DOKUMEN SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA: SHB/ANM/M/12/2015
TAJUK:
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA
DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(ARKIB NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP: ________________________
November 2015
ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR
Nama Syarikat:…………………………………....................
Alamat:………………………………………………………
………………………………………………………………
………………………………
No.Daftar MOF :…………...............
Tempoh Daftar :……………….......
………………........
Taraf: BP / BBP
3 DISEMBER 2015
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda
Oleh Syarikat
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga
1.
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari
Kementerian Kewangan
(Bekalan/Perkhidmatan)
2.
Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari
Kementerian Kewangan
(Bekalan/Perkhidmatan)
3.
Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian
Kewangan
(Bekalan/Perkhidmatan)
4. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat
Kontraktor (Kerja)
5. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat
Khidmat Kontraktor (Kerja)
6. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB
7.
Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan
Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh
siap) dan Ditandatangani
8. Borang Maklumat Penyebut Harga
9. Pematuhan Kepada Spesifikasi
10. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog
(jika berkaitan)
11. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan
(jika perlu)
12. Senarai Kakitangan Teknikal
(jika berkaitan)
/
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda
Oleh Syarikat
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga
13.
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir
14. Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/12/2015
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA
DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(ARKIB NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
KANDUNGAN
1.0 Notis Sebutharga
2.0 Kenyataan Sebutharga
3.0 Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga
4.0 Borang Sebutharga
5.0 Spesifikasi
6.0 Pematuhan Spesifikasi
7.0 Jadual Harga
8.0 Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat
9.0 Lampiran 1 – Surat Akuan Pembida
10.0 Kedudukan Kewangan Penyebutharga
(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)
11.0 Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan
12.0 Senarai Kerja Semasa
13.0 Rekod Pengalaman Kerja
14.0 Profil Syarikat
15.0 Katalog dan Brosur (jika berkaitan)
PERINGATAN PENTING:
SILA SUSUN DOKUMEN SEBUT HARGA INI MENGIKUT TURUTAN DI ATAS. SETIAP PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERUNTUKAN DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
NOTIS SEBUTHARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut :- No.Sebutharga : SHB / ANM / M / 12 / 2015 Tajuk Sebutharga : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN
SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’
ONN, KUALA LUMPUR
Syarat Pendaftaran : Kod Bidang 220301 Tarikh Buka : 26 November 2015 (Khamis) Tarikh Tutup : 03 Disember 2015 (Khamis) Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga. Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebutharga, No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN, TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN,
JALAN TUANKU ABDUL HALIM (JALAN DUTA), 50568 KUALA LUMPUR.
Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 03 Disember 2015 (Khamis). Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Jabatan Arkib Negara Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebut harga boleh hubungi En. Norazman bin Ahmad, tel.: 03-26947277 smbg. 224 / 019-5740364 dan faks: 03-26947187.
2.0 KENYATAAN SEBUTHARGA 2.1 Perihal
Penyebutharga adalah dipelawa bagi membekalkan Perkhidmatan
Penyelengaraan Alat Hawa Dingin Selama Dua (2) Tahun Kepada Memorial
Tunku Abdul Rahman Putra (Arkib Negara Malaysia), Jalan Dato’ Onn, Kuala
Lumpur.
2.2 Perlaksanaan Sebutharga Tawaran sebutharga ini dilaksanakan secara manual.
2.3 Dokumen Sebutharga Pengambilan Dokumen Sebutharga hanya boleh diperolehi dengan memuat turun
melalui laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my
sepanjang tempoh iklan sebutharga.
2.4 Kod Bidang Sebutharga ini terbuka kepada semua pembekal yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan
Bumiputera dengan kod bidang berikut:-
Tajuk Kod Bidang
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN
ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2)
TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB
NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’
ONN, KUALA LUMPUR
220301
2.5 Pertanyaan Am Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga boleh dibuat ke alamat berikut:-
Arkib Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan
Tingkat Bawah, Wisma Warisan
Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta)
50568 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Hadijah binti Taib)
Tel: 03-62090694
Faks: 03-62015679
2.6 Pertanyaan Teknikal Sebarang pertanyaan teknikal hendaklah disalurkan kepada:-
Arkib Negara Malaysia
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(u.p : En. Norazman bin Ahmad)
Tel: 03-26947277 smbg. 224 / 019-5740364
Faks: 03-26947187
2.7 Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Tajuk sebutharga, Nombor Sebutharga yang disertai. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga di:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN,
TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN, JALAN TUANKU ABDUL HALIM (JALAN DUTA),
50568 KUALA LUMPUR.
Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00
tengahari pada tarikh tutup sebutharga.
3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/12/2015
3.1 Cadangan Sebut harga
3.1.1 Penyebut harga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja
bagi Sebut harga yang ditawarkan.
3.1.2 Penyebutharga dilarang sama sekali membuat pindaan ke atas borang
yang telah disediakan.
3.1.3 Cadangan sebutharga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi
hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum
tarikh dan waktu tutup sebutharga. Peti sebutharga ditempatkan di alamat
seperti berikut:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA, SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN,
TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN, JALAN TUANKU ABDUL HALIM (JALAN DUTA),
50568 KUALA LUMPUR.
Penghantaran dokumen tawaran sebutharga hendaklah tiba di alamat ini
sebelum 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga. Kelewatan
menghantar dokumen tawaran sebutharga tidak akan dilayan.
3.1.4 Kandungan di dalam cadangan kewangan dan cadangan teknikal
hendaklah dipisahkan seperti format berikut:
i. Notis Sebutharga
ii. Kenyataan Sebutharga
iii. Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga
iv. Borang Sebutharga
v. Spesifikasi
vi. Pematuhan spesifikasi
vii. Jadual Harga
viii. Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat
ix. Surat Akuan Pembida
x. Senarai Kerja Semasa
xi. Rekod Pengalaman Kerja
xii. Kedudukan Kewangan Penyebutharga
(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)
xiii. Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan
a. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian
Kewangan Malaysia
b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera daripada Kementerian Kewangan
c. Salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)
xiv. Profil Syarikat
xv. Katalog dan Brosur (jika berkaitan)
3.1.5 Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap
atau lewat diterima.
3.2 Jangka Masa Sah Laku Sebutharga
Sebutharga mestilah sah laku dalam jangka masa sekurang-kurangnya 90 hari
daripada tarikh tutup Sebutharga.
3.3 Keperluan Dan Spesifikasi
Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam
Spesifikasi Teknikal.
3.4 Pindaan Dokumen Sebutharga
Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup Sebutharga
meminda dokumen Sebutharga dengan menyediakan Addendum. Kerajaan akan
memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang telah membeli dokumen
Sebutharga.
3.5 Pemberitahuan Tawaran
Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima Sebut
harga kepada Penyebutharga yang berjaya apabila Sebut harganya dipersetujui
dalam jangka masa sah laku Sebut harga atau jangka masa tambahan yang
terlibat.
3.6 Cadangan Harga
3.6.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebuthargakan mestilah
dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos
perkhidmatan. Harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari
daripada tarikh tutup Sebutharga.
3.6.2 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti
pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insurans dan lain-lain yang
bersangkutan dengan Perkhidmatan ini.
3.6.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas sebutharga ditutup, dan akan berkuatkuasa selama
tempoh sahlaku sebutharga. Syarikat yang berjaya ditawarkan sebutharga
ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh
dibuat sebarang perubahan.
3.6.4 Fi perkhidmatan yang dijana melalui ePerolehan akan dikenakan kepada
pembekal/syarikat yang dilantik adalah seperti berikut:
a. Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang
melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan
b. Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang
melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment) sama ada
melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian
Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive
Payment) atau atas permintaan (as-and-when-required) yang
ditetapkan dalam tempoh kontrak.
3.7 Insurans
Syarikat dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil polisi insurans yang
diperakui iaitu Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-
lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi insuran yang
diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada
Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerima tawaran.
3.8 Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
3.8.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa
kenaan GST.
3.8.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan
mengemukakan salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan ini.
3.8.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan Surat Setuju
Terima kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST
3.8.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta
GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan
segera kepada Jabatan ini perubahan status pendaftaran syarikat tersebut
di bawah Akta GST.
3.9 Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau
alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan
diluluskan oleh Kerajaan Malaysia terlebih dahulu.
3.10 Penyerahan Dokumen Sebutharga
3.10.1 Setiap cadangan sebutharga (secara manual) hendaklah dimasukkan
ke dalam satu (1) sampul surat dan dilabelkan seperti berikut:-
Sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di
sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-
SHB/ANM/M/12/2015
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA
DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA
MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
3.11 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
3.11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009.
3.11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
3.11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
2009.
3.11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di
bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi
dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
3.12 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan Melalui Sistem
ePerolehan
3.12.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan
(SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke
arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.
3.13.2 Sehubungan dengan itu penyebutharga DIWAJIBKAN mengisi Surat
Akuan Pembida seperti di Lampiran 1
4.0 Kesimpulan
Penyebutharga adalah dinasihat berhati-hati di dalam penyediaan semua
maklumat dan memastikan maklumat yang perlu diisi di semua jadual adalah
dipatuhi.
BORANG SEBUT HARGA
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Tingkat 2, Wisma Warisan, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), 50568 Kuala Lumpur Tuan, NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/12/2015 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2)
TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA
MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi
perkhidmatan yang disebuthargakan dengan harga berjumlah Ringgit Malaysia:
………...…………………......……….……......……………………………………………………
………………………………............................................................……………………………
……..….. Sahaja (RM...........................). Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh
selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh sebutharga ini ditutup.
2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga
yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab
di atas penolakan sesuatu sebutharga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
daripada tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran
pakej yang sama daripada lebih satu Penyebutharga;
d) Bahawa keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan
tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Borang Sebut harga (Borang Tawaran sebut harga) berserta
dengan Surat Setuju Terima Sebut harga ini hendaklah menjadi
sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan
Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
g) Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan perkhidmatan dalam
tempoh yang dinyatakan;
h) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang
diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan
sebutharga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
i) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang
dinyatakan di dalam dokumen sebutharga ini.
Bagi pihak Penyebutharga: Tandatangan Penyebutharga : …………………………………………………….
Nama Penuh : …………………………………………………….
No. Kad Pengenalan : …………………………………………………….
Alamat/Cop Syarikat : …………………………………………………….
…………………………………………………….
…………………………………………………….
Di hadapan:
Tandatangan Saksi : …………………………………………………….
Nama Penuh Saksi : …………………………………………………….
No. Kad Pengenalan Saksi : …………………………………………………….
Alamat : …………………………………………………….
…………………………………………………….
…………………………………………………….
SPESIFIKASI TEKNIKAL
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/12/2015
SKOP PENYELENGGARAAN BULANAN
1. AIR-COOLED SPLIT UNIT.
i. Menyemak semua penapis dan membersihkan seperti yang diperlukan.
ii. Memeriksa gegelung penyejuk dan membersihkan seperti yang diperlukan.
iii. Membersihkan bekas takungan air pemeluwapan serta saluran paip air buangan
seperti yang diperlukan.
iv. Memeriksa bunyi yang tidak normal serta getaran.
v. Menyemak bacaan biasa pada suhu dan tolok tekanan.
vi. Memeriksa panel kawalan elektrik serta penyambungan pendawaian.
vii. Memeriksa putaran kipas untuk bebas dari segala halangan.
viii. Memeriksa kompressor dari semasa ke semasa.
ix. Memeriksa paip gas seperti yang diperlukan.
x. Memeriksa semua komponen penyejuk untuk pengoperasian yang betul.
2. CONDENSER WATER PUMP DAN CHILLED WATER PUMP.
i. Memeriksa semua material, kelenjar dan saluran paip untuk kebocoran dan
membetulkan jika perlu.
ii. Memeriksa dan menyesuaikan kelenjar pam seperti yang diperlukan.
iii. Memeriksa semua bearing pam dan pelincir dengan minyak atau geris yang
diperlukan.
iv. Memeriksa penjajaran dan keadaan semua gandingan getah antara pam, aci
pemacu dan motor serta membetulkan seperti yang diperlukan.
v. Memeriksa semua pelengkap dan skru untuk penyesuaian pemasangan air yang
perlu untuk memastikan tahap keselamatan.
vi. Memeriksa semua tapisan air dan membersihkan seperti yang diperlukan.
vii. Memeriksa kerana kakisan.
viii. Memeriksa kerana pemeluwapan.
ix. Membersihkan selongsong peralatan.
x. Memeriksa kerana bunyi bising luar biasa dan getaran.
xi. Memeriksa voltan motor dan arus.
xii. Memeriksa injap air, sendi boleh lentur dan injap sehala.
3. AIR HANDLING UNIT (AHU).
i. Memeriksa semua penapis dan membersihkan seperti yang diperlukan.
ii. Memeriksa gegelung penyejat, injap dan saluran paip untuk kebocoran serta kerja
pembaikan seperti yang diperlukan.
iii. Memeriksa gegelung penyejuk dan membersihkan seperti yang diperlukan.
iv. Membersihkan udara dari semua gegelung air.
v. Membersihkan bekas takungan air pemeluwapan serta saluran paip air buangan
seperti yang diperlukan.
vi. Memeriksa bunyi yang tidak normal serta getaran.
vii. Menyemak bacaan biasa pada suhu dan tolok tekanan.
viii. Memeriksa panel kawalan elektrik serta penyambungan pendawaian.
ix. Membersihkan serta memberus gegelung penyejat menggunakan air seperti yang
diperlukan.
x. Memeriksa putaran kipas untuk bebas dari segala halangan.
xi. Membersihkan semua takungan air pemeluwapan, bekas takungan air serta air
buangan.
4. MENARA PENYEJUK (COOLING TOWER).
i. Memeriksa semua paip air keluar dan masuk bagi tujuan pemeriksaan kebocoran.
ii. Memeriksa bebola bearing kipas serta kerja berkaitan seperti yang diperlukan.
iii. Memeriksa keadaan tali sawat serta menyelaras pully seperti yang diperlukan.
iv. Memeriksa keadaan injap air serta menyelaraskannya seperti yang diperlukan.
v. Memeriksa keadaan bilah kipas serta membersihkannya seperti yang diperlukan.
vi. Memeriksa bebola bearing motor serta kerja berkaitan seperti yang diperlukan.
vii. Memeriksa pengoperasian injap bebola air serta menyelaraskannya seperti yang
diperlukan.
viii. Membersihkan semua halangan air, takungan air serta penapis air.
ix. Memeriksa keadaan motor.
5. CHILLER.
i. Memeriksa semua bunyi getaran seperti yang diperlukan.
ii. Memeriksa bacaan pada suhu dan tolok tekanan pada unit chiller.
iii. Memeriksa keadaan pemeluwapan.
iv. Memeriksa kebocoran pada injap dan bebibir.
v. Memeriksa visual chiller pada papan suiz.
vi. Memeriksa caj penyejuk serta tahap gas.
vii. Memeriksa tahap minyak serta warna minyak.
viii. Memeriksa penapis minyak pemampat dan pengering.
ix. Menganalisa prestasi mesin penyejuk.
x. Memeriksa metarial dan gasket.
xi. Memeriksa perlindungan pendingin, plat dan kancing.
xii. Memeriksa kebersihan dan saliran.
xiii. Memeriksa lampu dan suiz.
xiv. Memeriksa kunci dan peranti keselamatan.
xv. Memeriksa pusat kawalan dan lampu penunjuk.
xvi. Memeriksa tanda kebocoran.
xvii. Memeriksa kawalan voltan.
xviii. Memeriksa tahap keupayaan mesin.
xix. Memeriksa suiz saliran (aliran suiz).
6. AIR HANDLING UNITS / FAN COIL UNITS
i. Kerja-kerja memeriksa dan membersih skrin penapis air.
ii. Kerja-kerja memeriksa injap 2 hala.
iii. Memeriksa tekanan udara masuk / keluar dan suhu.
iv. Kerja-kerja memeriksa dan melaras ’thermostat’ bilik sekiranya perlu.
v. Kerja-kerja memeriksa saluran paip yang tersumbat dan menghembus sekiranya
perlu.
vi. Kerja-kerja memeriksa sekiranya terdapat gegaran atau bunyi abnormal dan
membetulkan mengikut kerosakan.
vii. Kerja-kerja membersih dan mencuci AHU/ FCU gelung cooling dengan pencuci
dan membersihkan gegelung selepas mencuci.
viii. Kerja-kerja memeriksa motor sekiranya terdapat gegaran dan suhu melampau.
ix. Kerja-kerja memeriksa jajaran takal (pulley).
7. AIR COOL CHILLER
i. Menyemak semua penapis dan membersihkan seperti yang diperlukan.
ii. Memeriksa gegelung penyejuk dan membersihkan seperti yang diperlukan.
iii. Membersihkan bekas takungan air pemeluwapan serta saluran paip air buangan
seperti yang diperlukan.
iv. Memeriksa bunyi yang tidak normal serta getaran.
v. Menyemak bacaan biasa pada suhu dan tolok tekanan.
vi. Memeriksa panel kawalan elektrik serta penyambungan pendawaian.
vii. Memeriksa putaran kipas untuk bebas dari segala halangan.
viii. Memeriksa kompressor dari semasa ke semasa.
ix. Memeriksa paip gas seperti yang diperlukan.
x. Memeriksa semua komponen penyejuk untuk pengoperasian yang betul.
PENENTUAN PERKHIDMATAN
1. Tempoh kontrak adalah selama dua (2) tahun. Pihak ANM berhak meminda
tempoh kontrak jika perlu dan juga boleh menamatkan kontrak jika prestasi tidak
memuaskan.
2. Menghantar pekerja yang berkelayakan dan mahir untuk memeriksa dan
menyelenggara alat hawa dingin.
3. Respon yang cepat jika berlaku kerosakan alat hawa dingin iaitu dalam tempoh
1 - 3 jam masa bekerja untuk melaksanakan pemeriksaan dan mengenalpasti
kerosakan yang berlaku.
4. Membekalkan alat-alat ganti yang tulen atau lebih daripada peralatan asal tanpa
apa-apa kos.
5. Perkhidmatan penyelenggaraan bulanan yang hendaklah dijalankan pada Hari
dan Waktu Bekerja Biasa dan jika perlu pada bila-bila masa yang dipersetujui
bersama-sama oleh kedua-dua pihak.
6. Perkhidmatan penyelenggaraan tahunan yang hendaklah dijalankan pada Hari
Bercuti Waktu Bekerja Biasa dan jika perlu pada bila-bila masa yang dipersetujui
bersama-sama oleh kedua-dua pihak.
7. Menginsurankan peralatan dan terus menginsurankan peralatan tersebut daripada
kehilangan, kebakaran dan kecuaian pada nilai penggantian penuh dengan
syarikat insurans yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah polisi insurans yang
komprehensif.
8. Menyedia dan menyenggarakan buku log Khidmat Penyenggaraan bagi setiap
Khidmat Penyenggaraan yang dilakukan, di mana setiap kali perkhidmatan
tersebut dilaksanakan, buku log tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil
Kedua-dua Pihak dan mengemukakannya kepada Kerajaan apabila diminta dari
semasa ke semasa.
9. Sebarang kerosakan yang berlaku pada alat hawa dingin sedia ada yang
disebabkan oleh kelalaian perkhidmatan atau kegagalan mematuhi jadual
penyelenggaraan adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membuat
pembaikan dan gantian. Sekiranya pihak syarikat gagal, maka pihak Kerajaan
berhak mengenakan denda secara harian yang akan dipotong melalui bayaran
bulanan sehingga alat hawa dingin berfungsi semula.
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA
MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
SHB/ANM/M/12/2015
PEMATUHAN PERKHIDMATAN
Bil. Keterangan Pematuhan (Ya/Tidak)
Catatan
1. Tempoh kontrak adalah selama dua (2) tahun. Pihak ANM berhak meminda tempoh kontrak jika perlu dan juga boleh menamatkan kontrak jika prestasi tidak memuaskan.
………………
2. Menghantar pekerja yang berkelayakan dan mahir untuk memeriksa dan menyelenggara alat hawa dingin.
………………
3. Respon yang cepat jika berlaku kerosakan alat hawa dingin iaitu dalam tempoh 1 - 3 jam masa bekerja untuk melaksanakan pemeriksaan dan mengenalpasti kerosakan yang berlaku.
………………
4. Membekalkan alat-alat ganti yang tulen atau lebih daripada peralatan asal tanpa apa-apa kos. ………………
5. Perkhidmatan penyelenggaraan bulanan yang hendaklah dijalankan pada Hari dan Waktu Bekerja Biasa dan jika perlu pada bila-bila masa yang dipersetujui bersama-sama oleh kedua-dua pihak.
………………
6. Perkhidmatan penyelenggaraan tahunan yang hendaklah dijalankan pada Hari Bercuti Waktu Bekerja Biasa dan jika perlu pada bila-bila masa yang dipersetujui bersama-sama oleh kedua-dua pihak.
………………
7. Menginsurankan Peralatan dan terus menginsurankan Peralatan tersebut daripada kehilangan, kebakaran dan kecuaian pada nilai penggantian penuh dengan syarikat insurans yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah polisi insurans yang komprehensif.
………………
8. Menyedia dan menyenggarakan buku log Khidmat Penyenggaraan bagi setiap Khidmat Penyenggaraan yang dilakukan, di mana setiap kali perkhidmatan tersebut dilaksanakan, buku log tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil Kedua-dua Pihak dan mengemukakannya kepada Kerajaan apabila diminta dari masa ke semasa.
………………
9. Sebarang kerosakan yang berlaku pada alat hawa dingin sedia ada yang disebabkan oleh kelalaian perkhidmatan atau kegagalan mematuhi jadual penyelenggaraan adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membuat pembaikan dan gantian. Sekiranya pihak syarikat gagal, maka pihak Kerajaan berhak mengenakan denda secara harian yang akan dipotong melalui bayaran bulanan sehingga alat hawa dingin berfungsi semula.
………………
Pengesahan daripada Penyebut Harga:
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
Tarikh : .............................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
_________________________________
Tandatangan Penyebut Harga
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
...........................................................
Tarikh : ..............................
JADUAL HARGA
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA
MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
PERKARA KUANTITI
HARGA
SEUNIT/BULAN/TAHUN (RM)
JUMLAH (RM)
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR
1) AIR-COOLED SPLIT UNIT
2. CONDENSER WATER
PUMP DAN CHILLED
WATER PUMP
3. AIR HANDLING UNIT
(AHU)
4. MENARA PENYEJUK
(COOLING TOWER)
5. CHILLER YORK
6. AIR HANDLING UNITS / FAN COIL UNITS
7. AIR COOL CHILLER
24 BULAN
10 UNIT
5 UNIT
24 UNIT
2 UNIT
2 UNIT
34 UNIT
1 UNIT
...................................
...................................
...................................
....................................
...................................
...................................
....................................
..................................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
...........................
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
(Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga)
…………………..
Jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia (dengan perkataan):
……………………………………………………………………………………….………………
………………………………………………………………………….……………………………
……………………………………………………………….………………………………………
__________________________________
Tandatangan Penyebut Harga
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
Tarikh : .............................
(Arahan kepada Syarikat :- semua butir-butir di dalam borang ini hendaklah diisikan oleh Syarikat dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan borang
sebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebutharga ini ditolak atau/ dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Syarikat berkenaan )
Bahagian A : Maklumat Asas 1. Nama Syarikat : ………………………………………………................................ 2. Alamat Syarikat : ………………………………………………................................ ………………………………………………................................. 3. No. Tel. Pejabat : ………………………………………………................................ 4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ………………………………………………................................ 5. Tarikh Didaftarkan : ………………………………………………................................ 6. Tempoh Sah Pendaftaran : Dari……………………… Hingga …………................. 7. ( i ) Taraf Bumiputra : Ya / Tidak * ( ii ) Tarikh Kuatkuasa : ………………………………………………..................... ( iii) Tarikh Tamat : ………………………………………………..................... 8. Bagi Syarikat Sdn Bhd, nyatakan : a) Modal Dibenarkan : ……………………………………………….................... b) Modal Berbayar : ……………………………………………….................... * potong mana tidak berkenaan
Ahli-Ahli Syarikat / Pemilik
i) Ahli Lembaga Pengarah
Bil Nama Jawatan Saham Modal
Dipegang
ii ) Ahli- Ahli Pengurusan
Bil Nama Jawatan Kelulusan
Akademik/ Ikhtisas
LAMPIRAN 1
SURAT AKUAN PEMBIDA
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT HAWA DINGIN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (ARKIB
NEGARA MALAYSIA), JALAN DATO’ ONN, KUALA LUMPUR NO. SEBUTHARGA: SHB/ANM/M/12/2015
Saya,………...………............................. No.Kad Pengenalan ……………....................
yang mewakili …………................................................. nombor Pendaftaran
…….......................…… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana
individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam Jabatan Arkib Negara Malaysia atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di
atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat
seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan
Arkib Negara Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat
bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk
dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan
segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
10.0 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT
1. Sila sertakan dokumen berikut:
Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh
tutup Sebutharga.
Sebutharga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan
DITOLAK.
10
11.0 SALINAN SIJIL-SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN
Sila sertakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran dan Sijil Akuan Bumiputra yang
telah disahkan.
Sila sertakan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) (jika berdaftar)
Sila sertakan lain-lain sijil yang berkaitan (jika ada)
11
SENARAI KERJA SEMASA a)
Nota: Sila sertakan bukti
Nama Kontrak
Agensi Tempoh
Masa Harga
Kontrak
Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang
Bertanggungjawab Untuk dihubungi
Mula Tamat
REKOD PENGALAMAN KERJA
Nota: Sila sertakan bukti
Nama Kontrak
Agensi Tempoh
Masa Harga
Kontrak
Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang
Bertanggungjawab Untuk dihubungi
Mula Tamat