1
1.0 SEJARAH MASJID UMUM
Pencapaian terbaik oleh tamadun Islam adalah dengan menghasilkan sebuah
gaya senibina yang mempunyai identiti dalam pelbagai jenis kebudayaan.
Hasilnya, seni bina Islam kini kekal di seluruh dunia. .Ilmu bangunan
merupakan sabuah manifestasi kekuatan rohani yang hidup dalam kalangan
bangsa, yang mendorong ke arah kemajuan. Ilmu seni bina yang dimiliki oleh
umat Islam diperolehi daripada bangsa Parsi, Romawi, Turki, Byzantine dan
Sepanyol. Dengan mempunyai kepakaran ilmu bangunan( binaan) menyebabkan
terbangunlah kota- kota besar, istana- istana yang indah, masjid- masjid yang
menarik. Sebagai contoh, Kota Damsyik (شق Istana Raja Farouk di Mesir ,( دم
dan Masjid Cordoba di Sepanyol.
Masjid bererti tempat sujud, wujud setelah lahirnya agama Islam. Perkataan
itu pertama kali diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sujud
mengerjakan sembayang bersama- sama kaum Muhajirin dan Ansar di Masjid
Quba, iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah S.A.W. setelah
berhijrah ke Madinah pada abad pertama hijrah. Pada zaman Rasulullah, masjid
digunakan untuk beribadat dan untuk kegunaan pelbagai kegiatan. Sebagai
contoh, Masjid Nabawi di Madinah, digunakan untuk membincangkan masalah
perang, perjanjian, perundangan dan juga perdamaian. Islam menginginkan
masjid bukanlah simbol estetika Islam semata-mata tetapi menitikberatkan fungi
masjid yang dibina untuk tidak disalahgunakan. Seni bina ini merupakan perkara
utama yang penting dalam seni bina Islam kerana masjid adalah ‘rumah Allah’,
bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciri-ciri kesepaduan bangunan
selaras dengan fungsi masjid yang secara langsung menetapkan unsur seni bina
Islam berpandukan prinsip- prinsip yang ditentukan oleh Allah S.W.T .Oleh
yang demikian, selari dengan perkembangannya dunia, terdapat pelbagai unsur
2
keindahan yang berupa kelengkapan, hiasan dan gaya dekorasi dan ornamen-
ornemen yang ditambah dalam seni bina Islam.
1.1 PERKEMBANGAN MASJID DI NUSANTARA
Kedatangan Islam di Nusantara dalam perkembangan awal Islam di
Nusantara, mempunyai beberapa teori melalui penulisan dan penemuan
arkeologi. Salah satunya, teori yang disampaikan oleh John Crawford
(Nik Hasan Suhaimi, 2002), menyatakan bahawa Islam mula berkembang
di Indonesia pada tahun 30 Hijriah atau 651 Masihi, iaitu 20 tahun selepas
kewafatan Rasullulah. Pada masa tersebut, Khalifah Uthman ibn Affan
r.a. mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam
kepada kerajaan China. Dalam perjalanan selama empat tahun,, menurut
sumber berita Cina, para utusan Uthman telah sempat singgah di
Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, iaitu lebih kurang tahun
674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai
barat Sumatera. Disini bermulanya dakwah Islam yang pertama di
Indonesia. Sejak itu orang- orang pelaut dan para pedagang Muslim terus
berkunjung ke kawasan tersebut. Teori Crawford ini kemudian dirujuk
oleh Syed Muhammad Naquib Al- Attas (1969) dengan menyatakan
bahwa tidak wujud unsur Cina dan India dalam kitab-kitab yang
dihasilkan oleh ulama setempat; namun semua penulisan dan kitab
tersebut ditulis dalam bahasa Arab.
Kedatangan Islam membawa kepada perkembangan kerajaan Islam
pertama di Nusantara iaitu di daerah Utara Sumatera (Samudera Pasai
atau Perlak) pada abad ke-11 dan kemudian menyebar ke Semenanjung
Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa pada abad ke-14.
3
Terdapat beberapa ciri-ciri masjid tradisional di Nusantara
(kepulauan Jawa) yang telah dikemukan oleh G.F. Pijper (1992):
1. Asas lantai bangunan berbentuk empatsegi dan pejal yang agak tinggi
dari aras tanah.
2. Masjid tidak berdiri di atas tiang, seperti sebahagian besar rumah
tradisional Indonesia, tetapi di atas tanah yang padat.
3. Masjid umumnya memiliki bumbung yang meruncing ke atas, terdiri
dari dua atau lima tingkat yang semakin ke atas semakin kecil.
4. Masjid memiliki ruang tambahan di sebelah Barat atau Barat laut
(Mihrab)
5. Masjid umumnya memiliki serambi di hadapan dan di kedua sisinya.
6. Halaman di sekeliling masjid dibatasi oleh tembok dengan satu pintu
masuk di depan disebut Gapura.
7. Pelannya berbentuk empatsegi.
8. Dibina di sebelah barat laut.
9. Arah mihrab tidak tepat ke kiblat.
10. Dibangun dari bahan yang mudah rosak
11. Terdapat parit, di sekelilingnya atau di hadapan masjid
12. Bangunan awalnya dibangun tanpa serambi (hanya ruang sembahyang
utama saja).
1.2 PERKEMBANGAN MASJID DI TANAH MELAYU
Islam mula bertapak di Dunia Melayu pada abad ke-Kewujudan
agama Islam terbukti dengan pembinaan masjid- masjid di sekitar
semenanjung Tanah Melayu. Pembinaan Masjid tertua, Masjid Kg. Hulu
di Melaka oleh Aroom1 yang berasal dari China, dan Masjid Kampung
4
Laut memberi impak yang tinggi dalam perkembangan seni bina Islam di
Malaysia hingga kini, dengan pembinaan Masjid moden seperti Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya, Masjid Jubli
Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di Kelantan, Masjid Kristal di
Terengganu dan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah
Alam.
Ketibaan British di Tanah Melayu pada abad ke-19, telah banyak
mengubah sosiobudaya masyarakat Melayu yang mempengaruhi seni bina
masjid tempatan, dan situasi ini merupakan situasi yang terpenting dalam
sejarah ‘Typology’ masjid di Tanah Melayu pada masa itu.
Pada abad ke-20 ,batu-bata telah digunakan dalam seni bina masjid
untuk mengantikan bahan sumber kayu yang telah rosak. Masjid Sultan
Abu Bakar, Johor Bharu merupakan masjid di Malaysia yang banyak
dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian. Jenis pengarauhi
ini menyerupai seni bina gereja dari luar pandangan hinggalah aspek
perancangan ruang, yang mengingatkan kita bahawa ciri-ciri seni bina ini
adalah berasal dari Zaman Uthmaniyah di Turki, iaitu gabungan antara
seni bina Islam tempatan dan seni bina Kristian ( Byzantine). Perkara
sedemikian juga berlaku pada Masjid Hagia Sophia, yang pada asalnya
adalah sebuah gereja. Kesan ini memperlihatkan bahawa masjid-masjid
awal pada zaman pemerintahan British adalah kurang atau tidak
menghiraukan ciri-ciri seni bina tempatan.
5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Program “LAWATAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN MASJID AL-
HUSSAIN KUALA PERLIS, PERLIS” dilaksanakan untuk memberi
pendedahan dalam melaksanakan kajian terhadap masjid ini dalam menyiapkan
tugasan:
Membolehkan Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan Seni mengetahui
sejarah seni bina masjid dan pengaruh seni bina masjid yang dikaji.
Memberi pendedahan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan
Seni mengenai struktur binaan masjid-masjid serta memahami konsep
seni bina yang berkait dengan perkembangan Islam di Malaysia sejak
zaman dahulu.
menggalakkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan Seni agar
dapat menyampaikan konsep mengenai hiasan luaran dan dalaman
masjid dengan menerokai ornemen- ornemen arabes.
Kajian ini adalah bagi memenuhi syarat separa lulus bagi subjek kos
MSL 3072 Seni dan Perbandingan Islam.
1. Program ini juga mendedahkan para mahasiswa dan mahasisiwi
tentang pengurusan sesuatu program yang dijalankan. Secara tidak
langsung, mahasisiwa dan mahasisiwi dapat mewujudkan kesedaran
memahami konsep seni bina Islam secara lebih mendalam dan
memelihara warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman. Program ini juga
merupakan satu langkah dan usaha dari mahasisiwa dan mahasiswi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu-satunya institusi
pendidikan yang terulung dan cemerlang.
6
3.0 KAEDAH KAJIAN
KAJIAN KUALITATIF
Kajian kualitatif adalah kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam.. Penyelidikan ini
menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Dari segi pengutipan
data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah
interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk
menjana teori. Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu
penyelidik membina konsep, hipotesis danteori untuk di kembangkan, dinyatakan
dandijelaskan. Kutipan data dijalankan secara berterusan
Kaedah ini adalah menggunakan persoalan seperti, bagaimana, apa, dan
mengapa dari bidang sains sosial seperti histografi, etnografi dan sosiologi
kualitatif. Untuk mendapatkan maklumat mengenai masjid yang ingin dikaji,
Mahasiswi dan Mahasiswa subjek kos MSL 3072 Seni dan Perbandingan Islam,
sesi 2014/2015, semester 3, telah merancang untuk membuat lawatan ke Perlis
dan melawat beberapa kawasan kajian. Pengkaji telah membuat pemerhatian dan
temubual di sekitar kawasan tersebut, dan mencari maklumat melalui sumber
internet dan buku-buku ilmiah.
3.1 KAJIAN PEMERHATIAN
Pengkaji telah membuat tinjauan di kawasan masjid Al- Hussain,
Kuala Perlis, Perlis, untuk melihat, menghayati dan melihat sendiri
struktur seni bina dan hiasan yang ada di dalam dan luar masjid tersebut.
7
3.2 KAJIAN TEMUBUAL
Kajian ini dibuat secara berkumpulan untuk mendapatkan
maklumat mengenai masjid Al Hussain. Temubual telah dibuat secara
tidak berstruktur,iaitu tidak formal. Dalam kumpulan yang diberi,
Mahasiswi dan Mahasiswa menyoal dengan reponden secara rawak.
Responden yang telah ditemubual adalah Cik Hasnida binti Hamid.
Beliau seorang peniaga yang berniaga di kawasan masjid tersebut.
Rakaman temubual antara penemubual dan responden telah disertakan
dengan lampiran.
3.3 KAJIAN SUMBER INTERNET
Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian ini sebagai kaedah
tambahan kepada kajian.
3.3 KAJIAN BUKU
Kaedah kajian ini digunakan cara merujuk buku- buku ilmiah
rujukan di perpustakaan Tunku Bainun Universiti Pendidikan Idris, untuk
mendapatkan maklumat mengenai sejarah dan konsep umum masjid,
kepelbagaian ornamen- ornamen masjid dan struktur-struktur seni bina
masjid
8
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 SEJARAH MASJID AL HUSSAIN
Pintu pagar ( gerbang masuk) utama Masjid Al- Hussain
Masjid yang masih baru dan segar di mata pengunjung yang
melihat terutama pelancong luar negara, iaitu Masjid Al Hussain Kuala
Perlis, didapati menggunakan seni bina yang bertemakan Resort tropika
moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik
pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan
suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut. Masjid ini moden
sepenuhnya dari bentuk bangunan, bumbung hinggalah kepada dekorasi
dalaman, secara keseluruhannya menggunakan jenis koral, kuartz, granit,
marmar dan pebbles, kaca berwarna. Masjid Al Hussain, Kuala Perlis
merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti
Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala
Perlis menghadap laut Selat Melaka, hasil sumbangan seorang ahli
perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf yang dibuka pada 8 Ogos 2011.
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat tahun
9
untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Masjid ini dibina,
disiapkan dan diberi nama sempena Datuk Dr. Mohd. Hussain yang telah
meninggal dunia pada tahun 1999. Untuk menunaikan hajat beliau, Tan
Sri Mohd. Arifin Yusuf yang merupakan adiknya telah menunaikan hajat
untuk membina sebuah masjid.
Masjid Al Hussain
Menurut kajian Islam, Al-Hussain atau Husayn, Hussein, Hussayn
merupakan anak kepada Ali ibn Abi Ṭalib, kalifah yang keempat dalam
Islam Sunni dan menjadi Imam yang pertama dalam Islam Syiah2, dan
cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Masjid Al- Hussein3 dibina yang
pada masa yang sama merupakan tempat Husayn dibunuh dan kepalanya
dikubur di bawah tapak seni bina masjid tersebut.. Perkataan Ahl-al-Bayt
atau "Keluarga di dalam rumah" merujuk kepada keluarga Nabi
Muhammad S.A.W.. Husayn adalah seorang tokoh penting dalam Islam,
kerana dia adalah ahli Ahl al-Bayt (keluarga Muhammad) dan Ahl al-
Kisa, iaitu menjadi yang ketiga Syiah Imam. Kepercayaan maksum
('Ismah), dua belas Iman adalah keturunan keluarga Rasulullah (Ahl al
10
Bayt) yang dipercayai orang- orang yang rohani dan pihak politik yang
sah berkuasa dalam masyarakat Islam (Umma). Masjid Al- Hussein di
Kuala Perlis diberi nama berkemungkinan mendapat pengaruh daripada
Husayn ibn Ali.
Gambar 3. Senarai keluarga Rasullulah.
Selain itu, fungsi masjid Al- Hussain bukan sahaja tempat
beribadah kepada umat Islam, tetapi juga pusat pelancongan bagi
pelancong luar yang ingin melihat sendiri keunikan masjid moden
tersebut, tempat persantaian untuk seisi keluarga dengan suasana yang
permandangan laut dan menara masjid yang juga sebagai rumah api.
11
Iwan Masjid Al Hussain
4.2 STRUKTUR SENI BINA MASJID
Masjid Al- Hussain, Kuala Perlis mempunyai warisan seni bina
yang unik. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid terapung yang
dikaji dan dibina berhampiran denganh Jeti Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat
Melaka. Masjid ini mengambil tema berkonsepkan Resort tropika moden
untuk menonjolkan sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut
telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran
masjid tersebut.
Demi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor
persekitarannya yang berlatarbelakangkan pantai dan lautan, dan dinding
masjid tersebut tidak bercat, sebaliknya batu-batuan jenis koral, kuartz,
granit, marmar dan pebbles yang digunakan. Penggunaan kepelbagaian
batu-batuan ini menambahkan ciri-ciri dan kelebhihan masjid tersebut
yang mudah dijaga dan tahan lasak dengan keunikkan rekaannya.
12
Terdapat juga batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan
pebbles di bahagian luar dinding masjid dan permukaan lantai.
Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Para jamaah dan
pengunjung juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap
ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab
menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid
13
wakaf
Pokok Kurma
Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna
kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi
negeri Perlis.Malah, kubah tersebut pula diperbuat daripada dua lapisan
aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride
(PVDF) yang diimport dari Jepun.
14
4.2.1 MENARA
Menara dibuat dengan ketinggian keseluruhan 31.3 meter termasuk
puncak berkembar yang masing- masing berukuran 7.1 meter. Menara
dibina maksud untuk memanggil orang ramai melakukan solat jemaah di
masjid atau supaya suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat yang
jauh. Selain fungsi menara sebagai tempat melaungkan azan, menara
masjid Al Hussain juga adalah berfungsi sebagai rumah api. Rumah api
merupakan petunjuk daratan kepada para nelayan yang nun jauh ke tengah
lautan. Ia dianggap unik kerana, mempunyai dua fungsi iaitu pada setiap
kali masuk waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti
merah, biru, putih dan hijau akan dinyalakan.
Warna-warna tersebut juga turut menyerikan menara berkembar
masjid itu.Lampu biru menandakan waktu Solat Subuh dan Solat Maghrib
manakala hijau adalah Solat Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10
kilometer.
Seni bina menara Masjid Al Hussain moden berbanding dengan
Masjid- masjid yang dilawati, seperti masjid Salahuddin dan Masjid
15
Ahmad di Padang Besar. Ketiga- tiga masjid ini mempunyai struktur
binaan menara yang mempunyai pengarauh.yang berbeza. Masjid Al-
Hussain mengadaptasikan pengaruh seni bina menara masjid di Iran.
Masjid Ahmad menggunakan pengaruh nusantara. Proses pengislaman
telah mengubah fungsi sebuah candi hindu menjadi masjid yang memberi
kesan terhadap gaya menara yang tersendiri. Namun begitu, Masjid
Agung Banten di Jawa Barat menggunakan pengaruh hindu, sama seperti
Masjid Ahmad dan memiliki menara yang berfungsi sebagai rumah api
sama seperti menara masjid Al Hussain, iaitu untuk membantu pelayaran
kapal dagangan.
Menara Masjid Ahmad Menara Masjid Salahuddin
16
Menara Masjid Al hussain
Gaya dan bentuk menara masjid di Iran
17
4.2.2 KUBAH
Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak
di atas masjid, yang menjadikannya seolah-olah bumbung masjid. Sejarah
kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Persi, kemudian
telah diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada
bumbung masjid. terdapat kepelbagaian kubah yang ada dalam dunia seni
bina masjid Islam. Seperti contoh, Kubah yang berbentuk bawang tirus di
Parsi, bentuk piramid yang bersusun bumbung tiga tingkap dan sekarang
banyak berbantuk leper da kubah masjid- masjid di Iran berbentuk topi
perajurit Iran zaman purba.
Terdapat juga kubah yang dipanggil al- Ihliji, yang mermbawa
bentuk seperti lengkungan telur yang digunakan untuk melengkapkan seni
bina Masjid Al Hussain. Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama
Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta
motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. Kubah ini
diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan
polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.
Kubah bentuk lengkungan telur,
Masjid Al Hussain
18
4.2.3 MIHRAB atau Niche
Masjid Al Hussain terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis - pintu
masuk ke Pulau Langkawi yang dikunjungi ribuan pelancong setiap tahun
dan sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
Mihrab masjid ini merupakan komponen yang penting dalam menjelaskan
kedudukan arah kiblat serta petunjuk ibadah ketika berada dalam
sesebuah ruangan masjid. Pada umumnya, yang menguatkan kedudukan
mihrab masjid ini adalah bentuk ruangan bentuk kuboid, dimensi dinding
mihrab( panjang dan lebar) yang berbeza yang, sama seperti ornamen-
ornamen yang ada pada masjid.
19
Ruangan mihrab masjid Al Hussain, terletaknya mimbar, maksurah,
Kiblat dan Al-Quran..
Bahagian untuk meletakkan Al- Quran
Mimbar Kecil
Motif Kelarai Siku Keluang
Pembinaan mihrab terdiri daripada pelbagai bentuk dan biasanya
dibina ke dalam dari permukaan dinding arah kiblat dan kebiasaannya
mihrab akan dihiasi tulisan khat. Di ruangan mihrab masjid Al Hussain
juga terletak tulisan khat tetapi bukan pada bahagian kiblat, tetapi di
ruangan mihrab bahagian depan.
20
4. 2.4 MIMBAR
Mimbar masjid Al- Hussain terletak di sebelah kanan mihrab yang
dibuat daripada konkrit. Mimbar dibina moden, iaitu mimbar yang tidak
menyentuh lantai, dan melekat pada dinding masjid dan tanpa
menggunakan tiang dibahagian kiri dan kanan. Apa yang menarik tentang
binaan mimbar ini, penggunaan warnanya yang moden, warna coklat
muda dan dihiasi motif yang bersahaja.
Mimbar
21
Kerusi
Selain itu, mimbar ini dihiasi dengan ornamen flora. Pengulangan
ornamen ini secara arah melintang dengan jenis ornamen yang sama
menyerikan binaan mimbar masjid Al Hussain yang kontemporari.
Mimbar
22
4. 2. 5 ORNAMEN ARABES
Ornamen Kaligrafi
Nama Allah, Rasullulah dan Khalifa Islam
Allah (هللا) adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk
kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan Allah berasal dari gabungan Al ilah
Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah
bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang
khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta,
mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah
banyak dikenalkan didalam ajaran Islam,.
Perkataan ‘Allah’ diukir di atas dinding luar mihrab bahagian
kanan, yang dihasilkan dengan warna kuning emas. Perkataan ini juga
terdapat di permukaan bawah kubah. Ia dihasilkan secara berulang- ulang.
Pengulangan ini memperindahkan lagi hiasan dome.
23
Asmaul Husna
Dalam agama Islam, Asmaul Husna (ىنسحلا هللا ءامسا) adalah
sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala
yang terbaik. Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama
Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-
nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang
menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan
pemelihara alam semesta beserta segala isinya
.
Ornamen ini diukir pada bahagian kiri selepas mihrab. Jenis khat
yang digunakan adalah khat Diwani dengan warna yang digunakan adalah
warna kuning. Ianya dibina dengan gaya yang lebih moden, iaitu tanpa
menggunakan ornamen Arabes, malah menggunakan pencahayaan
bersepadu yang akan menerangi khat ini.
24
Muhammad bin Abdullah (هللا بد ن ع merupakan nabi dan (محمد ب
rasul yang terakhir bagi umat Islam. Lebih dikenali sebagai Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (ملسو هيلع هللا ىلص دمحم يبن),
baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab
kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad
dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran
nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa
dan Isa. Nama baginda diukir di atas dinding luar mihrab bahagian kiri,
yang dihasilkan dengan warna kuning emas, sama seperti perkataan ‘
Allah’. Ianya diukir menggunakan khat Raihani huruf- huruf yang lebar
dan panjang serta ditambah tanda-tanda syakal.
25
Muhammad.
Tedapat juga penggunaan Khat Kufi Persegi pada perkataan ‘Allah’
dalam bahasa Arab di bahagian bawah kubah, yang diukir dan diwarna
dengan warna kuning emas. Ornamen kaligrafi ini diukir secara
berulang_ulang mengelilingi bahagian bawah cupola, squinches.
Khalifah (ةفيلخ) bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin
umat Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Mereka digelar sebagai
khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan
Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (ر مأ ي
."namireb gnay gnaro nipmimep" ankamreb gnay (ين ن مؤم Terdapat empatال
orang khalifa Islam yang pertama:
26
Saidina Abu Bakar, 632-634 M
Saidina Umar Al-Khattab, (Umar І) 634-644 M
Saidina Uthman Affan, 644-656 M
Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
Nama- nama khalifa ini terdapat di masjid Al Hussain selepas masuk iwan
ke dewan solat di bahagian tengah. Dengan menggunakan tulisan khat
Naskh.
Ali Abi Talib (kiri)
Uthman Affan ( kanan)
Ummar Al-Khattab Abu (kiri)
Bakar as- Siddiq(kanan)
Ayat suci Al Quran
Terdapat pelbagai jenis khat iaitu, khat kufi ( khat yang terawal
sebelum Islam), Khat Thulus (hanya digunakan untuk hiasan seperti al-
Uthmani, nama buku atau kitab), Khat Naskh (mudah dibaca), Khat Farisi
27
(digunakan untuk penulisan buku-buku kesusteraan, nama dan
tajuk- tajuk karangan pada majalah dan surat khabar), Khat Riq’ah (
merupakan tulisan Arab yand dapat ditulis dengan cepat), Khat Diwani (
hanya untuk hiasan), Khat Diwani Jali( jenis khat yang bervariasi dan
dikira rumit penulisannya tetapi lebih indah dan estetik, dan Khat
Raihani( huruf-huruf lebih lebar dan panjang).
Ayat suci Al- Quran terdapat di setiap bahagian atas tingkap,
dengan menggunakan jenis khat yang berbeza.
.
Ayat suci Al Quran menggunakan Khat Diwani
Ayat suci Al Quran menggunakan Khat Raihani
Pemilihan jenis Khat ini sesuai diletakkan di dalam dewan solat,
bagi memperindahkan lagi suasana seni bina masjid tersebut dan
memudahkan orang ramai untuk membaca petikan ayat suci Al Quran
dari pandangan bawah.
28
5 Rukun Islam
Rukun Islam adalah lima tindakan dasar Islam yang wajib. Rukun
ini memiliki makna dasar- dasar atau landasan yang harus dilakukan jika
ingin menjadi orang Islam. Rukun Islam ada 5:
1. Syahadat
2. Sholat
3. Zakat
4. Shaum/ puasa
5. Haji
Rukun ini terdapat di bahagian bawah cupola masjid, dengan
menggunakan warna kuning emas.
Apa yang menarik berkenaan dengan rukun Islam ini, ianya
dihasilkan dengan pelbagai bahasa,iaitu bahasa Cina, bahasa India, bahasa
Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
29
Hiasan Arabes
Ornamen Flora
Terdapat beberapa ornamen flora dalam masjid Al- Hussain. Seperti contoh
permaidani, kupola, mimbar. Secara keselurauhannya, penggunaan ornamen ini
amat tidak menyerlahkan masjid Al Hussain kerana mahu mengekalkan tema
masjid ini, malah meletakkan ornamen ini di bahagian dalam masjid iaitu
permaidani, kupola dan mimbar.
Cupola
30
.
Mimbar
Permaidani
31
Ornamen Geometri
Ornamen ini terdapat pada setiap tingkap masjid. ia dihasilkan dalam bentuk
flora tetapi menggunakan bentuk geometri. Ornamen ini menggunakan kaca
berwarna. Warna yang digunakan ialah warna biru, biru muda, merah, kuning,
jingga dan hijau.
Bentuk bintang geometri di bahagin bawah cupola. Ia diukir mengellingi
cupola. Terdapat juga bentuk geometri yang diukir pada siling dan bahagian lain
masjid.
cupola
siling
32
Muqarnas
Masjid ini mengambil pengaruh dari Syria dalam menbina muqarnas di bahagian
mihrab masjid. bahgian atas ornament ini adalah muqarnas bentuk kubah, seperti
yang ada pada Masjid Sinan Pacha dan Masjid Mourad Pacha di Damsyik.
33
Muqarnas Masjid Al Hussain
34
5.0 ESTETIKA MASJID
Masjid Al Hussain yang dilengkapi dengan menara yang jugs berfungsi
sebaagai rumah api, penggunaan bahan binaan seperti koral, kuartz, granit,
marmar dan pebbles, dan kaca berwarna dengan laman yang moden
menunjukkan masjid ini sememangnya moden dan kontemporari searus dengan
zaman sekarang.Hiasan Muqarnas dan penggunaan ornamen flora, geometri dan
kaligrafi menunjukkan unsur- unsur Islam yang masih digunakan. Orneamne ini
berasal dari negara- negara Timur Tengah, dan tema Resort tropika moden ialah
tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid ini,
mendapat pengaruh dari negara- negara barat dan Timur Tengah.
Gaya dan rekabentuk seni bina ini boleh dilihat pada arch atau gerbang di
pintu masuk, kubah dan cupola, ukiran kaligrafi, flora dan geometri (roof rifi
dges) bumbung utama, penggunakan kaca berwarna pada setiap tingkap dan
pintu kaca, tiang batu granit, gaya yang bersahaja tetapi menarik.
35
6.0 PENGARUH-PENGARUH TERHADAP MASJID AL HUSSAIN
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa pengaruh luar yang telah
dibawa dalam seni bina masjid Al- Hussain. Dari struktur binaannya, pengkaji
mendapati pengaruh material- material yang digunakan untuk membina masjid
ini daripada pengaruh barat. Masjid ini, menggunakan material seperti batu-
batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles. Untuk mendapatkan hasil
masjid yang bertemakan Resort Tropika, penggunaan material sedemikian ialah
material yang sesuai.
Pengaruh menara masjid Al Hussain adalah pengaruh seni bina menara
masjid-masjid di Iran dan masjid Agung Banten di Jawa Barat. Masjid Al
Hussain dan masjid Agung Banten berfungsi sebagai rumah api, kerana tapak
pembinaannya yang dekat dengan kawasan laut.
Beberapa jenis seni bina menara di masjid-masjid Iran
Dari segi ornament dalaman, pengkaji juga mendapati bahawa masjid Al
Hussain mengadaptasikan muqarnas pada bahagian mihrab. Ornamen yang
36
dibina pada bahagian mihrab, menunjukkan masjid ini menerima pengaruh
hiasan muqarnas dari negara Syria dan Damsyik. Seperti contoh, muqarnas
yang terdapat di masjid Sinan Pacha di Syria dan Masjid Mourad Pacha di
Damsyik
Muqarnas Masjid Pacha, Syria
Muqarnas Masjid Mourad Pacha, Damsyik
37
7.0 KESIMPULAN
Keseluruhannya, masjid Al Hussain merupakan antara masjid yang
moden dibina di Malaysia. Walaupun keluasannya tidak sebesar masjid-masjid
yang besar di dunia seperti Negara di Kuala Lumpur, Masjid Nabawi, Madinah
dan juga masjid Shrine of Imam Reza di Iran, namun yang menjadi daya tarikan
pengkaji ataupun pengunjung adalah menara masjid tersebut dan suasananya
yang tenang. Dari segi hiasan dalaman, masjid juga mengaplikasikan konsep
moden, cuma 20 % daripada hiasan tersebut masih mengekalkan tradisi Islam.
Seperti contoh, ornamen kaligrafi, flora, geometrid dan muqarnas.
Pengkaji berpendapat bahawa masjid Al Hussain merupakan antara
sebuah karya seni bina yang baik dihasilkan oleh negeri Perlis, iaitu baik dari
segi seni binannya dan juga manfaat yang diberikan oleh masjid tersebut kepada
orang ramai.
Seni haruslah dikekalkan, baik yang lama mahupun yang baru. Yang lama
akan menjadi rujukan yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru.
Seperti masjid Al Hussain, yang mengaplikasikan konsep dan tema Resort
Tropika, melalui pelbagai pengaruh luar untuk menghasilkan karya yang baik.
38
NOTA KAKI
1Nama asal Aroom ialah Tan Seek Tiong yang berasal dari China. Kapal yang
dinaikinya telah karam dan dipukul ombak di Selat Melaka sebelum jasadnya
hampir nyawa-nyawa ikan dan telah ditemui oleh penduduk kampung di Pantai
Kelebang. Semasa di usung ke rumah ketua Kampung, kebetulan laungan azan
berkumandang. Pemuda China itu tersedar lalu bertanya mengenai laungan azan
tersebut. Setelah diterangkan makna seruan azan itu, beliau telah diislamkan.
Beliau memakai nama Islamnya Harun kemudian dipanggil Arom, Hrom atau
Aroom.
2Syiah (عة ي ش Syi'aṯ) ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam selain
daripada Sunni. Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga
Khulafa Ar-Rasyidin. Sunni juga menolak kepimpinan Imam Syiah dalam aliran
Syiah. Muslim Ajaran Syiah berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad dan Ahlul Bait kerana menolak hadis yang bercanggahan dengan
kepercayaan (Syiah) mereka.
3Masjid Al-Hussein ( سجد ام م ين اإلم س ح adalah sebuah masjid yang dibina (ال
pada tahun 1154 dan terletak di Cairo, Mesir, berhampiran dengan bazar Khan
El-Khalili. Ia dinamakan sempena cucu Muhammad, Husain bin Ali. Dawoodi
Bohra dan Islam Sunni mempercayai bahawa kepalanya dikebumikan di
kawasan masjid. Masjid itu dianggap sebagai salah satu daripada tempat yang
paling suci Islam di Mesir dan telah dipengaruhi oleh seni bina Gothic Revival.
39
RUJUKAN
Buku- buku Ilmiah
Abdul Halim, Wan Hashim(1997). Warisan Seni Bina Melayu. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Castera, Jean-Marc(1999). Arabesques decorative art in Morocco. France:
ACR Edition
Holod, Renata( 1997).The mosque and the modern world architects,
patrons and designs since the 1950s. London: Thames and Hudson
Manja Mohd.L, Ahmad Suhaimi (1995). Aspek-aspek Kesenian Islam.
Kuala Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka
Thesis
Nangkula Utaberta ( tiada tahun). Seni Bina Islam Moden Di Malaysia
Studi Terhadap Pemikiran, Falsafah Dan Idea Reka-Bentuk. PhD
Candidate, Universiti Teknologi Malysia
Jurnal
Nang Naemah, Nur Maslina (2014). Seni Bina Masjid Dalam Islam
(Islamic Architecture In Mosque: Al-Muqaddimah Bil 2 (1),39-47
40
Azizul Azli, Aizan Ali, Ezrin Arbi (2012). Wacana Dan Teori
Rekabentuk Menara Masjid Di Nusantara (Discourse and Theory on
Minaret’s Designs of Mosque in Malay Archipelago): Al-Tamaddun Bil.
7(2), 77-88
Rujukan Internet
Asmaul Husna. Diperolehi 20 Nov 2015 daripada
http://www.asmaul- husna.com/2015/06/rukun-islam-dan-
penjelasannya.html
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful. Diperolehi pada 20
Nov 2015 daripada http://www.islamicity.com/Mosque/99names.htm
Senarai Nama Khalifa Islam (632~1924M). Diperolehi 20 Nov 2015
daripada http://www.thepatriots.my/senarai-nama-khalifa-islam
6321924m/
Akhbar
Masjid Resort Kuala Perlis (2015,November,16).Kosmo!
41
LAMPIRAN
42
43