Download - Garispanduan Penilaian Pelaksanaan PTI
1
uG’s
Lampiran kepada surat Ketua Pengarah JPS Ruj : 30 BAP 3/2 Jld.3
Tarikh : 21 Januari 2011
GARISPANDUAN PENILAIAN
PELAKSANAAN INOVASI
JPS MALAYSIA
Disediakan oleh: Bahagian Audit Prestasi
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 2
uG’s
KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT
PENGENALAN 3
PELAN TINDAKAN INOVASI 4
PELAN TINDAKAN SPESIFIK UNTUK TINDAKAN JPS BAHAGIAN & NEGERI 5
Tindakan No. 1 : Pusat Sumber Inovasi 6
Tindakan No. 2 : Penandaarasan 7
Tindakan No. 3 : Sembang-Sembang Inovasi 8
Tindakan No. 4 : Pengurusan Idea (Bank Idea) 9
Tindakan No. 5 : Anjung Kreatif 10
Tindakan No. 6 : Minggu Kreativiti 11
Tindakan No. 7 :Kumpulan Inovatif & Kreatif 12
Tindakan No. 8 : Cabaran Inovasi JPS 12
Tindakan No. 9 : Anugerah Khas Inovasi 12
PELAN TINDAKAN SPESIFIK UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN AUDIT PRESTASI 13
Tindakan No. 10 : Hari Inovasi JPS Malaysia 14
Tindakan No. 11 : Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi JPS Malaysia 14
Tindakan No. 12 : Anugerah Pencetus Idea 14
Tindakan No. 13 : Anugerah KIK Peringkat JPS 15
Tindakan No. 14 : E-Buletin JPS 15
Tindakan No. 15 : Facebook Inovasi (1JPS) 15
Tindakan No. 16 : Penghasilan Artikel dalam Jurnal JPS 16
Tindakan No. 17 : Bank Inovasi JPS 16
Tindakan No. 18 : Media Massa 16
PENUTUP 17
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 3
uG’s
PENGENALAN
Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia telah dibangunkan di JPS
sebagai satu pendekatan terancang dan bersistematik dalam
melaksanakan dan meningkatkan pembudayaan inovasi di JPS
Malaysia selaras dengan arahan Y.A.B Perdana Menteri dalam
agenda transformasi negara. Bagi merealisasikan matlamat
tersebut, Ketua Pengarah telah menetapkan untuk semua
Pengarah Bahagian serta Pengarah Negeri mencapai sekurang-
kurangnya 80% markah bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi
dalam Sasaran Kerja Tahunan masing-masing.
Selaras dengan sasaran jabatan untuk menggalakkan amalan-
amalan inovatif dan kreatif, Bahagian Audit Prestasi telah
menyediakan PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI DI JPS seperti di
lampiran yang menerangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil
oleh semua Pengarah bagi menggalakkan budaya inovasi dan
kreativiti secara menyeluruh.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 4
uG’s
PELAN TINDAKAN INOVASI
Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia terbahagi kepada 5 elemen utama dengan objektif-objektif
setiap satunya diterangkan seperti berikut:
Elemen 1 : Pengurusan Ilmu dan Organisasi Pembelajaran Objektif :
1. Memupuk budaya perkongsian ilmu merentasi organisasi. 2. Menjana Idea Kreatif & menghasilkan inovasi 3. Menjalankan penandaarasan amalan terbaik dengan agensi dalam / luar negara.
Elemen 2 : Pengurusan Idea Objektif :
1. Mewujudkan platform untuk memberi cadangan/komen/idea dari warga JPS / Pelanggan / Stakeholders.
2. Menguruskan idea daripada warga JPS & Pelanggan
Elemen 3 : Program Kesedaran & Promosi Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran tentang perlunya pendekatan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan.
2. Mempromosikan hasil inovasi yang dilaksanakan
Elemen 4 : Kumpulan Inovatif & Kreatif Objektif : 1. Melaksanakan Inovasi dengan menghalusi cadangan/komen/idea dari warga/pelanggan 2. KIK dengan Menyemai semangat “espirit de corps” / “comradeship” 3. Menghasilkan inovasi berimpak tinggi. 4. Mewujudkan persaingan sihat dikalangan warga untuk penghasilan inovasi
Elemen 5 : Pengiktirafan Objektif : Memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang berjaya.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 5
uG’s
PELAN TINDAKAN SPESIFIK
UNTUK TINDAKAN
BAHAGIAN & NEGERI
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 6
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
TUJUAN
Tujuan panduan ini adalah untuk membantu Pengarah-pengarah JPS Bahagian dan
Negeri merancang dan melaksanakan 7 tindakan aktiviti-aktiviti bercirikan inovatif dan
kreatif di pejabat masing-masing.
GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN AKTIVITI-AKTIVITI PENINGKATAN KREATIVITI DAN INOVASI Bagi mewujudkan satu budaya kerja yang berteraskan kecemerlangan dan inovasi di kalangan semua warga, beberapa aktiviti hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi. Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti berikut:
Penerangan
Pusat Sumber Inovasi merupakan satu pusat simpanan atau rujukan secara maya, yang boleh digunakan oleh semua warga untuk semua bahan dan pekakasan berkaitan inovasi seperti video, artikel, website. Maklumat-maklumat yang disimpan merupakan sumbangan yang diberikan dari setiap pejabat JPS Bahagian dan Negeri.
KPI 4 sumbangan / tahun
Rating Sasaran
BT < 4 sumbangan
OT 4 sumbangan
ET > 4 sumbangan
Tempoh Pelaksanaan
Setiap suku tahun : Q1 (Jan – Mac), Q2 (Apr – Jun), Q3 (Jul - Sep), Q4 (Okt – Dis)
Pelaksana Semua JPS Bahagian dan JPS Negeri
TINDAKAN NO. 1 : PUSAT SUMBER INOVASI
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 7
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan
Penandaarasan merupakan satu proses yang bersistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan. Pelaksanaan Penandaarasan perlu dilaksanakan selaras dengan PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1999, Jabatan Perdana Menteri , Julai 1999.
KPI Penandaarasan 16 bidang utama / Tahun -> 1 Bahagian / 1 Bisnes Utama
Rating Sasaran
BT
Kenalpasti bisnes utama ditandaaras.
Kenalpasti rakan ditandaaras.
Laksana analisis jurang.
OT Mewujudkan Pelan Tindakan
Penandaarasan.
ET Kaji semula Penandaarasan.
Tempoh Pelaksanaan
Januari – Disember
Pelaksana Semua JPS Bahagian sahaja.
TINDAKAN NO. 2 : PENANDAARASAN
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 8
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Sembang-sembang inovasi merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh setiap pejabat, sebagai platform perkongsian maklumat ataupun taklimat kesedaran/galakan dengan melibatkan setiap warga pejabatnya dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan I dan Sokongan II. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut dan tidak terhad kepada; Taklimat/seminar/forum dengan individu/agensi yang berkepakaran dalam bidang inovasi.
KPI 4 sesi / tahun
Rating Sasaran
Pelaksanaan Jenis aktiviti Penglibatan
BT < 4 sesi < 4 aktiviti Satu kumpulan sahaja
OT 4 sesi 4 aktiviti Dua kumpulan sahaja
ET > 4 sesi > 4 aktiviti Menyeluruh
Tempoh Pelaksanaan
Setiap suku tahun : Q1 (Jan – Mac), Q2 (Apr – Jun), Q3 (Jul - Sep), Q4 (Okt – Dis)
Pelaksana Semua JPS Bahagian dan JPS Negeri
TINDAKAN NO. 3 : SEMBANG-SEMBANG INOVASI
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 9
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Pengurusan Idea merupakan satu sistem pangkalan data yang dibangunkan untuk mempermudahkan warga dalaman atau pun orang luar menyumbangkan idea/cadangan mereka untuk jabatan. Idea / cadangan yang baik mungkin akan digunapakai untuk jabatan.
PELAKSANA : KPI
JPS Bahagian : 1 idea / bulan
Rating Sasaran
Sumbangan Penglibatan
BT < 1 idea / bulan Satu kumpulan sahaja
OT 1 idea / bulan Dua kumpulan sahaja
ET > 1 idea / bulan Menyeluruh
JPS Negeri : 2 idea / bulan
Rating Sasaran
Sumbangan Penglibatan
BT < 2 idea / bulan Satu kumpulan sahaja
OT 2 idea / bulan Dua kumpulan sahaja
ET > 2 idea / bulan Menyeluruh
Tempoh Pelaksanaan
Sepanjang tahun
TINDAKAN NO. 4 : PENGURUSAN IDEA (BANK IDEA)
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 10
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Anjung kreatif merupakan satu sudut atau ruang yang diwujudkan oleh setiap pejabat bagi mempamerkan sebarang aktiviti inovasi ataupun sebarang seni kreatif yang dilaksanakan dengan melibatkan setiap warga pejabatnya dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan I dan Sokongan II dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Rekod Anjung Kreatif perlu disediakan untuk mencatatkan maklumat pengemaskinian. Pemantauan akan dijalankan secara mengejut setiap suku tahun.
KPI 1 ruang dikemaskini dari semasa ke semasa / tahun
Rating Sasaran
Pelaksanaan Jenis kreativiti Penglibatan
BT Ada. < 3 kreativiti Satu kumpulan
sahaja
OT
Ada dan
dikemaskini
setiapkali
pemantauan.
3 kreativiti Dua kumpulan
sahaja
ET
Ada dan
dikemaskini
melebihi
pemantauan.
> 3 kreativiti Menyeluruh
Tempoh Pelaksanaan
Januari – Disember
Pelaksana JPS Bahagian dan JPS Negeri
TINDAKAN NO. 5 : ANJUNG KREATIF
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 11
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Minggu Kreativiti merupakan satu majlis yang perlu diadakan oleh JPS Negeri bagi tujuan memberikan kesedaran kepada warga jabatan seluruh negeri mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti. Selain itu, bagi tujuan mempromosi produk-produk yang telah dihasilkan kepada warga juga orang ramai. Aktiviti majlis yang disediakan mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
KPI 1 minggu / tahun
Rating
Sasaran
Pelaksanaan Penglibatan
Luar
Penglibatan
Dalaman
BT < 3 aktiviti JPS sahaja. Satu kumpulan
sahaja
OT 3 aktiviti
JPS dan agensi
luar ATAU
orang awam.
Dua kumpulan
sahaja
ET > 3 aktiviti
JPS, agensi luar
DAN orang
awam.
Menyeluruh
Tempoh Pelaksanaan
Januari – Disember
Pelaksana JPS Negeri sahaja.
TINDAKAN NO. 6 : MINGGU KREATIVITI
BT : Below Target (Kurang dari sasaran) OT : On Target (Mencapai sasaran) ET : Exceed Target (Melepasi sasaran)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 12
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan untuk menhasilkan produk atau perkhidmatan inovatif dengan menjalankan penambahbaikkan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti untuk jabatan. Setiap KIK yang ditubuhkan akan menyertai Konvensyen KIK yang akan diadakan pada Oktober setiap tahun. Pelaksanaan KIK berpandukan PANDUAN MENGENAI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF, Jabatan Perdana Menteri 1 November 2009.
KPI 15 KIK / Tahun -> 1KIK / Negeri / Tahun (minima)
Tempoh Pelaksanaan
Januari – November
Pelaksana JPS Negeri : Diwajibkan. JPS Bahagian : Digalakkan
Penerangan Cabaran inovasi JPS merupakan aktiviti penghasilan produk atau perkhidmatan inovasi yang dihasilkan TANPA melalui proses KIK. Ia terbuka kepada individu mahupun berkumpulan. Sekiranya ada penyertaan dari warga, Pertandingan Cabaran Inovasi JPS akan diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.
KPI 16 penyertaan / Tahun -> 1 penyertaan / Bahagian / Tahun (minima)
Tempoh Pelaksanaan
Januari – Disember
Pelaksana JPS Bahagian : Diwajibkan. JPS Negeri : Digalakkan.
Penerangan Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah dicalonkan oleh Pengarah Bahagian dan Negeri dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemandu Inovasi di atas khidmat bakti calon menghasilkan produk atau perkhidmatan inovatif yang bermanfaat untuk jabatan.
KPI Tidak diwajibkan.
Tempoh Pelaksanaan
Julai – Disember
Pelaksana JPS Bahagian dan JPS Negeri
TINDAKAN NO. 7 : KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
TINDAKAN NO. 8 : CABARAN INOVASI JPS
TINDAKAN NO. 9 : ANUGERAH KHAS INOVASI
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 13
uG’s
PELAN TINDAKAN SPESIFIK
UNTUK TINDAKAN
BAHAGIAN AUDIT PRESTASI
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 14
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Hari Inovasi merupakan satu majlis yang diadakan bagi meraikan keberhasilan inovasi di JPS Malaysia dengan memberikan penganugerahan kepada individu, kumpulan dan pejabat yang telah melaksanakan inovasi.
KPI 1 Majlis / Tahun
Tempoh Pelaksanaan
November
Pelaksana Bahagian Audit Prestasi
Penerangan Anugerah ini akan diberikan kepada pejabat-pejabat yang telah menjayakan dan melaksanakan kesemua 11 Tindakan Pelaksanaan Inovasi dengan cemerlang. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu: i. Peneraju Pembudayaan Inovasi JPS Peringkat Bahagian ii. Peneraju Pembudayaan Inovasi JPS Peringkat Negeri.
KPI 2 Anugerah / tahun
Tempoh pelaksanaan
November
Pelaksana Bahagian Audit Prestasi
Penerangan Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah memberikan banyak sumbangan idea bernas ke Bank Idea JPS. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu : i. Anugerah Pencetus Idea JPS , untuk warga JPS ii. Anugerah Pencetus Idea JPS, untuk orang awam
KPI 2 Anugerah / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Januari – Disember
Pelaksana Bahagian Audit Prestasi
TINDAKAN NO. 10 : HARI INOVASI JPS MALAYSIA
TINDAKAN NO.11 : ANUGERAH PENERAJU PEMBUDAYAAN INOVASI JPS
MALAYSIA
TINDAKAN NO. 12 : ANUGERAH PENCETUS IDEA JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 15
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
penerangan Anugerah ini diberikan kepada Kumpulan KIK yang telah berjaya dalam Konvensyen KIK. Anugerah ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. KIK kategori Teknikal ii. KIK Kategori Bukan Teknikal iii. KIK KategoriBersama Swasta
KPI 3 Anugerah / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Konvesyen KIK (Oktober setiap tahun)
Pelaksana Bahagian Audit Prestasi.
Penerangan Facebook Inovasi merupakan satu ruang yang akan diwujudkan dari Facebook 1JPS sediaada untuk membolehkan semua pejabat menguar-uarkan aktiviti pejabat masing-masing untuk makluman umum.
KPI -
Tempoh Pelaksanaan
Januari - Disember
Pelaksana Memberi maklumat : Semua warga / JPS Bahagian / JPS Negeri Moderator : Bahagian Audit Prestasi
Penerangan E-buletin JPS disediakan secara maya bagi melaporkan aktiviti-aktiviti inovasi yang dilaksanakan oleh JPS seluruh Malaysia.
KPI 4 e-buletin / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Setiap suku tahun : Q1 (Jan – Mac), Q2 (Apr – Jun), Q3 (Jul - Sep), Q4 (Okt – Dis)
Pelaksana Sumbangan berita : JPS Bahagian & JPS Negeri Buletin : Bahagian Audit Prestasi
TINDAKAN NO. 13 : ANUGERAH KIK PERINGKAT JPS
TINDAKAN NO. 14 : E-BULETIN INOVASI
TINDAKAN NO.15 : FACEBOOK INOVASI (1JPS)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 16
uG’s
PANDUAN PELAKSANAAN INOVASI
Penerangan Artikel Inovasi merupakan satu laporan inovasi terbaik yang dihasilkan oleh JPS Bahagian atau Negeri dan dimuatkan sebagai artikel dalam Jurnal JPS yang dihasilkan oleh HTC KL.
KPI 1 artikel / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Januari - November
Pelaksana Penyediaan artikel : JPS Bahagian dan JPS Negeri . Moderator : Bahagian Audit Prestasi.
Penerangan Bank Inovasi JPS merupakan satu sistem pangkalan data yang dibangunkan secara maya untuk menyimpan semua laporan yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Cabaran Inovasi JPS. Bank Inovasi JPS ini boleh dicapai melalui laman web JPS.
KPI 30 laporan / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Januari - November
Pelaksana Penyediaan laproan : JPS Bahagian dan JPS Negeri. Moderator : Bahagian Audit Prestasi.
Penerangan Media Massa merupakan salah satu cara memperkenalkan hasil inovasi JPS Inovatif kepada orang awam melalui wawancara di televisyen, radio atau akhbar.
KPI 1 sesi / tahun
Tempoh Pelaksanaan
Januari - November
Pelaksana Bahagian Audit Prestasi
TINDAKAN NO. 16 : PENGHASILAN ARTIKEL DALAM JURNAL JPS
TINDAKAN NO. 17 : BANK INOVASI JPS
TINDAKAN NO. 18 : MEDIA MASSA
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi 17
uG’s
Panduan Pelaksanaan Inovasi yang disediakan ini memberi kemudahan kepada semua warga JPS
seluruh Malaysia untuk menjayakan dan menerapkan pembudayaan inovasi dalam melaksanakan
tugas harian bagi tujuan penambahbaikkan penyampaian perkhidmatan JPS Malaysia kepada
pelanggan.
Bahagian Audit Prestasi
Efisyen – Ekonomi – Efektif
PENUTUP