SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,05250, ALOR SETAR, KEDAH
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
“MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH”
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
1
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SMK TUNKU ABDUL MALIK.
KERTAS CADANGAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
TAJUK PROJEK : MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Cadangan program khidmat masyarakat adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memenuhi keperluan komponen amali PSK yang
memerlukan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan
imej serta member manfaat kepada diri, sekolah dan komuniti. Selain daripada itu, program ini juga
diharap dapat memberikan pendekatan, pendedahan, pengalaman, penghayatan dan motivasi
kepada pelajar dalam aktiviti yang dirancang.
2.0 MATLAMAT
Program khidmat masyarakat ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid perlu
melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Program
khidmat masyarakat harus dikaitkan dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Program ini
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka situasi yang berbeza dalam kehidupan seharian
pelajar. Ianya juga membuka peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat kepimpinan,
kreativiti pelajar serta memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada sekolah dalam
meningkatkan imej serta identiti sekolah.
3.0 RASIONAL
Program ini merupakan satu program yang berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman kognitif pelajar-pelajar terhadap program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti
sekolah sendiri. Program khidmat masyarakat di luar bilik darjah ini bertujuan memberi peluang dan
membuka minda pelajar-pelajar menjadi insan yang terbuka mindanya di samping dapat menilai
dan menghargai alam sekitar khususnya yang melibatkan kebersihan dan keindahan sekolah.
4.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, pelajar akan dapat:
2
4.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di
luar bilik darjah.
4.2 Memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
4.3 Menghargai dan berbangga dengan imej sekolah.
4.4 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
5.0 SASARAN
Guru Pembimbing : 3 orang
Peserta : 5 orang pelajar x 10 kumpulan = 50 orang
6.0 TARIKH / HARI
Tarikh : 26 - 27 Ogos 2015
7.0 TEMPAT
i) Taman PJPK (bersebelahan padang SMKTAM)
3
Taman PJPK yang dicadangkan untuk dicat dan diperindahkan dalam program khidmat
masyarakat Panitia PSK bagi mengindahkan landskap SMKTAM.
.
ii) Bulatan yang perlu dicat dan diperindahkan.
v8.1 SUMBER PENDAPATAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN
1Peruntukan Panitia PSK
RM 1385.00
JUMLAH
8.2 PERBELANJAANBIL PERKARA PERBELANJAAN
1Cat Palang Besi Taman PJPK Cat Besi (Putih) – 3 x RM 90
RM 270
2
Cat (bulatan pokok / border/batuan)
Cat simen luar (merah) – 3 X RM 120 = RM 360 Cat simen luar (kuning) – 3 x RM 120 = RM 360
RM 720.00
4
3
Peralatan mengecat Berus cat (roller) 10 x RM8 = RM RM80 Berus cat 4 dozen x RM 20 = RM 80 Tempat mengecat (pallet) RM40
RM 200.00
4Minyak Cat 3 tong besar x RM 15 = RM45
RM 45.00
4Makanan dan minuman pelajar50 orang pelajar x RM 3.00 = RM 150.00
RM 150.00
JUMLAH RM 1385.00
9.0 SENARAI NAMA PESERTASila rujuk Lampiran 1
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
Tajuk projek : Projek Mengindahkan Kawasan Sekolah.
TARIKH MASA AKTIVITI
26 - 27
Ogos 2015
7.30 pagi
Berkumpul di gelanggang bola tampar
SMKTAM
Taklimat bersama ketua projek dan
pembahagian kumpulan
8.00 pagi –
10.20
Aktiviti mengecat dan mengindahkan
kawasan yang telah ditetapkan.
10.20 pagi Rehat dan bersurai
11.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Md. Sharif bin Daros, BCK. (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Yasmin Bt Abdullah (Pen. Kanan Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Sakinah Bt. Abdullah ( GK Kemanusiaan)
Setiausaha : Pn. Roslina Bt Yahaya (Ketua Panitia PSK)
AHLI JAWATANKUASA
5
En. Zakaria b. Saad
En. Muhairi Shah b. Baharum
12.0 PENUTUP.
Diharap projek khidmat masyarakat yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
berjalan lancar serta mencapai objektif.
Disediakan oleh:
(Pn. Roslina Yahaya)
Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
SMKTAM
6
7