Allan N.
BAB 3: KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
DAN DASAR FISKAL
[3.1 PENDEKATAN PERBELANJAAN AGREGAT –
PENDAPATAN (AE – Y): HARGA TETAP]
Allan N.
3.1.1 PERBELANJAAN AGREGAT
[KOMPONEN PERBELANJAAN AGREGAT, BOCORAN DAN
SUNTIKAN]
Allan N.
Ekonomi Dua Sektor
Terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma.
Pasaran faktor
Firma
Pasaran barang
Isi rumahInstitusi
kewangan
Faktor pengeluaran
Tabungan
Perbelanjaan penggunaan
Pelaburan
Pendapatan faktor
Barang dan perkhidmatan
Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
Allan N.
Oleh hal yang demikian, tabungan merupakan suatu bocoran kerana ia mengurangkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan.
Pelaburan pula mereupakan suatu suntikan kerana menambahkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan.
Allan N.
Ekonomi Tiga Sektor
Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor merupakan
aliran pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor isi rumah, firma dan kerajaan.
Institusi kewangan
I Pendapatan faktor
pengeluaran
III Tabungan(S)
VI Perbelanjaan
kerajaan
IV Pelaburan
(I)
II Perbelanjaan penggunaan
Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor
Firma
Pasaran faktor
Isi rumah
Kerajaan
Pasaran barang
V Cukai (T)
VI Perbelanjaan
kerajaan
V Cukai (T)
Allan N.
Perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi tiga sektor dilakukan oleh
ketiga-tiga sektor ekonomi iaitu perbelanjaan penggunaan (C) oleh isi rumah, perbelanjaan pelaburan
(I) oleh sektor firma dan perbelanjaan kerajaan (G) oleh
kerajaan.
Allan N.
Persamaan perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor:
AE = C + I + G
Allan N.
Manakala penawaran agregat (AS) dalam ekonomi tiga sektor adalah sama dengan keluaran negara (Y) yang meliputi jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah ekonomi.
AS = Y
Allan N.
Bocoran merupakan aliran keluar daripada pusingan pendapatan negara.
Dalam ekonomi tiga sektor bocoran terdiri daripada cukai.
Allan N.
Ini kerana apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas firma, sebahagian daripada pendapatan firma tidak diterima oleh isi rumah.
Apabila kerajaan mengenakan cukai pendapatan terhadap isi rumah, sebahagian daripada pendapatan isi rumah tidak diterima oleh firma.
Allan N.
Suntikan merupakan aliran masuk ke dalam pusingan pendapatan.
Suntikan dalam ekonomi tiga sektor melibatkan perbelanjaan kerajaan.
Allan N.
Ini kerana apabila kerajaan membeli barang dan perkhidmatan daripada firma, maka pendapatan akan diperoleh oleh firma.
Apabila kerajaan membelanjakan wang untuk mendapatkan faktor-faktor pengeluaran yang disediakan oleh isi rumah, maka pendapatan akan diterima oleh isi rumah.
Allan N.
Oleh itu, dalam ekonomi tiga sektor aliran masuk pendapatan terdiri daripada pelaburan sektor firma dan perbelanjaan kerajaan.