FALSAFAH PENDIDIKAN
9/12/2011 1Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Latar Belakang FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaandibentuk berdasarkan ideologi danfalsafah yang termaktub dalam LaporanPendidikan dan Akta Pendidikan, RukunNegara, serta ideologi dan budayamasyarakat Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaandiumumkan secara rasminya padatahun 1988 yang berbunyi seperti yangberikut:
9/12/2011 2Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usahaberterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepada kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaanmencari kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat danNegara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)9/12/2011 3Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
2. Memperkembangkan Potensi Individu
3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu
4. Insan Yang Seimbang dan Harmonis
5. Unsur Intelek
6. Unsur Rohani
7. Unsur Emosi
8. Unsur Jasmani
9/12/2011 4Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
9. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
10. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
11. Rakyat Malaysia yang Berketrampilan
12. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
13. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
14. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai
Kesejahteraan Diri
15. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga,
Masyarakat dan Negara
9/12/2011 5Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
“Apakah itu falsafah?”
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunaniphilos (cinta) dan sophia (ilmu). Dalam bahasa yangmudah, falsafah bererti ‘mencintai ilmu dankebijaksanaan’.
Falsafah merangkumi pendekatan bersepadu kitaterhadap kehidupan dan dunia. Pendekatan inimelibatkan usaha untuk menemui apa itu hakikat danapa yang bernilai dalam kehidupan manusia. Olehitu, ahli falsafah sentiasa mengemukakan masalah,memberi dan menjustifikasikan penyelesaianterhadapnya, dan seterusnya, melibatkan diri dalamperbincangan yang panjang lebar tentangkeseluruhan proses tersebut.
9/12/2011 6Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Dalam falsafah, kita sentiasa
bertanya soalan seperti yang
berikut:
Siapa saya?
Dari mana saya berasal?
Mengapa saya di sini?
Ke mana saya akan pergi?
Bagaimana saya hendak hidup?
9/12/2011 7Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
CABANG FALSAFAH
1. ONTOLOGI / METAFIZIK
Memberi perhatian utama kepada
realiti atau kewujudan yang mutakhir.
Mempersoalkan perkara-perkara
seperti alam, jiwa atau roh dan
kehidupan.
9/12/2011 8Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Apakah dia alam jagat?
Apakah dia hidup?
Apakah dia kebebasan
manusia?
9/12/2011 9Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Termasuk soalan-soalan yang
mempersoalkan tentang kewujudan
Tuhan.
Memberi perhatian kepada konsep-
konsep yang keadaannya tidak dapat
diukur seperti realiti, perubahan, kendiri,
jiwa dan sebagainya.
9/12/2011 10Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
2. EPISTEMOLOGI
Mengenai teori pengetahuan dan perihal
pengetahuan:
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Sejauh manakah sumber pengetahuan
tersebut boleh dipercayai?
Apakah yang dapat diketahui oleh
seseorang?
Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah
yang kita ketahui?
9/12/2011 11Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Lebih berminat kepada konsep-konsep selain
daripada fakta (tidak seperti sains)
Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia
berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi
memberi perhatian kepada apa yang
dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi
seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan
dan mempersoalkan adakah konsep-konsep
tersebut digunakan dengan betul atau tidak
oleh ahli psikologi.
(Kneller, 1971)
9/12/2011 12Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
3. AKSIOLOGI
Mempersoalkan tentang baik atau
buruk, benar atau salah, cantik atau
hodoh.
Perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan nilai.
Boleh dibahagikan kepada dua cabang:
a) Etika
b) Estetika
9/12/2011 13Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Etika:
memberi perhatian kepada kualiti moral dan
tingkah laku manusia.
mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan
sesuatu masyarakat, dan kebaikan
kehidupan.
Estetika:
Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam
kesenian, pengalaman perseorangan, alam
sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft
dan Haas 1979).
9/12/2011 14Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
4. LOGIK
Kaedah yang digunakan oleh ahli
falsafah untuk berfalsafah.
Peraturan-peraturan yang
membolehkan mereka membuat
cadangan dan hujah-hujah
perbincangan dengan cara yang betul.
9/12/2011 15Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
MAZHAB-MAZHAB
UTAMA FALSAFAH
Falsafah Tradisional:Perennialisme dan Essentialisme.Berdasarkan Idealisme & Realisme
Falsafah Moden:Progressivisme, eksistensialisme dan rekonstruktivismeBerdasarkan Pragmatisme
9/12/2011 16Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Essentialisme
Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme.
Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan.
Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik.
Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran. 9/12/2011 17Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Guru dianggap sebagai berwibawa dalam
bidang mata pelajaran dan pengajaran.
Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan
membuat keputusan mengenai kurikulum
tanpa banyak input daripada pelajar.
Guru juga bertanggungjawab untuk
mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru
dianggap sebagai contoh teladan.
William Bagley (1874-1946) merupakan
seorang ahli essentialis yang terkenal.
9/12/2011 18Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perennialisme
Perennialisme berpunca daripada realisme.
Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuanutama pendidikan adalah untuk mengajar nilai danilmu yang sejagat dan abadi.
Fokus perennialisme adalah pada perkembanganperibadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, makamereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitandengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaandengan mesin atau teknik.
Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebihdahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional.
Kurikulum perennialis adalah berpusatkankandungan dengan penekanan pada bahasa,kesusasteraan, matematik, seni dan sains.9/12/2011 19Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Progressivisme
Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yangkemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahliprogressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatifdan tentatif.
Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan danperkembangan. Memandangkan pengetahuan bolehmenerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanakhendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan halyang perlu difikirkan.
Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka makakurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antaradisiplin, dan aplikasi masalah manusia.
Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatifseperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah danprojek.
9/12/2011 20Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Ahli progressivis menganggap peranan guru
sebagai pembimbing untuk penyelesaian
masalah dan inkuiri saintifik.
Kebanyakan ahli progressivis bersetuju
dengan pendekatan induktif yang
menggalakkan pelajar untuk memberi
penjelasan sendiri dan pemahaman
fenomena.
Dengan cara ini, pelajar dapat
mengaplikasikan pengetahuan baru yang
dibentuk ke dalam bidang kajian yang lain.
9/12/2011 21Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Eksistentialisme
Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahlieksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpasebarang tujuan.
Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individusendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepadadiri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamatserta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarangautoriti luar.
Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhakuntuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.
Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikanmasing-masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai matapelajaran yang khusus.
Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik danberfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seniadalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusiadan keadaan membuat pilihan.
Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan,eksperimen, kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaandan pengertian dalaman.
9/12/2011 22Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Rekonstruktionisme
Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.
Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki danmembina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corakbudaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagaitujuan utama pendidikan.
Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkinpenting untuk meningkatkan keadaan manusia melaluipembaharuan pendidikan dan sosial.
Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolahuntuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsiutama sekolah, termasuklah seperti yang berikut:
i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberisumbangan kepada krisis budaya, dan
ii) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akanmenyelesaikan masalah-masalah ini.
9/12/2011 23Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains
sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada
kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu
nasional dan internasional.
Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan
adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu
menyelesaikan masalah masyarakat.
Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan
dengan masyarakat hari ini dan masa depan.
Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk
membantu membina sebuah masyarakat baru.
Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan
dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar
menyedari masalah yang dihadapi umat manusia. 9/12/2011 24Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Idealisme
Salah satu falsafah tertua di dunia
(Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G.
Berkeley, I. Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge)
Bertentangan pendapat antara mereka
Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia
penting dalam kehidupan
Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan
Ia merupakan satu sistem yang memberi
penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan
kerohanian
9/12/2011 25Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Persoalan Metafizik
Dalam Mazhab Idealisme
Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian
dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk
fikiran dan bukan material
Unsur terpenting dalam kehidupan ialah
kerohanian manusia dan semua kewujudan boleh
diperturunkan kepada kerohanian.
Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal,
tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal
tidak nyata secara muktamadnya.
9/12/2011 26Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Semua benda hanya satu anggapan atau
satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja
yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua
benda hendaklah diperturunkan kepada
fikiran atau kerohanian.
Van Scottes et al (1979) berpendapat
kepentingannya tentang akal dan idea, maka
tumpuan dalam pendidikan ialah melatih
akal, menyuburkan roh dan menguasai idea.
Idealis menganggap manusia mempunyai
akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh.
9/12/2011 27Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kanak-kanak adalah sebahagian daripada
alam kerohanian mutlak, dan
mempunyal tujuan kerohanian yang perlu
dipenuhi mengikut kebolehan dan
keupayaan mereka. Pendidikan mestilah
berusaha memupuk kekariban antara
pelajar, unsur-unsur kerohanian tabii dan
memberi penekanan dalam keharmonian
antara manusia dan alam jagat.
9/12/2011 28Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Idealis mempercayai dua konsep yang penting
iaitu kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan
antara mereka.
i) Kebebasan :
Amalan kehendak dalam membuat keputusan
sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab
terhadap akibat yang mungkin timbul hasil
daripada tindakan yang dilakukan.
ii) Rasionaliti :
Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea
adalah satu kemungkinan dalam diri kanak-
kanak.
9/12/2011 29Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Persoalan Epistemologi Dalam
Mazhab Idealisme
Pengetahuan boleh diperolehi dengan
cara seIain daripada kaedah saintifik.
Ia boleh diperolehi melalui keimanan,
keautoritarian, taakulan dan intuisi.
Plato: Pengetahuan sebenar adalah
hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan
lebih baik dikeluarkan daripada pelajar
sendiri berbanding dengan
mencurahkannya kepada mereka.
9/12/2011 30Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Persoalan Aksiologi
Dalam Idealisme
Nilai dan etika adalah mutlak.
Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan
cantik, secara asasnya tidak berubah daripada
satu generasi kepada satu generasi yang lain atau
daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat
yang lain.
Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi
sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan.
Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai
yang tidak berubah
9/12/2011 31Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber
nilai, maka manusia hanyalah dianggap
berakhlak apabila mereka hidup mengikut
kehendak Tuhan.
Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft
dan Haas (1979)) menganggap nilai
sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah
persekolahan mestilah menggambar dan
memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang
dianggap oleh masyarakat sebagai
berguna dan berharga.
9/12/2011 32Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Apabila kerohanian diberi perhatian yang
lebih, dunia ini akan menjadi lebih rasional
dan sempurna dan kejahatan akan hilang
sedikit demi sedikit.
Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat
pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya
mereka yang melanggar atau tidak
memahami sepenuhnya susunan moral
alam jagat ini.
9/12/2011 33Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Amenuel Kant:
Apabila seseorang pelajar berkelakuankurang baik, guru mungkin bertanya tentangkelakuan pelajar itu.Tetapi pernahkah gurubertanya diri sendiri sama ada dia telahmenunjukkan contoh yang baik untuk diikutioleh pelajarnya?
Idealis secara umumnya bersetuju bahawapendidikan tidak hanya memberi tekanankepada perkembangan akal sahaja, tetapijuga perlu menggalakkan pelajar memberitumpuan kepada semua benda yangmempunyai nilai yang kekal.9/12/2011 34Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Timur boleh
dikategorikan kepada tiga mazhab:
i) Konfusianisme,
ii) Nasionalisme dan Internasionalisme
iii) Falsafah Pendidikan Islam.
9/12/2011 35Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konfusianisme
Pengasas agung Konfusianisme ialah Konfusious,atau lebih dikenal sebagai Kung Fu ‘Tze (551 – 479SM).
Prinsip utama pendidikan adalah pada halpemikiran berfokus, menegakkan kebenaran, danmempercayai kebaikan (jen).
Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikanterletak pada hal mengubah tingkah laku manusiasupaya menjadi warga yang memiliki kelakuanmulia, mematuhi undang-undang, setia kepadakewibawaan dan mencintai negaranya.
Dalam perkataan lain, pendidikan ialah prosesuntuk memupuk kesempurnaan kelakuan etikamanusia.
9/12/2011 36Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sehingga tahun 1911, ajaran Konfusianisme kuat mempengaruhi sistem pendidikan di negara China.
Namun, Falsafah Barat mula mempengaruhi sistem pendidikan di China ketika Kuomintang mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Beberapa banyak idea yang diperkenalkan oleh Hushi (1891 – 1962), seorang pengikut setia John Dewey, ialah pragmatisme dan progressivisme dalam kurikulum sekolah di China.
Kaedah induktif digunakan bagi penyelidikan bahasa. Pengintegrasian kemanusiaan dengan sains untuk mengembangkan keseluruhan potensi individu menjadi tumpuan utama.
9/12/2011 37Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nasionalisme dan Internasionalisme
Rabindranath Tagore (1861 – 1941), ahli falsafahdan penyair terkenal dari India, mentafsirkanpendidikan sebagai proses yang bermatlamat untukmenghasilkan individu dengan penaakulan sempurnayang berupaya mencapai semua aspek, termasukfizikal, intelek, moral dan rohani serta yang adahubung kait dengan pengalaman hidup amali.
Pendidikan nasionalisme harus bermatlamatuntuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara.Selain itu, pendidikan harus berdasarkanpengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan,situasi sebenar dan tuntutan negara pada masa ituyang termasuk masalah nasional, pencapaian,kegagalan dan kejayaan.
9/12/2011 38Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan internasionalisme harus
cuba memupuk hubungan baik,
persaudaraan, harmoni, dan keamanan
antara negara di dunia.
Justeru pendidikan harus berdasarkan
pengetahuan sebenar dan harus ada
hubungan langsung dengan budaya
dan tradisi rakyat negara lain.
9/12/2011 39Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Falsafah Islam
Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam,diperoleh daripada al-Quran dan Sunnah NabiMuhammad s.a.w.
Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagaiAverroes, ialah ahli pemikir Muslim agung danterkenal sebagai ahli sains yang ternama, sertaseorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (KadiAgung) Khalifah di Andalusia semasa abad ke-12.
Dia mempunyai pengaruh besar terhadappemikiran Barat.
Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafahadalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead,1998).
9/12/2011 40Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pandangan Pendidikan Islam dalam
penyebaran pengalaman &
kebudayaan:
pengalaman dlm bentuk
kemahiran/pengetahuan teknikal yang
kandungannya sentiasa berubah dari
semasa ke semasa
Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang
tetap yang terdapat dalam al-Quran dan
Sunah
9/12/2011 41Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Islam tidak berpegang kepada teori kesalahan
(manusia menghabiskan seluruh hidupnya untuk
memperbaiki kesalahan tersebut).
Kanak-kanak dilahirkan suci, bersih & terserah
kepada alam sekeliling untuk mencorakkan
penghidupannya. Manusia sebagai khalifah.
Manusia diberi akal dan pengetahuan dalam
menghambakan diri kepadaNya. Dengan ini,
manusia bertanggungjawab kepadaNya di atas
segala tindakan.
Manusia bertugas sebagai khalifah Tuhan di muka
bumi (tunduk dan patuh perintah Tuhan).
9/12/2011 42Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Dasar Pendidikan Islam
(Hassan Langgulung, 1979)
Keesaan Tuhan (Tauhid).
Kepercayaan kpd pesuruh-pesuruh yag diangkat oleh Tuhan di
antara bangsa-bangsa di dunia.
Kepercayaan kepada wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi.
Manusia semula jadi tidak berdosa dan mempunyai potensi
tidak terbatas dalam perkembangan moral dan kerohanian.
Setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri
Kehidupannya sesudah mati.
Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat
Islam.
Setiap orang mesti mempercayai 6 perkara ini sebelum dia
disebut beriman.
9/12/2011 43Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Matlamat Pendidikan Islam
Untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu
dengan nilai-nilai Islam (akal fikiran)
Penghasilan individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi
dan beramal salih (masyarakat yang hidup harmoni, menghormati dan
berkerjasama sal.)
Tidak menghalang umatnya mempelajari bidang2 ilmu atau
pengetahuan yang lain.
Pengetahuan yang terpisah dpd keimanan adalah pengetahuan tidak
sepenuhnya (kejahilan baru).
Tidak mengamalkan pengetahuan-bukan ajaran Islam
Matlamat Pendidikan Islam:
Melahirkan manusia bertakwa
Melahirkan manusia ta'abbudi (meletakkan segenap hidupnya kepada
mencari keredaan Allah s.w.t.
Melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi dengan menjadi al-falah
sebagai tujuan hidup.
9/12/2011 44Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pembentukan Kurikulum
Pendidikan Islam
Perkara yang perlu didahulukan:
Pengajaran al-Quran, Hadis dan juga bahasa Arab
dan cabang2nya
Bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia
sebagai individu dan juga sebagai anggota
masyarakat.
Kemanusian (al-ulum al-insaniyah) - psikologi,
sosiologi, sejarah, ekonomi dll.
Bidang ilmu mengenai alam tabii (sains natural) (al-
ulum al-kauniyah) yang meliputi astronomi, biologi,
botani dll.
9/12/2011 45Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh