Download - guru dan cabaran semasa
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Profesion Keguruan
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan
negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses
penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era
globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat
merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Oleh itu para guru hendaklah sentiasa
berusaha meningkatkan mutu profesionalisme keguruan.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di
dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik
pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan
integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang profesion dan
profesionalisme keguruan kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan
profesion, profesionalisme dan keguruan. Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga,
‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan
latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,
perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Manakala profesionalisme bermaksud sifat-
sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana
yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok
Song Sang(1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
telah ditetapkan oleh organisasinya.
Dari pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada
tinggi atau rendah adalah sama sahaja. Berjaya atau gagal seseorang guru itu dilihat
dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam membentuk dan
mendidik anak bangsanya.
1.2 Pengenalan Umum Kepimpinan
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti
bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan
membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti
“keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin,
daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).
Kepemimpinan atau leadership merupakan ilmu terapan dari ilmu-ilmu sosial,
sebab prinsip-prinsip dan rumusannya diharapkan dapat mendatangkan manfaat
bagi kesejahteraan manusia (Moejiono, 2002). Ada banyak pengertian yang
dikemukakan oleh para pakar menurut sudut pandang masing-masing, definisi-
definisi tersebut menunjukkan adanya beberapa kesamaan mengenai kepimpinan.
Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan
sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha
mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar
mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping
dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender
1960) dan (Halpin 1960).
Menurut Tead; Terry; Hoyt (dalam Kartono, 2003) Pengertian Kepemimpinan
iaitu kegiatan atau seni mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama yang
didasarkan pada kemampuan orang tersebut untuk membimbing orang lain dalam
mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan kelompok. Manakala Young (dalam Kartono,
2003) Pengertian Kepemimpinan iaitu bentuk dominasi yang didasari atas
kemampuan peribadi yang sanggup mendorong atau mengajak orang lain untuk
berbuat sesuatu yang berdasarkan penerimaan oleh kelompoknya, dan memiliki
keahlian khusus yang tepat bagi situasi yang khusus.
Gordon (1955) mengatakan kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara
individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan
ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi
ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu
sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu
pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” .
Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu
proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang
khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi
mencapai matlamat bersama” (Gribben 1972).
Dalam tulisannya “Leadership Dynamic”, Hollander (1978) mendefinasikan
kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan
pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih
bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan
pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai
matlamat bersama”.
“Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk
meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran
atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988).
Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas, maka dapatlah saya
rumuskan bahawa:
i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan
sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung
dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.
ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu
memiliki perancangan sendiri yang mantap.
iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan
matlamat, menyusun, mengarah dan menyelaras dan mengawal bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.
iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan
merupakan satu proses yang berterusan.
v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai
untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat
khusus.
vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong
orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan
keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan
bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan
dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang
pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi
negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.
Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk
mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat
merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan
kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat
dan berdedikasi.
2.0 TEORI - TEORI KEPIMPINAN
Rajah 1: Teori-teori Kepemimpinan
Teori Kepemimpinan Guru
Teori Pemimpin
Lelaki Agung
Teori Perhubungan
Manusia
Teori Kepimpinan
mengikut situasi
Teori Perlakuan
Teori Tret
Teori X dan Y
2.1 Teori Pemimpin Lelaki Agung ( The Great Man : 1840 )
Teori kepemimpinan The Great Man bermula sekitar pertengahan abad ke-19.
Teori ini mengadaikan bahawa ciri-ciri kepimpinan adalah bersifat intrinsik yang
bermakna pemimpin dilahirkan dan bukan dibina. Menurut teori ini semua pemimpin
sebenar memang telah ditakdirkan untuk menjadi pemimpin dan pemimpin ini akan
muncul apabila wujud situasi sosial yang memerlukan seorang pemmpin untuk
menyelesaikannya. Teori yang dipopularkan oleh seorang guru sejarah, Thomas
Carlyle, terhasil daripada inspirasi kajiannya terhadap kemunculan “hero”. Menurut
Carlyle, pemimpin merupakan individu yang telah dianugerahkan dengan ciri-ciri unik
yang dapat menarik perhatian orang ramai.
Kepimpinan awal sering dikaitkan dengan lelaki dan disebabkan hal inilah
maka teori ini dinamakan teori The Great Man. Setelah muncul beberapa pemimpin
yang terdiri daripada kaum wanita, teori ini disusun semula untuk menjadi teori
Manusia Agung ( The Great Person ).
Teori Kepemimpinan The Great Man menjelaskan bahawa sesetengah
manusia dilahirkan bersama kualiti yang mengasingkannya daripada orang biasa
dan tret ini yang membuatkan individu berkenaan berasa bertanggungjawab untuk
memiliki kuasa dan autoriti. Seorang pemimpin merupakan “hero” yang akan
mencapai matlamat yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Ia menggambarkan
bahawa individu yang mempunyai kuasa memang selayaknya menjadi pemimpin.
2.2 Teori Tret ( Trait Theory : 1930 an – 1940-an )
Teori kepemimpinan tret mempercayai bahawa kualiti-kualiti tret tertentu
sama ada dibina atau dilahirkan bersama, yang menyebabkan seseorang itu
terserlah dengan peranan sebagai pemimpin. Ini bermakna, kualiti seperti bijak, rasa
tanggungjawab, kreatif dan nilai-nilai lain telah meletakkan seseorang itu sebagai
pemimpin. Teori kepemimpinan Tret memfokuskan kepada menganalisis ciri-ciri
mental, fizikal dan sosial untuk mendapatkan kefahaman tentang apakah ciri-ciri atau
kombinasi ciri-ciri yang umum dalam kalangan pemimpin.
Asas kepada teori ini ialah ciri-ciri yang didapati pada kebanyakan pemimpin,
sama ada yang berjaya mahupun pemimpin yang gagal, dan ciri-ciri ini digunakan
untuk menjangkakan keberkesanan kepemimpinan. Senarai ciri-ciri tersebut
seterusnya dibandingkan dengan potensi kecenderungan pemimpin untuk berjaya
atau gagal.
Para cendekiawan yang menggunakan pendekatan tret untuk mengenalpasti
ciri-ciri :
Pemimpin yang berjaya, pasti mempunyai minat, kebolehan dan tret
personaliti yang berlainan daripada pemimpin yang kurang berjaya. Melalui banyak
kajian yang dilakukan dalam tiga dekad terakhir abad ke-20, satu set tret utama
pemimpin yang berjaya telah dikenalpasti. Tret-tret ini bukanlah menjadi penentu
kejayaan kepemimpinan tetapi dilihat sebagai prasyarat yang telah dikurniakan
kepada mereka yang berpotensi menjadi pemimpin.
2.3 Teori X dan Y
Diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap
manusia iaitu “Teori X” dan “Teori Y”. Menurut Razali Mat Zin (1966), teori X ialah
pendekatan `carrot and stick’. Teori X mengandaikan bahawa pekerja semula jadinya
malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali terpaksa, tidak punyai cita-cita
dan tidak mahu memikul akuantabiliti, tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan
matlamat organisasi dan hanya mahu bekerja kerana diransang oleh keperluan
psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.
Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan
bahawa kerja sebagai perkara semula jadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti
Fisiologi
Demografi
Personaliti
Intelek
Ciri berkaitan tugas dan sosial
bermain, bersukaria jika keadaan kerja itu baik. Akan tetapi mereka akan
menganggap kerja sebagai suatu bebanan jika pengalaman kerja pada masa lepas
tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan
akuantabiliti kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.
2.4 Teori Perhubungan Manusia
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi
kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin, boleh memberi
kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian telah
dijalankan oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini
dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang disukai oleh orang bawahan
Kesimpulannya, pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan
orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisas. Pemimpin yang
berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga
perhubungan baik dengan pengikutnya.
2.5 Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)
Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang
efektif yang mnegndungi hubungan antara gaya kepimpinan dengan situasi yang
menyenangkan. Terdapat 3 dimensi kesesuaian situasi iaitu ;
perhatian dan penekanan terhadap
tugas untuk mencapai matlamat organisasi
(task-orientation)
perhatian dan penekanan terhadap
perhubungan baik antara pemimpin dengan orang
bawahan (human relations orientation)
Tuntasnya, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur
tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini
menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan
keberkesanan.
Teori ini bermula dengan tanggapan bahawa keadaan yang berbeza
memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan.
Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan bukan sesuatu yang nyata dan boleh
diwujudkan tersendiri dengan bentuk yang sama tetapi ia bergantung kepada
beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan
mempengaruhi.
hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.
darjah struktur tugas iaitu sejauh mana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.
kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
2.6 Teori Perlakuan
Teori ini berhubungkait dengan kelakuan dan perlakuan yang boleh
mempengaruhi perhubungan kemanusiaan. Perlakuan pemimpin memberi kesan
terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugasan. Pelopor teori ini
telah mengenalpasti perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin
yang sangat mempengaruhi orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap
tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan
penekanan terhadapat perhubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahan
(human relations orientation)
Pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang
bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang
berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga
perhubungan baik dengan pengikutnya.
cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang bawahan; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan.
cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza-beza; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor penting sebelum membuat keputusan.
mempunyai pelbagai cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan.
pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilakan sesuatu tugasan dengan baik.
Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan kedua-
dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi.
Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab
berorientasikan pekerja atau tugas.
Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan
standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan sesama manusia dan
kebajikan pekerja kurang dititikberatkan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja
mendapat pujian dan popular tetapi mungkin kurang dari segi produktiviti dan kualiti.
Kesan perlakuan pemimpin iberdasarkan tanggungjawab berorientasikan tugas dan
orientasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan
mereka.
Fungsi dan Peranan
Pemimpin
menyelesaikan masalah
mengendalikan kumpulan pengikut
3.0PERBINCANGAN TUGASAN
Perbincangan akan difokuskan kepada beberapa aspek iaitu :
a) Corak kepimpinan di sekolah. (semasa praktikum dan program
internship)
b) Perkaitan corak kepimpinan dengan teori kepimpinan.
c) Analisis kerelevanan teori.
d) Cadangan penambahbaikan.
3.1 Corak kepimpinan di sekolah. (semasa praktikum dan programinternship)
Merujuk kepada pengalaman lalu ketika saya menjalankan praktikum dan
program internship di sekolah di sekitar besut, saya dapati ada beberapa corak atau
gaya kepemimpinan yang dipraktikkan oleh guru-guru terutamnya pihak pengurusan
atau pentadbiran sekolah, saya rumuskan gaya kepimpinan tersebut kepada 4
bahagian iaitu :
Berorientasikan arahan (Directive Leadership)
Berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)
Dalam penulisan ini, saya akan pecahkan setiap corak kepimpinan yang telah
saya senaraikan untuk dicerakinkan supaya jelas maksud dan perkaitannya dengan
pengalaman saya ketika praktikum dan internship.
3.1.1 Berorientasikan arahan (Directive Leadership)
Satu jenis pengajaran gaya pengurusan yang disifatkan oleh seorang
pemimpin yang memberitahu kakitangan bawahan apa yang sepatutnya mereka
lakukan dan bagaimana untuk melaksanakan tugas-tugas yang dijangkakan.
Semasa saya menjalankan praktikal di sekolah saya dapati guru besar
menggunakan corak kepimpinan ini di mana kakitangan bawahan mereka
mempunyai pekerjaan yang pelbagai dan kerana itu mereka memerlukan bimbingan
yang lebih banyak untuk mengelakkan ketidakpastian.
Guru besar akan memberikan arahan mengenai sesuatu tugasan serta
menerangkan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Guru Besar
juga turut memberikan arahan mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan
dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan
yang baik disampaikan kepada guru secara spesifik supaya guru mendapat
gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang
diberikan.
3.1.2 Berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)
Kepimpinan ini dikaitkan dengan cara-cara pengurusan yang menetapkan
matlamat yang mencabar, membantu dalam latihan, menekankan peningkatan, dan
menjangka tahap prestasi tertinggi. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan
suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Gaya kepimpinan ini dapat
diperhatikan semasa praktikum di sekolah. Guru besar sentiasa menitikberatkan cara
guru- guru bekerja dan sentiasa bertanyakan perkembangan setiap kerja dan
tugasan yang diberikan.
Di samping itu, pemimpin juga melayan pekerja tanpa berdasarkan status
sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini
mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja bermotivasi bagi melaksanakan
sesuatu tugasan. Hal ini dilihat apabila guru besar sentiasa bergaul dan berkongsi
pendapat dengan semua guru. Selain bergaul dengan para guru, guru besar juga
dilihat begitu mesra dengan pekerja- pekerja sekolah seperti pekebun dan juga
pengawal keselamatan.
4.0Perkaitan corak kepimpinan dengan teori kepimpinan.
Untuk perkaitan antara corak kepimpinan ini dengan teori kepimpinan, saya
merangkumkan dua corak kepimpinan iaitu corak kepimpinan berorientasikan arahan
(directive leadership) dan berorientasikan sokongan (supportive leadership) dengan
Teori Laluan Matlamat yang dipelopori oleh Martin G. Evans dan Robert House
pada tahun 1971. Saya memilih teori ini kerana ianya sangat bertepatan dengan
pengalaman yang saya perolehi ketika praktikum dan internship dan teori ini yang
paling banyak dipraktikkan oleh pihak pentadbiran sekolah dan termasuk juga
sekolah yang saya menjalani praktikum.
4.1 Corak kepimpinan berorientasikan arahan (directive leadership)
dengan Teori Laluan Matlamat.
Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada
pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan
menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga
turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga
penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik
disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran
awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan
Melihat kepada teori laluan matlamat,
4.2Corak kepimpinan berorientasikan sokongan (supportive leadership)
dengan Teori Laluan Matlamat
5.0ANALISIS TEORI
6.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setiap teori mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga
dengan teori yang dipilih iaitu teori perlakuan. Teori perlakuan ini juga mempunyai
kelebihan serta kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, ianya masih boleh dan perlu
ditambahbaik supaya segaris dengan konteks kepimpinan sekolah di Malaysia.
Bagi pendapat saya, teori perlakuan ini perlu penambahbaikkan kerana teori
ini perlu bersesuaian dengan peredaran zaman. Teori ini sesuai jika semua pihak
memberi kerjasama yang baik. Pemimpin perlu sedikit tegas sekiranya ingin
menggunakan teori perlakuan ini kerana teori ini boleh menyebabkan orang
bawahan berada dalam keadaan selesa. Ini mungkin disebabkan orang bawahan
berangapan pemimpin mereka terlalu baik dan akan mengambil kesempatan
terhadap kebaikan pemimpin mereka. Pemimpin juga harus sentiasa pantau
terhadap tugas pengikutnya agar mereka tidak leka dan melakukan tugas masing-
masing.
Selain itu, seorang pemimpin perlu memainkan peranan untuk menggalakkan
pelaksanaan sesuatu bidang kerja. Ia akan memotivasikan pekerja bawahannya
dengan memberikan sokongan dan ganjaran. Seorang pemimpin juga bukan
sekadar menyelia kerja-kerja pengikutnya tetapi turut memberikan bimbingan tentang
peranan mereka. Rasa yakin turut memainkan fakor penting yang boleh dicapai
melalui penjelasan tentang beban kerja kepada para pekerja, menjelaskan peranan
mereka dan membimbing mereka menggunakan garis panduan untuk mencapai
matlamat organisasi. Adalah penting juga bagi pemimpin untuk mendengar keluhan
masalah yang dihadapi oleh orang bahawan.
Guru besar juga perlu diberi khusus. Ini bertujuan memastikan guru besar
sentiasa bergerak serta bertindak sesuai dengan kehendak semasa yang sentiasa
berubah. Ini membolehkan guru besar sentiasa mengambil keputusan yang bijak
dalam setiap mesyuarat yang dijalankan. Selain itu, dengan khusus yang diberi, guru
besar juga boleh berkongsi idea dengan guru-guru besar lain dari segi idea,
kepimpinan, gaya pentadbiran dan lain-lain lagi. Perkongsian ini akan menambah
pengetahuan guru besar serta dapat mereflek diri. Justeru itu, perkongsian ini boleh
dibawa untuk dikongsi bersama guru-guru di sekolah.
Semangat bekerja yang menggambarkan keadaan kesediaan pekerja untuk
bekerjasama dalam pekerjaan mereka, menjadikan mereka lebih yakin dan
bagaimana pemimpin cuba memenangi kepercayaan mereka. Seorang pemimpin
boleh menjadi pembina semangat dengan cara mendapatkan kerjasama pengikutnya
agar mereka dapat mempamerkan keupayaan mereka untuk mencapai matlamat
organisasi.
Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi
pendekatan, isi dan kesimpulan, namun kesemuanya mirip menyatakan ada satu
cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Ibrahim Mamat, 2001 ada
menyatakan kejayaan bergantung kepada kepada karisma seseorang, ada yang
menyatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan
perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada
anggapan pemimpin terhadap oran-orang bahawannya. Justeru, saya boleh
merumuskan bahawa pemimpin dan orang bawahannya adalah salin memerlukan
dalam menjayakan sebuah organisasi.
7.0REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan EDU 3108 iaitu
asas kepimpinan dan perkembangan profesional ini dengan baik. Tugasan ini
memberi saya banyak ilmu-ilmu yang masih belum ada pada saya. Tugasan kerja
kurusus ini merangkumi pengenalan yang menarik yang merangkumi konsep
profesion keguruan dan teori kepimpinan serta menyatakan jenis-jenis teori
kepimpinan. Selain itu, tugasan ini menyuruh saya mengaitkan satu teori kepimpinan
dengan pengalaman saya menjalani praktikum pada masa lalu. Kemudian, saya
perlu analisis teori tersebut sama ada releven dengan keperluan kepimpinan pada
masa kini. Saya juga perlu membuat cadangan penambahbaikkan terhadap teori
tersebut.
Melihat kepada pengenalan tugasan ini, apabila disebut tentang kepimpinan
sudah tentunya saya tahu apa yang boleh dihuraikan tentang kepimpinan. Namun
begitu, semasa saya mendapatkan maklumat tentang kepimpinan, ternyata sekali
ilmu saya terhadap kepimpinan masih begitu sedikit kerana kepimpinan ini
mempunyai skop yang meluas. Saya dapat menambah pengetahuan yang lebih
mendalam tentang kepimpinan yang dinyatakan oleh pelbagai sumber-sumber yang
saya temui. Secara umumnya kepimpinan adalah penting dalam mempengaruhi
sesebuah organisasi terutama sekali dalam profesion keguruan.
Selepas selesai pengenalan berkaitan kepimpinan, saya meneruskan dengan
tugasan berikutnya iaitu menyatakan jenis-jenis teori kepimpinan. Semasa membuat
jenis-jenis teori kepimpinan ini, saya mendapati terdapat pelbagai lagi teori
kepimpinan yang ada dan tidak saya ketahui seperti teori Lorong Maklumat, Teori
Lelaki Agung, Teori Tret, Teori Pertukaran Pemimpin-Ahli,Teori Transformasional
dan sebagainya. Tugasan ini telah membuka minda saya tentang kepimpinan yang
sebenarnya terdapat pelbagai teori telah diutarakan dan boleh digunakan. Sebagai
contohnya, Teori Transaksional melibatkan motivasi dan pemimpin (guru)
mengarahkan murid dengan menggunakan daya penarik kepada kepentingan diri
sendiri. Melalui teori-teori ini, saya dapat mengembangkan lagi pengetahuan saya
tentang kepimpinan dan teori-teori ini amat berguna pada saya semasa mengajar
kelak. Saya boleh mengaplikasikan teori ini dalam kehidupan seharian saya kerana
setiap manusia yang dilahirkan adalah pemimpin. Ianya bergantung kepada individu
tersebut kepemimpinan bagaimanakah yang hendak dipilih.
Tugasan yang ketiga ini berkaitan pengalaman saya di sekolah di mana saya perlu
memilih satu teori dan bincangkan sejauhmanakah teori tersebut masih releven
dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia. Semasa membuat tugasan ini, saya
perlu mengimbas semula pengalaman saya di sekolah yang berkaitan kepimpinan.
Saya mengambil contoh Guru Besar sekolah yang saya menjalani praktikum masa
lalu dan perlu mengaitkan teori kepimpinan yang sesuai dengan Guru Besar sekolah
saya. Kesesuaian teori dengan cara kepimpinan Guru Besar saya inilah menjadi
faktor masalah utama saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ini kerana keseluruhan
teori kepimpinan seakan-akan sama dan menyukarkan saya memilih yang sesuai.
Oleh itu, saya melakukan beberapa pembacaan dan membuat sedikit pandangan
terhadap rakan-rakan saya.
Semasa membuat perkaitan teori kepimpinan ini, terdapat beberapa perkara telah
menyedarkan saya berkaitan kepimpinan ini. Apabila saya mengimbas kembali
pengalaman saya semasa di sekolah, saya sedar Guru Besar saya sentiasa dalam
keadaan tenang sekiranya menghadapi masalah staf-stafnya. Saya begitu kagum
dengan beliau kerana beliau mampu menghadapi dengan tenang masalah yang
dihadapi. Disebabkan itulah juga saya membuat perkaitan Guru Besar saya dengan
Teori Perlakuan kerana ianya melibatkan perlakuan Guru Besar tersebut.
Saya juga menghadapi masalah apabila hendak menganalisis sama ada teori
tersebut masih releven dengan keperluan kepimpinan pada masa kini. Dalam
memastikan teori tersebut masih releven atau tidak, saya perlu mengambil beberapa
faktor yang mempengaruhi teori tersebut seperti perubahan zaman dan teknologi,
pemikiran manusia zaman sekarang, pendidikan masa kini dan sebagainya. Semua
itu menjadi aspek utama untuk menganalisis kerelevenan teori tersebut. Bagi
menyelesaikan masalah ini, saya berbincang dengan beberapa orang rakan saya
dan mendengar pengalaman kepimpinan di sekolah mereka. Mereka juga
mengatakan sesetengah guru menggunakan teori ini dalam sekolah mereka seperti
ketua-ketua panitia. Ternyata teori ini masih lagi digunakan pada zaman sekarang
dan masih lagi releven dengan keperluan kepimpinan pada masa kini.
Walaubagaimanapun, setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri. Dalam tugasan ini, saya ada memberi idea penambahbaikkan yang perlu
dititikberatkan dalam teori ini. Teori-teori kepimpinan ini sangat berguna kepada
semua individu terutama sekali guru dalam meningkatkan amalan kepimpinan dan
profesionalisme dalam bidang keguruan. Kepimpinan guru juga merupakan satu
proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan perjalanan sekolah. Teori-teori
ini mengajar saya guru diperlukan untuk memimpin rakan-rakan sejawat supaya
melakukan pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara lebih baik
dan berkesan.
Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak input-input yang berguna
berkaitan teori kepimpinan daripada pengenalan sehinggalah pengalaman saya
berkaitan kepimpinan di sekolah. Bagi pendapat saya, kepimpinan adalah tonggak
utama penggerak sesuatu organisai sama ada maju atau mundur. Pengikut-pengikut
tidak akan berjaya sekiranya pemimpin mereka tidak mempunyai kepimpinan yang
baik. Dengan erti kata lain, pemimpin dan pengikut saling memerlukan dalam
menggerakkan sesebuah organisasi.Melalui tugasan ini juga saya dapat memupuk
diri saya tentang kepimpinan yang baik dan cara untuk melaksanakan organisasi
sekiranya saya menjadi pemimpin kelak.
Untuk meningkatkan amalan kepimpinan dan profesionalisme dalam bidang
perguruan, teori-teori ini dapat membantu menaikkan darjat profenalisme keguruan
dengan lebih tinggi. Akhir sekali, Insya-Allah dengan tugasan ini, saya akan
mempraktikkan segala ilmu-ilmu baru yang saya perolehi dan mengembangkannya
dalam profesion perguruan kelak.