Download - Kucing Galak
Kucing GalakADMINISTRATOR HIT: 4692
Nama saintifik : Acalypha indica
Nama biasa : Indian copperleaf, India acalypha
Nama tempatan : Kucing Galak, Cika Mas
Famili : Euphorbiaceae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan negara Afrika yang beriklim tropika dan juga boleh ditemui di
Afrika Selatan. Manakala di sebelah Afrika Timur dan Barat, tumbuhan ini digunakan sebagai herba
ubatan. Di bahagian Afrika Barat, daun tumbuhan ini dimasak dan daunnya dijadikan sebagai ulaman.
Daunnya juga merupakan makanan kegemaran lembu di Afrika. Tumbuhan ini juga disanjung tinggi
sebagai herba ubatan tradisi masyarakat Tamil Siddha dan dipercayai boleh merawat awet muda.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Tumbuhan ini tidak kekal lama, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m
tinggi. Panjang daun adalah antara 2.5cm - 7.5cm berbentuk 'ovate' dan 'rhomboid-ovate'. Bunganya
banyak dan lembut, tumbuh secara menegak dan memanjang. Bunga jantan bersaiz kecil,
berkelompak di bahagian tangkai manakala bunga betina tumbuh secara bertabur.
Tabiat Tumbuhan:
Pokok ini tumbuh meliar di kawasan terbuka khususnya di kawasan yang agak kering. Di Semenanjung
Malaysia, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan penempatan perumahan.
Bahagian Yang DigunakanAkar dan DaunAmalan Tradisi PerawatanAir rebusan keseluruhan pokok
digunakan sebagai ubat pencuci perut. Ia juga amat berkesan untuk merawat buasir. Akarnya
digunakan untuk membuang cacing dalam perut kanak-kanak dengan meminum di waktu pagi semasa
perut masih kosong. Daunnya yang dilumatkan dengan kunyit digunakan untuk merawat jerawat di
muka.
Ekor KucingADMINISTRATOR HIT: 4364
Nama saintifik : Acalypha hispida
Nama biasa : Red hot cat's tail
Nama tempatan : Ekor kucing
Famili : Euphorbiaceae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini berasal dari Oceania dan kemudiannya merebak sehingga ke Amerika Utara termasuk
Amerika Syarikat, Mexico dan Belize.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m - 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan
'dioecious' di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina
mempunyai 'pistillate' (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna
yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini hidup melata dan mudah dijumpai. Ditanam menggunakan biji benih serta boleh
ditanam menggunakan keratan dahan.
Bahagian Yang Digunakan:
Akar, Bunga dan Daun
Amalan Tradisi Perawatan:
Daunnya boleh digunakan secara demahan atau menuam bagi mengubati penyakit kusta. Air rebusan
daun dan bunganya digunakan untuk merawat luka dan ulser dan juga sebagai pencuci perut serta
merawat penyakit kelamin. Minuman bahagian kulit batangnya yang direbus boleh merawat kahak
serta mengurangkan serangan asma. Daun rasanya agak kelat dan bahagian bunganya digunakan
bagi merawat cirit birit.
Tutup BumiADMINISTRATOR HIT: 5164
Nama saintifik : Elephantopus scaber L.
Nama biasa : Elephant's foot/Solomon's seal
Nama tempatan : Tutup bumi/Tapak Sulaiman
Famili : Compositae
Pendahuluan:
Disebabkan oleh daunnya yang terhampar dan menutupi ruang atas lapisan tanah, orang Melayu
mempercayai bahawa tumbuhan ini merupakan bekas tapak Sulaiman yang berperanan mengurung
Jin yang terdapat di dalam tanah. Di sebabkan namanya sebagai tapak Sulaiman, secara tradisinya
tumbuhan ini sangat mujarab untuk merawat semua penyakit. Buat masa ini, tumbuhan ini tidak
ditanam di Malaysia tetapi dikutip secara liar oleh dukun bagi kegunaan rawatan mereka.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Tumbuhan ini tumbuh melata dan jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga 50cm.
Daunnya tumbuh dengan padat pada bahagian bawah batang dan susunan daunnya secara
berjambak. Tepi daunnya bergerigi, dipenuhi dengan rerambut berwarna keputihan, bentuk daun
pelbagai bentuk, bujur atau bulat di bahagian hujung daun dan mengecil pada bahagian pangkal daun.
Tangkai daun pendek dan berbulu.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini boleh dijumpai secara liar di tepi jalan raya, padang yang berumput dan di pinggir
hutan. Tumbuhan ini boleh dibiak melalui biji benih. Biji benih boleh dikutip dengan cara menutup
bunganya menggunakan sehelai kertas. Biji benihnya sangat kecil dan ringan . Oleh itu semasa
menyemai biji benihnya perlu digaul bersama dengan tanah dan ditabur ke atas batas semaian.
Peratus percambahan adalah lebih kurang 70-80%.
Bahagian Yang Digunakan:
Keseluruhan pokok, akarAmalan Tradisi PerawatanTumbuhan ini digunakan sebagai diuretik iaitu
mengurangkan demam dan mengurangkan kencing tak lawas (anuria) dan mengurangkan
pengeluaran mukusa (blennorrhagia). Lain -lain penggunaan adalah sebagai bahan antibiotik,
mengurangkan bengkak, anti radang dan untuk melicinkan kulit. Dipercayai sesuai untuk merawat
leucorrhea ( rembesan mukusa yang tidak normal keluar dari vagina), anaemia (tidak cukup darah
disebabkan oleh kepucatan) dan digunakan semasa bersalin. Di Malaysia, herba tutup bumi digunakan
untuk melawas kencing, mengurangkan rasa sakit dan digunakan di bahagian luar dengan membalut
pada tempat sakit. Air rebusan akar atau daun yang diminum boleh dijadikan tonik untuk menghapus
cacing dalam badan, merawat batuk dan penyakit kelamin. Air rebusan akar yang masih segar
dicampur dengan sirih digunakan untuk menghalang muntah sementara daunnya digunakan untuk
merawat penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan (dipanggil busung oleh
masyarakat melayu).
Serai WangiADMINISTRATOR HIT: 9879
Nama saintifik : Cymbopogon nardus (L.) rendle.
Nama biasa : Citronella
Nama tempatan : Serai wangi
Famili : Graminae
Pendahuluan:
Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai
makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan.Serai wangi digunakan pada
bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi
digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok.
Dikatakan bahawa serai wangi berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia
boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai
daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat
daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan
bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan
apabila dipotong.
Tabiat Tumbuhan:
Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia
kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan yang
lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Namun demikian ia tumbuh dengan
baik pada keadaan tanah yang bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam
keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di
kawasan lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.
Bahagian Yang Digunakan:
Daun
Amalan Tradisi Perawatan:
Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat "rubefacient" iaitu warna merah di
bahagian kulit luar muka, Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan
sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). Serai
wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat
minyak wangi dan pembuatan sabun. Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan
menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman. Air rebusan daun serai wangi
yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk
memandikan kanak-kanak selepas bersalin.
SeraiADMINISTRATOR HIT: 4189
Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan
Famili : Graminae
Pendahuluan:
Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia hampir sama dengan
serai wangi di Cina. Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang ditanam bagi tujuan
penghasilan minyak sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus
yang digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan
penghasilan lain. Serai makan merupakan pembekal utama bahan 'citral' yang digunakan sebagai
bahan mentah dalam penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan
mengeluarkan bau. Tumbuh dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan boleh tumbuh
mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas,
berwarna hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm.
Daunnya licin, urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah,
memanjang dan berfungsi sebagai batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada peringkat
matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila
dipotong.
Tabiat Tumbuhan:
Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan
biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan lasak dan
boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam bagi
tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang bersaliran baik dan
subur.
Bahagian Yang Digunakan:
Daun, Batang, AkarAmalan Tradisi PerawatanMinyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai
tinggi untuk rawatan senak perut, perut memulas, gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak
angin untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan. Di
Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu melaawas kencing, tonik dan
meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan sebagai
tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan. Tampalan daunnya yang
dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak serai makan boleh
menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah pinggang dan sakit
perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan minyak wangi.
PegagaADMINISTRATOR HIT: 4131
Nama saintifik : Centella asiatica (L.) Urban.
Nama biasa : Asiatic Pennywort, Gotu Kola
Nama tempatan : Pegaga
Famili : Umbelliferae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini telahpun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi terutama dalam perawatan
Ayurvedik di India serta rawatan bagi masyarakat Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk
dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih
popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Pegaga merupakan tumbuhan bersaiz kecil, jangkahayat yang pendek serta menjalar. Mempunyai
tangkai daun yang panjang, berwarna hijau. Bentuk daunnya bulat dan licin serta berbentuk palmat.
Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa
atau Pegaga ubi. Pegaga yang mempunyai banyak kelebihan adalah Pegaga ubi.
Tabiat Tumbuhan:
Pegaga tumbuh secara liar di dalam semua keadaan tanah. Sebahagiannya memerlukan sedikit
teduhan dan ada juga spesies yang memerlukan cahaya sepenuhnya. Setengah pegaga boleh tumbuh
dalam keadaan tanah yang agak keras seperti atas batu. Dalam keadaan liar, ia boleh dijumpai di
kawasan yang lembab seperti di sekeliling kolam, di sepanjang tasik, kolam dan juga boleh didapati di
kawasan sawah padi.
Bahagian Yang Digunakan:
Keseluruhan pokok, Bahagian atas tanah, AkarAmalan Tradisi PerawatanPegaga telah digunakan untuk
rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), asma, rembesan gastric, disentri (cirit
birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan).
Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk menurunkan tekanan darah dan juga dijadikan sebagai
ubat penawar awet muda . Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan
masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta
dijadikan sebagai tonik di kalangan masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan
daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas
sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk
mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai
bahan demah atau tuam untuk merawat sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan
ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci
ulser. Setengah-setengah orang mempercayai bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas
mengandungi bagi tujuan awet muda.
LengkuasADMINISTRATOR HIT: 4111
Nama saintifik : Alphinia galanga (L.) Willd.
Nama biasa : Lengkuas besar
Nama tempatan : Lengkuas
Famili : Zingiberaceae
Pendahuluan:
Tanaman ini ditanam secara meluas di kawasan Asia tropika. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai
rempah atau perasa serta juga sebagai ubat tradisi. Kepentingan perubatan tumbuhan ini telahpun
dicacatkan dan didokumentasi di India sejak 600 SM. Justeru itu ramai yang mempercayai bahawa
lengkuas berasal di India. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan
Ayurvedik sedangkan di Malaysia digunakan sebagai ubatan sejak berabad yang lalu. Rizom lengkuas
juga merupakan bahan minyak yang utama iaitu sineol
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu jangkahayat yang panjang, tumbuh secara
menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya ringkas, licin dan berwarna hijau.
Daunnya berbentuk memanjang dan runcing di hujung daun. Manakala tepi daunnya adalah rata.
Rizomnya tumbuh secara menjalar, tebal , beraroma dan tegap.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini boleh ditanam dengan senang dan boleh tumbuh dengan menanam keratan rizomnya.
Bahagian Yang Digunakan:
Rizom
Amalan Tradisi Perawatan:
Rizom lengkuas digunakan untuk meransang aktiviti pencernaan dalam perut (stomachic). Balutan
rizomnya yang ketuk dapat digunakan untuk merawat reumatik, demam, lemah tenaga batin, bronkitis
(bengkak pada tiub udara di kerongkong), dyspepsia (ketidakhadaman makanan) dan diabetes
(kencing manis). Jus daripada rizomnya yang dicampurkan dengan air kencing manusia dapat
mengurangkan bisa gigitan ular tedung. Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit
bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh
sejenis virus).
KunyitADMINISTRATOR HIT: 3574
Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.
Nama biasa : Tumeric
Nama tempatan : Kunyit
Famili : Zingiberaceae
Pendahuluan:
'Tumeric' merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning
cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. 'Tumeric' juga digunakan sebagai bahan
pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan
dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah
satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India, 'tumeric'
dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia
juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus.
Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi tanaman perdagangan
di China, India, Indochina dan Indonesia.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
'Tumeric' merupakan sejenis herba yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh
sehingga mencapai 1m tinggi. Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat, berwarna
hijau muda. Daunnya licin, lanseolat dengan tepi daun yang licin. Rizomnya beraroma berwarna
keperangan dan warna kekuningan di bahagian isi dalam. Pelepahnya berbentuk eliptik, lembut dan
berwarna keputihan serta tumbuh secara tegak dan melengkung ke bawah.
Tabiat Tumbuhan:
Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah. Kunyit membiak secara aseksual iaitu
melalui keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan
dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak.
Bahagian Yang Digunakan:
Rizom
Amalan Tradisi Perawatan:
Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan
kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, 'neuralgia' (sakit
saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Ia juga digunakan untuk
mencegah serangga. Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk
menyediakan bahan pewarna kuning. Di Malaysia, kunyit digunakan sebagai kosmetik semasa upacara
tradisi. Ia juga sebagai bahan utama dalam masakan terutamanya masakan kari. Kunyit yang
disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya
dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. Air
rebusan kunyit digunakan untuk menyejukkan mata. Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu
dan gula boleh merawat kesejukan badan. Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan
madu dijadikan sebagai tonik. Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh
merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu dada wanita.
Kayu ManisADMINISTRATOR HIT: 5087
Nama saintifik : Cinnamomum verum
Nama biasa : Ceylon cinnamon
Nama tempatan : Kayu manis
Famili : Lauraceae
Pendahuluan:
Kayu manis berasal dari Sri Lanka. Ia merupakan rempah ratus yang tertua dan terdapat di dalam
Kitab Bible.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh
mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm.
Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan
yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan
kadang-kadang sedikit tirus.
Tabiat Tumbuhan:
Pokok ini biasanya ditanam di Malaysia. Pokok ini boleh dijumpai ditanam secara separuh liar di Sri
Lanka di kawasan tanah pamah rendah yang lembab sehingga ketinggian 2,000 kaki. Kayu manis
boleh dibiakkan secara bii benih atau keratan.
Bahagian Yang Digunakan:
Kulit dan daun
Amalan Tradisi Perawatan:
Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap
dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah
manakala bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan),
kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren
(pereputan tisu) pada paru-paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada
bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah
mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat
kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan
untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan
bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan
bahan ubatan lain.
Lidah BuayaADMINISTRATOR HIT: 3739
Nama saintifik : Acorus calamus L.
Nama biasa : Calamus root
Nama tempatan : Jerangau
Famili : Araceae
Pendahuluan:
Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam
rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini
telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina
dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu
dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu.
Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang
digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh
dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus
dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin,
berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada
bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma
wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna
rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik
atau lubuk atau tempat yang berair.
Bahagian Yang Digunakan:
Rizom
Amalan Tradisi Perawatan:
Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal
jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan,
bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit
perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi
perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari
saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial
yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang
dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.
JerangauADMINISTRATOR HIT: 4885
Nama saintifik : Acorus calamus L.
Nama biasa : Calamus root
Nama tempatan : Jerangau
Famili : Araceae
Pendahuluan:
Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam
rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini
telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina
dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu
dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu.
Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang
digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh
dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus
dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin,
berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada
bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma
wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna
rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik
atau lubuk atau tempat yang berair.
Bahagian Yang Digunakan:
Rizom
Amalan Tradisi Perawatan:
Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal
jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan,
bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit
perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi
perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari
saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial
yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang
dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.
Hempedu BumiADMINISTRATOR HIT: 6083
Nama saintifik : Andrographis paniculata
Nama biasa : Raja Pahit
Nama tempatan : Hempedu bumi
Famili : Acanthaceae
Pendahuluan:
Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang
satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan
yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak
berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak
akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki
pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang
ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan
daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan
(autoimmune)
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang
satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk
segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas,
licin. Susunan daunnya adalah secara 'decussate' iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.
Tabiat Tumbuhan:
Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi
rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu
untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup
dengan baik dalam berbagai jenis tanah.
Bahagian Yang Digunakan:
Daun dan keseluruhan bahagian pokok.
Amalan Tradisi Perawatan:
Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapat mengurangkan
rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluar kahak,
penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam, jangkitan cacing,
bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senak atau kembung perut,
sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser). Tumbuhan ini juga boleh
merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.
Akar SagaADMINISTRATOR
HIT: 3894
Nama saintifik : Abrus precatorius
Nama biasa : Rosary Pea, Jequerity, Crab's Eye, Precatory Bean, Gunja,Ratti
Nama tempatan : Akar saga
Famili : Leguminosae
Pendahuluan:
Merupakan tumbuhan yang boleh tumbuh dengan agak lama dan kebiasaannya melilit pada pokok
serta tergolong dalam tumbuhan renek. Tumbuhan dari keluarga kekacang, susunan daunnya secara
berpelepah dan mempunyai hujung anak daun. Ia juga dikenali sebagai Gunja dalam bahasa sanskrit
atau dalam lain-lain bahasa India. Dikenali sebagai Ratti dalam bahasa Hindi. Tumbuhan ini mudah
dikenali disebabkan oleh rupa bentuk bijinya dan biasanya digunakan sebagai manik. Bijinya sangat
beracun disebabkan oleh kehadiran �abrin�. Tumbuhan ini banyak ditemui di Indonesia dan mudah
tersebar khususnya di kawasan yang terdapat pokok ini dan kadang-kadang dianggap sebagai
rumpai . Kulit bijinya berpintal apabila terbuka dan bijinya terdedah. Bijinya agak leper dan pendek
berukuran 1.5 - 2.0 cm panjang dan mempunyai warna yang menarik.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Merupakan pepanjat berkayu dengan bentuk dahan yang nipis. Bunganya berbentuk seperti kacang
pea, warna putih hingga kemerahan dan bersaiz kecil.
Tabiat TumbuhanMerupakan tumbuhan memanjat dan boleh hidup dalam tempoh yang lama.
Bahagian Yang Digunakan:
Biji , daun dan akar
Amalan Tradisi Perawatan:
Bijinya yang diproses digunakan dalam rawatan aprodisiak, anti kuman, diuretik, ubat kahak, pencuci
perut, penyejuk badan dan berkeupayaan untuk menenangkan fikiran. Bahagian akar digunakan untuk
merawat gonorea (penyakit kelamin), penyakit kuning. Minyak ekstrak dari biji benih digunakan dalam
rawatan rambut. Bijinya juga digunakan untuk mencegah kahamilan, rawatan kencing manis dan
radang buah pinggang yang kronik (neftiris) .