Download - Kit an Awam
-
8/6/2019 Kit an Awam
1/46
-
8/6/2019 Kit an Awam
2/46
Disediakan Oleh:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia
Keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Perkhidma tan
Jabatan Perkhidma tan Awa m Ma laysia
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadb iran Kera jaan Persekutua n
62510 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 3000
-
8/6/2019 Kit an Awam
3/46
Sekalung UcapanKetua Pengarah Perkhidmatan
Awam
Assalamualaikum w.b.t.Salam Sejahtera.Syukur ke ha dra t Ilahi kerana
dengan keizinan-Nya Kit
Pengenalan Perkhidmatan
Awa m ini dapat d ikeluarkan.
Kit pengenalan ini memberipanduan kepada pegawai baru berhubung
dengan persekitaran perkhidmatannya dalam
kerajaan. Dengan ma kluma t yang d ibekalkan,
d iharapkan pega wa i baru akan mengetahui dan
menghayati dengan lebih cepat perkara-
perkara asas mengenai perkhidmatan awam
dan sete rusnya a kan menja lankan tuga s deng anleb ih berkesan.
Oleh itu, saya berharap agar setiap pegawai
baru dapat mema nfaa tkan sep enuhnya
maklumat yang disediakan ini dan dari semasa
ke semasa memperkayakan lagi pengetahuan
dan seterusnya memberi perkhidmatan yangterbaik demi agama, bangsa dan negara.
Semoga perkhidma tan awam a kan terus d inamik
dengan adanya modal insan yang
berpeng eta huan dan berprestasi tinggi.
Sekian, te rima kasih.
DATO SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
-
8/6/2019 Kit an Awam
4/46
Kandungan
Bil. Perkara Muka Surat
1.
2.
3.
4.
Pendahuluan
Sistem Pentadbiran
Kerajaan
Badan Perundangan
Badan Eksekutif
Badan Kehakiman
Struktur Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
Perkhidmatan Awam
Kedudukan
Perkhidmatan Awam
DalamPerlembagaan
Persekutuan
Kuasa Melantik
Pegawa i Awa m
Pengekalan Pegawai
Da lam Perkhidmatan
Jentera Pentadbiran
Awam
1
3
4
5
6
8
9
10
10
12
12
-
8/6/2019 Kit an Awam
5/46
Bil. Perkara Muka Surat
Bil. Perkara Muka Surat
5. Hal-ha l Perkhidmatan
Pelantikan
Peneta pan Gaji
Permulaan
Syara t Pengesaha n
Da lam Perkhidmata n
Pegawa i Boleh
Ditamatkan
Perkhidmatan
Pengemaskinian
Ma klumat PegawaiDalam Aplikasi HRMIS
Opsyen Skim KWSP
Pergerakan Ga ji
Tahunan
Kena ikan Pangka t
Kemudahan La tihan
Elaun Da n
Kemudahan
19
20
20
20
21
21
22
23
23
25
25
-
8/6/2019 Kit an Awam
6/46
Bil. Perkara Muka Surat
5.
6.
7.
8.
Hal-hal Perkhidmatan
Etika Berpakaian
Cuti Reha t
Ta ta Kelakuan Dan
Integriti Pegawai
Awam
Hukuman Ta ta te rtib
Faedah Persa raan
Penutup
Rujukan
Penghargaan
25
27
27
32
33
35
37
40
-
8/6/2019 Kit an Awam
7/46
1
-
8/6/2019 Kit an Awam
8/46
2
PENDAHULUAN
Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam ini
merupakan pa nduan asas kepada pegawa i
baru yang dilantik dalam perkhidmatanawam. Kit peng ena lan ini menjelaskan
mengenai sistem pentadbiran Kerajaan
Malaysia, perkhidmatan awam dan hal-hal
berka itan perkhidma tan pegawa i. Ma klumat
yang dinyatakan dalam kit pengenalan ini
berupaya membantu pegawai untukmengetahui persekitaran pekerjaannya
dengan lebih cepat dan seterusnya
membantu pegawai dalam menjalankan
tugas deng an leb ih berkesan.
-
8/6/2019 Kit an Awam
9/46
3
-
8/6/2019 Kit an Awam
10/46
4
SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN
2. Ma laysia merupakan neg ara yang
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
dan Ra ja Berperlembagaan yang mana SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
berperanan seb aga i Ketua Neg ara . Seb aga i
pelengkap kepada pembentukan negara,
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dan
menjadi punca kuasa serta sumber
perundangan utama negara. PerlembagaanPersekutuan menjelaskan struktur
pembahagian kuasa dalam sistem
pentadbiran negara yang meliputi Badan
Perundangan (Legislative), Badan Eksekutif
(Executive) dan Badan Kehakiman (Judicial)
serta peranan Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri serta perhubungan antara
kedua-duanya.
2.1. Badan Perundangan
Parlimen Malaysia adalah badanperundangan dalam sistem Kerajaan
Malaysia. Dari segi struktur
pentadbirannya, Parlimen Malaysia
mengandungi tiga institusi utama iaitu
Seri Pad uka Bag ind a Yang d i-Pertua n
Agong, Dewan Negara dan DewanRakyat.
Parlimen Malaysia berfungsi sebagai
platform bagi Kerajaan Persekutuan
mengguba l undang-undang. Dari seg i
prosedur, undang-undang yangdibentang dan diluluskan oleh Dewan
Rakya t dan Dew an Negara akan
d iangka t untuk mend apat p erkena n Seri
Paduka Bag inda Yang d i-Pertuan Agong ,
sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan
d i seluruh negara .
-
8/6/2019 Kit an Awam
11/46
5
Sela in pengguba lan undang-undang,
Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan
pindaan kepada undang-undang
Persekutuan, memeriksa dasar-dasar
serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan dan hasil-hasil cukai yangbaru. Pa rlimen Ma laysia juga menjad i
forum untuk ahli parlimen membahaskan
isu-isu berkepentingan nasional serta
menyampaikan pandangan dan kritikan
berhubung perka ra -perka ra yang berlaku
da lam dan d i lua r nega ra .
2.2. Badan Eksekutif
Jemaah Menteri atau badan eksekutif
merupakan badan pemerintah bagi
Kerajaan Malaysia. Badan ini
bertanggungjawab menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang yang
berkuat kuasa. Badan ini dibantu oleh
jentera pentadbiran awam yang
bertanggungjawab melaksana dan
mengua tkuasakan undang-undang,
Banguna n ParlimenMa laysia d i Ja lan
Parlimen, Kua la Lumpur
-
8/6/2019 Kit an Awam
12/46
6
dasar-dasar awa m dan mentad b ir
negara.
Kuasa Jemaah Menteri dijelaskan
di bawah Perkara 39, Perlembagaan
Persekutuan. Berdasarkan peruntukan
tersebut, kuasa memerintah bag i
Persekutua n te rleta k pada Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong dan
kuasa tersebut boleh dijalankan oleh
Jemaah Menteri atau Menteri-menteri
yang d iberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
2.3. Badan Kehakiman
Badan Kehakiman berperanan
menyelesaikan sesuatu bentuk
perselisihan di kalangan rakyat dan
di antara rakyat dengan pihak berkuasa.
Perkara 121, Perlembagaan Persekutuanmenjelaskan bahawa kuasa kehakiman
bagi Persekutuan terbahagi kepada dua
Ma hkamah Tingg i, yang mana
pewujudan mahkamah ini adalah
bersesuaian dengan bidang kuasa dan
tarafnya.
Jaba tan Perdana Menteri:
Lokasi Mesyuara t Jem aah Menteri
-
8/6/2019 Kit an Awam
13/46
7
(a ) Mahkamah Tingg i Bagi Tanah Melayu
Kuasa kehakiman bagi negeri-negeri
Tanah Melayu terleta k d i bawah
b idang kuasa Ma hkamah TinggiMalaya.
(b ) Mahkamah Tingg i bagi Sabah dan
Sarawak
Kuasa kehakiman bagi negeri-negeri
Sabah dan Sarawak pula ada lah
terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Tingg i Borneo .
Seb aga ima na yang d itetapkan oleh
undang-undang Persekutuan,
Mahkamah Tingg i yang b erka ita n
dan mana-mana mahkamah yang
lebih rendah mempunyai bidang
kuasa tertentu sebagaimana yangdiperuntukkan di bawah undang-
undang Persekutuan.
Sela in Mahkamah Tingg i, terdapa t
juga Mahkamah Rayuan yang
berperanan memutuskan rayuanterhadap keputusan-keputusan yang
Istana Kehakiman, Putra jaya :
Kompleks Bagi Institusi Keha kiman
Menja lankan Fungsi Perundangan Neg ara
-
8/6/2019 Kit an Awam
14/46
8
d ibuat oleh Mahkamah Tingg i a tau
seseorang hakimnya. Manakala,
Mahkamah Persekutuan pula
mempunyai bidang kuasa untuk
memutuskan rayuan terhadapkeputusan-keputusan yang dibuat
di peringkat Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tingg i a tau seseorang
hakim mahkamah terseb ut.
Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
3. Struktur penta db iran Kera jaan
Persekutuan a da lah seperti berikut:
STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA
Kementerian-Kementerian
Jabatan Perdana
MenteriMajlis
PerancanganDan
PembangunanNegara
Perbadanan-PerbadananAwam
Jabatan-Jabatan
Jawatankuasa-Jawatankuasa
Kabinet
Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong
Kabinet
MajlisPerundingan
Ekonomi/Keselamatan
Negara
Suruhannjaya-Suruhanjaya
-
8/6/2019 Kit an Awam
15/46
9
-
8/6/2019 Kit an Awam
16/46
10
PERKHIDMATAN AWAM
Kedudukan Perkhidmatan Awam DalamPerlembagaan Persekutuan
4. Peruntukan meng ena i perkhidmatan
awam dijelaskan di bawah Fasal 1, Perkara
132, Perlembagaan Persekutuan seperti
berikut:
Bagi maksud-maksud Perlembagaan ini,perkhidma tan a wa m ialah:
(i) angkatan tentera ;(ii) perkhidma tan kehakima n d an perundangan;(iii) perkhidma tan awa m a m Persekutuan;(iv) pasukan polis;(v) dimansuhkan;(vi) perkhidma tan a wa m bersama ;(vii) perkhidma tan awa m setiap sa tu Neg eri; dan(viii)perkhidma tan pela ja ran.
Da lam konteks tersebut, perkhidmata n awam
Persekutuan meliputi perkhidmatan awam
am Persekutuan, perkhidmatan pelajaran,perkhidmatan kehakiman dan perundangan,
perkhidmatan polis dan angkatan tentera,
tidak termasuk perkhidmatan awam negeri.
Manakala, perkhidmatan bersama adalah
perkhidma tan d i ma na pengisian pegawai
boleh dibuat oleh Persekutuan tetapiperjawatannya dipunyai oleh negeri yang
berkenaan.
Kuasa Melantik Pegawai Awam
5. Kuasa untuk melantik seseorang pegawa ida lam perkhidma tan awa m Persekutuan dan
penentuan syarat-syarat perkhidmatan
mereka adalah terletak di bawah bidang
kuasa Seri Pad uka Bag ind a Yang d i-Pertua n
Agong, manakala bagi perkhidmatan awam
sesuatu negeri adalah Raja atau Yangdi-Pertua Negeri. Pada masa ini, urusan
-
8/6/2019 Kit an Awam
17/46
11
pengambilan pegawai awam di peringkat
Persekutuan dilaksanakan oleh Pihak
Berkuasa Melantik (PBM) b erikut:
Manakala, peraturan-peraturan mengenai
pelantikan, pengesahan dalam
perkhidmatan, kenaikan pangkat, saraan,
tatatertib dan hal-hal berkaitan dengan
persaraan bagi pegawai awam Persekutuan
terletak di bawah fungsi Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).Terta kluk kep ada penerimaan, pera turan-
peraturan tersebut diterima pakai oleh
perkhidmatan-perkhidma tan la in.
6. Bag i perkhidmatan awam negeri,
pelantikan dibuat oleh suruhanjayaperkhidmatan Negeri masing-masing kecuali
Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri
Semb ilan yang pelantikan peg awa inya
d ibuat o leh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia. Manakala, bagi perkhidmatan
di peringkat pihak berkuasa berkanun dan
PBM PeruntukanPerlembagaan
Bidang Kuasa
Majlis
Angkatan
Tentera
Perkara 137 Pengambilan
Angka tan Tente ra
Malaysia
Suruhanjaya
Perkhidmatan
KehakimandanPerundangan
Perkara 138 Pengambilan
pegawai
perkhidmatankehakima n danperundangan
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam
Perkara 139 Pengambilan
pegawai
perkhidmatan
awam amPersekutuan
SuruhanjayaPasukan Polis
Perkara 140 Pengambilan PolisDiRa ja Malaysia
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Pelajaran
Perkara 141A Pengambilan
pegawai
perkhidmatan
pelajaran
-
8/6/2019 Kit an Awam
18/46
12
pihak berkuasa tempatan, pelantikan dibuat
oleh PBM masing -masing .
Pengekalan Pegawai Dalam Perkhidmatan
7. Sta tus seseorang pegawa i sebaga i
penjawat awam, keperluan perkhidmatan
atas suatu jawatan itu ditentukan selagi
mana d iperkenan oleh Seri Pad uka Bag inda
Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang
d i-Pertua Neg eri bag i negeri yang berkena an.Perkara ini diperjelaskan di bawah Fasal 2A,
Perkara 132:
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang
anggota bagi mana-mana perkhidmatan yangtersebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan
(h) Fasa l (1) ada lah memega ng jawa tan selama
d iperkena nkan oleh Yang d i-Pertuan Agong, dankecuali sebagaimana diperuntukkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan Negeri, tiap-tiap
orang anggota bagi perkhidmatan awam Negeri
adalah memegang jawa tan selama d iperkenankan
oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeriitu.
Justeru, setiap pegawai awam hendaklah
melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab serta mematuhi dasar dan
peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaandari semasa ke semasa .
Jentera Pentadbiran Awam
8. Perkhidmatan awam merangkumi
jentera pentadbiran di peringkat Persekutuandan Negeri. Di peringka t Persekutua n, jente ra
pentadbiran terdiri daripada kementerian
dan jabatan serta pihak berkuasa berkanun
yang dibahagikan kepada status sebagai
agensi pusat, agensi teras dan agensi
pelaksana mengikut skop fungsi dantangg ungjawa b yang d itetap kan. Manaka la ,
-
8/6/2019 Kit an Awam
19/46
13
di peringkat negeri, jentera pentadbiran
terd iri da ripada Pejaba t Setiausaha Kera jaan,
jabatan-jabatan, pihak berkuasa berkanun
dan pihak berkuasa tempa tan.
8.1.Agensi Pusat
Agensi pusat merupakan agensi
di peringkat Persekutuan yang
bertangg ungjawa b mengguba l dasar
kewangan dan ekonomi negara sertapengurusan sumber manusia sektor
awam. Sela in itu, agensi ini
bertanggung jawa b untuk mema ntau
dan mengawal selia pelaksanaan dasar-
dasa r awam yang berka itan. Agensi
pusa t tersebut ada lah:
(i) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
Ditubuhkan pada 22 Ogos 1934, JPA
berperanan da lam pengurusan dan
pembangunan sumber manusia
sektor awam meliputi menggubal
dasar pembangunan organisasi dan
perkhidmatan; kerjaya dan latihan;
saraan dan perhubungan pekerja-
majikan; pengurusan maklumat
sumber manusia; perkhidmatankaunseling dan pengurusan faedah
persaraan.
(ii) Perbendaharaan Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1957,
Perbendaharaan Malaysia
berperanan mengurus Kumpulan
Wang Yang Disatukan serta menyelia ,
mengawal dan menentukan semua
perkara yang berhubung dengankewangan negara . Sela in
bertanggungjawab menguruskan
-
8/6/2019 Kit an Awam
20/46
14
dana awam, Perbendaharaan
Malaysia berperanan dalam
mewujudkan infrastruktur kewangan
serta ekonomi yang cekap dan
berkesan bagi memastikanpertumbuhan ekonomi negara
ma pan da n seimb ang.
Perbendaharaan Malaysia juga
berperanan merancang dan
melaksanakan dasar-dasar
kewangan dan belanjawan negara,antaranya menggubal dan
melaksanakan dasar fiskal kewangan
dan ekonomi; menyediakan
belanjawan tahunan negara;
mendapatkan pinjaman bagi pihak
kerajaan dan memberi pinjamankepada agensi-agensi kerajaan dan
sektor swasta serta memantau
pengurusan kewangan dan
peroleha n agensi kera jaan.
(iii) Unit Peranc ang Ekonomi (EPU)
Ditubuhkan pada tahun 1961, EPU
berperanan merancang ekonomi
dan pembangunan sosial negara.
Cabaran bagi EPU adalah
memastikan aspirasi negara dapatdicapai menjelang 2020 melalui
usaha meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai lebih tinggi;
meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi negara
serta 'minda kelas pertama';menangani masalah ketidaksamaan
sosioekonomi secara membina dan
produktif; meningkatkan tahap dan
kemapanan kualiti hidup dan
memperkukuhkan lag i keupayaan
institusi pelaksanaan negara .
-
8/6/2019 Kit an Awam
21/46
15
(iv) Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
Ditubuhkan pada 25 Mei 1977,MAMPU berperanan sebagai agen
perubahan atau pembaharuan
da lam a spek pentad b iran da n
pengurusan kera jaan. Ma tlamat
MAMPU ada lah meningkatkan lagi
kualiti, kecekapan dan keberkesanansistem pentadbiran awam dan
penyampaian perkhidmatan awam
kepada stakeholdersdan pelangga n.
(v) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Peranan penyelarasan dan
pelaksanaa n bermula pada tahun
1969 melalui Pejabat Kemajuan
Negeri (PKN) yang diletakkan
di bawah Kementerian
Pembangunan Negara dan LuarBand ar (KPNLB). Hasil da ripada idea
Perdana Menteri Malaysia Ke-2, ICU
ditubuhkan pada tahun 1971, dan
fungsinya dari semasa ke semasa
diperluaskan khususnya dalam urusan
pema ntauan dan pe laksanaa nprojek-projek awam. ICU kini berada
d i bawah Jabatan Perdana Menteri.
8.2.Agensi Teras
Agensi teras merupakan agensi kerajaan
di peringkat Persekutuan yang dikenali
sebaga i kementerian. Kementerian
diwujudkan dengan fungsi sektoral yang
bertangg ungjawa b mengguba l dasa r
sektoral, merancang, melaksana,
memantau dan menilai program-
program di bawah pentadbiran seorang
-
8/6/2019 Kit an Awam
22/46
16
Menteri mengikut bidang kuasa dan
fungsi sektora l yang d ite ta pkan.
8.3.Agensi Pelaksana Di Bawa h Kementerian
Di bawah kementerian, diperuntukkan
agensi-agensi pelaksana iaitu jabatan-
jabatan dan pihak berkuasa berkanun
Persekutuan untuk melaksanakan dasar-
dasar dan program-program sektoral
sec a ra spesifik. Contoh agensi-agensipelaksana mengikut kementerian adalah
seperti berikut :
8.4.Pihak Berkuasa Berkanun merupakan
agensi pelaksana yang ditubuhkan
meng ikut p eruntukan sua tu Akta Tubuh
yang diluluskan di peringkat Parlimen. Pihak
berkuasa berkanun boleh juga ditubuhkan
di peringkat negeri dengan Enakmen
Tubuhnya yang d iluluskan d i peringkat
Dew an Undangan Neg eri.
Bil. Agensi Teras Agensi Pelaksana
1. KementerianDalam Negeri -Jabatan Penda fta ranNegara
-Jaba tan Imigresen
Malaysia
2. Kementerian
Kewangan
-Jabatan Akauntan
Negara
-Jabatan Kastam Dira jaMalaysia
3. KementerianKerja Raya
-Jabatan Kerja Raya-Lembaga Leb uhraya
Malaysia
4. Kementerian
PembangunanWanita,
Keluarga d an
Masyarakat
-Jabatan
Pembangunan Wanita-Jabatan Keb ajikan
Masyarakat
-Lembaga Pendudukda n Pemb angunan
Keluarga Negara
-
8/6/2019 Kit an Awam
23/46
17
Penubuhan p ihak berkuasa berkanun sama
ada di peringkat Persekutuan atau Negeri
adalah bertujuan untuk memberi lebih
fleksibiliti serta meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan dalam operasinya.Pihak berkuasa berkanun mendapat
sumber kuasa berdasarkan peruntukan
Akta Tubuh a tau Enakmen Tubuh danmempunyai sebuah badan pengurusan
tersendiri.
Contoh pihak berkuasa berkanun
di peringkat Persekutuan ialah Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA),
Lembaga Getah Malaysia (LGM), Institut
Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) dan Perbadanan Kemajuan FilemNasiona l Ma laysia (FINAS). Antara pihakberkuasa berkanun di peringkat Negeri
ialah Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri dan Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri (PKEN).8.5.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga
dikenali sebagai kerajaan tempatan
merupa kan agensi pelaksana dan penguat
kuasa dasar-dasar kerajaan di peringkat
daerah ata u kawasan yang d itetapkan
oleh undang-undang tubuhnya . ContohPBT ada lah Ma jlis Bandaraya Sha h Alam,
Ma jlis Perband aran Pulau Pina ng dan Ma jlis
Daerah Tanjong Ma lim.
PBT terleta k d i bawah b idang kuasa
Kerajaan Negeri seperti yang ditetapkand i bawah butiran 4 Sena ra i Ked ua, Jadua l
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, Perkara 76(4)
Perlembagaan Persekutua n memberi kuasa
kepada Parlimen untuk menentukan
keseragama n undang-undang d an dasa rmengena i kera jaan tempa tan. Perka ra
-
8/6/2019 Kit an Awam
24/46
18
95A Perlembagaan Persekutuan juga
memperuntukkan penubuhan Majlis
Negara bag i Kera jaan Tempa ta n (MNKT)
selaku badan tertinggi yang menggubal
dasar dan undang-undang untukd ilaksana kan d i peringkat PBT.
9. Dengan ked udukan dan peranan
perkhidmatan awam yang tersusun meliputi
perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan,
negeri dan jentera pentadbiran yang lebihfleksibel meliputi pihak berkuasa berkanun dan
pihak berkuasa tempatan, kerajaan dilihat
mempunyai keupayaan untuk melaksanakan
fungsinya dengan berkesan. Oleh yang
demikian, setiap pegawai yang dilantik
bertanggung jawa b melaksanakan ama nahuntuk memelihara keselamatan dan
memajukan negara serta menjamin
kesejahteraan rakyat.
-
8/6/2019 Kit an Awam
25/46
19
-
8/6/2019 Kit an Awam
26/46
20
HAL-HAL PERKHIDMATAN
Pelantikan
10. Pelantikan dalam perkhidmatan awamdibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM)
sama ada sec a ra tetap , sementara a tau
kontrak. Semua pelantikan d ibua t
berdasarkan merit yang mana hanya calon-
calon yang memenuhi syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan danberjaya dalam tapisan pengambilan akan
dilantik dalam perkhidmatan awam. Rujukan
mengenai skim perkhidmatan dalam sektor
awam boleh dibuat berdasarkan Lampiran
B7, Pekeliling Perkhidmata n Bilang an 4 Tahun
2002 yang dikeluarkan oleh JPA danpekeliling-pekeliling perkhidmatan yang
d ikelua rkan d a ri semasa ke semasa .
Penetapan Ga ji Permulaan
11. Seseorang pegawa i yang d ilantik akan
ditawarkan gaji permulaan yang ditetapkan
da lam skim perkhidmatannya . Pertimbangan
untuk mendapatkan gaji permulaan lebih
tingg i d itentukan o leh PBM berdasa rkan:
(i) penga lama n relevan; da n
(ii) kelayakan khas a tau baka t.
Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
12. Peg awa i lantikan teta p d ikehendakimemenuhi syarat pengesahan yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatannya,
antaranya:
(i) memenuhi tempoh perc ubaan;
-
8/6/2019 Kit an Awam
27/46
21
(ii) menghadiri dengan jaya kursus
induksi yang d iteta pkan;
(iii) lulus peperiksaan perkhidmatan
(sekiranya b erkenaan); dan
(iv) d iperakukan oleh Ketua Jaba tan.
Pegawai Boleh Ditamatkan Perkhidmatan
13. Seseorang peg awa i boleh d itamatkanperkhidmatan sekiranya gagal disahkan
dalam perkhidmatan dalam tempoh
perc ubaan. Sela in itu, peg awa i yang be lum
disahkan dalam perkhidmatan juga boleh
d itamatkan perkhidmatan sekiranya d idapa ti:
(i) menyembunyikan apa-apa
maklumat tentang kesihatannya
dalam borang pemeriksaan
perubatan;
(ii) memb uat a kuan pa lsu da lam akuanberkanun sebagaimana yang
dikehendaki sebagai syarat
pelantikan;
(iii) tidak mena ndatangani Sura t Aku
Janji;
(iv)mema lsukan apa-apa dokumen
yang berhubungan dengan
pelantikannya ; a tau
(v) gaga l tap isan keselamatan.
Pengemaskinian Maklumat Pegawai Dalam
Aplikasi HRMIS
14. Ap likasi HRMIS a tau Sistem Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia (HumanResourc e Management Informa tion System)
-
8/6/2019 Kit an Awam
28/46
22
adalah satu projek teras di bawah Aplikasi
Perdana Kerajaan Elektronik, bertujuan
meningkatkan lagi kecekapan dan
keberkesanan pengurusan sumber manusia
sektor awam. Antara mod ul yang terkandungd i da lam ap likasi ini ada lah Modul Pengurusan
Rekod Peribad i, Peroleha n Sumber Manusia ,
Pengurusan Prestasi dan Pengurusan Kerjaya,
Pengurusan Saraan, Fa edah dan Ga nja ran
dan Pena matan Perkhidmatan. Mela lui
aplikasi ini, maklumat pegawai dapatdisediakan secara real time dan boleh
digunakan dalam membuat suatu keputusan
stra teg ik sumber manusia sektor awam. Oleh
itu, setiap pegawai bertanggungjawab untuk
mengemas kini maklumat peribadi dan
makluma t p erkhidmatan ma sing-masing.
Opsyen Skim KWSP
15. Pegawai lantikan tetap adalah tertakluk
kepada peraturan pencen yang berkuat
kuasa . Sela ras d engan pera turan tersebut,seseorang peg awa i berhak untuk d itawarkan
skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan
menjadi tanggungjawab pegawai untuk
membuat opsyen sama ada bersetuju atau
tidak bersetuju memilih skim tersebut.
Pegawai yang bersetuju untuk memilih skimKWSP akan mend apa t faed ah d i bawah skim
tersebut dan faedah-faedah lain yang
diputuskan oleh kerajaan, manakala
pegawai yang tidak bersetuju memilih skim
KWSP, akan d iperakukan o leh Ketua
Jabatannya kepada PBM untuk diberi tarafberpencen. Bagi pegawai pihak berkuasa
berkanun dan pihak berkuasa tempatan,
perakuan untuk diberi taraf berpencen
dibuat kepada Bahagian Pasca
Perkhidmatan, JPA. Pegawai adalah
dinasihatkan supaya mendapatkanpenjelasanterperinci mengena i opsyen KWSP
-
8/6/2019 Kit an Awam
29/46
23
daripada Ketua Jabatan atau JPA sebelum
membuat keputusan. Pemilihan yang dibuatoleh pegawai akan menjadi muktamad
setelah pegawai disahkan dalam
perkhidmatan.Pergerakan Gaji Tahunan
16. Peg awa i boleh d ipertimbangkan
pergerakan gaji tahunan berdasarkan
pergerakan gaji yang ditetapkan dalamsistem sa raan kera jaan yang berkua t kuasa .
17. Pergerakan Ga ji Tahunan pada ta hun
semasa diberi berdasarkan prestasi pegawai
atau apa-apa kaedah lain yang ditentukan
berdasarkan tarikh lantikan atau tarikhkena ikan pangkat seperti berikut:
Sela in itu, Pergerakan Ga ji Tahunan juga
bolehberubah akibat berlakunya pelanjutan
tempoh percubaan dengan denda danhukuma n ta ta tertib .
Kena ikan Pangka t
18. Skim perkhidmata n memperuntukkan
gred kena ikan pangkat. Kena ikan pangkatbermaksud peningkatan secara hakiki, dari
gred ke gred yang lebih tinggi dalam skim
Tarikh Lantikan/ Kena ikan
Pangkat
Tarikh Pergerakan
Gaji
1 Januari hingga 31 Ma c 1 Januari
1 April hingga 30 Jun 1 April
1 Jula i hingga 30 September 1 Jula i
1 Oktober hingga 31 Disemb er 1 Oktober
-
8/6/2019 Kit an Awam
30/46
24
perkhidmatan yang sama. Kenaikan pangkat
lazimnya akan d ilaksanakan apab ila terdapat
kekosongan jawatan kenaikan pangkat.
Walau bagaimanapun, bagi skim
perkhidmata n tertentu seperti SkimPerkhidmatan Pegawai Penyelidik dan
Pensyarah Universiti, urusan kenaikan pangkat
dibuat tanpa kekosongan jawatan tertakluk
kepada pegawa i memenuhi asas
pertimbangan dan kriteria kenaikan pangkat
yang d itetapkan.
19. Kena ikan pangka t bukan merupakan
hak pegawai, tetapi dilaksanakan atas
perakuan Ketua Perkhidmatan/ Ketua
Jabatan serta hanya boleh dipertimbangkan
oleh suatu Lembaga Kena ikan Pangka t. Olehitu, hanya pegawai yang layak dan
mencapai merit akan dipertimbangkan
kenaikan pangkat dalam skimperkhidmatannya. Bagi memastikan setiap
urusan kena ikan p angka t d ibuat sec ara te lus,
adil dan saksama, asas pertimbangan yangd igunakan ada lah sep erti berikut:
(i) kecekapan dan prestasi kerja
pegawa i itu;
(ii) kelayakan, pengetahuan, kemahirandan penga lama n pegaw a i itu;
(iii) sifat-sifat peribadi, termasuk
kesesuaiannya dengan jawatan
kenaikan pangkat itu, keutuhan,
potensi dan kepimpinan pegawai itu;dan
(iv)kegiatan luar dan sumbangan
kep ada nega ra dan masyaraka t.
-
8/6/2019 Kit an Awam
31/46
25
Kemudahan Latihan
20. Pegawai berpeluang mengikuti program
latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
setahun sebagai memenuhi syarat dasarlatihan sektor awam. Pegawai juga
berpeluang untuk mengikuti kursus lain seperti
kursus penyeliaan dan pengurusan yang
d itawarkan o leh Institut Tadb iran Aw am
Negara dan lain-lain pusat latihan di bawah
agensi. Di samp ing itu, pegawa i yangmemenuhi kelayakan dan syarat ditetapkan
boleh mengikuti kursus jangka pendek dan
peng a jian lanjutan d i peringka t Sa rjana dan
Doktor Fa lsa fah. Sela in itu, pegawa i da lam
Kump ulan Sokongan juga d iberi kemudahan
Cuti Separuh Ga ji untuk meng ikuti kursusdi peringkat sijil dan diploma bagi
meningkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran mereka.
Elaun dan Kemudahan
21. Pegawai lantikan tetap selain dibayar
gaji, mereka juga dipertimbangkan elaun,
imbuhan tetap dan kemudahan tertentu.
Kemudahan yang diberi, antaranya
kemudahan rawatan perubatan percuma
di hospital dan klinik kerajaan; kemudahanpinjaman perumahan; kenderaan dan
komputer tertakluk kepada syarat dan kadar
yang dikeluarkan oleh JPA dan
Perbendaharaan Malaysia dari semasa ke
semasa.
Etika Berpaka ian
22. Pegawa i tertakluk kepada etika
berpakaian yang dijelaskan dalam Pekeliling
Perkhidmata n Bilang an 2 Tahun 1985. Sela in
keperluan berpakaian seragam dan rasmibagi perkhidmatan tertentu, pakaian pada
-
8/6/2019 Kit an Awam
32/46
26
waktu bekerja untuk pegawai lelaki dalam
Kump ulan Pengurusan Tertingg i serta
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
adalah "lounge suite" atau baju kemeja
berlengan panjang dengan tali leher danberseluar panjang serta berkasut kulit atau
la in-la in kasut yang sejenis dengannya . Bag i
Kump ulan Sokong an, pegawa i lelaki
digalakkan memakai baju kemeja berlengan
panjang dengan tali leher serta berseluar
panjang a tau sekadar ba ju kemeja denga nwarna sesuai yang d imasukkan ke d a lam d an
berseluar panjang serta memakai kasut kulit
a ta u la in-la in kasut yang sejenis dengannya .
23. Peg awa i wanita pula , mereka
hendaklah b erpaka ian sesua i semasa bekerjasama ada b erpaka ian keb angsaan a tau
berpakaian mengikut kaum masing-masing
serta memaka i kasut, c erpu a ta u yang sejenis
deng annya yang sesua i.
24. Pegawai adalah ditegah sama sekalidaripada memakai "Jeans" atau seluar
pendek serta memakai selipar, kasut getah
dan kasut sukan semasa bekerja . Sela in
da ripada tegahan terseb ut, pegawa i wa nita
juga d itegah da ripada mema ka i "slac ks" dan
apa-apa pakaian yang disifatkan tidakbersesua ian semasa bekerja .
25. Pegawa i diwa jibkan berpaka ian batik
buatan Malaysia pada setiap hari Khamis.
Pegawai juga boleh berpakaian batik
semasa menyertai rombongan ke luar negeriatas urusan rasmi atau apabila menghadiri
sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-
mana jemputan. Sela in itu, kera jaan telah
memperkenalkan fesyen pakaian alternatif
sebagai salah satu daripada etika
berpakaian bagi pegawai awam. Peraturanmengena inya d ije laskan da lam Sura t
-
8/6/2019 Kit an Awam
33/46
27
Pekeliling Perkhidmatan Bilang an 1 Tahun
2006.
Cuti
26. Pegawai yang baru dilantik diberikan
kemudahan c uti reha t seb anyak 20 hari a tau
25 hari dalam setahun. Kelayakan untuk
mengambil cuti ini adalah tertakluk kepada
pertimbangan Ketua Jabatan, setelah
mengambil kira kepentingan perkhidmatan.Kemudahan cuti ini diberikan dengan tujuan
memperbaiki kecekapan dan untuk
kep entingan pegawa i.
27. Sela in c uti reha t, pegawa i boleh
dipertimbangkan cuti lain, antaranya cutiseparuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti sakit, cuti
sakit lanjutan, cuti bersalin bagi pegawai
wanita, cuti isteri bersalin bagi pegawai
lelaki, cuti haji bagi yang beragama Islam,
cuti kerana berkursus, cuti tanpa rekod serta
cuti tibi, kusta dan barah. Pemberiankemudahan c uti terseb ut d ibuat berdasarkan
syarat dan kadar yang ditetapkan mengikut
peraturan yang dikeluarkan oleh JPA dari
semasa ke semasa .
Tatakelakuan dan Integ riti Pegawai Awam
28. Setiap peg awa i hend aklah mempunya i
integriti dan kawalan diri yang tingg i. Integritibermaksud kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan d an padu pada pegawa i dan
organisasinya . Dalam konteks ind ividu,integriti adalah keselarasan antara apa yang
dikatakan oleh individu dengan apa yang
dikotakannya; keselarasan di antara
tindakannya dengan prinsip moral, etika dan
undang-undang; serta keselarasan di antara
kep entinga n diri dengan kep entinga n aw am.
-
8/6/2019 Kit an Awam
34/46
28
29. Pegawa i yang berintegriti akan
melaksanakan amanah dan kuasa yang
diberikan kepadanya menurut kepentingan
awam. Apab ila berlaku konflik kep entingan,
pegawai hendaklah menyelesaikan konfliktersebut dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awa m.
30. Dalam memenuhi p rinsip integriti te rsebut,
seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masa memberikan taat set ianya kep ada SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
negara dan kera jaan. Untuk itu, seseorang
pegawai tidak bo leh:
(i) membelakangkan tugas awamnya
demi kep entinga n peribad inya ;
(ii) berkelakuan dengan sedemikian
cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas
awamnya;
(ii i) berkelakuan dengan apa-apa cara
yang mungkin menyebabkan syak
yang muna sabah b ahawa :
(a ) d ia telah memb ia rkankepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga
menjejaskan kebergunaannya
seb aga i seorang pegawa i
aw am; atau
(b ) d ia telah menggunakan
kedudukan awamnya bagi
faed ahnya send iri;
(iv) berkelakuan deng an sed emikiancara sehingga memburukkan nama
-
8/6/2019 Kit an Awam
35/46
29
atau mencemarkan nama
perkhidma tan aw am;
(v) kurang c ekap a tau kura ng berusaha ;
(vi) tidak jujur a tau tidak amanah;
(vii) tidak bertanggungjawab;
(vi i i )membawa atau cuba membawa
apa-apa bentuk pengaruh atautekanan luar untuk menyokong atau
memajukan apa-apa tuntutan
berhubung dengan atau terhadap
perkhidma tan awam, sama ada
tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri
a tau tuntutan ma na-mana pega wa ilain;
(x) ingka r p erintah ata u berkelakuan
dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah
sebaga i ingka r perintah; dan
(ix) c uai da lam melaksanakan tugas-
tugasnya.
-
8/6/2019 Kit an Awam
36/46
30
31. Pera turan-Pera turan Pegawa i Awam
(Kelakuan Dan Ta ta tertib ) 1993 te lah
memperuntukkan sebanyak 13 larangan
mutlak dan 7 larangan dengan kebenaran
yang perlu d ipa tuhi oleh p egawa i.
13 Larangan Mutlak
Peraturan Jenis Larangan Atau Tegahan (Mutlak)
4A Melakukan g angg uan seksual
7 Menyalahgunakan da da h (mengguna
atau mengambil)
8/ 9 Menerima a tau memberi had iah/
keraian
11 Menyelenggarakan ta ra f kehidupan
meleb ihi emolumen dan penda pa tan
persendirian yang sah
12 Meminjam w ang a tau menjadi penjamin
13 Terliba t da lam keterhutangan kew anga n
yang serius
15 Meminjamkan wa ng denga n faedah
16 Terliba t da lam pasaran niaga had apan
17 Terliba t da lam c abutan bertuah dan
loteri
18 Menerbitkan buku berdasarkan
makluma t rasmi terperingka t
20 Menyunting akhbar, maja lah a tau jurna l
21 Terliba t da lam kegia tan politik bagi
pegawai da lam kump ulan pengurusan
tertinggi serta peng urusan dan
profesional
24 Tidak hadir bertuga s tanpa cuti a tau
tanpa kebenaran a tau tanpa seba b
yang munasab ah
30
-
8/6/2019 Kit an Awam
37/46
31
7 Larangan Dengan Keb enaran
PeraturanJenis Larangan Atau
TegahanKebenaran
5 Melakukanpekerjaan luar
Ketua Jabatan
6 Etiket berpaka ian KetuaPengarah
Perkhidmatan
Awam
8 Menerima had iah Ketua Jabatan
10 Pemunyaan harta Ketua Jabatan
19 Membuat
pernyataan
awam
Y.B. Menteri
21 Terliba t d a lam
keg ia tan politik
(a) Dalam temp oh
cuti sebelum
bersara
(KumpulanPengurusan
Tertinggi dan
Kumpulan
Pengurusandan
Profesional)
(b ) PPPS Gred
DG41hingga
DG48 yangbertuga s d i
institusi
pendidikanKPM
(c) Kumpulan
Sokongan
Ketua
Pengarah
Perkhidmatan
Awam (bagi
Pegawai
Perkhidmatan
Gunasama);atau
Ketua
Setiausaha(bagi Pegawai
Perkhidmatan
Bukan
Gunasama)
Ketua
Setiausaha
KPM(bagi Pegawai
PPPS)
22 Membawa
perbicaraan
undang-undangatau bantuan
guaman
Ketua
Setiausaha
-
8/6/2019 Kit an Awam
38/46
32
Pegawai juga adalah dilarang terlibat dengan
Skim Cep a t Kaya sama ada seb aga i
penganjur, perantara atau pelabur dan
larangan ini melalui Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2009. Kera jaan juga mela luiSura t Pekeliling Am Bilang an 3 Tahun 2010
melarang pegawai membuat kenyataan yang
menyentuh sensitiviti kaum dan agama
sehingga menjejaskan perpaduan kaum.
Hukuman Tatatertib
32. Sekiranya p egawa i d idapa ti bersa lah a tas
suatu kesa lahan ta ta tertib , bergantung kep ada
merit sesua tu kes itu, pegawa i boleh d ikenakan
ma na-ma na sa tu atau apa-apa komb inasi dua
atau lebih hukuman dengan kesannya seperti
berikut:
a) Kesan Hukuman Tatatertib Terhadap Urusan
Kena ikan Pangka t
Hukuman
Tempoh Tidak Layak
Dipertimbang Untuk
Kena ikan Pangkat
Amaran12 Bulan
Dend a 18 Bulan
Luc ut Hak Emolumen 24 Bulan
Tangguh Pergerakan
Gaji
30 Bulan
Turun Ga ji 36 Bulan
Turun Pang kat 48 Bulan
-
8/6/2019 Kit an Awam
39/46
33
b) Kesan Hukuman Tatatertib Terhadap
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)/
Imbuhan Tahunan
Pegawai yang didapati bersalah dandikenakan tindakan tatatertib maka
pegawai tersebut tidak layak
d ipertimb angkan APC. Ma naka la peg awa i
yang bersalah dan dikenakan hukuman
yang lebih berat daripada hukuman
amaran pada sesuatu tahun tidak layakd ibayar Imbuhan Tahunan.
c ) Kesan Hukuman Buang Kerja
Hukuman buang kerja adalah hukuman
yang paling berat dikenakan ke atasseseorang pegawa i awa m yang d idapa ti
melakukan kesalahan serius. Kesan
hukuman buang kerja menyebabkan
seseorang p eg awa i sec ara automatik
bukan lag i seb aga i pegawa i awa m maka
pegawai tidak layak terhadap gaji, elaundan kemuda han yang d ised iakan kera jaan
serta tidak d ibaya r apa -apa faed ah
pencen atau ganjaran walaupun tempoh
perkhidmatan pegawai yang telah lama.
Pegawai tersebut juga tidak boleh dilantik
semula da lam perkhidmatan awam.
Faedah Persaraan
33. Peg awa i yang te lah d isahkan da lam
perkhidmatan dan d iberi ta ra f berpenc en serta
tertakluk kepada perkhidmatan yang baik,layak dipertimbangkan faedah persaraan
seperti diberi kad pesara, ganjaran, pencen
dan Pemberian Wang Tuna i Ga ntian Cuti Rehat
(GCR). Pembayaran faedah persaraan ini
dibuat mengikut syarat ditetapkan dalam
peraturan pencen yang berkuat kuasa. Antarapenambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan
-
8/6/2019 Kit an Awam
40/46
34
adalah pemberian pencen minimum bagi
pegawai yang mempunyai tempoh
perkhidmatan yang baik selama 25 tahun atau
lebih serta pertimbangan ex-gratia bagi ibu
dan bapa pegawai yang meninggal duniadalam perkhidmatan dan tidak mempunyai
waris.
-
8/6/2019 Kit an Awam
41/46
35
-
8/6/2019 Kit an Awam
42/46
36
PENUTUP
34. Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam ini
d iharapkan dapat memberi penge tahuan asas
dan kefahaman kepada pegawai mengenaisistem pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan
awam dan hal-hal mengenai
perkhidmatannya.
35. Dengan penjelasan tersebut, diharapkan
pegawa i akan da pa t me laksanakantanggungjawabnya dengan lebih jujur dan
berintegriti serta menyampaikan perkhidmatan
kepada stakeholdersdan pelanggan dengan
leb ih cekap dan berkesan.
-
8/6/2019 Kit an Awam
43/46
37
-
8/6/2019 Kit an Awam
44/46
38
RUJUKAN
1. Malaysia Kita (2008), Inte rna tiona l Law Book
Servic e, Ceta kan Kesembilan.
2. Perlembagaan Persekutuan, Percetakan
Nasional Malaysia Berhad, Cetakan Kelima
(1995).
3. Pelan Integriti Nasional (2004), Institut
Integriti Ma laysia .
4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005/ [P.U.(A)
176/ 2005].
5. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)
75/2010].
6. PeraturanPeraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Da n Ta ta tertib) 1993 [P.U.(A)395/1993].
7. Perintah Am Bab B, C, E, F dan G .
8. Pekeliling Perkhidmata n Bilangan 2 Tahun
1985, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
9. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun
2005, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
10. Pekeliling Perkhidmata n Bilangan 2 Tahun
2009, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
11. Pekeliling Perkhidmata n Bilang an 3 Tahun
2009, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
12. Pekeliling Perkhidmata n Bilang an 7 Tahun
2010, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
-
8/6/2019 Kit an Awam
45/46
39
13. Pekeliling Perkhidmata n Bilang an 9 Tahun
2010, Jaba tan Perkhidmata n Awam.
14. Sistem Saraan Ma laysia (2002), Kera jaan
Malaysia.
15. Sura t Pekeliling Perkhidmatan Bilang an 1
Tahun 2006, Jaba ta n Perkhidmata n Awam.
16. Sura t Pekeliling Perkhidmatan Bilang an 1
Tahun 2008, Jaba ta n Perkhidmata n Awam.
17. Surat Pekeliling Am Bilang an 3 Tahun 2010,
Jaba tan Perdana Menteri.
18. Undang-Undang Penc en Ma laysia .
-
8/6/2019 Kit an Awam
46/46
Setinggi-tinggipenghargaan ditujukan khas
buat semua yang terlibat
dalam menyumbangkan buahfikiran dan tenaga bagi
menjayakan penerbitan KitPengenalan Perkhidmatan
Awam ini.