Download - Kes Study Sem 3 (1)
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
KBC3023
PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN
SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS
KAJIAN KES
NAMA : NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN
NO.ID : D20091034780
POGRAM : PENDIDIKAN KHAS (PINTAR CERDAS)
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PENSYARAH : DR. NASIR BIN MASRAN
KUMPULAN : A
2
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL 4
PINTAR CERDAS
3.0 CIRI-CIRI EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS 5
DAN BERBAKAT
4.0 ISU SOSIAL, EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS
3.1 Kesempurnaan (Perfectionism) 6
3.2 Over-excitable 7
5.0 SOKONGAN PELAJAR PINTAR CERDAS
5.1 Rancangan Pelajaran Individu (RPI) 9
5.2 Pihak sekolah dan ibu bapa 10
5.3 Pecutan kurikulum (Acceleration curriculum) 10
5.4 Pendekatan penggayaan pintar cerdas (Enrichment) 12
6.0 MAKLUMAT RESPONDEN
6.1 Biodata responden 15
6.2 Pencapaian akademik 15
6.3 Biodata ibu bapa responden 16
6.4 Personaliti responden 18
7.0 STRATEGI KEPADA RESPONDEN 19
8.0 PENUTUP 21
RUJUKAN 22
3
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan telah mengambil langkah supaya dapat mengembangkan potensi individu
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pendidikan mencadangkan bahawa pengajaran perlulah selaras dengan tahap perkembangan
pelajar dan guru menggunakan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah. menurut Reis dan
Renzulli (1992) menyatakan pelajar pintar cerdas adalah kebolehan yang membabitkan pelbagai
domain seperti intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif, saintifik, futustik, seni halus,
kepimpinan sosial dan deria motor. Tambahan lagi, pelajar pintar cerdas dan berbakat juga
merupakan individu yang istimewa dalam aspek-aspek pemprosesan kognitif, perssonaliti dan
tingkah laku.
Pelajar pintar cerdas merupakan aset kepada negara. Mereka merupakan golongan pelajar
yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus dan mempunyai kelebihan
intelek yang luar biasa berbanding dengan rakan sebaya (Ng dan Sandiyio 2005). Pelajar pintar
cerdas dan berbakat lebih bijak secara intelek dan mempunyai tingkah laku luar biasa yang
membezakan mereka dengan rakan sebaya yang lain (Rizza dan Mclntosh, 2001). Kebanyakan
pelajar pintar cerdas mempunyai perbezaan di antara tahap kematangan intelek dan
ketidakmatangan emosi mereka berbanding usia sebenar (Terrassier 1985) serta realiti bahawa
mereka sering berasa tersisih dan terpinggir (Csikszentmihalyi, Rathunde dan Whalen 1993).
Oleh demikian, keberangkalian pelajar ini berhadapan pelbagai masalah sosio-emosi menjadi
relevan.
Konflik sosial yang dialami oleh pelajar pintar cerdas dapat dilihat melalui persekitaran
pembelajaran. Antara sikap dan tingkah laku negative yang sering ditunjukkan adalah
kecenderungan menimbulkan masalah di sekolah di sekolah seperti tidak memberi kerjasama,
malas, sukar fokus, mengganggu rakan lain, gagal berinteraksi dan suka menunjuk-nunjuk
kebolehan yang ada.
4
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL PELAJAR
PINTAR CERDAS
Kajian ahli psikologi-psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo
(1962) menjelaskan setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza
dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada
prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Menurut Woolfolk dan Margetts (2007) merumuskan
perkembangan fizikal ditafsirkan sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif
sebagai perubahan pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan
individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi dan
pengurusan emosi. Proses perkembangan individu berlaku secara terus-menerus dari awal
sehingga sepanjang hayat. Menurut Gesell (1949) menyatakan walaupun tidak ada dua individu
yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut
susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak yang lain.
Namun begitu, terdapat perbezaan perkembangan bagi pelajar pintar cerdas dengan
pelajar yang lain. Perkembangan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat mengalami
perkembangan asynchronous. Asynchronous merujuk kepada perkembangan intelektual, fizikal
dan emosi tidak merata. Kebiasaan perkembangan pelajar lain mengikut syns iaitu tahap
perkembangan berlaku yang sama rata. Tetapi, pelajar pintar cerdas dan berbakat mengalami
perkembangan di luar syns. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun
mempunyai intelektual pada umur enam tahun, perkembangan fizikal pada umur tiga tahun,
manakala, kematangan emosi pada umur dua tahun. Walaubagaimanapun, mereka mengalami
emosi yang tidak stabil. Pendek kata mereka lebih sensitif berbanding pelajar yang lain. Menurut
Columbs Group (1991) merumuskan pelajar pintar cerdas dan berbakat megalami perkembangan
asynchronous dalam daya intelektual yang tinggi dan mampu mencipta pengalaman yang kreatif.
5
3.0 CIRI-CIRI SOSIO- EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
Dalam menyenaraikan ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat mempunyai pelbagai aspek
pembahagiannya domainnya. Menurut Gargiuolo (2006) dan Sousa (2003) menjelaskan tujuh
domain daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat yang disarankan oleh pelbagai ahli
psikologi seperti Gardner, Renzulli dan Clark. Sosial-emosi adalah salah satu domain yang
penting dalam melihat ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini. Pelajar yang mempunyai
kecerdasan dalam sosial emosi adalah kanak-kanak yang didapati:
1. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap
keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak
adil.
2. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya.
3. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya.
4. berkecenderongan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.
5. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan
dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja.
6. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang
sebaya dengannya.
7. mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya.
8. jujur, peramah dan suka membantu dan sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku.
9. sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal
yang kecil.
10. mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu
yang menyentuh hatinya.
11. sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging.
12. sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri malah
untuk orang lain.
13. tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan
dengan sempurna.
14. gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serius seperti masalah berkaitan
populasi dunia dan isu-isu alam sekitar.
6
4.0 ISU SOSIAL, EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
4.1 KESEMPURNAAN (PERFECTIONISM)
Pengkaji melihat sifat kesempurnaan merupakan tidak sihat secara psikologi. Sifat ini sering
dipandang sebagai kekecewaan, kemunduran dan rendah diri. Menurut Patricia Schuler (2002)
merumuskan kesempurnaan dalam pelajar berbakat iaitu satu kumpulan pelajar berbakat yang
cenderung perfeksionis. Selain itu, mereka juga lebih perfektionis daripada pelajar yang
mempunyai purata IQ. Tetapi, sifat kesempurnaan mereka menjadi faktor untuk berprestasi
tinggi. Namun, sifat kesempurnaan ada pro dan kontra. Dari segi pro, sifat kesempurnaan ini
merujuk kepada mereka yang mendapatkan rasa yang sangat nyata dari kesenangan dari tenaga
kerja. Manakala, dari segi kontra sifat kesempurnaan yang dikenali neurotic perfectionists
merupakan rasa tidak puas hati kerana mereka menganggap hasil kerja tidak sempurna.
Di samping itu, pengkaji lain turut mengkategorikan sifat kesempurnaan sebagai enabling
perfectionism iaitu memberi semangat untuk mencapai kejayaan. Manakala, disabling
perfectionism iaitu salah satu kemampuan yang hendak dicapai di mana ia betul-betul mampu.
Walaubagaimanapun, mengikut Shakespeare menyatakan seseorang dilahirkan perfektionis,
sesorang juga meningkatkan perfektionis dan seseorang perfektionis yang dorong ke atas mereka.
Sifat kesempurnaan boleh membawa mereka takut kepada kegagalan sehingga mereka menjadi
seorang yang putus asa. Pelajar ini memerlukan maklumat yang lengkap sebelum menjawab
sesuatu soalan atau menyipakan tugasan yang diberikan. Oleh itu, mereka gemar meluang masa
dengan dengan aktiviti digemari seperti membaca.
7
4.2 OVER-EXCITABLE (OE)
Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Dabrowski (1938) yang menggambarkan secara luas
dan diintensifkan mengalamai di psikomotor seperti bahagian sensual, intelektual, imaginasi dan
emosional. Menurut Silverman (1993) menyatakan Dabrowski’s overexcitabilities terdapat lima
jenis iaitu:
intellectual overexcitability,
emotional overexcitability,
imaginational overexcitability,
sensual overexcitability dan
psychomotor overexcitability.
Pelajar yang menunujukkan kecenderungan tingkat tinggi dalam intellectual overexcitability
cenderung berbakat akademik (Silverman 1993). Antara ciri pelajar OE intelektual ialah:
sangat suka belajar,
meningkatkan kapasiti pemikiran analitikal,
meta analisis,
memberi perhatian lebih lama berbanding umur sebaya mereka,
merancang perancangan terperinci dan
sifat ingin tahu.
Dalam emotional overexcitability pula, pelajar dengan lebih emosi. Menurut Kline dan
Meckstroth (1985) menyatakan hampir semua masalah dan hal-hal kecil menjadi penting. Pelajar
yang mempunyai OE emosional ialah:
lebih peka dengan perasaan berbanding dengan rakan sebaya.
mempunyai hubungan rapat dengan orang lain malah dengan haiwan.
Mereka juga sukar memaafkan diri mereka sekiranya mereka telah melukakn perasaan
orang lain, dan
mereka boleh menjadi sangat kritis terhadap diri sendiri serta bimbang dengan kesalahan
kecil.
8
Seterusnya ciri pelajar OE imaginational. Menurut Linda Silverman (1993) menyatakan ciri
pelajar pintar cerdas dengan imaginational OE ialah:
dapat menjelaskan cerita dan idea dengan sangat terperinci sehingga orang dewasa
berminat.
Mereka suka berimaginasi daripada fakta.
Mereka mempunyai kapasiti besar dalam rekaan baru, mencipta kreatif.
Dapat berimaginasi dengan jelas sekali. Imaginasi mereka diolah dengan luar biasa.
Ciri pelajar OE yang keempat ialah Psikomotor overexcitability.
Pelajar ini dilihat seperti mempunyai lebihan tenaga semulajadi.
Pergerakan tersebut dilakukan dengan keupayaan mereka seperti bercakap dengan
kelajuan cepat, suka aktiviti fizikal, impulsif, kegelisahan, tekanan untuk tindakan untuk
menjadi aktif dan energetik.
Ciri pelajar sensual overexcitability ialah:
Mereka mempunyai kepekaan luar biasa dalam sesuatu domain bakat seperti muzik dan
bahasa.
Mereka mudah terpegun dengan sesuatu bidang yang diminati dan akan berulang kali
mendengar untuk memuaskan minat mereka.
Kanak-kanak ini juga tidak menyukai tekstur makanan tertentu malah mereka dapat
merasa makanan tersebut dan dapat menikmati rasa makanan.
9
4.0 SOKONGAN MURID PINTAR CERDAS
Sebagai guru pintar cerdas, perlu menyediakan beberapa strategi kepada murid pintar cerdas
berbakat kreatif. Setelah menjalani ujian diagnostik dan mengenal pasti tahap IQ mereka maka,
guru perlu menyusun langkah-langkah yang berkesan kepada mereka terutamanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rosadah (2004) menyatakan bahawa pelajar pintar
cerdas tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi, maka keperluan
untuk menyediakan sokongan psiko-sosial yang berkesan secara menyeluruh dalam sesuatu
program pendidikan pintar cerdas adalah sangat kritikal.
4.1 RANCANGAN PELAJARAN INDIVIDU (RPI)
Perkembangan mengenai konsep pintar cerdas memberi kesan kepada sistem pendidikan.
Perkembangan ini telah membawa kefahaman tentang pintar cerdas dalam pelbagai perseptif
yang lebih mendalam seperti ciri-ciri pelajar pintar cerdas, kebolehan, dan motivasi (Senate
Select Committee Report, 1988). Menurut Monks dan Katzko (2005) menyatakan prinsip utama
pendidikan kepada pintar cerdas melibatkan rancangan individu dan pembezaan (differentiation).
Rancangan individu merujuk kepada stategi program yang disediakan pelajar pintar cerdas
berdasarkan minat atau kebolehan seseorang pelajar. Tambahan pula, bahan yang digunakan
disesuiakan dengan kebolehan serta mereka boleh membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Manakala, rancangan pembezaan menurut Vygotsky (1980) merujuk
kepada pengubahsuaian kurikulum mengikut gaya belajar mengikut keupayaan individu. Selain
itu, ia merangkumi perincian dalam bidang kurikulum (California Association fot the Gifted,
n.d.).
10
4.2 PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA
Pihak sekolah dengan ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama dalam membantu pelajar pintar
cerdas. Perjumpaan bersama ibu bapa merupakan satu peluang untuk mengenalpasti kebolehan
dalam bidang-bidang tertentu serta ciri-ciri sosial dan emosi pelajar pintar cerdas. Ibu bapa perlu
memberi kerjasama kepada pihak guru agar dapat mengatasi masalah bersama-sama. Menurut
Kaufman dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa pelajar pintar cerdas
sering mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian berbanding dengan rakan sebaya,
bersikap kurang sabar dan mempunyai sifat hiperaktif.
4.3 PECUTAN KURIKULUM (ACCELERATION CURRICULUM)
Pecutan kurikulum adalah satu satu strategi kurikulum kepada pelajar pintar cerdas. Kaedah
pembelajaran pelajar pintar cerdas berbeza dengan rakan sebaya mereka. Menurut Johnson (1982)
menyatakan mereka memerlukan kurikulum yang dapat membezakan keperluan pembelajaran
yan unik serta melonjakkan kemampuan belajar ke peringkat lebih tinggi. Tambahan pula,
pengalaman belajar yang sesuai dengan kebolehan akan meningkatkan motivasi dan minat
mereka terhadap pelajaran. Penyelidikan berkaitan dengan tindak balas yang berlaku dalam otak
seseorang menunjukkan bahawa otak akan berkembang apabila sentiasa dicabar dengan pelbagai
perkara (Stepanek, 1999).
Selain itu, kurikulum pecutan kepada murid-murid pintar cerdas merangkumi akademik
dan sosial. Oleh itu, program ini perlu difahami bahawa kejayaan kurikulum ini berdasarkan
sebagai keputusan program bukan untuk mengisi penempatan kurikulum. Kurikulum ini disusun
dengan pelbagai peringkat yang lebih mencabar kepada mereka. Menurut Gross (1992) dalam
kajian menunjukkan kurikulum bahan-bahan pelajaran disusun teliti dan dipantau merangkumi
aspek kematangan sosial dan emosi mereka serta prestasi akademik. Pecutan kurikulum ini
memberi impak positif kepada murid pintar cerdas.
11
Oleh itu, cabaran merupakan dalam pembinaan kurikulum dan kaedah pengajaran yang
berkesan terutama dalam kalangan pinter cerdas. Menurut kajian Kulik dan Kulik (1984) dan
Vialle (2001) menyatakan program pecutan kurikulum secara tidak langsung dapat
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Tambahan pula, pencapaian murid pecutan boleh
dibandingkan dengan pelajar yang berada gred tinggi. Kandungan kurikulum pecutan yang
mencabar dapat menstabilkan emosi dan sosial mereka kerana dapat memberi peluang untuk
meningkat kebolehan. Pecutan kurikulum ialah kandungan kurikulum yang diajar dengan
kelajuan yang lebih cepat. Strategi ini mempunyai beberapa pilihan berdasarkan kebolehan atau
keperluan pelajar pintar cerdas dan berbakat. Menurut Brody dan Benbow (1987) merumuskan
beberapa kaedah dalam pecutan kurikulum iaitu:
Percepatan dalam satu atau lebih bidang subjek.
Grade skipping.
Program Advanced Placement (AP).
Menawarkan kursus institusi di sekolah
Lulus awal dari sekolah tinggi.
Kemasukan awal di institusi pengajian.
Menurut Petrovich (2005) dan Rogers (2002) dan Van Tassel- Baska (1986) telah mengenalpasti
kebaikan menggunakan kurikulum pecutan kepada pelajar pintar cerdas.
Dapat meningkatkan motivasi untuk belajar kerana kurikulum baru serta mencabar.
Dapat mencegah sikap malas.
Dapat latihan professional pada peringkat awal.
Pembelajaran lebih berkesan kerana lebih cepat dikuasai.
Mengurangkan perasaan tersisih atau terasing kerana mempunyai interaksi rakan.
Sistem ekonomi yang disediakan oleh pihak sekolah kepada murid-murid pintar cerdas.
Pelajar pintar cerdas dapat berkongsi minat dalam bidang akademik dengan murid-murid
pintar cerdas yang lain.
12
Namun, kurikulum pecutan mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya:
Kemungkinan hasil sosial dan emosi disalah suai.
Kemampuan untuk menghasilkan idea atau kemahiran asas dalam bidang ditinggalkan.
Guru-guru memerlukan latihan, kemahiran dan pengurusan yang khusus
4.4 PENDEKATAN PENGGAYAAN PINTAR CERDAS (ENRICHMENT)
Penggayaan merujuk kepada kandungan kurikulum diubahsuai dengan mendalam, terperinci,
kompleks dan abstrak daripada kurikulum sedia ada. Menurut Renzulli dan Reis (1997)
menggambarkan penggayaan sebagai aktiviti pembelajaran yang direka bentuk untuk
menggalakkan hasil pembelajaran yang kreatif dalam kalangan pelajar. Melalui penggayaan,
pengalaman yang diperolehi dari dalam dan luar kelas yang dapat menyediakan peluang untuk
pelajar pintar cerdas belajar melebihi dari tahap yang disediakan oleh kurikulum biasa.
Terdapat dua aspek yang digunakan dalam istilah penggayaan iaitu kurikulum yang
digunakan dan penyalurannya dalam bentuk program atau perkhidmatan. Menurut Davis dan
Rimm (1989) menyatakan dalam mana-mana program penggayaan, kurikulum yang digunakan
diperkayakan dengan pengalaman pembelajaran yang unik. Pengubahsuaian atau modifikasi
yang dilakukan merupakan dari aspek kandungan dan juga strategi pengajaran dan pembelajaran
yang direka khusus untuk pelajar berdasarkan ciri unik mereka.
Di samping itu, pembelajaran yang melibatkan program penggayaan dapat menyediakan
pelajar pintar cerdas dengan peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka untuk melakukan
pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Bowlby (1969) memberi empat tujuan penggayaan iaitu:
Menggalakkan minat pelajar untuk terus belajar.
Ini boleh dilakukan dengan memberikan pendedahan dan pengalaman terhadap topik
yang mereka minati. Pengalaman tersebut haruslah berbentuk ‘first hand’.
Bagaimanapun, iainya juga boleh dilakukan dengan memberi pelajar peluang untuk
mengikuti seminar, kuliah atau pembentangan tentang tajuk yang mereka minati.
13
Mengasah bakat sedia ada pelajar.
Tanggungjawab untuk mengasah bakat sedia ada dalam kalangan pelajar pintar cerdas
harus datang dari pelajar sendiri. Mereka harus bersedia untuk bergerak dari hanya
menanam minat terhadap topic tersebut dengan lebih lanjut. Bagaimanapun, kesediaan
mereka untuk mengasah bakat boleh dipertingkatkan dengan adanya sokongan yang
diberi oleh pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa, pihak sekolah dan rakan sebaya.
Pelajar boleh mengasah bakat mereka dengan berinteraksi dan menjadikan seorang pakar
dalam bidang yang mereka minat sebagai mentor yang dapat membimbing dan
menyumbang idea kepada mereka.
Mengembangkan kemahiran.
Seterusnya, pelajar yang dapat mengasah bakat mereka dapat mengembangkan
kemahiran dalam bidang yang diminati. Peranan mentor memainkan penting kerana dapat
membing pelajar pintar cerdas dalam pelbagai pengetahuan. Mentor akan mencurahkan
segala pengetahuan kepada mereka.
Meningkatkan pencapaian.
Pelajar pintar cerdas tidak akan dapat meningkatkan pencapaian mereka jika mereka
hanya didedahkan dengan pengetahuan sedia ada yang dikhususkan untuk lumpulan umur
mereka. Sebenarnya, wujud ruang yang luas antara pencapaian dan potensi. Apabila
potensi pelajar pintar cerdas dapat ditingkatkan, mereka akan mengalami peningkatan
pencapaian yang mendadak. Peningkatan atau pengembangan potensi berlaku apabila
pelajar tersebut diberikan kaedah pengajaran yang mencabar dan membuka minda
mereka kepada penerokaan pengetahuan baru. Secara tidak langsung, ini dapat
meningkatkan rasa yakin diri dalam kalangan mereka.
14
Teori Ulasan
Renzulli’s
Enrichment Triad
Dikemukan oleh Renzulli dan Reis (1985) sebagai panduan
penggayaan kepada murid kemampuan tinggi.
Matlamat utama ialah mengembang kemampuan pelajar, megkaji
serta menyelesaikan masalah yang didadapi.
Terdapat 3 langkah:
1) Jenis 1: aktiviti ini melibatkan pendedahan pelajar kepada
pelbagai displin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran
yang tidak terdapat dalam kelas formal. Antaranya ialah aktiviti
ceranah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan,
penerokaan melalui internet. Pengalaman dabn penemuan
melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat
dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya.
2) Jenis 2: terdiri daripada kaedah penyelidikan dan penyelesaian
masalah. Melalui kemahiran Kursus Kemahiran Berfikir
(KKB). Kursus ini memberikan pendedahan dan latihan kepada
pelajar untuk mendapatkan kemahiran dalam kaedah berfikir
secara meluas, kreatif, analisis, inovatif dan kritis. Seklain itu,
Kursus Amalan Belajar (KAB) turut diberikan. Tujuannya
adalah membantu pelajar untuk mendapatkan kemahiran dalam
kaedah belajar seperti proses mencari maklumat melalui
pembacaan, menyediakan nota, mengurus masa.
Seterusnya Kursus Asas Kepimpinan (KAK) iaitu diberi
pendedahan dan latihan kepada pelajar dalam aspek
kepimpinan. Banyak perkara yang diperlukan oleh pelajar
seperti kebolehan membuat keputusan, emnentukan sasaran,
berkomunikasi melalui kursus ini. kursus-kursus lain juga turut
dijalankan melalui kumpulan-kumpulan kecil mengikut
15
kehendak pelajar seperti penggunaan statistic dalam
penyelidikan, kursus reka cipta. Oleh itu, amali dalam makmal
telah banyak berubah kerana pelajar lebih banyak melakukan
penyelidikan bukan sekadar amali sahaja.
3) Jenis 3: merupakan gerak kerja pelajar dalam kumpulan bagi
mengembangkan minat mereka sama ada menjalankan
penyelidikan, membina reka cipta atau sebarang aktiviti kreatif
lain bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan sebenar.
Hasil kerja kumpulan pelajar ini akan dibentangkan mengikut
kreativiti pelajar sendiri. Guru penasihat dan fasilitator
memainkan peranan penting untuk mengawal selia perjalanan
kumpulan masing-masing.
Donald Treffinger’s
self- directed
learning.
Dikemukan pada tahun 1975.
Model kurikulum secara individu untuk menguruskan tugasan/
projek.
Terdapat 3 tahap:
1) Tahap 1: pelajar akan memilih topik untuk kajian dari pilihan
yang diberikan oleh guru. Garis masa tertentu dan kaedah (rubrik)
disediakan. Guru memainkan peranan penting untuk menilai
produk daripada pelajar.
2) Tahap 2: guru dan pelajar menyelesaikan masalah untuk
penyelidikan dan memilih satu serta garis masa dan kriteria untuk
berjaya (rubrik).
3) Tahap 3: pelajar menentukan projek, garis masa dan rubrik.
Manakala, guru menyetujui rancangan tersebyt dan memainkan
dalam menilai tugas.
Bloom’s Taxamony Dikemukan pada tahun 1956.
Disediakan untuk membezakan di antara tahap pemikiran tinggi dan
rendah.
Mempunyai 6 kategori:
16
1) Pengetahuan: mengingat, mengimbau kembali idea
2) Pemahaman: menunjukkan kefahaman idea utama atau asas
dalam konsep kurikulum.
3) Aplikasi: meletakkan situasi sebenar.
4) Analisis: keupayaan mengasingkan bahagian untuk memahami
kegunaannya dan cara organisasinya.
5) Sintesis: keupayaan menggabungkan elemen dan bahagian
daripada banyak sumber ke dalam situasi.
6) Penilaian: keupayaan melakukan penilaian tentang nilai idea,
kerja, cara penyelesaian, kaedah dan bahan.
Peringkat Pelajaran
(tiered lessons)
Mengadaptasi keperluan yang pelbagai kumpulan di dalam satu bilik
darjah dengan memberi kelainan tugasan.
Contohnya di dalam proses membaca. Satu kumpulan mengenalpasti
huruf. Kumpulan dua pula mengabungkan huruf dan membentuk
perkataan baru. Manakala, kumpulan ketiga ialah mengarang cerita.
Selain itu, guru boleh membentuk peringakat pembelajaran seperti
mengeja dan pemikiran abstrak.
Terdapat 3 kumpulan iaitu tinggi, purata dan rendah.
Pembelajaran
melalui
pemasalahan
(problem-based
learning, PBL)
Menyediakan peluang kepada pelajar dengan mengadakan latihan
pembelajaran berkaitan masalah dalam kehidupan realiti di dalam
kumpulan yang kecil.
Menurut Stephien, Gallagher dan Workman (1993) mentakan guru
sebagai fasilitator kepada pelajar dengan mewujudkan proses
pemikiran untuk menyelesaikan masalah.
Jadual: Model Penggayaan
17
6.0 MAKLUMAT RESPONDEN
6.1 BIODATA RESPONDEN
Nama Farahwahida Binti Mohd Yusof
Asal Tumpat, Kelantan
Tarikh Lahir 6 April 1993
Umur Tahun
Jantina Perempuan
Ketinggian 160 cm
Berat 56 kg
Cita-cita Doktor pakar sakit puan
6.2 PENCAPAIAN AKADEMIK
Akademik Sekolah Tahun Pencapaian
UPSR Sek. Keb. Sri Kg. Laut, Tumpat,
Kelantan.
2005 5A
PMR Sek. Men. Sains Pasir Puteh,
Kelantan.
2008 8A
SPM Sek. Men. Sains Pasir Puteh,
Kelantan.
2010 -
18
6.3 BIODATA IBU BAPA RESPONDEN
Nama Bapa Yusuf bin Ibrahim
Umur 69 tahun
Pekerjaan Pesara
Nama Ibu Rahimah Binti Yusoff
Umur 58 tahun
Pekerjaan Suri rumah
6.4 PERSONALITI RESPONDEN
Personaliti berasal dari perkataan Latin ‘pesona’ yang membawa maksud topeng, pelindung
muka atau mengeluarkan suara (personare). Menurut Mishel (1999) menyatakan konsep
personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan
tingkah laku dan pemikiran. Menurut Piirto (1999) merumuskan terdapat tujuh belas ciri
personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat iaitu kreatif, berimaginasi, mempunyai pandangan
yang mendalam, intuitif, keterbukaan, keamatan dalam tingkah laku, amat menyukai kerjanya,
perseptif, mendesak, berani mangambil risiko, berdisplin kendiri, mempunyai kecekapan kendiri,
cara berfikir mirip kedua-dua gender, tabah berusaha, amat mementingkan kesempurnan,
toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti, mempunyai kemahiran yang kuat.
19
Dalam kajian kes ini, saya mendapati responden saya seorang yang peramah atau lebih
mesra dengan orang lain. Kelompok pintar cerdas dengan kecerdasan tinggi adalah berpersonaliti
ekstrovert (Eysenck dan Cookson 1961). Masalah yang dihadapi oleh responden saya ialah
kesukaran dalam mengawal emosi. Beliau juga dikenali seorang yang amat sensitif. Dalam
kalangan rakan sebaya.
Seterusnya dalam aspek pembelajaran pula, beliau mempunyai ciri seperti sifat
kesempurnaan melampau (perfectionism), takut menghadapi kegagalan dan kemurungan.
Terdapat dua perbezaan antara task- involvement iaitu tertumpu pada matlamat dan ego-
involvement ialah menumpukn pada pencapaian matlamat. Secara umumnya, individu yang
menumpu pada matlamat (task- involvement) kurang menghadapi risiko daripada individu yang
ego involved yang cenderung berfokus untuk menjadi yang terbaik. Menurut Gross (1997)
berpendapat individu task-involved mempunyai keyakinan diri lebih tinggi berbanding individu
ego-involved yang sebaya. Walaubagaimanapun, menurut Rimm dan Olenchak (1991) dalam
kajian Future Problem Solved menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas mengalami kemunduran
kerana takut gagal dalam pertandingan.
7.0 STRATEGI KEPADA RESPONDEN
Strategi amat penting agar matlamat beliau dapat dilaksanakan.Cita-cita beliau ialah ingin
menjadi doktor pakar sakit puan. Beliau juga ingin melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di
Mesir. Oleh itu, beliau perlu mempunyai strategi untuk mencapai cita-citanya.
20
ASPEK PERANCANGAN RASIONAL PENDEKATAN
Meningkatkan
intrapersonal.
Menggalakkan
menyertai pertandingan
syarahan di peringkat
sekolah.
Supaya beliau boleh
bersosial dengan
masyarakat luar.
Untuk meningkatkan
keyakinan diri.
Menurut Karnes dan
Riley (2005) memberi
pendapat bahawa
menyertai
pertandingan akan
meningkatkan pelajar
pintar cerdas dalam
kemahiran pemikiran
kritikal, penyampaian
dan kemahiran asas
dan tahap keyakinan.
Membina daya
intelektual.
Manyertai
perkhemahan di luar
sekolah
1) Dapat meingkatkan
daya intelek.
2) Dapat menambah
kenalan.
1) menguji minda
dengan aktiviti.
2) dapat mengenali
kenalan yang
mempunyai minat
yang sama.
Menguji minda Menggalakkan mengisi
masa lapang dengan
permainan seperti
rubric, soduko
1) meningkatkan
kemahiran pemikiran
logikal.
1) melatih responden
dengan penyelesaian
masalah dalam
Matematik.
Jadual: Strategi kepada responden
21
8.0 PENUTUP
Dalam kajian terhadap responden saya jelas menunjukkan isu sosial dan emosi pelajar pintar
cerdas dan berbakat. Masalah sosio emosi yang dihadapi oleh golongan ini memerlukan
penyesuaian dari aspek psikososial. Keadaan ini disebabkan sifat atau ciri-ciri individu pelajar
pintar cerdas berbakat dan kreatif seperti mementingkan kesempurnaan (perfectionism), perihal
mudah terangsang (over-excitability), perihal kepekaan dan sensitiviti, ketekunana dan kegigihan
dalam mengusahakan sesuatu perkara, keinginan untuk mendapat penghargaan dalam pencapaian
akademik, suka mempersoalkan peraturan dan kekuasaan seseorang dan mempunyai kepekaan
yang tinggi terhadap keadilan dan idealism (VanTassel-Baska 1997).
Oleh yang demikian, ciri-ciri personaliti ini menjadikan situasi yang sukar dalam alam
persekolahan golongan pelajar pintar cerdas dan berbakat, termasuklah berasa terpisah dan
disingkir, serta berhadapan dengan kesukaran untuk berinteraksi dengana rakan sebaya (Yoo &
Moon 2006). Masalah psikologikal yang dihadapi oleh golongan ini menjadikan mereka anti-
sosial dan bertingkah laku menyalahi peraturan dan undang-undang (Colangelo 2002). Oleh
kerana itu golongan ini memerlukan penyesuaian psikososial disebabkan keperluan sosioemosi
mereka yang berbeza daripada rakan sebaya (Robinson 2002).
Justeru, untuk memenuhi keperluan terhadap psikososial golongan pelajar pintar cerdas
dan berbakat, memerlukan pemahaman terhadap perbezaan populasi ini daripada norma biasa
dalam bidang afektif (Van Tassel-Baska 1997). Secara keseluruhan dari kajian terhadap isu
sosial dan emosi pelajar pintar cerdas dan berbakat perlu ditangani dengan segera. Sekiranya
dapat ditangani dengan baik, mereka akan berupaya menyesuaikan diri dalam kehidupan sosial
kehidupan seterusnya menjalani kehidupan dengan selesa. Walaubagaimanapun, sekiranya
mereka gagal ditagani seolah-olah mensia-siakan bakat mereka dan akan timbul gejala yang
negatif seperti melakukan pemberontakan.
22
RUJUKAN
Acceleration for gifted students (2003). Diperoleh pada Oktober 15, 2010 daripada
http://www.fldoe.org/ESE/pdf/gift_accel.pdf.
Asynchronous Development (2005). Diperoleh pada Oktober 22, 2010 daripada
http://giftedkids.about.com/od/glossary/g/asynchronous.htm.
Eysenck, H.J. dan Cookson, D. (1961). Personality in primary school children, ability an
achievement. British Journal of educational psychology, 39, 109-122.
Csikszentmihalyi, M., Rathunde, K. dan Whalen, S. (1993). Talented teenagers. The Roots of
success and failure. Cambridge: Cambridge University Press.
Gross, M. U. M. (1992). The use ofradical acceleration in cases of extremeprecocity. Gifted
Child Quarterly, 36(2), 91-99.
Johnson, V. F. (1982). Myelin and maturation: A fresh look at Piaget. The science teacher, pg
41-49.
Kulik, J. A., & Kulik, C. C. (1984).Synthesis of research on effects of accelerated instruction.
Educational Leadership,42, 84–89.
Monks, F.J. dan Katzko, M.W. (2005). Giftedness and gifted education. In Sternberg, RJ., dan
Davidson J. (Eds.) Conceptions of giftedness. Pp. 187-200. New York: Cambridge
University Press.
Rosadah Abd. Majid (2004). Satu kajian perbandingan profil pelajar pintar cerdas akademik
dengan pelajar sederhana akademik. Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Stepanek, J. (1999). Mathematically gifted in the hetegeneously grouped mathematics classroom:
what is a teacher to do? Journal of secondary gifted education, 15, 17-29.
Taylor. S. (2003). Your top students: classroom stratrgies that meet the needs of the gifted
Canada: Stenhouse Publishers.
Jonas P. M dan Roninson. N. M (1985). Psychosocial development in intellectually gifted
children, in the gifted and talented: development perspectives. Washington, DC: The
American Psychological Association.
Kline, B. E. & Meckstroth, E. A. (1985). Understanding and encouraging the exceptionally
gifted. Roeper Review, 8(1), 24-30.
Silverman, L. K. (1993). Counselling the gifted and talented. Denver: Love.
23
Schuler, P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents. In M. Neihart, S. M. Reis, N.
M. Robinson, & S. M. Moon (Eds.) The social and emotional development of gifted
children: What do we know? (pp. 71-79). Waco, TX: Prufrock Press.
Terrassier, J. G (1985). Dyssynchrony-uneven development. In J. Frreeman (ed) The Phychology
of gifted children. New York: John Wiley.
Vialle, W., Ashton, T., & Carlton, G. (2001). Acceleration: A coat of many colors. Roeper
Review, 24(1), 14–19.