Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT– DIS 2013
Edaran Dalaman
Isu No.2
Fokus AKRUANFokus AKRUANFokus AKRUAN
MESEJ DARI PENGARAH PASUKAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN
MESEJ DARI PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
AKTIVITI PERAKAUNAN AKRUAN OKTOBER - DISEMBER 2013
2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT– DIS 2013
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Pn Devantri Kaur
PENASIHAT
Dr. Hj. Sofian Bin Kochik
Pn Noorlida Bt Mohd Khalid
KETUA EDITOR
En Mohamad Nor Azam Bin Sabtu (UPP)
EDITOR
Pn Shabibah Bt Bachok - (UK&P)
Pn Nor Rosita Bt Idris - (UP&P)
Pn Juliyana Bt Abd. Rahim- (UPP)
Pn Nik Athirah Bt Nik Abdullah- (UTeknikal)
Pn Norhafiza Bt Burhanuddin - (UTeknikal)
Pn Nor Sakilawati Bt Abd. Wahab - (UPPD)
Pn Norhaslinda Bt Mahadi - (UAplikasi)
Pn Siti Nurbaya Bt Yaudin - (UAplikasi)
Pn Noorifaida Bt Subehi - (UP&P)
Pn Norfarazila Bt Abd. Rahim - (UK&P)
Pn Rohaiza Bt Manab - (UPP) En Mohd Nazri Bin Hassan - (UPP) Pn Nor Azila Bt Ramli - (UPPD) PwC - Service Provider : Perakaunan Akruan The IA Group - System Integrator
PENYELARAS PENERBITAN
Pn Norayu Bt Hj Amir (UPP)
Cik Nor Aniza Bt Rahman (UPP)
Edaran Dalaman
Isu No.2 FOKUS AKRUAN
DARI MEJA EDITOR... S alam sejahtera dan bersua kembali bagi isu kedua Fokus Akruan yang memberikan paparan menarik mengenai perkembangan Projek Perakaunan Akruan yang berlaku dari bulan Oktober sehingga Disember 2013. Kami akan mengimbas kembali aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang tiga bulan tersebut.
Dalam isu ini kami akan berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti pengumpulan data, status kemajuan sistem integrasi dan modul - modul aplikasi bagi 1GFMAS.
Pada masa ini setiap kementerian sedang sibuk di dalam aktiviti pengumpulan data dan ini sudah pastinya akan memberikan cabaran kepada kementerian bagi memastikan aktiviti ini berjaya dilaksanakan untuk digunakan sebagai baki awal tahun 2015. Komitmen dan kerjasama daripada seluruh warga kementerian/jabatan/agensi amat diharapkan bagi memastikan kejayaan terhadap aktiviti pengumpulan data ini.
Tahun 2014 akan menjelma dengan 1001 pancaroba yang belum pasti ketentuannya. Diharap seluruh penjawat awam yang terlibat di dalam pelaksanaan perakaunan akruan akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan bersedia menempuh tahun 2014 yang lebih mencabar.
SELAMAT MEMBACA!
Ketua Editor
Senyum Akruan
Sekarang semua
kementerian sibuk
buat pengumpulan
data aset...
Itulah saya
dengar..semoga
berjaya!
“To state the facts frankly is not to
despair the future nor indict the past.
The prudent heir takes careful
inventory of his legacies and gives a
faithful accounting to those whom he
owes an obligation of trust.”
John F Kennedy
3
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
Mesej daripada Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
Mesej daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Cabaran utama pelaksanaan perakaunan akruan yang sedang giat dilaksanakan oleh semua kementerian adalah aktiviti Pengumpulan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti. Saya yakin dengan komitmen semua pihak di kementerian dan perbincangan mengenai strategi pengumpulan data aset dalam forum Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian dan Kumpulan Kerja Pengumpulan Data, sebarang isu yang berbangkit dapat diselesaikan dan baki awal aset dan
liabiliti yang diperolehi di setiap kementerian adalah tepat dan betul.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Fokus Akruan di atas kejayaan menerbitkan keluaran kali kedua bagi isu bulan Disember 2013.
Di dalam memastikan sistem 1GFMAS berfungsi seperti yang diharapkan, Business Blueprint 1GFMAS merupakan elemen terpenting terhadap pembangunan sesebuah sistem. Sehubungan dengan itu, Jabatan bersama pihak System Integrator giat mengadakan perbincangan mengenai penyediaan Business Blueprint Functional 1GFMAS mengikut modul bermula dari Mei sehingga September 2013. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan sepenuh perhatian dan komitmen sepanjang proses penyediaan tersebut terutamanya kepada ketua modul. Alhamdulillah Jabatan telah berjaya memuktamadkan Business Blueprint Functional 1GFMAS pada Oktober 2013 yang lalu.
Salah satu daripada kebaikan sistem 1GFMAS adalah membolehkan laporan kewangan dilaporkan secara real-time dan tepat walaupun dari kementerian yang berbeza. Selain itu juga, tahap kecekapan pengguna sistem di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Perakaunan akan meningkat di samping penghasilan laporan kewangan yang berkualiti dan menjamin integriti data dan maklumat yang dijana dalam masa yang singkat.
Sistem ini juga bertujuan untuk membantu Kerajaan Persekutuan khususnya dan sektor awam Kerajaan Malaysia secara keseluruhannya, dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta membantu meningkatkan nama Malaysia di mata dunia, sebagai kerajaan yang bertaraf antarabangsa dengan hasil dari laporan kewangan yang berkualiti.
Seperti yang kita semua sedia maklum, dengan pelaksanaan sistem 1GFMAS ini nanti semua sistem perakaunan sedia ada akan digabungkan secara berpusat dan juga boleh diintegrasikan dengan sistem lain seperti ePerolehan, HRMIS, Sistem Pemantauan Projek (SPP II), Sistem Pengurusan Aset (SPA) dan lain-lain.
Didoakan dengan pelaksanaan sistem 1GFMAS kelak, ianya akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada rakyat dan juga Negara.
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan sekalung tahniah kepada sidang redaksi dan seluruh pasukan penerbitan atas usaha menerbitkan Fokus Akruan Siri 2 ini. Saya berharap dengan penerbitan Fokus Akruan secara berkala, buletin ini akan menjadi bahan bacaan dan rujukan untuk mendapatkan
maklumat aktiviti dan status pelaksanaan perakaunan akruan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, perubahan landskap baru perakaunan Kerajaan Persekutuan dari perakaunan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan pada 2015 memerlukan kerjasama dan
komitmen semua penjawat awam di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Transformasi kepada asas perakaunan akruan akan melibatkan pengurusan perubahan terutamanya perubahan budaya kerja, peningkatan kemahiran dan kompetensi modal insan yang menjadi aspek penting di dalam memperkasa penjawat awam untuk menghadapi persekitaran perakaunan sektor awam yang baru. Perubahan ini merupakan cabaran utama kepada semua penjawat awam untuk
meningkatkan ilmu dalam memastikan transformasi yang direncanakan dapat direalisasikan pada 2015.
Semua penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk melaksanakan perakaunan akruan terutamanya dari segi pemikiran,
perubahan budaya kerja, peningkatan kemahiran dan kompetensi.
Akhir kata, saya berharap dengan adanya komitmen dan usaha dari semua pihak, aktiviti - aktiviti ke arah pelaksanaan perakaunan
akruan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015 dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Encik Saat bin Esa Pengarah BPTM
JANM
Puan Devantri Kaur Pengarah PPPA
JANM
4
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
MENGAPA PERLU DILAKUKAN ?
KAEDAH PENGUMPULAN DATA ASET
AKTIVITI PENGUMPULAN DATA
LANGKAH KESELURUHAN BAGI AKTIVITI PENGUMPULAN DATA BAKI AWAL.
Di dalam usaha Kerajaan Persekutuan melaksanakan perakaunan akruan, setiap kementerian perlu menjalankan
aktiviti pengumpulan data bagi menentukan baki awal aset dan liabiliti. Aktiviti pengumpulan data antaranya
melibatkan komponen seperti Aset Tak Alih, Aset Alih, Akaun Belum Terima (“ABT”), Akaun Belum Bayar (“ABB”),
Aset Dalam Pembinaan (“AUC”) dan Inventori.
AKTIVITI PENGUMPULAN DATA ASET DI KEMENTERIAN
SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI
PENGUMPULAN DATA YANG
PERLU DILAKUKAN
KEMENTERIAN
Mengisi templatAset Tak Alihberdasarkan
format yang telahditentukan.
Penyediaan pelanlantai bangunan
hendaklah dilakukanbagi bangunan-
bangunan yang kossejarahnya tidakdapat ditentukan.
Tarikh akhirpenghantaranpelan kepada
Jabatan PenilaianDan PerkhidmatanHarta (JPPH) ialah
30 Jun 2014.
Melaksana dan melengkapkan sepenuhnya
pendaftaran aset alih ke Sistem
Pengurusan Aset (SPA), sebelum
30 Jun 2014.
Menghantar senaraitanah Kerajaan
Persekutuan yang dimiliki kementerian
berdasarkankeperluan MPSAS
kepada JPPH untukpenilaian.
Memulakankerja-kerja
pengumpulan data dan
pengisian templatbagi Aset Alih, ABB,
ABT,AUC danInventori.
Mengadakanmesyuarat
JawatankuasaPelaksanaan danKumpulan Kerja
Kementeriandengan lebih kerap.
Menghantar pelanpelaksanaan
pengumpulan data kementerian kepada
Unit PengurusanPelaksanaan Dan
Data (UPPD) JANM.
(Su
mb
er ru
juk
an
: La
po
ran
Stra
teg
i Pen
gu
mp
ula
n D
ata
Ba
ki A
wal A
se
t da
n L
iab
iliti)
5
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
P E N C A P A I A N
JUN HINGGA OKTOBER
2013
Functional Blueprint dan Change
Management Blueprint yang
mengandungi Pelan Strategik
Pengurusan Perubahan bagi aktiviti
komunikasi dan Pelan Latihan serta
Strategi bagi 1GFMAS telah berjaya
disempurnakan.
Kedua-dua Blueprint ini telah pun
disahkan dan mendapat kelulusan
dari Jawatankuasa Pemandu
Perakaunan Akruan pada
9 Oktober 2013.
Pelaksanaan aktiviti bagi aliran Functional dan Change Management
seperti yang diluluskan dalam 1GFMAS
Blueprint untuk fasa projek seterusnya iaitu
Realisation.
Pasukan Projek Teknikal akan
meneruskan kajian keperluan teknikal di
samping menyediakan Technical Blueprint.
LANGKAH SETERUSNYA DALAM FASA PROJEK 1GFMAS
2013 2014 2015 Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis Jan Feb Mac
STATUS KEMAJUAN SISTEM 1GFMAS TERKINI (DISEMBER 2013)
Status terkini kemajuan bagi sistem 1GFMAS adalah berada di fasa Realisation
bagi melaksanakan aktiviti yang telah dinyatakan di dalam Blueprint 1GFMAS.
6
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.2 Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
MODUL APLIKASI DALAM 1GFMAS
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Senarai MPSAS yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu
Senarai MPSAS yang masih di peringkat Exposure Draft
Human Capital Management-
Payroll (HCM PY)
Accounts Receivable (AR)
Material
Management (MM)
Loan Management
System (LMS)
Human Capital Management-
Personnel & Administration (HCM PA)
Accounts Payable (AP)
Pengurusan Pembayaran (EFT)
Pengurusan Terimaan
Pengurusan pembelian dan perakuan
penerimaan barangan/ perkhidmatan
Pengurusan pinjaman dan
pendahuluan diri
Government Unclaimed Money
Integrated System (GUMIS)
Menguruskan pelaburan, sekuriti yang tidak
dituntut dan hutang sekuriti kerajaan
Pengurusan serahan dan bayaran
Wang Tak Dituntut (WTD)
STATUS KELULUSAN MALAYSIAN PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STANDARDS (MPSAS)
SEHINGGA NOVEMBER 2013
Borang perubahan gaji (SG20)
Pemprosesan gaji di Pejabat Perakaunan
Pengurusan waran peruntukan
Controlling (CO)
Cash Management (CM)
Activity Based Accounting
(ABC)
Treasury (TR)
Funds Management (FM)
Asset Accounting (AA) General Ledger (GL)
Pengurusan Aset Melibatkan aktiviti penjurnalan di
peringkat lejar am
Kawalan data induk (Kod Pusat
Tanggungjawab (PTJ), Pusat Kos (PK), Kod
Amanah/ Program/ Aktiviti/ Projek)
Pengurusan dana
Pengurusan kos
7
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
NAMA KURSUS : BENGKEL PENGUMPULAN DATA SIRI II – ABB, ABT DAN ASET TETAP LAIN OBJEKTIF : Memberi pendedahan kepada tatacara pengisian templet bagi ABB, ABT dan aset tetap lain. TARIKH : Oktober 2013 TEMPAT : Putrajaya, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak KUMP. SASARAN : Trainers kementerian/ JANM negeri dan pegawai aset
NAMA KURSUS : BENGKEL MEMUKTAMADKAN BUSINESS BLUEPRINT OBJEKTIF : Memuktamadkan Blueprint 1GFMAS bagi setiap modul yang terlibat. TARIKH : 16 – 22 September 2013 TEMPAT : Armada Hotel, Petaling Jaya KUMP. SASARAN : Ketua modul, BPTM, PPPA, BPOPA, BPAS, BPPP, BPOPP & SKP
NAMA KURSUS : KURSUS PERAKAUNAN AKRUAN KEPADA KETUA JABATAN DAN PEGAWAI KUMPULAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
OBJEKTIF : Memberi pendedahan tentang piawaian International Public Sector Accounting Standards (IPSAS). TARIKH : September – Disember 2013 KUMP. SASARAN : Ketua Jabatan dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P)
NAMA KURSUS : KURSUS UNDERSTANDING IPSASs IMPLICATION ON REVENUE AND ASSETS OBJEKTIF : Memberi pemahaman yang lebih terperinci mengenai piawaian perakaunan hasil dan aset mengikut IPSAS. TARIKH : 12 – 14 November 2013 TEMPAT : Dewan serbaguna JANM KUMP. SASARAN : Trainers kementerian/ JANM negeri
".....equip yourself through training and sharpen your skills all the time" - Tunku Abdul Rahman
NAMA KURSUS : KURSUS UNDERSTANDING IPSASs IMPLICATION ON REVENUE AND ASSETS OBJEKTIF : Memberi pemahaman yang lebih terperinci mengenai piawaian perakaunan hasil dan aset mengikut IPSAS. TARIKH : 12 – 14 November 2013 TEMPAT : Dewan serbaguna JANM KUMP. SASARAN : Trainers kementerian/ JANM negeri
AKTIVITI
PERAKAUNAN
AKRUAN
8
Unit Pembangunan (UAplikasi)
Unit Teknikal (UTeknikal)
Unit Pengurusan Pelaksanaan dan Data (UPPD)
Unit Polisi dan Piawaian (UP&P)
Unit Pengurusan Perubahan (UPP)
Unit Kualiti dan Pentadbiran (UK&P)
PricewaterhouseCoopers (Service Provider : Perakaunan Akruan)
Innovation Associates Group (System Integrator)
Tel: 03 8882 1018
Faks: 03 8882 1222 / 1765
E-mel: [email protected]
No. 1 Persiaran Perdana
Kompleks Kementerian Kewangan,
Presint 2, 62594 Putrajaya
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan(PPPA)
FOKUS AKRUAN
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Oktober - Disember 2013 Edaran Dalaman
Isu No.2
Isu No 2 - OKT – DIS 2013
Mana nak cari informasi
tentang projek
perakaunan akruan ?
www2.anm.gov.my "Progress is impossible
Without change, And those who cannot
change their minds cannot change
anything."
-George Bernanrd Shaw
Irish playwright
Unit Pembangunan (UAplikasi)
Unit Teknikal (UTeknikal)
Unit Pengurusan Pelaksanaan dan Data (UPPD)
Unit Polisi dan Piawaian (UP&P)
Unit Pengurusan Perubahan (UPP)
Unit Kualiti dan Pentadbiran (UK&P)
PricewaterhouseCoopers (Service Provider : Perakaunan Akruan)
The IA Group (System Integrator)
Tel: 03 8882 1018
Faks: 03 8882 1222 / 1765
E-mel: [email protected]
No. 1 Persiaran Perdana
Kompleks Kementerian Kewangan,
Presint 2, 62594 Putrajaya
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG
KOMEN ATAU PERTANYAAN
AKTIVITI
PERAKAUNAN
AKRUAN
NAMA KURSUS : KURSUS CFO SIRI II OBJEKTIF : Memberi pendedahan mengenai tanggungjawab dan peranan CFO dalam membantu kementerian untuk membuat keputusan. TARIKH : 17 – 20 November 2013 TEMPAT : Johor Bahru KUMP. SASARAN : Akauntan W52 ke atas
NAMA AKTIVITI : AKTIVITI DIALOG AKRUAN OBJEKTIF : Mendapatkan isu-isu dan cadangan penyelesaian
(sekiranya ada) dari pihak yang terlibat dalam pelaksanaan ini
berdasarkan operasi sebenar di tempat kerja.
Perbincangan adalah berdasarkan tema yang diberi.
TEMA - TEMA : 1. Cabaran pelaksanaan perakaunan di kementerian/
jabatan masing-masing. (Ogos)
2. Latihan/kemahiran yang diperlukan dalam
menghadapi perakaunan akruan. (Oktober)
3. Di manakah kita dibandingkan mindset change yang perlu
ada untuk menghadapi migrasi ini? (Disember)
TARIKH : Ogos, Oktober, Disember 2013 KUMP. SASARAN : Pegawai kementerian dan JANM negeri