Download - Dapatan Maklumat Melalui Temubual
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
1/22
DAPATAN MAKLUMAT MELALUI TEMUBUAL
1. TEMUBUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM (GPK 1)
Guru Pelatih : Selamat Sejahtera Puan. Kami guru pelatih dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Kami ingin menemu bual
Puan mengenai pengurusan dan kepimpinan sekolah ini. Bolehkah
cikgu meluangkan sedikit masa bersama kami?
GPK 1 : Pertama sekali selamat datang ke SJK (T)Masai. Saya sudi
membantu anda dalam mengetahui pengurusan sekolah ini.
Teruskan.
Guru Pelatih : Terima kasih, cikgu. Pertama sekali, bolehkah cikgu menceritakan
serba sedikit mengenai diri dan latar belakang pendidikan puan?
GPK 1 : Nama saya Pn.Rajammal a/p Subramaniam dari segamat Johor.
Pendidikan awal saya ialah di Sekolah Rendah Labis dan
Menengah di Sekolah Menengah Tangkak. Bagi pengetahuan
anda, bapa saya ialah seorang bekas guru besar dimana beliau
merupakan rol model bagi saya dalam kerjaya ini. Saya berkerja
sebagai guru selama 23 tahun.
Guru Pelatih : Cikgu, tolong nyatakan apakah peranan seseorang Guru Penolong
Kanan Kurikulum di sekolah ?GPK 1 : Sebenarnya guru penolong kanan ini memainkan peranan yang
sama penting seperti guru besar. Saya perlu membantu guru besar
dalam pentadbiran sekolah. Disamping itu, saya perlu
menguruskan hal ehwal guru, bertanggungjawab dalam soal-soal
yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan sekolah, berurusan dengan masyarakat dan juga
keselamatan sekolah.
Guru Pelatih : Adakah anda akan mengambil sebarang keputusan berkaitan
bidang tugas anda atau berbincang dan mendapatkan pendapat
guru besar terlebih dahulu? Tolong jelaskan.
GPK 1 : Jikalau guru besar berada di sekolah, maka beliau akan
menanyakan pendapat ketiga-tiga GPK terlebih dahulu sebelum
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
2/22
membuat sebarang keputusan mahupun mengadakan perjumpaan.
Sekiranya beliau tidak berada di sekolah, maka kami iaitu ketiga-
tiga GPK akan berkumpul dan mengambil kata sepakat sebelum
mengumumkan sebarang cadangan, pendapat ataupun
perjumpaan sesama guru di sekolah.
Guru Pelatih : Sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum sudah semestinya anda
arif dalam prestasi para murid di sekolah ini. Adakah prestasi
murid-murid dalam UPSR meningkat dari tahun ke tahun?
GPK 1 : Ya. Jika anda lihat graf pencapaian UPSR di sekolah ini, ia
meningkat dari tahun ke tahun.Tahun ini kami target sebanyak 100
orang murid untuk mendapatkan 7 A daripada 228 orang murid
Tahun 6.
Guru Pelatih : Sila nyatakan usaha anda sebagai Guru Penolong Kanan
Kurikulum untuk meningkatkan prestasi murid?
GPK 1 : Saya akan memantau dari masa ke semasa buku-buku rekod
berserta proses p&p yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah ini.
Selain itu, kami mempunyai sebuah buku kehadiran guru yang
akan diisi oleh ketua darjah. Kandungannya adalah nama guru,
mata pelajaran yang diajarnya, waktu p&p berserta tajuk pelajaran
pada hari tertentu. Dengan ini, kami akan dapat menyelia
kehadiran guru ke bilik darjah dan memastikan proses p&p berjalan
dengan lancar pada hari tersebut.
Guru Pelatih : Mengikut pengetahuan kami, salah satu tugas Guru Penolong
Kanan Kurikulum ialah menyediakan dan seterusnya
menyelaraskan jadual waktu bagi setiap guru. Bagaimana anda
memastikan tidak ada pertindihan antara jadual waktu yang
disediakan ? Jelaskan bagaimana anda menguruskannya.
GPK 1 : Seperti yang anda sedia maklum, perkembangan ICT ini membantu
dan memudahkan kerja guru di era ini. Dahulu, saya terpaksa
menyediakan satu jadual yang besar dan membahagikan kelas
kepada guru mengikut mata pelajaran yang diajarnya. Ia akan
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
3/22
mengambil masa yang akan lama. Namun, dengan bantuan
kerajaan, kami telah menerima sebuah program yang membantu
saya dalam menyediakan jadual waktu kepada semua guru tanpa
sebarang pertindihan waktu.Saya akan memasukkan segala mata
pelajaran akan diajar oleh semua guru bagi Tahun 6 dan sistem ini
secara automatiknya menyediakan jadual-jadual waktu bagi
para guru Tahun 6 tanpa sebarang pertindihan.
Guru Pelatih : Tolong jelaskan latar belakang sosio-budaya murid-murid di sini ?
GPK 1 : Ibu bapa murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kalangan
profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan guru.Selain
itu, terdapat juga ibu bapa yang berkerja sebagai buruh. Namun,
segala bantuan yang diperlukan oleh sekolah akan ditanggung oleh
ibu bapa dengan sukarela dan saya amat menghargainya. Mereka
akan menyumbang masa dan tenaga dalam menyediakan para
murid jikalau sekolah terlibat dalam sebarang pertandingan
ataupun menganjurkan sesebuah program. Sumbangan PIBG
kepada sekolah sememangnya sesuatu harus dinyatakan dan
seterusnya dihargai.
Guru Pelatih : Apakah pencapaian maksimum pelajar-pelajar di sekolah ini ?
GPK 1 : Pelajar-pelajar kami mewakili negeri ke pertandingan kebangsaan
badminton dan menjuarainya. Seterusnya, kami juga memenangi
banyak pertandingan Tarian Zapin dan pernah sekali diminta untuk
menarikan tarian tersebut ketika pertabalan Sultan di Kuala
Lumpur.
Guru Pelatih : Sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum bagaimana anda
menangani masalah-masalah berkenaan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dihadapi oleh guru?
GPK 1 : Kami akan menanganinya ketika perjumpaan yang diadakan pada
setiap hari Selasa.Kami akan menyediakan minit mesyuarat
dengan paparan power point dimana semua masalah dan tindakan
susulan bagi perbincangan sebelumnya turut dinyatakan. Saya
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
4/22
juga akan sentiasa mengadakan mesyuarat bersama ketua panitia
dan menyemak fail-fail panitia.
Guru Pelatih : Adakah guru-guru disini memberikan komitmen yang tinggi dalam
kerjaya mereka bagi mencapai visi dan misi sekolah?
GPK 1 : Ya. Mereka sangat dedikasi terhadap tugas yang diberikan.
Biasanya mereka akan menyiapkan segala tugasan yang diberikan
tanpa sebarang bantahan dan hasil kerja mereka adalah sentiasa
terbaik. Mereka turut berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
mendapatkan gelaran Sekolah Kluster. Tanpa mereka siapalah
kami?
Guru Pelatih : Adakah infrastruktur di sekolah ini mencukupi? Bagaimanakah
infrastruktur di sekolah ini membantu untuk meningkatkan prestasi
murid?
GPK 1 : Satu-satunya masalah yang kami hadapi ialah kekurangan
kawasan sekolah.Maka,bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
murid, kami terpaksa meminjam dewan di sekolah Cina yang
berhampiran. Selain itu, taman-taman yang dihasilkan oleh kami
sentiasa membantu murid merangsangkan pemikiran mereka.Pada
waktu rehat, kami mengadakan beberapa program seperti Bijak
Sifir dimana ia membantu murid untuk manfaati masa yang
diberikan kepada mereka.
Guru Pelatih : Nyatakan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan sepanjang
menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum di
sekolah ini.
GPK 1 : Terdapat banyak pengalaman yang tidak dapat saya lupakan di
sekolah ini.Terutama sekali bersama guru-guru di sekolah ini. Kami
meluangkan masa dan menyiapakan kerja-kerja berkaitan fail
bersama-sama.Kami juga meluangkan cuti hujung semester di
pusat-pusat peranginan sambil merancang aktiviti ataupun sasaran
kami pada tahun akan datang.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
5/22
Guru Pelatih : Terima kasih puan kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Kami amat menghargainya.Segala input yang diberi akan kami
manfaatkan.
GPK 1 : Sama-sama.Semoga anda menjadi seorang guru yang dedikasi
pada masa akan datang.Selamat maju jaya.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
6/22
2. TEMUBUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
(GPK 2)
Guru Pelatih : Selamat pagi, cikgu
GPK HEM : Selamat pagi.
Guru Pelatih : Kami guru pelatih datang dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim
untuk menjalankan program bina insan guru di sekolah ini. Kami
ingin menemu bual serba sedikit tentang hal ehwal murid di sekolah
ini. Jadi, bolehkah kami menemu bual anda sekarang?
GPK HEM : Boleh apa salahnya.
Guru Pelatih : Berapa lama tempoh perkhidmatan anda dalam bidang perguruan
ini?
GPK HEM : 17 tahun saya telah berkhidmat di sekolah ini.
Guru Pelatih : Apakah jawatan anda berdasarkan school based post?
GPK HEM : DG 41
Guru Pelatih : Berapa lamakah dan pada tahun apakah sekolah SJKT Masai ini
diiktiraf sebagai sekolah kluster?
GPK HEM : Pada tahun 2008 sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah kluster.
Guru Pelatih : Bagi pengetahuan cikgu, Taraf Cemerlang berdasarkan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) merupakan syarat utama
dalam memilih sekolah kluster dan pada tahun bilakah SJKT Masai
mencapai taraf ini?
GPK HEM : Pada tahun 2006.
Guru Pelatih : Berapakah enrolmen murid di sekolah ini?
GPK HEM : 1217 orang murid.
Guru Pelatih : Bagaimanakah murid-murid dipilih bagi memasuki sekolah ini
sebagai streaming?
GPK HEM : Kebanyakkan murid akan dipilih melalui ujian selepas transisi. Ini
akan berlaku sampai tahun tiga sahaja manakala bagi tahun 1 dan
2 tidak berlaku streaming kerana mereka mengikut sukatan
pelajaran KSSR.
Guru Pelatih : Apakah Gred Purata Sekolah (GPS) dan pencapaian murid dalam
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
7/22
UPSR sehingga pada tahun 2011?
GPK HEM : Semakin meningkat.
Guru Pelatih : Apa program khusus yang dijalankan untuk meningkatkan
pencapaian murid?
GPK HEM : Kelas tambahan, bengkel UPSR, kelas intensif, kem motivasi Fasa
1 dan 2, klinik UPSR, ceramah motivasi murid, program kumpulan
galus, program minda pagi, program anak angkat dan sebagainya.
Guru Pelatih : Selain bidang akademik dan bidang sukan, kerohanian, atau
kesenian ada diberi keutamaan?
GPK HEM : Ya. Contohnya, bidang kebitraan dan dari jabatan kebudayaan
mereka akan mengajar tarian zapin kepada murid-murid di sekolah
ini.
Guru Pelatih : Apakah masalah yang sering ditimbulkan oleh para murid?
GPK HEM : Tidak membuat kerja latihan sekolah, ketidakhadiran, tidak datang
ke sekolah tanpa sebab dan sakit.
Guru Pelatih : Bagaimanakah masalah disiplin murid ditangani di sekolah ini?
GPK HEM : Amaran pertama ialah amaran secara lisan diberi manakala
amaran kedua ialah bawa murid kepada guru disiplin dan amaran
ketiga ialah surat amaran dikeluarkan serta berjumpa dengan ibu
bapa yang berkenaan murid tersebut.
Guru Pelatih : Nisbah kelas sekolah kluster adalah 1:2 adalah salah satu unsur
untuk sekolah kluster dan adakah guru-guru yang dilantik untuk
kelas adalah 2 orang?
GPK HEM : Tidak. Hanya untuk darjah 6 sahaja.
Guru Pelatih : Adakah perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam
bidang kokurikulum ini secara kontrak atau sambilan ?
GPK HEM : Secara sambilan. Sebagai contoh, kami akan menggunapakai
tenaga guru-guru tertentu untuk menyediakan murid-murid ke
pertandingan tarian zapin di peringkat sekolah iaitu yang tergolong
dalam niche areas. Manakala, kami akan menyediakan murid-
murid dengan bantuan wakil pelatih dari Jabatan Kebudayaan dan
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
8/22
Kesenian Negeri Johor jika terdapat apa-apa program yang
melibatkan komitmen dengan pihak luar sekolah.
Guru Pelatih : Baiklah cikgu. Itu sahaja daripada kami cikgu. Ribuan terima kasih
atas kerjasama anda untuk menjayakan temu bual kami dengan
baik.
GPK HEM : Sama-sama.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
9/22
3. TEMUBUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
(GPK 3)
Guru Pelatih : Selamat pagi, cikgu. Berapa lamakah tuan bekerja sebagai guru di
sekolah dan bilakah tuan menjadi Guru Penolong Kanan
Kokurikulum di sekolah ini ?
GPK KOKO : Selamat pagi. 15 tahun sebagai guru biasa dan 5 tahun sebagai
GPK KOKO di sekolah ini.
Guru Pelatih : Bilakah tuan menjalankan aktiviti Kokurikulum di sekolah ?
GPK KOKO : Pada hari sabtu.
Guru Pelatih : Semasa tuan menjadi sebagai GPK KOKO, bagaimana
dengan pencapaian murid dari segi Kokurikulum ? Adakah
pencapaiannya seperti sekarang
GPK KOKO : Pencapaian meningkat dari tahun ke tahun.
Guru Pelatih : Adakah pencapaian murid meningkat setiap tahun dari segi
pencapaian Kokurikulum ?
GPK KOKO : Ya.
Guru Pelatih : Apakah usaha- usaha yang diambil oleh tuan untuk
meningkatkan pencapaiannya ?
GPK KOKO : Membuat latihan mengikut jadual dan perancangan dibuat lebih
awal dan melaksanakan perancangan tersebut dengan teratur.
Guru Pelatih : Pencapaian yang terkini dari segi Kokurikulum adalah
GPK KOKO : Olahraga naib johan peringkat zon.
Guru Pelatih : Apakah usaha-usaha yang diambil untuk menjadi naib johan dalam
pertandingan zon ?
GPK KOKO : Latihan berterusan.
Guru Pelatih : Adakah semua murid memberi kerjasama semasa menjalan aktiviti
pada waktu petang ataupun hari minggu ?
GPK KOKO : Kebanyakkan. Ya.
Guru Pelatih : Adakah ibubapa memberi kerjasama yang penuh untuk
meningkatkan pencapaian murid dari segi Kokurikulum ?
GPK KOKO : Ya.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
10/22
Guru Pelatih : Adakah ibu bapa memberi bantuan dari segi kewangan ataupun
fizikal ?
GPK KOKO : Ya tetapi kurang.
Guru Pelatih : Adakah pencapaian akademik murid menurun jika mereka terlibat
dalam kokurikulum?
GPK KOKO : Tidak.
Guru Pelatih : Bagaimankah tuan memberi peluang kepada murid-murid di
SJK(T) Masai untuk meningkatkan bakat mereka ?
GPK KOKO : Ya iaitu dengan membuat pemilihan dan memberi latihan
Berterusan kepada murid tersebut.
Guru Pelatih : Adakah sekolah ini menjalankan Kem berkaitan dengan
Kokurikulum ? Bilakah
GPK KOKO : Ada (2010) di SJKT Sg Plentong.
2011 secara kecil-kecilan di sekolah.
Guru Pelatih : Adakah sekolah ini mempunyai kemudahan yang secukupnya
untuk menjalakan aktiviti Kokurikulum ?
GPK KOKO : Kurang. Boleh menjalankan sekiranya dirancang dengan betul.
Guru Pelatih : Sebagai GPK KOKO apakah yang anda harapkan dari warga
SJK(T) Masai untuk meningkatkan pencapaian dari segi
Kokurikulum?
GPK KOKO : Memberi kerjasama penuh. Sama-sama menjayakan sesuatu
aktiviti, bermotivasi, berdedikasi dan berkreatif dalam semua
bidang. Membentuk bangsa kita untuk mencapai kecemerlangan di
Negara ini.
Guru Pelatih : Baiklah. Kami bagi pihak IPG KTI ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kerjasama anda sepanjang sesi temubual ini.
Terima kasih cikgu.
GPK KOKO : Sama-sama. Semoga berjaya.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
11/22
4. TEMUBUAL BERSAMA GURU CEMERLANG
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
12/22
Guru Pelatih : Selamat sejahtera, Cikgu. Kami guru pelatih dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Kami ingin
menemu bual, cikgu. Bolehkah cikgu meluangkan sedikit masa
bersama kami?Guru Cemerlang: Selamat sejahtera. Boleh. Tak ada masalah.Guru Pelatih : Terima kasih, cikgu. Pertama sekali, bolehkah cikgu
menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan
cikgu?
Guru Cemerlang: Pada awalnya, saya bekerja sebagai seorang guru sandaran
selama 6 bulan. Selepas itu saya ditawarkan untuk mengikuti
kursus KDPM selama 4 tahun di sebuah Maktab di Kuantan,
Pahang. Selepas itu saya telah menjalani praktikum di sekolah
ini dan sekaligus ditempatkan di sekolah ini selepas tamat
praktikum.Guru Pelatih : Apakah subjek major dan minor anda?Guru Cemerlang: Subjek major saya adalah Bahasa Tamil dan Minor saya adalah
Matematik.Guru Pelatih : Sudah berapa tahun cikgu mengajar?Guru Cemerlang: Termasuk tahun ini sudah lebih 10 tahun.Guru Pelatih : Kami diberitahu bahawa anda merupakan seorang guru
cemerlang. Pada tahun bilakah anda dianugerahkan sebagai
guru cemerlang?Guru Cemerlang: Saya telah dianugerahkan sebagai guru cemerlang pada tahun
2007 bagi subjek Sains.Guru Pelatih : Major anda adalah bahasa tamil dan boleh cikgu jelaskan
bagaimana anda telah mendapat guru cemerlang dalammatapelajaran sains?
Guru Cemerlang: Ya, betul. Semasa saya ditempatkan di sekolah ini, sekolah ini
pada ketika itu mengalami kekurangan guru subjek sains.
Justeru, saya telah diberi arahan untuk mengajar matapelajaran
sains. Oleh kerana, pencapaian murid dalam matapelajaran
sains meningkat daripada 55.5% kepada 80% selepas saya
mengajar, saya pun diminta untuk membuat permohonan bagi
menjadi guru cemerlang.Guru Pelatih : Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi
guru cemerlang?Guru Cemerlang: Pada pendapat saya, ciri-ciri yang perlu ataupun wajib dimiliki
untuk menjadi guru cemerlang adalah, aktif dalam semua bidang
termasuk kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak sama sekali
membosan murid. Malah pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan sepatutnya menarik perhatian murid disamping
memudahkan emahaman murid terhada sesuatu to ic an
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
13/22
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
14/22
murid tidak menyiapkan kerja rumah guru-guru merekodkan
kesalahan mereka dan mendapatkan tandatangan murid sebagai
bukti. Pada hari terbuka, kesalahan murid akan ditunjukkan kepada
ibubapa. Setiap hari di sekolah sebelum balik muzik Thiyaanam
akan dimainkan sebagai meditation. Semasa itu murid-murid
mengingat semula pembelajaran mereka. Oleh itu, semasa pulang
masalah disiplin murid dapat dikurangkan.
Guru Pelatih : Bagaimanakah anda memastikan bahawa hubungan antara pihak
sekolah dan ibu bapa sentiasa rapat?
SU PIBG : Pihak sekolah khusus memanggil ibubapa bagi murid tahun 5 dan
tahun 6. Guru-guru akan menerangkan pencapaian akademik
murid kepada ibubapanya. Dua tahun yang lalu, Tournament
Badminton dijalankan. Ibubapa juga dialu-alukan untuk memberi
sumbangan mereka. Setiap program yang dilakukan akan diberikan
pengumuman dan penjelasan yang secukupnya bagi pengetahuan
mereka.
Guru Pelatih : Adakah sekolah ini memberi tumpuan dalam pencapaian akademik
sahaja, kokurikulum sahaja, atau kedua-dua bidang tersebut?
SU PIBG : Pihak sekolah memberi tumpuan kepada kedua-kedua bidang.
Bagi kemenjadian murid kami menggalakkan murid dalam lakonan
drama, pertandingan menari, Spelling B dan sebagainya. Dalam
bidang akademik pula, memberi aktiviti secukupnya untuk dapat
pencapaian yang baik.
Guru Pelatih : Bagaimanakah pihak sekolah memastikan bahawa para guru
memberikan komitmen seratus peratus kepada pihak sekolah?
SU PIBG : Guru-guru di sekolah ini melakukan tugasan-tugasan yang diberi
dengan sempurna dan segera. Dulu ada AJK Ting Teng iaitu
tugasan bagi setiap program akan dapat ajk yang sama. Hasilnya,
kami dapat melaksanakan sesuatu program dengan berjaya.
Guru Pelatih : Dari segi kewangan, adakah sekolah ini masih dapat menampung
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
15/22
perbelanjaan atau masih lagi memerlukan dana untuk
menganjurkan sesuatu program?
SU PIBG : Dari segi kewangan kami dapat kewangan dari luar juga. Salah
satu dana yang kami dapat ialah NGO. PIBG juga memberi
sumbangan dari segi tenaga mereka.
Guru Pelatih: Dari tahun berapakah pihak sekolah mula menganjurkan program-
program khas kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR?
SU PIBG : Kami mulakan kelas tambahan kepada murid-murid tahun 6 kerana
kami tidak cukup kelas. Setiap hari Sabtu mengadakan bengkel.
Guru Pelatih : Dari segi kemudahan , adakah anda merasakan sekolah ini
lengkap dari segala aspek?
SU PIBG : Masa sekarang cukup untuk melakukan aktiviti. Guru Besar
merancang bagi mendapatkan lagi bangunan untuk kelas muzik,
kelas menari, dewan dan beberapa kelas untuk menjalankan kelas
tambahan.
Guru Pelatih : Jika anda diberi peluang untuk membawa satu perubahan dalam
sekolah ini, apakah yang anda ingin lakukan?
SU PIBG : Cadangan saya ialah saya akan berusaha untuk menjadikan
sekolah ini kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Saya akan lebih
tumpukan perhatian dalam bidang akademik.
Guru Pelatih : Apakah target sekolah dalam pelan jangka masa panjang?
SU PIBG : Target jangka masa panjang ialah menjadikan sekolah ini kepada
Sekolah Berprestasi Tinggi dan sekolah idaman di negara
Malaysia.
Guru Pelatih : Sekian sahaja daripada kami cikgu. Ribuan terima kasih atas
kerjasama anda dan perkongsian infomasi secara berkesan bagi
menjayakan sesi temu bual kami ini dengan sempurna.
GPK HEM : Sama-sama dan terima kasih juga kepada anda semua atas
kehadiran anda ke sekolah kami pada hari ini. Semoga berjaya.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
16/22
6. TEMUBUAL BERSAMA KETUA PANITIA BAHASA TAMIL
Guru Pelatih : Selamat pagi, cikgu
K. P. B.Tamil : Selamat pagi
Guru Pelatih : Sila memperkenalkan diri anda?
K. P. B.Tamil : Nama saya Umathevi Letchumanan. Saya berkhidmat di sekolah
ini selama 12 tahun.
Guru Pelatih : Berapa lama puan berkhidmat di sekolah ini sebagai Ketua Panitia
Bahasa Tamil?
K. P. B.Tamil : Saya menyandang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Tamil
selama 4 tahun.
Guru Pelatih : Bagaimanakah tahap pencapaian mata pelajaran bahasa tamil
dalam peperiksaan UPSR tahun lepas.
K. P. B.Tamil : Tahun lepas pencapaiannya cemerlang. Dimana bagi kertas BT
Pemahaman peratus lulus adalah 95.8%. Manakala bagi kertas BT
Penulisan peratus lulus adalah 95.4%.
Guru Pelatih : Apakah harapan anda mengenai pencapaian para pelajar UPSR
tahun ini?
K. P. B.Tamil : Tahun ini kami mengharapkan peratus lulus sebanyak 100 % bagi
kedua-dua kertas.
Guru Pelatih : Bagaimanakah minat dan keinginan murid terhadap subjek ini?
K. P. B.Tamil : Murid menunjukkan minat yang mendalam sewaktu mempelajari
subjek ini. Mereka dapat menguasai subjek dengan baik. Yang
terbaik adalah mereka dapat mempraktikan apa yang dipelajari
dalam kehidupan seharian. Namun terdapat juga masalah
pembelajaran dalam kalangan segelintir murid akibat latar belakang
mereka.
Guru Pelatih : Apakah program dan aktiviti yang diadakan untuk memantapkan
pemahaman pelajar?
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
17/22
K. P. B.Tamil : Programnya selaras dengan program UPSR. Contohnya kelas
klinikal, Galus, Ceramah dan sebagainya.
Guru Pelatih : Bagaimana pula bagi guru bahasa tamil?
K. P. B.Tamil : Kami menyediakan satu sesi pemantapan ilmu guru bahasa tamil
pada hari Rabu setiap minggu. Ia bertujuan untuk membantu guru
memantapkan ilmu bahasa. Selain itu guru-guru sering berkongsi
idea dan mendapatkan bantuan guru yang berpengalaman
mengenai kaedah dan teknik penyampaian ilmu secara berkesan
kepada murid.
Guru Pelatih : Apakah program yang diadakan bagi murid-murid tahun 1 hingga
5?
K. P. B.Tamil : 2 minggu lepas berlangsungnya program Minggu Bahasa Tamil. Ia
melibatkan penglibatan semua murid tidak mengira tahap
pencapaian. Aktiviti seperti syarahan, kuiz, lakonan, penyampaian
puisi, penghafalan thirukural telah diadakan. Melalui program ini
kami telah mengenalpasti beberapa murid untuk Program Muthamil
Vizha yang akan diadakan pada bulan Disember.
Guru Pelatih : Sejauh manakah keberkesanan pengajaran KSSR dalam subjek
Bahasa Tamil ?
K. P. B.Tamil : Pencapaiannya baik. Namun kami tidak dapat mengenalpasti
pencapaian yang spesifik akibat tiada peperiksaan. Kami
mengalami kesukaran dari segi pemahaman ibu bapa mengenai
pelaksanaan. KSSR memfokuskan satu kemahiran sahaja.
Pendedahan bagi ibu bapa terhadap sistem ini agak kurang jelas.
Guru Pelatih : Maka bagaimanakah pihak sekolah menguji pemahaman murid
dalam subjek ini?
K. P. B.Tamil : Kami akan mengadakan peperiksaan pertengahan dan akhir bagi
mereka.
Guru Pelatih : Bagaimana pihak sekolah menggalakkan SAL bagi subjek ini.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
18/22
K. P. B.Tamil : Kami menyediakan tempat khas bagi bacaan Bahasa Tamil. Selain
itu setiap bilik darjah dilengkapi dengan sudut bacaan. Kami
galakkan SAL sewaktu masa rehat.
Guru Pelatih : Bagaimanakah pula dengan SAL guru?
K. P. B.Tamil : Setiap tahun kami akan membelikan buku-buku yang dapat
membantu guru dan pelajar. Anda dapat lihat buku-bukunya di
galeri kluster tadi. Terdapat juga guru-guru dari sekolah lain datang
dan meminjam buku disini.
Guru Pelatih : Bagaimana pula dengan penggunaan BBM ?
K. P. B.Tamil : Kami menyediakan kemudahan dan BBM yang sepenuhnya bagi
guru-guru yang mengajar. Mereka boleh mendapatkannya di BilikBBM. Kebiasaanya anda dapat lihat penggunaan ini BBM banyak
di tahap 1. Tetapi di sekolah ini kami galakkan penggunaan BBM
bagi semua tahun.
Guru Pelatih : Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada puan
kerana sudi meluangkan masa bersama kami dan berkongsi
maklumat mengenai sekolah. Terima Kasih.
K. P. B.Tamil : Terima Kasih.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
19/22
7. TEMUBUAL BERSAMA KETUA PANITIA MATEMATIK
Guru Pelatih : Selamat pagi Puan. Kami S. Keerty, M. Kunalan, N.Shalani dan
M.Mathanapriya dari IPG KTI beropsyen BT/PJ/PSK ingin
menemubual anda. Bolehkah Puan memperkenalkan diri anda?
K.P.Matematik: Saya G. Parameswari yang merupakan Ketua Panitia Matematik di
SJK (T) Masai serta guru penanda kertas Matematik UPSR.
Guru Pelatih : Selama berapa tahun, Puan bertugas sebagai guru matematik dan
Ketua Panitia Matematik di sekolah ini?
K.P.Matematik: Saya telah bertugas di sekolah ini selama 13 tahun dan menjadi
Ketua Panitia selama 7 tahun.
Guru Pelatih : Bolehkah Puan menjelaskan secara terperinci mengenai
pencapaian Puan sebagai Ketua Panitia Matematik?
K.P.Matematik: Pada tahun 2007 peratus matapelajaran matematik yang lulus
adalah 80% dan 104 pelajar telah mendapat A dalam
matapelajaran ini. Pada tahun 2011 pula peratus lulus
matapelajaran ini adalah 99.54%. Hal ini kerana seorang murid
telah gagal dalam matapelajaran matematik pada tahun tersebut.
Kami berharap pada tahun ini peratus lulus matapelajaran ini akan
menjadi 100%.
Guru Pelatih : Seperti yang semua ketahui sekolah ini adalah sekolah kluster dan
peningkatan pencapaian subjek Matematik telah meningkat dari
tahun ke tahun. Bagaimanakah peningkatan ini berlaku?
K.P.Matematik: Sekolah kluster lebih memberi focus kepada subjek bahasa
tamil berbanding subjek yang lain. Matapelajaran ini hanya
difokuskan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan
UPSR sahaja.
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
20/22
Guru Pelatih : Apakah strategi P & P yang anda laksanakan di sekolah ini bagi
matapelajaran Matematik?
K.P.Matematik: Strategi P&P yang dilaksanakan untuk matapelajaran ini ialah
dikaitkan dengan kehidupan seharian para pelajar. Dengan ini
murid akan senang mengingati apa yang diajar. Selepas itu murid
diberikan latihan yang banyak untuk memperkukuhkan lagi apa
yang diajar. Perkara- perkara yang asas sahaja diberikan utama
dalam matapelajaran ini iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Guru Pelatih : Bagaimanakah penglibatan murid dalam matapelajaran ini?
K.P.Matematik: Di sini terdapat enam kelas untuk darjah enam. Setahu saya tiga
kelas yang depan aktif ketika P&P dijalankan,tetapi mereka tidak
mengaplikasikan apa yang diajar dalam kehidupan. Mereka hanya
berfokus untuk menyelesaikan masalah matematik yang terpapar
dalam kertas soalan. Selain itu murid- murid hanya memberikan
keutamaan kepada langkah yang pendek untuk mendapat
jawapan. Tiga kelas yang akhir tidak bergiat aktif dalam kelas .
Guru Pelatih : Apakah keistimewaan matapelajaran Matematik dalam
kecemerlangan sekolah ini?
K.P.Matematik: Murid dedahkan dengan konsep matematik yang jelas dan mereka
menganggap matapelajaran ini sebagai matepelajaran yang
seronok untuk belajar. Pada pendapat saya kaedah lama yang
digunakan untuk mempelajari matapelajaran ini adalah sangat
sesuai dan terbaik untuk pelajar. Contohnya, pada dulu setiap
murid harus mengingat sifar. Tapi pada masa kini dengan adanya
teknologi murid murid sudah pandai menggunakan kalkulator
untuk mendapat jawapan. Kaedah ini adalah kurang sesuai untuk
pelajar.
Guru Pelatih : Bagaimanakah dengan penggunaan ABM dan BBM dalam
pelaksanaan subjek Matematik?
K.P.Matematik: Pada pendapat saya guru hanya menggunakan BBM untuk
memperkenalkan tajuk sahaja. Langkah lain guru kurang
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
21/22
menggunakan bbm. Di sekolah ini penggunaan buku teks adalah
kurang, malah terdapat modul & lembaran kerja yang dirujuk pada
setiap masa.
Guru Pelatih : Sumbangan jenis apa yang anda perolehi dalam pelaksanaan &
pencapaian proses P&P Matematik?
K.P.Matematik: Di sekolah ini,guru besar akan menyediakan semua keperluan
yang diperlukan untuk matapelajaran ini. Selain itu ibu bapa juga
sanggup memberikan duit untuk membeli buku dan lembaran kerja
bila ditanya. Pada pendapat saya, kerjasama antara guru
memainkan peranan yang penting dalam pencapaian sekolah ini.
Guru Pelatih : Pada masa hadapan apakah harapan anda terhadap subjek ini dan
pencapaiannya?
K.P.Matematik: Harapan saya adalah agar semua guru memfokuskan semua
pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Jangan hanya guru
mengambil berat akan pelajar tahun enam sahaja, malah guru
harus mengekalkan pencapaian murid dari tahun satu hingga tahun
enam secara berterusan.
Guru Pelatih : Bolehkah kami dapatkan sebarang bahan bukti mengenai subjek /
pencapaian subjek ini?
K.P.Matematik: Ya, boleh apa salahnya. Terdapat banyak bukti yang kukuh
mengenai pencapaian matematik di sekolah ini.
Guru Pelatih : Bagaimanakah sukatan KSSR mmepengaruhi matapelajaran
matematik di sekolah ini?
K.P.Matematik: Setahu saya murid menghadapi masalah dalam memahami
sesuatu topik . Sukatan KSSR untuk tahun satu adanya tajuk
pecahan yang merumitkan para pelajar untuk memahaminya. Hal
ini kerana murid tahun satu merupakan murid pelajar yang kecil
untuk memahami topik sebegini, Selain itu,murid juga mendapat
masalah bahasa. Hal ini kerana ketika di tadika, murid
menggunakan bahasa melayu. Tetapi setelah menjejak kaki ke
-
8/2/2019 Dapatan Maklumat Melalui Temubual
22/22
tahun 1 murid harus mempelajari matematik dalam bahasa ibunda
mereka.
Guru Pelatih : Kami ingin mengucapkan sekalung terimah kasih kepada puan
kerana sudi meluangkan masa bersama kami dan berkongsi
infomasi mengenai sekolah ini. Terima Kasih.
K.P.Matematik: Sama-sama.