun.Beliau mati ditikam oleh
Abu Lukluah, berbangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran makam
Rasulullah dan Abu Bakar.
PEMBAHARUAN/ PERUBAHAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
1. Pembentukan Majlis al-Syura
Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis al-
Syura. Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli
http://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran.html -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
24/33
Majlis Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat. Majlis ini
berfungsi sebagai kabinet negara. Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu
Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas dan
Muaz b. Jabal Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian.
Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini yang mana
khalifah tidak mempunyai hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusantertentu tanpa
mesyuarat majlis. Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua masalah umat Islam dan negara
yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
2. Meluaskan wilayah pentadbiran
Beliau berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq,Syria dan Mesir
sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang ditakluki dari segi
politik,sosial dan ekonomi.Kerajaan Islam pada masa itu berjaya menguasai Baitulmuqaddis dan
Damsyik.
3. Mewujudkan Pembahagian wilayah
Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-wilayah
pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah,
Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh
seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai
tertentu mengikut jabatan masing-masing. Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha
Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah. Disetiap wilayah terdapat pegawai-pegawai
tertinggi angkatan tentera.
4. Pelantikan pegawai secara bersurat.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
25/33
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
26/33
dan gaji tentera dibayar setelah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh
Jabatan Tentera tersebut.
Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah,
Kufah. Fustat dan Basrah. Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki
serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan
7. Pembaharuan Pembangunan Ekonomi
Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan
menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukaiseperti Kharaj(cukai tanah),Jizyah(cukai perlindungan),Ghanimah (harta rampasan perang),Usyur
(cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam
Baitul Mal.
Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi menambahkan lagi
hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin
sepanjang 111 km di mesir. Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk membian pertanian
disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar.
8. Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis :
i) Tanah Dhimmahtanah bertuan ditadbir pemilik asal.
ii) Tanah Sawafitanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik
daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka)
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
27/33
Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan. Tentera
atau umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui
pembalian.
9. Penggunaan Kalendar Hijrah
Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar
Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan
urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan
penggunaan Tarikh
Kesimpulan
Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum. Pencapaiannya boleh
dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum. Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya
yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin
pada tahun ke-19 Hijrah
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG
KEILMUAN ISLAM
LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN
http://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.html -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
28/33
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-
Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera
Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama
Khalid bertukar kepada Khaldun.
Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada
808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau
telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.
Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempatiaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.
Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan
tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan
ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.
Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan
agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai
sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah
dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping
dengan pemimpin.
Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai
Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan
khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi
Hakim Mahkamah Raja di Mesir.
http://2.bp.blogspot.com/-YErB3pxNTME/UZiiU4E9RtI/AAAAAAAAAlI/RPcsdyZ-Pfk/s1600/IBNU+KHALDUN.jpg -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
29/33
Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada
bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang
dinyatakan oleh Toynbee.
Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang
zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di
mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.
Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas.
Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah
berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.
SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUM
1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa
orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.
Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq
bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha
Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri(Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih
berkesan.
2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam
Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.
Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah
tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani
dengan jasmani.
Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
30/33
Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau
sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku
dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu
Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah
universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
3. Karya Agung Ibnu Khaldun
Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.
Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains
kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan
kajian yang benar dan ilmiah.
Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal
lebih kurang 700 helai muka surat.
Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah:
Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia
Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif
Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah
Bab empat - tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan
antara satu kota dgn kota
Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat
http://2.bp.blogspot.com/-Pt6jKWIfFfU/UZihCJj7u7I/AAAAAAAAAk8/M4ytrODzVsk/s1600/muqaddimah01.jpg -
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
31/33
Bab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan
Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi:
Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial
Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu
pengetahuan
Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan
percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi
politik dan sosial manusia.
Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang
berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan
kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang
analitikal dan terperinci.
4. Pengasas falsafah sejarah
Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat
manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti
kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga
mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan
pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secaraumumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia.
Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang
mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.
Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang
mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan
sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.
Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabilamengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang
individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini
menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.
Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang
melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum
alam akan ditentukan Allah.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
32/33
Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta
sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis
laporan sejarah:
Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan
musabab.
Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa
yang sedang berlaku.
Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
5. Sebagai Budayawan
Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan
Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam
bersyair.
Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam
bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan
tentang syair Arab.
6. Bapa Ekonomi Islam
Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai Bapa Ekonomi Islamkerana pemikirannya tentang teori
ekonomi yang logik dan realistik.
Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang
dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo
(1772-1823).
Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan,
hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan
merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi
misinya di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu
mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat.
-
8/12/2019 Baitulmal zaman khulafah ar- Rashidin
33/33
Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan
antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah
tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran.
Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat
perlu utk mengawal tahap produktiviti.
KESIMPULAN
Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkemuka dan mempunyai
pengetahuan yang luas tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh sarjana Islam dan
Barat.
Buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dianggap sebagai pengasas ilmu kepada
masyakarat atau ketamadunan. Selain itu pandangan dan teori-teori yang dikemukakan oleh
beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini.