Download - Kaji Seli Dik
kajiselidik.doc
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATANTAHUN 2: SEM 2 (SEPARUH MASA)
GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK: PERSEPSI ORANG RAMAI TERHADAP KEMUDAHAN ICT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
PENSYARAH:
MEJAR MOHD JASMY ABD RAHMAN
NAMA PELAJAR
NORHAYATI ARIFFIN (A138786)EZIYURINA ABD GHANI (A138779)
ROSLINA ZAINUDDIN (A138778)MARZLIZA ABDUL RANI (A138772)
AZNEZA AZIZ (A 138773)
JABATAN KEJURURAWATANFAKULTI PERUBATAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN KUALA LUMPUR
2013/2014
1. PENDAHULUAN
Perkembangan terkini menyaksikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat.Teras
Pertama daripada Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 5 menyatakan bahawa Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu industri penting dalam
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan dengan pertumbuhan sektor ICT yang
pesat dan peranannya merangsang perkembangan industri-industri lain di Malaysia.
Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication
Technologi (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan
sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara,
meramal perkembangan ekonomi negara dan sebagainya.
Walaupun penggunaannya amat meluas,masih terdapat segelintir masyarakat
kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaan ICT dalam
kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengan kemajuan teknologi
sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti
harian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan
prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-
negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam
melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional Justeru itu, pihak
kerajaan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform serta kemudahan
ICT kepada masyarakat dan memberi galakan kepada penggunaan ICT secara
menyeluruh.
Hospital adalah sangat bergantung kepada teknologi maklumat untuk
menyokong Perkhidmatan Maklumat Kesihatan dan fungsi perniagaan yang
berkaitan. Sistem kewangan , klinikal dan pentadbiran. Kebanyakan inisiatif
teknologi maklumat kesihatan kontemporari mempunyai sebagai salah satu matlamat
mereka peningkatan penjagaan pesakit dengan mengurangkan beban pentadbiran
yang diletakkan kepada profesional kesihatan melalui penggunaan sistem maklumat
yang seragam.
2
2. PENYATAAN MASALAH
Penggunaan ICT di Malaysia sekarang berkembang pesat mengikut perkembangan
zaman, lebih banyak kemudahan yang muncul selari dengan kepesatan teknologi kini.
Kemudahan-kemudahan yang wujud itu banyak membantu dalam aktiviti kehidupan
rakyat Malaysia. Teknologi yang canggih dan terkini juga digunapakai di bidang
perubatan pada masa kini. Hospital kini telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan
teknologi terkini bagi mempercepatkan proses perawatan kepada pesakit.
3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kefahaman orang ramai
tentang ICT dan Selain itu,dalam kajian ini akan menyenaraikan kepentingan
penggunaan ICT di Hospital UKM dan beberapa contoh ICT yang ada di
PPUKM .Tidak lupa juga, dalam penulisan ini akan membincangkan cadangan –
cadangan untuk penambahbaikkan sistem ICT di Hospital UKM
4. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :
4.1. Mengetahui tahap kefahaman orang ramai terhadap aplikasi ICT
4.2. Mengenal pasti tahap persepsi orang ramai terhadap kemudahan ICT
4.3 Memahami tahap keperluan penggunaan sistem ICT di PPUKM
3
5. SKOP KAJIAN
Skop kajian bagi penulisan ini adalah tertumpu kepada orang ramai di PPUKM Soalan kaji
selidik diedarkan kepada 30 responden . Selain itu, ianya dapat membantu dalam memberi
maklumat berkaitan kepentingan kemudahan sistem ICT kepada orang ramai secara tidak
langsung.
6. PERSOALAN KAJIAN
6.1 Apakah tahap kefahaman orang ramai terhadap aplikasi ICT
6.2 Apakah persepsi orang ramai terhadap penggunaan ICT di PPUKM
6.3 Apakah tahap keperluan penggunaan sistem ICT di PPUKM
7. METHODOLOGI KAJIAN
7 .1. Kaedah pengumpulan data menggunakan soalan terikat (biodata responden) dan tidak
terikat(menggunakan soalan berbentuk penyataan dengan menggunakan berskala
likert.
7.2. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajiselidik. Kaji selidik ini dilakukan kepada
responden dengan pemberian kertas kajian secara langsung.
7.3. Populasi kajian ini adalah meliputi pekerja di sekitar PPUKM
7.4 Pemilihan seramai 30 orang disekitar kawasan PPUKM dan dipilih secara rawak.
7.5 Analisis data – Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan
digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999) Kajian ini
mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi data yang
diperolehi dari borang soalselidik, ia dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) version 21.0 dengan teknik-teknik statistic
berbentuk diskriptif. Teknik statistic diskriptif digunakan untuk meneliti taburan
demografi responden sekitar PPUKM. Analisis ini dapat membantu memerihal profil
peserta seperti umur, bangsa, pendapatan, taraf pendidikan dan sebagainya melaui
teknik peratusan.
4
7.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN INSTRUMEN KAJIAN
Mengikut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrument kajian
menunjukkan responden telah menjawab soalan dalam keadaan konsisten. Beliau
telah memberi garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang menerangkan
kekuatan hubungan seperti didalam jadual 1 dibawah:
ALPHA COEFFICIENT RANGE KEKUATAN HUBUNGAN
1
2
3
4
5
Sangat tidak Setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
5
8. HASIL KAJIAN
8.1. (BAHAGIAN A)
8.1.1. JANTINA
Carta dan graf diatas menunjukkan jumlah responden yang terlibat dalam kaji selidik
ini.Hasil dari kaji selidik ini memberi petunjuk bahawa responden terdiri daripada perempuan
iaitu 22 orang dan 8 orang responden adalah lelaki. Majoriti responden yang terlibat adalah
dari kaum hawa dan mereka adalah golongan yang mudah memberikan kerjasama .Ini
6
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Perempuan 23 76.7 76.7 76.7
Lelaki 7 23.3 23.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
menunjukkan orang awam yang datang ke PPUKM adalah tergolong dari kaum
wanita.Golongan ini terdiri dari pesakit,keluarga pesakit dan pelawat ke PPUKM.Pada masa
kini kaum wanita lebih terdedah didalam bidang ICT disebabkan kebanyakkan dari mereka
adalah bekerjaya.
8.1.2. UMUR
7
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 19-25 tahun 11 36.7 36.7 36.7
26-30 tahun 11 36.7 36.7 73.3
31-35 tahun 5 16.7 16.7 90.0
36 keatas 3 10.0 10.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Secara keseluruhannya purata responden disini adalah dari peringkat umur 19-25 tahun
sebanyak 14 orang. Responden selebihnya adalah berumur 26-35 tahun iaitu sebanyak 7
orang .Rata-rata kaji selidik ini lebih mendapat kerjasama dari golongan dewasa . Golongan
muda adalah lebih berminat dan memerlukan teknologi ini antaranya mereka telah
didedahkan semasa mengikuti pengajian atau di tempat bekerja. Selain itu golongan ini lebih
peka dengan penggunaan ICT.
8.1.3. ETNIK
8
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Melayu 21 70.0 70.0 70.0
cina 4 13.3 13.3 83.3
India 4 13.3 13.3 96.7
lain-lain 1 3.3 3.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Hasil kajian mendapati seramai 30 responden yang terlibat terdiri daripada 20 orang
melayu, cina dan india melibatkan jumlah yang sama seramai 4 orang dan selebihnya dari
golongan lain-lain adalah Sabah dan Sarawak. Ini kerana kaum melayu mudah terdedah
dengan ICT .Mereka lebih mudah memberi kerjasama dan ingin tahu dan lebih berminat
tentang hal-hal yang berkaitan dengan ICT.
kajian.doc
8.1.4. PEKERJAAN
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid
kerajaan 15 50.0 50.0 50.0
swasta 5 16.7 16.7 66.7
sendiri 3 10.0 10.0 76.7
Lain-lain 7 23.3 23.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
9
Hasil daripada pengumpulan data,carta diatas menunjukkan adalah 15 responden
terdiri daripada mereka bekerja di sektor awam.5 responden yang bekerja dalam
sektor swasta. Responden yang paling sedikit adalah bekerja sendiri.Yang
selebihnya 7 orang adalah dari golongan surirumah tangga.
8.1.5. PENGLIBATAN RESPONDEN DALAM KOMUNIKASI DAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Ya 21 70.0 70.0 70.0
Tidak 9 30.0 30.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
10
Carta di atas menunjukkan 21 responden majoriti daripada mereka melibatkan
diri dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat. Selebihnya sebanyak 9
responden tidak melibatkan diri didalam bidang komunikasi.Ini kerana seiring dengan
zaman teknologi sekarang golongan dewasa lebih berminat untuk mengetahui lebih
mendalam tentang ICT dan lebih peka dengan kehadiran teknologi baru yang canggih.
8.1.6. TAHAP PENDIDIKAN
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid ijazah/Phd/master 3 10.0 10.0 10.0
Diploma 21 70.0 70.0 80.0
Menengah 4 13.3 13.3 93.3
11
Rendah 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Berdasarkan carta diatas jumlah tertinggi adalah dari golongan orang ramai
terdiri daripada pemegang diploma iaitu seramai 21 responden.Manakala selebihnya
adalah dari kalangan lepasan sekolah menengah dan rendah.Ini kerana kebanyakkan
dari mereka mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi atau kolej-kolej swasta.
8.1.7. KEDIAMAN
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Rumah teres 3 10.0 10.0 10.0
Apartment 10 33.3 33.3 43.3
12
Pangsapuri 6 20.0 20.0 63.3
Lain-lain 11 36.7 36.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Majoriti dari kediaman yang diduduki responden terdiri daripada apartment
sebanyak 20 orang.Ini kerana lokasi PPUKM yang strategik di Pusat Bandaraya dan
seiring dengan jumlah kepadatan penduduk di sekitarnya.Ramai responden memilih
untuk mendiami apartment kerana keselamatan terjaga dengan adanya kawalan
keselamatan .
8.2 BAHAGIAN B (KEFAHAMAN)
8.2.1 Penyataan : ICT berguna untuk urusan harian seperti perbankan, kiosk, dan tambah
nilai.
13
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Kurang setuju 1 3.3 3.3 3.3
setuju 12 40.0 40.0 43.3
sangat setuju 17 56.7 56.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Graf di atas yang telah dianalisis bagi soalan ini menunjukkan jumlah tertinggi iaitu 17
responden berpendapat sangat setuju manakala 12 responden setuju dengan soalan di atas dan
hanya seorang sahaja kurang setuju dengan soalan yang diajukan. Dari bilangan yang
diperolehi dapat dirumukan bahawa majoriti responden yang sangat setuju dan setuju
bahawa ICT berguna untuk urusan harian seperti perbankan ,kiosk, dan tambah nilai. Jika
dilihat dari urusan seharian orang ramai yang sibuk pada zaman teknologi terkini, ramai
orang lebih senang menggunakan kiosk-kiosk yang sedia ada bagi menjimatkan masa dan
boleh di buat diluar waktu pejabat serta pada hari-hari cuti.8.2.2 Penyataan : Internet merupakan sumber access yang mudah untuk mendapatkan maklumat.
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid setuju 15 50.0 50.0 50.0
14
sangat setuju 15 50.0 50.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Graf ini menunjukkan bahawa 15 dari responden setuju dengan penyataan di atas. Manakala
15 dari responden adalah sangat setuju. Kenapa dan mengapa ramai bersetuju , ini kerana
internet merupakan sumber akses yang mudah untuk mendapatkan maklumat. Ini kerana pada
zaman berteknologi tinggi, semua institusi tinggi, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, swasta
dan hospital menggunakan internet bagi mendapat maklumat dan digunakkan semasa proses
pembelajaran. Tidak kira dimana saja kita berada dengan menggunakan telefon pintar
maklumat boleh diperolehi dimana-mana dan pada waktu yang cepat dan singkat. Semua
maklumat boleh diperolehi hanya dihujung jari dengan hanya melayari internet.
Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat 2 responden kurang setuju dengan pernyataan ini,
berkemungkinan kerana ada yang tidak tahu menggunakan internet atau menggunakan
komputer. Jika kita tidak biasa dengan penggunaan komputer sudah tentu kita tidak tahu
menggunakan internet walaupun ianya sangat mudah dan senang.
8.2.3 Penyataan : Saya banyak berkomunikasi dengan menggunakan teknologi terkini seperti
email, twitter, whassap.
soalan9B
15
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Kurang setuju 3 10.0 10.0 10.0
setuju 17 56.7 56.7 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Berdasarkan carta bar di atas majoriti daripada responden bersetuju dengan pernyataan di
atas. Seramai 18 responden bersetuju manakala 10 responden sangat setuju dengan
pernyataan ini. Ini kerana pada zaman sekarang majoriti orang ramai menggunakan email,
twitter dan whassap bagi tujuan menyebarkan maklumat dengan cepat. Maklumat akan
sampai hanya dengan beberapa saat sahaja. Jelas ini menunjukkan ia mudah dan senang.
Hasil kajian juga, terdapat hanya 2 responden kurang setuju dengan pernyataan diatas. Ini
mungkin disebabkan responden tidak terdedah dengan teknologi terkini walaupun ia mudah
dan senang. Disamping itu, tidak semua responden menggunakan atau mampu untuk
memiliki kemudahan komunikasi.
8.3 BAHAGIAN C (KEMUDAHAN)
8.3.1 Penyataan: Sistem ICT seperti informasi amat berguna pada orang ramai
16
soalan2C
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid setuju 22 73.3 73.3 73.3
sangat setuju 8 26.7 26.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Mengikut graf diatas, sistem ICT seperti informasi, adalah berguna pada orang ramai. Ini
ditunjukkan melalui penilaian yang diperolehi dimana 22 orang responden bersamaan 73.3%
adalah bersetuju dan 8 responden bersamaan 26.7% adalah sangat setuju. ICT amat berguna
kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga. Responden bersetuju dengan kegunaan ICT serta
menyokong bahawa ia amat berguna pada masa kini dan memudahkan terutama dalam proses
pemeriksaan kesihatan diagnostik dan sebagainya.
8.3.3 Penyataan : Penggunaan ICT di PPUKM amat memuaskan.
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
17
Valid Sangat tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
Kurang setuju 9 30.0 30.0 33.3
setuju 18 60.0 60.0 93.3
sangat setuju 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
PPUKM menyediakan kemudahan ICT kepada orang ramai serta kakitangan, kemudahan
informasi yang terdapat di PPUKM adalah seperti sistem maklumat pesakit, C-hets, Medweb
dan sebagainya. Berdasarkan graf diatas, melalui kajian yang dihasilkan, penggunaan ICT
amat memuaskan responden yang mendapatkan perkhidmatan di PPUKM, seramai 60%
adalah bersetuju dan 6.7% sangat setuju manakala terdapat juga responden yang kurang
setuju dengan kemudahan ICT yang disediakan, 30% dari mereka adalah kurang setuju dan
hanya 3.3% sangat tidak setuju. Ini bermakna PPUKM adalah salah satu hospital yang
mengamalkan dan mengguna pakai teknologi terkini.
8.3.4 Penyataan: Terdapat kemudahan Wifi di PPUKM kepada orang ramai
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
18
Valid Sangat tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
Tidak setuju 2 6.7 6.7 10.0
Kurang setuju 13 43.3 43.3 53.3
setuju 12 40.0 40.0 93.3
sangat setuju 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Wifi adalah salah satu kemudahan yang menjadi keperluan dalam urusan komunikasi seperti
melayari internet, email, informasi dan sebagainya. Kajian ini kami jalankan bagi mendapat
respon serta maklumat dari orang ramai berkaitan kepentingan wifi kepada mereka. Hasil
kajian menunjukkan hampir separuh dari responden kurang bersetuju dengan penyataan
soalan. Manakala 46.7% responden menyatakan PPUKM menyediakan kemudahan wifi. Ini
berkemungkinan responden yang tidak bersetuju tidak mengetahui kemudahan ini disediakan
oleh PPUKM.
8.3.5 Penyataan: PPUKM adalah hospital tercanggih dengan menggunakan ICT.
19
PPUKM adalah salah satu dari hospital yang mengamalkan kemudahahan teknologi
maklumat dan perawatan terkini pada masa sekarang. Secara kasarnya majoriti dari
responden iaitu 53.3% yang tidak menyokong pernyataan diatas. Walaubagaimanapun,
46.6% bersetuju menyatakan PPUKM adalah hospital tercanggih dengan menggunakan ICT.
Kemungkinan responden yang tidak bersetuju adalah mereka yang tidak peka dengan
kemudahan yang disediakan atau tidak menggunakan kemudahan tersebut.
8.4 BAHAGIAN D ( PENGGUNAAN )
8.4.1 Penyataan: Sistem penggunaan ICT kepada orang ramai perlu di perluaskan.
20
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
Tidak setuju 3 10.0 10.0 13.3
Kurang setuju 12 40.0 40.0 53.3
setuju 13 43.3 43.3 96.7
sangat setuju 1 3.3 3.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Kurang setuju 1 3.3 3.3 3.3
setuju 13 43.3 43.3 46.7
sangat setuju 16 53.3 53.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Carta diatas menunjukkan 16 responden sangat setuju dengan sistem penggunaan ICT perlu
diperluaskan kepada orang ramai manakala 14 responden setuju dengan pernyataan di atas.
Dengan ini penggunaan ICT amat berguna dan bermakna dan jelas menunjukkan ia perlu
diperluaskan lagi penggunaannya khusus kepada orang ramai. Orang ramai yang datang ke
hospital kebanyakkannya bertujuan untuk mendapatkan rawatan seperti perkhidmatan
diagnostik makmal, farmasi, sistem maklumat temujanji pesakit dan sebagainya.. Disamping
itu secara tidak langsung urusan harian seperti melayari internet bagi mendapatkan maklumat
dan memudahkan urusan yang berkaitan. Sistem ICT yang sedia ada di PPUKM amat terhad
kepada orang ramai dimana penggunaan ICT lebih kepada pihak hospital.
8.4.2 Penyataan: Pelbagai kemudahan ICT di PPUKM memberi manfaat kepada orang ramai.
21
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
Kurang setuju 4 13.3 13.3 16.7
setuju 21 70.0 70.0 86.7
sangat setuju 4 13.3 13.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Berdasarkan graf diatas, menunjukkan 21 responden setuju dengan pernyataan di atas. Hanya
4 responden sahaja sangat bersetuju. Peratusan yang kurang setuju amat sedikit iaitu
sebanyak 4 responden dan 1 responden sangat tidak setuju. Daripada hasil kajian ini didapati
terdapat pelbagai kemudahan ICT di PPUKM. Ia banyak memberi manfaat kepada orang
ramai kerana ianya cepat dan sistematik. Sebagai contoh, kiosk tambah nilai yang sedia ada,
pusat informasi untuk pesakit dan sebagainya. Bersesuaian dengan hospital penyelidikan
yang canggih sudah tentu ia menyediakan pelbagai kemudahan ICT yang canggih.
8.4.3 Penyataan: ICT merupakan satu keperluan kepada orang ramai terutamanya pesakit.
22
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Kurang setuju 5 16.7 16.7 16.7
setuju 20 66.7 66.7 83.3
sangat setuju 5 16.7 16.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Daripada carta di atas seramai 20 responden setuju dengan pernyataan ini. Seramai 5
responden sangat setuju manakala 5 responden lagi kurang setuju. Jelas sekali ini
menunjukkan responden amat memerlukan sistem ICT. Keperluan sistem ICT terutamanya
kepada pesakit adalah seperti penggunaan CHETS untuk urusan temujanji, OMS untuk
urusan makmal diagnostik dan sebagainya. Selain daripada itu untuk pesakit yang bekerja di
sektor awam, penggunaan ICT digunakan untuk mendapatkan guarantee letter. Pesakit tidak
perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor kerana keputusan ujian darah dan rekod
kesihatan pesakit boleh diperolehi pada masa yang singkat.
23
9.0 CADANGAN KAJIAN
Dari hasil kajian ini majoriti responden menganggap kemudahan ICT di PPUKM ini kurang
memuaskan untuk penggunaan khususnya kepada orang ramai. PPUKM perlulah lebih
mempromosikan pusat informasi pelanggan yang sedia ada kepada orang ramai serta
menyediakan kemudahan-kemudahan ICT yang lebih baik seperti wifi kepada pelanggan
PPUKM. Wifi bukan sahaja kepada kakitangan malahan kepada orang ramai. Cara ini adalah
salah satu untuk mempromosikan serta menaik taraf perkhidmatan di PPUKM serta memberi
kemudahan kepada pelanggan. Ini secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk
dating mendapatkan rawatan di PPUKM.
10. KESIMPULAN
Berdasarkan penulisan yang telah dibuat dan dibincangkan, disini boleh dirumuskan bahawa
masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengetahui tentang apa itu ICT dan
kepentingan . Pelbagai persepsi orang ramai berkaitan dengan kemudahan ICT di PPUKM.
Kebanyakkan mereka ini adalah dari golongan yang mengikuti perkembangan ICT pada masa
terkini. Dari hasil kajian yang diperolehi pelbagai penambahbaikan boleh dibuat untuk
memuaskan hati pelanggan.
24
11.0 RUJUKAN
1. Woodul, C.E., Vitale, M.R., Scott, B.J. Using a cooperative multimedia learning environment to enhance learning and affective self-perceptions of at-risk studnts in grade 8. Journal of Educational Technology System, Vol 28(3) 239-252. 1999-2000
2. Kulik, J., Banert, R., dan Williams, G. Effects of Computer-based Teaching on Secondary School Students. Journal of Educational Psychology 75 (1983), 19-26
3. Penggunaan alat bantu mengajar inidikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).
4. Smith, S.B., Smith, S.J. dan Boone, R. Increasing access to teacher preparation: theeffectiveness of traditional instructional methods in an online learning environment.Journal of Special Education Technology. 2000. 15 (2): 37-46
5. Rio Sumarni Sharifuddin. Pengajaran dan Pembelajaran Sains berbantukan Komputer. Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil.1. April 1995: hal. 1-5. 1997
6. Bruce I. Blum Clinical information system-A review, wertern journal of medicine, 145:791-797(1986)
7. Abdul Manan, M.D.,Mohd Kamil, H. Kajian tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat di kalangan anggota jabatan kesihatan negeri Terengganu.
8. Ab. Rahim Selamat. 2000. Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd
9. Mitra, A, Steffenmeier, T. Lenzmeier, S. dan Massoni, A. Changes in Attitudes toward Computers and Use of Computers by University Faculty. Journal of Research on Computing in Education. 1999. 32 (1): 89-202
10. Markham, S., Kordsmeier, W. dan Gatlin-Watts, R. Computer Availability and Applications in Selected European Business Schools. Journal of Information Systems Education. 2003. 14 (2): 173-180.
25