Download - HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan
-
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 3 Cekap (35 orang)
Masa : 3.10 3.40 petang (30 minit) Aspek : Pengalaman Muzikal
Item : 2.2 Pengalaman Muzik
2.2.1 Menyanyi :
- irama
- melodi
- ekspresi
Hasil Pembelajaran : Menyanyi lagu dengan teknik yang betul mengikut irama,
melodi dan ekspresi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyanyi beberapa buah lau dengan pic yang betul secara berpandu dan
bergerak mengikut lirik lagu.
Elemen Strategi : Kemahiran Berfikir
- Membuat gambaran mental
Belajar Cara Belajar
- Mengingat kembali
Kecerdasan Pelbagai
- Kinestetik
- Verbal linguistik
Nilai Murni : Kerjasama, Yakin, Bersungguh-sungguh,
Bahan : Belon, Audio Media, lirik lagu,
-
Guru mempamerkan beberapa keping gambar yang mengaitkan dengan tajuk lagu
Bahan - powerpoint gambar (payung, baju hujan, awan, kilat, hujan dan sebagainya)
Murid memberikan jawapan berdasarkan gambar yang dipamerkan.
Guru bersoaljawab dengan murid :
1. Bilakah payung dan baju hujan digunakan?
2. Bagaimanakah bunyi guntur?
3. Apakah akan terjadi apabila kilat menyabung?
4. Siapakah yang suka bermain hujan?
Murid menjawab soalan guru.
Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk lagu pada hari ini.
Tajuk lagu : HARI NAK HUJAN
Bahan : gambar (payung, baju hujan, hujan,awan,kilat), lirik lagu
-
Nyanyian
Guru mengarahkan murid membuat latihan pernafasan dengan meniup belon.
Murid mengikut arahan guru.
Guru mempamerkan lirik lagu dan mengarahkan murid membaca .
Murid mengikut arahan guru, membaca lirik lagu.
Guru memperdengarkan lagu Hari nak hujan sambil demonstrasi menepuk irama lagu.
Murid mendengar dengan teliti.
Guru mengarah dan membimbing murid menepuk irama lagu.
Guru membaca lirik secara berirama dan murid mengajuk.
Latihan menyanyi lagu sambil menepuk corak irama lagu.
Bahan : lirik lagu, media lagu
-
Nyanyian dan gerakan
Guru mengarahkan murid mereka gerakan mengikut lirik lagu.
Murid mengikut arahan guru.
Guru mengarahkan murid bergerak mengikut lirik lagu.
Murid mengikut arahan guru.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan 1
Menyanyi
Kumpulan 2
Membuat gerakan
Bahan : lirik lagu, media lagu
-
Gabungjalin : Pendidikan Seni Visual
Guru mengagihkan sekeping kertas manila kepada murid.
Guru mengarahkan murid
membuat gambaran dan
melukis suasana hujan.
Mewarnakan lukisan mengikut kreativiti sendiri.
Murid mengikut arahan guru.
Bahan : kad manila
-
Persembahan kumpulan (nyanyian dan gerakan)
5 kumpulan
Guru memberi pujian dan bersoaljawab
Murid memberi tindakbalas dengan menjawab soalan guru.
Guru menekankan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti yang telah dilakukan murid.
Bahan : lirik lagu, media-lagu
-
Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya, hari nak hujan,
Kilat menyabung, guruh berdentum,
Itu tandanya, hari nak hujan.
Hujan pun turun, membasah bumi
Penghuni alam, rasa bersyukur