Mobile Application Survey:The New Innovation for Heritage Building Survey
ISI KANDUNGANPENGENALAN A. Latar Belakang dan Peranan George Town World Heritage Incorporated B. Pengenalan Mengenai Inovasi C. Elemen Kolaborasi D. Kategori Inovasi E. Indikator Inovasi F. Input Pelanggan dalam Peringkat Penghasilan Inovasi G. Mekanisme Maklum Balas Pelanggan
IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
IMIMPAK INOVASI A. Agensi/ Jabatan B. Perkhidmatan Awam C. Kumpulan Sasar
ELEMEN INOVASI A. Inovasi/Kreativiti B. Keberkesanan C. Signifikasi D. Relevan
PENGIKTIRAFAN DITERIMA
PENUTUP
1
9
10
11
14
15
1
A. Latar Belakang dan Peranan George Town World Heritage
Incorporated
George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) ditubuhkan
sebagai Agensi Warisan Kerajaan daripada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang pada April 2010. GTWHI ditubuhkan sebagai jaminan kepada
Jawatankuasa Warisan Dunia bahawa Tapak Warisan Dunia boleh
dilindungi secukupnya. Adalah penting bagi kerajaan negeri
menubuhkan GTWHI untuk menyokong institusi sedemikian,
terutamanya apabila kerajaan-kerajaan tempatan mempunyai
keprihatinan terhadap warisan dan pengurusan pemuliharaan tapak.
Fungsi utama GTWHI adalah untuk mengurus dan berhubung dengan
Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi Negeri dan
Persekutuan dalam semua perkara yang berkaitan dengan tapak ini
yang kini di luar bidang kuasa sistem berkanun. Perkara-perkara
tersebut meliputi aspek penjenamaan, promosi, pelancongan dan
hubungan dengan kerajaan negeri, organisasi dan agensi-agensi
Persekutuan dan Antarabangsa untuk kebaikan tapak, GTWHI juga
bekerjasama dengan masyarakat yang hidup dan bekerja di Tapak
Warisan Dunia.
Fungsi-fungsi lain GTWHI di George Town meliputi perkara-perkara
berikut:
Untuk menyelia tapak warisan masing-masing selaras dengan
keperluan Pelan Pengurusan Pemuliharaan;
Membangunkan dan mengurus pangkalan data warisan untuk
pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan;
Untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan berkaitan
warisan;
2
Untuk menggalakkan pembangunan mampan pelancongan
kebudayaan dan menguruskan perkhidmatan pelancong dan
kemudahan;
Untuk menyokong penglibatan masyarakat tempatan dalam
memulihara warisan budaya mereka;
Untuk menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi penduduk
tempatan;
Untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai warisan dengan
pelaksanaan pelbagai program;
Untuk mengesyorkan, melaksana dan membiayai projek-projek dan
program-program yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan;
Untuk menyediakan, mengurus dan mengawal kewangan
organisasi;
Untuk mendapatkan pembiayaan;
Untuk menyediakan dan membentangkan laporan mengenai
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pemuliharaan; dan
Untuk berfungsi sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa
Pemandu Warisan Negeri, dan menyelaras mesyuarat ke arah
pengurusan berkesan Pelan Pembangunan Pemuliharaan.
B. Pengenalan Mengenai Inovasi
i. Tujuan Projek Inovasi
Tujuan Mobile Application Survey dibangunkan untuk
mengemaskini data inventori bangunan warisan dan untuk
mewujudkan mekanisme yang lebih baik untuk membimbing dan
mengawal perancangan penggunaan tanah khususnya dalam
Tapak Warisan Dunia George Town dan secara keseluruhannya
Pulau Pinang.
ii. Objektif Projek Mobile Application Survey
Menambahbaik Inventori Bangunan Warisan Ketara termasuk
maklumat berkaitan dengan sejarah, fizikal, sosial, dan budaya
untuk mengekalkan nilai sejarah dan nilai-nilai keunggulan
3
sejagat yang terdapat dalam Tapak Warisan Dunia George
Town.
Mengenalpasti pelbagai kategori bangunan warisan, jenis
bangunan, gaya bangunan, ciri-ciri senibina dan nilai-nilai untuk
menghasilkan cadangan pemuliharaan.
Mengemaskini Inventori Bangunan Warisan Ketara dalam
Tapak Warisan Dunia George Town dengan menyeluruh, untuk
menonjolkan dan meningkatkan nilai sejarah Tapak Warisan
Dunia George Town.
Menyediakan pelan taburan Bangunan Warisan bagi
memudahkan kawalan dan perancangan dijalankan ke atas
bangunan tersebut dan kawasan sekitarnya.
iii. Tempoh Pelaksanaan dan Proses pelaksanaan inovasi
Inovasi Mobile Application Survey: “The New Innovation for
Heritage Building Surveys” dibuat secara out-source (Pelantikan
Perunding) dan ia diguna bermula sejak September 2015 sehingga
tahun 2017.
Kajian tersebut telah terurai kepada tiga fasa, iaitu:
Berdasarkan maklum balas kajian selidik yang terdapat daripada
setiap fasa, inovasi Mobile Application Survey dipertingkatkan
4
daripada jurutera applikasi untuk mengurangkan kecacatannya dan
supaya applikasi tersebut lebih cekap, mudah dan mesra pengguna.
iv. Peringkat Pelaksanaan
Mobile Application Survey yang dilaksanakan dalam projek
Kemaskini Inventori Bangunan Warisan Ketara Dalam Zon Teras
dan Zon Penampan, Tapak Warisan Dunia George Town telah
membantu banyak iaitu bermula dari pengumpulan data dan proses
analisis sehingga ke proses pengeluaran output. Applikasi tersebut
telah berjaya membantu dalam mengenalpasti bangunan yang
perlu dikekalkan sebagai bangunan warisan, bangunan yang
memerlukan langkah-langkah pemuliharaan, dan bangunan yang
perlu dikecualikan daripada senarai bangunan warisan.
Selain itu, applikasi ini telah memberi sumbangan besar dalam
kemaskini Inventori Bangunan Warisan terbaru dan
mempertingkatkan pangkalan data dengan menambah maklumat
baru kepada bangunan-bangunan yang berkenaan. Tambahan pula,
ArcGIS Layout Plan yang dihasilkan daripada pangkalan data
tersebut dapat membantu dalam proses Perancangan dan
Pembangunan Penggunaan Tanah dalam Tapak Warisan Dunia
George Town dan kawasan sekitarnya. Komprehensif, tepat dan
mesra pengguna inovasi applikasi ini juga akan menjadi rujukan
masa depan untuk kajian-kajian yang berkaitan.
Secara ringkas, inovasi Mobile Application Survey tersebut boleh
digunakan sebagai contoh yang bermanfaat bukan sahaja untuk
kajian selidik bangunan warisan dalam masa depan tetapi juga
untuk kajian selidik lain.
5
v. Kaedah Pencetusan Idea
Selaras dengan fungsi-fungsi GTWHI iaitu:
Untuk menyelia tapak warisan selaras dengan keperluan Pelan
Pengurusan Pemuliharaan;
Membangunkan dan mengurus pangkalan data warisan untuk
pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan; dan
Untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan berkaitan
warisan.
Pengurusan atasan dan agensi GTWHI telah membuat keputusan
untuk mengeluarkan inovasi baru untuk meningkatkan kecekapan
untuk pengurusan dan pemantauan khususnya dalam Tapak
Warisan Dunia George Town dan juga secara kesuluruhan
bangunan warisan yang berada dalam Pulau Pinang yang pada
dasarnya untuk kajian selidik.
6
Inovasi tersebut bertujuan untuk menangani masalah yang biasa
dijumpai semasa kaji selidik dijalankan, iaitu:
Banyak penggunaan kertas, jika terdapat kesalahan informasi
kaji selidik.
Masa yang panjang diperlukan untuk melengkapkan seluruh kaji
selidik (masukkan informasi dalam SPSS atau aplikasi lain).
Gambar tapak susah dikesan balik dengan borang kaji selidik.
Data yang dibuat dalam borang kaji selidik secara manual
mudah hilang.
Susah membawa timbunan borang-borang kaji selidik semasa
kaji selidik dijalankan di tapak.
Oleh itu, beberapa kriteria perlu diambil kira untuk pembangunan
inovasi tersebut supaya dapat menangani masalah-masalah
tersebut, iaitu:
Penjimatan masa
Keselamatan
Senang diguna
Penggunaan data
Penyelarasan data
Mesra alam
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, idea untuk membangunkan
satu aplikasi mudah alih yang sesuai diguna dalam telefon pintar
dan tablet telah dihasilkan.
C. Elemen Kolaborasi
Projek inovasi tersebut bekerjasama di antara agensi awam dan
beberapa organisasi profesional iaitu GTWHI, Citiplan Networks dan
Teknologi KBSE. Inisiatif projek telah dimulakan oleh pihak GTWHI.
Citiplan Networks sebagai pihak yang pakar pakar dalam perancang
dan kajian selidik telah menyumbangkan butiran-butiran inventori
kajian selidik untuk memulakan pembangunan aplikasi mudah alih
tersebut. Teknologi KBSE sebagai pihak yang pakar dalam
7
pembangunan teknologi applikasi mudah alih telah menyumbangkan
teknologi mereka untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini
berdasarkan inventori kajian selidik tersebut. Dengan itu, GTWHI
Mobile Application Survey telah dibangunkan dan digunakan dalam
projek Kemaskini Inventori Bangunan Warisan Ketara Dalam Zon
Teras dan Zon Penampan, Tapak Warisan Dunia George Town.
D. Kategori Inovasi
Mengikut Bloch & Bugge, 2013, Mobile Application Survey boleh
dikategori dalam kategori Inovasi Produk dan Inovasi Proses. Inovasi
Produk adalah pengenalan terhadap sesuatu barang atau
perkhidmatan yang baru atau dipertingkatkan dengan ketara yang
berkenaan dengan ciri-ciri atau kegunaannya. Ini termasuk dengan
peningkatan yang ketara terhadap spesifikasi teknikal, komponen dan
bahan-bahan, perisian, mesra pengguna atau siri-siri fungsi lain.
Manakala Inovasi Proses merupakan perubahan penting dalam teknik,
peralatan dan perisian. Inovasi Proses juga bertujuan untuk
mengurangkan kos unit pengeluaran, untuk meningkatkan kualiti atau
mengemukakan, menyerahkan dan mempertingkatkan produk baru.
Mobile Application Survey merupakan sesuatu inovasi baru yang boleh
mengubah kaedah kaji selidik yang biasa digunakan sebelum ini.
Kaedah kaji selidik sebelum ini memerlukan banyak penggunaan
kertas dan percetakan. Selain itu, pembanci perlu bawa bersama
borang kajian selidik semasa membuat kaji selidik. Gambar-gambar
juga diperlukan tetapi susah dikesan balik semasa membuat analisis.
Dengan Mobile Application Survey, kebanyakan masalah boleh
ditangani dan proses kaji selidik juga boleh dipermudahkan. Contohnya,
Mobile Application Survey dapat memindahkan data-data kaji selidik di
lapangan terus ke “server” dan terus dijana kepada Microsoft Excel.
Dengan ini dapat mempermudahkan proses memasukkan data dalam
SPSS atau Microsoft Excel.
8
E. Indikator Inovasi
i. Bermaklumat
Mobile Application Survey dapat menyumbangkan maklumat
berkenaan tentang bangunan warisan bukan sahaja untuk GTWHI
tetapi juga untuk penyelidik, masyarakat setempat, agensi-agensi
atau kerajaan tempatan. Maklumat-maklumat tersebut dapat
membantu GTWHI dalam penyeliaan tapak warisan masing-masing
selaras dengan keperluan Pelan Pengurusan Pemuliharaan dan
mempertingkatkan pangkalan data bangunan warisan.
ii. Perkembangan Inovasi Pada Masa Hadapan
Inovasi aplikasi mudah alih ini dapat dijadikan satu contoh untuk
membangunkan aplikasi bagi kajian selidik yang lain bukan sahaja
untuk penyelidikan bangunan warisan. Dengan merujuk kepada
aplikasi mudah alih ini, ia boleh dijadikan satu asas inovasi kepada
aplikasi lain.
F. Input Pelanggan Diambil Kira Dalam Peringkat Penghasilan
Inovasi
i. Peringkat Pertengahan
Penambahbaikan penjanaan data kepada format PDF.
ii. Permulaan
Penambahbaikan interface aplikasi.
iii. Semua Peringkat
Penambahan maklumat bangunan warisan yang diperlukan.
G. Mekanisme Maklum Balas Pelanggan
Maklum balas diserahkan semasa perbincangan dan mesyuarat untuk
Mobile Application Survey di antara GTWHI dengan Citiplan Networks.
9
SEBELUM SELEPAS
Mengambil masa yang panjang Penjimatan masa
Kertas diperlukan
Kertas tidak diperlukan
Kesilapan maklumat (contohnya:
tulisan yang susah dikenali)
Kesilapan maklumat dikurangkan
dengan menggunakan aplikasi
mudah alih
Lokasi tidak dapat dikesan GPS Koordinat akan direkodkan
untuk lokasi dalam pelan ArcGIS
Gambarajah 2.1: Impak Sebelum Dan Selepas Inovasi Dihasilkan
10
A. Agensi dan Jabatan
Inovasi Mobile Application Survey dapat membantu memudahkan
kawalan dan pemantauan bangunan warisan dalam Tapak Warisan
Dunia George Town. Maklumat-maklumat bangunan warisan juga
dapat dibekalkan dari segi perincian senibina, sejarah, kategori
bangunan warisan, dan lain-lain.
B. Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan awam boleh menggunakan maklumat-maklumat
bangunan warisan sebagai penggunaan organisasi tersebut. Sebagai
contohnya, pihak BOMBA boleh menggunakan maklumat tersebut
untuk mengenal pasti berapa banyak bangunan warisan yang terdedah
atau termasuk dalam kategori bahaya kebakaran.
C. Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar seperti penyelidik, pemaju, pemilik tanah dan lain-lain
boleh mendapatkan informasi bangunan berkenaan dengan lebih cepat
dan tepat. Selain itu, kumpulan sasar seperti pelancong juga boleh
mendapatkan maklumat umum seperti alamat dan latar belakang
sejarah bangunan.
Secara umumnya, impak inovasi Mobile Application Survey dapat
membawakan impak positif kepada banyak pihak. Mobile Application
Survey boleh berfungsi sebagai satu platform bagi semua pihak untuk
mengumpul data yang berkenaan dengan bangunan warisan. Dengan
itu, aplikasi mudah alih ini akan menghasilkan data yang
komprehensive dan selaras.
11
A. Inovasi dan Kreativiti
Inovasi umumnya mengacu pada proses penciptaan produk dan
teknologi yang lebih baik yang dapat diterima oleh masyarakat,
pasaran dan pentadbiran. Inovasi dinilai dengan perubahan positif
yang memberikan nilai signifikan, terutama pada aspek ekonomi dan
sosial. Inovasi bertujuan membantu dalam kemudahan, keselesaan,
dan efisiensi pada kehidupan manusia.
Menurut Peter F. Ducker sumber inovasi secara umum berasal dari
perubahan struktur industri, struktur pasaran, demografi tempatan dan
global, persepsi manusia dan jumlah ilmu pengetahuan yang tersedia.
Juga penelitian melalui internet, pengembangan dari segi
keterampilan, bahasa, latar belakang kebudayaan, perkembangan
sosial media, dan lain sebagainya.
Pada 2015, GTWHI telah berjaya mencipta “Mobile Application Survey
"The New Innovation for Heritage Building Survey". Ia direkacipta bagi
menyelesaikan atau membuat tambahbaik kepada isu dan
permasalahan berikut :
i. Masa
ii. Keselamatan penyimpanan data
iii. Penggunaan data
iv. Penyelarasan data
v. Pemeliharaan alam sekitar
v iv iii ii i
12
B. Keberkesanan
Penciptaan aplikasi ini dapat memudahkan penyampaian maklumat
kepada semua. Selain ini banyak lagi kelebihan dan keberkesanan
yang diperolehi seperti berikut:
i. Menjimatkan Masa
Kajian ke atas sejumlah 3853 bangunan warisan dapat disiapkan
dengan lebih pantas berbanding dengan kaedah manual yang
mengambil masa yang lama.
ii. Mesra Alam
Pengaplikasian kajian ini lebih mesra alam dengan tidak melibatkan
penggunaan kertas.
iii. Pengindentifikasi Lokasi Bangunan Dengan Lebih Tepat
Lokasi semua bangunan warisan dapat direkodkan dengan lebih
tepat kerana Koordinat GPS turut diaktifkan.
iv. Pengurangan Masalah Kesilapan Kepada Data
Penggunaan aplikasi ini dapat mengurangkan jumlah kesilapan
berbanding kaedah manual.
v. Pengurusan Simpanan Data
Penyimpanan data kajian inventori ini dapat disimpan dengan lebih
efektif dan bersistematik. Semua data-data yang dikumpulkan
dapat diselaraskan berdasarkan keperluan.
C. Signifikasi
Pengaplikasian menggunakan telefon pintar dapat menjimatkan masa
kerana maklumat yang ingin dicari boleh dibuat di hujung jari. Ia bukan
saja mudah digunakan, ia juga menjimatkan sumber manusia, malahan
produktiviti pengaplikasian ini dapat ditingkatkan.
13
Aplikasi ini telah memenuhi objektif GTWHI untuk menjadikan
informasi penting berkenaan Tapak Warisan Dunia George Town boleh
di akses dengan mudah.
D. Releven
BIL SUMBANGAN KEPADA FAEDAH/MANFAAT
1.
Kerajaan Negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan dan
GTWHI
Memudahkan kawalan atau
pemantauan dilaksanakan.
2.
Perunding (Pegawai
Perancang, Arkitek,
Konservator)
Informasi bangunan berkenaan
dapat dibekalkan :
Perincian senibina
Sejarah
Kategori
Ketinggian
Lokasi
Kondisi bangunan
Penggunaan bangunan
3.
Pemaju, Pemilik
tanah/bangunan dan
Kontraktor
4. Penyelidik
5. Orang awam (pelancong)
Maklumat umum seperti alamat dan
latar belakang sejarah bangunan
boleh diperolehi.
15
Mobile Application Survey "The New Innovation for Heritage Building Survey"
ini adalah merupakan elemen baru di dalam bidang warisan terutamanya di
dalam Tapak Warisan Dunia George Town. Perkara ini telah memberikan
nilai tambah kepada bangunan-bangunan warisan yang telah disenaraikan di
bawah UNESCO.
Aplikasi ini memberikan impak yang positif kepada bidang warisan di mana ia
mampu meningkatkan kemudahcapaian maklumat-maklumat yang diperlukan
untuk setiap bangunan warisan di dalam Tapak Warisan Dunia George Town.