Download - KaunSeling

Transcript

ETIKA KAUNSELING

ETIKAEtika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej bidang kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupunnilai. Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.

PENGENALAN ETIKAEtika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed, (dalam Othman Mohamed, 2005:283-284),kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ;1) Pola hidup am atau suatu cara hidup.2) Set peraturan tingkah laku atau kod moral3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting baikmembantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006: 202) ,etika berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud watak atau resam yang merujuk kepada piawaian perlakuan manusia. Menurut Corey, Corey dan Callanan ,1988(dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika merupakantatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ia merupakan piawai asas bagi mencerminkan satu praktis professional dan merupakan suatu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan , 1998 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika membawa makna prinsip moral (atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan ( persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Ianya adalah nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing.Disamping itu , etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan pelajar. Etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila berhadapan dengan isu moral.Kitchener ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:56-57) menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga kaunselor.Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat menyelesaikan masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.

1. Kaunseling jangka pendek.Perjanjian ini melibatkan sesi kaunseling selama 6-12 sesi. Namun,perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru.

2. Kaunseling jangka panjang.Perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih.

MenurutPeterson J.V. dan Nisenholz ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:57) ,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikatjuga mempunyai standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Digariskan tiga kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan professional dan menangani seksual.

KOD ETIKA DALAM KAUNSELINGEtika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu :1. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data.2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.4. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.5. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain.6. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.7. Apabila kaunselormendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata.8. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan disebarkan oleh media massa.9. Berhubungdengan pekerjaan profesion, kaunselor mesti menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat diteruskan.

KEPENTINGAN ETIKASeperti mana yang telah dinyatakan bahawa etika kaunseloradalah sebagaisatu garis panduan menjalankantugas sebagai seorang kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), segalaperbalahandalam profesiondapat diselesaikan berdasarkan garis panduan yang ada pada etika. Ini secara langsungdapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara umumnya , etika ini memberitahu kaunselorapa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselorprofesional.

Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antaratingkah laku yang menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang beliau tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks dengan klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan sebagainya. Glading ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah tingkah laku menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan adajuga yang tidak. Namun demikian, kesanyang timbul hasil daripada tindakan menyelewengitu akan memberikesan yang negatif kepada kliendan juga profesionkaunseling itu sendiri.

Seterusnya PERKAMA ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261) menggariskanempat perkara utama iaitudalam kod tatalakuyang perlu dipatuhi oleh para kaunselor seperti :1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identity sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.2. Kaunselor hendaklahsentiasa berusaha menilai dan meningkatkanpengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujurselaras dengan profesion kaunseling.4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim ( regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).Daripada penyataan yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa dalam usaha untuk membantu klien, maka seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran membantu yang tertentu agar pertolongan yang diberikan tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan klien. Disamping itu,untuk membantu klien, kaunselor juga perlu sedar batasan yang perlu dipatuhi. Kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan jujur, iaitu tidak mempunyaikepentingan peribadi apabila membantu klien. Dengan cara ini, profesion kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih baik daripada masyarakat.

Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah :1. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.2. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.3. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga, organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.

Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu / klien, masyarakat dan organisasiIndividu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.

Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.

Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

PRINSIP ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONGPerhubungan menolong amat utamakan kepada kebajikan dan kesejahteraan klien. Kaunselor perlu memahami bahawa proses membuat pertolongan adalah berlandaskan kepada prinsip yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis panduan atauperaturan yang digunakan untuk menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut Kitchener ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), telah mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusansecara beretika di dalam perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagaigolden five principlesialahautonomy, beneficence, nonmalefinence, justicedanfidelity.

1. Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini , menurut Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat.2. BeneficenceBeneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar.3. NonmaleficenceNonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 205), kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.4. JusticeMerujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.5. FidelityFidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 206), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaanserta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.

ISU ETIKAMenurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor sebagai professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses kaunseling , banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya mendatangkan dilemma bagi kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien , hak masyarakat, hak kebebasan, kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan professional oleh kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan proses kaunseling dan salah praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan penduaan dan proses kaunseling serta tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu mendapat persetujuan termaklum daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling, keadilan dan kesetiaan, perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta keselamatan subjek. Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor membuat pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa berwaspada kepada tatasusila profesion, namun ada isu isu yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika sahaja.Dalam keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika. Suatudilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan yang terselubung dalamnya perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika yang agak bercanggah dan pincang.

Menurut Kichener, 1989 ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan kea rah penerapan prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh berpandukan penggunaan dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi;2) tahap kritikan-penilaian. Tahap intuisis berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada penyataan apakah yang wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur intuisi demikian mempunyai asas bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai suatu keupayaan pengetahuan etika dan pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi dan rasional tentang elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang menglibatkan tindakan sama ada oleh kaunselor , klien atau pihak ketiga yang begitu abstrak.

KESIMPULANPerkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.

RUJUKAN

Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009.Bimbingan dan Kaunseling Sekolah :Etika Kaunseling.Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010.Teori dan Amalan Kaunseling : EtikaKaunseling.Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad.Bimbingan dan Penasihatan :Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika.Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad JaziminJusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009.KemahiranBimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Othman Mohamed. 2005.Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling : Etika danPerundangan Kaunseling.Selangor. Universiti Putra Malaysia.

REBT (Rational Emotive Behavior Therapy)

A.NAMA PENDEKATANRATIONAL EMOTIVE BAHVIOR THERAPY

B.SEJARAH PERKEMBANGANRasional Emotive Behavior Therapy(REBT) sebelumnya disebutrational therapydanrational emotive therapy, merupakan terapi yang komprehensif, aktif-direktif, filosofis dan empiris berdasarkan psikoterapi yang berfokus pada penyelesaian masalah-masalah gangguan emosional dan perilaku, serta menghantarkan individu untuk lebih bahagia dan hidup yang lebih bermakna (fulfilling lives). REBT diciptakan dan dikembangkan oleh Albert Ellis (1950an), seorang psikoterapis yang terinspirasi oleh ajaran-ajaran filsuf Asia, Yunani, Romawi dan modern yang lebih mengarah pada teori belajar kognitif. Asal-usul terapi rasional-emotif dapat ditelusuri dengan filosofi dari Stoicisme di Yunani kuno yang membedakan tindakan dari interpretasinya. Epictetus dan Marcus Aurelius dalam bukunya The Enchiridion, menyatakan bahwa manusia tidak begitu banyak dipengaruhi oleh apa yang terjadi pada dirinya, melainkan bagaimana manusia memandang/menafsirkan apa yang terjadi pada dirinya (People are not disturbed by things, but by the view they take of them). Pada mulanya Ellis menggunakan psikoanalisis danperson-centered therapydalam proses terapi, namun ia merasa kurang puas dengan pendekatan dan hipotesis tingkah laku klien yang dipengaruhi oleh sikap dan persepsi mereka. Hal inilah yang memotiviasi Ellis mengembangkan pendekatanrational emotivedalam psikoterapi yang ia percaya dapat lebih efektif dan efisien dalam memberikan efek terapeutik. Ellis mengembangkan teori A-B-C, dan kemudian dimodifikasi menjadi pendekatan A-B-C-D-E-F yang digunakan untuk memahami kepribadian dan untuk mengubah kepribadian secara efektif. Pada tahun 1990-an, Ellis mengganti nama pendekatan tersebut denganRasional Emotive Behavior Therapyatau yang biasa kita singkat menjadi REBT. Sampai saat ini, REBT merupakan salah satu bagian daricognitive behavior therapy(CBT).

C.HAKIKAT MANUSIAPendekatan Rational Emotive Behavior Therapi (REBT) memandang manusia sebagai individu yang didominasi oleh sistem berfikir dan sistem perasaan yang berkaitan dalam sistem psikis individu. Keberfungsian individu secara psikologis ditentukan oleh fikiran, perasaan dan tingkah laku. Tiga aspek ini saling berkaitan karena satu aspek mempengaruhi aspek lainnya.Secara khusus, pendekatan ini berasumsi bahwa individu memiliki karakteristik sebagai berikut:1.Individu memiliki potensi yang unik untuk berfikir rasional dan irrasional.2.Pikiran irasional berasal dari proses belajar, yang irasional didapat dari orangtua dan budayanya.3.Manusia adalah makhluk verbal dan berfikir melalui simbol dan bahasa. Dengan demikian, gangguanemosional yang dialami individu disebabkan oleh verbalisasi ide dan pemikiran irrasional4.Gangguan(self verbalising) yang terus menerus emosional yang disebabkan oleh verbalisasidan persepsi serta sikap terhadap kejadian merupakan akar permasalahan, bukan karena kejadian itu sendiri.5.Individu memiliki potensi untuk mengubah arah hidup personal dan sosialnya.6.Pikiran dan perasaan yang negatif dan merusak diri dapat diserang denganmengorganisasikan kembali persepsi dan pemikiran, sehingga menjadi logis dan rasional.

Secara dialektik, REBT berasumsi bahwa berfikir logis itu tudak mudah, kebanyakan individu cenderung ahli dalam berfikir tidak logis. Contoh berfikir tidak logis biasanya banyak menguasai individu adalah:Saya harus sempurnaSaya baru saja melakukan kesalahan, bodoh sekali!Ini adalah bukti bahwa saya tidak sempurna, maka saya tidak berguna.Secara sistem nilai, terdapat dua nilai eksplisit yang biasanya dipegang oleh individu namun tidak sering diverbalkan, yaitu (1) nilai untuk bertahan hidup (survival) dan (2) nilai kesenangan (enjoyment). Kedua nilai ini didesain oleh individu agar ia dapat hidup lebih panjang, menetralisir stress emosional dan tingkah laku yang merusak diri, serta mengaktualisasikan diri sehingga individu dapat hidup dengan penuh bahagia.Meskipun teori ini tidak membahas tahap perkembangan individu, pendapat REBT bahwa anak-anak paling gampang terkena pengaruh dari luar dan memiliki cara berfikir yang tidak rasional daripada orang dewasa. Pada dasarnya,mausia itu naif, mudah disugesti, dan mudah terusik. Secara keseluruhan orang mempunyai kemampuan dalam dirinya sendiri untuk mengontrol pikiran, perasaan dan tindakan, tetapi pertama-tama dia harus menyadari apa yang mereka katakan pada diri sendiri (bicara pada diri sendiri) untuk mendapatkan atas kehidupannya.Ellis mengidentifikasi sebelas keyakinan irrasional individu yang dapat mengakibatkan masalah, yaitu:1.Saya yakin harus dicintai atau disetujui oleh hampir setipa orang dimana saya menjalin kontak.2.Saya yakin mestinya harus benar-benar kompeten, adekuat dan mencapai satu tingkat penghargaan yang diakui seutuhnya.3.Beberapa orang berwatak buruk, jahat dan kejam, karena itu mereka layak disalahkan dan dihukum.4.Menjadi sebuah bencana besar ketika suatu hal terjadi seperti yang tidak pernah saya inginkan.5.Ketidakbahagiaan disebabkan oleh situasi tertentu yang berada diluar kemampuan saya mengendalikannya.6.Hal-hal yang berbahaya atau menakutkan adalah sumber terbesar kekhawatiran, dan saya harus mewaspadai potensi destruktifnya.7.Lebih mudah menghindari kesulitan dan tanggung jawab tertentu ketimbang menghadapinya.8.Saya meatinya bergantung pada beberapa hal dan orang lain, dan mestinya memiliki orang-orang yang sungguh bisa diandalkan untuk memperhatikan saya.9.Pengalaman dan kejadian masa lalu menentukan perilaku saya saat ini; pengaruh masa lalu tidak pernah bisa dihapus.10.Saya mestinya cukup kesal terhadap problem dan gangguan yang ditimbulkan orang lain.11.Selalu terdapat solusi benar atau sempurna untuk setiap problem, dan itu mestinya bisa ditemukan, atau problemnya tidak akan pernah selesai hingga tuntas.12.D.PERKEMBANGAN PERILAKU1.STRUKTUR KEPRIBADIANPandangan pendekatan rasional emotif tentang kepribadian dapat dikaji dari konsep-konsep kunci teori Albert Ellis : ada tiga pilar yang membangun tingkah laku individu, yaituActivating event(A),Belief(B), danEmotional consequence(C). Kerangka pilar ini yang kemudian dikenal dengan konsep atau teori ABC.

Activating event(A)yaitu segenap peristiwa luar yang dialami atau memapar individu. Peristiwa pendahulu yang berupa fakta, kejadian, tingkah laku, atau sikap orang lain. Perceraian suatu keluarga, kelulusan bagi siswa, dan seleksi masuk bagi calon karyawan merupakanantecendent eventbagi seseorang.Belief(B)yaitu keyakinan, pandangan, nilai, atau verbalisasi diri individu terhadap suatu peristiwa. Keyakinan seseorang ada dua macam, yaitu keyakinan yang rasional (rational beliefatau rB) dan keyakinan yang tidak rasional (irrasional beliefatau iB). Keyakinan yang rasional merupakan cara berpikir atau sistem keyakinan yang tepat, masuk akal, bijaksana, dan karena itu menjadi produktif. Keyakinan yang tidak rasional merupakan keyakinan atau sistem berpikir seseorang yang salah, tidak masuk akal, emosional, dan karena itu tidak produktif.Emotional consequence(C)merupakan konsekuensi emosional sebagai akibat atau reaksi individu dalam bentuk perasaan senang atau hambatan emosi dalam hubungannya denganantecendent event(A). Konsekuensi emosional ini bukan akibat langsung dari A tetapi disebabkan oleh beberapa variable antara dalam bentuk keyakinan (B) baik yang rB maupun yang iB.Disputing(D), terdapat tiga bagian dalam tahap disputing, yaitu:1)Detecting irrational beliefsKonselor menemukan keyakinan klien yang irasional dan membantu klien untuk menemukan keyakinan irasionalnya melalui persepsinya sendiri.2)Discriminating irrational beliefsBiasanya keyakinan irasional diungkapkan dengan kata-kata: harus, pokoknya atau tuntutan-tuntutan lain yang tidak realistik. Membantu klien untuk mengetahui mana keyakinan yang rasional dan yang tidak rasional.3)Debating irrational beliefsBeberapa strategi yang dapat digunakan:The lecture (mini-lecture),memberikan penjelasan.Socratic debate, mengajak klien untuk beradu argumen.Humor, creativityseperti: cerita, metaphors, dll.Self-disclosure: keterbukaan konselor tentang dirinya (kisah konselor, dll)

2.PRIBADI SEHAT DAN BERMASALAHa.Pribadi SehatIndividu yang dapat berpikir secara rasional dalam menanggapi setiap rangsangan terhadap dirinya.b.Pribadi BermasalahDalam perspektif pendekatan konseling rasional emotif tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang didasarkan pada cara berpikir yang irrasional. Terdapat tujuh faktor yang dapat digunakan untuk mendeteksi pikiran irasional, yaitu:1.Lihat pada generalisasi yang berlebihan (overgeneralization)2.Lihat pada distorsi (distortion)3.Lihat pada hal-hal yang dihapus (deletion)4.Lihat pada hal-hal yang dianggap tragedi atau bencana (catastrophising)5.Lihat pada penggunaan kata-kata absolut6.Lihat pada pernyataan yang menunjukkan ketidaksetujuan terhadap sesuatu atau seseorang yang konseli pikir mereka tidak dapat menahannya.7.Lihat pada ramalan atau prediksi masa depan.

E.HAKIKAT KONSELINGKonseling rasional emotif dilakukan dengan menggunakan prosedur yang bervariasi dan sistematis yang secara khusus dimaksudkan untuk mengubah tingkah laku dalam batas-batas tujuan yang disusun secara bersama-sama oleh konselor dan klien. Karakteristik Proses Konseling Rasional-Emotif :1.Aktif-direktif, artinya bahwa dalam hubungan konseling konselor lebih aktif membantu mengarahkan klien dalam menghadapi dan memecahkan masalahnya.2.Kognitif-eksperiensial, artinya bahwa hubungan yang dibentuk berfokus pada aspek kognitif dari klien dan berintikan pemecahan masalah yang rasional.3.Emotif-ekspreriensial, artinya bahwa hubungan konseling yang dikembangkan juga memfokuskan pada aspek emosi klien dengan mempelajari sumber-sumber gangguan emosional, sekaligus membongkar akar-akar keyakinan yang keliru yang mendasari gangguan tersebut.4.Behavioristik, artinya bahwa hubungan konseling yang dikembangkan hendaknya menyentuh dan mendorong terjadinya perubahan tingkah laku klien.

F.KONDISI PENGUBAHAN1.TUJUANTujuan utama REBT berfokus pada membantu konseli untuk menyadari bahwa mereka dapat hidup rasional dan produktif. REBT membatu konseli agar berhentimembuat tuntutan dan merasa kecal melalui kekacauan, konseli dalam REBT dapat mrngekspresikan beberapa perasaan negatif, tetapi tujuan utamanyaadalahmembatu klien agar tidak memberikan tanggapan emosional melebihi yang selayaknya tehadap sesuatu peristiwa.REBT juga mendorong konseli untuk lebih toleran terhadap diri sendiri dan oranglain, serta mengajak mereka untuk mencapai tujuan pribadi. Tujuan trsebut dicapai dengan mengajak orang berfikir rasional untuk mengubah tingkah laku menghancurkan diri dan dengan membantunya mempelajari cara bertindak yang baru.2.SIKAP, PERAN DAN TUGAS KONSELORTugas utama konselor dalam hal ini secara pokok ada dua:1.Interpersonal, yaitu membangun hubungan terapeutik, membangun rapport, dan suasana kolaboratif2.Organisational, yaitu bersosialisasi dengan konseli untuk memulai terapi, mengadakan proses assesmen awal, menyetujui wilayah masalah dan membangun tujuan konseling.Konselor harus aktif dan langsung. Mereka adalah instruktur yang mengajarkan danmembetulkan kognisi konseli. Melawan keyakinan yang tertanam kuat membutuhkan lebih dari sekedar logika. Dibutuhkan repetisi dan konsistensi. Oleh karena itu, konselor harus menyimak dengan cermat untuk menemukan pernyataan tidak logisatau salah dari kliennya dan keyakionan yang bertentangan. Konselor harus cerdas, berwawasan, empatik, respek, tulus, konkret, bertekad kuat, ilmiah, berminat membantu orang lain, dan pengguna REBT.Terapis REBT menganggap bahwa kondisi fasilitatif inti dari empati, penerimaan tanpa syarat dan keaslian sering diinginkan, namun itu tidak cukup untuk merubah dalam terapi konstruktif. Untuk membatu perubahan tersebut terjadi, teripis REBT perlu membantu klien mereka untuk melakukan hal berikut:Sadarilah bahwa sebagian besar maslah psikologis ditimbulkan oleh mereka sendiri.Mengakui sepenuhnya bahwa mereka mampu mengatasi masalahnya.Memahami bahwa maslah mereka berasal dari sebagian besar keyakinan mereka yang irrasional.Mendeteksi keyakinan irrasional dan membedakannya dengankeyakinan rasional mereka.Periksa keyakinan irasional mereka dan keyakinan rasional mereka sampai mereka melihat dengan jelas bahwa keyakinan irasional mereka adalah palsu, tidak logis dan tidak konstruktif, sementara keyakinan rasional mereka benar, masuk akal dan konstruktif.Berusaha menuju internalisasi keyakinanbaru mereka yang irrasional dengan menggunakan berbagai metode kognitif (termasuk imaginal), emosi dan metode perubahan perilaku. Dalam tindakan tertentu dengan cara-cara yang konsisten dengan keyakinan rasional mereka ingin mengembangkan dan menahan diri dari bertindak dengan konsisten menggunakan keyakinan lema mereka yang irasional.Perluas proses pemeriksaan keyakinan dan menggunakan metode perubahan multimodal ke daerah kehidupan mereka yang lain dan berkomitmen untuk melakukannya selama diperlukan.

3.SIKAP, PERANAN DAN TUGAS KAUNSELORUmumnya, peran klien dalam REBT mirip seorang siswa atau pelajar. Proses konseling dipandang sebagai suatu proses reedukatif di mana klien belajar cara menerapkan pikiran logis pada pemecahan masalah.Pengamalam utama klien adalah mencapai pemahaman emosional atas sumber-sumber gangguan yang dialaminya. Pada taraf pertama, klien menjadi sadar bahwa ada anteseden tertentu yang menyebabkan timbulnya irrasional belief. Taraf kedua, klien mengakui dirinyalah yang sekarang mempertahankan pikiran-pikiran dan perasaan-perasaan yang irrasional. Tahap ketiga, klien berusaha untuk menghadapi secara rasional-emotif, memikirkannya, dan berusaha menghapus irrational belief dan mengggantinya dengan rational belief.Klien yang telah memiliki keyakinan rasional terjadi peningkatan dalam hal : (1) minat kepada diri sendiri, (2) minat sosial, (3) pengarahan diri, (4) toleransi terhadap pihak lain, (5) fleksibel, (6) menerima ketidakpastian, (7) komitmen terhadap sesuatu di luar dirinya, (8) penerimaan diri, (9) berani mengambil risiko, dan (10) menerima kenyataan.

4.SITUASI HUBUNGANKerena REBT pada dasarnya adalah proses perilaku kognitif dan direktif, sebuah hubungan intens antara terapis danklien tidak diperlukan. Seperti halnya terapi person centered Rogers, praktisi REBT menerima tanpa syarat semua klien den juga mengajarkan mereja untukm menerima oranglain tanpa syarat dan diri mereka sendiri.Namun, Ellis yakin bahwa terlalu banyak kehangatan dan pemahaman dapat menjadi kontraproduktif dengan menumpuk rasa ketergantungan persetujuan dari terapis. Praktisi REBT menerima klienmereka sebagai makhluk tidak sempurna yang dapat dibantu melalui berbagai teknik mengajar,biblioterapi dan modifikasi perilaku,. Ellis membangun hubungan dengan kliennya dengan menunjukkan kepada mereka bahwa ia memiliki iman yang besar dalam kemampuan mereka untuk merubah diri mereka sendiri dan bahwa ia memiliki alat untuk membantu mereka melakukan hal ini.Terapis REBT sering terbuka dan langsung dalam pengungkapan keyakinan diri dan nilai-nilai. Mereka bersedia untuk berbagi ketidaksempurnaan diri mereka sebagai cara untuk memperjuangkan gagasan realistis klien. Itu adalah penting untuk membangun sebanyak mungkin hubungan egaliter, sebagai lawan untuk menghadirkan diri sebagai sebuah otoritas.

G.MEKANISME PENGUBAHAN1.TAHAP-TAHAP KONSELINGTAHAP IProses dimana konseli diperlihatkan dan disadarkan bahwa mereka tidak logis dan irrasional. Proses ini memnbantu klien memahami bagaimana dan mengapa dapat terjadi irrasional. Pada tahap ini konseli diajarkan bahwa mereka mempunyaipotensi untuk mengubah hal tersebut.

TAHAP IIPada tahap ini konseli dibantu untuk yakin bahwa pemikiran dan perasaan negatif tersebut dapat ditantang dan diubah. Pada tahap ini konseli mengeksplorasi ide-ide untuk menentukan tujuan-tujuan rasional. Konselor juga mendebat pikiran irasional konseli dengan menggunakan pertanyaan untuk menantang validitas ide tentang diri, orang lain dan lingkungan sekitar. Pada tahap ini konselor menggunakan teknik-teknik konseling REBT untuk membantu konseli mengembangkan pikiran rasional.TAHAP IIITahap akhir, konseli dibantu untuk secara terus menerus mengembangkan pikiran rsional serta mengembangkan fillosofi hidup yang rasional sehingga konseli tidak terjebak pada masalah yang disebabkan oleh pemikirian irasional.Tahap-tahap ini merupakanproses natural dan berkelanjutan. tahap ini menggambarkan keseluruhan proses konseling yang dilalui oleh konselor dan konseli.

2.TEKNIK-TEKNIK KONSELINGTEKNIK KOGNITIFDispute Kognitif (cognitif diputation)Analisis Rasional (ratinal analysis)Dispute standar ganda (double-standart dispute)Skala katastropi (catastrophe scale)Devils advocate atau rational role riversalMembuat frame ulang (refeaming)TEKNIK IMAGERIDispute imajinasi ( imaginal disputation)Kartu kontrol emosional ( the emotional control card ECC)Proyeksi Waktu (time projection)Teknik melebih-lebihkan (the blow-up technique)

TEKNIK BEHAVIORALDispute tingkah laku (behavioral disputation)Bermain peran (role playing)Peran rsional tebalik (ratinal role reversal)Pengalaman langsung (exposure)Menyerang rasa malu (shame attacking)Pekerjaan rumah (homework assignment)

H.HASIL PENELITIAN1.Aaron Beck Cognitive TherapyCognitive Therapy, didasarkan pada alasan teoritis bahwa cara orang merasakan dan berperilaku ditentukan oleh bagaimana mereka memahami dan struktur pengalaman mereka2.Donald Maichenbaum Cognitive Behavior ModificationCognitive Behavior Modification, pernyataan terhadap diri dalam banyak hal juga mempengaruhi diri seperti halnya pernyataan dari orang lain. Merubah pola sifatuntuk mengevaluasi perilaku.I.KELEMAHAN DAN KEKUATANKEKUATANPendekatan ini jelas, mudah dipelajari dan efektif. Kebanyakan klian hanya mengalamisedikit kesulitan dalam mengalami prinsip ataupun terminologi REBT.Pendekatan ini ddapat dengan mudahnya dikombinasikan dengan teknik tingkah laku lainnya untuk membantu klian mengalami apa yang mereka pelajari lebih jauh lagi.Pendekatan ini relatif singkat dan klian dapat melanjutkan penggunaan pendekatan ini secara swa-bantu.Pendekatan ini telah menghasilkan banyak literatur dan penelitian untuk klian dan konselor. Hanya sedikit teori lain yang dapat mengembangkan materi biblioterapi seperti ini.Pendekatan ini terus-menerus berevolusi selama bertahun-tahun dan teknik-tekniknya telah diperbaiki.Pendekatan ini telah dibuktikan efektif dalam merawat gangguan kesehatan mental parah seperti depresi dan anseitasKELEMAHANPendekatan ini tidak dapat digunakan secara efektif pada individu yang mempunyai gangguan atau keterbatasan mental, seperti schizophrenia, dan mereka yang mempunyai kelainan pemikiran yang berat.Pendekatan ini terlalu diasosiasikan dengan penemunya, Albert Ellis. Banyak individu yang mengalami kesulitan dalam memisahkan teori dari ke-eksentrikan Ellis.Pendekatan ini langsung dan berpotensi membuatkonselor terlalu fanatik dan ada kemungkinan tidak merawat klien seideal yang semestinya.Pendekatan yang menekankan pada perubahan pikiran bukanlah cara yang paling sederhana dalam membantu klien mengubah emosinya

.

J.SUBER RUJUKANCorey, G. 2009.Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, 9th. Belmont, California : Brooks/Cole.Nelson-Jones, R. 2011.Theory and Practice of Counseling and Therapy,4th.Terjemahan Helly Prajitno & Sri Mulyantini. 2012.Jakarta : Pustaka PelajarKomalasari, Gantina.Teori dan Teknik Konseling. 2011. Jakarta : IndeksParrot III, L. 2003.Counseling and Psychotherapy. Pacific Grove,2nd.CA: Brooks/Cole.Gladding, Samuel T. 2009.Konseling: Profesi yang Menyeluruh(edisi enam). Terjemahan P.M. Winarno & Lilian Yuwono. 2012. Jakarta: PT. Indeks.Thomson, A. Rosemary.2003.Counseling Techniques, 2nd. London : RoudledgeEllis, Albert & Dryden, Windy. 1997.The Practice of Rational Emotive Behavior Therapy, New York: Springer PublishingDryden, Windy & Neenan, Michael. 2006.Rational Emotive Behavior Therapy : 100 Key Point. New York : Routledge

CORAK KAUNSELING (MENGADAPTASI DARIPADA SESI KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI):

Langkah 1 : Pengenalan dan bina hubunganLangkah 2 : Meneroka diri dan masalahLangkah 3 : Mengenal pasti punca dan jenis masalahLangkah 4 : Memberi ubat yang sesuai dengan penyakitLangkah 5 : Penilaian

1. Langkah pertama dalam teori kaunseling Imam al-Ghazali menekankan aspek memberi salam sebagai keutamaan sebelum memulakan sesi kaunseling. Setelah itu majlis atau sesi dibuka dengan bacaan al-Fatihah, tujuannya adalah untuk menghindari dari godaan syaitan. Masalah yang berlaku dalam diri manusia adalah berpunca dari syaitan yang sentiasa mengoda manusia supaya jauh dari mengingati Tuhan yang Maha Pencipta. Selain itu proses pembinaan hubungan melibatkan hubungan dan interaksi yang baik antara kaunselor dengan klien. Melalui hubungan ini akan melahirkan kepercayaan dalam diri klien dan memungkinkan mereka untuk berterus terang dan berkongsi masalah yang dihadapi.

2. Manakala di dalam langkah yang kedua, Imamal- Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri klien sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Selain itu langkah kedua ini adalah supaya klien dapat mencari kekurangan diri yang menjadi punca kepada masalah tersebut. Disamping itu kaunselor akan bertindak membimbing mereka dan bermuhasabah diri dalam melaksanakan syariat Islam. Kaunselor boleh menekankan aspek kerohanian dan spiritual dalam diri klien . Bina hubungan dengan berdoa, berjanji dan bertawakkal, bincang konsep-konsep Islam (matlamat hidup, kewajipan, hukum perlakuan, halal haram, musibah, sabar dan syukur) serta sifat-sifat Allah dan sunnah rasul mengikut keperluan dan kesesuaian kes. Imam al-Ghazali lebih menfokuskan untuk membaiki diri dengan amalan-amalan kerohanian seperti solat, zikir, membaca al-Quran, menjaga makan dan minum, bertaubat, menjaga aurat dan sebagainya. Kemudiannya Imam al-Ghazali menekankan aspek reda dengan musibah yang menimpa diri dan menganggab ianya sebagai satu ujian untuk hambanya yang sabar. Mengenal Diri dan Bina Matlamat Hidup dengan meneroka kriteria diri klien yang membawa kepada masalah berdasarkan pemerhatian, percakapan dan soalan andaian. Membimbing klien membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat. Klien akan menyedari kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya3. Langkah 3 (mengenal pasti punca dan jenis masalah) Punca dan Jenis masalah, gabungkan langkah 2 dan 3 jadi asas meneroka punca dan jenis masalah. Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan permasalahan klien. Rumuskan masalah dengan kefahaman Islam dan penghayatan/amalan syariat.4. Langkah 4: (memberi ubat yang sesuai dengan penyakit) Punca dan Jenis Masalah dengan menjelaskan cara membaiki diri dengan; mempelajari ilmu Islam, meningkatkan amalan, bertaubat, berzikir, berdoa, menjaga pergaulan, menjauhi maksiat, menjaga makan minum, menjaga pandangan, menjaga pertuturan dan menjaga diri daripada penyakit hati seperti; sombong, riyak, ujub, dak takabur.5. Langkah 5: Penilaian Kefahaman/Pelaksanaan dengan melihat perubahan klien melalui air muka, gerak geri dan pertuturan dari aspek peningkatan akidah, memahami diri sendiri, reda dengan musibah, keyakinan diri yang tinggi, melaksanakan tuntutan agama dan takwa dan tawakkal

Kesimpulannya

Kaunseling merupakan salah satu methodology yang sesuai untuk para daiy gunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Hal ini kerana invididu yang ditimba musibah dan masalah lebih cenderung untuk didekati dan mudah menerima pendapat dan pandangan dari orang lain sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka gunakanlah apa saja pendekatan dan ruang yang ada untuk mendekati masyarakat. Maka dalam perbincangan ini kita melihat peranan pendekatan dan teori dalam amalan kaunseling. Konsep utama daripada beberapa pendekatan kaunseling yang kebiasaanya diamalkan, diberi tumpuan dan dibicarakan dengan kesesuaian konsep yang terdapat dalam Islam. Terdapat banyak persamaan huraian konsep yang diguna dalam pendekatan Barat dan Islam..Seorang kaunselor seharusnya menganggap diri mereka sebagai pengamal-saintis( sains practioner) iaitu sentiasa sedar bahawa kita perlu memahami ilmu kaunseling bukan sahaja dari sudut amalan, tetapi juga dari sudut ilmiah. Ini tidak pula bermakna seorang kaunselor itu harus bersetuju dengan kesemua huraian konsep yang diperbincangkan, mungkin terdapat teori dan pendekatan yang kurang sesuai. Oleh itu seorang kaunselor harus bijak membuat penyesuaian


Top Related