Download - hujahan irfan 39(a)(1)
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANGKELANTAN DARUL NAIM
KES JENAYAH NO: 83-98-2009
PENDAKWA RAYA
LAWAN
IRFAN BIN ISMAIL
HUJAHAN BERTULIS PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN
DISEDIAKAN OLEH:
TETUAN ADRINA IDRIS & ASSOCIATESPEGUAMBELA & PEGUAMCARA
PT 199 & PT 200, TINGKAT 1,JALAN PENGKALAN CHEPA
15400, KOTA BHARU, KELANTAN.
1
1. SAMADA BERAT SEBENAR DADAH-DADAH DI DALAM P21, P23
DAN P25 TELAH DIBUKTIKAN.
Di dalam kes ini, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk
membuktikan intipati penting di dalam pertuduhan iaitu berat bersih dadah-dadah tersebut.
Keterangan ahli kimia (SP1) jelas menunjukkan bahawa wujud keraguan terhadap berat sebenar
dadah-dadah tersebut yang mana keraguan tesebut telah gagal diperjelaskan oleh mana-mana
saksi pihak pendakwaan termasuklah pegawai penyiasat kes iaitu SP7.
Semasa disoal balas, SP1 telah memberitahu bahawa beliau ada membuat ujian kaliberasi
terhadap peralatan timbangan iaitu Model ANP yang digunakan sebelum membuat ujian dan
timbangan dan beliau memberitahu bahawa alat tersebut hanya di kalibrasi oleh beliau sendiri
dan lantaran itu, tiada sebarang sijil kaliberasi yang dikeluarkan.
Secara kebiasannya alat tersebut hendaklah dikalibrasi oleh pegawai dari bahagian penyelidikan
dan jaminan kualiti ibupejabat Jabatan Kimia Malaysia dan seterusnya sijil kalibrasi tersebut
akan dikeluarkan oleh pegawai yang memeriksa alat timbang tersebut.
Oleh itu, ketiadaan sijil kalibrasi di pihak kimia telah menimbulkan keraguan samada alat
timbang tersebut berada dalam keadaan baik ataupun tidak semasa timbangan ke atas P21, P23
dan P25 dilakukan. Dengan lain-lain perkataan, kegagalan untuk mengemukakan sijil kalibrasi
telah menyebabkan pihak pendakwaan gagal untuk melepaskan beban bagi membuktikan
bahawa peralatan timbang elektronik yang digunakan oleh SP1 adalah “fit” untuk membuat
timbangan bagi barang-barang kes ini.
Harus diingat bahawa pihak pendakwaan tidak pernah walau sekali mencabar dan/atau
mengalihkan beban (shift burden) bagi pengataan di atas, oleh yang demikian, pengataan tersebut
adalah kekal sebagaimana yang tersebut (remain as it is). Lantaran itu telah wujud keraguan yang
amat besar di dalam kes ini kerana sejauh keterangan SP1, ianya telah bercanggah dengan P26
yang dikeluarkan sebelum ini.
2
Berkaitan dengan isu ini pihak pembelaan merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v
CHEW YOO CHOI [1990] 2 MLJ 444 secara khusus di held [3] di :-
“…There was no evidence that the samples used for testing had been calibrated against any
known standard of heroin. Neither there was any evidence adduced to shown that the instrument
used to measure the samples was in good working order…”
Di held [4] :-
“…There was no evidence that any coning or quartering had been done when the samples of
drugs had been tested. There was grave doubt therefore on the chemist’s findings on the total
weight of heroin seized and the accused was given the benefit of this doubt…”
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v LEE BENG SIANG
[1992] 2 MLJ 120 di held [7] :-
“…Tidak ada keterangan di depan mahkamah tentang gambaran alat yang digunakan oleh
pegawai kimia untuk menimbang bahan itu, bagaimana ia berjalan atau tentang alat itu berada
dalam keadaan sempurna dan telah diservis…”
Di held [9] :-
“…Dalam semua kes di mana keterangan pendapat diterima, sama ada daripada seorang pakar
atau tidak, asas atau alasan atas mana pendapat sebegitu didirikan boleh diselidik. Atas fakta
kes ini, terdapat kekosongan yang serius di dalam keterangan pegawai kimia itu dan
mahkamah tidak berpuas hati bahawa pegawai kimia itu telah menganalisakan dengan
sempurna bahan yang diserahkan kepadanya…”
Pihak pembelaan merujuk juga kepada kes PP v. HASHIM YUSOFF & ANOR [2007] 10 CLJ
551 secara khusus perenggan [12] :-
3
“…The Chemist was cross-examined about the calibration of the weighing scale used by him to
determine the weight of the cannabis. His evidence was as follows in the regard:
Alat timbang tersebut ada dikalibrasikan oleh Ahli Kimia yang ditugaskan oleh Jabatan
Kimia.
Saya ada menyemak atau memeriksa alat timbang sebelum digunakan untuk menimbang barang
kes dengan menimbang pemberat piawai (standard weight) dan didapati alat timbang tersebut
bacaannya betul mengikut berat piawai.
Saya setuju alat timbang itu tidak mempunyai Sijil Kalibrasi…”
Di perenggan [13] :-
“…No proof of any calibration of the weighing scale by a designated officer of the Chemistry
Department was produced by the prosecution although the Chemist was questioned in cross-
examination in this regard…”
Adalah dihujahkan bahawa, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan secara konklusif
berat sebenar dadah-dadah yang dijumpai pada 23-05-2009 tersebut. Kegagalan ini telah
mengakibatkan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen penting di dalam
pertuduhan iaitu BERAT bersih dadah-dadah tersebut sebagaimana pertuduhan di bawah
Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta
yang sama. Dengan kata lain, pertuduhan ke atas OKT telah gagal untuk diasaskan satu kes
prima facie terhadap OKT.
2. INTIPATI PERTUDUHAN IAITU MEMILIKI DADAH
BERBAHAYA TELAH GAGAL DIBUKTIKAN
Adalah dihujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen penting di
dalam pertuduhan memiliki dadah berbahaya methamphetamine dan nimetazepam oleh OKT
4
pada 23-05-2009. Untuk membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan mestilah memenuhi
intipati berikut:-
i) Pengetahuan dadah berbahaya tersebut oleh OKT-OKT
Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan
khusus berkenaan dengan kewujudan dadah-dadah berbahaya tersebut. Untuk membuktikan
milikan OKT ke atas dadah-dadah tersebut, pihak pendakwaan mestilah terlebih dahulu
membuktikan pengetahuan OKT berkenaan dengan kewujudan dadah-dadah tersebut.
Keterangan saksi-saksi pendakwaan tidak dapat membuktikan secara konklusif dan jelas bahawa
OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah di dalam beg berwarna biru bertulis
“TIGERS” (P32) dan beg plastik berwarna hijau bercetak “MUSTIKA BAYU ENTERPRISE”
(P4) tersebut. Keterangan saksi-saksi pendakwaan telah secara tersendiri menyangkal elemen
pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah tersebut. Untuk memiliki sesuatu barang, seseorang itu
mestilah mempunyai pengetahuan khusus terhadap kewujudan barang-barang tersebut. Dengan
kata lain, pihak pendakwaan mestilah membuktikan wujud “mens rea milikan” terhadap eksibit
P21, P23 dan P25 oleh OKT pada masa kejadian sebagaimana dapatan di dalam kes TOH SU
KUAN v. PP [2005] 3 CLJ 740 yang diputuskan di held [1] :-
“… ‘Milikan dengan mens rea’ atau ‘milikan yang menyalah’ mempunyai ciri-ciri tertentu.
Pemilik mestilah sedar tentang milikannya, mesti mengetahui sifat barang yang dimiliki dan
mesti mempunyai kuasa melupus atas barang tersebut. (Saad bin Ibrahim v. PP [1986] 1 MLJ
158 diikuti). Dalam kes semasa, sepertimana yang dikatakan oleh yang arif hakim, jelas tidak
ada keterangan terus bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan fakta bahawa 356 paket yang
ditemui pada dirinya mengandungi heroin…”
Pihak pembelaan merujuk kepada kes PP v. CHAN PENG FATT [1998] 8 CLJ 414 di held No
3, Mahkamah memutuskan antara lainnya :-
5
“Two things must be shown before possession can in the circumstances be attributed to the
accused. Firstly, the accused must have had exclusive possession of the attic to constitute him an
occupier thereof and, secondly, he must have known that the drugs were hidden in the television
set”
Di held No 3b :-
“There is no evidence from which knowledge can be inferred because of the following facts: (i)
the drugs were found in the Milo tin and newspaper package which in turn was concealed in the
television set; (ii) when the raid was conducted and the drugs recovered, the accused had not
reacted in any manner whether by words or deeds so as to indicate knowledge of the presence of
the drugs in the television set; and (iii) there was no evidence to connect the accused with the
drugs or to the television set, like for example his fingerprints being found on the television set or
Milo tin of the plastic packets in which the drugs were contained”
Keterangan saksi-saksi pendakwaan telah menafikan dan menyangkal elemen pengetahuan OKT
berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. SP7 iaitu pegawai penyiasat kes telah memberitahu
Mahkamah yang mulia ini bahawa ujian penimbulan cap jari tidak pernah dilakukan terhadap
barang-barang kes yang dirampas oleh SP4 dan SP6. Kegagalan tersebut telah menyebabkan
tiada sebarang bukti yang dapat menyokong serta mengaitkan OKT pernah mengendalikan
dadah-dadah tersebut. Alasan SP7 mengatakan bahawa ujian penimbulan cap jari tidak dapat
dibuat kerana barang kes telah dipegang oleh ramai pihak sebelum ini adalah tidak berasas,
kerana semasa disoal balas oleh pihak pembelaan beliau ada memberitahu Mahkamah bahawa
ujian penimbulan cap jari tidak pernah dibuat walaupun sekali, bagi mengetahui siapakah yang
mempunyai kontek dengan dadah-dadah tersebut. Dapatlah dirumuskan bahawa sisatan SP7
berhubung cap jari secara amnya adalah tidak lengkap kerana SP7 tidak pernah mencuba untuk
mengasingkan cap jari-cap jari yang terdapat pada barang kes yang dirampas. Perlu dingat
bahawa P32 dan P4 merupakan eksibit yang amat material bagi pihak pendakwaan untuk
mengaitkan OKT dengan pengetahuan serta milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Tidak ada
langsung keterangan yang dapat membuktikan bahawa OKT pernah mengendalikan atau
6
memegang dadah-dadah tersebut di samping keterangan penemuan di dalam kereta kancil yang
juga bukan milik OKT berdasarkan kepada No Chasis pada kenderaan tersebut.
Berkenaan dengan kepentingan penimbulan cap jari, pihak pembelaan merujuk kepada kes
CHAN KING YU v. PP [2009] 1 CLJ 601 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan
dimukasurat 606 di held No 6:-
“…Yang arif hakim gagal mempertimbangkan bahawa polis tidak hantar secebis keterangan
utama dalam eks. P24 untuk analisis cap jari. Eksibit P24 merupakan satu eksibit material
pendakwaan mengaitkan perayu dengan pengetahuan tentang dadah tersebut. Jikalau itu dibuat,
ia akan menunjukkan fakta samada perayu telah menggunakan dan mengendalikan dadah
tersebut…”
Di dalam kes PENDAKWA RAYA lwn SHAWARUDIN BIN ABD WAHAB – Perbicaraan
Jenayah No: 45-86-2004 di mana Mahkamah telah memutuskan di perenggan 23 :-
“…Mahkamah juga telah mengambil kira P22, iaitu laporan pemeriksaan penimbulan cap jari
di mana dinyatakan daripada ujian yang dijalankan tidak terdapat sifat yang cukup untuk
dibuat perbandingan dan negative. Ini menunjukkan tidak terdapat kesan cap jari OKT pada
P13. Oleh itu, tiada apa-apa keterangan lain yang boleh mengaitkan OKT kepada P13…”
Merujuk kepada kes di atas, ujian penimbulan cap jari adalah amat penting untuk mengetahui
siapakah sebenarnya yang mengendalikan (dealing) dengan barang-barang kes tersebut.
Kegagalan untuk melakukan ujian penimbulan cap jari ke atas barang-barang kes tersebut telah
mencacatkan keseluruhan kes ini yang mana telah menimbulkan banyak inferen kepada kes
pendakwaan berkenaan dengan pemilik sebenar dadah tersebut. Hujah ini juga dikuatkan lagi
dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan lain yang mana OKT tidak pernah melawan ataupun
meronta-ronta semasa dan selepas ditangkap oleh polis. Tidak pernah juga wujud fakta OKT ada
merayu-rayu untuk dilepaskan pada masa itu. Ketiadaan fakta-fakta ini jelas membuktikan
bahawa OKT tidak pernah pada bila-bila masapun mempunyai pengetahuan berkenaan
7
kewujudan dadah-dadah tersebut di dalam kereta kancil (P29). Di dalam kes PENDAKWA
RAYA lwn SHAWARUDIN BIN ABD WAHAB telah diputuskan di perenggan No. 34 :-
“…(iv) Tiada apa-apa keterangan OKT bergelut, meronta-ronta semasa ditahan dan meminta
dilepaskan…”
Keadaan kereta yang berada di luar pagar rumah juga menjadi faktor kepada penyangkalan
pengetahuan OKT terhadap kewujudan dadah-dadah tersebut. Saksi-saksi pihak pendakwaan
sendiri mengakui bahawa semasa mereka tiba di hadapan rumah untuk membuat pemerhatian,
kereta kancil tersebut sudah pun berada di situ. Semasa di soal balas oleh pihak pembelaan SP4
dan SP6 juga tidak dapat memastikan samada kereta kancil tersebut berada dalam keadaan
terkunci atau telah dikunci oleh pihak lain selepas meninggalkan sesuatu di dalam kereta kancil
tersebut. Ini mewujudkan kemungkinan bahawa ada orang lain yang boleh memasuki atau
mengakses kereta kancil tersebut.
Tambahan lagi, kereta kancil tersebut boleh dibuka dengan dawai sahaja sebagaimana yang
dilakukan oleh SP4. Selanjutnya SP4 juga ada memberitahu Mahkamah bahawa semasa beliau
berada di dalam rumah No. PT 516 Taman Setia Kasih beliau tidak dapat melihat langsung
kereta kancil yang berada di luar pagar hadapan rumah tersebut.
SP4 dan SP6 semasa disoal balas oleh pihak pembelaan juga mengaku bahawa dadah-dadah
tersebut tiada dalam milikan OKT.
Jadi berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan sendiri, mereka menyangkal pengetahuan
barang kes oleh OKT dan tambahan lagi saksi-saksi tersebut juga mengakui penafian OKT
dengan mengatakan ‘Saya tidak tahu’ apabila polis menanyakan tentang dadah tersebut.
ii) OKT-OKT tidak mempunyai kawalan eksklusif terhadap kereta kancil
tersebut.
8
Melalui keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dapat dirumuskan secara jelas bahawa OKT
tidak mempunyai kawalan ke atas kereta kancil tersebut, dan sebagaimana keterangan SP7
terdapat kesangsian tentang pemilik sebenar kenderaan tersebut. Melalui carian maklumat
kenderaan SP7 mengatakan bahawa kereta kancil tersebut adalah milik OKT, tetapi setelah
membuat perbandingan No chasis di dalam carian maklumat kenderaan dan pada fizikal kereta
ternyata ianya kenderaan yang berlainan dan SP7 bersetuju bahawa kenderaan tersebut adalah
milik orang lain.
Berhubung permasalahan kawalan kepada kereta kancil tersebut terdapat keterangan berbeza
antara SP4 dan SP6. Menurut SP4 beliau ada ternampak OKT membuka pintu kereta kancil
tetapi ketika menghampiri OKT kesemua pintu kereta kancil tersebut adalah dalam keadaan
tertutup. Manakala menurut SP6, beliau tidak nampak Pintu kereta tersebut dibuka ataupun
ditutup dan semasa menahan OKT, OKT berada pada jarak 10 meter dari kereta kancil tersebut
dan kesemua pintu kereta juga berada dalam keadaan tertutup.
Oleh yang demikian, kewujudan dua fakta yang berbeza ini telah menimbulkan inferen terhadap
kes pendakwaan yang mana inferen yang memihak kepada OKT mestilah dimanfaatkan kepada
beliau sebagaimana kes LIEW CHEE HONG v. PP [2007] 6 CLJ 702 di mukasurat 705 di
held No 2 :-
“Sudah menjadi kelaziman bahawa bilamana lebih dari satu inferens boleh dibuat dari fakta-
fakta, maka mahkamah hendaklah menerima inferens yang paling bermanfaat kepada tertuduh.
Yang arif hakim dengan itu jelas telah tersalah arah akan dirinya disisi undang-undang apabila
membuat inferens dari tingkah laku perayu bahawa perayu tahu mengenai dadah yang
dibungkus di dalam surat khabar Cina P14 sedangkan tingkah laku yang sama, seperti yang
diakui oleh yang arif hakim, boleh juga membangkitkan andaian sebaliknya”
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes PENDAKWA RAYA lwn MOHD ELHAM BIN
JIDON [2009] 5 AMR 733 diheld No. 2 :-
9
“…It is trite that the inference most favourable to the accused should be adopted and in this
instance, nothing incriminating could be inferred against the accused. What was proved by
the prosecution was the accused’s mere proximity with the incriminating exhibits found in the
car and nothing more. The issue of the exclusivity of possession of the bag with the incriminating
exhibits therein remained very much open till the end…”
Selain itu, terdapat kekeliruan pada dompet (P30) dan Kad Pengenalan (P31) OKT, menurut
saksi-saksi pendakwaan ianya ditemui ditempat letak kaki pemandu (menurut SP4)/ terletak di
kerusi Pemandu (menurut SP6) kereta kancil tersebut. Adakah benar dompet OKT dijumpai di
dalam kereta kancil tersebut. Tiada sebarang keterangan gambar yang dapat membuktikan
pengataan tersebut. Tiada bukti yang sahih dan kukuh berhubung penemuan dompet dan kad
pengenalan OKT dalam kereta kancil tersebut.
Terdahulu sebelum kereta kancil tersebut dibuka dan semasa dibuka, jurugambar telah diarahkan
untuk merakamkan gambar-gambar di tempat kejadian, gambar yang tidak penting seperti
jumper juga ada dirakamkan sebagaimana di eksibit P28L. Jadi mana mungkin barang kes yang
begitu penting gagal untuk dirakamkan, kecuali Dompet dan kad pengenalan OKT tiada dalam
kereta kancil tersebut semasa kejadian.
Oleh itu, tiada langsung keterangan yang konklusif yang menunjukkan OKT memiliki dan
mempunyai kawalan eksklusif terhadap dadah-dadah dan tempat barang kes ditemui iaitu Kereta
Kancil.
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes PP v. CHAN PENG FATT [1998] 8 CLJ 414 di
held No. 2 :-
“…It cannot be said that the accused was so situated to the drugs that he could deal with it as
if it belonged to him to the exclusion of all others so as to attribute to him possession of the
drugs. Apart from mere presence of the accused in the attic, there is no evidence to connect him
to the drugs or to associate him with it. There is even no evidence to show how close the accused
was standing to the television set when the police saw him in the attic to establish close
10
proximity. No attempt was made to lift fingerprints off the television set or the Milo tin or the
plastic packets in which the drugs were found to try to establish that the accused had handled
these exhibits…”
Di held No 3, Mahkamah memutuskan antara lainnya :-
“…Two things must be shown before possession can in the circumstances be attributed to the
accused. Firstly, the accused must have had exclusive possession of the attic to constitute him an
occupier thereof and, secondly, he must have known that the drugs were hidden in the
television set…”
Di held No 3a, antara lainnya :-
“…The evidence before the court sufficiently establishes that the accused did not have
exclusivity to the attic. What the evidence shows is that the accused occupied the attic
periodically when he was sick…”
Di held No 3b :-
“…There is no evidence from which knowledge can be inferred because of the following facts:
(i) the drugs were found in the Milo tin and newspaper package which in turn was concealed in
the television set; (ii) when the raid was conducted and the drugs recovered, the accused had not
reacted in any manner whether by words or deeds so as to indicate knowledge of the presence of
the drugs in the television set; and (iii) there was no evidence to connect the accused with the
drugs or to the television set, like for example his fingerprints being found on the television set or
Milo tin of the plastic packets in which the drugs were contained…”
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes PP v. TUKIMAN DEMIN [2008] 8 CLJ 856 di
mana Hakim telah memutuskan di mukasurat 857:-
Di held No 1:-
11
“The prosecution did not present one scintilla of evidence affirmatively linking the accused with
the drugs other than the presence of the drugs in his room. Where the prosecution relies on
wholly circumstantial evidence to prove possession of dangerous drugs, the circumstances
shown, must, as in all other criminal cases, exclude every other reasonable hypothesis other
than that of guilt. The mere presence of controlled substance in the room of the accused,
without more, would be insufficient to sustain a conviction when possession of the premise was
non-exclusive. Simply finding drugs in a portion of the room accessible equally to other
occupants and visitors, without more, would be insufficient to sustain conviction…”
Di held No 2:-
“…The accused was not alone when he was arrested. SP7 and SP10 were there too and both
of them had spent the night at that house on the night of the raid. Samiun Mohd Diah, the
occupier of the second room, was also in the house. It was evident that the door of the room
could not be locked and anybody in the house has access to the said room. Mere knowledge by
itself doest not amount to possession. To prove possession; the knowledge of the presence drug
and the custody/control over the substance must be proved by evidence of equivalent facts. In
this regard, the prosecution cited very few facts to enable the court to push mere speculation and
to give rise to a reasonable inference of possession…”
Di held No 3:-
“…The drugs were not found on the accused but in the room to which several persons have
equally access. The presence of SP7, SP10 and Saimun Mohd Dah and other bachelors in the
house raised some doubts as to whether it could be said affirmatively that the drugs were in
the possession of the accused or either one of them or all of them were in joint possession of the
said drugs. Possession requires some nexus, link, or other connection between the accused and
the offending drugs. There was no evidence of additional incriminating
circumstancesimplicating the acused such as finger prints, incriminating statements, efforts to
avoid arrest or the offending drugs were concealed in any portion of the room. The
12
prosecution’s case was barren of establishing, linking or demonstrating a nexus between the
accused and the offending drugs…”
Di held No 4:-
“The accused was not an occupier of the room within the meaning of s. 37(d) of the Act. To be
an occupier of the room or premises, the accused must have exclusive occupation or exclusive
use and care or management of the room or premises where the offending exhibit was found.
The prosecution had tendered the accused personal belongings to trigger the preseumption that
the accused was the occupier of the room. The prosecution had also called SP4, the owner of
the house, to give evidence that the said house was rented out to the accused. However, there
was nothing to show that other persons had access to the said room. In fact, there was evidence
that there were other people inside the house and visitors could enter and leave the said room
freely. As such, the accused had no care and management of the room to trigger the presumption
under s. 37(b) of the Act”
Di dalam kes YAP CHIN CHAI v. PP [2010] 4 CLJ 693 telah diputuskan di held No. 1
dim/surat 698 :-
“…SP5 tidak menyatakan bahawa dia melihat perayu membawa apa-apa apabila perayu
memasuki tandas dengan tergesa-gesa, apatah lagi membuang apa-apa ke dalam jamban
tandas. Ia bukanlah kes pihak pendakwaan bahawa perayu dilihat membuang apa-apa ke dalam
jamban tandas…”
Berdasarkan kepada fakta kes ini jelas membuktikan bahawa kereta kancil tersebut adalah bukan
milik OKT. Keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan telah menafikan kawalan eksklusif OKT
ke atas kereta kancil tersebut serta meninggalkan seribu satu persoalan yang tidak akan terjawab
sampai bila-bila siapakan pemilik sebenar dadah-dadah tersebut. Hanya kehadiran pemilik kereta
kancil tersebut akan dapat menghuraikan persoalan ini.
13
Fakta ini telah menimbulkan keraguan yang maha besar kepada kes pendakwaan berkenaan
dengan kewujudan dadah-dadah tersebut pada masa itu. Persoalannya, adakah benar dadah-
dadah tersebut wujud sebelum pihak polis sampai ke rumah PT 516 setia kasih wakaf bata?
Ataupun, adakah dadah-dadah tersebut telah diletakkan oleh seseorang di dalam kereta kancil
tersebut dengan sengaja untuk mengaitkan OKT dengan penemuan dadah-dadah tersebut?
iii) Percanggahan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan
Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan, adalah dihujahkan bahawa
terdapat percanggahan-percanggahan yang wujud yang mana telah menimbulkan keraguan
terhadap kes pendakwaan. Hujah-hujah pihak pembelaan adalah sebagaimana berikut:-
a) Percanggahan keterangan berkaitan barang kes kereta kancil.
Semasa pemeriksaan utama, SP3 memberitahu Mahkamah bahawa kereta tersebut dibuka oleh
Tuan Salman menggunakan dawai, manakala SP 4 mengatakan bahawa kereta tersebut dibuka
oleh beliau menggunakan dawai.
b) Percanggahan keterangan sebelum OKT ditahan.
Menurut SP4, beliau ada melihat OKT menuju ke kereta kancil dan mensyaki ada beg pada bahu
kanan, dan Nampak pintu kereta dibuka tetapi ketika menahan OKT tiada sebarang beg pada
OKT dan Pintu kereta adalah dalam keadaan tertutup.
Menurut SP6, semasa pemerhatian dan sebelum membuat tangkapan beliau tidak nampak pintu
kereta tersebut dibuka dan ditutup, SP6 juga bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa OKT
tidak membawa apa-apa semasa keluar daripada rumah, apa yang beliau nampak hanyalah
bayang-bayang sahaja.
c) Percanggahan keterangan berhubung barang kes yang dirampas.
14
Menurut keterangan SP7, barang kes yang dirampas (P21. P23 dan P25) adalah sama dengan
barang kes yang ditender di Mahkamah Pada hari ini. Beliau mengecam dadah tersebut
berdasarkan kepada warna sebelum dadah tersebut di hantar ke Jabatan Kimia.
Menurut SP6, beliau tidak dapat memastikan barang kes yang dirampas (P21, P23 dan P25)
adalah sama dengan barang kes yang ditenderkan ke Mahkamah, kerana telah berubah bentuk,
dan apa yang beliau dapat camkan adalah warna yang hampir sama.
d) Percanggahan keterangan berhubung kesan warna pada barang kes yang
dirampas.
Menurut keterangan SP7 beliau dapat mengecam barang kes melalui warna, Apa yang menjadi
persoalan, bagaimana beliau boleh mengetahui warna sesetengah dadah yang berada di dalam
aluminium foil, dengan tanpa membukanya. Adakah dadah tersebut telah diusik sebelum
dihantar ke Jabatan Kimia.
Kerana menurut pakar Kimia, SP1, Warna dadah di dalam Aluminium foil tidak dapat diketahui
sehingga ianya dibuka. Tiada cara lain untuk mengetahui warna dadah tersebut kecuali dengan
membukanya, Pengataan ini juga telah disokong oleh SP6 bilamana beliau tidak dapt
memastikan warna dadah yang terdapat di dalam aluminium foil.
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes MOHAMED BIN KASDI v. PUBLIC
PROSECUTOR [1969] 1 MLJ 135 di mana Hakim Ali J memutuskan:-
“…No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise of a
witness, but when a witness gives or makes two statements which differ in material particulars
there must necessarily be ground for believing that he is not a truthful witness…”
Pihak pembelaan seterusnya merujuk kepada kes PP v. MOHD AZRIN MOHD NOR [2005] 5
CLJ 199 secara khusus di held [2] :-
15
“…Furthermore, on the facts of the instant case, the credibility of the key witnesses, in
particular PW3 and PW5, was seriously in doubt as there were clear discrepancies in their
evidence. PW3, during the examination-in-chief, had no qualms or reservations about using a
sketch plan containing serious misleading information tendered by the prosecution. PW’s
evidence was also highly suspect as there were several material inconsistencies between his
police report and his evidence before this court…”
Di dalam kes BAHARUDDIN BIN HASSAN & ANOR v PENDAKWA RAYA [2009] 6
AMR 501 di held No. 1:-
“…Terdapat percanggahan dalam keterangan saksi pendakwa berhubung identiti bakul plastic
dan penyediaan senarai bongkar, tetapi hakim perbicaraan telah gagal mengarahkan
perhatiannya kepada perkara ini…”
Held No. 3 :-
“…Juga terdapat percanggahan ketara dalam keterangan saksi mengenai tempat dadah ditemui,
samada dalam boot belakang kereta atau dalam bonet kereta. Hakim perbicaraan juga telah
gagal mengarahkan perhatiannya kepada percanggahan fakta ini…”
3. KEGAGALAN MENGEMUKAKAN MAHADI DAN PEMILIK
SEBENAR KERETA KANCIL
Di dalam kes ini, adalah satu fakta bahawa Mahadi turut berada di tempat kejadian semasa
serbuan dibuat di hadapan rumah No PT 516 Taman Setia Kasih, Wakaf Bata 18500, Machang
Kelantan. Juga fakta bahawa kenderaan yang ditenderkan dimahkamah bukanlah milik OKT
berdasarkan no chasis(PM2L200S002171424) yang terdapat pada kenderaan dan no chasis
(PM2L201S002008976) yang terdapat pada carian Maklumat kenderaan.
16
Kegagalan Pihak pendakwaan untuk mengemukakan tuan kepada kereta kancil tersebut telah
menimbulkan infren bertentangan, berhubung kawalan dan juga capaian (access) kepada kereta
kancil tersebut.
Adalah dihujahkan bahawa sebagai pemilik kepada kereta kancil tersebut Pihak Pembelaan
menegaskan semestinya beliau mempunyai capaian langsung kepada kenderaan tersebut.
Begitu juga sebaliknya, kegagalan Pihak Pendakwaan mengemukakan Mahadi telah
menimbulkan keraguan kepada kes tersebut.
Mahadi adalah pihak yang mengetahui kejadian tersebut dari awal sehingga akhir, kerana pada
setiap masa yang material beliau berada di hadapan rumah tersebut bersama-sama OKT.
Keterangan yang diberikan oleh SP7 berhubung pengataan Mahadi adalah tidak boleh
digunapakai, kerana ianya hanyalah dengar cakap sahaja (hearsay) bahkan SP7 bersetuju semasa
disoal balas bahawa semua pengataan berkait Mahadi hanyalah hearsay sahaja.
Pemilik Kereta kancil tersebut dan Mahadi adalah terlalu penting untuk dikemukakan oleh pihak
pendakwaan. Dan kegagalan tersebut telah tidak dapat melepaskan beban pihak pendakwaan.
Berkait dengan isu ini, pihak pembelaan merujuk kepada kes ABDULLAH ZAWAWI v.
PUBLIC PROSECUTOR [1985] 2 MLJ 16 secara khusus dimukasurat 18 – 19 di mana Hakim
memutuskan :-
“The practice of making available a witness or witnesses from whom statement have been
taken is to prevent the defence from commenting upon the honesty of the prosecution and thus
invoking the often-quoted presumption of adverse inference under section 114(g) of the Evidence
Act. But where the prosecution evidence falls short of proving a prima facie case at the end of its
case, the right not to call such witness/witnesses and to make him/them available to the defence
will be no avail. If the doubt consists of the gap arising out of the matters adumbrated earlier,
17
the prosecution must close this gap. It is not for the defence to call the offered witness/witnesses
to supplement the prosecution case”
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes TI CHUEE HIANG v. PUBLIC PROSECUTOR
[1995] 3 CLJ 1 di mana Hakim telah memutuskan di mukasurat 2:-
“Ianya jelas menurut undang-undang bahawa walaupun pendakwaan mempunyai budibicara
penuh mengenai pemilihan saksi-saksi untuk dipanggil di perbicaraan,ianya juga berkewajipan
untuk memanggil kesemua saksi-saksi yang perlu bagi membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa
keraguan yang munasabah, dan jika, dalam melaksanakan budibicaranya itu, ia gagal untuk
memenuhi tanggungjawab tersebut, yang merupakan kewajipan statutori, tertuduh haruslah
dibebaskan”
“Memandangkan keadaan-keadaan kes semasa ini, ianya menjadi kewajipan pihak pendakwaan
untuk memanggil dan memeriksa individu-individu berkenaan, sebagai saksi mereka atau,
sekurang-kurangnya menawarkan mereka untuk diperiksa balas oleh pihak pembelaan atau,
jika tidak pun, menerangkan mengapa mereka tidak dapat atau tidak bersedia untuk
memanggil saksi-saksi tersebut. Ini adalah kerana tanpa testimony mereka akan terdapat
jurang dalam persembahan kes pendakwaan”
Pihak pembelaan merujuk kepada kes TAN TANG SENG lwn PP [2009] 6 CLJ 471di held No.
2:
“…Di dalam kes ini, inferen yang menentang di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 sudah
cukup untuk memusnahkan kes pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Lim
sebagai saksi atau sekurang-kurangnya menawarkan beliau kepada pihak pembelaan boleh
memprejudiskan tertuduh. Keterangan Lim boleh dimanfaati oleh tertuduh. Adalah jelas
ketiadaan keterangan Lim membuka suatu jurang dalam kesinambungan keterangan pihak
pendakwaan…”
18
Di dalam kes PP v. AZLI DAUD [2010] 4 CLJ 367 di held No 1:-
“…The presence of Wan in the house formed the backbone of the accused’s defence. There was
common ground between the defence and the prosecution that Wan was a real person. Both
parties were also in agreement that Wan had come into the house at some point in time hours
before the house was raided by the police. The presence of Wan and general defence of the
accused was not a recent concoction. The prosecution was aware of Wan’s presence from the
beginning…”
Di held No. 2:-
“…From the nature of the defence posited by the accused, it was very apperant that Wan had
become a very material witness. It was thus crucial for the prosecution to close the gap
enumerated above through Wan. In such event, the failure of the prosecution to call Wan before
the close of the prosecution case or to offer Wan to the defence or to call Wan in rebuttal of the
defence, clearly warranted the court to invoke the adverse inference rule under s. 114(g) of the
Evidence Act 1950, against the prosecution even at the stage of the defence case. Clearly the
failure to call Wan or to offer to the defence or in rebuttal was fatal to the prosecution…”
4. SIASATAN SP7 ADALAH AMAT MERAGUKAN DAN TIDAK
MENYOKONG KES PENDAKWAAN
Pihak pembelaan berhujah bahawa kegagalan SP7 menyiasat identiti sebenar kereta kancil dan
pemiliknya telah mencacatkan keseluruhan kes pihak pendakwaan. Berdasarkan kepada
keterangan SP7 sendiri beliau hanya mendapat maklumat kenderaan bergantung kepada carian
maklumat kenderaan sahaja. Tiada sebarang semakan dibuat pada fizikal kereta tersebut.
Buktinya pada hari perbicaraan SP7 begitu yakin no chasis kenderaan adalah sama sebagaimana
carian, dan apabila ditunjukkan oleh pihak pembelaan baru beliau sedar bahawa kenderaan
tersebut mempunyai no chasis yang berbeza. SP7 juga bersetuju dengan pihak pembelaan
19
bahawa siasatan beliau ke atas barang kes adalah tidak sempurna, dan pada masa yang sama
pihak pendakwaan tidak pernah mencabar pengataan tersebut.
Tidak ada langsung usaha dibuat oleh SP7 untuk mengesan Pemilik sebenar kereta kancil
tersebut walaupun terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mengesan pemilik tersebut.
Sebagai contoh, SP7 jika menyiasat kenderaan tersebut secara teliti pasti boleh membuat carian
menggunakan no chasis dan tidak hanya bergantung dengan no pendaftaran sahaja. Dari situ
beliau boleh mengetahui pemilik sebenar kenderaan tersebut dan bagaimana kenderaan tersebut
boleh berada di taman setia kasih pada malam kejadian.
Pihak pembelaan juga berhujah bahawa siasatan keseluruhan kes adalah cacat dan tidak
sempurna, ini kerana melalui keterangan SP7, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa
rumah No. PT 516 Taman Setia Kasih, Wakaf Bata Machang, telah dijadikan markas tempat
pembungkusan dadah, tetapi tiada satu pun peralatan yang digunakan untuk membungkus dadah
ditunjukkan kepada Mahkamah Yang Mulia Ini. Pun begitu SP7 ada juga memaklumkan bahawa
Bilik No 3 di rumah tersebut telah digunakan untuk mempacking dadah, tetapi tiada sabarang
bukti yang menyokong pengataan tersebut, sebagai contoh merakam rajah kasar bagi rumah
tersebut. Di sini timbul persoalan yang maha besar, adakah betul rumah ini mempunyai 3 bilik
atau pun 2 bilik sahaja dan bilik manakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bilik no.3. Atau
pun benarkah OKT pernah terlibat dengan dadah atau cerita ini sengaja diada-adakan.
Pihak pembelaan berhujah dan hanya berhujah bahawa siasatan SP7 telah dijalankan secara tidak
serius dan tidak profesional. Cara dan gaya siasatan sebegini amat mengecewakan kerana kes
pihak pendakwaan adalah bergantung sepenuhnya kepada siasatan pihak polis. Hanya fakta yang
memihak kepada pihak pendakwaan yang disiasat walhal fakta yang memihak kepada OKT tidak
disiasat lansung! Kebergantungan kepada gaya siasatan sebegini membolehkan Mahkamah yang
mulia ini melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan ini. Adalah terlalu merbahaya
bagi Mahkamah untuk mensabitkan OKT di dalam kes ini.
Pihak pembelaan merujuk kepada kes PP lwn SAYUTI MOHD ALI [2009] 9 CLJ 446 secara
khusus di perenggan [56] :-
20
“…Diakui bahawa kekuatan sesuatu kes itu adalah bergantung sepenuhnya kepada hasil
siasatan yang dijalankan serta dengan lain-lain bahan bukti. Untuk hasil penyiasatan yang baik,
pastinya memerlukan sesuatu corak penyiasatan yang lengkap dijalankan. Di dalam soal ini,
peranan seorang pegawai penyiasat kes amatlah penting, perlulah dilihat akan apakah aspek
siasatan yang telah dilakukan – adakah iainya suatu siasatan yang “tip top” ataupun ianya
cuma merupakan sebagai “pelengkap cara”. Sering dikatakan yang seorang pegawai
penyiasat adalah ibarat “tiang seri” bagi sesuatu bangunan, ataupun ibarat tunjang bagi
sebatang pokok; kuat tunjang maka kukuhlah pokok tersebut…”
Kes SAYUTI MOHD ALI juga merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v WONG
MOY [1988] 3 MLJ 280 di held No 2:-
“The investigations in this case were unsatisfactorily conducted. The blemishes in the
prosecution’s case had become accentuated, and more blemishes had been revealed, in the
light of the totality of the evidence. The evidence of certain members of the raiding party with
their inherent inconsistencies and their inconsistencies when viewed against the police
report, the sketch plan, the evidence of the investigating officer and the defence left the court
in a state of doubt as to what actually took place at the time of raid”
Kesimpulan
Berdasarkan kepada hujah-hujah serta nas-nas undang-undang yang dikemukakan pihak
pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie
terhadap OKT sebagaimana pertuduhan-pertuduhan. Pihak pembelaan dengan ini memohon
kepada Mahkamah yang mulia agar melepas dan membebaskan OKT tanpa memanggil untuk
membela diri.
Bertarikh pada 10hb October 2010
…………………………………………..
Peguambela bagi OKT
21
Penghujahan Bertulis Peguambela Di Akhir Kes Pendakwaan beserta Ikatan Otoriti ini
telah difailkan oleh Tetuan Adrina Idris & Associates Peguambela & Peguamcara, yang
beralamat di PT199 & PT200, Tingkat 1, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu Kelantan.
22