Download - kertaskerja gerko
1
2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
Kertas Kerja
“Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara ”
TARIKH : 28 APRIL 2012
TEMPAT: MUZIUM NEGARA
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM &
KELAB SEJARAH
IPG
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
3
1.0PENGENALAN
Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan
kerjasama pelajar daripada Kelab Sejarah akan mengadakan lawatan sambil
belajar ke Muzium Negara. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan
tugasan dan kehendakan kerja kursus pendek bagi subjek WAJ 3108 iaitu
Pengurusan Kokurikulum. Pelajar akan didedahkan dengan perkara berikut:
1. Barang-barang bersejarah mengenai Malaysia.
2. Cara kehidupan orang-orang di Malaysia, misalnya, orang Melayu
bangsawan, kebudayaan Cina dan India.
3. Sejarah Malaysia daripada prasejarah Malaysia hingga zaman sekarang.
2.0DIKEMUKAKAN OLEH
Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
3.0TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon kelulusan dari pihak
pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn agar dapat
melaksanakan Lawatan ke Muzium Negara pada hari 28 April 2012.
4.0RASIONAL
Pemilihan untuk mengadakan aktiviti Lawatan ke Muzium Negara adalah
berdasarkan rasional-rasional berikut:
4.1Sejarah amat penting bagi pelajar-pelajar zaman ini untuk memahami
kehidupan orang zaman dahulu supaya tidak mengulangi kesalahan
yang sama.
4.2Muzium Negara mempunyai banyak khazanah zaman prasejarah
Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada pelajar.
4
4.3Sejarah akan memberi pelajar-pelajar memahami budaya kaum
mereka bagi tidak dipengaruhi oleh budaya barat yang tidak baik.
5.0MATLAMAT DAN OBJEKTIF
5.1Matlamat
5.1.1 Lawatan ini dijalankan untuk memberi pemahaman sejarah
Malaysia dalam kalangan pelajar .
5.1.2 Lawatan ini juga menggalakkan pelajar supaya lebih
berminat dalam sejarah Malaysia.
5.1.3 Lawatan ini dijalankan supaya menguatkuasakan tahap
pengetahuan sejarah dalam kognitif pelajar-pelajar.
.
5.2Objektif
Lawatan ini bertujuan untuk :
i. Meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap Sejarah
Malaysia .
ii. Memberi kesedaran kepada para pelajar agar menghargai
Malaysia.
iii. Menyelitkan nilai-nilai baik dalam pergaulan harian dalam kalangan
murid.
iv. Meningkatkan tahap penguasaan ilmu sejarah supaya keputusan
ujian akhir dapat ditambahbaikan.
5
v. Memupuk semangat Nasionalisme dan Patriotisme dalam kalangan
murid-murid.
6.0BUTIRAN PELAKSANAAN
6.1Tarikh
28 April 2012 (Sabtu)
6.2Masa
7.00pagi - 7.30 petang
6.3 Jadual
Masa Aktiviti
6.30 pagi Berkumpul di Balsis / pendaftaran
7.00 pagi Bersedia untuk bertolak ke Muzium Negara
10.30 pagi Tiba di Muzium Negara
Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas
10.45 pagi Melawat Muzium Negara
12.30 tengah hari Makan tengah hari
1.00 petang Menonton tayangan video mengenai sejarah
Malaysia
3.00 petang Melawat pameran galeri Muzium Negara
3.45 petang Penyampaian cenderahati
4.00 petang Bertolak balik ke IPG Kampus Tun Hussein Onn
7.30 petang Tiba di IPG Kampus Tun Hussein Onn
6.4 Lokasi
Muzium Negara Kuala Lumpur
6.5 Sasaran Peserta
Pelajar Kelab Sejarah
6
7.0STRATEGI PELAKSANAAN
Pelajar Kelab Sejarah bercadang melaksanakan Lawatan Sambil Belajar di
Muzium Negara.
7.1Penubuhan Jawatankuasa pengurusan program dalam kalangan pelajar
kelab sejarah.
7.2Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tentang hal-hal yang
perlu diperhatikan semasa perjalanan.
7.3Urusan surat menyurat dengan pihak-pihak berkaitan.
7.4Kelulusan dari pihak pengurusan.
7.5Aktiviti dilaksanakan.
7.6Penyediaan laporan oleh Ketua Unit dan pelajar.
8.0BAHAN YANG DIPERLUKAN
BAHAN KUANTITI
Mineral water 2 kotak
9.0Anggaran Pembelanjaran
PENDAPATAN
9.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 690.00
9.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 25 orang ) RM 500.00
Jumlah RM 1190.00
PERBELANJAAN
9.3 Bayaran Pengangkutan RM 450.00
9.4 Makanan ( RM 10 X 25 orang ) RM 250.00
9.5 Cenderahati RM 50.00
9.6 Topi dan T.shirt RM 400.00
9.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1190.00
7
10.0 STRUKTUR ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pn. Hjh. Zaleha binti Onn Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
Pengerusi : En. Koh Kok Hwee Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
Penyelaras : En. Nahar Bin Mohamad Wazir Ketua Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
Penolong Penyelaras : En. Sallehudin B. Sahrone
Pegawai Pengurusan : Pn. Haslina binti Ramli
Pensyarah Penasihat : Pn. Czarina Law binti Abdullah
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi :Lau Huong Kiat
Naib pengerusi :Kevin Yip Wei Liang
Setiausaha :Tay Jing Chan
Naib setiausaha :Tey Pei Li
Bendahari :Teoh Yee Xien
Naib bendahari : Por Shin Phing
AHLI JAWATANKUASA
AJK Peralatan :Lim Jia Hao
Tan Mei Chi
AJK Makanan :Ngiew Wan Ting
Tan Li Li
AJK Pengangkutan :Desmond Yee Hanquan
8
:Chiu Jiong Chee
AJK Keselamatan :Kueh Fang Lee
Phang Poh Choo
AJK Aktiviti :Chey Zhen Cong
Quek Peh Yee
AJK Kebersihan :Lim Huat Jun
Ong Ee Na
AJK Cenderahati :Gan Jiun Leong
Tan Yee Ching
9
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan lawatan ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada
dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
__________________
(TAY JING CHAN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negara,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Tarikh: 2hb April 2012
Disahkan oleh,
_______________
(LAU HUANG KIAT)
Pengerusi,
Jawatankuasa Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Muzuem Negara,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Tarikh:
Disemak oleh,
10
____________________
(PN. CZARINA LAW BINTI ABDULLAH)
Pensyarah Penasihat,
PISMP BC 2 Sem 1 Ambilan Januari 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Tarikh:
Disahkan oleh,
___________________________________
(EN. NAHAR BIN MOHAMAD WAZIR)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Tarikh:
Ulasan Pengarah
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Diluluskan / Tidak diluluskan
…………………………………………………(PN. HJH. ZALEHA BINTI ONN)
PengarahIPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.
11
LAMPIRAN
12
SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU
PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM
13
NAMA NAMA WARIS NO. TELEFON WARIS
CHEY ZHEN CONG CHEY SOOI SUNG 012-7937135 07-9485198
CHIU JIONG CHEE CHIU LING DIAN 019-4397638
DESMOND YEE
HANQUAN
YEE KIN CHEONG 012-7071754
GAN JIUN LEONG GAN TOK TIONG 016-6245885
KEVIN YIP WEI LIANG YIP CHEOK YII 019-8595463
KUEH FANG LEE WONG SUI LAI 083-321980
LAU HUANG KIAT WONG SIOK FANG 017-7257883
LIM HUAT JUN LIM SUA KOW 013-7775454
LIM JIA HAO LIM HENG SOON 017-7729135
NGIEW WAN TING NGIEW HENG KIANG 016-6172173
ONG EE NA ONG CHIN KEE 017-4648381
PHANG POH CHOO PHANG PENG WYE 012-7809382
POR SHIN PHING ONG SIEW ENG 019-5287406
QUEH PEH YEE QUEK PENG CHUANG 06-9528316
TAN HUI JIAN TAN ENG CHOON 017-4707822
TAN LI LI LEE LAIN LIN 019-3628611
TAN MEY CHI TAN KIM TA 013-6949338
TAN PEI WEN TAN CHOON CHEE 013-7137799
TAN YEE CHING TAN SENG HUA 017-4813473
TAY JING CHAN TAY EU HOCK 017-6786927
TE SHI YING SOON SIEW LEY 016-7709121 016-7789121
TEE SEOK NGOH TEE HUI MIN 017-6923612
TEO KER SING TEO CHIN HOCK 012-7606655
TEOH YEE XIEN TEOH TEOW HOCK 012-4571644
TEY PEI LI TEY SEE DAW 017-7860617
14
SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA
a) Pengerusi1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
b) Naib Pengerusi1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c) Setiausaha1. Menguruskan hal-hal surat menyurat.2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.3. Mencatat kehadiran ahli.4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program yang
dilaksanakan.
d) Bendahari1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.3. Menyediakan Penyata Kira-Kira program yang dijalankan.4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program yang
dilaksanakan.2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
15
Peraturan Keselamatan Aktiviti
1. Mengikut arahan atau pesanan oleh pensyarah
2. Menepati masa aktiviti
3. Berdisiplin
4. Berhemah tinggi dan bersopan santun
5. Tolong-menolong
6. Tidak merosakkan alam sekitar
7. Tidak boleh membawa barang yang mahal (kehilangan tidak akan
ditanggungjawabkan)
8. Menjaga keselamatan
9. Berteman bila-bila masa
10.Memberitahu pensyarah dengan segera jika berlakunya kecemasan
16
SURAT KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA WARIS
MAKLUMAT IBUBAPA / PENJAGANama: ……………………………………………………… No. K/P : ………………………..Alamat Rumah: …………………………………………………………………No. Tel. Rumah : ……………………………….. No. Tel. Bimbit : …………………………..Perhubungan dengan Pelajar: ……………………………………
MAKLUMAT PELAJARNama : …………………………………………………… No.K/P: …………………………..Nama dan Alamat Institut :………………………..Status Kesihatan : Sihat / Tidak Sihat
Dengan ini saya ……………………………………………. No. K/P : ………………........... Ibu bapa / Penjaga kepada pelajar di atas membenar / tidak membenarkan beliau menyertai aktiviti lawatan pada ………………………………masa…………………. .
Secara umumnya keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama manakala keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengelola dan pegawai yang diamanahkan sepanjang program itu berjalan. Saya juga memberi kebenaran kepadapihak berkenaan yang berkaitan untuk mengurus dan memberi rawatan perubatan kepada anak/ anak jagaan saya jika keadaan memerlukan.
Yang benar,_______________________ Nama ibu bapa / penjaga.
Disahkan oleh,________________________Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.
17
18
Kehidupan Orang Melayu zaman dahulu
Muzium Negara Kuala Lumpur
Patung Dewa yang ditemui di Tanah Melayu
REFLEKSI oleh KEVIN YIP WEI LIANG
Pada 28 Mac 2012, saya telah menerima kerja kursus daripada pensyarah
Gerko, Puan Czarina Law bt Abdullah.
Setiap perkara mestilah mempunyai kesusahannya. Kali ini pun tidak
terlepas. Pada mulanya, saya ingat bahawa membuat kertas kerja untuk sesuatu
aktiviti adalah sangat mudah. Oleh sebab itu, saya pun membuat tugasan ini
secara perlahan. Semasa saya membuat tugasan ini, saya baru menyedari
bahawa tugasan ini tidak mudah seperti saya berfikir. Saya tidak tahu rupa-
rupanya merangka satu kertas kerja kursus perlu banyak maklumat dan format
tersendirinya. Maka, saya pun perlu pergi mengumpulkan maklumat dari
perpustakaan dan internet. Saya juga mengalami kesusahan dalam
menyempurnakan kerja kursus ini iaitu begitu susahlah untuk menulis format
yang betul untuk kertas kerja. Walaubagaimanapun, masalah ini masih
diselesaikan kerana penjelesan pensyarah yang jelas telah membantu saya
menyempurnakan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah pengurusan masa dan berasa
sangat tertekan. Hal ini disebabkan saya masih mempunyai banyak kerja kursus
subjek yang lain. Nasib baiknya, saya masih dapat menyempurnakan tugasan ini
dalam masa yang ditetapkan. Oleh sebab itu, saya ingin mengucapkan terima
kasih atas bantuan pensyarah dan kesudian rakan-rakan saya berbincang
tentang tugasan ini dengan saya. Tanpa bantuan mereka, maka, tugasan saya
pun tidak dapat disempurnakan.
19
Akhirulkalam, melalui tugasan ini, saya telah banyak mempelajari ilmu
yang baru seperti cara merangka dan menulis kertas kerja serta formatnya.
Selain itu, saya juga baru menyedari bahawa kita mestilah membuat satu kertas
kerja sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Hal ini adalah untuk menjamin
kelancaran perjalanan aktviti. Tambahan pula, dengan mempunyai kertas kerja,
kita juga boleh membuat anggaran pembelanjaan untuk sesuatu aktiviti. Maka,
perkara lebihan pembelanjaan untuk sesuatu aktiviti pun dapat dielakkan. Akhir
sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
atas bantuan dan penjelasan beliau. Tentulah saya juga tidak melupakan jasa-
jasa ahli kumpulan saya, Tay Jing Chan, Teoh Yee Xien dan Desmond Yee
Hanquan dalam penyempurnaan kerja kursus.
20
REFLEKSI oleh TEOH YEE XIEN
Akhirnya, saya dapat siapkan kertas kerja Gerko dengan begitu berjaya.
Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya berasa amat tertekan kerana masa
yang agak suntuk untuk saya siapkan kerja kursus ini. Bagaimanapun, saya
telah menyiapkan kerja kursus ini dengan begitu sempurna dalam masa yang
ditetapkkan.
Sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini, saya menghadapi kesukaran
kerana kurang faham dengan tugasan yang diberikan. Namun demikian setelah
berbincang bersama rakan-rakan dan penerangan yang diberikan oleh
pensyarah iaitu Puan Czarina Law binti Abdullah , saya berjaya memahami apa
yang patut saya lakukan untuk menjayakan kerja kursus ini.
Selain itu,saya juga kerap kali berbincang bersama rakan sekumpulan
sepanjang tempoh kerja kursus berjalan. Pada awalnya, kami memilih Taman
Negara Kuala Lumpur sebagai destinasi kita dalam kertas kerja. Disebabkan
kelas kami telapun melawat ke Taman Negara Johor , Asahan pada tahun lepas,
oleh itu, kami pun membuat keputusan memilih Muzium Negara Malaysia Kuala
Lumpur sebagai destinasi dalam kertas kerja kita. Saya dapati bekerja secara
kumpulan memudahkan dapatan maklumat secara berkesan.
Saya juga mengalami sedikit masalah ketika memilih sumber rujukan
melalui buku, ini kerana buku yang mengenai muzium negara adalah terhad di
perpustakaan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil inisiatif dengan maklumat
21
berdasarkan internet. Banyak maklumat yang ditemui malah saya juga
mengambil kesempatan ini untuk memuat turun maklumat tersebut.
Selain itu, sepanjang menjalankan kerja kursus ini juga, saya dapat
memahami lebih lanjut tentang pembuatan kertas kerja pengolaan satu aktiviti.
Kertas kerja aktiviti dapat menilai sama ada peluang aktiiti yang ingin dilakukan
berjaya atau sebaliknya. Penilaian sesuatu pelaksanaan aktiviti perlu diasaskan
kepada fakta dan maklumat tertentu. Di sekolah, banyak aktiviti yang tidak boleh
dilaksanakan disebabkan kegagalan seseorang menyediakan kertas kerja yang
berkesan.
Sebagai kesimpulan, tugasan kerja kursus pendek ini banyak
mendatangkan manfaat yang berguna kepada saya bukan sahaja sebagai
pelajar, malah sebagai bakal pendidik. Segala pengalaman adalah amat
bermakna bagi saya untuk menyediakan satu kertas kerja bagi menganjurkan
sesuatu aktiviti di sekolah pada masa kelak. Kesedaran tentang kertas kerja
perlu mengandugi perkara-perkara tertentu seperti tempat, tujuan, matlamat dan
objetif aktiviti dijalankan, anggaran perbelanjaan dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
orang yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Yang pertama
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Puan
Czarina Law binti Abdullah yang bertungkus-lumus dalam membimbing saya
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih sesama ahli
kumpulan saya kerana dapat bekerjasama antara satu sama lain.
22
REFLEKSI oleh TAY JING CHAN
Saya telah menerima kerja kursus untuk subjek Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum Program Ijazah Muda Perguruan yang berkod WAJ 3108 ini
daripada pensyarah GERKO saya, iaitu Pn. Czarina Law binti Abdullah. Pada
permulaanya, saya berasa keliru tentang apa yang dikendaki dalam kerja kursus
ini kerana saya kurang faham dengan tugasan yang diberi. Namun, selepas
penerangan pensyarah, saya dapat memahami konsep dan kehendak untuk
kerja kursus ini.
Sebelum memulakan proses menjalankan kerja kursus ini, saya dan ahli-
ahli kumpulan saya telah melayari internet dan mencari sumber di pusat sumber
untuk memilih destinasi yang sesuai untuk kertas kerja ini. Kami juga mencari
maklumat tentang format serta kehendak dalam kertas kerja yang baik dan
kepentingan untuk menghasilkan kertas kerja sebelum melaksanakan sesuatu
program. Walaubagaimanapun, kami telah pun menghadapi sedikit kesukaran
kerana maklumat yang berlainan memberi informasi yang berbeza. Oleh itu,
kami bertungkus lumus membaca maklumat-maklumat yang telah dapati secara
keseluruhan dan memilih sumber yang bersesuaian sebagai rujukan kerja kursus
kami untuk menghasilkan kertas kerja yang baik.
Melalui kerja kursus mata pelajaran GERKO ini, kami telah memperolehi
banyak ilmu pengetahuan yang baharu. Sebelum itu, kami tidak jelas tentang
kepentingan kertas kerja dan format sesuatu kertas kerja. Selepas kami
menyiapkan kerja kursus ini, kami telah memahami cara memohon kebenaran
23
perlaksanaan sesuatu aktiviti dengan kertas kerja yang menyeluruh dan format
betul bagi kertas kerja. Selain itu, kami juga memahami kepentingan untuk
menghasilkan kertas kerja adalah untuk melicinkan proses sesuatu aktiviti.
.Saya dapat mengetahui bahawa kelebihan saya ialah saya dapat
bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya dengan baik. Kami menghadapi
masalah dalam proses menyiapkan kerja kursus ini seperti tugas tidak
dibahagikan dengan baik dan menyebabkan seseorang mendapat kerja yang
berlebihan, tetapi kami telah menyelesaikan masalah ini dengan semangat
kerjasama dan toleransi yang sepenuhnya. Seterusnya, kami sentiasa
berbincang tentang kerja kursus ini antara satu sama lain. Ini telah mengeratkan
tali persahabatan antara ahli-ahli kumpulan. Namun, saya juga mendapat tahu
tentang kelemahan saya ialah saya tidak pandai mengurus masa untuk membuat
kerja kursus saya dan melambatkan proses menjalankan kerja kursus GERKO
ini. Saya berazam mengubah sikap negatif ini dengan mengurangkan masa
melayari internet dan menonton drama supaya kerja saya dapat disiapkan
dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Setelah menyiapkan kerja kursus pendek ini, kami berasa berpuas hati
dan gembira kerana berkemampuan menyiapkannya dalam masa yang
ditetapkan serta mendapat ilmu pengetahuan baru yang berguna daripada
prosesnya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya yang menjelaskan tugasan ini dengan teliti kepada kami dan menghulurkan
bantuan semasa kami menghadapi masalah. Saya juga ingin berterima kasih
ahli-ahli kumpulan iaitu Kevin Yip Wei Liang, Desmond Yee Hanquan, dan Teoh
24
Yee Xien yang sentiasa memberi sokongan moral dan kerjasama kepada saya
semasa menjalankan kerja kursus ini.
Kesimpulannya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang guru yang bertanggungjawab dan baik dalam mendidik generasi muda.
25
REFLEKSI oleh DESMOND YEE HANQUAN
Pada 28 March yang lalu, saya menerima satu kerja kursus pendek iaitu
Pengurusan Kokurikulum. Saya berasa sungguh rimas kerana saya tidak berapa
faham tentang Pengurusan Kokurikulum. Dengan ini, saya perlu pergi ke
perpustakaan untuk mencari buku panduan untuk membantu saya dalam kerja
kursus pendek ini.
Di dalam perpustakaan terdapat banyak buku yang releven dengan
Pengurusan Kokurikulum, dengan ini saya perlu memilih mana buku yang
berguna kepada saya. Selain itu, saya juga mencari maklumat dekat laman web.
Di sana, terdapat pelbagai maklumat yang boleh saya ambil dan pakai untuk
diaplikasikan dalam kerja kursus saya.
Dalam kerja kursus ini, saya telah tahu menganalisis konsep, matlamat
dan strategi pelaksanaan kokurikulum. Saya juga dapat mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Selain itu, saya turut menyediakan kertas kerja satu aktiviti kelab ke
Muzium Negara. Ilmu pengetahuan tersebut amat berguna kepada saya yang
akan menjadi seorang guru.
Kesimpulannya, dengan kerja kursus ini, saya telah banyak mendapat
ilmu pengetahuan yang saya tidak tahu sebelum membuat tugasan ini.
Sekian, terima kasih.w
26
RUJUKAN Buku Ilmiah
1. Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Sulaiman Masri. (1949). Bahasa Melayu Rujukan Menengah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Internet
1. Ahmad Fikrizaman. ( 2011). Muzium Negara Malaysia. Akses pada 29
Mac 2012 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Negara_Malaysia.
2. Geng Terengganu. (2001). Lawatan Bermaklumat ke Melaka. Akses pada
28 Mac 2012 daripada http://www.gengterengganu.com/v2/penulisan/628-
kertas-kerja-006-lawatan-bermaklumat-ke-melaka.
3. Jabatan Muzium Malaysia. (2001). Laman Web Rasmi Muzium Negara.
Akses pada 29 Mac 2012 daripada http://www.muziumnegara.gov.my.
4. Musbri. (2010). Penulisan Kertas Kerja dan Laporan. Akses pada 29 Mac
2012 daripada http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm.
27
LAMPIRAN
28