Download - Meningkatkan Kemahiran Menentukan Perubahan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PERUBAHANBENTUK FASA-FASA BULAN MENGGUNAKAN
“ RODA CELIK MINDA “ KEPADA 10 ORANG MURIDTAHUN 6 CEMERLANG.
Oleh;
Zarisham b ZakariaSekolah Kebangsaan Gemang
17700 Ayer Lanas,Kelantan.
ABSTRAK
Kajian dijalankan di atas kesedaran dan pemerhatian bahawa “Fasa-fasa bulan” menjadi masalah bagi kebanyakan pelajar. Fikiran jadi buntu memikirkan cara terbaik bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai oleh murid 100%. Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal fenomena terbabit. Sudah berbelas tahun mengajar, masalahnya tetap sama. Hasil analisa soalan tahun-tahun lepas, topik fasa-fasa bulan sentiasa ditanya sama ada di bahagian A atau bahagian B.Tinjauan awal membuktikan pelajar tidak memahami perubahan fasa-fasa bulan dan cuba meneka bentuk yang terhasil mengikut tarikh yang tertentu. Data dapatan yang digunapakai meliputi soal selidik, temubual, pemerhatian dan ujian. Oleh itu saya memperkenalkan satu kaedah yang berbentuk permainan “ Roda Celik Minda” “. Seramai 10 orang pelajar dipilih dengan bantuan seorang guru. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit dan dilaksanakan sekali seminggu selepas waktu pembelajaran formal. Dengan bimbingan guru, pelajar akan mempu memahami fenomena yang terbabit. Ia akan diulang sehingga kefahaman pelajar betul-betul mantap. Alternatif yang disarankan oleh kementerian melalui kaedah main peranan agak kabur dan menyukarkan pelajar untuk memahami fenomena sebenar. Ia merupakan pendekatan yang dapat membantu pelajar untuk berada dalam situasi sebenar semasa kejadian.
1. REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
“ Ingat ne…..lepas ne jadi gini. Bila kat sini bentuknya berubah menjadi seperti ini pula” Kata ku kepada pelajar. Masing-masing terpinga-pinga, kerdipan mata menjelaskan bahawa pelajar sebenarnya tak faham. Hakikatnya aku sendiri menyedari keadan tersebut telah wujud berbelas tahun. Pelajar pula asyik merungut……” payahlah cikgu”…….”tak fahamlah”, kita pula asyik dengan “ chalk and talk”. Pelajar terus buntu. Aku terus hanyut dengan cara lamaku, pelajar pula disuap melalui hafalan sedangkan konsep sebenar tidak difahami.
Tidak boleh menyalahkan pelajar kerana Topik Alam Semestar ini amat sukar dijelaskan melalui secara nyata dan ia hanya melalui gambaran mental sehaja. Ia abstrak dan pengetahuan sedia ada pelajar pun kurang. Jadi ia menjadi tugas kita untuk keluar dari amalan-amalan lama yang tak sesuai untuk digunapakai buat masa sekarang. Saya memula kajian dengan membuat analisis item soalan UPSR sebenar. Juga melalui sumbangsaran dengan rakan-rakan guru lain yang turut juga mengalami masalah yang sama.
Isu utama ialah bagaimana untuk menentukan bahawa pelajar memahami perubahan fasa-fasa bulan mengikut perubahan masa dan waktu. Oleh itu pemikiran pelajar perlu dibentuk melalui satu kaedah yang dapat membantu menjelaskan fenomena sebenar. Jelasnya ibu bapa tidak akan mampu untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Buku rujukan yang dibaca tidak 100% dapat membina idea dan kefahaman sebenar. Ini terbukti bila sesi soal jawab semasa pengajaran, pelajar hanya mampu berdiam diri sahaja. Adakah ia tiada jalan penyelesaiannya?
2. FOKUS KAJIANKemahiran menentukan perubahan bentuk fasa-fasa bulan adalah aspek terpenting bagi membantu pelajar menjawab soalan dengan tepat. Oleh kerana itu, saya harus mengambillangkah yang tepat bagi membantu pelajar mengatasi masalah ini. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menentukan bentuk bulan berdasarkan perubahan tarikh dalam masa sebulan peredaran bulan mengelilingi bumi. Maka saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik ini dikenali sebagai “ Roda Celik Minda ” dapat membantu seramai 10 orang pelajar untuk memahami perubahan bentuk fasa-fasa bulan yang sebenarnya. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan
dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid.
3. OBEJKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:
3.1 Objektif UmumObjektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 6 Cemerlang menentukan perubahan bentuk fasa-fasa bulan dengan menggunakan Teknik “ Roda Celik Minda”. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran tersebut. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
3.2 Objektif KhususObjektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan 100% murid Tahun 6 Cemerlang mengenalpasti bentuk fasa-fasa bulan yang sebenarnya.
ii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 6 Cemerlang lulus ujian yang dijalankan menggunakan Teknik “ Roda Celik Minda ”.
4. KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 6 Cemerlang SK. Gemang yang menghadapi masalah menentukan perubahan fasa-fasa bulan. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran tersebut. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang dijalankan selama ini.
5. PERANCANGAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Bulan Minggu Aktiviti CatatanFebruari 1
Dan
2
1. Menyediakan kaedah soalan tertutup yang memerlukan pelajar menjawab Ya / Tidak
Seperti Lampiran 1
2. Membina skema Temubual Separa Berstruktur dan Tidak Berstruktur.
Seperti Lampiran 2Kad Gambar
3. Membina dan melaksanakan Ujian Pra.
Seperti Lampiran 3
3
Dan
4
1. Menggumpul hasil dapatan untuk dianalisa.
Seperti Lampiran 4
2. Menganalisis data yang diperolehi menggunakan pelbagai pendekatan.
3. Membuat laporan dan rumusan dapatan .
4. Analisis Dokumenᵜ Buku Laporan Praktikal Amaliᵜ Ujian Bulananᵜ Rekod Pencapaian
Mac 1
2
Pelaksanaan Program Intervensi
Aktiviti 1Murid-murid diperkenalkan dengan konsep perubahan fasa-fasa bulan melalui teknik permainan “ Sentuhan Minda “. Memahami konsep fasa-fasa bulan.
Aktiviti 2
3
Murid-murid pula perlu membina dan mengelas urutan kejadian sebenar perubahan fasa-fasa bulan melalui “ kad aura fasa-fasa bulan”. Ia diulang sehingga murid-murid boleh mengingat urutan tersebut sebagaimana Teori Kemmis dan Mc Taggart.
Aktiviti 3Murid-murid melakukan main peranan melalui“ Roda Celik Minda” dalam situasi dan keadaan sebenar kejadian fasa-fasa bulan. Pemerhatian dijalankan dan setiap perubahan murid direkodkan.
4 Menjalankan Ujian Pos dan soal selidik
April 1dan
2
Menganalisis dataMenyediakan refleksi selepas kajianMenyedia kertas laporan
LAMPIRAN 1
Nama Pelajar :
Soalan Tertutup
Sila nyatakan persetujuan anda berdasarkan kepada pernyataan di bawah:Tandakan ( / ) pada kotak yang disediakan.
Bil Pernyataan Ya TidakSaya boleh jelaskan apa itu Takwim Qamari
Bulan merupakan sebuah planet
Fungsi bulan ialah beredar mengelilingi bumi dan matahariSaya tahu arah peredaran bulan ialah mengikut arah putaran jam.Bulan berbentuk bulat
Saya boleh menceritakan ciri-ciri bulan
Saya tahu bulan merupakan satelit semulajadi bumi
Fasa Bulan purnama berlaku pada awal bulan.
Fasa bulan separa berlaku pada hari yang ke 15 pada setiap bulan.
Bulan mengeluarkan cahaya sendiri
Saya sering memerhati bentuk bulan di langit dan dalam masa yang sama mengetahui tarikh berdasarkan pemerhatian itu.
Terdapat kawah dan gunung ganang di permukaan bulan.
LAMPIRAN 41. Analisis Data Soalan TertutupBil
Nama Pelajar Peratus Keupayaan Pengetahuan
1) Nor Siti Aisyah bt Anuar 32%2) Nur Mahirah Senusi 58%3) Nik Danial Haikal b Nik Sin 32%4) Mohd Danial Haikal b Yasok 25%5) Hafizzudin b Mohd Zaki 37%6) Nur Amira Shafiqa bt Ramzi 58%7) Nur Sarah Athirah bt Md. Fauzi 58%8) Nurul Aqasa bt Amaran 50%9) Nur Atiah Shafiqah bt Saidi 32%10) Muhd Atiq Arysad b Makhter 32%
Peratus Keupayan Pengetahuan
Kekerapan
0% - 10% 011% - 20% 021% - 30% 131% - 40% 541% - 50% 151% - 60% 361% - 70% 0
LAMPIRAN 2
Sesi temubual secara Separa Berstruktur dan Tidak berstruktur.
1. Apa itu fasa-fasa bulan?2. Saya boleh membuat perbandingan saiz bulan dengan bumi.3. Saya hanya faham sedikit-sedikit mengenai fasa-fasa bulan.4. Saya sentiasa mempunyai masalah apabila menjawab soalan yang berkaitan dengan fasa-fasa
bulan.5. Boleh tak pelajar menyusun kedudukan fasa-fasa bulan mengikut kad gambar yang diberikan?6. Mengapa fasa-fasa bulan terbentuk?7. Adakah awak meneka atau betul-betul memahami fasa-fasa bulan semasa menjawab soalan objektif?8. Nyatakan cirri-ciri bulan?9. Apakah persamaan di antara bumi dan bulan?10. Topik fasa-fasa bulan sukar difahami, betul atau tidak?11. Bila saya baca buku rujukan, ia dapat membantu kefahaman saya mengenai topik ini.12. Suhu di bulan adalah serupa sebagaimana di bumi?
2. Analisis Sesi Temubual Separa dan Tidak BerstrukturBil Nama Pelajar Peratus Keupayaan
Pengetahuan1) Nor Siti Aisyah bt Anuar 42%2) Nur Mahirah Senusi 50%3) Nik Danial Haikal b Nik Sin 16%4) Mohd Danial Haikal b Yasok 42%5) Hafizzudin b Mohd Zaki 32%6) Nur Amira Shafiqa bt Ramzi 16%7) Nur Sarah Athirah bt Md. Fauzi 42%8) Nurul Aqasa bt Amaran 16%9) Nur Atiah Shafiqah bt Saidi 08%10)
Muhd Atiq Arysad b Makhter 08%
Peratus Keupayan Pengetahuan
Kekerapan
0% - 10% 211% - 20% 321% - 30% 031% - 40% 141% - 50% 451% - 60% 061% - 70% 0
TAJUK KAJIAN :
SIKAP MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN
UMAS-UMAS, TAWAU
NAMA :
KASTURI BINTI NUSI
NAMA SEKOLAH :
SK. UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911,91019 TAWAU,
SABAH.
ABSTRAK
Kekurangan penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan. Seramai 60 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap konsep kendiri dan Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada pencapaian murid dalam peperiksaan.
PENDAHULUAN
Berlandaskan kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya menekankan kearah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains dimiliki oleh seseorang digambarkan dengan melihat kemampuan dan mengkaji sesuatu secara saintifik dan melihat sama ada fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.
Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Sikap seseorang objek boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psiokologi sosial, sikap meliputi 3 komponen utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yangsebenar yang perlu ada dalam diri manusia. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid. Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru seringmenyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara ataufenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Disebabkan sikapseringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap murid terhadap mata pelajaran Sains dan hubungkaitnya denganpencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran diajarnya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang.
LATAR BELAKANG MASALAH
Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari Sains adalah penting kerana dalam kehidupan harian kita tidakboleh mengelak daripada aplikasi Sains contohnya semasa aktiviti memasak di rumah, pergerakan, pencahayaan, hidupan manusia, tumbuhan dan haiwan dan tidak lain juga pembelajaran alam cakerawala. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain seperti fizik, kimia, matematik, prinsip akaun, geografi yang juga melibatkan pembelajaran sains. Maka penguasaan Sains dengan baikmemberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran tersebut. Memandangkan kepentinganSains ini, murid haruslah mengamalkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut.
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaranSains di kalangan murid kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidakberminat atau dengan mengatakan Sains itu susah dan berasa takut semasa mempelajari Sainsserta persepsi negatif yang lain. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh manakah sikap murid terhadap mata pelajaran Sains ini memberi kesan terhadap pencapaiannya.
Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya kajian yang dibuatoleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang dimajukan oleh Thurstone danChave (1929) untuk menguji sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, BahasaPerancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikanantara sikap murid terhadap mata pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan pelajar-pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa sikap dan minat murid mempunyai hubung-kait yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa Inggeris, dan sejara.Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor sikap dan minat saling mempengaruhi pencapaian murid-murid tersebut.
Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan soalselidik di kalangan 1244 orang murid di bandaritu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur murid dari rendah ke peringkat menengahmempengaruhi perubahan sikap murid terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik.
Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalammembuat ukuran sikap dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.
Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara sikap dengan pencapaian murid berkait rapat dengan teknik kajian, dan bagaimana kajian itu dibuat.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesantertentu terhadap murid. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek komitmen iaitu penglibatan muridsecara aktif atau tidak terhadap mata pelajaran Sains, aspek emosi di mana perasaan pelajar sama ada ‘favorable’ atau tidak ‘favorable’ terhadap Sains dan aspek berwawasan iaitu pelajarbersifat inisiatif atau tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan pencapaian Sains mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor pencapaian mereka di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap murid terhadap mata pelajaran Sains. Melalui beberapapersepsi muridr iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata pelajaran Sains denganpencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2012. Objektif kajian ini ialah:
I. Mengetahui persepsi murid terhadap mata pelajaran Sains.
II. Mengkaji perhubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran Sainsdengan pencapajan
HIPOTESIS
i. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian
ii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian.
iii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap emosi murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian .
Pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran memberi rangsangan kepada seseorang dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut. Kajianini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran murid dan seterusnya dapat merancang strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran murid-murid denganmengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang positif.
KEKANGAN KAJIAN
Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik murid yang baik adalah disebabkanoleh sikap mereka. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pencapaianseseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang keluarga dan faktor guru.
DEFINISI ISTILAH
Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian yang diberikanoleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu didalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.
Pencapaian pula diperingkat sekolah rendah merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan dinilai dengan A, B, C, D dan E. pencapaian gred A adalah sangat baik, B baik, C lulus, D lemah dan E sangat lemah iaitu D dan E adalah gagal.
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan untukmelihat persepsi murid terhadap beberapa aspek pembelajaran Sains mereka. Aspek-aspektersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan berwawasan. Pencapaian murid dalammata pelajaran Sains diukur berdasarkan gred yang diperolehi oleh murid dalam peperiksaanakhir tahun Tahun 5 bagi tahun 2012.
Responden kajian ialah murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas Tawau, Sabah yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun 2012. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 60 orang yang dipilih secara rawak dari berbagai kaum dan jantina. Soal selidikyang digunakan dibina berdasarkan soal selidik Aiken (1997) dan diubahsuai selepasmelaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajianrintis telah dibuat bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah baik.
ANALISI DATA
Pencapaian Sains murid adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaanakhir tahun 2012. Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis. Analisis deskriptif sepertijumlah dan peratus akan digunakan.
KEPUTUSAN
Data-data telah dikumpul dari 60 orang responden yang dipilih dari kelas Tahun 5 diSekolah Kebangsaan Umas-umas di Tawau, Sabah. Skor yang diperolehi telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana murid-murid yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama.
KEPUTUSAN DESKRIPTIF
Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada keseluruhannyasikap murid adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara terperinci sikap komitmen danwawasan murid lebih bercenderung pada tahap yang tinggi iaitu 66.7% dan 75% daripadaresponden berada di kategori ini. Ini bermakna ramai murid mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan Sains terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen initerdapatnya 68.3% responden mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya31.7% sahaja beremosi tinggi terhadap Sains.
Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang banyak juga berada di tahap sederhana dan tinggi dengan keputusan bahawa 6 orang mempunyai pencapaianSains yang rendah, 47 orang mencapai tahap sederhana dan seramai 7 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.
Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian
ITEM TAHAP KEKERAPAN PERATUS
KOMITMENSederhana 20 33.3
Tinggi 40 66.7
WAWASANSederhana 15 25
Tinggi 45 75
EMOSISederhana 41 68.3
Tinggi 19 31.7
PENCAPAIAN Rendah 6 10
Sederhana 47 78.3
Tinggi 7 11.7
Jadual 2 : Skor pencapaian
KelasBil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D
GRED E
Menguasai GPM
PDaftar
Ambil
TH
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
AMANAH 28 28 0 13.57
621.4
21 75 0 0 0 0 28 100 2.71
BESTARI 32 32 0 0 0 0 0 2681.3
618.8
0 0 26 81.3 3.19
JUMLAH 60 60 0 13.57
621.4
4778.3
6 10 0 0 54 90 5.9
Jadual 3 : Skor sikap dan pencapaian
Sikap Murid NilaiPencapaian
JumlahRendah Sederhana Tinggi
KomitmenSederhana 10 6 4 20
Tinggi 8 21 11 40
WawasanSederhana 7 4 4 15
Tinggi 7 28 10 45
EmosiSederhana 10 14 17 41
Tinggi 4 9 6 19
Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen murid yang tinggi juga cenderung ke arahpencapaian yang tinggi iaitu 40 orang yang bersikap komitmen tinggi, 11 antaranya memperolehipencapaian yang tinggi. Manakala dari 21 orang yang bersikap komitmen sederhana,kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 8 orang. Sikap wawasan jugamenunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen. Bilangan besar murid yangmempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di sekitar pencapaian sederhana dan tinggi dengan terdapatnya 28 orang dan 10 orang. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang rendah, 14 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 17 orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan pelajar terhadap Sains kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian Sains mereka.
PERBINCANGAN
Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata pelajaran Sains mempunyai hubungan kait dengan pencapaian Sains mereka. Manakala sikap wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian dalam pencapaian Sains. Analisis datamenunjukkan korelasi antara sikap pelajar dan pencapaian adalah lemah. Jika ditinjau dari setiap komponen sikap tersebut, komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangandalam pencapaian akademik yang baik, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga pelajar yang memperolehi skor Sains yang rendah.
Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah unik danmempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi yang diperolehiadalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap komitmen dan wawasan.Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat mengimbangi pembentukan sikap individu dan pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan murid dalam sesuatu mata pelajaran bergantungkepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajarmenunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian.Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang dengan kemampuanmurid untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran berkenaan. Maka sebagaipembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajarnya.
Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaianSains di kalangan murid:
1. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran supaya mendahului dengan topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan pelajar supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah konsep Sains.
2. Guru memberi contoh-contoh Sains yang berhubung dengan kehidupan harian supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam kehidupan harian.
3. Memupuk minat belajar Sains di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Ini keranaminat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu fenomena.
4. Menyediakan bahan pengajaran yang bukan hanya dapat membantu memupuk minat mereka terhadap mata pelajaran Sains, malah ia dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.
5. Guru perlu meningkatkan pembelajaran yang kondusif dalam pembelajaran sains agar dapat meningkatkap emosi murid-murid untuk menerima apa yang diajar dalam Sains.
6. Guru perlu lebih peka jika murid mempunyai masalah dalam tugasan Sains. Ia bagi membantu meningkatkan konsep kendiri murid.
Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran pengajaran-pembelajaran di kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains. Walaupun hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam tentang sikap murid supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai sikap terhadap pencapaian pelajar. Sikap yang positif juga mungkin wujud berasaskan kesedaran murid berhubung kerjaya professional yang berkaitan dengan Sains seperti perubatan dan kejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Di samping itu, pendidik Sains, serta individu yangbertanggungjawab dalam penggubalan kurikulum pendidikan Sains perlu memikirkan program,corak pengajaran dan intervensi yang dapat meningkatkan motivasi pelajar
dalam Sains iaitu mempelajari Sains luar daripada lingkungan sekolah dan juga untuk memperoleh pekerjaan, dengan pemupukan perasaan menghargai Sains dalam kehidupan seharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sains dapat diteruskan malah direalisasikan.
RUJUKAN.Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga ( Disember 2008). Bahagian Perancangan &
Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.Janting Ak Ringkai & Jamin Nantang (2006). Jilid 1: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun
2006.Daripada Grid Ke JSPG , m/s 102-110. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Ismail Kailani, Khairuzaman Ismail. Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kompilasi Kajian Tindakan (2007). Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.
Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). KaedahMengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang .(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..
Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar.Soon Seng Thah (2006). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Trend, Metadologi &
Prospek. Seminar Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang