e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M
e-FM18.07
S h a z i r a w a t i
T o k I t a m
S i s K e k w a t
H a z z i r a h
H a n g S e e P h e n g
Z a r i n a
Fauzi
Sekiranya anda
mempunyai artikel
menarik yang ingin
dikongsikan, sila emel-
kan kepada:
SIDANG
REDAKSI
e-FM
e-ISSN No: 2636-9753
BERITA DAN MAKLUMAN Al-Fatihah. Salam takziah diucapkan kepada Dr. Zarina Mohd
Khalid dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta pada 10
Ogos 2018 yang lalu. Semoga roh arwah diampuni dan ditem-
patkan di kalangan roh para solihin.
Cahaya Mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Zuhaila Ismail yang
telah selamat melahirkan puteri ke-3 beliau pada 31 Ogos 2018.
Semoga “anak kemerdekaan” ini menjadi permata hati yang
solehah, penyejuk hati ayah dan ibu.
Staf Menghadiri Seminar/Bengkel/Kursus.
The 2018 International Conference on Information Techno-
logy, Engineering, Science and Its Application, 1-2 Ogos 2018
bertempat di Royal Ambarrukmo Hotel, Yogyakarta, Indone-
sian. Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin (Invited
Speaker). Tajuk pembentangan: “ Automata for DNA Splic-
ing Systems with Palindromic and Non-Palindromic Re-
striction Enzymes”
Klinik Kemaskini Web Staf JSM, 14 Ogos 2018 bertempat di
Makmal Komputer Matematik 2, C22. Staf terlibat sebagai
penceramah dan fasilitator: Dr. Norhaiza Ahmad, Pn. Wan
Rukaida Wan Abdullah, Dr. Shazirawati Mohd Puzi dan Dr.
Farhana Johar. Klinik dihadiri oleh sebahagian besar staf
JSM.
Bengkel Penambahbaikan Roadmap Fakulti Sains, 16 Ogos
2018, bertempat di Bilik Seminar Jabatan Kimia. Staf terlibat:
PM Dr. Fadhilah Yusof, Dr. Farhana Johar, Dr. Zaitul
Marlizawati Zainuddin, PM Dr. Ani Shabri, dan Dr. Zarina
Mohd Khalid.
Bengkel Penasihatan Akademik Tahun 1, 28 Ogos 2018, ber-
tempat di Dewan UTMLead. Staf terlibat: PM Dr. Ani Shabri,
PM Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Hazzirah Izzati Mat
Hassim, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi.
Penasihat Akademik Baharu. Tahniah atas pelantikan Penasihat
Akademik yang baharu iaitu PM Dr. Ani Shabri, PM Dr. Nor Muhai-
niah Mohd Ali, Dr. Hang See Pheng, Dr. Hazzirah Izzati Mat Has-
sim, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi. Untuk makluman, kita meneri-
ma seramai 144 orang pelajar untuk kohot 2018/2019 ini.
Staf Bersara. Selamat bersara diucapkan kepada Tn. Hj. Che Lok-
man Jaafar dan juga PM Dr. Ismail Mohamad. Semoga “YB” kekal
sihat dan sentiasa ceria selalu hendaknya.
diucapkan kepada semua mahasiswa Tahun 1 Jabatan Sains Matematik bagi Kemasukan sesi 2018/2019. Semoga anda semua mencipta kecemerlangan di UTM.
diucapkan kepada semua mahasiswa Jabatan Sains Matematik ke semester baru 2018/2019.
Semoga semester ini menjadi semester yang terbaik buat anda semua.
1/3
Alhamdulillah, e-FM JSM
telah berjaya didaftarkan dengan
nombor e-ISSN 2636-9753.
Sebarang penulisan artikel dalam e-FM
selepas ini boleh dimasukkan ke RADIS
di bawah kategori “Others Publication -
Writing Popular/Press”. Semoga usaha
yang sedikit ini dapat memangkin ak-
tiviti penulisan yang lebih kreatif dan
bermanfaat.
2/3
AKTIVITI STEM
Karnival STEM 2018
4-5 Julai 2018
SMK Semerah Batu Pahat, Johor
Staf terlibat: Dr. Zaiton Mat Isa, Dr. Fuaada Mohd Si-
am, Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim, dan En. Mohd
Najib Zakaria.
STEM DAY 2018 (Topic: Differentiation & Integration,
Why Bother?), 7 Ogos 2018
My Library Sutera Mall, Taman Sutera, Skudai
Staf terlibat: Prof Dr. Norsarahaida S. Amin (Penceramah), Dr.
Yeak Su Hoe (Penceramah), Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah, En.
Mohd Najib Zakaria dan Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim.
Science Outreach bersempena National Science Challenge 2018
15 Ogos 2018
Dewan Seri Perdana, Kolej Perdana UTM
Staf terlibat: Dr. Yeak Su Hoe, Dr. Fuaada Mohd Siam dan Dr. Farhana
Johar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Berbuallah Tok Itam dengan abang Tok Itam yang berumur 59 tahun. Dia menceritakan kisahnya jatuh ketika me-
manjat bukit. Tangannya cuba berpaut pada ranting-ranting pokok renek di bukit itu, namun tak berjaya di-
lakukannya. Terguling-gulinglah beliau jatuh di kaki bukit. Dia merasakan ketika itu dia akan mati. Alhamdulillah
cuma cedera ringan. Tapi itulah kata beliau, rasa macam nak mati. Bila kita tiada kawalan terhadap sesuatu
bencana maka perasaannya, itulah pengakhir hayat, tambah beliau.
Betul juga kata beliau. Bila Tok Itam baca pengalaman penduduk Sabah yang dilanda gempa bumi, mereka kata
macam kiamat. Penduduk Aceh yang dilanda tsunami pun kata perkara yang sama; macam kiamat. Penduduk Lombok yang dilanda
gempa bumi baru-baru ini pun kata yang sama; macam kiamat. Penduduk Padang yang dilanda gempa bumi juga kata yang sama;
macam kiamat. Tiada siapa yang boleh mengawal gempa bumi mahu pun tsunami. Jadi logik juga untuk kita simpulkan bila kita tiada
kawalan terhadap sesuatu bencana maka perasaannya itulah pengakhir hayat atau pengakhir dunia kita.
Selama 34 tahun Tok Itam mengajar di UTM ini tidak ada pelajar Tok Itam yang gagal mata pelajaran matematik yang kata macam nak
mati atau macam kiamat. Mungkin sebab gagal mata pelajaran ini boleh dikawal. Dikawal dengan Ulang Mata Pelajaran. Gagal mata
pelajaran bukan bencana. Usaha itu tangga kejayaan. Peribahasa Melayu ada menyebut:
“Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”...
Selamat bertugas mendidik pelajar baru bagi Semester 1 Sesi 2018/2019.
Tok Itam
e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM
AKTIVITI BERGAMBAR
Majlis Penghargaan Staf 2017 & Majlis Korban 2018 Fakulti Sains, 27 Ogos 2018, Dewan Bankuet UTM
Tahniah diucapkan kepada staf JSM yang menerima pelbagai anugerah dalam majlis ini.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Dr. Anati Ali, PM Dr. Ani Shabri, PM Dr. Fadhilah Yusof, Dr. Farhana Johar, Dr. Fuaada Mohd Siam, Tn. Hj. Ismail Kamis, Dr. Mohd Ariff Admon, Dr. Norazlina Ismail, PM Dr. Norma Alias, PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Syarifah Zyurina Nordin, Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin, Dr. Zaiton Mat Isa, Dr. Zuhaila Ismail, Pn. Zarina Mohamad, dan En. Zulfauzi Zakaria. Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran Dr. Faridah Mustapha Anugerah Penyelidikan dan Perundingan Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin Anugerah Penulisan dan Penerbitan PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Zuhaila Ismail, dan PM Dr. Ani Shabri Anugerah Khidmat Masyarakat Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Yeak Su Hoe, dan Dr. Fu-aada Mohd Siam Anugerah Pembangunan Pelajar Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah Anugerah Penasihat Akademik Dr. Norazlina Ismail Anugerah Khas Dekan Dr. Norhaiza Ahmad
Anugerah Ketua Jabatan Dr. Arifah Bahar dan PM Dr. Rohanin Ahmad Anugerah Pencapaian Sukan Naib Juara Bola Jaring: PM Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Syarifah Zyurina Nordin, Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah, dan Pn. Zarina Mohamad. Juara Bola Tampar: Dr. Mohd Ariff Admon, En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim, dan En Mohd Fauzi Arif. Penyertaan Catur: Dr. Mohd Ariff Admon, dan Dr. Muhammad Fauzee Hamdan. Anugerah Kualiti, Inovasi dan Jaringan Industri Dr. Fong Wan Heng Anugerah Penghargaan Khas Fakulti TF Kualiti Akademik: PM Dr. Rohanin Ahmad, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Dr. Anati Ali, PM Dr. Normah Maan, Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Yeak So Hoe, dan Dr. Zaiton Mat Isa. TF STEM FS: Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Zaiton Mat Isa, Dr. Sha-riffah Suhaila Syed Jamaludin, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi. Staf Bersara 2018 Prof. Dr. Mohd Nor Mohamad, Tn. Hj. Che Lokman Jaafar, PM Dr. Ismail Mohamad, dan PM Dr. Munira Ismail.
Bengkel Kurikulum Abad ke-21, 29-30 Ogos 2018, Bilik Seminar Jabatan Kimia
Staf terlibat: Prof. Dr. Norsarahaida S. Amin,
Pn. Noraslinda Mohd Ismail, Dr. Norazlina
Ismail, Dr. Anati Ali, Dr. Zaiton Mat Isa, Dr.
Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina
Mohd Khalid, PM Dr. Nor Muhainiah Mohd
Ali, PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Zaitul
Marlizawati Zainuddin, dan Dr. Yeak Su Hoe.
Bengkel Publication Related to
Teaching & Learning, 6 Septem-
ber 2018, Bilik Seminar Jabatan
Kimia
Staf terlibat: PM Dr. Fadhilah Yusof, Dr.
Zaiton Mat Isa, PM Dr. Nor Muhainiah
Mohd Ali, Pn. Wan Rukaida Wan Abdul-
lah, PM Dr. Normah Maan, Pn. Halijah
Osman, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi.
3/3