LAPORAN TAHUNAN
PERMODALAN RISDA
BERHAD 2018
1
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2
(i) PROFAIL PRB
(ii) AKTIVITI UTAMA PRB
(iii) AKTIVITI BARU YANG DICEBURI PRB
2 KEJAYAAN DAN ANUGERAH DIPEROLEHI OLEH PRB 11
3 PENCAPAIAN DAN PEMBAHARUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN 13
OLEH PRB
4 MAKLUMAT MENGENAI PERUBAHAN EKUITI SAHAM SYARIKAT &
PEMBELIAN ASET SEPANJANG TAHUN 2018 14
5 GAMBAR PENGERUSI PRB DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PRB 15
2
PENGENALAN
PROFIL PRB
Nama Syarikat : Permodalan RISDA Berhad
No. Pendaftaran Syarikat : 323522 K
Tarikh Diperbadankan : 15 November 1994
Dibawah Akta Syarikat 1985 Seksyen 16(4)
Modal Dibenarkan : RM 25,000,000
Modal Berbayar : RM 8,400,000
Pemegang Saham Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Alamat Berdaftar : GRAHA ESPEK No. 31, Tingkat 7, Jalan Sulaiman Taman Putra Sulaiman 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan
Alamat Surat Menyurat : Permodalan RISDA Berhad No. 5-5D, Wisma Ampang Triangle I Jalan Memanda 7/1 Off Jalan Ampang 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan No. Telefon 03-4256 3777
3
No. Faksimili 03-4257 5480
Setiausaha Syarikat : Norulhayati Binti Mohamad (MACS 01558)
Mohd Amirul Ashraf bin Mazli (LS 0009901)
Juru Audit : Syed Mubarak
Subsidiari : PRB Grid Technology Solutions Sdn. Bhd.(403264 - P)
Aktiviti Utama : Pembiayaan dan ICT
- Khidmat Pengurusan
- Pembiayaan Peribadi
- Pelaburan dan Pengurusan Dana
- Pemfaktoran dan Pembiayaan Kontrak
- Telekomunikasi dan Pusat Data
Bank Urusniaga : AFFIN BANK No 11 & 11A, Jalan Mamanda 7/1, Ampang Point, Off Jalan Ampang 68000 Selangor Darul Ehsan
4
AHLI LEMBAGA PENGARAH PRB
PENGARAH
Y.Bhg. Dato’Wan Ahmad Shabri Zainuddin bin Wan Mohamad
Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Najib bin A.Samad
Y.Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Yahya
SETIAUSAHA SYARIKAT
Norulhayati Binti Mohamad
Mohd Amirul Ashraf Bin Mazli
AKTIVITI UTAMA PRB
Jumlah pendapatan yang berjaya dijana oleh Permodalan RISDA Berhad (PRB) setakat
November 2018 ialah sebanyak RM 34.8 juta
Aktiviti utama yang yang menyumbang kepada pendapatan PRB adalah seperti berikut:
5
TELEKOMUNIKASI DAN PUSAT DATA
PRB mula menceburi aktiviti telekomunikasi pada tahun 2016 dan telah memperolehi kontak
pembinaan Menara Telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia.
Anak Syarikat PRB, iaitu PRB Grid Technology Solutions Sdn. Bhd. pula telah dilantik oleh
pihak HyperGrid™ yang berpengkalan di US sebagai pengedar bagi produk Server dan
Pusat Data.
Sebanyak 61.56% iaitu RM21,430,801 daripada jumlah keseluruhan pendapatan PRB telah
disumbangkan menerusi Aktiviti Telekomunikasi dan Pusat Data setakat November 2018.
6
PEMFAKTORAN DAN PEMBIAYAAN KONTRAK
Pemfaktoran merupakan satu kaedah mendapatkan pendahuluan tunai dengan segera oleh
kontraktor yang mendapat kontrak daripada kerajaaan atau syarikat milik kerajaan (GLC)
menerusi proses menjual inbois syarikat mereka bagi kontrak yang diterima tersebut.
Pemfaktoran ini dianggap sebagai pemfaktoran biasa.
Pembiayaan Pemfaktoran PRB juga ada menyediakan kemudahan tambahan seperti Bank
Guarantee (BG), Letter of Credit (LC) dan Pembiayaan Kontrak (Contract Financing).
Kesemua kemudahan ini mematuhi Syariah melalui konsep Bai Ad Dyn dan Bai Al Innah dan
PRB kini merupakan One Stop Centre bagi pembiayaan pemfaktoran
Aktiviti Pemfaktoran pula telah menyumbang 23.88% daripada keseluruhan pendapatan PRB
iaitu sebanyak RM 8,312,333 setakat November 2018
7
AKTIVITI KHIDMAT PENGURUSAN
• Yuran Pengurusan Pelaburan Dana
• Yuran Pentadbiran Tabung Pembiayaan
• Yuran Pengurusan TRBN
Aktiviti Khidmat Pengurusan seperti tabung pembiayaan adalah merupakan aktiviti pindah
urus daripada RISDA kepada PRB semenjak tahun 1996.
Tabung Pembiayaan RISDA menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan, kenderaan
dan komputer kepada semua staf RISDA.
Aktiviti Khidmat Pengurusan telah menyumbang 9.80% atau RM3,413,069 daripada
keseluruhan pendapatan PRB setakat November 2018.
PEMBIAYAAN PERIBADI DAN STAF
• Keuntungan Pembiayaan Staf PRB
• Keuntungan Pinjaman Peribadi
8
Semenjak tahun 2007, PRB telah menyediakan kemudahan Pembiayaan Peribadi kepada
semua staf RISDA dan staf Syarikat milik RISDA.
Aktiviti perniagaan ini telah menjana pendapatan sebanyak 4.44% atau RM 1,544,617
daripada jumlah pendapatan keseluruhan setakat November 2018.
PELABURAN DANA
• Keuntungan Pasaran Wang
• Keuntungan Pelaburan Saham
• Dividen Saham
• Caj Kendalian Saham
Aktiviti Pengurusan Dana milik RISDA dan Syarikat Milikan RISDA masih diurus oleh PRB
semenjak PRB ditubuhkan.
Dana-dana tersebut dilabur melalui aktiviti pelaburan Pasaran Wang.
Sebanyak 0.31% iaitu RM 109,481 daripada jumlah keseluruhan pendapatan PRB telah
disumbangkan menerusi Aktiviti Pelaburan Dana setakat November 2018.
9
10
GAMBAR AKTIVITI
11
KEJAYAAN DAN ANUGERAH DIPEROLEHI OLEH PRB
i. Permodalan RISDA Berhad (PRB) telah meraih tempat ke 3 bagi Anugerah Syarikat
Terbaik Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi tahun 2018.
12
ii. Sempena Hari Inovasi RISDA 2018, PRB melakarkan kejayaan dengan mendapat
tempat Pertama bagi kategori Pengurusan Syarikat Milikan RISDA Terbaik 2018
13
PENCAPAIAN DAN PEMBAHARUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH PRB
PENCAPAIAN
i. Prestasi permohonan bagi Tabung Pembiayaan RISDA & PRB di pergiatkan dengan
peningkatan prestasi melebihi 100%.
ii. Pemesatan penjualan server dan perkhidmatan ICT di sektor kerajaan dan swasta.
PEMBAHARUAN
i. PRB telah menaik taraf Sistem Pembiayaan RISDA iaitu ‘BIARIS 2’ bagi
memudahkan kelancaran proses pembiayaan.
ii. PRB juga menaik taraf Sistem Kewangan A Plus bagi memudahkan perekodan
maklumat kewangan syarikat.
iii. Penubuhan Unit Audit Dalam adalah membantu PRB dalam meningkatkan
keberkesanan tadbir urus korporat yang bersistematik dan berdisiplin.
14
MAKLUMAT MENGENAI PERUBAHAN EKUITI SAHAM PRB & PEMBELIAN ASET
SEPANJANG TAHUN 2018
Tiada sebarang perubahan pada equiti saham PRB.
PRB telah membelanjakan RM 516,528.25 bagi pembelian aset setakat November 2018
15
GAMBAR AHLI LEMBAGA PENGARAH PRB
PENGARAH
Y.Bhg. Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin bin Wan Mohamad
Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Najib bin A.Samad
Y.Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Yahya