FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN DIPLOMA
MEMILIH PROFESION PERGURUAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR
RAHAYU BINTI MURAD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
Ku buka lembaran ini dengan lafaz yang paling mulia, Alhamdulilah, syukur kepada Yang Maha Esa
kerana memberikan limpah dan kurnianya sehingga kajian Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan......
Kutujukan dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang.......
Buat Abah...MURAD BIN MAHMOOD
Engkaulah sumber inspirasiku
Buat Mama.....RAMLAH BINTI PUTEH
Nasihatmu membakar semangatku
Buat penyelia...ENCIK ASNUL DAHAR BIN MINGHAT
Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepadaku
Buat kakak-kakak..... ROSLINDA & ROSMULIATI
Kalian amat bermakna buat diriku
Buat abang ipar.....MOHD HANAFIAH & ANUAR
Terima kasih kerana banyak membantu diriku
Buat anak-anak buahku...QAISARA , DANIA IRDINA & DAMIA IRDINI
Kecomelanmu menambat hatiku
Buat sahabat setiaku....SEMUA PELAJAR 4SPA
Budimu akan ku kenang hingga akhir nanti, kenangan bersama kalian takkan dapat kulupakan.
Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Lagi Maha Pengasih.
Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya
dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga Encik Asnul
Dahar Bin Minghat selaku penyelia, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang
membina sejak awal sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala
pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia Skudai, yang
banyak memberi kerjasama antaranya ialah Bahagian Rekod dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Akademik, Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi kerjasama.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
membantu selama ini dan ucapan terima kasih juga kepada keluarga di atas segala
dorongan dan doa kalian.
Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,
terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar lepasan diploma dalam memilih profesion perguruan di Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Antara faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini
ialah faktor minat, keluarga, ekonomi, kemudahan dan pengangguran. Sampel kajian
merupakan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang merangkumi
pelajar lepasan diploma tahun 1, 3 dan 4 dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) yang berjumlah 102
orang. Instrumen kajian adalah dengan dengan menggunakan soal selidik berskala likert.
Analisis data adalah menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social
Science : Version 12.0) untuk mendapatkan keputusan. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa faktor-faktor di atas masih lagi mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion
perguruan. Walaubagaimanapun, faktor pengangguran merupakan faktor yang paling
mempengaruhi pelajar dibandingkan dengan faktor minat yang merupakan faktor
terendah dalam memilih profesion perguruan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research is to investigate all the factors which influence
Education Faculty students in choosing the Teaching Profession. The factors includes
interest, family influences, economy, facilities and jobless. This research was including
107 Education Faculty student from 1st, 3rd and 4th year from few courses such as
degree of technology with education (Civil Engineering, Electrical Engineering,
Mechanical Engineering also Living Skills) that total 102. The instrument of research is
by using Likert Scale. SPSS (Statistical Package For The Social Science : Version 12.0)
software was used to do analysis. The findings shows that all the factors as shown above
still influenced students in choosing the teaching profession. However, jobless become
the most popular factor compare to the others while interest factor influence is the least
factors of choosing to be a teacher.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Penyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 9
viii
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Skop Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definasi istilah 12
1.8.1 Pengaruh 12
1.8.2 Profesion Perguruan 12
1.8.3 Minat 13
1.8.4 Pengangguran 14
1.8.5 Ekonomi Semasa 14
1.8.6 Kemudahan Sedia Ada 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.0 Pengenalan 16
2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Profesion Perguruan 17
2.1.1 Faktor Pengaruh Minat 17
2.1.2 Faktor Pengaruh Keluarga 19
2.1.3 Faktor Pengangguran 21
2.1.4 Faktor Pengaruh Ekonomi 22
2.1.5 Faktor Pengaruh Kemudahan 23
2.2 Penutup 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN 26
3.0 Pengenalan 26
3.1 Reka Bentuk Kajian 27
ix
3.2 Tempat Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 33
BAB IV ANALISIS DATA 36
4.0 Pengenalan 36
4.1 Analisis Data 37
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 37
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Kursus 38
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Tahun Pengajian 39
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Agama 41
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Umur 42
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Taraf
Kahwin 43
4.2.8 Taburan Responden Mengikut
Kursus Terdahulu 44
4.3 Analisis Bahagian B 45
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 46
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 49
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 52
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 55
x
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 59
4.4 Persoalan Kajian Yang Paling Mempengaruhi
Pelajar Lepasan Diploma Memilih
Profesion Perguruan Di Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor 63
4.5 Penutup 64
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 65
5.0 Pengenalan 65
5.1 Perbincangan Kajian 66
5.1.1 Faktor Minat 67
5.1.2 Faktor Keluarga 68
5.1.3 Faktor Ekonomi 70
5.1.4 Faktor Kemudahan 71
5.1.5 Faktor Pengangguran 74
5.2 Rumusan 75
5.3 Cadangan Kajian 78
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.5 Penutup 80
RUJUKAN 81
Lampiran A - B 84 - 91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.0 PelajarLepasan Diploma Yang Mengikuti 6
Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Dari Tahun 1-4 7
3.0 Bilangan Pelajar Mengikut Kursus 28
3.1 Aspek, Bilangan Item Dan Nombor Item Soal Selidik 30
3.2 Skor Aras Skala Likert ( Item Positif ) 33
3.3 Skor Aras Skala Likert ( Item Negatif ) 34
3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 34
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 35
4.1 Nilai Skor 38
4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 38
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 39
4.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.6 Taburan Responden Mengikut Agama 42
4.7 Taburan Responden Mengikut Umur 43
4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf Kahwin 43
4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Terdahulu 44
5.0 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Faktor Minat 46
xii
5.1 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Faktor Keluarga 49
5.2 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Faktor Ekonomi Semasa 52
5.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Faktor Kemudahan 56
5.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Faktor Pengangguran 60
5.5 Analisis Keseluruhan Bagi Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pelajar Lepasan Diploma Dalam Memilih Profesion Perguruan
Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor 63
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.0 Statistik Pengangguran Dari Jabatan
Perangkaan Malaysia 5
xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta
KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PKPJJ - Program Khas Pendidikan Jarak Jauh
S - Setuju
SPSS - Statistical Package For The Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM – Universiti Teknologi Malaysia
f - Frekuensi
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 84
B Jadual Penentuan Saiz Sampel
BerdasarkanPopulasi Krejcie &
Morgan (1970) 91
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat demi menuju wawasan 2020. Perkembangan dalam bidang
pendidikan kini menjadi perhatian semua lapisan masyarakat tidak kira samada
tua atau pun muda. Bidang pendidikan kini merupakan satu bidang yang semakin
pesat pembangunannya. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dijalankan
untuk peningkatan dan kemajuan sistem pendidikan di seluruh negara. Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam memajukan bidang pendidikan ini. Sebagai
masyarakat di negara yang aman dan damai ini haruslah bersyukur kerana
kemudahan untuk mendapatkan pendidikan begitu banyak dan mudah diperoleh.
Peluang yang luas ini harus digunakan dengan baik untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan kerana negara telah menyediakan ruang yang banyak untuk
mendapatkan pendidikan secara formal.
Pendidikan perguruan merupakan satu bentuk pendidikan bagi melahirkan
bakal-bakal guru yang berkualiti dari segi sikap dan tanggungjawab serta berilmu
pengetahuan yang tinggi sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1987) iaitu :
2
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negara”.
Dalam melaksanakan bidang perguruan ini, seseorang yang bergelar guru
turut terlibat dalam perlaksanaan bidang pendidikan ini. Tugas seorang yang
bergelar guru adalah satu tugas yang berat di mana ia memerlukan komitmen
yang tinggi dalam diri seseorang untuk mendidik seseorang yang lain. Islam
mendefinasikan, guru adalah insan yang menjadi pendidik, pengajar, pembentuk
disiplin dan insan yang mempunyai pengetahuan.
Mengikut Syarifah Alawiyah (1984), profesion perguruan adalah satu
bidang pekerjaan yang memberikan perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan
oleh masyarakat. Menurut Mohd Yusman dan Khairunisa (1996) pula, profesion
perguruan adalah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan
untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba ‘canggih’ sebagai ‘jentera’
penggerak negara, khususnya semasa era Malaysia sebagai negara industri pada
tahun 2020 nanti. Ini bermakna, dalam era globalisasi ini, pendidik yang komited
dan intelek amat penting bagi mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru.
3
Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin
meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan. Seorang
guru haruslah berpegang pada etika dan tatasusila profesion supaya tidak lari dari
matlamat murninya. Sebagai alternatif, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menubuhkan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bagi mengendalikan program dan
kursus pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ini berperanan serta bertanggungjawab
dalam menyediakan dasar pendidikan keguruan dan unjuran pengambilan guru
praperkhidmatan serta menguruskan pengambilan dan penempatan pelajar ke
maktab perguruan. Selain itu, BPG juga memantau perlaksanaan kurikulum dan
praktikum di samping mengendali dan menyelia penilaian dan peperiksaan serta
kursus dalam praperkhidmatan dan latihan kemajuan staf. Kurikulum latihan
perguruan adalah digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan,
berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap
teknologi. Antara program dan kursus yang diperkenalkan ialah Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan lepasan Ijazah (KPLI), Program
Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan Program Khas Pendidikan Jarak Jauh
(PKPJJ) bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada masa dahulu, latihan perguruan hanya ditawarkan di maktab-maktab
perguruan sahaja. Kini, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah
menawarkan kursus dalam bidang perguruan dan pendidikan. Contohnya, di
Universiti Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 1982, Universiti Sains
Malaysia pada tahun 1987 dan Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1986.
Ini disebabkan pertambahan bilangan sekolah kesan dari pertambahan jumlah
pelajar dan juga akibat perubahan teknologi. Penambahan jumlah sekolah pula
menyebabkan keperluan guru sebagai tenaga pengajar juga turut meningkat.
4
Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia diperkenalkan meliputi empat pengkhususan utama iaitu
Kejuruteraan Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup. Antara pelajar yang
terpilih memasuki kursus ini adalah dari lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma dan selain itu terdapat juga Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG ) bagi guru-guru lepasan maktab perguruan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, masalah pengangguran merupakan masalah utama yang
menular di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan bilangan penganggur
adalah lebih ramai berdasarkan kepada pengeluaran graduan-graduan dari Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan
Politeknik seluruh Malaysia. Masalah ini timbul disebabkan kurangnya peluang
pekerjaan dan ini menyebabkan graduan-graduan lebih berminat untuk
menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Walaupun pada hakikatnya
mereka adalah dari bidang teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrik dan Kejuruteraan Jentera. Ini adalah berdasarkan kepada Rajah 1.0 di
sebelah yang menunjukkan statistik yang direkod dari Jabatan Perangkaan
Malaysia dari tahun 2003 ke 2004. Kadar pengangguran adalah meningkat
sebanyak 0.5% dari tahun 2003 dan menjadi 3.8% pada tahun 2004.
5
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2004)
Rajah 1.0 Statistik Pengangguran Dari Jabatan Perangkaan Malaysia
Senario ini berlaku disebabkan proses mendapatkan pekerjaan pada masa
kini sudah berbeza dengan masa lalu. Pasaran pekerjaan pada masa ini lebih
kompetitif dan terhad. Oleh itu, profesion yang menjadi tumpuan pada masa kini
ialah profesion perguruan. Ianya terbukti apabila kursus yang ditawarkan begitu
mendapat sambutan di kalangan pelajar mahupun siswazah dengan kemasukan
seramai 6,800 pelatih mendaftar bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
peringkat sekolah rendah dan menengah di 27 maktab perguruan seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 4,000 mengikuti KPLI sekolah rendah dalam 11 bidang
pengajian, manakala 2,800 lagi KPLI sekolah menengah membabitkan 49 bidang
pengajian. Menurut BPG, jumlah itu adalah 12.6 peratus daripada 54,000
permohonan yang diterima untuk mengikuti KPLI sekolah rendah dan sekolah
menengah bagi kemasukan tahun ini.
6
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting
yang sentiasa mengikuti peredaran masa dalam membina sebuah masyarakat dan
negara. Ianya adalah pilihan yang sesuai selain ianya cukup diberi perhatian oleh
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Di peringkat universiti, banyak
kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Antaranya di Universiti
Teknologi Malaysia sendiri yang menunjukkan jumlah kemasukan seramai 140
orang bagi lepasan diploma dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Politeknik dari seluruh Malaysia
yang mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) dari tahun 1
hingga 4 dan secara keseluruhannya seramai 400 pelajar perdana yang mengikuti
kursus tersebut di Fakulti Pendidikan. Ini dapat disokong dengan data dari Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menunjukkan kemasukan pelajar
lepasan diploma yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Jadual 1.1 di bawah menunjukkan jumlah pelajar lepasan diploma yang
mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
(Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) dari tahun 1 hingga 4 di
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor yang berjumlah 140 orang.
Jadual 1 .0: Pelajar Lepasan Diploma Yang Mengikuti Kursus Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Dari Tahun 1-4
TAHUN K. AWAM K.ELEKTRIK K.JENTERA K.HIDUP
1 15 orang 17 orang 5 orang 7 orang
3 24 orang 12 orang 18 orang 14 orang
4 8 orang 7 orang 5 orang 8 orang
JUMLAH 47 orang 36 orang 28 orang 29 orang
Sumber : (Fakulti Pendidikan UTM Skudai, Johor)
7
Ini selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan
menjadikan sistem pendidikan rendah dan menengah bertaraf dunia sejajar
dengan usaha Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini
yang pastinya memerlukan tenaga pengajar yang berkaliber. Datuk Hishammudin
Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran berkata kerajaan tidak melihat usaha
menjadikan pendidikan bertaraf dunia hanya di peringkat tinggi dan universiti,
sebaliknya bermula dari pendidikan asas iaitu di peringkat rendah dan menengah.
Dalam Rancangan Malaysia ke-8 pula, iaitu pada Bahagian Pendidikan
dan Latihan, Kerajaan telah merangkakan pelbagai langkah. Antaranya bagi
meningkatkan tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi, keupayaan di
sekolah teknik dan vokasional akan ditambah. Pertambahan ini akan meliputi
peningkatan taraf kemudahan di 9 sekolah teknik dan 38 sekolah vokasional sedia
ada. Di samping itu, 8 sekolah menengah teknik baru akan dibina dan
menyediakan tempat untuk kira-kira 26,000 pelajar mata pelajaran elektif sains
dan kejuruteraan, 17,600 elektif vokasional dan 17,200 aliran kemahiran.
Dengan perlaksanaan secara berperingkat dasar pendidikan universal 11
tahun serta perlaksanaan elektif KBSM di peringkat menengah atas, permintaan
terhadap guru siswazah akan meningkat. Untuk memenuhi permintaan ini,
universiti akan memperluaskan program pendidikan guru bagi menyediakan
latihan kepada kira-kira 9,940 guru siswazah. Maka wajarlah diketahui, hanya
melalui pendidikan, sesebuah negara itu dapat dibangun dan diperkembangkan
untuk generasi akan datang.
8
1.2 Penyataan Masalah Pengaruh minat, keluarga dan masalah pengangguran di samping
kemudahan-kemudahan sedia ada mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap
sesuatu profesion. Kemasukan pelajar-pelajar lepasan diploma ke Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor saban hari semakin
meningkat.
Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di
Universiti Teknologi Malaysia skudai, Johor.
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk :
1.3.1 Mengetahui samada minat mempengaruhi pelajar dalam memilih
profesion perguruan.
1.3.2 Mengetahui samada pengaruh keluarga mempengaruhi pelajar dalam
memilih profesion perguruan.
1.3.3 Mengenalpasti samada keadaan ekonomi mempengaruhi pelajar dalam
memilih profesion perguruan.
9
1.3.4 Mengetahui samada kemudahan sedia ada mempengaruhi pelajar dalam
memilih profesion perguruan.
1.3.5 Mengenalpasti samada pengangguran mempengaruhi pelajar dalam
memilih profesion perguruan.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji telah memfokuskan
kepada beberapa persoalan utama iaitu:
1.4.1 Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan?
1.4.2 Apakah pengaruh keluarga mempengaruhi pelajar dalam memilih
profesion perguruan ?
1.4.3 Apakah keadaan ekonomi semasa mempengaruhi pelajar dalam memilih
profesion perguruan?
1.4.4 Apakah kemudahan sedia ada mempengaruhi pelajar dalam memilih
profesion perguruan?
10
1.4.5 Apakah pengangguran mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion
perguruan?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar-pelajar
lepasan diploma di Universiti Teknologi Malaysia. Kepentingan kajian ini
dijalankan adalah seperti berikut:
1.5.1 Dijadikan maklumbalas kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
terutama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam menambahkan tempat
kepada calon yang memohon mengikuti bidang perguruan.
1.5.2 Pihak Universiti untuk mengadakan satu program atau kurikulum khas
dalam membentuk guru agar lebih berdedikasi serta mempunyai komitmen
yang tinggi dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti.
1.5.3 Diharap dapat membantu individu yang ingin menjadikan perguruan
sebagai profesion mereka supaya lebih menjadi seorang guru yang
berdedikasi serta menanamkan sifat yang baik dalam diri untuk mendidik
anak bangsa.