Download - Miskonsepsi Isipadu Cecair Tahun 1
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Kesukaran:
Menganggar isipadu cecair dalam unit mililiter dan liter di kalangan murid tahun 2.
Contoh soalan:
Warnakan anggaran isipadu cecair yang sesuai bagi gambar yang diberi.
750ml
250ml
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid:
Terdapat ramai juga murid yang tidak dapat menganggar isipadu minuman yang
boleh diisi di dalam cawan yang biasa digunakan di rumah. Mereka memilih jawapan
750ml bagi isipadu cawan tersebut.
Penyelesaian yang sepatutnya:
750ml
250ml
TAJUK: ISIPADU CECAIR
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Langkah penyelesaian:
1. Murid diberikan aktiviti meneroka isipadu pelbagai bekas yang biasa terdapat di
rumah. Murid diminta mencari dan menyenaraikan bekas dan isipadunya bagi
pelbagai barang yang terdapat di rumah mereka dan melaporkannya pada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Bekas-bekas yang biasa terdapat di
rumah dan telah dilabel dengan isipadunya ialah:
botol kicap botol minyak masak
botol minuman kultur botol syampu
kotak susu botol air mineral
tin susu balang kaca madu
2. Bagi bekas-bekas yang tidak mempunyai label isipadu seperti cawan, gelas,
mangkuk dan sebagainya, beri murid peluang menyukat isipadu cecair yang boleh
diisi dalam bekas-bekas tersebut.
3. Murid dihahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan cawan, gelas,
mangkuk, sudu, jag dan bikar. Murid mengisi air ke dalam cawan hingga penuh dan
menuangnya ke dalam bikar yang sesuai. Murid mencatatkan isipadu air bagi cawan
itu (Rujuk Lampiran 5). Murid mengulanginya untuk bekas-bekas lain.
4. Murid ditunjukkan beberapa bekas lain yang tidak disukat isipadunya. Murid diminta
membandingkannya dengan isipadu bekas-bekas yang telah disukat dalam langkah
sebelum ini dan menganggarkan isipadu bekas yang baru ditunjukkan ini (Rujuk
Lampiran 6) dengan memilih kad jawapan yang betul.
4. Murid ditegaskan bahawa bekas kecil mempunyai isipadu yang kecil dan sebaliknya.
Murid juga ditegaskan bahawa unit mililiter digunakan untuk sukatan isipadu yang
sedikit manakala unit liter digunakan untuk sukatan isipadu yang banyak.
Setelah murid mengetahui isipadu sesuatu bekas, barulah murid dapat menganggar isipadu
bagi bekas-bekas lain yang hampir sama saiz dengan bekas pernah mereka sukat.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
LAMPIRAN 5
Sukat dan catatkan isipadu cecair yang dapat memenuhi bekas-bekas berikut.
BIL BEKAS ISIPADU
1
2
3
4
5
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
LAMPIRAN 6
Anggarkan isipadu bekas tersebut dengan memili kad jawapan yang betul.
2l 8l
350ml 750ml
500ml 1l
60ml 200ml