Download - Laporan Lawatan Sambil Belajar Rasmi
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tarikh : 4 April 2013 – 5 April 2013
Tempat : Melaka dan Singapura
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tujuan : 1. Memupuk semangat kekitaan di kalangan murid, Ibu Bapa, dan Guru.
2. Memberi pendedahan aktiviti luar kepada mereka serta pengalaman
baru.
3. Merapatkan hubungan warga Pendidikan Khas dengan Ibu Bapa
serta masyarakat luar.
4. Berkongsi idea dan maklumat.
5. Meningkatkan rasa diri dihargai.
Objektif :1. Membolehkan murid-murid melawat tempat-tempat menarik bersama
dengan rakan-rakan lain.
2. Membolehkan mereka mempraktikkan proses bersosialisasi dengan
komuniti.
3. Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas dengan
aktiviti luar bilik darjah serta merasai pengalaman baru di tempat-
tempat yang dilawati.
Bilangan Peserta : Murid - 18 orang
Guru - 2 orang
Ibu bapa / Penjaga - 16 orang
LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM :
Hari – 1 ( 4 April 2013 : Khamis )
7.30 pagi :
Taklimat ringkas daripada pemandu pelancong.
8.00 pagi :
Bertolak dari SK Saujana Utama dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak agensi pelancongan. Bas
sangat selesa dan dalam keadaan yang baik.
9.00 pagi :
Semua peserta bersarapan pagi di Hentian Rehat Dengkil. Sarapan pagi disediakan oleh pihak penganjur iaitu
nasi lemak.
9.30 pagi :
Bertolak ke Melaka.
11.00 pagi :
Tiba di Taman Rama-rama dan Reptilia Ayer Keroh, Melaka. Taman Rama-Rama & Reptilia yang terletak
berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh ini menyedia dan mempertontonkan pelbagai spesis rama-rama
bunga, dan juga reptilia yang berasal dari pelbagai negara. Semua peserta lawatan meninjau di keseluruhan
taman ini, dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan selain daripada
mendekati rama-rama dan mengenali haiwan lain yang ada seperti ular, kala jengking, pelbagai spesies
burung yang jarang dijumpai, dan banyak lagi. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk mengenal dan
menamakan spesies haiwan yang ada. Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, murid-murid diberikan
kertas tugasan untuk menyenaraikan serangga atau haiwan yang mereka temui.
Dalam perjalanan menuju ke Melaka
Bagi peserta yang ingin membawa pulang cenderahati bagi keluarga tersayang, beraneka cenderahati yang
unik dan menarik turut dijual di kedai cenderahati.
12.00 tgh :
Bertolak ke Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.
12.15 tgh :
Tiba di Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. Keistimewaan Taman Buaya ini adalah kerana ianya
menghimpunkan pelbagai spesies buaya air tawar dan air masin dari seluruh dunia. Selain itu, pelbagai aktiviti
menarik seperti pertunjukan memberi buaya makan dan pertunjukan ular turut diadakan. Terdapat juga satu
bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Semua murid dinasihatkan supaya
berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut. Tarikan lain ialah Taman Permainan Air.
Walaubagaimanapun, kami tidak berkesempatan untuk ke taman air, memandangkan masa yang terhad.
Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu, dan “ Malaysia Miniature ” yang mana terdapat pelbagai
replika bangunan mercu tanda di Malaysia seperti Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, dan Kota
A’Famosa. Murid-murid diperkenalkan dengan nama-nama bangunan tersebut. Terdapat beberapa orang
murid yang dapat menamakan kesemua replika bangunan tersebut tanpa bimbingan guru. Selepas itu, semua
murid dikumpulkan dan pertandingan mewarna diadakan.
Di hadapan pintu masuk Taman Rama-rama
Di hadapan pintu masuk Taman Buaya
1.30 tgh :
Bertolak ke Johor.
2.00 ptg :
Makan tengah hari di Hentian Sebelah Bemban.
2.30 ptg :
Perjalanan ke Johor diteruskan.
4.30 ptg :
Tiba di Johor Premium Outlet ( JPO ). Sejurus tiba semua peserta menunaikan solat terlebih dahulu. Selepas
itu, kami berjalan di sekitar JPO untuk membeli belah. Pelbagai kedai barangan yang berjenama antarabangsa
seperti Bonia, Carlo Rino, Padini, dan banyak lagi terdapat di situ.
Menaiki kereta api Buaya
Johor Premium Outlet Membeli belah
6.30 ptg :
Bertolak ke Danga Bay.
7.30 ptg :
Tiba di Danga Bay. Semua peserta menunaikan solat dan makan malam. Selepas itu, kami dibawa
mengelilingi sekitar Danga Bay dengan menaiki bas memandangkan pada waktu itu cuaca tidak menizinkan.
Hujan turun renyai-renyai dan semua peserta turut kelihatan.
8.45 mlm :
Bertolak ke hotel penginapan.
9.10 mlm :
Tiba di hotel penginapan iaitu “ New York Hotel ”, Johor Bahru. Setelah mendaftar masuk, semua beredar ke
bilik dan berehat. Bilik yang disediakan turut selesa dan memuaskan hati.
Tiba di lobi hotel
Hari – 2 ( 5 April 2013 : Jumaat )
7.00 pagi :
Sarapan pagi di New York Hotel Cafe. Semua peserta kelihatan sangat bersemangat dan gembira bagi
meneruskan aktiviti pada hari ke-2 ini untuk ke Universal Studio, Singapura.
8.00 pagi :
Taklimat ringkas daripada pemandu pelancong.
8.30 pagi :
Bertolak ke Singapura melalui Tuas iaitu laluan ke dua ke Singapura bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Cuaca pada awal pagi mendung dan hujan turun renyai-renyai.
9.30 pagi :
Tiba di Pusat pemeriksaan Imegresen Malaysia. Semua peserta turun dari bas untuk pemeriksaan Imegresen.
Murid-murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri semasa pemeriksaan pasport. Alhamdulillah,
semuanya telah berjalan dengan lancar.
10.00 pagi :
Perjalanan ke Singapura diteruskan.
10.40 pagi :
Tiba di Pusat Pemeriksaan Imegresen Singapura. Semua peserta sekali lagi turun dari bas dan membawa
bersama semua bag untuk menjalani pemeriksaan Imegresen Singapura. Sekali lagi, semuanya telah berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
Di dalam bas menuju ke Singapura
11.15 pagi :
Perjalanan diteruskan ke Universal Studio, Singapura.
11.30 pagi :
Tiba di Universal Studio, Singapura. Pemandu pelancong memberikan taklimat ringkas tentang penjagaan
keselamatan semua peserta yang perlu dititik beratkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini
daripada berlaku dan perjalanan aktiviti sepanjang berada di Universal Studio ini. Murid-murid kelihatan sangat
teruja dan tidak sabar untuk masuk ke dalam. Mereka diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengikut
arahan yang diberikan oleh guru.
12.00 tgh :
Masuk ke dalam Universal Studio. Sebelum memulakan perjalanan, kami mendapatkan terlebih dahulu peta
panduan sebagai rujukan. Universal Studio sangat sesuai untuk percutian, kerana tidak kira peringkat usia
mereka dapat memperoleh pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kami terpegun melihat binaan di
Universal Studio yang gah dan kemas. Dari segi keluasan , ianya tidak lah sebesar mana, hanya merangkumi
satu pusingan. Walaubagiamana pun, cukup memberikan kepuasan untuk lawatan satu hari. Universal Studio
Memunggah bag untuk pemeriksaan Plak perasmian laluan ke dua Malaysia-Singapura
Taklimat ringkas daripada pemandu pelancong
Singapura memiliki keluasan 20 hektar. Taman tema ini terdiri dari tujuh zon tarikan yang masing-masing
mewakili tema filem-filem dari layar perak terbitan Universal Studio seperti Shrek, Madagascar, Jurassic Park
dan Walk of Fame. Dari segi makanan, terdapat beberapa gerai dan restoran yang menjual makanan halal.
Harganya agak mahal sedikit. Walaubagaimanapun, kami turut bertuah kerana pada hari tersebut semua
pengunjung yang datang, telah diberikan vaucer makanan bernilai SDD10. Makanan dari luar boleh dibawa
masuk kerana bag kami tidak pula dibuka untuk diperiksa seperti di beberapa taman tema di Malaysia. Apa
yang saya dapat simpulkan dari pengalaman kami, Universal Studio adalah satu taman tema yang sesuai
untuk keluarga. Kami amat tertarik dengan seni bina dan efek-efek yang digunakan dalam beberapa pemainan
dan pertunjukan seperti,roller coster dalam Ancient Egypt, wayang Shrek 4D dan juga pertunjukan Light,
Camera, Action hasil ciptaan Steven Spielberg. Ianya diatur dengan amat teliti, menarik dan mengagumkan.
Apa yang penting bagi kami, murid-murid cukup terhibur di sini dan menjadikan ianya satu pengalaman
lawatan yang mengembirakan.
Pemandangan di Universal Studio Singapura
4.30 ptg :
Berkumpul semula di “check point” yang telah ditetapkan. Semua peserta bergambar bersama-sama di
hadapan pintu masuk sebagai kenangan.
4.45 ptg :
Bertolak keluar dari Singapura.
5.10 ptg :
Tiba di Pusat Pemeriksaan Imegresen Singapura untuk pemeriksaan.
6.00 ptg :
Tiba di Pusat Pemeriksaan Imegresen Malaysia untuk pemeriksaan akhir.
6.40 ptg :
Tiba di Hentian Rehat Gelang Patah untuk solat.
7.00 ptg :
Perjalanan balik diteruskan.
8.15 mlm :
Tiba di Hentian Rehat Machap untuk solat dan makan malam.
9.15 mlm :
Bertolak balik.
Bergambar kenangan sebelum pulang
1.00 pagi :
Tiba dengan selamat di SK Saujana Utama. Ibu bapa / penjaga telah menunggu ketibaan anak-anak mereka
di sekolah. Semua murid pulang ke rumah dengan selamat.
KESIMPULAN :
Lawatan ini banyak memberikan pengalaman baru yang menarik dan bermakna kepada semua peserta. Ianya
telah memupuk semangat bekerjasama di kalangan peserta yang terdiri daripada guru, ibu bapa / penjaga,
dan murid. Selain itu, lawatan ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid pendidikan khas .
Masyarakat luar juga turut mendapat kesedaran agar tidak membezakan murid-murid berkeperluan khas ini
dengan murid-murid lain. Mereka harus diberi peluang yang sama rata agar mereka tidak tersisih dan turut
dapat menikmati apa juga kemudahan yang tersedia. Diharapkan, aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada
masa-masa akan datang.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………………………………. ………………………………....
( SITI AMINAH BT MOHAMED BASRI )