Download - Edit 1 Hbis3203
hbis3203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI / 2012
HBIS 3203
PENDIDIKAN ISLAM: TAHUN 5&6
NAMA TUTOR : DR. RIDZUAN BIN AHMAD
NAMA PELAJAR : NORAINI BINTI MOHD JAEH
NO. MATRIKULASI : 730818025728002
NO. KAD PENGENALAN : 730818025728
NO. TELEFON : 019 4623861
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PP KEDAH
hbis3203
ISI KANDUNGAN
Prakata i
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Proses Pemilihan Responden Menggunakan
Senarai Semak 3
3.0 Analisis Perbandingan Terhadap Amalan Adab 9
di Sekolah dan Luar Sekolah dengan Modul
3.0.1 Analisis Amalan Adab Persekitaran Awam
di dalam sekolah 12
3.0.2 Analisis Amalan Adab Persekitaran Awam 14
di luar sekolah
3.0.3 Analisis Perbandingan Amalan Adab 18
Di sekolah dan luar sekolah dengan modul
4.0 Kesimpulan 20
Rujukan
Lampiran
hbis3203
PRAKATA
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,
keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan muslimin muslimat seluruh alam.
Al Hamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan
keizinanNya jua kita dapat bertemu dan saya dapat menyiapkan tugasan
HBIS3203 ini dengan sebaik mungkin.
Harapan semoga tugasan ini dapat memberi manfaat yang berguna dalam
mencari ilmu pengetahuan yang tiada batasnya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, lima puteri tersayang,
sahabat-sahabat seperjuangan dan Tutor yang menyemak tugasan ini serta juga
Dr. Ridzuan b. Ahmad yang banyak memberi idea serta tunjuk ajar bagi
menyiapkan tugasan ini.
Wallahu’alam.
i
hbis3203
1.0 Pendahuluan
“Berbuat baiklah sebagaimana Allah telah melakukan kebaikan untukmu.Janganlah
sekali-kali kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allahtidak
menyukai golongan pembawa kerosakan ini”.(al Qasas :77)
Ayat di atas menunjukkan firman Allah swt menegah manusia melakukan kerosakan
di bumi ciptaanNya ini termasuklah harta benda awam. Harta benda awam
merupakan kemudahan atau prasarana yang disediakan pihak kerajaan bagi kegunaan
umum. Contoh kemudahan dan prasarana tersebut seperti sekolah, perpustakaan
awam, padang atau taman permainan, tandas awam, perhentian bas, rumah-rumah
ibadat, kantin dan pasar.
Harta benda awam ini adalah milik kerajaan atau badan berkuasa yang
menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu untuk orang-orang awam. Sikap
memonopoli harta benda awam dan tidak menyayanginya serta merosakkannya
adalah dilarang oleh agama Islam. Ia akan membawa kerugian dan menyusahkan
orang lain untuk menggunakan kemudahan tersebut.
1
Hajah Hasnah Haji Yahya et al(1997) menghuraikan tentang adab-adab
terhadap tempat dan harta benda awam dengan menyebutkan perkara-perkara
hbis3203
berikut; antaranya penggunaan yang betul dan boleh menjamin ketahanan harta
benda awam dalam keadaan yang baik, meletakkan panduan umum tentang cara
penggunaan barang-barang yang agak kritikal seperti peralatan tandas, mesin ATM ,
telefon dan sebagainya perlu diletakkan pada atau bersebelahan harta tersebut bagi
mengingatkan pengguna tentang cara penggunaan yang tepat bagi peralatan tersebut.
Kita perlu menyayangi harta benda awam sebagaimana kita menyayangi
harta peribadi kita sendiri. Allah swt melarang keras terhadap kerosakan yang
dilakukan haamba-hambanya di muka bumi milik Allah swt ini. Orang muslim sejati
ialah individu yang mewujudkan iklim kesejahteraan, keamanan dan kedamaian jiwa
sesama mereka.Kebersihan juga perlu dijaga kerana Islam amat mementingkannya
lantaran ia lambang keimanan pada tuhan. Kekotoran pula dilarang agama dan
merupakan kesukaan syaitan.
Oleh itu anak-anak perlu dididik membersihkan barang-barang yang telah
digunakan dan ini bermula dari rumah lagi . Mereka perlu ditunjukkan cara-cara
membersih tandas sesudah mereka membuang air besar atau kecil dengan sebaik-
baiknya.Kita juga perlu menjaga keselamatan dan mengelakkan pembaziran. Barang-
barang awam yang telah digunakan mestilah dipastikan keselamatannya oleh setiap
pengguna bagi menjamin pemakaiannya oleh para pengguna seterusnya.
Antara hikmah beradab dengan harta awam ialah berasa selesa dan selamat
digunakan oleh pengguna-pengguna lain , jangka hayat harta benda awam akan
bertambah, menjimatkan kos penyelenggaraan, melatih diri supaya berdisiplin,
beroleh keredhaan Allah Taala dan mendapat pujian masyarakat.
2
hbis3203
Apabila merujuk kepada konsep, adab, cara dan hikmah menjaga harta awam
ini , maka di sini , pengkaji akan menjalankan satu kajian atau tinjauan terhadap
amalan responden di dalam dan luar sekolah berdasarkan kepada garis panduan
modul adab yang disediakan dalam topik 8 iaitu pertama; penggunaan yang
betul,kedua; menyayangi harta awam,ketiga;menjaga kebersihan dan keempat;
menjaga keselamatan dan mengelakkan pembaziran, meletakkan panduan umum
tentang cara penggunaan barang-barang yang agak kritikal seperti peralatan tandas,
mesin ATM , telefon dan sebagainya perlu diletakkan pada atau bersebelahan harta
tersebut bagi mengingatkan pengguna tentang cara penggunaan yang tepat bagi
peralatan tersebut.
Kita perlu menyayangi harta benda awam sebagaimana kita menyayangi
harta peribadi kita sendiri. Allah swt melarang keras terhadap kerosakan yang
dilakukan hamba-hambanya di muka bumi milik Allah swt ini. Orang muslim sejati
ialah individu yang mewujudkan iklim kesejahteraan, keamanan dan kedamaian jiwa
sesama mereka. Kebersihan juga perlu dijaga kerana Islam amat mementingkannya
lantaran ia lambang keimanan pada tuhan. Kekotoran pula dilarang agama dan
merupakan kesukaan syaitan.
Oleh itu anak-anak perlu dididik membersihkan barang-barang yang telah
digunakan dan ini bermula dari rumah lagi . Mereka perlu ditunjukkan cara-cara
membersih tandas sesudah mereka membuang air besar atau kecil dengan sebaik-
baiknya. Kita juga perlu menjaga keselamatan dan mengelakkan pembaziran.
Barang-barang awam yang telah digunakan mestilah dipastikan keselamatannya oleh
setiap pengguna bagi menjamin pemakaiannya oleh para pengguna seterusnya.
3
hbis3203
Penyelidikan ini hanya disasarkan kepada 40 orang responden Tahun 5
Amal di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Kedah. Maka hasil penyelidikan tidak
direlisasikan ke atas pelajar yang lain dan hanya melibatkan mata pelajaran adab
sahaja dan amat tidak sesuai digunakan ke atas mata pelajaran yang lain. Ia
menggunakan senarai semak tanpa menggunakan soal selidik kerana pengkaji
merasakan instrumen ini dapat mengesan amalan adab persekitaran awam di
kalangan responden.
Kajian ini bertujuan mengesan pelaksanaan amalan adab persekitaran awam
menurut Islam kerana ianya menjadi pengukur dalam sahsiah Islam yang mantap dan
dapat mengelakkan vandalism dan membandingkannya dengan amalan di dalam
modul(topik 8) sepeti yang digariskan oleh Hjh Hasnah Hj. Yahya(1997) dalam
HBIS 3203 Pendidikan Islam Tahun 5&6 . Seterusnya dapat mencari permasalahan
yang wujud dan memberi cadangan-cadangan yang sesuai bagi mengatasinya.
Hasil daripada kajian ini amat penting kepada semua pihak termasuk murid-
murid, guru dan juga pentadbir dalam meninjau amalan vandalisme anak-anak didik
di sekolah dan luar sekolah . Semoga dengan kajian ini dapat menjadikan responden
khususnya dan murid-murid lain amnya berdisiplin dan beramal dengan tuntutan
dan ajaran Islam dengan sebaiknya. Insyaallah.
4
hbis3203
2.0 Proses-proses dan Pemilihan Responden Menggunakan Senarai semak
Dalam kajian ini , pengkaji melakukan langkah-langkah atau proses-proses
pemilihan responden yang menggunakan instrumen senarai semak seperti berikut:
(a) Sebelum menjalankan kajian, draf senarai semak dilakukan dengan
memilih senarai semak Skala Likert yang diubahsuai kerana ia dapat
membantu pengkaji mengesan persoalan dari tugasan.Skala Likent ialah
salah satu jenis inventori (Dr. David Lim Chong Lim(2010)) yang
merupakan satu skala nombor intiger yang mempunyai sama selangnya
di mana pengkaji boleh memilih nombor intiger bagi mewakili nilai
sesuatu variable ,yang biasanya antara 1 hingga 5.
(b) Memohon kebenaran daripada Penolong Kanan Kurikulum untuk
menjalankan kajian ke atas 40 orang murid kelas 5 Amal SK Tasek
Apong.
(c) Seterusnya kelas 5 Amal dipilih kerana pengkaji merupakan salah
seorang tenaga pengajar di kelas ini dan ini memudahkan kajian
dijalankan dan waktu mata pelajaran Adab Islamiyyah digunakan untuk
menjalankan kajian. Sampel kajian terdiri 40 orang murid Tahun 5 Amal
Sekolah Kebangsaan Tasek Apong, Sungai Petani , Kedah dan mereka
merupakan murid-murid dari kelas pertengahan dalam aliran.
5
hbis3203
KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
5 Amal 21 19 40
(d)Merujuk kepada rakan-rakan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF
tatacara dalam memperolehi maklumat. Ini amat perlu untuk mendapatkan
pandangan tentang masalah-masalah yang dihadapinya di sepanjang
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut.
(e)Borang senarai semak diedarkan kepada murid-murid secara serentak
untuk diisi dan di buat analisa tentang pengetahuan mereka mengenai
aamalan adab persekitaran awam. Kejujuran responden semasa menjawab
soalan adalah di luar kawalan pengkaji. Bagi meminimakan faktor ini,
pengkaji telah menerangkan tentang tujuan dan kepentingan kajian ini
seterusnya memohon responden untuk memberikan respons yang ikhlas
(f)Seterusnya borang profil responden juga diedarkan supaya pengkaji
dapat mengetahui latar belakang keluarga murid-murid dan boleh
dijadikan kajian tentang punca dan faktor murid-murid tidak dapat
mengamalkan adab persekitaran awam dengan baik. Borang ini
mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat
yang diperlukan meliputi nama, jantina, tempat tinggal, pendapatan dan
6
hbis3203
pekerjaan keluarga (Contoh borang profil responden – rujuk lampiran)
(g)Membuat analisa dan dapatan daripada instrumen dan berbincang
dengan rakan-rakan permasalahan yang wujud dan mencadangkan
cadangan-cadangan yang sesuai .
(h)Setelah data-data daripada hasil kajian ini diperolehi , pengkaji akan
membuat analisa untuk mendapatkan peratus dan seterusnya membuat
perbandingan markah. Seandainya markah selepas kajian peratusnya lebih
tinggi, ini menunjukkan responden melakukan amalan adab persekitaran
awam dalam dan luar sekolah dengan baik. Seandainya data mengatakan
markah atau peratus adalah rendah, maka ini menunjukkan amalan adab
adalah kurang baik. Secara keseluruhannya, kajian ini mengaplikasikan
model penyelidikan (Model Kemmis dan Mc Taggart) seperti dalam
gambarajah 1 dan 2 seperti di bawah;
Rajah 1 - Model Penyelidikan (Model Kemmis dan Mc Taggart)
7
Membuat tinjauan terhadap amalan
adab menjaga harta awam
Mengumpul data dan
menulis data
Membuat refleksi terhadap tindakan
yang diambil
Merancang untuk meningkatkanamalan adab
Melaksanakan tindakan mengikut
perancangan
hbis3203
Rajah 2: Reka Bentuk Kajian
8
Draf Senarai semakAwal Penyelidikan
Mohon Kebenaran(PK Kurikulum)
Perbincangan(maklumat awal)
Edaran Senarai semak(amalan adab)
Edaran Profil(faktor kurang amalan)
Pengumpulan Data Analisa
hbis3203
3.0 Analisis Perbandingan Terhadap Amalan Adab di Sekolah dan Luar Sekolah dengan Modul
Analisa hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa bahagian iaitu fasal
3.0.1., fasal 3.0.2, dan fasal 3.0.3. Dalam fasal 3.0.1 perkara yang akan dihuraikan
ialah analisis kajian berhubung amalan adab di dalam sekolah dan dalam fasal
3.0.2. perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung amalan adab
di dalam di luar sekolah manakala dalam fasal 3.0.3 adalah rumusan berhubung
perbandingan amalan adab murid tentang persekitaran sekolah dan luar sekolah
dengan dengan modul.
3.0.1 Analisis Amalan Adab Persekitaran Awam di dalam sekolah
Berikut adalah analisis amalan adab persekitaran awam di dalam sekolah yang
menggunakan 12 item adab seperti yang digariskan dalam modul dan
menggunakan lima Skala Likent yang diubahsuai seperti jadual di bawah.
Bil PenyataanSkala
1 2 3 4 51 Saya menggunakan harta benda awam
dengan betul. 0 0 4 14 22
2 Saya membaca panduan umum penggunaan
tandas sebelum menggunakannya. 0 2 8 15 15
3 Saya membaca panduan umum penggunaan
telefon sebelum menggunakannya. 4 4 9 8 15
4 Saya menyayangi harta benda awam seperti
menyayangi harta peribadi sendiri. 0 0 5 17 18
5 Saya sentiasa memastikan gambar atau
sesuatu kenyataan yang dipamerkan terjaga 0 0 0 15 25
6 Saya sentiasa memelihara pam
tandas,mangkuk tandas atau kenyataan-
kenyataan di dalam tandas,telefon dan dewan0 0 0 15 25
7 Saya mementingkan kebersihan sebelum dan 0 0 11 11 18
hbis3203
selepas menggunakan tandas.
8 Saya dididik membersihkan barang-barang
yang telah digunakan dan ditunjukkan cara-
cara menggunakannya.
3 8 6 6 17
9 Saya memasukkan sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan. 0 0 6 9 25
10 Saya menggunakan air dan elektrik harta
benda awam dengan baik supaya tidak
membazir.1 1 3 10 25
11 Saya sentiasa memastikan keselamatan harta
awam selepas menggunakannya supaya tidak
rosak.
0 0 5 15 20
12 Saya mengutamakan keselamatan harta awam
di sekolah. 0 0 0 10 30
JUMLAH 8 15 57 145 255
Jadual 1: Analisis Amalan dan di Dalam Sekolah
Skala Respons Jum %1 Sangat Tidak Kerap 8 1.7%2 Tidak Kerap 15 3.1%3 Kurang Kerap 57 11.9%4 Kerap 145 30.2%5 Sangat Kerap 255 53.1%
Jadual 2 : Peratusan Analisis Amalan Adab di Dalam Sekolah
10
hbis3203
SKOR TAHAP 351 – 480 Sangat Baik
251 – 350 Baik
151 – 250 Sederhana 51 – 150 Rendah 1 – 50 Sangat Rendah
Jadual 3 : Tahap Skor Analisis Amalan Adab di Dalam Sekolah
Hasil dapatan di dalam Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa 12 item
amalan adab yang dilaksanakan di dalam sekolah adalah bagi skala 5 iaitu sangat
kerap.Manakala secara keseluruhannya skala 1,2,3 dan 4 masing-masing
mempunyai peratusan adab yang berbeza.
Ini menunjukkan bahawa amalan adab di dalam sekolah sangat baik dan
merupakan peratus tertinggi iaitu 53.1% (Jadual 2) dan memperolehi 255
skor(Jadual 3) dalam amalan adab murid di sekolah).Manakala amalan adab di
dalam sekolah yang mewakili peratus kedua tertinggi ialah skala 4(kerap) iaitu
30.2% dan skornya ialah 145 (tahap sederhana).
Seterusnya peratus ketiga tertinggi ialah skala 3(kurang kerap) iaitu 11.9%
dan skornya ialah 57 (tahap rendah). Seterusnya amalan adab yang menunjukkan
peratusan terendah ialah skala 1(sangat tidak kerap) iaitu 1.7 % dan hanya
memperolehi 8 skor. Kesimpulannya amalan adab persekitaran awam di dalam
sekolah amat baik dan ini menunjukkan bahawa responden Tahun 5 Amal di SK
Tasek Apong sangat mengamalkan adab-adab persekitaran awam seperti perkara
yang berkaitan tandas, telefon, dewan, air dan elektrik.
113.0.2 Analisis Amalan Adab Persekitaran Awam di Luar Sekolah
hbis3203
Bil PenyataanSkala
1 2 3 4 51 Saya menggunakan harta benda awam
dengan betul. 0 0 4 14 22
2 Saya membaca panduan umum penggunaan
tandas sebelum menggunakannya. 0 2 8 15 15
3 Saya membaca panduan umum penggunaan
telefon sebelum menggunakannya. 4 4 9 8 15
4 Saya menyayangi harta benda awam seperti
menyayangi harta peribadi sendiri. 0 0 5 17 18
5 Saya sentiasa memastikan gambar atau
sesuatu kenyataan yang dipamerkan terjaga 0 0 0 15 25
6 Saya sentiasa memelihara pam
tandas,mangkuk tandas atau kenyataan-
kenyataan di dalam tandas,telefon,dewan dan
lain-lain
0 0 0 15 25
7 Saya mementingkan kebersihan sebelum dan
selepas menggunakan tandas. 0 0 11 11 18
8 Saya dididik membersihkan barang-barang
yang telah digunakan dan ditunjukkan cara-
cara menggunakannya.
3 8 6 6 17
9 Saya memasukkan sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan. 0 0 6 9 25
10 Saya menggunakan air dan elektrik harta
benda awam dengan baik supaya tidak
membazir.
1 1 3 10 25
11 Saya sentiasa memastikan keselamatan harta
awam selepas menggunakannya supaya tidak
rosak.
0 0 5 15 20
12 Saya mengutamakan keselamatan harta awam
di luar sekolah. 0 0 0 10 30
JUMLAH 8 15 57 145 255
Jadual 4: Analisis Amalan dan di Luar Sekolah
hbis3203
Skala Respons Jum %1 Sangat Tidak Kerap 8 1.7%2 Tidak Kerap 15 3.1%3 Kurang Kerap 57 11.9%4 Kerap 145 30.2%5 Sangat Kerap 255 53.1%
Jadual 5 : Peratusan Analisis Amalan Adab di Luar Sekolah
SKOR TAHAP351 – 480 Sangat Baik251 – 350 Baik
151 – 250 Sederhana 51 – 150 Rendah
1 – 50 Sangat Rendah
Jadual 6 : Tahap Skor Analisis Amalan Adab di Luar Sekolah
Bagi analisis amalan adab di luar sekolah, pengkaji mendapati responden
memberikan skala yang sama dengan amalan adab di dalam sekolah(Jadual 7).
Analisisnya masih menunjukkan menunjukkan bahawa amalan adab di luar
sekolah sangat baik dan dan skala 5 merupakan peratus tertinggi iaitu 53.1%
(Jadual 5) dan memperolehi 255 skor(Jadual 6) dalam amalan adab murid di
sekolah).
Manakala amalan adab di dalam sekolah yang mewakili peratus kedua
tertinggi ialah skala 4(kerap) iaitu 30.2% dan skornya ialah 145 (tahap sederhana).
Peratus ketiga tertinggi ialah skala 3 iaitu kurang kerap ( 11.9%) dan skornya
ialah 57 iaitu pada tahap rendah. Seterusnya amalan adab yang menunjukkan skor
terendah (8 skor) ialah skala 1(sangat tidak kerap) iaitu 1.7 %.
13
hbis3203
Bil PenyataanSkala(dalam sekolah) Skala(luar sekolah)
1 2 3 4 5 1 2 3 4 51 Adab 1 0 0 4 14 22 0 0 4 14 222 Adab 2 0 2 8 15 15 0 2 8 15 153 Adab 3 4 4 9 8 15 4 4 9 8 154 Adab 4 0 0 5 17 18 0 0 5 17 185 Adab 5 0 0 0 15 25 0 0 0 15 256 Adab 6 0 0 0 15 25 0 0 0 15 257 Adab 7 0 0 11 11 18 0 0 11 11 188 Adab 8 3 8 6 6 17 3 8 6 6 179 Adab 9 0 0 6 9 25 0 0 6 9 2510 Adab 10 1 1 3 10 25 1 1 3 10 2511 Adab 11 0 0 5 15 20 0 0 5 15 2012 Adab 12 0 0 0 10 30 0 0 0 10 30
JUMLAH 8 15 57 145 255 8 15 57 145 255
Jadual 7: Perbandingan Analisis Amalan Adab Di Dalam Sekolah dan Luar Sekolah
3.0.3 Perbandingan Amalan Adab di Dalam Sekolah dan di Luar Sekolah
dengan Modul
Bagi membandingkan amalan adab di dalam sekolah dan di luar sekolah dengan
modul, pengkaji menjadikan 4 kategori amalan adab persekitaran awam dalam
topik 8 kepada 12 item adab. Ia mengikut skala, skor dan tahap yang diubahsuai
mengikut keperluan kajian. Perbandingannya adalah seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 8 di bawah:
14
hbis3203
Soalan 1 - 3 adalah berkaitan dengan penggunaan yang betul.
Bil Pernyataan Modul Yang di ubahsuai Skala(dalam & luar sekolah) 1 2 3 4 5
1Saya menggunakan harta benda awam
dengan betul. 0 0 4 14 22
2Saya membaca panduan umum penggunaan
tandas sebelum menggunakannya. 0 2 8 15 15
3Saya membaca panduan umum penggunaan
telefon sebelum menggunakannya. 4 4 9 8 15
Soalan 4 - 6 adalah berkaitan dengan menyayangi harta awam.
Bil Pernyataan modul yang diubahsuai Skala(dalam &luar sekolah)
1Saya menyayangi harta benda awam seperti
menyayangi harta peribadi sendiri. 0 5 17 185
2Mengoyakkan gambar atau sesuatu kenyataan
yang dipamerkan 0 0 15 25 22
3
Merosakkan pam tandas,mangkuk tandas atau
kenyataan-kenyataan di dalam
tandas,telefon,dewan dan lain-lain0 0 15 25 15
Soalan 7 - 9 adalah berkaitan dengan menjaga kebersihan.
Bil Pernyataan modul yang diubahsuai Skala(dalam &luar sekolah)
1Saya mementingkan kebersihan sebelum
dan selepas menggunakan tandas. 0 0 11 11 18
2
Saya dididik membersihkan barang-barang
yang telah digunakan dan ditunjukkan cara-
cara menggunakannya.3 8 6 6 17
3Saya memasukkan sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan. 0 0 6 9 25
Soalan 10 - 12 adalah berkaitan dengan menjaga keselamatan dan mengelakkan pembaziran.
hbis3203
Bil Pernyataan modul yang diubahsuai Skala(dalam &luar sekolah)
1
Saya menggunakan air dan elektrik harta
benda awam dengan baik supaya tidak
membazir.1 1 3 10 25
2
Saya sentiasa memastikan keselamatan
harta awam selepas menggunakannya
supaya tidak rosak.0 0 5 15 20
3Saya mengutamakan keselamatan harta
awam di mana jua. 0 0 0 10 30
Dapatan di atas dapat ditunjukkan oleh oleh peratusan,skor dan tahap amalan adab
di dalam dan luar sekolah seperti jadual 9 di bawah. Ini menunjukkan bahawa
secara keseluruhannya adab amalan luar sekolah dan dalam sekolah jika
dibandingkan dalam modul pada respons sangat kerap sebanyak 255 skor
(53.1%),kerap sebanyak 145 skor(30.2% ), kurang kerap sebanyak 57 skor
( 11.9%), tidak kerap sebanyak 15 skor(3.1%) dan sangat tidak kerap sebanyak 8
skor (1.7%).
Ini juga menunjukkan bahawa 83.3 % responden mengamalkan amalan
adab persekitaran awam di dalam dan di luar sekolah berbanding amalan adab
dalam modul kerana tahap yang diperolehi oleh responden ialah pada tahap sangat
baik dan sederhana.Ini secara tidak langsung bermaksud responden mengamalkan
dengan baik adab-adab yang digariskan dan dikehendaki oleh Islam.
16
Skala Respons Jum Skor % SKOR TAHAP1 Sangat Tidak Kerap 8 1.7% 1-50 Sangat Rendah
hbis3203
2 Tidak Kerap 15 3.1% 51 – 150 Rendah3 Kurang Kerap 57 11.9% 51 - 150 Rendah4 Kerap 145 30.2% 151 – 250 Sederhana 5 Sangat Kerap 255 53.1% 351 – 480 Sangat Baik
Jadual 9 : Peratusan, Skor dan Tahap Amalan Adab
di dalam dan Luar Sekolah
Seterusnya analisis menunjukkan amalan adab dalam modul jika dibandingkan
dengan amalan adab di dalam sekolah dan di luar sekolah mengikut skala 5
(sangat kerap) seperti jadual 10 di bawah:
Skala Amalan adab dalam modul Jum Skor %5 Penggunaan yang betul 52 19.0 %5 Menyayangi harta awam 87 31.8 %5 Menjaga kebersihan 60 21.0 %5 Menjaga keselamatan dan
mengelakkan pembaziran75 28.2 %
Jadual 10 : Peratusan Amalan Persekitaran Awam
Jadual di atas menunjukkan bahawa menyayangi harta awam mendapat peratus
tertinggi iaitu sebanyak 31.8% , menjaga keselamatan dan mengelakkan
pembaziran peratus kedua tertinggi iaitu sebanyak 31.8%, menjaga
kebersihan ;peratus ketiga tertinggi dan penggunaan yang betul berada pada
peratus terendah(19.0%).
17
4.0 Kesimpulan
hbis3203
Harta benda awam merupakan kemudahan atau prasarana yang menjadi hak milik
kerajaan dan disediakan bagi kegunaan orang awam seperti tandas,
dewan,surau,telefon,air,elektrik dan lain-lain . Adab-adab terhadap tempat dan harta
benda awam ini perlu dijaga, disemai dikalangan semua peringkat masyarakat
khususnya murid-murid sekolah peringkat rendah lagi.Antara adab-adab terhadap
persekitan awam seperti penggunaan yang betul, menyayangi ,menjaga kebersihan,
keselamatan dan sebagainya.
Orang awam atau pengguna lain akan berasa selesa dan selamat jika kita
menggunakan harta awam dengan baik, dapat menjimatkan kos penyelenggaraan,
melatih diri supaya berdisiplin dan seterusnya akan beroleh keredhaan Allah SWT
dan RasulNya.Oleh itu satu kajian telah dijalankan untuk mengesan tahap amalan
adab persekitaran awam di kalangan 40 orang murid di SK Tasek Apong,Sungai
Petani. Kedah seperti yang digariskan dalam modul topik 8.
Senarai semak dipilih sebagai instrumen untuk mendapatkan hasil kajian
yang mewakili 12 item adab dan mengandungi skala,skor dan tahap yang
diubahsuai dari skala Likent. Responden perlu memilih skala dengan ikhlas
amalan adab dalam dan luar sekolah untuk dibandingkan dengan modul.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa amalan adab di sekolah dan luar
sekolah adalah baik dan sama walaupun terdapat peratusan amalan murid yang
kurang baik. Ini disebabkan pada usia 11 tahun , responden masih berada di
bawah kawalan guru dan ibu-bapa dengan baik dan mereka masih kurang terdedah
dengan unsur-unsur tidak sihat berbanding di sekolah menengah.
18
hbis3203
Manakala 53.1% responden berada pada tahap sangat baik iaitu sangat
kerap mengamalkan amalan adab persekitaran awam dan keseluruhannya 83.3%
responden mengamalkan adab pada tahap baik dan sangat baik. Di dalam kajian
juga didapati responden mengamalkan adab menyayangi harta awam dengan baik
diikuti menjaga keselamatan, mengelakkan pembaziran dan akhir sekali
penggunaan yang betul .
Daripada analisis profil responden seperti yang ditunjukkan dalam jadual
11 di bawah , antara masalah yang dikenalpasti menyebabkan amalan adab murid
adalah kurang berbanding amalan yang digariskan dalam modul adalah
disebabkan faktor latar belakang pekerjaan ibubapa, lokasi tempat tinggal,
pendapatan ibubapa dan tahap pendidikan bapa. Contohnya lokasi tempat tinggal
iaitu flat , pekerjaan bapa seperti bekerja kilang dan pendapatan ibubapa RM 1000
ke bawah mempengaruhi amalan adab murid . Namun amalan ini akan memberi
kesan kepada anak-anak dan responden sekiranya kawalan, didikan yang baik
diberikan kepada mereka.
Pembolehubah Kekerapan
JantinaLelaki 21 52.5%Perempuan 19 47.5%
Lokasi Tempat TinggalTaman 35 87.5%Flat 5 12.5%
Pekerjaan Bapa/ibu
Guru/kerani/polis/tentera 20 50.0%Doktor/peguam/jurutera 5 12.5%Kilang/sendiri/surirumah 10 25.0%Lain-lain 5 12.5%
Pendidikan Bapa
SRP 5 12.5%SPM 12 30.0%Diploma 13 32.5%Ijazah 10 25.0%
Pendapatan Ibu / bapaRM 3000 ke atas 31 77.5%RM 2000 5 12.5%RM 1000 dan ke bawah 4 10.0%
Jadual 11 : Profil Responden
Antara cadangan lain yang dapat meningkatkan tahap amalan adab
persekitaran awam ini di sekolah ialah kerjasama dari guru-guru,Persatuan Ibu
hbis3203
bapa dan Guru(PIBG), pentadbir,ibu-bapa dan masyarakat dalam menyokong
program-program yang dianjurkan.Pengajaran adab yang berkesan dan menyentuh
sanubari murid-murid oleh Guru Pendidikan Islam(GPI) perlu lebih menyeluruh
di dalam kelas dan di luar kelas. Contohnya Program Wacana Minda yang
dilaksanakan setiap pagi di SK Tasek Apong amat baik di mana ia menekan dan
menjelaskan adab-adab yang perlu diamal oleh kita semua.
PIBG pula perlu bekerjasama menyalurkan sumber kewangan, sokongan
moral dan membantu memantau pergerakan murid-murid di luar kawasan sekolah
dan sumbangan-sumbangan yang difikirkan bermanfaat untuk murid-murid
khususnya menanam amalan adab persekitaran awam di sekolah. Contohnya
seperti menaja ceramah-ceramah, pertandingan-pertandingan bercerita, program
motivasi dan sebagainya.
Pihak pentadbiran pula boleh memberi sokongan kepada PIBG, guru-guru
dan ibu-bapa yang berminat untuk menganjurkan program-program yang
dilaksanakan. Tanpa sokongan pihak pentadbir contohnya guru besar, sukar bagi
guru seperti kaunselor untuk menjayakan program seperti peruntukan kewangan,
pengangkutan dan lain-lain.
Bagi pihak ibu-bapa pula ,mereka perlu memberi sokongan yang padu
kepada pihak sekolah sekiranya terdapat program-program yang dianjurkan untuk
kebaikan anak-anak. Pandangan yang positif dan tidak prejudis diperlukan supaya
anjuran program akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-
anak.Mereka perlu lebih peka dan memberi penjelasan kepada anak-anak
sekiranya anak-anak terlibat dalam program yang dianjurkan contohnya seperti
menghadirkan diri dalam program motivasi sekolah.
hbis3203
Akhir sekali, masyarakat perlu memberi sokongan yang baik kepada pihak
sekolah atau pihak lain yang berhasrat menganjurkan sesuatu program ke arah
amalan adab di kalangan murid, guru,ibubapa dan lain-lain. Ini penting supaya
keberkesanannya lebih berpanjangan dan diredhai oleh Allah SWT.
20
hbis3203
RUJUKAN
Al Quran Digital Rasm Uthmani
Abdullah Basmih(1985).Tafsir Pimpinan Ar Rahman. Kuala Lumpur: Bahagian
Ugama, Jabatan Perdana Menteri.
Hajah Hasnah binti Haji Yahya et al.(2007). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun
6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Adnan Mohamed Yusoff(2008). HBIS3203Pendidikan Islam Tahun 5&6.
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Dr David Lim Chong Lim(2010).HBEF2503Kaedah Penyelidikan dalam
Pendidikan.Meteor Doc.Sdn. Bhd.
Abdullah Nasih Ulwan(2000).Pendidikan Anak-anak .Kuala Lumpur:JAKIM
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral(2002). Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur:JAPIM
hbis3203
LAMPIRAN
INSTRUMEN KAJIAN AMALAN ADAB PERSEKITARAN AWAM DALAM DAN LUAR SEKOLAH
hbis3203
Pengkaji sedang menjalankan kajian terhadap amalan adab persekitaran awam dalam dan luar sekolah kepada murid Tahun 6 Amal SK Tasek Apong , Sungai Petani, Kedah. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian;
Bahagian A : Profil responden ( 6 soalan) Bahagian B : Kandungan Adab (12 soalan)
Sila jawab setiap soalan dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT, amat berharga dan akan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata.
BAHAGIAN A: PROFIL RESPONDEN
Sila lengkapkan maklumat-maklumat berikut;
1 Nama Sekolah SK Tasek Apong, Sungai Petani, Kedah.
2 Jantina Lelaki Perempuan
3 Pekerjaan Bapa
Guru/kerani/polis/tentera Doktor/jurutera/peguam Kilang/sendiri/surirumah
4 Tempat tinggal
Taman Flat
5 Pendidikan Bapa SRP/SPM/Diploma/Ijazah
6 Pendapatan ibu/bapa
RM 3000 keatas
RM 2000
RM 1000
RM 1000 ke bawah
BAHAGIAN B: KANDUNGAN ADAB
Bagi setiap pernyataan berikut, sila nyatakan tahap persetujuan anda dengan membulatkan pilihan berpandukan skala di bawah:
hbis3203
1-Sangat Tidak Kerap 2- Tidak kerap 3- Kurang Kerap 4- Kerap 5-Sangat Kerap
Soalan 1 - 3 adalah berkaitan dengan penggunaan yang betul.
Bil PernyataanSkala
(dalam sekolah)Skala
(luar sekolah)
1Saya menggunakan harta
benda awam dengan betul.1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2
Saya membaca panduan umum
penggunaan tandas sebelum
menggunakannya.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3
Saya membaca panduan umum
penggunaan telefon sebelum
menggunakannya.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Soalan 4 - 6 adalah berkaitan dengan menyayangi harta awam.
Bil PernyataanSkala
(dalam sekolah)Skala
(luar sekolah)
1
Saya menyayangi harta benda
awam seperti menyayangi harta
peribadi sendiri.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2
Mengoyakkan gambar atau
sesuatu kenyataan yang
dipamerkan
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3
Merosakkan pam
tandas,mangkuk tandas atau
kenyataan-kenyataan di dalam
tandas,telefon,dewan dan lain-
lain
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Soalan 7 - 9 adalah berkaitan dengan menjaga kebersihan.
Bil PernyataanSkala
(dalam sekolah)Skala
(luar sekolah)
1 Saya mementingkan kebersihan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
hbis3203
sebelum dan selepas
menggunakan tandas.
2
Saya dididik membersihkan
barang-barang yang telah
digunakan dan ditunjukkan cara-
cara menggunakannya.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3
Saya memasukkan sampah ke
dalam tong sampah yang
disediakan.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Soalan 10 - 12 adalah berkaitan dengan menjaga keselamatan dan mengelakkan pembaziran.
Bil PernyataanSkala
(dalam sekolah)Skala
(luar sekolah)
1
Saya menggunakan air dan
elektik harta benda awam
dengan baik supaya tidak
membazir.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2
Saya sentiasa memastikan
keselamatan harta awam selepas
menggunakannya supaya tidak
rosak.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
3
Saya mengutamakan
keselamatan harta awam di
mana jua.
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
SENARAI NAMA RESPONDEN TAHUN 5 AMAL
Bil
Jantina
Nama murid
1 L Alif Nukman b. Imran2 L Adib Imran b. Razalikaruma3 L Ahmad Amir Amzar bin Ahmad Munir4 L Akmal Danial b. Hashim
hbis3203
5 L Mohamad Suhail b. Mohd Suberi6 L Muhammad Afnan Wajdee b. Khasim7 L Muhd Aliff Iskandar b. Razali8 L Muhd Syakir Nazmi b. Aznan9 L Muhd Izzat Safwan b. Ahmad10
L Muhammad Nur Hakim b. Mohd Shaffie
11
L Muhammad Zulkarnain b. Abdul Rahim
12
L Muhd Hafiz Izzuddin b. Yussairy
13
L Muhd Alif b. Zabidi
14
L Muhd Fahmi b. Ilias
15
L Tuan Nur Amin b. Hj. Md. Saleh
16
L Zaidi bt Saiful Nizar
17
L Wan Shakirin bt Abdul Latiff
18
P Nor Wajihah bt Mohamed
19
P Nurul Ainaa Syazana bt. Johari
20
P Nur Dina Athirah bt. Jusmera
21
P Nur Adlina Isma bt Mohd Nasir
22
P Nur A’liah Syahirah bt Amran
23
P Nur Farhana bt Ahmad Shukri
24
P Nur Nabihan bt Md. Zaini
25
P Nur Nasrin Nasuha bt Yusaini
26
P Nurin Nadiah bt Naim
27
P Siti Sakinah bt Ahmad Sanusi
28
P Wardina Zulaikha bt Zulkarnain
29
P Roshiqah Uzma bt Rodzalani
hbis3203
30
P Farah Hadfina bt Fauzan
31
P Nur Adlina Isma bt Mohd Nasir
32
P Nur A’liah Syahirah bt Amran
33
P Nur Farahin bt Ahmad
34
P Nur Nabihan bt Md. Zaini
35
P Nur Nasrin Nasuha bt Yusaini
36
P Nurin Nadiah bt Naim
37
P Nur Fathiyyah bt.Ahmad
38
P Nur Aisyah bt Roslan
39
P Nur Shahida bt Shahidi
40
P Farah bt Fauzi