PERANAN UMAT ISLAM TERHADAP MASJID
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ
ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓھۀ ہ ہ ہ ہ
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
Subhanahu wa-Taala kerana bertakwa itu menjadikan kita sentiasa
melakukan amal soleh dan menjauhi segala kemungkaran, semoga kita
beroleh keredaan Allah Subhanahu wa-Taala di dunia dan akhirat.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Taala
Masjid adalah simbol atau syiar kewujudan masyarakat Islam, ia juga
merupakan rumah suci tempat ibadah umat Islam, malah diibaratkan
sebagai jantung hati mereka yang beriman kepada Allah Subhanahu wa-
Taala. Selain itu masjid merupakan institusi pembangunan yang
lengkap, meliputi segala kehidupan manusia, memenuhi keperluan dan
kepentingan umat Islam. Masjid juga dijadikan sebagai tempat menjalin
hubungan sillaturrahim dalam kalangan masyarakat umat Islam.
Pada zaman Rasulullah Sallahu alaihi wasallam masjid dijadikan tempat
perhimpunan, pembelajaran, mengatur pertahanan, peperangan dan
pentadbiran Negara. Dijadikan juga dewan mesyuarat dan pusat
penyebaran dakwah dan maklumat kepada umat Islam.
Ketika Rasulullah Sallahu alaihi wasallam tiba di Madinah setelah
berhijrah dari Makkah, perkara yang pertama dilakukan oleh Rasulullah
Sallahu alaihi wasallam ialah mendirikan masjid. Pada zaman awal
Islam, masjid adalah perkara penting dan utama dalam kehidupan
Rasulullah Sallahu alaihi wasallam, para sahabat, tabi’in dan umat Islam
kemudiannya.
Sesungguhnya pembinaan masjid telah dilakukan oleh umat Islam, dari
semasa ke semasa mengikut keadaan tempat umat Islam berada,
mereka mendirikan masjid dengan cara bergotong-royong bermula
dengan mencari bahan-bahan binaan hingga terbinanya sebuah masjid,
walaupun dalam keadaan menghadapi kesukaran dan kesulitan, namun
masjid dibangunkan dengan usaha penduduk tempatan sendiri.
Rasulullah Sallahu alaihi wasallam pernah bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim:
Yang bermaksud: Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya
Allah akan membina baginya sebuah mahligai dalam syurga.
Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tarmizi:
Yang bermaksud: Rasulullah Sallahu alaihi wasallam menyuruh umat
Islam mendirikan masjid-masjid di suatu kawasan, dan hendaklah masjid
itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan.
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan apabila umat Islam
sentiasa berdamping dengan masjid. Rasulullah Sallahu alaihi
wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
:
.
Yang bermaksud: “Apabila kamu melihat seseorang itu rajin datang ke
masjid, saksikanlah bahawa ia benar-benar beriman kerana Allah, dan
Allah berfirman, bahawasanya yang layak memakmurkan masjid
(menghidup dan meraikan) adalah orang yang beriman kepada Allah
dan hari kiamat.”
Sidang jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Taala.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadikan masjid sebagai tempat
menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu wa-Taala melalui ibadat,
majlis ilmu dan lain-lain. Sebaliknya amatlah rugi menjadikan masjid
sebagai gelanggang perpecahan dan permusuhan antara umat Islam.
Janganlah masjid dijadikan hanya tempat persinggahan para musafir
untuk qada hajat semata-mata. Alangkah baik seandainya mereka turut
bersolat dua rakaat tahiyatul masjid serta memberikan sumbangan
kepada masjid. Bagi ahli kariah, Janganlah diri kita, tergolong daripada
golongan yang datang ke masjid hanya seminggu sekali iaitu pada hari
Jumaat atau dua kali setahun pada ‘Aidulfitri dan ‘Aidul Adha. Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah Sallahu alaihi
wasallam bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya rumah Allah di
bumi ini adalah masjid dan menjadi hak Allah memuliakan sesiapa yang
menziarahinya (dalam erti kata solat berjemaah dan menghadiri kuliah).
Dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 108 Allah Subhanahu wa-Taala
berfirman:
ڃ ڃ ڃ چ چ
چ چ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چڦڤ ڤ ڦ ڦ
ڍ ڌ ڌ ڎڍڇ ڇ ڇ ڇ
Yang bermaksud: Jangan engkau bersolat di masjid itu selama-lamanya,
kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad),
yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut
engkau bersolat di situ. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang ingin
membersihkan (menyucikan) dirinya. Allah Mengasihi orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin).