Download - KEMAHIRAN MENULIS
KEMAHIRAN MENULIS
7.1 Peringkat Perkembangan Menulis
Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan
membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang
lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang
ditulisnya. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang
ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah
wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan
juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa
melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.
7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis
Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan
keduanya kemahiran menulis mentalis.
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik,
dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek
visual dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan
pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu
sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat
lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis
huruf yang salah.
Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan,
memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan
perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai
dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada
murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan
sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat,
bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.
7.1.2 Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut
kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru
perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu
bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga
pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman
menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel,
memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan
berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan
visual melalui latihan
dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas
seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.
Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat
(Kamarudin Hj. Husin, 1988):
i. peringkat pra menulis
ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)
Peringkat Pra menulis
Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai
kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat
pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat
ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat
memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan
dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.
Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan
tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran
terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz,
dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut
sebelum mereka diajar menulis.
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan
bawah ke atas.
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
vi. Melukis garis condong.
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-
huruf tersebut.
KEMAHIRAN BERBAHASA - KEMAHIRAN MENULIS.
Definisi Menulis
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat
tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini
begitu umum dan bersifat mekanikal.
Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-
kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu,
menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang
memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan peribadi bukan
kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari.
Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan
pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula
merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan.
Konsep Menulis.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat
secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan
gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih
menyeluruh.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan
bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran
seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya
malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya
membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis
ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga
membaca.
Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis.
Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya
Techniques In Teaching Writing, iaitu :
1. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.
3. Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota mekanis
(mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.
Tujuan Menulis.
Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu
dilihat melalui tujuan yang berikut :
1. Tujuan Serta-merta
a) Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik,
cekap dan pantas.
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-
ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
c) Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan
yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.
d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk
tulisan.
e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.
f) Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
g) Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.
2. Tujuan Lanjut
h) Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan.
i) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan perasaan.
j) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan sendiri dan orang ramai umumnya.
Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana
beberapa tujuan iaitu :
i. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar.
ii. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.
iii. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu
dan bosan pelajar.
iv. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.
Namun, terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum iaitu :
a. Memberi Respons.
Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa
sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing
seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan
tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons
kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.
Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang
spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia.
Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan
tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk
grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami
maksudnya .
b. Komunikasi.
Proses komunikasi sememangnya memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan
pembaca. Dalam hal ini, penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk
dikongsikan bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang
disampaikan. Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi.
Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam kalangan
penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami antara kedua belah
pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan
dibaca dengan rasional.
c. Ekspresi Kendiri.
Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis
menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat
memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.
Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan
oleh guru bagi menggambarkan personalti pelajarnya.
d. Sifat Sejagat.
Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala
kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga
digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca
memahami mesej yang disampaikan.
Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam gaya
yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya mempunyai
sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun peleraian konflik.
e. Mengikut Peraturan.
Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis
supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca.
Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh
mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan
peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan
prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.
f. Proses Pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai
menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai
kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang
halangan komunikasi.
Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila
penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih
sistematik.
Jenis-jenis Kemahiran Menulis.
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran
menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran
(mental).
Kemahiran Menulis Secara Mekanis
Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang
perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting
untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran
selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.
Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk
menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian
dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu
dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar
menulis.
Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan,
seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan
merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi
lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan
bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan
tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.
Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis
adalah seperti :
a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan
sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis
unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.
f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.
g) Melatih menulis cantik dan kemas.
Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).
Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka
mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang
patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti berikut :
a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.
b) Latihan pernyataan perasaan.
c) Latihan pernyataan kehendak.
d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri.
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.
Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-
peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :
1. Peringkat Pramenulis (Persediaan)
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis
sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan
otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-
murid sejak dari awal lagi.
Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pramenulis adalah
berdasarkan aspek berikut :
i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.
ii. Perbincangan.
iii. Membuat pembacaan dan rujukan.
iv. Membuat rangka dasar.
v. Mencari pendekatan yang sesuai.
Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang
kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada
aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :
a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan
menulis dari kiri ke kanan.
---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ----------
b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan
alat tulis. (bulatan besar – bulatan kecil).
d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas
g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).
Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-
lambang tulisan.
Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka
diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya
menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca
perkataan tersebut.
Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong
yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih
membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf
pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang
lebar hingga kepada lembaran satu garis.
Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu :
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
___________________________________________
___________________________________________
iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman
cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah
memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu :
i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan
gambar.
ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging
kanak-kanak.
iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku yang
bergaris.
v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka boleh
dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas
menulis adalah seperti :
a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.
d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.
3. Peringkat Menulis untuk Pelahiran.
Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka seharusnya digalakkan
melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula
daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, megisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan
tanpa panduan.
Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut :
i. Mengisi silang kata.
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. (rujuk sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah di bahagian lampiran).
Kesalahan Biasa Dalam Penulisan.
Pada peringkat awal murid-murid mempelajari kemahiran menulis, biasanya tidak sempurna dan
sering berlaku kesilapan. Namun begitu, kesilapan-kesilapan tersebut boleh diperbaiki dari
semasa ke semasa dengan memperbanyakkan latihan menulis serta memberi galakan.
Kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah dari segi bentuk huruf
yang buruk, tidak sama besar atau kecil. Selain itu, jarak huruf atau perkataan yang tidak
seimbang, begitu juga dengan kedudukan yang tegak dan condong. Di samping itu, rupa tulisan
juga kadang kala kotor disebabkan oleh kerap membetulkan kesilapan menggunakan getah
pemadam.
Namun begitu, seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah ini mampu diatasi dengan beberapa
cara yang memerlukan bimbingan daripada guru iaitu :
i. Beri latihan secukupnya pada peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas.
ii. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-
kanak dengan mudah.
iii. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya
hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
iv. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.
v. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh
mengotorkan tulisan.
vi. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
vii. Dari segi kedudukan menulis dan cara menulis :
a) Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul.
b) Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan.
c) Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan tangan kiri menyokong
badan.
d) Jarak mata dengan buku adalah lebih kurang antara 8 hingga 10 inci.
e) Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
f) Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.
g) Jangan duduk membongkok ketika menulis.
Jenis-jenis Penulisan.
1. Terkawal dan Separa Terkawal.
Penulisan peringkat terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang harus
dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan
bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).
Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas. Tujuan
penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-
murid. Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan
fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.
Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberi, dikawal sepenuhnya agar murid-murid tidak
melakukan kesilapan. Pengawalan dilakukan terhadap murid-murid yang seratus-peratus baru
sahaja mula belajar mengarang atau didapati lemah dalam mengarang. Selalunya, mereka
menyalin apa sahaja yang ditulis oleh guru di papan hitam. Latihan-latihan haruslah terdiri
daripada perenggan yang pendek-pendek yang bertujuan sebagai lathan mekanikal semata-mata.
Walau bagaimanapun, guru masih boleh memasukkan variasi dan perhidangan dalam latihan
yang diberi pada peringkat tersebut iaitu peringkat menyalin dan menghasilkan semula. Meraka
misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar ganti yang mudah.
Walaupun latihan tersebut adalah menyalin, mereka diarahkan memilih satu item yang mereka
suka daripada rajah tukar ganti tersebut. Pada peringkat ini, item yang mereka pilih itu adalah
yang berhubung dengan leksikal, sedangkan struktur ayat adalah tepat dan sama.
Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :
i. Cara ini dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.
ii. Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi sedikit
kea rah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.
iii. Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi
pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.
Pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid berhubung dengan
penulisan terkawal iaitu :
i. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang berkaitan dengan sesuatu
tajuk.
ii. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
iii. Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan murid-murid
menulisnya.
iv. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah disediakan.
v. Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian,
peristiwa atau sebagainya.
vi. Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.
vii. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.
Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan kawalan
walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran
untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru. Contohnya, guru akan
membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian murid-
murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-
perkataaan lain yang disediakan. Latihan tersebut mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan
murid-murid boleh melakukan kesalahan.
2. Berpandu.
Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan ketika
hendak membuat karangan. Pada peringkat ini, kemungkinan murid-murid akan melakukan
kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima
latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat
karangan terkawal dan separa terkawal.
Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan. Kemudian murid-murid
diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau
arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-
murid.
3. Separa Berpandu.
Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya.
Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk
membuat karangan. Oleh yang demikian, kemungkinan peratusan kecil sahaja yang akan
berlaku. Melalui cara ini mereka dapat meluahkan isi fikiran biarpun terdapat sedikit kawalan,
namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea.
4. Bebas.
Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula
boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-
tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan
bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal
yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang
dilakukan. Perkara penting yang diingatkan di sini adalah mengajar penulisan yang berbentuk
bebas seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai
perkara-perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan sruktur
ayat bahasa tersebut.
Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis penulisan sebegini
diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
penulisan berbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.
Penulisan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan. Penulisan
jenis deskriptif pula merangkumi gambar suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Penulisan
jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif pula
terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Penulisan berbentuk kreatif meliputi puisi,
cerpen, drama dan sebagainya yang merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman
seseorang melalui tulisan atau perkataan.
Kecekapan Berbahasa bagi Kemahiran Menulis
Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat
dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.
penekanan harus diberi pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul.
Pelajar juga digalakkan menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan
analitis. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:
a. Pelajar dapat melahirkan secara bertulis fikirannya, perasaan dan pengalaman dengan jelas,
tersusun, logik, dan menggunakan tatabahasa yang betul.
b. Mengembangkan daya cipta untuk menulis sesuatu yang kreatif atau kritis seperti cerpen,
cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan syarahan.
c. Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam bahasa Malaysia Baku dengan
memelihara makna asalnya.
d. Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa.
e. Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau rakan sebaya
untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis.
Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar pengajaran
untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh
dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperi berikut :
i. Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang
berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat sesuatu yang telah
dibaca oleh guru.
ii. Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat ayat-ayat
yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.
iii. Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada
urutan ayat yang teratur dan logik.
iv. Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat terpimpin atau
terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau
kandungan.
v. Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk
kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.
vi. Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru patutlah
mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada pelbagai sumber termasuk
bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.
Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis
Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran
menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran menulis dalam kalangan pelajar :
b. Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau
perenggan yang dipilih.
c. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan
tepat.
d. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul
tatabahasanya.
e. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan
logik.
f. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri.
g. Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.
h. Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan.
i. Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.
j. Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejaan,
tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.
k. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.
l. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya)
berdasarkan tugas yang diberi.
m. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.
n. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik
membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.
o. Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.
p. Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa menjejaskan
makna asalnya.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENULIS BAHASA MELAYU
PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN
Terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan (Raimes (1983)).
Antaranya ialah:
1. Pendekatan Terkawal
2. Pendekatan Bebas
3. Pendekatan Pola- Perengganan
4. Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
5. Pendekatan Komunikatif
6. Pendekatan Proses
PENDEKATAN TERKAWAL
- Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang
mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan ketepatan murid-murid
menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.
- Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya murid-
murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat seterusnya.
- Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur ayat
sendiri.
- Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.
- Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:
1. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.
2. Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Murid-murid
mengarang berpandukan bahan ini.
PENDEKATAN BEBAS
- Guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.
- Murid-murid diberi kebebasan untuk menulis tentang sesuatu tajuk dan guru hanya
melakukan sedikit pembetulan.
- Murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian pada isi dan kelancaran
penulisan tanpa memikirkan bentuk.
- Apabila murid-murid dapat mencatat idea maka ketepatan bahasa dan penyusunan idea dapat
dikuasai bersama.
- Memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian.
- Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah contohnya
makalah daripada akhbar.
- Guru perlu menyimpul secara ringkas perkar-perkara yang perlu dimasukkan oleh murid-
murid dalam karangan mereka.
PENDEKATAN POLA-PERENGGANAN
- Memberi keutamaan kepada pembentukan perengganan yang baik dalam karangan.
- Prinsip asas ialah anggapan setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan mempunyai cara
berkomunikasi yang berbeza dengan masyarakat lain.
- Maka murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan yang
kemas.
- Antara latihannya ialah:
1. Latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik.
2. Latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu perenggan yang
kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling berhubung dan melengkapi
bagi membentuk satu kesatuan.
PENDEKATAN TATABAHASA-SINTAKSIS-ORGANISASI
- Guru menganggap bahawa murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil secara
sekaligus terlebih dahulu sebelum mereka dapat menulis sesuatu bentuk penulisan.
- Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian terhadap
tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.
- Murid-murid perlu menguasai struktur ayat yang sesuai dengan gaya penulisan tersebut
contohnya ayat perintah, unsur bahasa seperti kata hubung dan kata tunjuk jika diberi karangan
jenis panduan atau petuaan.
- Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu kesatuan.
- Pendekatan ini menunjukan perhubungan antara tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan
dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan tersebut.
-
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
- Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca
penulisan tersebut.
- Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam
kehidupan seharian.
- Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Raja Alang pagi ini antara
sebuah lori dengan sebuah kereta. Dalam kemalngan itu, empat orang penumpang kereta
meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya cedera parah. Ketua pengarah
sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian
tersebut dan meminta anda menulis satu laporan untuk disiarkan esoknya.
PENDEKATAN PROSES
- Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi menghasilkan
penulisan yang sempurna.
- Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum balas
terhadap bahan penulisan tersebut.
- Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan awal juga
boleh dilakukan oleh rakan mereka selain guru.
- Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji
sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan
perbahasan.
- Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan awal
pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea kemudian murid-murid
menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap idea-idea baru yang diberi oleh rakan.
- Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang
dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Berbahasa
1. Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka
definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk
menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya
baik.
Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua
peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang
bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,
seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,
pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem
bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar
mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih
dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu
proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks
yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan
unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah
serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling
memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka
seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu
menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat
atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis
dan mental.
Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan
dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,
dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan
berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,
pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.
Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam
bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan
yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan
penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.
2. Konsep
Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada
kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan
seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik
sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga
seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi itu.
Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan.
Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas.
N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan
bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai
kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana
kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,
menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.
Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan
bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima
dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni
menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh
digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan
mendengar.
Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan
merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku
setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.
Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek
fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh
mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai
dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi
yang lain.
Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-
pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa
yang sesuai.
kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-
ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk
bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli
keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru
daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan
mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model
alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan
mendengar yang baik.
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi
penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna
yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada
menggunakan logik atau propaganda.
Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat
mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan
itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang
dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-
baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan
pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang
berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas
secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.
membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah
mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya
perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara
senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan
diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini
mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan
juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan
mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara
mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan
bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat
kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-
kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini
meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.
Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan
yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan
pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan
bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara
satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang
sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan
mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran
menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan
kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran
menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.
Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk
membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan
tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada
tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.
Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya
pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi
tangan dan mata.
Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis
huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang
dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan
kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan
tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait
dengan tatabahasa dan kemahiran menulis karangan.
Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,
asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam
perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid
sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan
minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan
dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang
negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.
Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika
murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan
pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan
kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.
3. Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran
Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah
seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan
Komunikatif.
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga
digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.
Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.
Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama
ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain
manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah
terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,
kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti
teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih
tubi.
Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan
iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan
bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam
bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai
mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pe ngajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi
kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini
ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi
ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain
menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan
lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga
merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur
tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip
pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu
diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar
kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka
untuk bertutur.
Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada
peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari
bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa
sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan
alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.
Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan
mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-
murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita
rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.
Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur
seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh
guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan
tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya
lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang
diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari, dan malu dengan balu.
Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan
lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid
meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai
kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak, nada yang betul.
Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh
digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai
contoh carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.
Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka
untuk memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.
Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang
interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa
adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.
Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.
Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.
Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang
diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian
atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan
interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.
Pendekatan komunikatif cuba m engatasi masalah pengajaran bertutur yang
terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk
menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna,
pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu
interaksi atau komunikasi bahasa.
Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga
kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur
mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya
Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.
Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi
objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah.
Prinsip ketiga ialah pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif , sehubungan
dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk
bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan.
Prinsip keempat ialah, guru perlu membentuk hubungan yang positif antara kalangan murid
dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid
untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.
Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih
berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan
pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa
latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu
bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.
Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang
sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan
pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan
bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.
Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu
dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.
Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa
yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.
Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.
Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi
mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-
langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media
elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih
murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi
memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.
Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika
murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar
bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan
perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan
dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah fonetik atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan
penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa
ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka
dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang
digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang
terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama
bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’
dan basikal.
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga seperti ‘ I
go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur
dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih
tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur
tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan
memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara
intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan
penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid mestilah diajar untuk
menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang
dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.
Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah
ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru bahan sama ada yang digunakan atau
diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa
berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan
dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan
dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh
mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.
Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai
sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur
ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini
juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan
menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang
prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,
bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai.
Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa
teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya
paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,
perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan
bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.
Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa
proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan
ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru
dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang
boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah
bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat.
Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.
Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan
padang’.
Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh
murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan
nada yang tertentu.
Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam
konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah
kepada peringkat yang lebih mencabar.
Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya
kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah
malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu
serta pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan Pengajaran Penulisan Oleh Raimes: Satu Penilaian
Oleh Surani binti Hj. Abdullah
(Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan)
Pengenalan
Dalam melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan. Dalam tugasan yang diberikan ini, penekanan
diberikan kepada pendekatan,kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh seseorang guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran
penulisan. Namun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun
pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, kecuali setiap
pendekatan , kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang akan diajar.
Terdapat pendekatan yang boleh dijadikan garis panduan dalam proses pengajaran kemahiran
menulis karangan iaitu pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes. Raimes telah mengutarakan
empat pendekatan yang boleh digunakan iaitu pendekatan terkawal, pendekatan bebas,
pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif. Kupasan setiap pandangan dikaitkan
dengan dua pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes.
Berdasarkan tajuk tugasan pertama, saya telah menyatakan definisi pendekatan, kaedah dan
teknik berdasarkan sumber-sumber yang saya rujuki. Saya juga menyatakan pendekatan yang
dikemukan oleh Raimes iaitu empat pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar
kemahiran menulis. Ianya berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh tutor. Seterusnya,
saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan
pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung di dalam bilik darjah.
Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat didefinisikan sebagaisatu kaedah atau cara,
langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. Kamarudin Hj.
Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait
tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Edward M.
Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan
merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak
dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas
kepada sesuatu huraian). Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori
atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-
teori atau generalisasi yang tertentu.
Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.
Iaitu cara bagaimana suatu matapelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu
set teori yang sistematik.
Kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu . Ada dua perkataan yang hampir-
hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu
teknik dan pendekatan. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada
murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-
contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi
Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),
nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,
Socrates, simulasi, inkuiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama
pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang
dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran
maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa
oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata
pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan
masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang
sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan
yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan
kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang
padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk
mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang
menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun
serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga
mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti
pengajaran.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963),
mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru
mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa,
maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-
Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.Kamarudin Hj.
Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Kesimpulannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan
proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula
adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. Hubungkait di
antara tiga aspek ini memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang.
Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes
Pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik dapat digunakan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa.
Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik
darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.
Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan
aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan
pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Pelajar perlu berperanan sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu
pelajar mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan
wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas,
pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif. ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan,
1990:214).
a) Pendekatan terkawal.
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar
masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
sendiri. Melalui pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan
sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan
yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar
perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang
menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan
semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
b) Pendekatan bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang
sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi
pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.
Contohnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah
pencemaran alam sekitar, guru boleh keratan-keratan akhbar dan majalah untuk ditunjukkan
kepada pelajar.Aktiviti perbincangan dan sumbang saran boleh dijalankan dimana murid dapat
memberikan pendapat melalui aktiviti tersebut. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif
dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
c) Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan
komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar,
iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses
berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah
dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti
aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata
atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu,
pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan
berkomunikasi termasuk dalam penulisan.
Berdasarkan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh
orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis
sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan
kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk
penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
d) Pendekatan pola-perenggan.
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih
pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan
teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara
meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang sudah
dapat menguasai kemahiran bahasa.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang
baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar
mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan
pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.
Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat
memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana
sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi
memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada
satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah
kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang
hendak diajar.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah membuat pembacaan dan penelitian
tentang pendekatan-pendekatan yang telah diberikan oleh Raimes. Pendekatan-pendekatan
tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan komunikatif dan pendekatan
pola-perenggan. Pendekatan-pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran penulisan.
Kepelbagaian pendekatan ini adalah untuk merangsang minat dan kebolehan murid. Ini kerana
tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik
darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu
pelajaran. Faktor pelajar juga mendorong seseorang guru untuk memilih dan menggunakan
pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat
diperhatikan kerana terdapat pelbagai tahap dan kemampuan serta pencapaian murid dalam
sesuatu kemahiran berbahasa. Ini kerana murid yang berbezatahap penguasaannya memerlukan
pendekatan yang berbeza.
Kemahiran menulis boleh diajar secara berperingkat-peringkat. Pada pendapat saya, pendekatan
terkawal dan pendekatan bebas amat sesuai digunakan oleh seseorang guru dalam mengajar
tentang aspek penulisan. Berdasarkan pendekatan Raimes, saya bersetuju dengan pendekatan
terkawal untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pendekatan
ini boleh membantu golongan pelajar yang agak lemah dan masih belum menguasai kemahiran
menulis karangan. Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur
karangan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada
melakukan kesalahan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada
melakukan kesalahan. Contohnya, murid-murid menulis karangan dengan berpandukan
sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru iaitu mengisi tempat kosong dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. Murid akan
melengkapkan tempat-tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang telah disediakan.
Melalui pendekatan terkawal, karangan disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang
terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan
kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Karangan jenis ini membantu murid memahami seterusnya menggalakkan murid supaya
bermotivasi untuk menulis sesebuah karangan. Contoh aktiviti-aktiviti bagi pendekatan terkawal
ialah menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah
karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup
untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.
Pendekatan terkawal ini banyak membantu golongan pelajar yang agak lemah untuk menguasai
kemahiran-kemahiran menulis. Ini kerana urutan proses menulis karangan iaitu daripada mudah
kepada susah.Proses ini akan menggalakkan dan merangsang mereka untuk belajar. Seterusnya
mereka akan terus bermotivasi untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah
bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kebolehan murid-murid akan merangsang minat dan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh
yang demikian, seseorang guru berperanan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar
supaya akan merasa gembira,berminat dan tidak mudah berasa jemu dalam menyiapkan sesuatu
tugasan yang telah diamanahkan oleh guru mereka.
Melalui pendekatan ini juga, seseorang guru dapat menambahkan keyakinan diri murid-
muridnya, dimana mereka akan diberi peluang dan kebebasan untuk memilih perbendaharan kata
atau menggunakan struktur ayat mereka sendiri. Hal ini wujud selepas murid sudah dapat
menguasai kemahiran menulis.Contohnya, guru mengambil satu petikan yang menggambarkan
suatu kejadian atau peristiwa kemudian murid disuruh menggambarkan semula keseluruhan
pengalaman berdasarkan kejadian itu. Fenomena inia akan mencetuskan percambahan idea dan
merangsang minat murid untuk menulis.
Saya juga bersetuju dengan pendekatan bebas yang dikemukan oleh Raimes untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Ini kerana melalui pendekatan bebas ini, murid
diberi kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat berasaskan pengetahuan sedia ada
mereka. Melalui pendekatan ini, murid dapat bergiat aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Pendekatan ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang menguasai kemahiran
bahasa dengan baik dimana mereka diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat
tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan dengan menggunakan perkataan sendiri. Ianya
kurang sesuai digunakan untuk mengajar murid yang agak lemah dalam kemahiran berbahasa.
Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan
pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Melalui pendekatan ini
daya imaginasi dan pemikiran murid dapat ditingkatkan.Mereka boleh menggunakan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Kemampuan pelajar mencari dan menyelesaikan masalah akan
dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi para pelajar. Situasi ini akan menggalakkan murid-
murid supaya rajin membaca dan berusaha untuk mencari maklumat melalui sumber-sumber
yang ada, contohnya mendapatkan maklumat daripada internet. Murid bebas untuk mendapatkan
pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.
Berdasarkan pendekatan bebas, murid-murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator
untuk membimbing murid dalam mendapatkan maklumat. Murid bertindak aktif untuk
mendapatkan seberapa banyak maklumat berdasarkan topik yang akan diajar oleh guru mereka
pada hari tersebut. Contohnya, guru akan memberikan satu tajuk tentang Pencemaran Alam
Sekitar. Murid akan membentuk kumpulan dan mengadakan sumbangsaran untuk mendapatkan
maklumat-naklumat yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Setiap ahli kumpulan bebas untuk
menyatakan idea dan pendapat masing-masing. Melalui teknik perbincangan ini, percambahan
idea dapat dijana dengan sebaik mungkin di mana setiap ahli kumpulan berperanan mendapatkan
sumber-sumber dengan menggunakan majalah-majalah, surat khabar atau pun dengan
menggunakan komputer untuk melayari internet. Hasil perbincangan di dalam kumpulan
kemudiannya di bentangkan kepada kelas. Proses ini dapat meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri seseorang murid untuk bercakap di khalayak ramai.
Kesimpulan
Dalam merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis, terdapat faktor-faktor
yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhinya. Antaranya ialah faktor minat,
jantina dan kaedah serta pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Faktor-faktor ini merupakan penyumbang
terpenting dalam mempengaruhi keputusan dan pencapaian murid. Semakin tinggi minat
seseorang murid untuk belajar semakin tinggi kecemerlangan yang akan dicapai olehnya.
Perasaan kurang yakin dan berasa rendah diri kerana kurang menguasai kemahiran menulis, akan
menjadikan mereka kurang berminat untuk menulis. Fenomena ini seharusnya dihindari untuk
mencapai kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Kepelbagaian pendekatan yang
digunakan oleh guru akan mempengaruhi hasil pencapaian objektif pengajaran. Pemilihan
kaedah dan teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran
serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pemilihan kaedah dan teknik yang bersesuaian ini
menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat seseorang murid untuk belajar dengan lebih
berkesan.
PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN
Zamzuri Mohamed
Open University Malaysia (Kelantan)
1. Pengenalan
Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan
oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar
diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun
pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap
pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar.
Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka dengan dua pendekatan pengajaran
penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki merangka
satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan
soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara
yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan
pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan
pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang
dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang
sesuai untuk membina model pengajaran sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan
membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan rakan-
rakan serta tutor untuk menghasilkan tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan yang akan
saya jalankan akan menepati kehendak soalan.
2. Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Kebanyakan orang sukar untuk membezakan antara konsep pendekatan, kaedah serta teknik
pengajaran. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah
sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang
serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan
di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi
yang dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.
Berdasarkan beberapa sumber rujukan, saya akan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang
pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan antara satu sama lain. Walau pun
difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi
kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah
pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua
konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan
mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara
umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan
(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri
tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan
ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta
memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti
sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang
kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam
atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran
khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa
semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya
untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan
minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah
memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal
supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat
berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya
adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk
membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak
begitu berkesan. Jadi, walaupun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai
segala teknik memanah dengan seratus peratus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh
harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-
teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
Socratik dan lain-lain lagi.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh
untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang digunakan.
Parera (1986), mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan
secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan
dan semuanya berdasarkan pendekatan.
Selain itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan
dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly,
2006).
Edward M. Anthony (1963), mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat
sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Selain itu,
beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu
prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963),
mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan
pembelajaran.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik
pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat
kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan
alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial
expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan
sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan
bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, apabila kita menyebut teknik pengajaran, kita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang
tertentu.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang
dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan
seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa
makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.
Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi
pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi
pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan merupakan
satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu
huraian).
Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang
saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, Kamus Dewan
(1988). Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan
atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu, ada kalanya pendekatan menyerupai
klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang
kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan
pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi
setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan
guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan
murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti
kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari
dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan
masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta
Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya, dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavioris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Bagi teori behavioris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk
menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat
bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.
Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.
3. Pendekatan Pengajaran Penulisan
3.1 Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran
aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu pendekatan, kaedah
dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-masing perlu
disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan
guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar.
Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara.
Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan
Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif ( dalam
Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)
i. Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar
masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
sendiri.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan
sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan
yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar
perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang
menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan
semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
ii. Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang
sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi
pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan
wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru
boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka
memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih
berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.
iii. Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan
komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar,
iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses
berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah
dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti
aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata
atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu,
pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan
berkomunikasi termasuk dalam penulisan.
Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk
dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan
pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus
menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh
pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
iv. Pendekatan Pola-Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih
pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan
teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara
meringkaskan penulisan dengan baik.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang
baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar
mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan
pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.
3.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat
memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana
sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi
memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada
satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah
kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang
hendak diajar.
Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan
Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan.
Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal dan
Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak
ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah
kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran.
Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan
pendekatan yang berbeza.
Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan
aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai
untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu
kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan
ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. Sebagai contoh,
murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk
melengkapkan sebuah karangan.
Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran akan
diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Ini
bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti
mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai
contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan
yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan
ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan
yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal.
Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah
kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini memang
sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk
terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-
murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan
peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau
individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan
sesuatu tugasan.
Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan
sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru.
Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk
dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut
sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka
akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan
banyak kesalahan.
Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara
mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang
berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka juga agak
malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang
tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu
memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan
memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka
akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang
dikemukakan tidak akan terpesong.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang
diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini kerana
mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan adanya
bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu
kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif, berfikiran terbuka dan mampu
mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jadi, pendekatan
ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan
mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid
yang aktif.
Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas.
Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai
kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi kebebasan untuk
mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. Pendekatan ini
dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih
kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk
mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini akan
mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan
pengetahuan mereka.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah
berbeza. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang
saran. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu
dibincangkan. Kemudian, murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara
tersebut. Selepas itu, wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Aktiviti
sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan
rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di
dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. Jadi, guru perlu lebih kreatif untuk
menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik
yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat
menerima ilmu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pendekatan,
kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid
yang lemah. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk
mengajar murid-murid yang lemah, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut
tidak berkesan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-
murid yang pandai, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran
berfikir murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan, kaedah
dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan.
4. Model Pengajaran Penulisan
4.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta
Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar
yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu
mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan.
Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan
menggunakan slaid.
Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan,
ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid
tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan
yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat
untuk mengingati gambar-gambarslaid yang telah ditonton.
Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam
menyampaikan pengajaran, iaitu:
Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat
pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;
Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara
yang dapat diperkatakan mengenainya;
Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan
gambar yang dilihat;
Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan
pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil
menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.
Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan
membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan
Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.
Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau
menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau
produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada
persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-
frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang
dipaparkan dalam carta.
Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda
‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses
membuat produk makanan.
4.2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta
Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Oleh itu, saya menggunakan
satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. Berikut
ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan.
Tajuk: Penternak Ayam
Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran)
Langkah-langkah Pengajaran
Langkah 1
Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid supaya meneliti
aktiviti, peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan
berdasarkan gambar yang diberi. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang
dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya, guru ingin murid –murid menyenaraikan dua
aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Selain itu, guru juga boleh memberi
kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada
setiap gambar tersebut.
Langkah 2
Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting, aktiviti atau peristiwa berdasarkan
gambar yang diberi. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini
dijalankan secara individu, guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi aktif. Sebagai contoh, guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak
ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, guru
hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin.
Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan, guru hendaklah mengarahkan
para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan.
Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Guru hendaklah
mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid perlu
diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Setiap pelajar diwajibkan
mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. Guru juga boleh menerapkan
nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya, nilai
bekerjasama dan bertolak ansur.
Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan
memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi
masalah. Seelok-eloknya, setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk
sesi pembentangan hasil kerja. Untuk peringatan, guru juga perlu menyatakan masa yang
diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka.
Langkah 3
Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan
untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa sesi
pembentangan, seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang
dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Murid-murid atau ahlikumpulan
yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting
yang dibentangkan oleh kumpulan lain.
Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka, kumpulan lain
diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh
kumpulan tersebut. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah
dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Idea atau isi penting
yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Selepas itu, murid-murid diminta
membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan. Guru
juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan
menggunakan idea yang telah diperoleh. Kemudian, guru mengadakan perbincangan dengan para
pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting
semasa menulis karangan. Di samping itu, guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa
yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Contohnya, penggunaan penanda wacana,
penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain.
Langkah 4
Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi
penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini boleh
dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan, seorang
ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat
yang gramatis. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Semasa aktiviti ini dijalankan,
guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan
oleh kebanyakan pelajar semasa menulis.
Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan
yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah
dan aspek tatabahasa yang lain.
Langkah 5
Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masing-masing.
Semasa wakil kumpulan membaca karangan, murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti
dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut, contohnya
kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Guru juga hendaklah
membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Setiap
kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum
menghantar karangan mereka kepada guru.
Langkah 6
Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang
dilakukan oleh murid-murid. Selepas itu, karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-
murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku
masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah
dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan
murid-murid.
5. Penutup
Tugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya
dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami
tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan.
Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan
mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh
guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar
seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.
Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Berbahasa
1. Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka
definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk
menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya
baik.
Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua
peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang
bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,
seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,
pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem
bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar
mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih
dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu
proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks
yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan
unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah
serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling
memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka
seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu
menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat
atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis
dan mental.
Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan
dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,
dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan
berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,
pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.
Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam
bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan
yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan
penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.
2. Konsep
Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada
kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan
seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik
sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga
seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi itu.
Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan.
Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas.
N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan
bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai
kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana
kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,
menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.
Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan
bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima
dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni
menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh
digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan
mendengar.
Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan
merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku
setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.
Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek
fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh
mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai
dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi
yang lain.
Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-
pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa
yang sesuai.
kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-
ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk
bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli
keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru
daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan
mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model
alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan
mendengar yang baik.
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi
penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna
yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada
menggunakan logik atau propaganda.
Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat
mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan
itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang
dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-
baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan
pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang
berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas
secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.
membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah
mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya
perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara
senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan
diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini
mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan
juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan
mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara
mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan
bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat
kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-
kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini
meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.
Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan
yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan
pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan
bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara
satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang
sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan
mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran
menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan
kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran
menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.
Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk
membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan
tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada
tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.
Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya
pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi
tangan dan mata.
Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis
huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang
dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan
kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan
tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait
dengan tatabahasa dan kemahiran menulis karangan.
Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,
asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam
perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid
sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan
minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan
dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang
negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.
Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika
murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan
pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan
kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.
3. Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran
Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah
seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan
Komunikatif.
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga
digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.
Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.
Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama
ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain
manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah
terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,
kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti
teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih
tubi.
Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan
iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan
bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam
bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai
mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pe ngajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi
kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini
ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi
ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain
menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan
lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga
merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur
tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.
Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip
pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu
diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar
kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka
untuk bertutur.
Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada
peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari
bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa
sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan
alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.
Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan
mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-
murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita
rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.
Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur
seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh
guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan
tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya
lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang
diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari, dan malu dengan balu.
Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan
lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid
meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai
kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak, nada yang betul.
Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh
digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai
contoh carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.
Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka
untuk memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.
Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang
interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa
adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.
Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.
Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.
Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang
diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian
atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan
interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.
Pendekatan komunikatif cuba m engatasi masalah pengajaran bertutur yang
terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk
menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna,
pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu
interaksi atau komunikasi bahasa.
Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga
kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur
mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya
Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.
Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi
objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah.
Prinsip ketiga ialah pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif , sehubungan
dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk
bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan.
Prinsip keempat ialah, guru perlu membentuk hubungan yang positif antara kalangan murid
dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid
untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.
Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih
berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan
pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa
latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu
bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.
Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang
sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan
pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan
bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.
Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu
dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.
Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa
yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.
Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.
Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi
mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-
langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media
elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih
murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi
memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.
Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika
murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar
bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan
perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan
dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah fonetik atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan
penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa
ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka
dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang
digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang
terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama
bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’
dan basikal.
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga seperti ‘ I
go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur
dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih
tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur
tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan
memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara
intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan
penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid mestilah diajar untuk
menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang
dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.
Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah
ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru bahan sama ada yang digunakan atau
diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa
berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan
dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan
dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh
mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.
Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai
sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur
ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini
juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan
menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang
prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,
bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai.
Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa
teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya
paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,
perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan
bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.
Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa
proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan
ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru
dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang
boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah
bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat.
Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.
Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan
padang’.
Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh
murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan
nada yang tertentu.
Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam
konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah
kepada peringkat yang lebih mencabar.
Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya
kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah
malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu
serta pembelajaran yang berkesan.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/kemahiran-menulis.html http://
dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_2982.html
KEMAHIRAN MENULIS
Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk
menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don
Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf
atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita
bercakap.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Menulis)
Definisi
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang
bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan
alat komunikasi.
Peranan Tulisan
· Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea,
fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
· Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat
sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
· Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan
meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
· Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak
sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah
sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
· Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain
bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan
sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis
Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri
ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.
Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang
sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,
tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-
perkara berikut:
· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting,
mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya
boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat
kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi
kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada
permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah
latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa
kepada lembaran bergaris kecil /sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis
untuk menggunakan daya kreatif untuk :
· Membina ayat.
· Mengarang cerita.
· Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
· Menulis surat kiriman.
· Lain-lain yang berkaitan.
Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak
· Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
· Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
· Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
· Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
· Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
· Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
· Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
· Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
· Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
· Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
· Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
· Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
· Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
· Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
· Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
Cara-cara mengatasi masalah tulisan
· Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan
mendirikan asas.
· Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan
tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
· Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru
menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.
· Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.
· Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak
digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.
3.1 PRATULISAN
3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS
3.1 PRATULISAN
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis
dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-
murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan
kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi
tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan
yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang
berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang
dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya
boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di
meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan
besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan
pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas
jari dan sebagainya.
Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata
dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara
aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau
gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk
mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak
gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
3.2 PERINGKAT TULISAN MEKANIS
Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.
Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf
pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris,
kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada
lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis
itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis
lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis
huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa
perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan
menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada
kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan
dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah
menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat
dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut
urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata
supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang
atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah
dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.
3.3 PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN
Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka
secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan ayat-ayat
dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di
antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata,
mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang
sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti
memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan.
Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat
berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana
daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan.
Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran
menulis.
3.4 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN
a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
i. --------- …………. ………….. …………... …………
c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis.
BULATAN BESAR – BULATAN KECIL
d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,
menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.
e) Latihan membentuk garisan lurus.
f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.
g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
3.5 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
iv. latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara
menulis bagi
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS.
Kemahiran menulis merupakan keupayaan menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea
melalui berbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi.
Peringkat mekanis /mendirikan asas
pada peringkat ini pelajar di ajar untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan
kecil dalam abjad.Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf ,suku kata ,perkataan, dan
ayat.
-latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
-latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf
tertentu.
-latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
-latihan menekap huruf atau acuan perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
-latihan menulis huruf dalam suku kata.
-latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
-latihan menamakan gambar-gambar
-latihan menyalin frasa atau ayat.
-latihan menyalin ayat daripada buku.
Soalan 1 : Menjelaskan kemahiran menulis dan masalah tulisan.
1.0 Latar Belakang Kemahiran Menulis
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan
semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia
merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang
individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran
tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.
Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.
Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya.
Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula
berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.
Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah
ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya
membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai
menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis
mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis
sebelum dia tahu membaca.
Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta
bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan,
pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan pengetahuan ini
supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri
sendiri dan untuk orang ramai umumnya.
Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.
Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk
pelahiran. Kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-
murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan
untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran
penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan),
peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat
pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-
otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-
awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu memahami dan mengetahui
cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.
Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu tulisan
huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu lebih
mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah
dituliskan dan memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung
pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat keindividualan dalam menulis mudah dilihat.
Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan adalah keseragaman, persambungan, irama
dan pergerakan yang tetap. Dalam keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan
murid membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan,
perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama lain.
Melalui irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan
berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak.
Jenis kemahiran yang terakhir ialah pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap,
tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi
matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran
tersebut amat penting dalam Pendidikan Disleksia.
Pendidikan Disleksia mempunyai beberapa komponen yang harus diambil kira dalam mengajar
murid-murid yang mempunyai masalah disleksia iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran mengira, kemahiran lisan dan juga kemahiran ejaan (Monica McGuire,
2003). Kemahiran Menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk
dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin
murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar.
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang
telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin
Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang
tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat
serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala
isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan
murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima
pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi (Monica McGuire, 2003).
1.1 Konsep Menulis.
Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting
dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks
disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun demikian, terdapat istilah yang lebih khusus
digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis, penyair,
penterjemah dan sebagainya.
Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata
dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan
catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada
dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami
oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang
digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa
lisan memandangkan terdapat ciri yang tidak sama antara kedua-duanya.
Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran
medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol
yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti
melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.
1.2 Definisi kemahiran menulis
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat
serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat
menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah
proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan
menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan
memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
Menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara
bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience dan gaya
penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
Menurut Don Byrne, menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,
proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran
ke dalam bahasa yang dapat di fahami.
Menurut Koh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting. Sebahagian besar
kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan
merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..
Menurut Ishak Haron, beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental
penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah
kemahiran penulisan secara mekanis.
1.3 Peranan Tulisan
Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu
dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Seterusnya, untuk
membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai
alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk membolehkan kanak-kanak
berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan
serta matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan
minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana
membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup
masa kini. Kelima, untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,
sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.
Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk
pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai
pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat
kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.
1.4 Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan),
peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran.
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis
sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini,
latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid
dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu memahami dan
mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh
dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan
fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.
Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri
ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-
benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,
tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-
perkara berikut:
· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting,
mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya
boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat
kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi
kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada
permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis
untuk menggunakan daya kreatif untuk :
· Membina ayat.
· Mengarang cerita.
· Mengarang pantun, sajak, teka-teki
· Menulis surat kiriman.
· Lain-lain yang berkaitan.
1.5 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan
Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul
Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
1.6 Tujuan Kemahiran Menulis
Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan
pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul,
memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
karangan dengan jelas dan berkesan.
Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai
bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka juga berupaya
mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan
dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai
ialah :
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik, cekap dan pantas.
Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat
dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.
Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-
tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu
pengetahuan.
Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bentuk tulisan.
Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .
Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.
Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan
Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan dan lain-lain)
untuk merangsang pembelajaran.
Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri komunkasi,
iaitu :
Ekspresif
Penulis menulis untuk tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan sebagainya. Tujuan menulis
seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada
perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah
seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.
Pemujukan
Menulis untuk tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan
dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi
memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.
Informatif
Menulis untuk tujuan informatif merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk
memberikan maklumat kepada pembaca.
Kesusasteraan
Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gayabahasa penulisan. Ia
menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada
peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk
tujuan kesusasteraan. Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan.
Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca,
menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.
Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk
menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran
dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea
murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran
ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat
memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.
1.7 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan
Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah
jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu:
1. Aspek fizikal,
2. Aspek pembelajaran,
3. Aspek pengamatan.
Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota,
kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang untuk belajar,
keadaan tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta
guru.
Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis
dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika
peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat
tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada
peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru
kurangelok untuk dicontohi murid.
Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga
iaitu:
(1) Pengamatan dan masalah pendengaran
(2) Pengamatan dan masalah penglihatan
(3) Kesukaran memahami konsep
(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.
Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam
mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan’d’. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan
yang dialami oleh pelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh
menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara
kerosakan alat pendengaran adalah:
a. Pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah
b. Pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi
c. Pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk
d.Pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja
e. Secretory otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat
getaran
Pengamatan dan masalah penglihatan
Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran
mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalahpembalikan huruf,
keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p – q, 6 –
9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang
kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan
adalah seperti:
a.Hypermetrophia atau rabun jauh
b.Myopi atau rabun dekat
c.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas
d.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan
e.Juling
Kesukaran memahami kosep.
Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga
mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk
abjad atau nombor bercetak dengan tulisan tangan.
Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.
Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tanganadalah seperti tidak dapat menulis atau
menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang
dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran
menentukankedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh
tangan akan meregang, manakala jika bukuterlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan
membengkok ke belakang ketika menulis.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Berbahasa
1. Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka
definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk
menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya
baik.
Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua
peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang
bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,
seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,
pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem
bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar
mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih
dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu
proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks
yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan
unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah
serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling
memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka
seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu
menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat
atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis
dan mental.
Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan
dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,
dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan
berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,
pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.
Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam
bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan
yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan
penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.
2. Konsep
Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada
kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan
seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik
sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga
seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi itu.
Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan.
Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas.
N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan
bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai
kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana
kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,
menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.
Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan
bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima
dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni
menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh
digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan
mendengar.
Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan
merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku
setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.
Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek
fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh
mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai
dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi
yang lain.
Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-
pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa
yang sesuai.
kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-
ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk
bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli
keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru
daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan
mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model
alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan
mendengar yang baik.
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi
penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna
yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada
menggunakan logik atau propaganda.
Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat
mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan
itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang
dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-
baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan
pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang
berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas
secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.
membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah
mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya
perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara
senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan
diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini
mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan
juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan
mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara
mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan
bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat
kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-
kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini
meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.
Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan
yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan
pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan
bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara
satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang
sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan
mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran
menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan
kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran
menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.
Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk
membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan
tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada
tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.
Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya
pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi
tangan dan mata.
Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis
huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang
dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan
kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan
tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait
dengan tatabahasa dan kemahiran menulis karangan.
Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,
asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam
perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid
sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan
minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan
dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang
negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.
Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika
murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan
pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan
kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.
3. Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran
Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah
seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan
Komunikatif.
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga
digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.
Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.
Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama
ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain
manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah
terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,
kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti
teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih
tubi.
Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan
iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan
bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam
bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai
mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pe ngajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi
kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini
ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi
ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain
menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan
lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-
unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga
merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur
tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.
Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai
beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip
pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu
diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar
kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka
untuk bertutur.
Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada
peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari
bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa
sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan
alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.
Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan
mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-
murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita
rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.
Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur
seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh
guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan
tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya
lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang
diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari, dan malu dengan balu.
Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan
lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid
meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai
kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak, nada yang betul.
Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh
digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai
contoh carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.
Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka
untuk memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.
Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang
interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa
adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.
Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.
Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.
Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang
diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian
atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan
interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.
Pendekatan komunikatif cuba m engatasi masalah pengajaran bertutur yang
terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk
menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna,
pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu
interaksi atau komunikasi bahasa.
Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga
kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur
mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya
Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.
Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi
objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah.
Prinsip ketiga ialah pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif , sehubungan
dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk
bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan.
Prinsip keempat ialah, guru perlu membentuk hubungan yang positif antara kalangan murid
dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid
untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.
Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih
berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan
pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa
latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu
bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.
Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang
sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan
pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan
bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.
Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu
dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.
Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa
yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.
Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.
Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi
mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-
langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media
elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih
murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi
memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.
Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika
murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar
bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan
perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan
dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah fonetik atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan
penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa
ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka
dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang
digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang
terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama
bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’
dan basikal.
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga seperti ‘ I
go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur
dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih
tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur
tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan
memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara
intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan
penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid mestilah diajar untuk
menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang
dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.
Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah
ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru bahan sama ada yang digunakan atau
diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa
berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan
dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan
dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh
mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.
Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai
sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur
ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini
juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan
menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang
prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,
bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai.
Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa
teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya
paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,
perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan
bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.
Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa
proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan
ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru
dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang
boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah
bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat.
Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.
Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan
padang’.
Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh
murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan
nada yang tertentu.
Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam
konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah
kepada peringkat yang lebih mencabar.
Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya
kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah
malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu
serta pembelajaran yang berkesan.
Peringkat pengajian menulis:
Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :
a) Peringkat pramenulis (persediaan)
b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
c) Peringkat untuk pelahiran
Peringkat Pramenulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid – murid disediakan dengan aktiviti – aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf – huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh
masa ini latihan otot – otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid
– murid dari awal – awal lagi. Keadaan ini membolehkan mereka menguasai kemahiran
membentuk lambang – lambang yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan yang dirancangkan
haruslah sistematik, bertitik – tolak daripada aktiviti – aktiiviti pramenulis yang berbentuk bebas.
Latihan – latihan pratulisan ini mementingkan perkara – perkara berikut .
• Melakukan latihan – latihan pergerakan tangan
• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna
• Melakukan latihan – latihan pergerakan mata
• Melakukan latihan – latihan kordinasi tangan dan mata
Contoh latihan
1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri
2) Latihan mengikut garisan – garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan
3) Latihan – latihan membentuk garisan lurus
4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat
tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)
5) Latihan melukis gambar – gambar yang mengandungi garisan – garisan lurus dan bulat,
6) Latihan membentuk corak – corak campuran bulatan dan garisan lurus dan ia dilakukan
dengan bebas
Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)
Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh dilatih membentuk lambang – lambang
tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah murid tersebut dilatih
membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada
kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar
hingga kepada lembaran satu garis.
Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis
1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dlaam keadaan yang terkawal
2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Saturday latihan membentuk lambing tulisan
dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan
yang seragam dan mudah dibaca.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberikan perhatian kepada
beberapa perkara.
a) Kanak – kanak harusdiperkenalkan pada lambang – lambang huruf dengan menggunakan
gambar
b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu diberikan untuk membentulkan urat – urat daging
kanak – kanak
c) Kanak – kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama – nama huruf
d) Menggunakan kertas, mula – mula tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku
yang bergaris
e) Setelah kanak – kanak dapat menggunakan alat – alat dengan baik, barulah dilatih
menggunakan buku dan alat – alat lain yang sesuai
Contoh latihan
1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan
2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan
3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata supaya menjadi perkataan yang bermakna
4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
5) Menyalin perkataan yang mudah
6) Menyalin ayat – ayat yang mudah
Peringkat Menulis untuk kelahiran
Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka
secara bertulis. Cara – cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar – gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat – ayat
dan perenggan sehingga murid – murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Contoh latihan
1) Mengisi silang kata
2) Mengisi tempat kosong dalam ayat
3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan
5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
6) Membentuk ayat – ayat bagi menyudahkan ayat
7) Menulis ayat – ayat berdasarkan gambar – gambar yang disediakan
8) Menulis jawapan – jawpaan kefahaman
9) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
10) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah
rendah)
NOTA BMM 3104 KEMAHIRAN BM (KEMAHIRAN MENULIS)
KEMAHIRAN MENULIS
Konsep Menulis
1) Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat,
pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau
dengan diri sendiri.
2) Kamarudin Hj. Hj. Husin (1988;178)
Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan
semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan
bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.
3) Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran
asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang
terang, jelas dan lengkap.
4) Juriah Long dan rakan-rakan (1990)
Menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik
5) Raminah Hj. Sabran (1985 : 183)
Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-
bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami
maksudnya.
6) Don Bryne (1979:1)
Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita
bercakap
7) Rumusan
TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS
a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat
dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
c) Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan-
bahan bacaan
d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk tulisan
e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang
f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan
bahasa dan tulisan
g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan
Secara amnya terdapat dua tujuan kemahiran menulis
Tujuan serta merta
a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik, cekap dan pantas
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun
ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
c) Kanak-kanak dapat mengulangkaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan
yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya
d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk penulisan
e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.
f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan
bahasa dan tulisan
g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan
Tujuan Lanjut
a) Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
b) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya
penulis melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang
sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan
c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan
hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai
umumnya.
Jenis-jenis kemahiran menulis
a) Kemahiran menulis secara mekanis
- Peringkat awal
- Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
- Menekap, buat corak, bentuk huruf
- Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf
- Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah :
1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan, segi-segi, bentuk
awan larat dan sebagainya.
2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya
3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan
perkataan
4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak
6. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca
7. Melatih menulis cantik
Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)
Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran mekanis.
a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
b) Latihan pernyataan perasaan
c) Latihan pernyataan kehendak
d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli
Kemahiran Dalam Penulisan
Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis
a) Kemahiran mekanis
- kemahiran membentuk huruf
- dilatih guna tanda baca
- selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf sambung
b) Kemahiran mengeja
- disepadukan dengan kemahiran membaca
- Proses pembinaan konsep
c) Kemahiran menulis perkataan dan Kemahiran tatabahasa
- menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis
- menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks
- membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan
d) Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi
- dapat menyusun fakta dengan berkesan
- dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri
- membuat rangka untuk tujuan penulisan
e) Kemahiran menggunakan gaya bahasa
- aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis
- kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan
f) Kemahiran membuat pertimbangan
- kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk jenis-jenis
penulisan yang berlainan
Panduan merancang Kemahiran Menulis
Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa
perkara :
a) Murid menghasilkan penulisan yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak formal
b) Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan
kawan-kawan
c) Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis dan menyemak
d) Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan
e) Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis
f) Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak
Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis
a) Peringkat Pramenulis
b) Peringkat Mendirikan Asas
c) Peringkat untuk Pelahiran
Peringkat Pramenulis
-Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis
-Latihan pergerakan tangan
-Menguasai gerak tangan yang bebas
-Latihan pergerakan mata
-Latihan kordinasi tangan dan mata
Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis
a) Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan
b) Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya
c) Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis
d) Latihan gerak jari
e) Latihan membentuk garisan lurus
f) Latihan membentuk corak campuran
g) Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan
Panduan Mengajar Peringkat Pramenulis
Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis
- mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf
- peringkat model (peniruan)
- peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)
Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil
- duduk dengan selesa, siku di atas meja
- letakkan kertas di atas meja
- Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari
Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf
- menyalin model huruf
- menulis huruf di atas garis lurus
- huruf berbentuk lurus ditulis dari atas
- huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam
- semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan
- ruang huruf berbenuk bulat didekatkan
- ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan
- ruang antara perkataan dijarakkan satu jari
- menulis di atas garisan
Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis
- Kesalahan dari segi bentuk huruf
- Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat
- Kesalahan dari segi saiz
- Kesalahan dari segi susunan
Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis pelajar
Peringkat Mendirikan Asas
Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil, duduk dengan
betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.
- Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.
- Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris
- Langkah berikut perlu diambil kira
a) latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan
b) latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga
c) latihan menulis huruf di atas kertas garis dua
d) latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam serta mudah
dibaca
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.
a) Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambar
b) Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat daging
c) Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama huruf
d) Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergaris
e) Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku
dan alat-alat lain yang sesuai
Aktivti-aktiviti yang dicadangkan
a) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan
b) Menulis huruf mengikut urutan
c) Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna
d) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
e) Menyalin perkataan yang mudah
f) Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.
Peringkat Latihan Menulis (Imlak)
a) Ejaan
- Guru perlu pilih perkataan yang sesuai
- Berlandaskan perbendaharaan kata mereka
- Perkataan yang pernah didengar
- Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah
- Jumlah perkataan jangan terlalu banyak
- Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan
- Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis
- Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut
- Guru sebut dua kali barulah murid menulis
- Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan
b) Rencana
- Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis
- Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis
- Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
dipelajari
- Beri juga perhatian terhadap tanda baca
Aktiviti rencana
1. Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid diminta
membaca, mengecam dan menulis semula
2. meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman
3. menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan rumi
Cara Menjalankan
- Murid diberi petikan dan diminta membaca
- Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan
- Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta menulis
- Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk
huruf dan tanda baca
- Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan
- Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan
Peringkat Untuk Pelahiran
Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid hendaklah digalakkan
melahirkan fikiran secara bertulis.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;
a) Mengisi silang kata
b) Mengisi tempat kosong dalam ayat
c) Melengkapkan ayat
d) Menulis ayat berdasarkan perkataan
e) Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata
f) Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita
g) Menulis ayat berdasarkan gambar
h) Menulis jawapan pemahaman
i) Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkan
j) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan
k) Menulis cerita
l) Mencipta puisi
Langkah-langkah dalam mengajar tulisan
a) Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisan
b) Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dan sebagainya
c) Persembahan
d) Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan perhatian murid
e) Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulis
f) Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakan-rakan yang
lain
JENIS-JENIS PENULISAN
Terbahagi kepada 5 jenis iaitu
a) Terkawal
b) Separa terkawal
c) Berpandu
d) Separa berpandu
e) Bebas
Terkawal
- Karangan peringkat asas.
- Isi dan bahasa dikawal oleh guru
- Susunan dikawal ketat
- Hampir menyerupai peringkat menyalin
- Tujuan untuk kurangkan kesilapan
- Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting
- Peringkat meniru dan menyalin
- Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan
- Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan
betul.
- Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat
- Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur
- Contoh latihan peringkat ini
i- menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa
ii- meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil
iii- menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang format
Separa Terkawal
Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya
Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.
Terdapat 2 peringkat iaitu :
a) Peringkat mengingat kembali
- menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar dan
dilihat.
- Contoh latihan
i) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.
ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula
iii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat
b) Peringkat menggabung
- Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga pemikiran
- Contoh latihan
i) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal dan
dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan.
ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan
iii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula menjadi sebuah
cerita lengkap
iv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.
Berpandu
Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis. Contohnya
ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu menulis ayat
berdasarkan gambar tersebut.
Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan, rajah,
jadual dan sebagainya.
Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-murid akan
membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut.
Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.
Separa Berpandu
Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid menulis. Namun
tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid hanya
menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea
untuk menulis.
Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan
tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan. Contoh bahan
ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid boleh membina ayat-ayat atau menulis
karangan berkaitan ‘Kesan-kesan kemalangan’ atau ‘Punca-punca kemalangan’
Bebas
Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula
boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-murid diberi tajuk-
tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak
ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.
Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal
yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang
dilakukan.
Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan puisi, karangan
fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu merangkumi gambaran
suasana, peristiwa, benda dan perwatakan
Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk
mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan
1.0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua
kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan
lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua
komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling
melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.
Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam
memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang
dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis
kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang
disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam
menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan
terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali
pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada
pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita
akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.
2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA
Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-kemahiran
yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu
kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis seperti yang dapat lihat dalam
rajah 1 berikutnya.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Lisan ; mendengar dan bertutur
Kemahiran Menulis
Kemahiran Membaca
Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa
2.1 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,
perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah
kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).
Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana
merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah
yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang kemahiran
berbahasa.
2.1.1 Definisi kemahiran mendengar
Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi
bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti
pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang
memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987)
menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di
otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang
psikologi.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati,
mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah timbulnya celik akal.
Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya
dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses
pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ bersama- sama dengan
saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses
pendengaran dapat dilakukan dengan betul.
2.1.2 Peringkat kemahiran mendengar
Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran
pertengahan dan kemahiran peringkat maju.
Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam bunyi,
mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut
perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta
atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah,
memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan
mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan,
mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan
mengenal sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi
tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau
perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.
2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar
bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama
iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid dapat mendengar
pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan
harian dan formal.
Aktiviti pula ialah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat
menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga
terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap
pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar
mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan
yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang,
lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan
yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat
mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh
dilakukan kepada para pelajar.
Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat
yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan
kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah
dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas
belulang.
Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang
mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set
perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar
berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan
huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.
Soalan 1 :
A = buku, B = kuku, C = duku
Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku
Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh
dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa
yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh
dijalankan dengan , antaranya ialah :
I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.
III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan
2.2 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa.
Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai
kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran
mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang
lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran
mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas,
dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang
kemahiran ini, kita terus melihat aspek-aspek kemahiran bertutur ini.
2.2.1 Definisi kemahiran bertutur
Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah
kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan
pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang
betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang
nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini
akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini
amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini
juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar
bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi
aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan
memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang
lain.
2.2.2 Objektif Bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan
kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran
dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan
betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran
dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan
Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan yang mana
kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-
kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat
kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa
kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur
dengan baik.
Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat
sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-
kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu
ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia.
Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti
kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan bahasa kanak-
kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati
boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik dariapda kanak-kanak keluarga
bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan
bahasa ahli-ahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian
yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-
kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih
baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua
sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu
menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama
dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan
baik dalam bahasa tersebut.
2.2.4 Aspek-aspek pertuturan
Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran bertutur.
Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan juga
laras bahasa.
Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan
tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata
atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan
pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.
Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan
'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada
pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris
dan Arab. Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-
elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang
diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang
berbeza jika ia digunakan.
Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la
kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama
dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya
mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang
menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau
suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa,
So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.
Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk
membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. La terdiri
daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya
aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau
bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-
murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka
tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung
Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur
dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayatayat
yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati
yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa
dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-
murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.
2.2.5 Peringkat kemahiran bertutur
v Melafazkan pengucapan bertatasusila.
v Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
v Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
v Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
v Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
v Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
v Memberi arahan.
v Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
v Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.
Peringkat Pertengahan
Peringkat Awal
v Membuat deskripsi tentang objek atau gambar
v Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.
v Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
v Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
v Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
v Memberi ucapan pendek dan mudah.
v Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
v Memberi komen secara mudah.
v Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat Maju
v Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
sebagainya.
v Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
v Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
v Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
v Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
v Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
v Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
v Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain.
v Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
v Mendeklamasi puisi.
Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
2.2.6 Pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur
Dalam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh memilih alat
atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti yang berikut iaitu bahan
yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu yang pertama
ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-
baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya ; guru menaikkan dan
menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi
dalam pertuturan ; guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru
menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid
apabila berrtutur.
Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan
bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ; mengaitkan konsep dengan bunyi,
contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti
radio dan pita rakaman ; mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.
Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar.
Contoh ini boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti television,
vedio, filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai
warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara
kreatif sebagai bahan bertutur.
Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan mempunyai fail untuk
menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Sama
ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan ransangan untuk murid-
murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah
sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.
2.2.7 Aktiviti-aktiviti bertutur
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu bual dan lain-
lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan
atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan
sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan.
Aktiviti-aktiviti di atas bolelah dijadikan ransangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti
lanjutan di dalam kelas.
Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti berbual. Guru
menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak
semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru
menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan
dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya
atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan
menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid
bercerita, guru menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama,
guru boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu
dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan tajuk itu
disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang
dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan tersebut ialah seperti berikut :
Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos
Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut :
i) Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan
dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu
seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.
ii) Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem,
bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya.
iii) Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;
v Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan
dan lain-lain.
v Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
v Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, penghantar surat,
penghantar bungkusan dan sebagainya.
v Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya:
· Minta beli setem
· Bertanyakan harga setem
· Minta borang telegram.
· Hendak menyimpan wang
iv) Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-
harganya( misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, RM 1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai
dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid.
v) Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang digunakan.
vi) Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan
dalam aktiviti yang akan dijalankan.
vii) Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti
itu.
viii) Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.
ix) Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semual
apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.
x) Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang
apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.
xi) Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai ransangan pelajaran lisan untuk
aktiviti selanjutnya.
2.3 Kemahiran membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan
daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,
seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan
dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Kita terus sahaja melihat kepada apa
yang disebutkan sebagai kemahiran membaca ini.
2.3.1 Definisi kemahiran membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,
membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara.Membaca juga bermaksud menyuarakan
tulisan,mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
Menurut Kamarudn Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,
konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu,membaca ialah semata-mata
memindahkan tulisan kepada suara.Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika
mereka boleh menyuarakan tulisan dengan walaupun tidak faham lagi isi yang dibacanya
Namun begitu,mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pengajian Melayu 1:Ilmu
Bahsa dan Kecekapan Berbahasa membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik;iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang
dibaca,tetapi ia adalah lebih daripada itu. Pumfrey menyatakan membaca ialah satu proses
pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina
kebolehan menilai,mengulas dan mngkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat,memahami
kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling,membina sikap dan cita-cita serta fikiran
yang terbuka dan positif.Psikolinguistik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan
bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan(dalam
hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.
2.3.2 Tujuan Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,
tujuan membaca mempunyai dua bahagian iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan
serta-merta membolehkan murid-murid membaca dan memaham perkara yang dibaca.Boleh
membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat,tidak teragak-teragak,boleh membaca dengan
serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.Boleh memaham pula bereti
boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.Ini bermaksud murid-murid
memberi buah fikiran mereka sendiri,menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk
menyatakan apa yang dibacanya.
Manakala, tujuan lanjut pula sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar
dari sekolah.Ini bermaksud tanpa pembelajaran daripada guru murid-murid masih boleh
menyambung pelajaran dengan banyak membaca. Boleh dikatakan tujuan lanjut ini bermaksud
seseorang murid itu akan meneruskan amalan membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan.
2.3.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,
kemahiran membaca terdapat lima peringkat iaitu:
a) Peringkat menyediakan murid.
b) Peringkat mendirikan asas.
c) Peringkat melatih membaca dan memaham.
d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan.
e) Peringkat membina dan meperkukuhkan sikap gemar membaca.
2.3.4 Jenis-jenis Kemahiran Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,
terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaan bersuara( bacaan mekanis)
dan bacaan senyap (bacaan akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang
menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.Selain itu,ia juga disebut
sebagai membaca oral,membaca ulat dan membaca nyaring. Tujuan bacaan mekanis ini
diperkenalkan untuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar,cekap dan pantas
dengan diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Cara melaksanakannya guru haruslah
memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk bacaan,sesuai dengan kebolehan dan umur
murid-murid.
Bacaan akaliah/senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan
kepada maknanya tanpa mengelurkan suara.Ia juga disebut sebagai membaca di dalam
hati.Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory)
dan pengaktirafan mata dan ingatan. Tujuan bacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya
boleh membaca sendiri dan memahami apa yang dibacanya.Ini juga untuk melatih mereka
supaya dapat membaca secara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang
disediakan haruslah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang
kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
2.3.5 Aktiviti Kemahiran Membaca
Aktiviti 1: Buat Seekor Ulat Buku
Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh
disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
Aktiviti 2: Rakan Membaca
Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya
boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
Aktiviti 3: Mendirikan Satu Program Membaca
Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana
bahan dapat diperolehi.
Aktiviti 4: Menghayati Puisi
Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang
dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
Aktiviti 5: Khemah Membaca
Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja
projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
2.4 Kemahiran menulis
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui
tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks.
Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan
dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk
menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu
menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis
untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan
idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan
difahami oleh orang lain. Di sini, kita akan melihat beberapa aspek tentang kemahiran menulis
iaitu dari segi definisi, jenis, peringkat dan contoh aktiviti dalam kemahiran menulis.
2.4.1 Definisi
Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan
dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi
yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan
adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat.
Menulis berkait rapat dengan membaca.
Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan
dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat
atau idea kepada pembaca. Beliau menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-
huruf atau gabungan huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa
bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk pelahiran
perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila kita menyatakan sesuatu
melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita, pertuturan, perasaan dan pemikiran
tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam bentuk lambang-lambang tulisan.
Kesimpulannya, tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam
bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.
2.4.2 Jenis-jenis penulisan
JENIS-JENIS
PENULISAN
Penulisan Mentalis
Penulisan Mekanis
Rajah 4 : Jenis-jenis penulisan
Chomsky (1957) menjelaskan bahawa kemahiran menulis secara kasarnya terbahagi kepada dua
iaitu secara mekanis dan secara mental iaitu pelahiran seperti yang dapat kita lihat dalam rajah di
atas. Harus dikuasai supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran ini ialah
latihan pergerakan tangan,otot dan jari atau membuat garisan,bulatan,segi-segi dan sebagainya,
tunjukkan cara pergerakan tangan,menulis di pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-
benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis huruf dan perkataan,
mengawasi tulisan murid tentang bentuk,jarak,saiz,kekemasan dan kebersihan, melatih menulis
cepat,jelas dan senang dibaca dan melatih menulis dengan cantik.
Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak
mendapat kemahiran mekanis yang mana banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental
yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis ini ialah latihan pernyataan fikiran
atau pendapat, latihan pernyataan perasaan, latihan pernyataan kehendak dan latihan
mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.
2.4.3 Peringkat-peringkat kemahiran menulis
Menurut Chomsky (1957), peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada
tiga iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu
peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan
benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan
latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui
aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai
gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis
dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari
atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Chomsky (1957) menambah, peringkat tulisan mekanis berlaku setelah kanak-kanak melalui
proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk
yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan
kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis
murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.
Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iaitu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi
dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran
yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat,
mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.
2.4.4 Jenis-jenis kemahiran menulis
Jenis kemahiran menulis yang pertama ialah kemahiran menulis secara terkawal. Dalam jenis
kemahiran menulis ini, karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang
terdapat dalam kemahiran menulis secara terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan
idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh aktiviti bagi jenis penulisan ini
ialah seperti berikut iaitu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan
yang disediakan dan menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi
sebuah karangan lengkap.
Jenis kemahiran menulis yang kedua ialah kemahiran menulis secara separa terkawal yang mana
karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya
pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Contoh aktiviti bagi jenis kemahiran menulis ini ialah menggantikan beberapa perkataan yang
telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.
Jenis kemahiran menulis berikut ialah kemahiran menulis secara berpandu iaitu satu penulisan
karangan berdasarkan panduan guru. Contohnya ialah menulis semula cerita/petikan yang
dibaca, menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk dan
menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan
atau sebaliknya. Seterusnya ialah kemahiran menulis secara separa berpandu iaitu penulisan yang
mana merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.
Contoh aktiviti ialah seperti menulis semula cerita yang diperdengarkan, menyudahkan cerita,
menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal, menulis karangan daripada
perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang
diberikan.
Akhir sekali ialah jenis kemahiran menulis bebas yang mana jenis karangan ini memberi
kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan
menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut iaitu naratif : cerita,
berita, laporan, rencana, ulasan ; argumentative : bahas, perbincangan, kritikan ; deskriptif:
gambaran, peristiwa, benda, perwatakan ; kreatif: puisi, cerpen, drama ; dan, imaginatif :
pengalaman
3.0 PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau juga dikenali sebagai FPK dan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah merupakan antara dua dokumen yang menjadi sumber rujukan dalam
pendidikan negara kita. Dalam kata lain, kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada sebarang
pelaksanaan program pendidikan dalam negara kita selain menentukan bentuk dan sistem
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Kedua-dua dokumen yang
merupakan menjadi sumber rujukan ini adalah dokumen yang sangat penting bagi sistem
pendidikan negara kita. Dengan yang demikian, kita akan melihat kedua-dua dokumen ini dari
segi konsep dan pernyataan yang terkandung di dalamnya. Setelah itu, kita akan melihat
perkaitan pernyataan yang terkandung di dalam kedua-dua dokumen ini.
3.1 Falsafah pendidikan kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.
Daripada apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, kita dapat
memahami bahawa pendidikan dianggap sebagai wahana dalam mempertingkat dan
memperkembangkan potensi dalam kalangan murid-murid. Dalam memperkembangkan potensi
tersebut, individu yang ingin dibentuk mestilah seimbang dari semua segi seperti jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Tunjang utama yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini ialah kepercayaan kepada tuhan. Kepercayaan kepada tuhan ini penting bagi
memastikan seseorang individu dipandu dengan nilai-nilai dan etika yang baik dan murni.
Dengan yang demikian, individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan tinggi akan dapat dibentuk dan memberikan sumbangan
terhadap pembangunan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3.2 Objektif sukatan pelajaran
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah murid dapat :
i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam
konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara
kritis;
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran
berterusan;
vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai
murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang
betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu;
dan
x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan
cinta akan negara.
3.3 Perkaitan Falsafah Pendidikan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa
Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal
bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran
telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan
pembelajaran yang berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran
asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari tahun 1 hingga tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis
bahasa Melayu.
4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi
keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara
yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan
kebangsaan. Salah satu jenis kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran bernilai tambah yang
mana merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar.
Kemahiran ini yang merangkumi pelbagai subkemahiran di bawahnya dapat membantu
meningkatkan keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek. Sungguhpun semua
kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, namun, guru masih tidak
dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya. Di sini, kita akan melihat apakah yang
dimaksudkan dengan kemahiran bernilai tambah itu dan subkemahiran yang terdapat di bawah
kemahiran bernilai tambah.
4.1 Definisi dan konsep
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang
diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan
dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai ini tambah beliau melibatkan aktiviti-
aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan oleh beliau ini, dapat kita
fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan sebarang kemahiran yang boleh
diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu
seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-
murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan
dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.
Tuan Jah Tuan Yusof (2011) bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin
(1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisi yang sama
seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang
diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaan dunia sebenar. Hanya, beliau
menambah di sini bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah sama dengan kemahiran generik
atau mengalami sedikit pengubahsuaian menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai kemahiran
bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan teknik serta kaedah
tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di sini, dapat kita
fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai
tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan diri
mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadaptasi daripada kemahiran generik
dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian.
Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian
tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh
sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti dan tambah
ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak.
Berdasarkan kepada definisi tentang ketiga-tiga istilah ini, dapat kita rangkumkan maknanya
sebagai kecekapan atau kepandaian yang mempunyai kualiti atau kadar yang boleh ditokok pada
kemahiran sedia ada agar menjadi semakin bertambah. Dalam erti kata lain, kemahiran-
kemahiran yang diajar dan diterapkan mempunyai nilai yang tinggi dan berfaedah serta dapat
membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu yang dimiliki oleh setiap dalam
kalangan murid.
Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan bagi menggambarkan
kemahiran bernilai tambah yang mana mempunyai pengertian yang arbitrari. Gagne
mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif sepertimana yang dinyatakan oleh para
sarjana kognitif yang merujuknya sebagai ilmu bebas domain. Stasz (1990)mentakrifkan
kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti
belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.
Pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang
disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat
penting namun masih kurang diberikan penekanan. Bagi definisi yang diberikan di sini pula, kita
memahami bahawa kemahiran generik ini telah dikhususkan pemahamannya sebagai sebuah
keupayaan kognitif iaitu melibatkan kemahiran belajar, penyelesaian masalah dan komunikasi.
Berdasarkan kepada konsep-konsep dan definisi yang telah diberikan berkaitan
kemahiran bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita
iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan kepada
murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan keupayaan dan potensi
diri mereka.
4.2 Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah
Bagi menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa
komponen dalam kemahiran bernilai tambah menurutKementerian Pendidikan Malaysia
(2003). Komponen-komponen inilah apa yang disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi
teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti
dalam rajah berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam
bahasa Melayu.
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran Belajar
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Berfikir
Rajah 5 : Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah
4.2.1 Kecerdasan Pelbagai
Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Howard Gardner (1983) (dalam Haliza Hamzah et. al
(2009) mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau
menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Kecerdasan pelbagai bukan
sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang
releven dalam pendidikan hari ini. Dalam hal ini, dapat kita fahami konsep kecerdasan pelbagai
itu sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar,
kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis
kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di
bawah berikut.
Jenis Kecerdasan Huraian
Verbal Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan
dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,
menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu
sendiri.
Logik matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak
berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas,
prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.
Visual-ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.
Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran
fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan
keseimbangan.
Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan
mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan
tempoh dalam melodi dengan mudah.
Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat
orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak
secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti
menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.
Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,
kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran
bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain.
Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan,
beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-
tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-
batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga
merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi
pekaian dan makanan.
Jadual 1 : Jenis-jenis kecerdasan pelbagai
Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan
pelbagai. Kecerdasan pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat
menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu, kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar
yang seimbang, model kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk
hidup di abad akan datang. Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar
dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru
memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan
menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang lebih
selesa jika cara ini digunakan.
Selain itu, kemahiran ini dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari
bahawa potensinya tidak terbatas. Daripada kecerdasan pelbagai, murid dapat meningkatkan
harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pmbelajaran yang menyeronokkan.
Apabila guru menggunakan kemahiran ini, kecergasan pelbagai dapat meningkatkan
profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jika kemahiran ini digunakan dalam pengajaran di sekolah, suasana kolaboratif
dapat diwujudkan di sekolah. Kecerdasan pelbagai dapat mewujudkan sekolah yang menerima
dan menghargai perbezaan dalam kelangan murid dan juga guru. Guru dapat merancang secara
kolaboratif dengan menggunakan kerangka kecergasan pelbagai untuk menyediakan kurikulum
yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan.
4.2.2 Kemahiran berfikir
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah apa sahaja
proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya
digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses
kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. Daripada definisi ini, dapat
difahami bahawa kemahiran berfikir merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau
pemikiran yang berlaku dalam minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau
bentuk pemikiran yang dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah
berlakunya proses penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
Kamarudin Hj. Husin (1995) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan,
pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan
ditafsir dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap
rangsangan tersebut. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat
memperluaskan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata
pelajaran. Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Edward de Bono (1976) menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu
yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan
masalah. Beliau menambah bahawa berfikir ini merupakan pembentukan idea, pembetukan
semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. kurikulum kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang
penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis banyak digunakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan
atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan
kepada bukti dan sebab musabab.
Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran
berfikir ialah sebarang proses kognitif atau mental yang berlaku dalam minda dan pemikiran
kita. Tuan Jah Tuan Yusof (2011) menjelaskan bahawa kepentingan-kepentingan kemahiran
berfikir adalah seperti berikut.
· Mengelakkan kesipalan berfikir, iaitu berfikir secara terburu-buru dan berfikir secara
sempit
· Mengelakkan kesilapan membuat keputusan
· Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
· Memperkembangkan daya intelek
· Meningkatkan daya fikir dan kreativiti
· Berfikir di luar kotak pemikiran
· Merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju
4.2.3 Kajian masa depan
Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan
bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.
Kajian masa depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah
dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan
hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh
menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan membolehkan murid
menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan.
Mengikut Umar Alkhatab (dalam Mok Soon Sang (2004)),mengatakan “Berilah pendidikan
kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada zaman kamu”. Dalam dunia
sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri,
ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas untuk membuat keputusan dan merancang. Era
globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian
yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain.
Kemahiran berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain
itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan
sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani
perubahan dan kesan daripada krisis tersebut. Pengajaran masa depan membolehkan murid
menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan dengan prinsip
perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan
mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh
digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini. Selain
itu, remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka.
Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah
serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam
menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid
mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan
datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh memandu
tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan
datang. Murid akan memilih nilai-nilai yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk
memilih masa depan yang diingini. Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid
berfikir tentang nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. Ini boleh memberi kesan
positif terhadap masyarakat akan datang.
Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai kemahiran
berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan yang akan membantu
kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk menghasilkan kesan yang baik pada masa
depan.
4.2.4 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi dikatakan sebagai
alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam
pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu
murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat
pembelajaran dan pengajaran. Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam penggunaan
dan bukan sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi sahaja. Dengan yang demikian, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan
komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan
tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini akan dapat melatih
murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan
perkembangan konsep “world class education”. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk
menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan
teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai
kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet, dan bilik studio (video conferencing).
Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara
penilaian “ on-going” dan “on-line”. Hal ini kan dapat membantu murid saling mempelajari dan
membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan
bekerjasama.
Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan
murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh
mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat
meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki
membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting.
Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja
kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (dalam Mok Soon Sang (2004)) menyatakan teknologi
maklumat dan komunikasi sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi
seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada
penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan kajian masa depan dan
aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Dalam hal ini, terdapat beberapa kelebihan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran penerokaan iaitu
memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-
masing. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat mendorong murid terlibat secara
lebih aktif dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani
masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi
peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, kecerdasan
pelbagai dan lain-lain.
Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat menurut Tuan
Jah Tuan Yusof (2011) dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap
murid adalah seperti berikut :
· Mengakses maklumat yang sukar diperoleh terutama berkaitan isu semasa dan global.
· Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk
diperoleh.
· Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan imaginasi murid melalui tugas projek dan
aktiviti kumpulan.
· Memberi peluang kepada murid belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang
minimum daripada guru.
· Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional.
4.2.5 Kemahiran Belajar
Kamarudin Hj. Husin (1995) menjelaskan bahawa belajar adalah satu proses tindakan yang
dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkahlaku yang baru secara
keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan
persekitarannya. Dalam hal ini, belajar dilihat sebagai perubahan dari segi pengetahuan dan
tingkahlaku secara tekal. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan
bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.
Kamus Dewan (1966) pula mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang
untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam
diri yang dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain
itu, belajar juga bermaksud satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat
yang diperolehi yang membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya pengetahuan
dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini biasanya disedari oleh diri sendiri atau
kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku
secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan
mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah
individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu yang
memberatkan pemikiran. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:
· Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif.
· Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan.
· Kemahiran membaca untuk pemahaman dan membaca pantas.
· Kemahiran mencatat dan menulis pantas.
· Kemahiran menghasilkan laporan.
· Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai jadual,
carta alir dan hierarki.
· Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,
rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
· Persediaan menghadapi peperiksaan.
· Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei.
· Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang.
· Strategi belajar dalam kumpulan.
Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat memperolehi
pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan strategi belajar.
Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat membantu dalam meningkatkan
tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan manusia umumnya. Antara manfaat yang
dapat diperolehi ialah :
· Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.
· Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan.
· Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah
pembelajaran.
· Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud.
· Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.
· Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran yang
rasional.
· Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :
➢ Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.
➢ Konkrit kepada abstrak.
➢ Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.
➢ Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif dalam cara
belajar.
· Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep
dan hukum.
· Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah
menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang sesuai.
4.3 Amali pengajaran kemahiran bernilai tambah
Rancangan Pengajaran Amali Tugasan BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Tarikh/ Hari : 22 Februari 2011
Hari : Selasa
Tahun : 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Mengajar Kata Nama
Hasil Pembelajaran : Fokus utama :
1. Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang
dikemukakan.
2. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
i) Membaca dengan lancar dan sebutan dengan intonasi yang betul.
ii) Mengenal pasti jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.
iii) Memberikan contoh kata nama berdasarkan jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam
bahasa Melayu.
iv) Menulis contoh-contoh kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan betul.
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
KBT : Kemahiran berfikir
Kemahiran belajar
Kecerdasan pelbagai
Prosedur Pelaksanaan Kemahiran Bernilai Tambah
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menayangkan video nyanyian lagu ‘Bangau Oh
Bangau’.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
· Adakah murid berasa seronok menyanyi lagu
tersebut?
· Apakah yang dapat dilihat di dalam video nyanyian
tersebut?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pembelajaran hari ini.
Kemahiran Belajar :
1. Menyoal
Kemahiran Berfikir :
2. Menghubung kait
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai :
1. Muzik.
2. Kinestetik.
Langkah 1 (10-15 minit)
1. Guru menjelaskan kepada pelajar tentang definisi dan
maksud kata nama.
2. Guru menerangkan jenis-jenis kata nama yang terdapat
dalam bahasa Melayu.
3. Guru memberikan contoh-contoh daripada jenis-jenis
kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.
4. Guru bertanya kepada murid untuk memberikan
contoh-contoh lain jenis-jenis kata nama yang terdapat
dalam bahasa Melayu.
Kemahiran Belajar :
1. Menyoal.
2. Mendengar aktif.
Kemahiran Berfikir :
1. Pemikiran Kreatif.
2. Pemikiran konstruktif.
Langkah 2 (5-10 minit) Kemahiran Belajar :
1. Guru memulakan aktiviti menggunakan alat bantu
mengajar yang telah disediakan. Langkah aktiviti adalah
seperti berikut :
· Menyediakan jadual pada papan tulis dengan
menyediakan dua ruang kepada kata nama am dan khas.
Cth :
Kata Nama Am Kata Nama Khas
· Guru menunjukkan beberapa keping gambar contoh
bagi setiap jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
· Guru bertanya kepada murid apakah yang dapat
dilihat di dalam gambar dan mengelaskan kepada jenis
kata nama yang tepat.
· Guru meminta murid menulis kata nama tersebut
pada jadual yang telah disediakan pada papan tulis.
· Guru memberi ulasan tentang hasil kerja yang
diberikan oleh murid.
1. Menyoal.
2. Mendengar aktif.
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai :
.1. Visual Ruang
Penutup (5 minit)
1. Guru meminta murid membuat rumusan tentang tajuk
pelajaran dengan bantuan guru.
2. Guru memberikan rumusan pengajaran dan
pembelajaran yang telah berlangsung pada hari ini.
3. Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini, guru sekali lagi membawa pelajar menyanyi
Murid dibimbing merumuskan
kemahiran yang di ajar hari ini.
Murid digalakkan mengumpul
maklumat tambahan yang
terdapat dalam beberapa contoh
lain.
berpandukan video lagu ‘Bangau Oh Bangau’ pada awal
pengajaran.
5.0 PENGAJARAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu dalam
masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan
dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar
kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran
khususnya masalah kemahiran berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran berbahasa adalah sangat penting
biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan,
kemahiran-kemahiran asas berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat
kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan
untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas berbahasa ini masih belum berkembang sepenuhnya
dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk
membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Justeru, kita akan melihat apakah yang
dimaksudkan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran itu dan bagaimanakah pula bentuk
atau cara pengajaran yang boleh digunakan bagi mengajar pelajar jenis ini.
5.1 Takrif murid bermasalah pembelajaran
Maklumat Pendidikan Khas (2006), murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan murid-
murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif,
tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa lisan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan
dan kemahiran matematik. Daripada definisi yang diberikan, dapat kita fahami bahawa murid-
murid bermasalah pembelajaran ini merupakan murid-murid yang mempunyai kekurangan dari
pelbagai aspek keupayaan murid yang boleh menyebabkan sesuatu proses pembelajaran menjadi
kurang lancar dan mengalami gangguan. Kesannya, perkembangan bagi seseorang murid
menjadi lambat dan kurang.
Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid-murid yang dari segi intelek, fizikal, sosial
dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa Hornsby B. (1995). Beliau menambah bahawa murid-
murid ini berbeza dari murid-murid sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaan-
keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi
dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan
amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas ,
supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Berdasarkan kepada kedua-dua definisi, dapat kita rangkumkan pemahaman kita berkaitan murid
bermasalah pembelajaran sebagai murid-murid yang mengalami gangguan, masalah atau
kekurangan dalam pembelajaran menerusi beberapa aspek tertentu.
5.2 Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran
Terdapat banyak ciri murid-murid bermasalah pembelajaran. Antara ciri yang mungkin dapat
menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar murid-
murid yang bermasalah pembelajaran adalah seperti dalam rajah di bawah berikut.
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Ciri intelek
Ciri sosial dan peribadi
Ciri fizikal
Rajah 6 : Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran
Berdasarkan kepada rajah di atas, terdapat tiga ciri murid bermasalah pembelajaran iaitu ciri
fizikal, ciri intelek dan ciri sosial.
Ciri murid bermasalah pembelajaran yang pertama ialah ciri fizikal iaitu yang mana bentuk
badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan
oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak
biasa.
Ciri kedua ialah ciri intelek iaitu terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan
fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai
contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan
perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima
pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa
berumur enam tahun pada peringkat umur lapan tahun atau lebih.
Ciri terakhir ialah ciri sosial dan peribadi yang mana kanak-kanak mempunyai bidang perhatian
yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman
kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi
sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku
kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental
yang sama dengan mereka.
5.3 Pengajaran murid bermasalah pembelajaran
Dalam pengajaran bahasa Melayu, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah
pembelajaran ialah dalam mempelajari ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang telah kita
bincangkan pada soalan satu sebelum ini iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis. Bagi lebih memahami tentang bagaimana masalah pembelajaran
berkaitan ketiga-tiga kemahiran ini berlaku, kita akan memilih dan melihat salah satu kemahiran
tersebut.
Di sini, saya telah memilih masalah pembelajaran murid-murid dari aspek kemahiran menulis
yang mana masalah tulisan merupakan salah satu jenis masalah pembelajaran yang berlaku
dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam kemahiran menulis. Bagi masalah
tulisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran ini, masalah yang mereka hadapi
ialah kesukaran untuk membina suku kata atau perkataan iaitu tidak tahu mengeja sesuatu suku
kata atau perkataan tersebut. Bagi murid-murid yang mengalami masalah tulisan jenis ini,
mereka mempunyai kekuatan dan kebolehan dalam mendengar bunyi huruf selain cekap memilih
perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Dalam erti kata lain, mereka dapat mengenal bunyi
huruf tersebut dan menggambarkannya melalui contoh perkataan.Contoh dapat kita lihat seperti
dalam jadual di bawah.
Bunyi huruf Perkataan
[m] mata
[b] bola
[t] tangga
[i] ikan
[s] sudu
Jadual 2 : Bunyi huruf dan perkataan yang menggambarkan huruf tersebut
Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis
atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf awal.
Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di
atas mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara
yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal
mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain. Contoh cara ini digunakan
ialah, seseorang murid bermasalah pembelajaran ingin mengeja perkataan “matahari”.
Kemudian, bunyi bagi setiap huruf dalam perkataan “matahari” itu diwakili atau digambarkan
melalui objek atau perkataan lain setiap satunya seperti dalam jadual di bawah.
Huruf awal Perkataan
[m] mata
[a] api
[t] tangga
[a] api
[h] hujan
[a] api
[r] rambutan
[i] ikan
Jadual 3 : Bunyi huruf dan perkataan yang mewakili huruf awal
Rajah 7 : Gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf awal perkataan
Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang
perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan. Dicantumkan huruf-huruf awal
bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, “m a t a h a r I”. Dengan
menggunakan kaedah ini, murid akan dapat mengeja selepas latihan yang berterusan dilakukan
dalam tempoh beberapa lama. Setelah mahir, dengan sendirinya, murid-murid ini tidak perlu
melukis lagi bagi menggambarkan bunyi huruf awal setiap perkataan yang ingin dieja, tetapi
seharusnya telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi
fokus kepada kemajuan jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan
membolehkan murid jenis ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya mereka boleh
mengeja dan menulis seperti mana murid-murid lain yang tidak mengalami masalah
pembelajaran, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri.
6.0 RUMUSAN
Izharnya, setelah mengupas dan membincangkan beberapa tajuk dalam kemahiran berbahasa ini,
kita telah dapat memahami dan menimba beberapa pengetahuan yang baru dan cukup bermakna.
Kita dapat melihat bagaimana kepentingan setiap kemahiran berbahasa tersebut dalam
memperkembangkan potensi dan keupayaan setiap individu terutamanya dalam kanak-kanak
yang merupakan sebagai pelajar. Kita juga dapat melihat dalam hal ini bagaimana penekanan
sangat diberikan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan
dan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran berbahasa ini sangat penting bagi mencapai
pernyataan yang termaktub dalam kedua-dua dokumen tersebut iaitu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak cukup
dengan hanya pengetahuan tersebut, kita juga telah melihat bagaimana pelaksanaan amali dalam
menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran berbahasa tersebut telah membantu
meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dalam hal tersebut. Sesungguhnya,
pengetahuan dan penguasaan dalam aspek kemahiran berbahasa ini amat berguna dan
mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran dalam diri
kita sebagai bakal pendidik kelak.
REFLEKSI
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kemahiran
berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sepanjang menjalankan
kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di
kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa
yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang
sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk
memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang
diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk
yang sudah kami pelajari.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-
masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah mencari bahan rujukan buku
yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk
tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan,
saya juga telah meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya.
Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati
kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan
dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan
yang sedikit sukar untuk difahami.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan
mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan
sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan
tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada
yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah
dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan
sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah
saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan
tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,
saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa
langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat
mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang
saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan
berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata
untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan
saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran untuk lebih
proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar saya dapat menguruskan masa yang
saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan
tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang
berfaedah.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya
dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Langkah Aktiviti/ tindakan Tempoh Penglibatan/
Tanggungjawab
Tarikh
1 a) Menerima kerja tugasan serta
sedikit penerangan tentang
Minggu
1
Pelatih dan
Pensyarah.
25.01.11
tugasan.
b) Cuba memahami kehendak
tugasan dengan berbincang
bersama rakan-rakan.
2 a) Berkolaborasi dengan
pensyarah bagi matapelajaran ini
untuk memahami kehendak soalan.
b) Berbincang dengan pensyarah
tentang perkara-perkara yang
diperlukan bagi melaksanakan
soalan 1 (b).
c) Menetapkan tarikh bagi
pelaksanaan soalan 1 (b). Selepas
perbincangan, tarikh yang telah
ditetapkan ialah pada hari khamis
(22.01.2011).
Pelatih dan
pensyarah.
25.01.11
3 a) Berbincang dengan rakan-
rakan bagi pelaksanaan soalan 1
(b).
b) Pembahagian kumpulan
dijalankan bagi pelaksanaan soalan
kedua iaitu 4 orang dalam satu
kumpulan.
c) Ahli-ahli dalam kumpulan
selepas pembahagian kumpulan :
· Hastei Doimi
Minggu
2
Ketua Kelas dan
rakan-rakan
pelatih.
07.02.11
· Md. Hadi Bin Baba
· Nazri Bin Muara
· Rahul Bin Matius
4 a) Mula berbincang dengan
rakan-rakan dalam kumpulan
masing-masing tentang
pelaksanaan amali iaitu soalan 1
(b).
b) Membahagi-bahagikan
tugasan dalam kalangan ahli
kumpulan masing-masing.
Minggu
2
Pelatih 08.02.11
5 a) Mula mencari maklumat
berkaitan dengan tugasan bersama
ahli dalam kumpulan masing-
masing bagi soalan 1 (a).
b) Selepas pembahagian, setiap
ahli mencari tugasan seperti
berikut :
· Hastei (kemahiran
mendengar)
· Md. Hadi (kemahiran
membaca)
· Nazri (kemahiran menulis)
· Rahul (kemahiran bertutur)
Minggu
2
Pelatih 09.02.11
6 a) Mencari bahan dan maklumat Minggu Pelatih 14.02.11
bagi soalan 2 iaitu soalan individu. 3
7 a) Mengumpul bahan dan
maklumat daripada rakan-rakan
untuk difailkan.
b) Membuat semakan dan
pembetulan terhadap maklumat
yang telah dikumpulkan.
Minggu
3
Pelatih 16.02.11
8 a) Melaksanakan tugasan amali
di kelas dengan pemerhatian
daripada pensyarah bersama-sama
rakan-rakan.
b) Memastikan segala bahan
yang digunakan untuk amali telah
disediakan.
c) Melengkapkan tugasan yang
hampir siap dan membuat semakan
terakhir bagi sebarang pembetulan
atau penambahbaikan.
Minggu
3
Pelatih 22.02.11
9 a) Menghantar hasil tugasan Minggu
4
Pelatih 25.02.11
BORANG KOLABORASI
Bil Tarikh Perkara PenglibatanNama, cop &
tandtangan
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_______________________ ________________________
Nama Pelatih : Nama Pensyarah :
Opsyen : Jabatan :
RUJUKAN
Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.
Edward de Bono, 1976. CoRT 1 Thinking Skills Programme On Students. New York : Academic
Press.
Hall, 1968. An essay on language. New York, Chilton Books.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hornsby B., 1995. Overcoming Dyslexia. London: Vermillon.
Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Longman.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Marohaini Yusoff, 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nor aina dani, 2007. Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor
Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Peringkat Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada;
Peringkat Pramenulis
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas
dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.
Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
• Menulis dari kiri ke kanan
• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.
• Menyambung titik
• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
• Latihan membentuk garisan lurus
• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
• Melukis gambar
Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat
mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf
besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat.
Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-
aktiviti yang berikut:
• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf
tertentu.
• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
• Latihan menulis huruf dalam suku kata.
• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
• Latihan menamakan gambar-gambar.
• Latihan menyalin frasa atau ayat.
• Latihan menyalin ayat daripada buku.
Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis
karangan.
Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan
terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan
dengan penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta
pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran
tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
Contoh aktiviti :
KEMAHIRAN MENULIS
• Menulis jawapan pemahaman
• Menulis karangan
• Menulis ayat berdasarkan gambar
• Membina ayat
• Memanjangkan ayat
• Menulis rencana
• Mengisi silang kata
• Melengkapkan ayat.