BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 Halaman Tiga
Saya ingin mengajak warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melihat ke hadapan dengan langkah berani
dan yakin. Bagi saya DBP akan menghadapi cabaran yang lebih besar dalam usahanya untuk membina dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Dalam asakan globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, DBP harus bersedia mengubahsuai pendekatannya tanpa mengorbankan matlamat asal penubuhannya. Saya berpendapat bahawa tugas “penyegaran” seperti yang dinyatakan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein itu tidak terhenti setakat memberikan wajah dan citra dalam perjuangan yang dituntut oleh bangsa dan negara dewasa ini. Proses itu juga membabitkan orientasi baharu golongan muda pelbagai kaum, agar turut
menganggap organisasi ini sebagai sebahagian daripada milik mereka. DBP telah membina generasi karyawan, penulis, budayawan dan ilmuwan sejak lima dekad yang lalu. Kelangsungan DBP juga bergantung pada generasi pelapis yang dapat memberikan dinamisme pada usaha pembinaan bahasa, sastera dan tradisi keilmuan. Oleh itu, DBP harus “mendekatkan” dirinya agar mudah didampingi dan menjadi tempat bercambahnya kegiatan keilmuan dan bersemaraknya kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan. Lebih penting lagi, DBP sendiri harus sentiasa relevan kerana makna kehadirannya juga ditentukan oleh pandangan orang ramai terhadapnya. DBP tidak boleh berbangga dengan pencapaiannya setakat ini sahaja tetapi harus menjadi mercu tanda
baharu kecemerlangan, terutama dalam industri buku negara, khususnya dalam bahasa Melayu. Oleh itu, DBP harus menjadi penanda aras kualiti penerbitan dalam dunia perbukuan. Walaupun jalannya masih jauh berliku, dan cabarannya semakin sukar, namun DBP punya pengalaman dan sejarah dapat mengharung cabaran walau sebesar mana pun. Saya berharap DBP akan terus menjadi lambang kemegahan dan kejayaan negara ini. DBP harus menjadi sebahagian daripada proses pembinaan sebuah negara yang beridentiti dan berwibawa.
DATUKJOHANJAAFFAR
PengerusiLembagaPengelolaDBP
http://www.dbp.gov.my
Dewan Bahasa dan PustakaDewan Bahasa dan PustakaJubli EmasJubli Emas
Oleh Suria Janib
“Sesebuah negara tidak akan berdaya mapan dan maju sekiranya lelaki dan wanita
tidak bersamasama berganding bahu menjayakan program pembangunan negara.” Demikian dinyatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Y. Bhg. Dato’ Dr. Norraesah Mohamad semasa memberikan ucap utama dalam majlis Dialog Dewan Masyarakat Siri 1: “Wanita : Peranan dan Cabaran dalam RMK9”. Dialog dianjurkan oleh Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 Mei lalu, sempena Sambutan Jubli Emas DBP dan ulang tahun penerbitan majalah Dewan Masyarakat yang ke43 tahun.
Beliau menegaskan, sumbangan dan penyertaan wanita yang serius menunjukkan peningkatan yang tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dunia. Peningkatan ini tidak dapat dielakkan memandangkan perubahan yang berlaku dalam landskap sosioekonomi yang berasaskan ilmu sebagai aset pengeluaran tanpa mengira faktor jantina sebagai halangan.
“Wanita sebagai modal insan menjadi aset pengeluaran yang penting. Isu kesaksamaan jantina tidak lagi dijadikan bahan gurauan antara lelaki dengan wanita,” kata Norraesah yang juga Pengerusi Eksekutif Embunaz Ventures Sdn. Bhd.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), penyertaan wanita dalam pembangunan sosio
ekonomi negara akan dipertingkatkan. Tekanan akan diberikan bagi membolehkan wanita mengoptimumkan potensi dan menjadi rakan kongsi dalam pembangunan ini. RMK9 memberikan peluang kepada wanita melebarkan keupayaan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Dialog ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Noraini Ahmad sebagai pengerusi, dan dua orang ahli panel, Profesor Dr. Norma Mansor dari Universiti Malaya, dan Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia.
Dr. Norma banyak menyentuh peluang wanita sebagai tenaga buruh dan cabaran yang terpaksa ditempuh pada masa akan datang, terutama dalam RMK9. Yang mena
riknya, menurut beliau, “wanita hidup enam tahun lebih lama daripada lelaki, dan lagi lama wanita hidup, lagi banyak cabaran yang dihadapinya”.
Dr. Sivamurugan turut memberikan kupasan yang menarik berhubung isu ini. Katanya, “penyertaan wanita dalam bidang politik dan kuasa kepemimpinan kurang menyerlah kerana masyarakat masih belum bersedia menerima wanita sebagai pemimpin seperti, perdana menteri wanita”.
Tambahnya, takrif “Perdana Menteri wanita” perlu didefinisikan semula untuk keperluan pembangunan negara.
Dialog ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pengarah DBP, Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah
dan beberapa orang kenamaan yang lain.
Siri2DialogDewan Masyarakatakan diadakan pada bulanSeptember. Penyertaan dibukakepadaorangramai.
DARI MEJA PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA
Dialog Dewan Masyarakat Sempena Jubli Emas DBPWACANA DEWAN MASYARAKAT
Melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu merupakan
tanggungjawab setiap warga setia Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertindak sebagai pemangkin dan penjana untuk mengembangkan lagi kosa kata dan sastera bangsa.
Dalam usia selama lima dasawarsa, institusi negara ini telah bekerja keras melaksanakan tugas yang diamanahkan dan adalah diharapkan usaha mendaulatkan
dan menyemarakkan bahasa kebangsaan akan terus didukung sepenuhnya oleh rakyat dan masyarakat.
Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.
TANSRiKAmARULARiFFiNmOHAmeDYASSiN
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Ketujuh
(November 2002 – Oktober 2005)
SEKAPUR SIRIH DARIPADA MANtAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA
Kepantasan perubahan dunia pada zaman ini yang dipacu oleh teknologi maklumat
dan proses globalisasi menggugat semua aspek kehidupan. Kita dibawa arus mengejar kemajuan sehingga hilang punca dan jati diri. Bahasa Melayu yang dahulunya merupakan asas perjuangan kemerdekaan dan pembinaan negara bangsa sudah mula kehilangan tempat.
Setelah 50 tahun kewujudannya DBP harus bekerja keras untuk
terus relevan agar dapat mengembalikan kesedaran semua pihak untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagaimana yang diamanahkan oleh pejuangpejuang kebangsaan terdahulu.
Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.
DATO’HJ.ABDULRAHim
HJ.ABUBAKARPengerusi Lembaga Pengelola
DBP Keenam(Oktober 1986 – Oktober 2002)
Dato’ Dr. Norraesah Mohamad
BH PILIH L3 21 [emel]
Suatu bangsa yang berdaulat dan bermaruah mempunyai bahasa yang
berdaulat dan bermaruah jua. Bahasa itu pula bukan sekadar menjadi bahasa komunikasi dalam pelbagai bidang tetapi harus jua berkembang seiring dengan tuntutan masa dan peredaran zaman. Dengan ini barulah bahasa itu dapat mendorong kemajuan sesuatu bangsa dan bergerak seiring dengan bangsa yang maju itu.
Warga DBP telah menunjukkan keupayaan mengembangkan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa kebangsaan yang boleh dibanggakan hari ini. Walaupun kadangkala digegarkan oleh tuntutan masa dan peredaran zaman, namun saya yakin warga DBP tidak mudah luntur semangat untuk terus berusaha merealisasikan impian supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang maju dalam semua bidang, sesuai
sepanjang zaman dan mekar menjadi jiwa bangsa Malaysia.
Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.
TANSRiDATO’SeRimUSAmOHAmAD
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Kelima
(Julai 1983 – Jun 1986)
21SH003A.indd 2 6/21/06 12:14:18 AM