LAPORAN RINGKAS GOTONG-ROYONG HOSPITAL SRI AMAN BIL 2/2015
TARIKH: 30.10.2015 (Jumaat)
MASA: 0800-0930 PAGI
TEMPAT: Kawasan Hospital Sri Aman
Aktiviti-aktiviti:
0745 Pagi: Peserta gotong-royong berhimpun di depan bangunan DHO lama.
0815 Pagi: Ucapan aluan oleh penyelaras aktiviti gotong royong Hospital Sri Aman dan disusuli dengan
ceramah mengenai tip-tip menghalau lipas di rumah. Empat cara-caranya adalah dengan menggunakan
hujung timun, hirisan lemon, ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan dengan serbuk penaik
serta hirisan daun pandan.
0830 Pagi: Zon pembersihan dimaklumkan kepada semua unit/agensi yang terlibat. Selepas itu, aktiviti
gotong-royong bermula. Semua peserta mengambil peralatan pembersihan untuk menjalankan aktiviti
pembersihan di zon masing-masing, seperti membersihkan tempat pesakit menunggu, mengutip
sampah-sarap dan mengemaskan persekitaran unit masing-masing.
Gambar (a): Pengambilan peralatan pembersihan
Gambar (b): Menyapu daun-daun yang gugur di persekitaran hospital.
Gambar (c): Pembersihan volleyball court.
Gambar (d): Pengutipan sampah di luar Unit Emergency&Trauma.
Gambar (e): Pengutipan sampah di kawasan luar hospital dan tempat letak kereta orang awam.
Gambar (f): Pembersihan longkang di pagar luar Pejabat Pergigian Sri Aman.
Gambar (g): Membersihkan longkang di tepi laluan keluar hospital.
Gambar (h): Mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula.
0930 Pagi: Gotong-royong telah tamat dan peserta-peserta menikmati jamuan ringan yang disediakan.
PENYERTAAN STAF:
UNIT/AGENSI BILANGAN PESERTA
HOSPITAL SRI AMAN 80 ORANG
PEJABAT FARMASI BAHAGIAN SRI AMAN 3 ORANG
PEJABAT PERGIGIAN SRI AMAN 5 ORANG
ONE MEDICARE 3 ORANG
JUMLAH 91 ORANG
Pembahagian Kawasan Gotong-Royong Hospital:
1. ZON A
KAWASAN UNIT / AGENSI
Kawasan One Medicare
Surau
Pejabat Farmasi Bahagian
Bangunan Lama DHO
Persekitaran Kantin
Kuarters hingga ke Bangunan DHO
Pagar Belakang Berdekatan Rumah
Mayat
One Medicare
Pengurusan
Dewan Bedah (OT)
Wad Kenanga (Maternity)
Melor 1
Melor 2
Melor 3
Pejabat Farmasi Bahagian
2. ZON B
KAWASAN UNIT / AGENSI
Tempat letak kereta
Blok Bangunan ETU
Blok Bangunan Makmal
Blok Bangunan Farmasi
Blok Bangunan Pergigian
ETU
Makmal
Kawalan Infeksi
Sajian (dapur)
Pergigian
Rekod Rerubatan
Farmasi
3. ZON C
KAWASAN UNIT/AGENSI
Bangunan Hemodialysis
Bangunan Psikiatrik
Kawasan CSSU
Kawasan Klinik Mata
Bilik Pemandu (luar)
Stor HDU (luar)
Volleyball court
Hemodialysis (HDU)
Psikiatrik (MU)
CSSU
Klinik Mata
Xray
Rehabilitasi
Klinik Pakar
Sosial
PENGLIBATAN MDSA:
Semua sampah-sarap telah dilonggokkan di tempat tertentu seperti di kawasan dekat jejantas, kawasan
depan bangunan DHO lama dan depan HDU. Sampah-sarap tersebut telah dikutip dan diangkut oleh lori
MDSA lebih kurang pada jam 9.30-10.30 pagi pada hari tersebut.
Disediakan oleh,
Penyelaras Gotong-Royong
Jenny Ha Lung Lung
Pegawai Farmasi Y/M
Hospital Sri Aman
3/11/2015