Video harus ditonton mengikut turutan. Sistem akan menghalang akses anda ke video yang seterusnya jika anda belum lulus kuizringkas setiap video.
Tonton setiap video yang disediakan. Beri perhatian penuh kerana anda akan diuji selepas tamat video
Dibahagian bawah video akan ada pautan nota dan slide untuk rujukan anda. Di bawahnya adalah pautan kuiz untuk anda ikuti selepas tamat pelajaran setiap modul
Anda akan dibawa ke bahagian kuiz. Pastikan anda mendapat markah lulus sebelum sistem membuka akses ke pelajaran seterusnya
Jawab kuiz sebaik mungkin. Anda hanya dibenarkan mengulang 5 kali sahaja. Jadi pastikan anda memberi perhatian pada setiap modul yang dipelajari. Lulus sahaja kuiz, anda akan dibawa ke pelajaran yang seterusnya!
Selamat belajar !
1. Setelah anda tamat pembelajaran kursus yang
dilanggan, anda perlu mengambil Ujian Akhir
untuk layak mendapatkan sijil Kursus Wajib.
2. Permohonan untuk mengambil ujian akhir
hendaklah dimaklumkan melalui emel kepada
[email protected] untuk memudahkan
pihak admin menguruskannya.
3. Peserta akan dimaklumkan proses yang perlu
diikuti sepanjang ujian tersebut.
4. Ujian akhir boleh diambil setiap minggu pada hari
khamis mengikut pilihan waktu berikut:
➢ Sesi Pagi : 10.00 pagi – 11.00 pagi
➢ Sesi petang: 3.00 petang - 4.00 petang
5. Markah lulus untuk mendapat sijil Kursus Wajib
Online adalah 60%. Peserta boleh mengulang
peperiksaan ini maksimum 3 kali dengan bayaran
tambahan RM10 untuk setiap ulangan. Sekiranya
masih tidak melepasi markah lulus selepas 3 kali
ulangan, peserta perlu mengambil semula kursus
dengan bayaran RM50 per kursus. (Bayaran
dikecualikan sepanjang tahun 2020)
6. Anda boleh menggunakan sistem ini selama
setahun sahaja sehingga peperiksaan diambil.
Setelah setahun, jika anda ingin menggunakan
sistem semula perlu membuat pendaftaran baru.