TERHAD 1
TERHAD
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LUKISAN KEJURUTERAAN KOD : 3759
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
MULAI 2021
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL (MPET)
TERHAD 2
TERHAD
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia
TERHAD 3
TERHAD
KANDUNGAN
1.0
Pengenalan
4
2.0 Asas Pertimbangan 4
3.0 Kelulusan 5
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 5
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 5
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 6
7.0 Konstruk dan Aspek yang Ditaksir 7
8.0 Aras Kesukaran Item 8
9.0 Format Pentaksiran 8
10.0 Kertas Soalan Contoh 10
11.0 Tugasan Kerja Kursus Contoh 20
TERHAD 4
TERHAD
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. Justeru bagi memenuhi dasar baharu di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) telah menyemak semula kurikulum mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan agar setanding dengan standard antarabangsa. Sukatan mata pelajaran ini
ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
instrumen pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Pembinaan instrumen ini adalah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian piawai
untuk menjamin mutu, kesetaraan, kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.
2.0 ASAS PERTIMBANGAN
Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran ialah:
2.1 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan
bentuk insturmen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang
ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan
spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran aras
kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi
semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan
mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.
2.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan
ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran
untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun.
2.3 Kebolehlaksanaan
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan
pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.
TERHAD 5
TERHAD
2.4 Penjaminan Kualiti
Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan
sebagai mekanisma dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan
dalam kurikulum standard mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dapat
direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.
2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum Standard
Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin dikembangkan dalam pengajaran
dan pemudahcaraan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
3.0 KELULUSAN
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan SPM mulai 2021. Format tersebut
telah diluluskan dalam Mesyuarat Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
KSSM Lukisan Kejuruteraan bermatlamat untuk menyediakan murid dengan
asas ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang kejuruteraan
sebagai usaha ke arah melahirkan jurutera yang boleh menjana idea kreatif
dan bijak membuat keputusan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global
untuk menyumbang kepada mencapai matlamat negara maju yang lestari.
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) LUKISAN KEJURUTERAAN
KSSM Lukisan Kejuruteraan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti
yang berikut:
OM1 : Memperihalkan lukisan kejuruteraan melalui ilustrasi dengan
mematuhi piawai yang ditetapkan.
OM2 : Menghasilkan lukisan kejuruteraan dengan kaedah konvensional dan
terbantu komputer.
TERHAD 6
TERHAD
OM3 : Mengaplikasi lukisan kejuruteraan sebagai medium komunikasi
untuk menyampaikan idea dan maklumat secara grafik dalam bidang
kejuruteraan, teknologi dan perindustrian.
OM4 : Menyedari kepentingan lukisan kejuruteraan dalam bidang
kejuruteraan.
OM5 : Menghasilkan rekabentuk projek dalam bentuk lukisan kejuruteraan
3 dimensi (3D) yang lengkap sebagai penyelesaian masalah dalam
kejuruteraan.
OM6 : Mengamalkan nilai dan etika kerja melukis yang baik dan mengikut
kriteria yang ditetapkan dalam kerja lukisan kejuruteraan.
Sumber: DSKP MPET Lukisan Kejuruteraan 2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN
Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Lukisan
Kejuruteraan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan:
OP1 : Mengingat dan memahami
Mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang kepiawaian dan kaedah.
OP2 : Kemahiran mengaplikasi
Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran melibatkan kepiawaian dan kaedah pembinaan
untuk menghasilkan lukisan secara konvensional atau terbantu
komputer sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan
idea dan maklumat secara grafik dalam bidang kejuruteraan.
OP3 : Kemahiran mencipta
Mengukur keupayaan menjana idea dengan menggunakan pemikiran
yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah melalui kerja
projek.
TERHAD 7
TERHAD
OP4 : Nilai
Mempamerkan nilai dan etika kerja melukis yang baik mengikut aspek
kejurupelanan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan serta
menyedari kepentingannya dalam bidang kejuruteraan bagi melahirkan
modal insan yang seimbang.
7.0 KONSTRUK YANG DITAKSIR
7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (3759/1):
KEBOLEHAN INTELEKTUAL & KEMAHIRAN
A: Mengaplikasi
(Application)
Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (3759/2):
7.2.1 Kemahiran Mengaplikasi
7.2.2 Kemahiran Mencipta
7.2.3 Nilai
TERHAD 8
TERHAD
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:
8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah.
8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana.
8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi.
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
9.1 Pentaksiran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan menggunakan dua instrumen:
9.1.1 Kertas 1 (3759/1)
Kertas 1 berbentuk ujian bertulis
9.1.2 Kertas 2 (3759/2)
Kertas 2 berbentuk kerja kursus
TERHAD 9
TERHAD
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN
LUKISAN KEJURUTERAAN (3759)
Bil. Perkara Kertas 1 (3759/1) Kertas 2 (3759/2)
1 Jenis Instrumen Ujian bertulis Kerja kursus
2
Jenis Item
Bahagian A
• Respon terhad
(Geometri satah)
Bahagian B
• Respon terhad
(Geometri bongkah dan
lukisan berkaitan)
Tugasan
3
Bilangan Soalan
Bahagian A
3 soalan (Jawab semua)
Bahagian B
5 soalan (Jawab semua)
1 Tugasan
4
Jumlah Markah
Bahagian A
30 markah
Bahagian B
70 markah
Jumlah = 100 markah
100 markah
5 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit Tingkatan 5: April - Jun
6 Wajaran 70% 30%
7
Konstruk
• Mengingat
• Memahami
• Kemahiran Mengaplikasi
• Mengingat
• Memahami
• Kemahiran mengaplikasi
• Kemahiran mencipta
• Nilai
8 Cakupan Konteks Semua kandungan standard pembelajaran tingkatan 4 dan 5
9 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
10 Kaedah pemarkahan Analitik Rubrik pemarkahan
TERHAD 10
TERHAD
11
Alatan
tambahan
Papan lukisan A3, sesiku T,
sesiku set, lengkung perancis,
jangka lukis
Papan lukisan A3, sesiku T,
sesiku set, lengkung perancis,
jangka lukis, kertas bersaiz A3
dan A4, komputer, perisian
AutoCAD, pencetak A3 dan
CDR-W
10.0 KERTAS SOALAN CONTOH
10.1 Kertas soalan contoh ialah instrumen yang dibekalkan bertujuan memberi idea
kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan
pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. Lihat
Lampiran 1.
10.2 Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah mengikut spesifikasi ujian
tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
TERHAD 11
TERHAD
13
2
Lampiran 1
SULIT 3759/1
NO. KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Maklumat untuk calon
1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada petak yang disediakan.
2. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
3. Jawab semua soalan.
4. Jawapan mesti dilukis dengan pensel di ruang yang disediakan pada kertas peperiksaan
ini.
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/1 Kertas 1 Nov./Dis.
21_ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa :
Bahagian Markah Penuh
Markah Diperoleh
A
Soalan 1 7
Soalan 2 8
Soalan 3 15
B
Soalan 4 10
Soalan 5 10
Soalan 6 15
Soalan 7 15
Soalan 8 20
Jumlah 100
Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 9 halaman tidak bercetak
5. Anda dinasihati supaya menceraikan setiap helaian kertas peperiksaan sebelum
menjawab.
6. Semua unjuran ortografik dilukis dalam unjuran sudut ketiga.
7. Semua ukuran dalam milimeter.
8. Jawapan mesti dilukis mengikut saiz penuh kecuali dinyatakan berlainan.
9. Hanya kaedah geometri boleh digunakan dan semua garisan mesti dilukis jelas.
Garisan binaan tidak perlu ditunjukkan bagi garisan selari, garisan serenjang dan
garisan condong yang dilukis dengan bantuan sesiku set dan sesiku T.
10. Jawapan tidak perlu didimensikan.
11. Markah akan diberi bagi kefahaman konsep, kaedah yang betul dan kejituan jawapan.
12. Pastikan anda mengikat kesemua helaian kertas peperiksaan sebelum menyerahkannya
kepada pengawas peperiksaan.
[Lihat halaman sebelah 3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
TERHAD 12
TERHAD
SULIT 2 3759/1
Bahagian A
(30 markah)
Jawab semua soalan
Masa yang dicadangkan : 45 minit
1
Rajah 1 menunjukkan segi tiga ABC dengan sudut puncak 60°.
Dengan menggunakan kaedah geometri:
1. Bina segi tiga pada tapak AC mengikut saiz penuh.
11. Lukis segi empat sama yang sama luas dengan segi tiga itu.
[7 markah]
+ A
+ C
A
Rajah 1
B
C
,l.O.._
11
L ANGKA GILIRAN: NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat halaman sebelah
SULIT
TERHAD 13
TERHAD
+ +
SULIT 3 3759/1
2 Rajah 2 menunjukkan garisan AB.
1. Bina heksagon sekata pada garisan AB.
11. Besarkan heksagon tersebut dengan nisb ah sisi 4:3.
[8 markah]
A B
Rajah 2
L
ANGKA GILIRAN:
3759/1 © 20XX Bak Cipta Kerajaan Malaysia
NO. KAD PENGENALAN : SUIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sebelah
SULIT
11
TERHAD 14
TERHAD
SULIT 4 3759/1
3 Rajah 3 menunjukkan satu pencontoh ABCDEFGHIJ.
J, I dan H adalah titik-titik tangen. IJ adalah garisan tangen.
G adalah pusat bagi suku elips. CDEFG adalah sebuah oktagon sekata.
Lukis pencontoh itu mengikut saiz penuh dengan menggunakan kaedah geometri.
[15 markah]
G I C I B
0 L!)
A
88 J Rajah 3
Suku elips
paksi major 160mm
11
111
IV
V
Vl
Vll
ANGKA GILIRAN :
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sebelah
SULIT
t
TERHAD 15
TERHAD
SULIT 5 3759/1
Bahagian B
(70 markah)
Jawab semua soalan
Masa yang dicadangkan : 1 jam 45 minit
4 Rajah 4 menunjukkan pandangan hadapan bagi Objek A.
Lukis pandangan atas dan pandangan sisi bagi bongkah itu dengan lengkap.
Semua unjuran dan garisan terlindung perlu ditunjukkan.
[10 markah]
Objek A
Rajah 4
ANGKA GILIRAN :
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN:
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX
3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sebelah
SULIT
11
111
IV
L
TERHAD 16
TERHAD
SULIT 6 3759/1
5 Rajah 5 menunjukkan pandangan atas dan hadapan
bagi sebuah objek persilangan di antara prisma dan kon.
Dengan menggunakan kaedah pandangan pinggir,
lengkapkan garisan persilangan pada pandangan hadapan itu.
Butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan.
[10 markah]
I \
I \
Rajah 5
ANGKA GILIRAN :
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN:
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX
3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sebelah
SULIT
11
111
IV
L
TERHAD 17
TERHAD
SULIT 7 3759/1
6 Rajah 6 menunjukkan dua pandangan ortografik bagi Objek B.
Unjurkan pandangan tambahan pada satah XY.
Butiran terlindung tidak perlu dilukis.
[15 markah]
X
y
ObjekB
11
111
lV
Rajah 6
ANGKA GILIRAN:
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sebelah
SULIT
TERHAD 18
TERHAD
SULIT 8 3759/1
7 Rajah 7 menunjukkan pandangan atas dan hadapan
bagi objek gabungan di antara prisma dan silinder.
Lukis pengorakan penuh objek tersebut.
Butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan.
[15 markah]
+
I
I K/K'
K
K'
Rajah 7
ANGKA GILIRAN :
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
[Lihat halaman sehelah
SULIT
11
111
TERHAD 19
TERHAD
SULIT 9 3759/1
8 Rajah 8 menunjukkan pandangan atas dan pandangan sisi kanan bagi Objek C.
i. Lukis pandangan keratan pada pandangan hadapan berdasarkan satah pemotongan A-A.
ii. Dimensi pandangan atas bagi dimensi jejarian, kelebaran dan kedalaman mengikut sistem ekaarah.
[20 markah]
A
t
I
L 1
- 1 1
1
I I
I I I
I
-+1-
I
1-,_J 1
1 I
I I
I I
_ _LI --+ I I I I I I
+-_L_-
Rajah 8
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
ANGKA GILIRAN :
3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia
NO.KADPENGENALAN: SUIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN
SULIT
11
I
TERHAD 20
TERHAD
11.0 TUGASAN KERJA KURSUS CONTOH
11.1 Tugasan kerja kursus contoh ialah instrumen yang dibekalkan bertujuan memberi
panduan kepada Pentaksir tentang pelaksanaan pentaksiran kerja kursus yang akan
dijalankan dari April hingga Jun Tingkatan Lima tahun semasa. Lihat Lampiran 2
11.2 Instrumen ini dibina mengikut standard pembelajaran dan kriteria penilaian yang
telah ditetapkan.
TERHAD 21
TERHAD
3759/2 1
TERHAD
Lampiran 2
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2 Kertas 2 April 20XX - Jun 20XX
3 Bulan Tiga bulan
1. Kertas ini mengandungi satu tugasan.
2. Calon dikehendaki untuk memahami dan mengkaji tugasan ini dengan teliti sebelum memulakannya.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tugasan yang diberikan secara individu.
4. Calon dikehendaki melengkapkan tugasan amali ini mengikut masa yang ditetapkan. Tiada masa tambahan diberikan.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah
3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 22
TERHAD
TERHAD 2 3759/2
TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT
MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
TAHUN 20XX
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
1.1 Tugasan Pentaksiran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan WAJIB dilaksanakan oleh semua calon Tingkatan 5.
1.2 Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu bermula April hingga Jun tahun semasa.
1.3 Tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dalam waktu PdPc.
1.4 Semua tugasan hendaklah dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan.
1.5 Tugasan dilaksanakan secara individu.
1.6 Hasil tugasan mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
1.7 Tugasan hendaklah dihantar untuk mendapatkan pengesahan guru pada setiap peringkat.
1.8 Semua hasil tugasan softcopy (CD-RW) dan hardcopy (kertas A3) perlu
dimasukkan ke dalam fail kerja kursus calon dan diserahkan kepada guru untuk disimpan.
3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 23
TERHAD
TERHAD 3 3759/2
2.0 TUGASAN
Tema: Tempat Penyimpanan Barang Peribadi
Setiap hari kita menghadapi masalah untuk menyimpan barangan keperluan peribadi sama ada di bilik mandi atau di bilik tidur. Ini akan menyebabkan keadaan menjadi tidak teratur dan kemas.
Anda dikehendaki menghasilkan sebuah reka bentuk tempat penyimpanan barang yang praktikal dan menarik bagi menyelesaikan masalah di atas. Reka bentuk hendaklah mematuhi spesifikasi seperti berikut:
Bil. Spesifikasi Butiran
1
Reka bentuk
• Reka bentuk yang praktikal
• Reka bentuk yang menarik
• Mempunyai sekurang-kurangnya tiga ruang
• Mempunyai ciri-ciri tambahan
• Kemas
2 Saiz • Ukuran berskala (maksimum 80 cm x 30 cm x 60 cm)
3 Fungsi • Boleh berfungsi dalam Lukisan 3D
TUGASAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah
3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD