Download - Eksotermik & endotermik
PERUBAHAN KIMIA Perubahan Haba dalam tindakbalas kimia
BIDANG PEMBELAJARAN:
5.2: Menganalisa perubahan haba dalam tindak balas Kimia
DI AKHIR PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR DAPAT:
mengenal pasti tindak balas yang melibatkan pembebasan haba
mengenal pasti tindak balas yang melibatkan penyerapan haba
menghubungkaitkan perubahan suhu bahan tindak balas dengan tindak
balas eksotermik menghubungkaitkan perubahan suhu
bahan tindak balas dengan tindak balas endotermik
EKSPERIMEN 5.4:
TINDAKBALAS EKSOTERMIK
DAN ENDOTERMIK
HIPOTESIS:
Bahan kimia yang berbeza menghasilkan suhu yang berbeza jika bertindak balas dengan air.
PEMBOLEH UBAH :(a) Dimanipulasikan: Jenis bahan
kimia(b) Bergerak balas : Penambahan
atau pengurangan suhu(c) Dimalarkan : Isipadu air atau
kuantiti bahan kimia
BAHAN DAN RADAS: Hablur natrium hidroksida Serbuk ammonium klorida Air suling Tabung uji Termometer Spatula
PROSEDUR: 1.5 cm³ air suling dituang ke dalam tabung
uji. Suhu awal air suling dicatatkan. Satu spatula hablur natrium hidroksida
ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran dikacau sehingga hablur
natrium hidroksida larut. Suhu akhir diukur dan dicatatkan di dalam
jadual Eksperimen diulang menggunakan serbuk
ammonium klorida.
KEPUTUSAN :Jenis bahan kimia
Suhu awal bahan (°C)
Suhu akhir bahan (°C)
Perubahan suhu(°C)
Dinding luar tabung uji
Hablur natrium hidroksida dan air suling.
Serbuk ammonium klorida dan air suling.
PERBINCANGAN : Tindak balas eksotermik berlaku
apabila suhu bertambah kerana haba
dibebaskan ke persekitaran.
Tindak balas endotermik berlaku apabila suhu berkurang kerana haba diserap daripada persekitaran.
TINDAK BALAS MANAKAH YANG MELIBATKAN
(a) Kehilangan haba? Natrium hidroksida larut di dalam
air.
(b) Perolehan haba Ammonium hidroksida larut di
dalam air
HIPOTESIS:
Bahan kimia yang berbeza menghasilkan suhu yang berbeza jika bertindakbalas dengan air.
Adakah hipotesis diterima atau ditolak? Diterima
KESIMPULAN:1. Tindak balas eksotermik
adalah tindak balas yang melibatkan pertambahan suhu.
2. Tindak balas endotermik adalah tindak balas yang melibatkan penurunan suhu.