-
KERJA KURSUS LITERASI KOMPUTER
PEMBANGUNAN WEB
CETAKAN 2011
-
KANDUNGAN MUKASURAT
Prakata ?
Pengenalan Pembangunan Laman Web ?
Pengurusan & Rekabentuk Laman Web ?
Arahan Tugasan Kumpulan ?
Panduan Membangunkan Laman Web (Blog) ?
-
PRAKATA
Kerja kursus ini diwujudkan sebagai panduan khusus kepada para pelajar tentang asas membangunkan laman web. Ia merupakan suatu nilai tambah secara praktikal kepada teori yang mereka pelajari didalam kelas literasi komputer.
Didapati ramai pelajar tidak dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari dan mengalami sendiri proses pembelajaran tersebut. Penghasilkan kerja kursus ini khas untuk pelajar mempelajari langkah-langkah membangunkan laman web mudah khususnya blog
untuk merasai pengalaman itu sendiri.
Selain itu, kerja kursus ini adalah sebagai sebuah dokumentasi kepada beberapa topik yang telah mereka pelajari didalam kelas literasi komputer. Diharap agar para pelajar
dapat mengambil peluang ini untuk memahirkan diri mereka dalam bidang komputer.
Hakcipta terpelihara 2011. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak kembali mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dengan cara apapun, baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman, atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada
penerbit.
Penerbit : Guru Literasi Komputer SMK Agama Limbang, Sarawak.
Hubungi : [email protected]
-
PENGENALAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB
Apakah yang sekatakan sebagai laman web (website)? Laman web (website) adalah kumpulan paparan web (webpages) yang didalamnya terdapat grafik, audio dan video dengan nama domain (IP address) yang tertentu.
Domain dan IP address adalah alamat bagi sesebuah laman web yang di gunakan untuk memanggil sesebuah laman web di pelayar web (web browser). Sesebuah laman web akan di simpan didalam sesebuah sistem komputer yang dikenali pelayan web (web
server).
Laman web terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
Statik : web yang memaparkan informasi yang sama kepada semua
pengunjung
Dinamik : web yang berubah-ubah secara automatic atau berkala mengikut kriteria tertentu.
Terdapat pelbagai jenis laman web , antaranya ialah:
Portal – biasanya kelihatan konsisten dan tidak banyak perubahan serta memudahkan kawalan mengakses kepada pengguna dan mempunyai pelbagai aplikasi. Pengunjung hanya boleh mendapatkan maklumat. Contohnya yahoo, msn, dll.
Blog – biasanya tertumpu kepada subjek tertentu seperti pendidikan, personal, politik, fesyen, atau perniagaan. Pembaca boleh mendapatkan maklumat dan merespon dalam blog.
CMS – menyimpan, mengawal, menterjemah dan menerbit atau menyiarkan sesuatu dokumentasi.
LMS – suatu sistem yang menyediakan serta mengurus latihan dan bimbingan
-
PENGURUSAN & REKABENTUK LAMAN WEB
Terdapat 3 bahagian rekabentuk laman web yang perlu dititik-beratkan bagi
sesebuah laman web iaitu:
a. Rekabentuk Informasi/maklumat
b. Rekabentuk Interaksi/perhubungan
c. Rekabentuk Antaramuka/Paparan
Rekabentuk informasi/maklumat
Maklumat yang dipaparkan di dalam sesebuah laman web perlu di atur dan disusun dengan baik bagi mengelakkan kekalutan dan kecelaruan maklumat didalamnya. Pengurusan maklumat yang tidak teratur akan menyebabkan pengunjung tidak dapat
mencari maklumat yang mereka cari dalam sesebuah laman web.
Justeru ia memerlukan suatu proses merancang dan mengatur isi kandungan dan maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat biasanya disampaikan dalam pelbagai bentuk, contohnya tutorial, latih tubi, simulasi, permainan pendidikan, penyelesaian masalah, pembelajaran menerusi kaedah pencarian, pembelajaran aktif, pembelajaran
berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah.
Berikut adalah proses rekabentuk informasi:
1. Kebiasaannya isi kandungan dibahagikan kepada unit-unit kecil. 2. Hieraki (peringkat) kepentingan di antara unit akan dibina. Hieraki digunakan
untuk membentuk hubungan di antara unit. 3. Laman yang cuba memenuhi struktur yang telah dirancangkan mula dibina. 4. Fungsi dan keberkesanan sistem yang dibangunkan tersebut akan dianalisis. 5. Proses kemaskini dan penambahbaikan dilakukan.
Rekabentuk Interaksi
Kebiasaannya setiap maklumat mempunyai hubungkait diantara satu sama lain. Sehubungan itu, interaksi tersebut perlu dipersembahkan dengan baik untuk memudahkan maklumat disampaikan mengikut aliran/aturan yang telah ditetapkan.
Justeru, rekabentuk interaksi laman web perlu diwujudkan bagi menentukan bagaimana laman web berfungsi dan beroperasi. Dalam merekabentuk interaksi, jenis-jenis interaksi dan sistem navigasi serta penetapan elemen kawalan yang lain bagi laman web
akan ditetapkan.
-
Perlu dilihat bagaimana kategori sesebuah interaksi, samaada ianya interaksi satu
hala ataupun dua hala.
Interaksi satu hala – pengguna dapat maklumat yang disampaikan.
Interaksi dua hala – pengguna dapat maklumat dan boleh respon terhadap
maklumat.
Rekabentuk Antaramuka
Bagi rekabentuk antaramuka (interface)pula akan menentukan bagaimana rupa bentuk laman web yang akan dibangunkan. Ini meliputi pelbagai aspek seperti pemilihan warna, jenis media, bentuk paparan serta saiz media yang digunakan dan sebagainya akan
ditentukan.
-
TUGASAN KUMPULAN
Pelajar diminta menghasilkan satu laman web (blog) berkenaan sekolah. Butiran yang di
perlukan adalah seperti berikut:
1. Profil Sekolah – Ceritakan tentang sekolah
2. Sejarah Sekolah – Ceritakan sejarah sekolah
3. Kemudahan Sekolah – ceritakan tentang kepelbagaian kemudahan sekolah
- Bilik ppda dan lain-lain
4. Pengalaman kelas Literasi Komputer
5. Kredit – Pengenalan Ahli kumpulan & Penghargaan
Rujuk guru untuk keterangan lanjut.
-
PANDUAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB (BLOG)
Para pelajar hendaklah memiliki email sebelum membangunkan blog ini. Bagi tugasan
kumpulan ini, guru telah menyediakan email khusus untuk para pelajar gunakan. L angkah
seterusnya boleh berpandukan langkah berikut:
1. Taip http://www.wordpress.com di pelayan web (web browser) dan tekan enter.
2. Klik pada butang ‘Get started here’.
http://www.wordpress.com/
-
3. Isikan borang seperti gambar di bawah dan tekan butang ‘Sign Up’ apabila selesai.
namakumpulan
namakumpulan
passwordkumpulan passwordkumpulan
-
4. Paparan seperti ini akan terhasil.
5. Buka email dari Wordpress.com dan aktifkan akaun dengan klik butang ‘Activate
Blog’.
-
6. Anda akan di bawa ke paparan ini. Berikut adalah paparan admin bagi blog anda.
-
7. Halakan mouse ke sebelah atas kanan. Disini adalah menu utama akaun anda. Klik
pada ‘edit my profile’.
8. Paparan ini akan terhasil. Isikan borang seperti berikut dan klik ‘Update
Profile’apabila selesai.
namakumpulan
lk
namakumpulan
namakumpulan
smkal
Kami, namakumpulan dari Tingkatan 2
mempersembahkan blog kami kepada anda.
-
9. Membina pages. Pada sidebar kiri terdapat menu ‘Pages’. Klik pada ‘Add New’.
10. Paparan sebegini akan terhasil. Isi keterangan yang di perlukan kemudian klik
butang ‘Publish’.
Isi tajuk halaman
Penuhkan kandungan halaman di sini
-
11. Mengubah tema. Pada menu ‘Appearance’, klik ‘Theme’.
12. Scroll ke bawah dan cari tema Twenty Eleven. Klik butang ‘Activate’.
13. Menulis Post. Klik butang ‘Add New’ pada menu Posts.
-
14. Paparan ini akan terhasil. Isikan ruangan yang dihendaki dan klik butang ‘Publish’.
Isi tajuk halaman
Penuhkan kandungan halaman di sini