Download - EDU - komunikasi bukan lisan
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU- Komunikasi Bukan
Lisan -- Laras Bahasa -
OLEH :JEFRI BIN ABU BAKAR
SERANI ABANG
PENGENALAN
Komunikasi adalah sangat penting dalam pengurusan bilik darjah.
ia adalah kunci penting kepada kejayaan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
terdapat 2 jenis komunikasi iaitu : a) komunikasi lisan
b) komunikasi bukan lisan
Apa itu komunikasi bukan lisan ?
Merupakan beberapa tindakan bukan lisan yang dilakukan untuk memberikan makna yang lebih jelas terhadap mesej yang disampaikan semasa komunikasi lisan.
Renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyuman, ekspresi perubahan air muka, pergerakan tubuh badan
Komunikasi bukan lisan
• Mc Cardle (1974) komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting dalam membentuk serta melengkapkan penyampaian semasa berkomunikasi.
• Lebih kepada penglibatan gerak badan dan penumpuan penutur kepada pendengarnya.
• Tanpa komunikasi bukan lisan, komunikasi dilihgat sebagai sesuatu yang tidak sepenuhnya, kurang berjaya dan kurang berkesan.
• Eye contact - Melalui penggunaan “eye contact” atau melihat dengan penuh tumpuan serta badan menghadap murid supaya mereka sedar bahawa guru sedang memerhatikan mereka.
• Senyuman/anggukkan – guru berpuashati dengan respon atau jawapan murid dan memberi mesej kepada murid bahawa tingkahlaku mereka diterima oleh guru.
• Gelengan/ekspresi muka yang tidak menyenangkan – murid menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini dan tidak diterima oleh guru.
Pengawalan Kelas tanpa Lisan
• Marah – memandang wajah murid dengan tepat supaya murid sedar bahawa guru tidak berpuas hati dengan tingkahlaku mereka.
• Genggaman tangan – bukan menghalakan kepada murid sebaliknya diserasikan semasa memberikan ekspresi marah.
• Saling berpelukan/bersalaman/menitiskan air mata – menggambarkan kegembiraan atau kesedihan serta menunjukkan guru memahami situasi atau masalah yang dihadapi murid.
Pengawalan Kelas tanpa Lisan
Gangguan komunikasi
a) Gangguan dalaman - unsur bias dalam persepsi, pengalaman lalu, dan
perbezaan dalam budaya.
b) Gangguan luaran - persekitaran yang terlalui bising, penggunaan laras
bahasa yang sukar difahami, serta suasana bilik darjah yang kurang kondusif.
• Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta salah faham kedua-dua pihak turut menjadi faktor gangguan dalam komunikasi.
• Faktor lain – sumber tidak boleh dipercayai, kesilapan alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza.
Masalah
Masalah, cara mengatasi dan implikasi komunikasi bilik darjah
Kurang persediaan
Cara mengatasi Masalah
Sentiasa bersedia dengan perancangan
yang lengkap
Kebisingan
Mesej jelas diterima dan objektif
pengajaran tercapai
Pastikan bilik darjah senyap/bersedia semasa
guru mengajar
Murid dapat mendengar dengan
jelas.
Masalah
Kritikan
Cara mengatasi Implikasi
Elak mengkritik murid
Melabel murid
Murid bertambah yakin
Elak melabel/memberi gelaran negatif kepada
murid
Murid bertambah yakin dengan persekitaran
Memberi arahan Menggalakkan perbincangan dan
rundingan
Murid selesa serta mudah berunding dan menyatakan
masalah
Kesimpulan
Semua komunikasi mempunyai tujuan dan guru haruslah memastikan bahawa tujuan menyampaikan ilmu itu telah tercapai.
Komunikasi berkesan berupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar.
Komunikasi berkesan juga akan mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti pembelajaran.
Laras bahasa merupakan gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. 2 konsep dalam perbincangan yang berkaitan dengan laras
bahasa :a) pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasab) penggunaan – bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan
dengan cara yang berbeza-beza berdasarkan konteks dan situasi.
Laras bahasa
Definisi dan penerangan
Laras bahasa – variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Penggunaan bahasa – penutur, pendengar, situasi, topik
dan tujuan perbuincangan Ciri-ciri laras bahasa yang penting :
a) Perbendaharaan katab) susunan ayat
c) frasa yang digunakan Kesedaran terhadap perbezaan situasi sosial dalam
persekitaran membolehkan kita memilih laras bahasa yang sesuai bagi tiap-tiap situasi yang berlainan.
Laras Bahasa
Laras bahasa bergantung kepada latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang mengamalkan bahasa tersebut yang merangkumi stuktur sosial dan cara hidup. (SITUASI LUARAN)
Juga bergantung kepada cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan dan fungsi sosial. (SITUASI PERSEKITARAN)
Laras Bahasa
• JENIS-JENIS LARAS BAHASA a) Laras bahasa biasab) Laras bahasa akademikc) Laras bahasa sastera / kreatifd) Laras bahasa agamae) Laras bahasa sukanf) Laras bahasa sainsg) Laras bahasa rencana h) Laras bahasa iklan / perniagaani) Laras bahasa undang-undangj) Laras bahasa media massak) Laras bahasa ekonomi.
• Merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus dan biasanya digunakan dalam perbualan harian.
• Stuktur ayat mudah, ringkas dan padat, kurang menggunakan kata pinjaman, tiada istilah teknikal.contoh :
“Hai Kendot! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?”• Guru boleh menggunakan laras bahasa ini dalam
perbualan harian bersama murid untuk memudahkan murid memahami mesej yang disampaikan.
Laras Bahasa Biasa
Lebih bersifat ilmiah, formal dan mempunyai objektif. Menggunakan istilah bersifat khusus dan sukar difahami
oleh golongan yg tidak berpendidikan tinggi. Ayat yang digunakan ada kesempurnaan bahasa dari
segi kestabilan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan maksud.
Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan majmuk. Pelbagai aspek perlu dirujuk oleh guru jika mengajar
laras bahasa akademik kepada murid agar murid dapat menerima isi pelajaran dengan berkesan.
Laras Bahasa akademik
Membincangkan mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya.
Aspek kronologi, tema, mesej, watak perwatakan, nilai pengajaran dan sebagainya.
Mempunyai sifat yang kreatif yang tercetus daripada imaginasi dan pengalaman yang biasanya bersifat figuratif.
Guru perlu mementingkan pemilihan bahasa tersirat, unsur sastera seperti metafora, kiasan dan lain-lain.
Boleh digunakan terutamanya dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Laras Bahasa Sastera
• Digunakan dalam perbincangan mengenai pelajaran
agama atau Pendidikan Islam.• Istilah pinjaman dan rujukan dari petikan untuk
mengukuhkan hujah berkaitan.• Terdapat juga penggunaan kias atau ibarat dalam
pengajaran.• Guru perlu mengambilkira aspek yang berkenaan
supaya murid jelas dengan mesej pengajaran yang hendak disampaikan.
Laras Bahasa agama
Mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau semasa pengendalian acara sukan di sekolah.
Menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan
Bahasa ringkas, bersahaja dan jelas. menggunakan istilah yang berkait rapat dengan sukan
seperti juara, kejohanan, kesihatan dan lain-lain.
Laras Bahasa Sukan
• Mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan, terdapat juga istilah pinjaman dari bidang lain.
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal, dan objektif berdasarkan kajian dan fakta.
• Contoh : “ sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang
berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum”
• Guru perlu menjelaskan istilah sains yang mungkin sukar difahami oleh murid
Laras Bahasa Sains
• Bersifat umum, bertujuan untuk menampilkan pelbagai idea tentang sesuatu isu.
• Bertujuan untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca, khususnya murid terhadap perkara secara umum dan terperinci.
• Contoh “Oleh sebab beru dilancarkan, kejayaan model terbaru proton ‘Exora’ belum dapat diukur.”
• Mesej jelas dan tepat memudahkan guru untuk menyampaikan isi pelajaran secara terus kepada murid.
Laras Bahasa Rencana
• Untuk menyampaikan maklumat berkesan mengenai sesuatu produk perniagaan.
• Fakta yang jelas amat dipentingkan serta penggunaan ayat ringkas dan pendek.
• Tidak mementingkan tatabahasa tetapi masih menggunakan bahasa yang kreatif dan imaginatif serta penggunaan penyataan tertentu.
• Contoh ;“Percuma, sebuah tilam empuk bermutu tinggi dengan setiap pembelian set katil Unicorn melebihi RM1000 ke atas”
Laras Bahasa Perniagaan
• Menunjukan kepada peranan media massa seperti melaporkan atau menyampaikan berita dengan bahasa yang mudah diterima oleh pendengar.
• Tidak mementingkan tatabahasa, tetapi menggunakan istilah yang teknikal dan khusus.
• Contoh “Sarawak menjuarai kejohanan bola Sepak Malaysia selepas menewaskan Melaka dengan jaringan 7-0 di Stadium Nasional malam tadi”
• Menggunakan bahasa yang ringkas dan padat dengan laporan.
Laras Bahasa media
Merupakan salah satu laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi.
Laras bahasa Undang-undang kini bersifat moden dan menggunakan istilah teknikal.
Contoh“Defenden membantah pada awal perbicaraan kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang tidak relevan”
• Penggunaan bahasa ini kurang diaplikasikan dalam komunikasi serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Laras Bahasa Undang-undang
• Berbentuk ilmiah tentang sesuatu isu ekonomi serta penggunaan istilah teknikal dalam ekonomi.
• Tidak mengutamakan struktur ayat dan gaya bahasa formal
• Maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan kepada bukti data serta statistik.
• Penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya pada matapelajaran yang berkaitan dengan ekonomi.
Laras Bahasa Ekonomi
Kesimpulan Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut
situasi melahirkan laras bahasa yang berlainan. Sebagai rumusana) guru haruslah bijak memilih laras bahasa yang
hendak digunakan berdasarkan kepada kesesuaian topik serta isi pelajaran.
b) Keberkesanan penyampaian isi pelajaran dipengaruhi oleh kejelasan laras bahasa yang digunakan serta dirancang oleh guru.
-TAMAT-
TERIMA KASIH