Download - Gotong-royong Sekolah
LaporanGotong-Royong Sekolahku Indah
Peringkat Sekolah 2014
Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SK Taman Tasik Jaya
Anjuran : Guru PPG Ambilan Februari 2012, Institut Perguruan Raja Melewar Dengan Kerjasama Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, Seremban..
Aktiviti : Mengecat dan menyusun semula pasu-pasu bunga di hadapan tapak tapak perhimpunan
Buku Program : Seperti yang disertakan.
Atur cara Program : Seperti yang disertakan
Peserta : 7 orang murid dan 6 orang guru PPG
M.Ariff Aiman M.Izz Daniel M.Hazim Muaz Farhan Shah
Nurul Nadiah Alieya Qistina Batrisyia
Peserta murid
1
Peserta Guru
En.Zulkifli Azalan Pn.Norzalilah Abd Samad Pn,Norhayati Abdullah
Pn.Norsalina Sarif Pn.Noesazlina Mohd Ali Pn.Shaina Rais
Banner untuk program yang dijalankan
Alhamdulillah program yang telah dirancang awal telah dapat dilaksanakan seperti tarikh
dan masa yang tertera di atas. Program bermula seawal jam 7.30 pagi di mana murid-
murid dan guru-guru mendaftar sebagai peserta. Pendaftaran peserta telah diuruskan
oleh 2 orang AJK yang terlibat.
2
.
Suasana semasa pendaftaran peserta.
Peserta memberi sepenuh
perhatian semasa mendengar taklimat ringkas
sebelum memulakan aktiviti.
Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti
yang hendak dijalankan. Guru mengingatkan tentang keselamatan dan kebersihan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Mereka juga diingatkan agar sentiasa
mendengar arahan guru agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Kami amat berbesar hati kerana Guru Besar dan pengerusi PIBG sekolah dapat
hadir melihat aktiviti yang dijalankan. Beliau mengucapkan tahniah kerana program ini
berjaya dijalankan pada tarikh yang dipilih sambil mengingatkan tentang faktor
keselamatan dan kebersihan yang perlu diambil berat semasa aktiviti dijalankan.
3
En Zulkifli B Azalan sedang menerangkan sesuatu kepada Guru Besar
.
4
Setelah mendapat penerangan daripada AJK yang terlibat, semua peserta
mengambil tempat dan bahagian masing-masing. Kelihatan mereka amat seronok
menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan. Tanah di dalam pasu-pasu bunga
digemburkan terlebih dahulu sebelum pasunya dicat.
5
Murid menunjukkan semangat bekerjasama
.
Guru dan murid mengecat pasu sambil beramah mesra.
6
.
Sebahagian besar pasu-pasu bunga telah siap dicat
Pada pukul 10.30 pagi murid-murid dan guru-guru berhenti mengecat untuk
berehat sebentar sambil menikmati minum pagi yang telah disediakan di kantin. Murid
kelihatan berselera menjamu selera kerana telah penat bekerja.
Guru dan murid-murid sedang menikmati minum pagi.
Kira-kira pukul 11.00 pagi , kami sepatutnya meneruskan aktiviti mengecat pasu
tetapi terpaksa dihentikan sementara kerana hujan yang lebat. Sementara menunggu
hujan berhenti, murid-murid berbual sesama mereka dan ada yang menikmati suasana
hujan tersebut.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, kami dikunjungi oleh pensyarah yang
memantau perjalanan aktiviti iaitu En.Jamhari bin Saari dengan ditemani rakan sejawat
beliau En Awang Abdullah bin Yaakob.. Kami rasa berbesar hati kerana beliau dapat
hadir walaupun ketika itu masih lagi dalam keadaan hujan yang lebat. Dalam kunjungan
7
itu beliau berkesempatan berjumpa dengan Guru Besar SKTTJ ,Tuan Haji Zolkiply b.
Omar dan Pengerusi PIBG SKTTJ yang kebetulan baru sahaja selesai menghadiri
mesyuaran AJK PIBG sekolah. Dalam kunjungan, beliau juga memberi pandangan dan
komentar yang positif terhadap program yang sedang dijalankan. Kami juga sempat
beramah mesra dengan pensyarah-pensyarah yang hadir pagi itu. Terima kasih untuk
mereka.
En Jamhari sempat berbual dengan Guru Besar dan Pengerusi PIBG SKTTJ
Guru-guru sempat beramah-mesradengan pensyarah yang hadir.
Atur cara program terpaksa diteruskan dengan rehat dan makan tengah hari kerana
jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Waktu ini hujan masih lagi turun dan kami
berharap slot selepas rehat dapat dijalankan seperti dalam jadual.
8
Suasana semasa makan tengah hari
Guru-guru dan murid-murid berehat sehingga pukul 2.00 petang. Kami
meneruskan aktiviti sekitar pukul 2.30 petang kerana ketika itu hujan telah berhenti dan
cuaca kembali cerah. Slot petang ini di bahagian hadapan surau sekolah. Pasu-pasu
yang basah dilap terlebih dahulu sebelum dicat.
Guru dan murid-murid meneruskan aktiviti mengecat pasu-pasu bunga di hadapan surau.
Guru dan murid-murid bertungkus-lumus menyiapkan kerja
9
Majlis Penutup
Kerja-kerja mengecat pasu pada kedua-dua bahagian yang telah
dicadangkan,dapat diselesaikan lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Setelah
mengemas, guru dan murid-murid dan guru-guru diberi minum petang. Setelah siap solat
kami semua berkumpul di kelas 4A untuk majlis penutup.
En. Mohd Rais b. Mois menyampaikan cenderahati kepada para peserta.
Pada majlis penutup,para peserta dihadiahi cenderahati sebagai ucapan terima
kasih kerana berjaya menjayakan program ini. Begitu juga kepada ketua unit 3K En.Mohd
Rais b Mois yang sudi hadir pada majlis tersebut.
Cenderahati diberikan kepada En Rais b. Mois sebagai ucapan terima kasih.
Acara penutup selesai dijalankan tepat jam 6.00 petang. Sebelum bersurai ,para
peserta sempat bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Bagi pihak AJK
program, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu
menjayakan program ini .
Para peserta bergambar sebagai kenang-kenangan.
10
DISEDIAKAN OLEH: TARIKH : 10 JUN 2014
……………………….….…. (NORHAYATI A BDULLAH)
11
Pemandangan sebelum dan sesudah pasu-pasu dicat dan disusun semula