Download - Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
1/24
Kebaikan dan keburukan globalisasi
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
2/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
3/24
Globalisasi? Satu istilah yang sudah biasa didengar oleh semua. Perkataan ini sudah menjadi
sebutan umum tidak kira di mana-mana tetapi merupakan perkara yang paling kontroversi dalam
masyarakat. Jika dilihat pada perkembangan semasa, terlalu banyak artikel mengenai globalisasi.
Tidak keterlaluan dikatakan banyak topik karangan kelas menengah didominasi oleh topik ini.
Jika tiada tajuk globalisasi sekalipun, pelajar tetap akan memulai atau memasukkan pendahuluan
fakta mereka dengan frasa pada zaman globalisasi, dalam era globalisasi dan sebagainya.
Namun mungkin ramai yang sudah menyedari benda yang dicanang- canang ini mempunyai
impak yang besar pada masyarakat. Globalisasi boleh ditakrifkan sebagi satu usaha untuk
mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu
daerah dunia yang lain. Manusia seluruh dunia lebih berhubung antara satu sama lain berbanding
sebelumnya. Informasi dan aliran wang bertambah cepat, produk dan perkhidmatan yang
terdapat di sesebuah tempat di dunia pantas kedapatan di segenap tempat dan perdaganganantarabangsa menjadi lebih kerap. Aspek geografi tidak lagi menghalang aktiviti ini daripada
berlaku. Usaha globalisasi merupakan penerapan ideologi, budaya dan cara hidup kuasa-kuasa
besar barat kedunia timur. Ramai pakar telah membuat definisi mereka tersendiri tentang
globasisasi antaranya:
Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan
manusia menuju kepada satu msyarakat sahaja. Modelski pula mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses penguasaan kuasa- kuasa besar terhadap pembentukan World View masyarakat
antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi. Selain itu, Kenichi Ohmea juga
mengemukakan pendapat beliau tentang globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang
bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dimudahkan lagi dengan adanya
kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Perkataan
Globalisasi sebenarnya adalah daripada p erkataan bahasa inggeris Globalisation yang
bermaksud menyeluruh. Ia dikembangkan lagi dalam erti kata melayu yang membawa maksud
dunia tanpa sempadan, dimana dunia yang seluas ini dapat dihubungkan dengan lebih mudah
dan cepat seperti dalam satu perkampungan yang kecil dan sempit. Hal ini kerana dengan
penciptaan alat-alat komunikasi yang canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi,
manusia dapat dihubungkan dengan lebih mudah dengan menggunakan telefon, komputer dan
internet dan sebagainya walaupun berada dalam jarak yang sangat jauh. Dalam aspek globalisasi,
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
4/24
dunia dilihat hanya sebagai satu perkampungan dan segala maklumat dapat disampaikan
dengan mudah ataupun dengan perumpamaannya maklumat dihujung jari.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
5/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
6/24
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang banyak menyumbang kepada
perkembangan globalisasi, telah banyak memudahkan kehidupan manusia untuk berhubung
antara satu sama lain bagi menjalankan kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya. Namun, jika
kita lihat dengan lebih teliti, globalisasi sebenarnya ada banyak kebaikan dan juga banyak
keburukannya. Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan kemajuan dalam
kehidupan, ia juga tidak terlepas daripada membawa kepada keburukan jika disalahertikan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab samada secara sengaja ataupun tidak. Dalam konteks
lainnya, globalisasi tidak hanya memberikan kebaikan sahaja namun turut menyumbangkan
kepada keburukan yang lebih cenderung kepada keruntuhan akhlak. Hal ini dapat dilihat pada
keruntuhan akhlak para remaja pada masa ini yang serimg terikut-ikut dengan cara kehidupan
barat. Selain itu, globalisasi juga turut membawa kebaikan dan keburukan dalam bidang
ekonomi, penyebaran maklumat dan juga dalam bidang pemerintahan.
Globalisasi sebenarnya memang banyak mendatangkan kebaikan dalam kehidupan pada
masa ini. Era globalisasi yang melanda dunia tidak lengkap tanpa kewujudan perkembangan
teknologi maklumat. Sememangnya diakui bahawa teknologi maklumat akan memberi bentuk
baru kepada corak hidup manusia. Melalui penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah
tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Seperti yang kita ketahui bahawa
teknologi maklumat berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat
seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor yang dapat dibuat secara elektronik. Dengan ini,
teknologi maklumat menggabungkan komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuk
sistem-sistem bagi menguruskan maklumat. Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk
mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi
mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan,
pendidikan, berita terkini dan juga sebagai bahan rujukan. Internet juga dapat memudah dan
mempercepatkan proses dagangan antarabangsa mahupun tempatan tanpa perlu pergi ketempat
dagangan tersebut. Ini memandangkan setiap urusan dagangan yang menyentuh aspek jenis
barangan, kuantiti, kualtiti serta butiran lengkap tentang perjanjian jual beli akan dapat dilakukan
dengan begitu cepat dan mudah melalui proses e -dagang dan kemudahan - kemudahan lain
yang disediakan oleh kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada hari ini.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
7/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
8/24
Jika kita lihat masyarakat pada masa dahulu, cara mereka berhubung dengan masyarakat
yang tinggal berjauhan adalah sangat rumit dan memakan masa yang agak lama. Selain itu,
mereka juga pada kebiasannya akan datang sendiri ke lokasi masyarakat lain yang ingin
ditemuinya walaupun memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga yang agak banyak
hanya sekadar untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Namun pada masa kini, dengan
kecanggihan sains dan teknologi, segala maklumat yang ingin disampaikan dapat dihantar
dengan menggunakan hujung jari seperti berhubung dengan menggunakan telefon, internet,
telegram dan sebagainya tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Jika dilihat pada
kemajuan yang dikecapi pada masa ini, mayarakat abad ini dikatakan telah jauh lebih maju
berbanding masyarakat zaman dahulu sebelum kewujudan era globalisasi.
Selain itu, dengan adanya kemudahan internet juga dapat memberi peluang kepada para pakar membuat analisis samada untuk tujuan pelaburan, mencari rakan kongsi mahupun
kesesuaian melabur disesebuah negara dengan hanya melayari internet. Selain itu juga, intenet
dapat membantu menyediakan peluang yang lebih besar kepada masyarakat untuk menceburi
bidang perniagaan yang mereka minati serta sesuai dengan kemampuan dan kemahiran yang
mereka miliki mahupun membesarkan urusniaga yang telah mereka jalankan, mencari rakan
kongsi dalam perdagangan antarabangsa mahupun mencari peluang memperluaskan perdagangan
diperingkat antarabangsa. Perkara ini adalah rentetan daripada kemudahan internet yang dapat
menyalurkan maklumat dengan mudah keserata dunia tanpa sempadan. Mereka boleh
mengiklankan tentang perniagaan mereka di internet dan dengan cara ini masyarakat diseluruh
dunia dapat dimaklumkan tentang perniagaan tersebut dengan mudah dan cepat.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
9/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
10/24
Bagi para pelajar pula, mereka dapat mencari maklumat dan rujukan tambahan untuk
proses pembelajaran mereka melalui kemudahan internet. Sekiranya mereka tidak dapat mencari
bahan rujukan dalam bentuk buku ataupun media cetak yang lain, para pelajar boleh
menggunakan insiatif lain untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet. Kaedah ini
adalah lebih cepat kerana para pelajar hanya perlu menaip tajuk rujukan yang diperlukan pada
engin pencarian sesuatu laman web yang berkenaan, setiap rujukan akan terpampang pada skrin
komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar mungkin dapat lebih memahami
tentang pembelajarannya kerana telah mempunyai pelbagai rujukan tambahan untuk
pembelajaran mereka. Selain itu, dengan perkembangan era globalisasi dan kemajuann komputer
dan internet, lahirlah satu kaedah pembelajaran yang baru iaitu Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
untuk menyertai kelas tambahan dimana dengan menggunakan kaedah ini para pelajar tidak
perlu datang ke kelas tambahan tersebut untuk belajar tetapi hanya duduk didepan komputertidak kira dirumah ataupun dimana sahaja asalkan komputer tersebut disambungkan ke internet
supaya dapat berhubung dengan tempat mereka belajar.
Namun, Seperti yang dikatakan tadi, walaupun globalisasi telah banyak membawa
kebaikan dan menyumbangkan kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan keburukan.
Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara ini telah
mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia
berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat manusia tidak
berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan
setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan
mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama
dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka
berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai
tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
11/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
12/24
Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang lebih
berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak daripada aktiviti tersebut, lahirnya
perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi,
penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan
(materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan semakin
merebak. Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis
kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup
dapat melihat kepada dunia semata-mata sahaja. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang
ditentukan oleh falsafah sosial barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal
haram dan halal bahkan sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan
kejahatan berada disekeliling tempat.
Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai Global Village atau
Global City tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan. Maka
masyarakat telah dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas
dan identiti. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai warga dunia. Melalui
media komunikasi moden, manusia yang hidup di Malaysia hari ini tidak perlu ke Amerika untuk
mendengar lagu-lagu pop barat kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen juga tidak perlu ke
Paris untuk melihat fesyen-fesyen terbaru. Semuanya telah hadir didaerah-daerah atau dirumah-
rumah mereka. Bola dunia semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia
menjadi semakin kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia
mengalami disorientasi nilai. Hal ini telah menyebabkan masyarakat timur akan sentiasa terikut-
ikut dengan budaya barat walaupun tidak memikirkan tentang keburukannya. Artis-artis barat
dijadikan idola dan segala cara kehidupan mereka diikuti akibat terlalu taksub dengan artis
tersebut. Lagu-lagu yang didendangkan oleh artis tersebut menjadi siulan pada masa ini
walaupun mereka tidak tahu mesej sebenar lagu tersebut samada baik ataupun sebaliknya.
Fesyen-fesyen barat yang ditontoni juga telah dijadikan contoh fesyen harian walaupun pakaian
tersebut tidak menutup aurat dan menjolok mata. Makanan barat juga pada masa ini menjadi satu
trend yang sangat popular pada masa ini. Kaedah makanan segera yang diperkenalkan oleh barat
seperti KFC, Mcdonals dan sebagainya sangat digemari berbanding daripada masakan tempatan
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
13/24
tnapa mengira siapa yang memasaknya dan tanpa mengetahui kaedah memasak makanan
tersebut.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
14/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
15/24
Wujudnya budaya 'chat' diinternet telah membuka ruang kepada mereka yang kesunyian
untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh mana kejujuran
mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu banyak insiden tidak
diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi Internet, dan ini merupakan satu gejala
sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi perkembangan teknologi Internet di negara
ini, dan juga di serata dunia. Anak-anak sekolah yang telah didedahkan dengan penggunaan
Internet melangkah lebih jauh dengan melayari laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan
mudah didapati menerusi Internet. Bahkan, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti
anak-anak mereka sehinggakan minda mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif.
Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara
nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah.
Kemudahan urusniaga dihujung jari me lalui kemudahan internet dan alat komunikasi
canggih boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara. Krisis ekonomi yang berlaku baru-
baru ini dirantau asia adalah permainan urusniaga hujung jari ini terutamanya terutamanya
dalam urusniaga saham dibursa s aham dan juga perdagangan matawang di pasaran tukaran
matawang asing. Tidak mustahil pada masa hadapan krisis yang lebih besar akan berlaku dengan
cara sama. Urusniaga sebegini juga boleh mengganggu kestabilan sesuatu institusi ekonomi
akibat manipulasi pasaran dan harga atas dagangan sementara yang dilakukan demi meraih
keuntungan semerta. Ini seringkali berlaku dalam dunia pasaran saham dimana keuntungan atas
angin yang menjadi buruan para spekulator akan lebih mudah dilakukan melalui teknologi
informasi dan alat komunikasi canggih. Analisis pelaburan atau usaha mencari rakan kongsi dan
peluang perdagangan antarabangsa akan menghadapi risiko yang lebih besar terutamanya aspek
penipuan akibat misguiding information yang diperolehi melalui sumber inte rnet.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
16/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
17/24
Seterusnya teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus sebenarnya
berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Virus telah disalahgunakan dengan
tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang
lain Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah
besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan
lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami
masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka. Pengaturcaraan komputer juga tidak
dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada
para pengguna kemudahan teknologi maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada
beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah
komputer. Urusniaga seringkali tergendala akibat beberapa kelemahan system komputer ciptaan
manusia serta permainan virus atau penyakit komputer yang semakin menjadi -jadi. Masihkahkita ingat lagi bagaimana dunia dihantui oleh dengan krisis Y2K menjelangnya abad baru dan
juga beberapa virus yang menyerang manusia termasuk yang terbaru, virus I love you . Setiap
satu dari masalah yang timbul, berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah
mahupun kerugian yang dialami oleh dunia perniagaan antarabangsa akibat virus yang berjaya
memecah sistem pertahanan komputer.
Antara ancaman lain yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena
penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang
yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka akan cuba
menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat juga golongan
penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini sebagai salah satu
keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi
kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh
sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Sesetengah
penggodam komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri
data. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah
dikenakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem
komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
18/24
berkenaan. Oleh itu benarlah teknologi maklumat internet menghadapi ancaman daripada pihak
penggodam.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
19/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
20/24
Selain itu, kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah
oleh pengganas dan juga kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi
maklumat untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang
kita ketahui, zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian
manakala globalisasi pula menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan keselamatan masih
merupakan satu agenda utama dan penting. Di samping itu, revolusi maklumat adalah bahan
yang amat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika
seseorang pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan
pengedar dadah yang lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan
ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana mereka tidak dapat
mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat. Begitulah juga seandainya wujud
manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara dengan melakukan hasrat mereka di sebalikkomputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan zaman maklumat masih lagi diragui lantaran
wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang boleh menggugat sistem keselamatan.
Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi
mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan
pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga
mencuri nombor kad kredit. Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi
yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia,
biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup
manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer dan sistem
rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air dan
elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat
keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat maklumat
hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan
keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui
teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak
bertanggungjawab.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
21/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
22/24
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa era globalisasi tidaklah hanya membawa
kebaikan tetapi juga banyak menyumbangkan keburukan kepada masyarakat hari ini. Walaupun
ianya dilihat telah banyak memudahkan manusia untuk menjalankan perniagaan, perhubungan
dan pentandbiran namun tidak kurang juga dengan pengaruh buruk akibat daripada globalisasi
dimana budaya barat dibawa masuk kedalam. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita
hendaklah cuba mewujudkan satu budaya yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri
sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam
dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak
pembangunan dan kemajuan negara.
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
23/24
-
8/13/2019 Kebaikan Dan Keburukan Globalisasi
24/24
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
KERJA KHUSUS INI ADALAH HASIL DARIPADA PENULISAN YANG TERDAPAT
DALAM BUKU RUJUKAN TERSEBUT:
1. NAMA PENGARANG : ABDULLAH BIN SULONG
TAJUK PENULISAN : GLOBALISASI
NAMA BUKU : ISLAM DAN ISU SEMASA
TERBITAN : PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNANSOSIA L, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHUN : MAC 2005
2. NAMA PENGARANG : DR. HUSSIN BIN SALAMON
TAJUK PENULISAN :ISU-ISU EKONOMI
NAMA BUKU : ISLAM DAN ISU SEMASA
TERBITAN : PUSAT PENGAJIAN ISLAM DANPEMBANGUNAN
SOSIAL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
TAHUN : MAC 2005