KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAMTAHUN 2
TerbitanKementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2011
Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN Muka Surat
Tilawah Al-Quran 1 Hafazan 5 Aqidah 11 Ibadah 14 Adab dan Akhlak 17
1
A : ASUHAN MEMBACA AL-QURANTajuk : 1. Tilawah Al-QuranMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Membunyikan huruf di muka surat 1
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
Kreativiti dan Seni
Fizikal dan Estetika
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat
1. Membunyikan huruf dan
2. Membezakan bunyi huruf dan
Nilai : Keberanian, keyakinan dan kerjasama
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi1. Murid menyanyikan lagu huruf hijaiyah tunggal secara kelas
dengan bimbingan guru.
Carta huruf hijaiyah
2
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 1 1. Murid melihat kad huruf dan .
2. Murid mendengar bacaan contoh dari komputer.
3. Latih tubi murid membunyikan dan secara individu
dan berkumpulan
Kad huruf
Perisian komputer
EMK-Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
Langkah 2 1. Murid membaca dan di muka surat satu dalam buku
.2. Murid membaca secara individu dan berkumpulan dengan
bimbingan guru dan rakan sebaya
3. Murid membaca secara individu dan guru merekod bacaan
murid.
Rujuk lampiran 1
Langkah 3 Simulasi Permainan Bowling
1. Murid diminta mengambil kad nombor giliran.
2. Murid diminta membuat balingan secara individu mengikut
giliran yang ditetapkan.
3. Murid dikehendaki membunyikan huruf yang terdapat pada
pin boling yang berjaya dijatuhkan.
Permainan Bowling
Kad nombor
Kad huruf
3
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 4 1. Murid membuat latihan pada lembaran kerja.
Tahap rendah
a. Menyambung titik-titik dan mewarnakan huruf
dengan bimbingan guru.
b. Menyambung titik-titik dan mewarnakan huruf
tanpa bimbingan guru.
Tahap sederhana
a. Mengecam dan mewarnakan huruf dan
dengan dua warna yang berbeza.
Tahap tinggi
a. Menyalin semula huruf yang diberi.
Lembaran kerja
Penutup 1. Murid menyanyikan lagu nasyid secara beramai-ramai
sambil menunjukkan kad imbasan.
Tajuk "Mari baca Quran"
Mari kawan-kawan kita baca Quran
Jangan malu segan....guru akan tunjukkan
Sebut ..., titik bawah ..titik atas
Bacalah Aa..Ba ..Ta
CD lagu
Komputer
Kad imbasan
EMK-Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4
LAMPIRAN 1
JADUAL PENCAPAIAN MURIDSaya Pandai Sebut - )
TARIKH
NAMA MURIDMS 1 MS 2 MS 3 MS 4 MS 5 MS 6 MS 7 MS 8 MS 9 MS 10
DB TB DB TB DB TB DB TB DB TB DB TB DB TB DB TB DB TB DB TBSHAHIR SHAH BIN ABD. RAZAK 10/2 25/2 26/2 5/3
MOHD ANUAR BIN M. SALLEHSITI NURHALIZA BT. HASHIMNURUL HUDA BINTI OMAR
Guru mencatat tarikh di petak kosong apabila murid dapat membunyikan huruf baris satu di atas.DB= dengan bimbinganTB= tanpa bimbingan
REFLEKSI:....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
________________________________( )
5
A : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN
Tajuk : 2. HafazanMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 2.1 Menghafaz surah Al-Fatihah
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Melafazkan ayat pertama surah Al-Fatihah
: 2.1.2 Melafazkan ayat kedua surah Al-Fatihah
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat melafazkan ayat pertama dan kedua daripada surah Al-Fatihah
dengan bimbingan guru.
Nilai : Keyakinan diri dan kerjasama
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid ditunjukkan dengan senaskah Al-Quran
2. Murid bersoal jawab mengenai Al-Quran dan surah
Al-Fatihah.
Cadangan soalan guru:
a. Apakah yang ustaz /ustazah pegang ini?
b. Adakah kamu pernah melihat Al-Quran?
Al-Quran
6
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
c. Di mana kamu selalu melihat Al-Quran ?
3. Murid ditunjukkan dengan surah Al-Fatihah yang terdapat di
dalam Al-Quran
Langkah 1 1. Murid diperdengarkan dengan surah Al- Fatihah secara
berulang-ulang.
2. Murid mengikut bacaan Al- Fatihah dari komputer secara
perlahan.
3. Murid mendengar sambil melafaz ayat pertama, kalimah
demi kalimah berpandukan kad imbasan ayat.
4. Murid mencantum puzzle kalimah menjadi ayat satu
secara berpasangan
5. Murid melafaz ayat dari kad yang telah dicantum secara
individu dan berkumpulan
CD
Komputer
Kad imbasan ayat
Puzzle kalimah
EMK-Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
Langkah 2 1. Murid mendengar sambil melafazkan ayat kedua, kalimah
demi kalimah berpandukan kad imbasan ayat .
2. Murid melafaz ayat kedua secara latih tubi dalam kumpulan
dan individu mengikut kalimah demi kalimah.
Kad imbasan ayat
Puzzle kalimah
7
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
3. Murid mencantum puzzle kalimah menjadi ayat satu
secara berpasangan
4. Murid melafaz ayat dari kad yang telah dicantum secara
individu dan kumpulan.
Langkah 3 1. Murid mendengar sambil membaca ayat pertama dan ayat
kedua berpandukan kad ayat.
2. Murid memadankan kalimah yang sama daripada ayat
pertama dan ayat kedua pada lembaran kerja
Kad imbasan ayat
Lembaran kerja
Penutup Murid dipilih secara rawak untuk menyambung dan membaca
ayat satu dan ayat dua surah Al- Fatihah.
Kad imbasan
8
A : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN
Tajuk : 2. HafazanMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 2.2 Menghafaz doa harian
Standard Pembelajaran : 2.2.2 Melafazkan doa terhadap ibu bapa
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
. Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut dan melafazkan doa terhadap ibu bapa dengan
bimbingan.
Nilai : Kasih sayang dan bertanggungjawab
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Nyanyian lagu
Satu...satu.. saya sayang ibu...
Dua..dua.. saya sayang ayah..
Tiga...tiga...sayang adik kakak ...
Satu dua tiga saya
9
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
2. Murid bersoal jawab dengan guru.
Cadangan soalan guru:
a. Adakah kamu menyayangi ibu bapa kamu?
b. Bagaimanakah kamu menunjukkan kasih sayang
kepada mereka?
c. Pernahkah kamu mendoakan mereka?
Langkah 1 1. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru (seorang
kanak-kanak sedang membaca doa)
Cadangan soalan guru:
a. Apakah yang sedang dilakukan oleh kanak-kanak ini?
b. Adakah kamu pernah berdoa?
2. Murid diterangkan tentang kepentingan berdoa dalam
kehidupan seharian.
Kad gambar
Langkah 2 1. Murid diperdengarkan nasyid doa terhadap ibu
bapa dari laptop
2. Murid menasyidkan doa dengan berpandukan laptop
bersama-sama guru berulang kali.
Laptop EMK-Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
10
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 3 1. Murid mengikut guru melafazkan doa kalimah demi kalimah
berpandukan kad imbasan.
2. Latih tubi menyebut kalimah yang sukar
Kad imbasan
Langkah 4 Simulasi berdoa
1. Murid diminta menunjukkan cara berdoa kepada
kedua ibu bapa selepas solat
2. Murid membaca doa sambil menadah tangan dengan bimbingan
Teks Arahan
Penutup 1. Murid menasyidkan semula doa yang telah dipelajari
bersama-sama guru.
11
B. ULUM SYAR IYAH
Tajuk : 1. AqidahMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 1.1 Menyatakan Rukun Iman yang pertama
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Membezakan makhluk ciptaan Allah dan benda ciptaan manusia
Tunjang Yang Disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut tiga benda ciptaan Allah dan tiga benda rekaan manusia.
Nilai : Kepercayaan kepada tuhan, keyakinan diri dan kerjasama.
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid melihat buah-buahan plastik dan sebenar yang
terdapat di dalam bakul.
2. Murid memerhatikan buah-buahan tersebut.
3. Murid bersoal jawab dengan guru.
Cadangan soalan guru:
a. Apakah yang kamu lihat di dalam bakul ini?
b.Apakah nama buah-buahan ini?
c. Apakah warna buah-buahan ini?
Buah-buahan sebenar
Buah-buahan plastik
Bakul
12
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
d. Buah manakah yang boleh dimakan?
Langkah 1 1. Murid dibawa melawat di sekitar kawasan luar bilik darjah.2. Murid diminta menamakan benda-benda yang terdapat di
kawasan luar bilik darjah.
3. Murid bersoal jawab dengan guru.
Cadangan soalan guru:
a. Siapakah yang mencipta pokok?
b. Siapakah yang mencipta kereta?
c. Siapakah yang mencipta awan?
4. Murid mendengar guru menerangkan perbezaan antara
ciptaan Allah SWT dan rekaan manusia.
Benda maujud
Langkah 2 Permainan Kotak Beracun
1. Murid membentuk bulatan.
2. Murid diminta mengedarkan kotak beracun sehingga muzik
berhenti.
3. Murid yang memegang kotak beracun ketika muzik berhenti
diminta mengambil satu kad gambar dari dalam kotak
Kad bergambar
Kotak
Radio
CD
EMK-Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
13
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
4.Murid diminta menyebut nama benda dan pencipta bagi
benda tersebut
Contoh: Ikan - ciptaan Allah
Matahari - ciptaan Allah
Buku - rekaan manusia
Meja - rekaan manusia
5. Permainan ini diteruskan sehingga tamat.
Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
2. Setiap kumpulan diberi enam jenis benda maujud atau
semimaujud .
3. Murid dikehendaki mengasingkan tiga benda ciptaan
Allah dan tiga benda rekaan manusia ke dalam kotak
yang disediakan.
Penutup Murid diminta menyebut tiga benda ciptaan Allah dan tiga
benda rekaan manusia.
14
B. ULUM SYAR IYAHTajuk : 2. IbadahMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 2.2 Mengenal anggota wuduk
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Menunjukkan anggota wuduk yang fardu dan sunat
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi
Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut empat anggota wuduk yang fardu
Nilai : Kebersihan, disiplin dan sabar
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1.Murid mendengar guru menyanyi lagu anggota
wuduk2. Murid menyanyikan lagu anggota wuduk bersama-
sama guru sambil memegang anggota yang disebut
Tangan-tangan kecil,mulut,hidung,muka
Tangan-tangan panjang,kepala,telinga,kaki
Anggota wuduk
15
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 1 1. Murid mendengar penerangan guru tentang anggota wuduk
2. Murid menyebut nama anggota wuduk yang dipamerkan
dengan bimbingan
Kad gambar
Langkah 2 1. Murid memerhatikan kad gambar anggota wuduk yang
fardu.
Cadangan soalan guru:
a. Sebutkan nama anggota wuduk yang kamu lihat?
b. Berpandukan kad gambar ini, cuba kamu sentuh
anggota badan kamu?
Gambar muka sentuh muka.
Gambar tangan sentuh tangan
Gambar kepala- sentuh kepala
Gambar kaki sentuh kaki
Kad gambar
Benda maujud
Langkah 3 Permainan Pancing Ikan.
1. Murid dibahagikan secara berpasangan.
2. Murid diminta memancing kad anggota wuduk.
3. Murid menunjukkan kad tersebut serta bersoal jawab
dengan guru.
Kad anggota wuduk
Batang kail
Ikan plastik
Kad manila
16
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Cadangan soalan guru:
Gambar apakah yang kamu dapat?
a. Tunjukkan bahagian anggota kamu yang sama dengan
gambar itu
Langkah 4 1. Murid menjalankan aktiviti pada lembaran kerja.
Tahap rendah
a. Menyambung titik dan mewarnakan anggota wuduk yang
fardu.
Tahap sederhana
a. Membulatkan gambar anggota wuduk yang fardu.
Tahap tinggi
a. Mengisi tempat kosong perlakuan wuduk berpandukan
gambar
Lembaran kerja
Penutup Murid menyanyikan semula lagu anggota wuduk bersama
guru
17
C. ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
Tajuk : 1. Adab dan AkhlakMasa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 1.1 Adab dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran : 1.1.2 Adab dengan guru
i. Adab berjumpa dengan guru
Tunjang yang disepadukan : Bahasa
. : Kreativiti dan Seni
: Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut dua ucapan bertatusila kepada guru.
Nilai : Bertanggungjawab dan hormat-menghormati.
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid melihat tayangan gambar Upin dan Ipin
memberi semasa guru
masuk ke dalam kelas.
2. Murid bersoal jawab dengan guru.
Cadangan soalan guru
Laptop EMK-Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
18
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
a. Apakah yang dibuat oleh Upin dan Ipin dan kawan-
kawannya semasa guru masuk ke dalam kelas?
b. Apakah ucapan lain yang boleh diucapkan oleh kamu
semasa guru masuk ke kelas?
Langkah 1 1. Murid diberi penerangan mengenai ucapan
bertatasusila yang perlu dilakukan oleh murid apabila
guru masuk ke kelas, keluar dari kelas dan semasa
berjumpa dengan guru.
a. Memberi salam bagi orang Islam.
b. Ucapan selamat bagi orang bukan Islam
( Buddha, Hindu, Kristian dan lain- lain )
c. Ucapan terima kasih.
Kad perkataan
Langkah 2 1. Murid melihat kad perkataan ucapan bertatasusila
2. Murid menyebut ucapan yang tertera pada kad
perkataan
3. Murid menyebut salam dan ucapan selamat secara latih
Kad perkataan
19
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
tubi dengan bimbingan guru.
Langkah 3 Aktiviti lakonan untuk watak guru dan watak murid :
1. Murid mengucapkan salam apabila bertemu guru di
kantin.
2.
u
keluar dari kelas
Penutup Murid diminta menyebut dua ucapan bertatasusila yang perlu
diucapkan untuk menunjukkan adab murid kepada guru.